MANGGA (Mangifera indica) merupakan sejenis tanaman buah-buahan jenis Klimaterik yang pertu di petik dengan tepat untuk proses pengendalian seterusnya dengan berkualiti. Buah mangga boleh dipetik pada peringkat matang, sebelum bermulanya proses pemasakan selepas dipetik. Buah mangga sebagai buah klimaterik memang boleh dimasakkan secara semula jadi atau secara aruhan. Buah mangga ini lazimnya memulakan proses pemasakan diikuti dengan peningkatan kadar pernafasan yang cepat dan pernafasan menurun semula selepas mencapai kemuncak dimana buah mangga akan mencapai tahap pemasakan dengan kualiti yang diterima oleh pasaran. Persoalannya adakah petani mempunyai tahap kemahiran untuk memetik hasil buah mangga dengan tepat sebelum dipetik?. Berlainan varieti mangga mempunyai kadar tahap ketangan dant tanda kematangan yang berbeza-beza. Di Malaysia beberapa varieti seperti Cokanan, Harumanis, Nam Dok Mai, Mas Muda, Sala dan Melele didapati agak popular ditanam dilokasi berbeza-beza. Dengan melihat kepada foto diatas, adakah buah cokanan tersebut optimum untuk dipetik?. Artikel subuh dingin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai masa untuk memetik mangga dengan tepat untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Amalan agronomi tanaman mangga banyak menentukan kualiti buah mangga yang dihasilkan. Ini termasuk semua aspek penjagaan ladang daripada pemilihan buah varieti terpilih, jarak tanaman, cantasan pembentukkan pokok, penyiraman serta pengairan, pembajaan, kawalan serangga perosak, kawalan penyakit, kawalan rumpai, cantasan penyelenggaraan, aruhan pembungaan sehinga cara memetik dan aktiviti lepas tuai. Walau pun kesemuanya telah diikuti dengan baik tetapi jika kita tidak mampu mengekalkan kualiti buah sebelum tiba dipasaran adalah merugikan petani. Oleh itu petani juga perlu mahir dalam cara memetik hasil, mengendalikan dengan baik sehingga kualiti mangga dapat dikekalkan berkualiti dan sampai kepada pengguna. Ketepatan memetik hasil kini menjadi satu daripada kriteria untuk petani memetik mangga dengan tepat dan perlu diberitahu kepada petani dan mereka yang terlibat dengan menuai hasil mangga.
Walau pun kebanyakan penanam mangga mampu melihat akan perubahan warna kulit mangga dipokok tetapi ada beberapa kaedah lain boleh digunakan sebagai kriteria untuk memetik hasil. Mangga varieti Cokanan atau Harumanis mempunyai warna kulit yang berlainan untuk dipetik. Bagi cokanan, kulit buah yang hijau dengan kekuningan lazimnya cukup matang untuk dipetik (Lihat foto paling atas). Oleh itu kaedah yang paling 'TEPAT' dan sesuai adalah dengan mengira bilangan MINGGU selepas pembentukkan putik mangga. Kebanyakan varieti mangga tempatan adalah berkulit hijau semasa muda dan hampir matang dan akan menjadi warna hijau cerah atau kekuningan apabila masak bergantung kepada varieti. Tidak banyak varieti mangga tempatan yang menjadi warna kemerahan seperti mangga ditanam diluar negara yang menerima permintaan yang tinggi dipasaran dunia.
Berdasarkan hasil kajian, dengan menyediakan kalendar tanaman adalah kaedah terbaik untuk menentukan masa memetik buah mangga dengan tepat. Jadual sebelah saya paparkan jadual mengenai tempoh yang agak tepat dijadikan panduan bagi tujuan tersebut. Mangga Harumanis boleh dipetik sekitar 12 minggu setelah berputik, Mas Muda (13 minggu), Nam Dok Mai (12 minggu), Cokanan (10 minggu), Sala (12 minggu) dan Maha 65 (16 minggu). Maklumat ini penting dilekatkan pada pokok dikebun agar ia akan dirujuk selalu. Sebaiknya kita tandakan pada kertas pembalut buah mangga dengan warna atau kod tertentu agar memudahkan kita menuai hasil mangga yang tepat untuk dipetik kelak. Ketepatan kita memetik hasil akan membolehkan buah yang dipetik seragam, mudah di peram dan digredkan sebelum jualan. Buah mangga untuk pasaran segar perlu dipetik pada masa tepat agar ia manis dan mempunyai jangkahayat penyimpanan lama. Semuga artikel tulisan saya ini memberikan maklumat berguna dan menjadi rujukan anda semua. Wasallam!
MEMETIK MANGGA... SESUAI MASANYA...
IKUT KALENDAR.. CATIT SETEPATNYA...
BUAH DI BALUT ... DITANDAKANNYA...
DIGREDKAN PULA...BAIK KUALITINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Mangga Cokanan,
Kg Torbiar, Pendang,
Kedah, Malaysia.
(9 Oktober 2013)
Walau pun kebanyakan penanam mangga mampu melihat akan perubahan warna kulit mangga dipokok tetapi ada beberapa kaedah lain boleh digunakan sebagai kriteria untuk memetik hasil. Mangga varieti Cokanan atau Harumanis mempunyai warna kulit yang berlainan untuk dipetik. Bagi cokanan, kulit buah yang hijau dengan kekuningan lazimnya cukup matang untuk dipetik (Lihat foto paling atas). Oleh itu kaedah yang paling 'TEPAT' dan sesuai adalah dengan mengira bilangan MINGGU selepas pembentukkan putik mangga. Kebanyakan varieti mangga tempatan adalah berkulit hijau semasa muda dan hampir matang dan akan menjadi warna hijau cerah atau kekuningan apabila masak bergantung kepada varieti. Tidak banyak varieti mangga tempatan yang menjadi warna kemerahan seperti mangga ditanam diluar negara yang menerima permintaan yang tinggi dipasaran dunia.
Mangga cokanan dipemerkan dipremis jualan. |
IKUT KALENDAR.. CATIT SETEPATNYA...
BUAH DI BALUT ... DITANDAKANNYA...
DIGREDKAN PULA...BAIK KUALITINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Mangga Cokanan,
Kg Torbiar, Pendang,
Kedah, Malaysia.
(9 Oktober 2013)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.