KOYA (Dysmicoccus spp) merupakan sejenis perosak yang sering menyerang banyak tanaman dinegara kita termasuk pokok mangga. Terdapat banyak jenis koya yang dikenalpasti sering menyerang tanaman mangga seperti Dysmicoccus neobrevipes, Dysmicoccus brevipes, Rastrococcus inceroides, Pseudococcus lilanus dan Ferrisiana virgata. Semua spesis koya ini menyerang tanaman pada bahagian daun, bunga dan buah tanaman mangga jika ia tidak dikawal dengan sempurna. Nama lain bagi koya adalah seperti Scale Insects atau Mealybug dalam bahasa Inggeris. Serangga ini mudah kita lihat pada daun, buah, pucuk dan bahagian lain tumbuhan kerana menghasilkan warna putih dan cecair jika di picit. Koya terdapat diseluruh dunia dikawasan beriklim sejuk dan tropika dimana ia menyerang banyak jenis tumbuhan dalam keadaan yang lembab dan berair. Saya mengenali koya kerana selalu jumpanya ketika memetik buah Mangga dan Rambutan dikampong dahulu dan juga banyak dijumpai pada daun pokok jambu batu. Serangan koya mampu menyebabkan buah rosak dan tidak berkualiti dimana daun serta pucuk pokok rosak dan tidak produktif. Artikel tengahari ini saya menulis mengenai Koya untuk maklumat umum dan bacaan semua pembaca berdasarkan pengalaman peribadi, bacaan teknikal dan buku rujukkan. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai masaalah serangan koya pada tanaman mangga untuk dijadikan bahan rujukkan.
Koya mempunyai saiz 3 mm (0.12 inchi) bersegmen atau berketak-ketak berwarna putih berdebu macam tepung gandum. Terdapat filamen atau rambut halus yang keluar dari kiri dan bahagian ekor koya (Lihat foto sebelah). Koya jantan adalah berbentuk lebih panjang keseluruhan koya menjadi 4.5 mm . Koya betina tidak mempunyai kepak seperti jenis koya jantan berbentuk leper dan oval. Bahagian kulit koya seakan berlilin (waxy). Koya bertelur sebanyak sehingga 400-600 biji telur dalam karung (sac) yang dilekatkan pada tisu tumbuhan. Selepas 2-3 minggu maka telur akan menetas menjadi instar yang mampu bergerak pantas disekeliling tumbuhan untuk mencari sumber makanan. Selepas instar 2 dan 3 maka koya telah menjadi dewasa. Bagaimanapun koya jantan akan menjadi pupa dan keluar sebagai serangga jantan. Koya merosakkan tanaman dengan menghisap cairan sap tumbuhan walau pun ada tanaman yang tidak rosak dengan serangan ini tetapi jika populasi terlalu banyak bagamana pun akan menyebabkan kualiti buah menurun dan tidak berharga. Bagi kes buah rambutan, serangan koya menyebabkan ujud warna putih pada kulit buah disamping kelihatan jelaga hitam pada kulit dan rambut buah (Lihat foto). Selain itu koya akan merembeskan cecair manisan dan akan menyebabkan tumbuhnya sejenis kulat berwarna hitam yang menjatuhkan kualiti buah rambutan. Walau pun isinya masih boleh dimakan tetapi kualiti kulit luaranya menyebabkan rambutan tersebut tidak sesuai untuk dijual dan dipamerkan. Agen seperti semut dan kerengga merupakan agen pembawa koya dan kulat kepada seluruh bahagian buah rambutan lain yang belum diserang pada pokok.
Koya pada pokok mangga memang sering kita jumpa terutama jika keadaan pokok mangga tidak dijaga dengan baik. Koya adalah serangga jenis Ovoviviparus dimana peringkat nim lazimnya adalah mempunyai jangkahayat selama 25 - 55 hari dan peringkat dewasa sekitar 35 - 80 hari lamanya. Keunikan koya seperti yang saya terangkan diatas adalah kerana ia melakukan simbiosis dengan semuy yang akan menyebarkna perosak ini kebahagian lain pokok mangga. Selain daripada ia terdpat dibahagian daun, koya juga akan mneyrang bahagian bunga mangga (Lihat foto sebelah) dimana ini akan menganggu proses pendebungaan dan seterusnya proses pembentukkan putik buah. Koya akan menghisap cairan sel pada daun, bunga dan buah yang menyebabkan pertumbuhan bahagian diserang akan terencat. Terdapat pertumbuhan beberapa jenis kulat seperti Meliola sp dan Capnodium sp pada kawasan diserang yang akan mencacatkan lagi kawasan daun dan buah diserang (Lihat foto buah rosak akibat koya dibawah).
Kawalan untuk koya perlu dijalankan dengn sentiasa membuat pemantauan pada kebun mangga secara berkala. Petani perlu sentiasa melihat keujudan koya pada daun, bunga dan buah dengan membuat pemeriksaan rapi melalui penglihatan atau gunakan kanta pembesar (Jika rabun). Dari pemerhatian yang saya lakukan, kadar serangan koya adalah lebih tinggi dimasa musim panas dan kemarau dimana kadar taburan hujan kurang daripada 100 mm sebulan. Kawalan koya jika serangan teruk dengan membuat semburan menggunakan pinyak putih (white oil) pada pokok mangga. Penggunaan racun serangga (racun semut) untuk mengawal semut sebagai agen penyebar koya juga boleh dijalankan secara berjadual mengikut aturan pada label racun. Walau pun koya merupakan jenis perosak yang kurang merbahaya dibandingkan dengan perosak lain tetapi adalah signifikan untuk kita mengetahuinya. Wasallam!
BERWARNA PUTIH ... ITU KOYA...
SERANG DAUN, BUAH...DAN BUNGA...
PERLU DIKAWAL... SETIAP MASA...
BUAH HITAM... TIDAK ELOK RUPA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 202, Tandop Hotel,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(1 Zulhijjah 1434H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.