MANGGA (Mangnifera indica) merupakan tanaman buah-buahan tropika yang popular di tanam di Malaysia sebagai tanaman komersil atau tanaman keliling rumah yang tidak komersil. Penanaman mangga secara monokrop mula popular dijalankan di Melaka, Perlis, Kedah dan Perak dengan varieti Chok Anan serta di Perlis dengan varieti Harumanis. Saya adalah antara pelopor penanaman mangga di Melaka dengan kemasukkan tanaman mangga Chok Anan (MA224 - Melaka delight) pada tahun 1988 - 1994. Benih MA224 diedarkan kepada petani dalam projek pemulihan tanah sawah terbiar dengan tanaman mangga. Pada masa ini terdapat seluas 9,400 hektar tanaman mangga di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 24,500 tan metrik pada tahun 2012. Kesan projek yang saya buat dulu, pada masa ini kawasan penanaman mangga paling luas berada di Melaka yang terletak di Daerah Alor Gajah dengan seluas 419 hektar. Ini diikuti dengan Daerah Jasin seluas 463 hektar. Selain itu Daerah Kuching, Sarawak seluas 271 hektar (Laporan statistik Tanaman Jabatan Pertanian 2012). Walau pun keseluruhan kawasan penanaman mangga agak menurun sedikit selama 10 tahun ini, produktiviti pengeluaran mangga adalah meningkat sedikit. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai varieti mangga yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia mengenai varieti dan sedikit penciriannya untuk dijadikan rujukan dan bacaan anda semua.
1. MANGGA VARIETI COKANAN
2. MANGGA VARIETI HARUMANIS
3. MANGGA VARIETI SALA
4. MANGGA VARIETI MAS MUDA
5. MANGGA VARIETI SIAM PANJANG
6. MANGGA VARIETI MAHA 65
Demikian saya paparkan 6 varieti mangga yang mendapat perhatian baik dikalangan petani dan pengguna di Malaysia. Walau pun hanya 3 varieti popular iaitu Cokanan, Harumanis dan Sala yang ditanam dengan banyak, varieti lain turut menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Semuga artikel ini dapat membantu anda mengenali varieti mangga. Wasallam!
KENA KENAL....VARIETI MANGGA...
COKANAN....BUKAN KITA PUNYA...
HARUMANIS... INDONESIA ADA...
ADA PILIHAN... VARIETI SALA...
VARIETI LAIN... TANAM DIMANA...
PETANI TANAM... TERTANYA-TANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pprojek Mangga Kg Gelam,
Melaka, Malaysia.
(16 Dzulkaedah 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.