Support My Blog

Tuesday, October 22, 2013

BURUNG WALIT - SATU INDUSTRI (Part 1)

BURUNG WALIT (Aerodemus fuciphagas atau Aerodemus maxcimus) adalah sejenis burung liar dari keluarga Apodidae yang kini sangat popular dan menjadi aktiviti ternakan burung yang hebat. Permintaan tinggi industri burung walit atau burung layang-layang mencetuskan satu perusahaan baru di Malaysia dan Indonesia serta negara berkaitan. Kini anggaran nilai pengeluaran hasil dari sarang burung sebanyak RM jutaan setahun. Anggaran sebenar tidak diperolehi kerana sebahagian besar pemilik rumah walit ini adalah menjadi rahsia mereka. Ramai diantara mereka telah menjadi jutawan senyap. Hasil kutipan juga senyap kerana sebab sebab tertentu dan menjadi rahsia mereka dan jarang maklumat sabenar diperolehi. Kini telah ada Garispanduan untuk menternak burung walet telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Anda bolehlah berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terdekat. Saya mula mengenali burung walit secara serius semasa berlakunya bencana Tsunami di Acheh dimana ketika itu banyak burung walit telah berpindah ke Malaysia pada Disember 2004. Permintaan tinggi terutama kalangan masyarakat Cina membuatkan nilai dagangan sarang burung terbabit di Malaysia kini dianggarkan berjumlah puluhan juta. Harga sekilogram sarang burung mentah ialah sekitar RM2,000 hingga RM12,000 dan perkembangan terbabit mencetuskan aktiviti menukar bangunan komersial dan rumah dalam bandar menjadi pusat perusahaan sarang burung walit. Dibimbangi perkembangan perusahaan yang tidak terkawal boleh menimbulkan konflik, kerajaan bersetuju mengawal perusahaan melalui proses pelesenan dan pendaftran rumah burung walit ini. Artikel subuh ini saya mendapat idea untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi menternak burung walit berdasarkan kursus yang telah saya hadiri dan membuat rujukkan dari beberapa sumber rasmi.

Penternakan Burung Walit kini merupakan satu industri yang mendapat galakkan oleh Kerajaan Malaysia kerana potensi yang besar dalam menjana pendapatan negara. Burung walit ini secara terdapat di Asia Tenggara, saperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam. Burung Walit juga merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur (Lihat foto sebelah). Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang atau kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walit mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk membuat sarang dan sebagai tempat istirahat dan bertelur. Klasifikasi burung walit adalah sebagai berikut diletakan di bawah kawalan Jabatan Veterinar iaitu spesis Aerodemus fuciphagas dan Aerodemus maxcimus. Dua sepsis ini lazimnya yang mendiami dan sesuai untuk besarang di rumah-rumah burung atau gua semulajadi.

Hasil dari aktiviti peternakan walit ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walit ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi penjaggan kesihatan dengan pelbagai khasiat. Sarang burung walit dipercayai berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan sebagai egen awet tua kerana kandungan kologen didalamnya yang tinggi. Perladangan Burung Layang-Layang adalah dipercayai bermula sedekad yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya.  Ia didapati mempunyai nilai pasaran yang tinggi dimana telah banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung lwalit ini walau pun dari pandangan luar macam bangunan kedai biasa. Pengubahsuaian premis asasnya ialah untuk dijadikan suasana dalamannya seakan sama dengan dalam gua dari segi tahap kegelapannya dan kelembapan. Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.

Pembinaan Rumah Burung Walit ini mesti mengikut buku Amalan Baik Untuk "Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan perlu diperolehi. Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap (Sila lihat rajah disebelah). Rumah walit perlu disediakan 'roving room' kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. 'Resting room' juga lazimnya perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristirehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah Sistem ventilasi bagi mengawal suhu, Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari, ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi,  Penyediaan beluti untuk burung bersarang,  Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa. Selain itu Pemasangan sistem audio dan Notis amaran di lokasi sesuai. Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat (Lihat rajah sebelah). Kini banyak pengubahsuaian premis burung walit dibay  yang melibatkan ubahsuai utama seperti Penutupan pintu dan tingkap,  Pembinaan lubang pengudaraan,  Penyediaan pintu masuk,  Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan,  Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu dan juga memasang sistem audio.

Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.  Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan.  Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan. Pemasangan Sistem Audio Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran.  CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan.

Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi.  Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara. Pemilihan Lokasi Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah sebaiknya di dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut. Ia juga di daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat. kawasan dipilih juga yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging. Kawasan seperti di kawasan persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat.

Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit. Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak. Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walet. 
Bersambung pada Burung Walit - Part 2 (Sila klik disini)
Bahan rujukan : http://www.jpvtrg.gov.my


BURUNG WALET...POPULAR IANYA...
BURUNG LIAR... DITERNAK PULA...
SARANG DIHASIL... MAHAL HARGANYA...
PELBAGAI PRODUK... KINI TELH ADA...

By, 
M Anem
Senior Agrologist,
Room 231, Hotel Sri Malaysia,
Bandar Rompin,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(14 Syawal 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...