Support My Blog

Wednesday, October 23, 2013

BURUNG WALIT - SATU INDUSTRI (2)

BURUNG WALIT (Aerodemus fuciphagas atau Aerodemus Collocalia maxcimus) adalah sejenis burung liar dari keluarga Apodidae yang kini sangat popular dan menjadi aktiviti ternakan burung yang hebat. Permintaan tinggi industri burung walit atau burung layang-layang mencetuskan satu perusahaan baru di Malaysia dan Indonesia serta negara berkaitan. Kini anggaran nilai pengeluaran hasil dari sarang burung sebanyak RM jutaan setahun. Anggaran sebenar tidak diperolehi kerana sebahagian besar pemilik rumah walit mejadi rahsia mereka. Ramai diantara mereka telah menjadi jutawan senyap. Hasil kutipan juga senyap kerana sebab sebab tertentu dan menjadi rahsia mereka dan jarang maklumat sabenar diperolehi. Kini telah ujud satu garispanduan untuk menternak burung walit untuk rujukan. Anda bolehlah berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar terdekat. Saya mula mengetahui tentang kehebatan burung walit secara serius semasa peristiwa berlakunya Tsunami di Acheh dimana ketika itu banyak burung walit telah berpindah ke Malaysia. Permintaan tinggi terutama kalangan masyarakat Cina membuatkan nilai dagangan sarang burung terbabit di Malaysia kini dianggarkan berjumlah puluhan juta. Harga sekilogram sarang burung mentah ialah sekitar RM2,000 hingga RM12,000 masa itu dan perkembangan terbabit telah mencetuskan aktiviti menukar bangunan komersial dan rumah dalam bandar menjadi pusat perusahaan sarang burung walit. Dibimbangi perkembangan perusahaan yang tidak terkawal boleh menimbulkan konflik, kerajaan bersetuju mengawal perusahaan melalui proses pelesenan dan pendaftran rumah burung walit ini. Artikel subuh ini saya mendapat idea untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi menternak burung walit berdasarkan kursus yang telah saya hadiri dan membuat rujukkan dari beberapa sumber rasmi.

MATERIAL SOKONGAN
Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi menghasilkan bunyi untuk menarik walit masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta dapat meningkatkan pengeluaran. Berbagai suara terdapat dipasaran dan boleh berhubung dengan JPV atau pergi terus kekedai yang menjual peralatan untuk ternakan burung walit.  Audio CD Suara Burung Walit dalam satu set mengandungi 3 CD yang adalah terdiri dari Player Mp3 dan Amplifier Satu set mengandungi MP3 dan CD Player dan Amplifier yang masing-masing berfungsi untuk memasang lagu. Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas. Minima 2 unit dipasang pada pintu keluar masuk. Tweeter Satu set mengandungi 10 unit. Minima 10 buah dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi. Keperluan lain adalah alat 'Water Spry'. Water spry perlu untuk menarik minat walit. Alat lain yang diperlukan adalah Penyukat Suhu  dimana Alat Kelembapan Satu Set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan kelembapan. Alat diletakkan dalam rumah burung layang-layang dimana unit yang lebih besar diletak dalam bilik kawalan tanpa wayar. Semua peralatan ini memang ada dijual dikedai berkaitan.

Kesian burung walit.
SARANG BURUNG
Sarang Tiruan diperlu untuk peringkat awal untuk memberikan ruang bagi burung walit yang baru masuk kedalam premis baru ia tinggal. Sarang tiruan burung walit ini lazimnya diperbuat daripada bahan plastik berbentuk 'separa cup' yang berwarna keputihan iaitu agak sama dengan sarang semulajadi (Lihat foto sebelah). Sarang tiruan in perlu dilekatkan dengan gam dilokasi strategik untuk burung bersarang. Selain daripada ia dilekatkan dalam sarang baru, sarang tiruan ini akan diletakkan ditempat sama dimana sarang asal apbila menuai sarang burung walit yang diambil. Sarang ini juga ada dijual dikedai berkaitan industri burung walit.

TELUR WALIT

Telur Walit Tiruan juga ada dijual di pasaran untuk menggantikan telur walit yang diambil untuk ditetaskan dalam inkubator. Terlur tiruan ini yang berbentuk dan ukuran sama seperti telur burung walit asli diperbuat daripada bahan khas sama ada dari plastik atau bahan lain yang diletakkan pada sarang asal atau sarang tiruan bagi mengelakkan burung walit 'lari' meninggalkan sarangnya (Lihat foto sebelah). Telur sebenar burung walit dikutip dan boleh ditetaskan dan ia apabila dewasa kemingkinan untik ia kembali kepremis asal adalah tinggi. Dalam tinjauan saya ke premis burung walit di Pulau Karimun dulu, memang banyak teknologi mengenaii burung walit yang boleh dipelajari.

MUSUH DAN CABARAN

Menternak burung wali juga menghadapi banyak masaalah serangan musuh dan juga penyakit. Antaranya kita perlu mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak, kelawar, biawak, burung hantu dan helang. Musuh ini yang samada akan merosakan atau menakutkan burung perluu dihapuskan untuk terus tinggal dalam bangunan. Burung Hantu (Tyto alba) lazimnya akan tunggu waktu lewat malam atau pagi untuk menyambar burung walit yang masuk atau keluar dan ini amat menakutkan walit (Lihat foto sebelah). Apa lagi kalau burung hantu masuk dalam premis, makan semua burung walut akan keluar ketakutan. Dari segi masaalah serangan musuh, lazimnya tikus memakan telur, anak burung walit dan juga makan sarangnya. Perosak ini juga mendatangkan suara dan kotoran yang merosakkan persekitaran rumah walit. Cara pencegahan tikus dengan kita menutup semua lubang dan pastikan tidak menimbun barang bekas dan kayu-kayu yang akan digunakan untuk sarang tikus. Burung Hantu dan Helang seperti saya nyatakan tadi akan memakan burung walit. Kawalan dengan kita menangkap dan pindahkan dan terkini ramai yang menembak burung tersebut sehingga mati. Bagi semut yang mesti diperiksa adalah semut api dan semut gatal yang akan memakan anak walit dan mengganggu burung walit yang sedang bertelur. Cara kawalan dengan memberi umpan diluar kawasan dan diberi makan mengerumuni. Cara lain adalah dengan itu semut disiram dengan air panas. Cicak dan Tokek Binatang ini memakan telur dan sarang walet dan kadang-kadang tokek akan memakan anak burung walet. Kotorannya dapat mencemari raungan dan suhu yang mana ini menimbulkan dan mengganggu ketenangan burung walit. Cara kawalan dengan mengusir, menangkap menggunakan kertas pelekat atau dengan cara membuat saluran air di sekitar pagar untuk penghalang ia bergerak atau pastikan bahagian tembok dibahagian luar dinding dibuat licin dan dicat untuk menyukarkan ia bergerak.

PELABURAN DAN PULANGAN

Ini adalah anggaran modal berdasarkan bangunan baru dibina, berkeluasan 40′x60′ persegi setinggi 3 tingkat yang sesuai untuk memulakan aktiviti ternakan burung walit di Malaysia. Anggaran ini hanya panduan sahaja dan ia mungkin bertambah atau kurang bergantung kepada banyak sebab. 

Harta Tetap Bangunan dan kelengkapan/material = RM 120,000

Modal Pusingan Setahun

Kos tenaga buroh = RM 12,000
Eletrik dan air = RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 133,000


Anggaran Hasil Sarang burung (minima)

Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 6,000 = RM 3,000
Akhir tahun 2, 7 kg X RM 6,000 = RM 42,000
Akhir tahun 3, 14 kg X RM 6,000 = RM 84,000
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000
Akhir tahun 5, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000

Keuntungan Tahunan

Tahun 1, RM 3,000 - (RM 7,000 + RM 25,000) = (- ) RM 130,000
Tahun 2, RM 42,000 - (RM 7,000 + RM 29,000) = (-)RM 88,000
Tahun 3, RM 84,000 - RM 7,000 = (-)RM 4,000
Tahun 4, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 116,000
Tahun 5, RM 120,000 - RM 7,000 = RM 120,000


Cashflow diatas menunjukkan dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali sepenuhnya. Ini jika tuaian Hasil Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak sescara semula jadi. Telur boleh dipindahkan untuk diram cecara menggunakan incubator. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia. Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet  terbang. Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang. Sekian , Wasallam!.


Sarang burung walit baru disiapkan.
BURUNG WALET...POPULAR IANYA...
BURUNG LIAR... DITERNAK PULA...
SARANG DIHASIL... MAHAL HARGANYA...
PELBAGAI PRODUK... KINI TELH ADA...

By, 
M Anem
Senior Agrologist,
Room 231, Hotel Sri Malaysia,
Bandar Rompin,
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(14 Syawal 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...