ZUCCHINI (Cucurbita pepo) merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga Cucurbitaceae yang berbentuk seperti timun dan isi seperti isi buah labu air tetapi ia berwarna putih krim. Tanaman ini telah pun di tanam oleh beberapa petani di Tanah Tinggi Cameroon Highland baru-baru ini yang saya temui untuk dikomersilkan jika ada permintaan yang baik. Zucchini sebenarnya adalah kumpulan labu musim panas (summer squash) yang natif dari Amerika Utara dan kini ditanam untuk kegunaan salad atau sayuran. Tanaman ini diberi nama 'zucchina' (Dalam bahasa Italy) yang bermakna sebagai 'Labu Kecil' kini popular di Eropah, USA dan beberapa negara di Benua Amerika Selatan serta di Afrika. Tumbuhan ini sesuai ditanam dikawasan yang mempunyai iklim temperate atau dikawasan tanah tinggi di tropika yang mempunyai suhu sejuk dengan beberapa pengubahsuaian teknologi dan varieti. Saya telah merujuk kepada beberapa laporan statistik dilamanweb dan buku mengenai sayuran ini tetapi tidak memberikan maklumat mengenai keluasan penanaman zucchini diseluruh dunia. Ini mungkin tanaman ini merupakan tanaman yang tidak begitu popular didunia. Artikel malam Jumaat ini, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman zucchini selepas melawat kebun penanaman Zucchini di Cameroon Highland, Pahang dan mendapat info untuk menulis tanaman zucchini untuk bacaan anda.
Tanaman zucchini adalah tumbuhan dari keluarga cucurbitaceae adalah jenis tanaman jenis renek yang mana ia tumbuh menegak. Tumbuhan ini menyerupai pokok squash, labu atau timun dengan bentuk daun seperti hati sehingga seperti daun maple. Warna daun lazimnya adalah hijau pekat dengan mempunyai bulu pada permukaan daun. Daun zucchini dewasa lebih menyerupai daun tembikai dengan warna daun hijau dan juga keperangan. Tanaman ini sering ditanam dalam pasu atau tanah dikawasan rumah kerana ia mudah tumbuh, senang dijaga dan mampu memberikan hasil yang banyak untuk kegunaan sendiri. Penanaman sering menggunakan biji benih yang disemai terus kedalam bekas atau diatas tanah yang sesuai. Pembacaan saya dari bahan rujukkan Sygenta Seeds menunjukkan terdapat beberapa varieti zucchini popular ditanam seperti 'Paycheck. 'Spineless Beauty'. 'Payroll', 'Spineless Perfection', 'Pascola', 'Jacobo', 'Equinox', Noche', 'Raven' dan 'Cashflow' bagi kumpulan zucchini berwarna hijau. Varieti zucchini kuning seperti 'Golden Glory', 'Golden Dawn III' dan juga varieti 'Golden Delight'. Biji benih zucchini boleh dibeli daripada kedai disekitar Cameroon Highland.
Tanaman ini ditanam dan matang dalam masa dari 40 - 48 hari bergantung kepada varieti dan cuaca persekitaran. Penanaman zucchini dalam pasu atau keliling rumah perlukan kawasan kanopi 1.5 meter keliling dan pilih bijibenih dari varieti yang diinginkan. Kalau berminat dengan jenis kuning, boleh tanam varieti 'Golden delight' (Lihat foto sebelah). Semai biji dalam pasu dan siram sehingga tumbuh. Lazimnya pokok zucchini akan mula mengeluarkan bunga 6 minggu selepas bercambah. Bunga jantan berwarna kuning yang terang keluar dengan bilangan bunga betina yang sedikit bilangannya dan agak kecil. Bunga jantas dan betina ini akan dikunjungi oleh seranagga seperti lebah untuk proses pendebungaan (Lihat foto bunga zucchini dibawah). Jika ditanam dikawasan terttutp seperti dalam SPH atau dalam rumah, pendebungaan dengan tangan dijalankan dengan memetik bunga jantan dan sapukan kepada bunga betina yang mekar.
Tanaman zucchini perluan pengairan seberapa kerap tetapi pastikan tidak berlaku akar terendam yang merosakkan akar. Sebaiknya pembajaan dijalankan dengan menggunakan baja foliar kalau ditanam didalam pasu keliling rumah. Jika ditanam secara komersil di kebun, gunakan baja NPK dan baja organik seperti kadar keperluan pokok cucurbit yang lain. Antara masalah tanaman zucchini adalah serangan cendawan (mould) kepada bahagian daun dan batang terutama jika keadaan panas dan lembab. Kadar pertumbuhan squash atau zucchini adalah sangat cepat jika mendapat air, baja dan cahaya matahari yang mencukupi. Dalam 50 hari sahaja kita sudah boleh memetik hasil yang segar.
Penuaian buah zucchini dijalankan dengan memilih buah yang telah matang apabila kulitnya telah agak sederhana keras berukuran sekitar 15 cm panjang dan 4-5 cm ulurlilit. Gunakan pisau tajam untuk memotong buah zucchini dan kumpulkan didalam bekas (Lihat foto sebelah). Kulit zucchini yang lembut mudah tercalar dan gunakan sarung tangan untuk elakkan kerosakkan. Masukkan kedalam plastik yang kedap udara dan boleh disimpan didalam peti sejuk untuk ketahanan. Jangkahahay kesegaran buah zucchini yang disimpan sejuk adalah selama 3-5 hari dalam keadaan segar. Lazimnya ia dimakan segar sebagai salad atau dimasak dengan ramuan lain sebagai sayuran. Saya tidak berapa suka makan zucchini segar yang dibeli di Cameroon Highland kerana rasa tawar dan bergabus dan rasanya kalau dimasak sebagai sayur adalah lebih sedap. Demikianlah artikel mengenai tumbuhan zucchini yang mungkin ramai rakyat Malaysia masih belum mengenalinya!
NAMA ZUCCHINI.... PELIK BUNYINYA..
MACAM TIMUN.. BUAH LABU ISINYA...
DI CAMEROON H'LAND... DITANAMNYA...
JIKA MEMBELI... TAHUKAH MAKANNYA?...
By,
M Anem
Room 313, Travel Lodge
Brinchang
Cameroon Highland
Pahang, Malaysia.
(Ditulis pada 3 March 2013)
Tanaman zucchini adalah tumbuhan dari keluarga cucurbitaceae adalah jenis tanaman jenis renek yang mana ia tumbuh menegak. Tumbuhan ini menyerupai pokok squash, labu atau timun dengan bentuk daun seperti hati sehingga seperti daun maple. Warna daun lazimnya adalah hijau pekat dengan mempunyai bulu pada permukaan daun. Daun zucchini dewasa lebih menyerupai daun tembikai dengan warna daun hijau dan juga keperangan. Tanaman ini sering ditanam dalam pasu atau tanah dikawasan rumah kerana ia mudah tumbuh, senang dijaga dan mampu memberikan hasil yang banyak untuk kegunaan sendiri. Penanaman sering menggunakan biji benih yang disemai terus kedalam bekas atau diatas tanah yang sesuai. Pembacaan saya dari bahan rujukkan Sygenta Seeds menunjukkan terdapat beberapa varieti zucchini popular ditanam seperti 'Paycheck. 'Spineless Beauty'. 'Payroll', 'Spineless Perfection', 'Pascola', 'Jacobo', 'Equinox', Noche', 'Raven' dan 'Cashflow' bagi kumpulan zucchini berwarna hijau. Varieti zucchini kuning seperti 'Golden Glory', 'Golden Dawn III' dan juga varieti 'Golden Delight'. Biji benih zucchini boleh dibeli daripada kedai disekitar Cameroon Highland.
Tanaman zucchini perluan pengairan seberapa kerap tetapi pastikan tidak berlaku akar terendam yang merosakkan akar. Sebaiknya pembajaan dijalankan dengan menggunakan baja foliar kalau ditanam didalam pasu keliling rumah. Jika ditanam secara komersil di kebun, gunakan baja NPK dan baja organik seperti kadar keperluan pokok cucurbit yang lain. Antara masalah tanaman zucchini adalah serangan cendawan (mould) kepada bahagian daun dan batang terutama jika keadaan panas dan lembab. Kadar pertumbuhan squash atau zucchini adalah sangat cepat jika mendapat air, baja dan cahaya matahari yang mencukupi. Dalam 50 hari sahaja kita sudah boleh memetik hasil yang segar.
Penuaian buah zucchini dijalankan dengan memilih buah yang telah matang apabila kulitnya telah agak sederhana keras berukuran sekitar 15 cm panjang dan 4-5 cm ulurlilit. Gunakan pisau tajam untuk memotong buah zucchini dan kumpulkan didalam bekas (Lihat foto sebelah). Kulit zucchini yang lembut mudah tercalar dan gunakan sarung tangan untuk elakkan kerosakkan. Masukkan kedalam plastik yang kedap udara dan boleh disimpan didalam peti sejuk untuk ketahanan. Jangkahahay kesegaran buah zucchini yang disimpan sejuk adalah selama 3-5 hari dalam keadaan segar. Lazimnya ia dimakan segar sebagai salad atau dimasak dengan ramuan lain sebagai sayuran. Saya tidak berapa suka makan zucchini segar yang dibeli di Cameroon Highland kerana rasa tawar dan bergabus dan rasanya kalau dimasak sebagai sayur adalah lebih sedap. Demikianlah artikel mengenai tumbuhan zucchini yang mungkin ramai rakyat Malaysia masih belum mengenalinya!
Buah zucchini dipotong untuk dimakan sebagai salad. |
MACAM TIMUN.. BUAH LABU ISINYA...
DI CAMEROON H'LAND... DITANAMNYA...
JIKA MEMBELI... TAHUKAH MAKANNYA?...
By,
M Anem
Room 313, Travel Lodge
Brinchang
Cameroon Highland
Pahang, Malaysia.
(Ditulis pada 3 March 2013)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.