Support My Blog

Sunday, October 13, 2013

MANGGA - PRODUK MANGGA


MANGGA (Mangifera indica) merupakan sejenis buah-buahan yang popular diseluroh dunia dengan pengeluaran melebihi 35 juta metrik tan setahun. Negara India merupakan pengeluar utama mangga dunia dengan jumlah pengeluaran kira-kira 15 juta metrik tan setahun atau sekitar 50% daripada pengeluaran mangga dunia. Negara Mexico pula dilaporkan oleh FAO sebagai pengekspot utama buah mangga didunia dengan pasaran ke Amerika Utara dan juga Eropah. Negara kita, Malaysia hanya menanam sekitar 9,500 hektar tanaman mangga dengan pengeluaran tahunan sebanyak 25,000 metrik tan sahaja. Dikalangan negara-negara ASEAN, negara Thailand merupakan negara yang berjaya menghasilkan mangga yang berkualiti dan mempunyai jumlah pasaran ekspot yang sangat berjaya. Walau pun kajian yang saya buat mendapati bahawa kebanyakan mangga dijual dalam keadaan segar, namun kini telah banyak produk-produk yang baru yang berasaskan buah mangga telah dicipta untuk meningkatkan lagi nilai pasaran buah mangga selain daripada status penerimaan pengguna yang lebih canggih. Artikel malam yang dingin ini, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk-produk lain yang boleh dicipta daripada buah mangga untuk tatapan dan rujukkan anda dimana jua.


Semenjak dahulu lagi, kebanyakkan buah mangga hanya dimakan dalam bentuk segar, jeruk, acar dan kerabu di Malaysia. Ini kerana keempat-empat bentuk produk akhir buah mangga ini mudah disediakan, segar, berkhasiat, kadar penerimaan pengguna yang tinggi dan ianya memberikan pulangan yang munasabah (Lihat foto sebelah). Produk mangga segar telah menguasai lebih daripada 65% penggunaan buah mangga dunia terutama dari varieti yang ditanam khusus untuk dimakan segar daripada beberapa varieti terpilih. Buah segar juga sebenarnya telah dinikmati oleh penduduk dunia dimerata tempat tanpa mengira jantina, bangsa, umur, budaya dan tahap ekonominya. Jeruk mangga juga popular dimana ia memang disukai oleh ramai peminat. Jeruk mangga yang dijual di Pasar Chowrasta, Pulau Pinang merpakan jeruk mangga yang berbagai jenis dan jenama. Selain itu acar mangga juga diproses untuk dijadikan penyedap makanan yang dimakan bersama nasi minyak, roti dan sebagainya. Paling istimewa adalah bagaimana kreatif di Thailand dan Negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia iaitu hidangan Kerabu Mangga yang enak dimakan dengan nasi putih. Kerabu mangga kini menjadi hidangan istimewa dikebanyakan restoran makanan Thai yang terdapat merata. 


Buah mangga juga dijadikan bahan asas untuk produk lain seperti Buah Segar (Hirisan atau Kiub), Puri (puree) dan juga Pekatan (Concentrate). Kebanyakan buah mangga yang bergred rendah atau memang varieti yang ditanam untuk tujuan proses, akan menjalani beberapa proses untuk dijadikan pelbagai produk lain berasaskan buah mangga. Daripada bahan asas inilah mangga boleh dijadikan kepada banyak pelbagai produk lain yang ada potensi pasaran. Ia boleh dijadikan produk minuman, produk kering, produk penyejukkan, produk konfeksi dan juga produk sos atau sapuan. Produk minuman berasaskan mangga ada banyak jenis daripada kordial, sedia diminum atau dalam tetra-pek yang tahan lama. Minuman jus mangga merupakan satu hidangan yang mesti ada di hotel-hotel bertaraf lima bintang setiap hari sama ada untuk waktu sarapan pagi atau dijadikan sebagai 'Wellcome drink'. Produk mangga kering pula seperti sebuk mangga, halwa mangga, fruit roll, serbuk dadih dan juga mangga 'vacuum fry' mula mendapat permintaan tinggi dipasaran terutama gulongan muda. Produk sapuan dan sos mangga juga popular masa kini seperti sos salsa, sos bercili, sos dessert mangga, chutney, jem, acar dan salsa. 


Produk mangga dalam kategori konfeksi seperti gula, gula, jeli konfeksi, bar mangga, coklat dengan inti mangga dan snek mangga asam-jawa (Sila lihat foto sebelah). Produk ini kini semakin mendapat penerimaan yang sangat baik dikalangan genarasi 2Y yang ringkas dan moden.  Sementara itu mangga kini telah diproses untuk menjadi pproduk penyejukkan seperti mangga diproses sejukbeku, IQF Dices, Sosej, Konfeksi ais dan juga Ais Kerim. Pada saya ais kerim mangga amat enak dan memang selalu tidak 'miss' membelinya jika ada promosi. Produk mangga kini lebih diperbanyakan produknya sehingga menjadi crepe, makanan bayi, pai, sop, salad, kek, cheese cake daan puding. Bagaimana pun saya paling suka makan pulut bersantan dengan mangga segar terutama mangga varieti Harumanis dan Mangga Cokanan. Rasa manis, lemak, masin dan aromanya yang lazat menyebabkan menu ini merupakan menu yang saya paling suka. Diharap artikel ini mampu memberikan ilmu berguna kepada pembaca blog "Anim Agro technology' yang setia. Wasallam!


Produk kering daripada buah mangga.

Produk-produk minuman buah mangga.
PRODUK MANGGA... PELBAGAI JENIS...
ADA MASAM....BANYAK YANG MANIS...
JERUK, ACAR, KERABU... DAH HABIS...
PURI, PEKATAN... ANTARA YANG LARIS...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TH Hotel and Convention Center,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(1 Zulhijjah 1434H)  
    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...