Support My Blog

Saturday, June 2, 2012

SALINITY METER

SALINITY METER atau SALINOMETER atau dalam bahasa kita di Malaysia sebagai Alat Pengesan Kemasinan merupakan satu jenis alatan yang digunakan untuk mengukur kadar kemasinan garam dalam larutan. Alat ini penting untuk mengesan kandungan kemasinan dalam air laut, air tasek, air payau dan beberapa keperluan lain terutama untuk sektor Akuakultur dan Perkapalan. Tahap Kemasinan Air (Salinity) adalah berhubung rapat dengan Kunduktiviti Eletrik (electrical conductivity) dan juga Graviti Khusus (Specific gravity) dalam larutan yang mengandungi unsur garam (salt). Lazimnya alat salinity ini terdiri daripada dua jenis iaitu EC Meter atau Hydrometer yang akan membaca kandungan garam dan kadar kemasinan larutan cecair. Alatan ini boleh didapati daripada pengedar yang dilesenkan oleh pengeluar yang kebanyakannya adalah dari luar negara. Mungkin tidak ramai antara kita kenal dan mempunyai alat ini kerana tidak ada kepentingan seperti di Jabatan Kerajaan atau Makmal yang terlibat dengan penyelidikan. Artikel petanag Sabtu ini saya menulis mengenai Alat Pengesam Kemasinan larutan atau mudahnya di panggil 'Salinometer'.


Terdapat alat yang mudah digunakan seperti foto diatas iaitu jenis digital. Masukkan bahagian hujung sensor kedalam larutan yang hendak diuji kemasinannya dan dalam beberapa saat sahaja kita akan mendapat keputusan dalam bentuk angka digital. Alat yang menggunakan bateri lithium ini ringan, tahan lasak, memberikan bacaan tepat, cepat dan mudah dibawa kemana-mana. Apa yang saya baca dan belajar di Universiti dulu, lazimnya bacaan kemasinan (salinity) adalah dalam unit 'micromphos' iaitu unit mengukur konduktiviti eletrik yang mempunyai julat antara 0 - 22. Bacaan ini mudah di buat kalibrasi (calibration) kepada kandungan garam dalam larutan (grins of salts per gallon). Julat bacaannya pula diantara 0.0 -0.5. Jika bacaan tinggi bermakna tahap kemasinan dalam larutan tersebut adalah tinggi dan sebaliknya.


Kandungan Garam dalam air atau Kadar Kemasinan (Salinity) sangat penting dalam kehidupan harian kita. Tahap kemasinan air perlu diukur untuk kita mengetahui sama ada kualiti air tersebut boleh di gunakan untuk kegunaan domestik. Bagi sesetengah negara yang kurang sumber air minuman domestik, mereka terpaksa mengambil punca air yang ada kontaminasi kemasinan dan amat perlu dibuat ppemantauan sebelum ianya dirawat untuk kegunaan domestik. Projek ternakan udang , ikan dan krustecea didalam air payau atau air laut juga sangat bergantung kepada Kadar Kemasinan Air dan Bacaan BOD dalam air. Prestasi hidupan tersebut akan terjejas jika berlaku perubahan yang drastik terhadap saliniti air untuk ternakan. Lazimnya mereka menggunakan alat salinometer bersama alatan 'Sensor' yang akan berbunyi apabila berlaku sebarang perubahan pada tahap saliniiti.


Salah satu syarikat yang menghasilkan alatan Salonometer seperti Syarikat Uni-Safe Electronic memenyediakan beberapa model alatan ini. Sumber menyatakan antara model yang popular seperti Alat SALINOMETER SL6005 (Foto sebelah) yang mampu mengesan saliniti air yang mengalir dan melalui bahagian kondenser alatan ini. Alat ini dipasang pada laluan air tawar atau air masin dan akan mengesan kandungan garam berterusan dimana bacaan dapat dilihat dengan jelas. Ianya boleh dipasang dalam keadaan melekat didinding dan mampu menganalisa dengan keadaan suhu antara 20 - 90 darjah Celcius. Syarikat yang beroperasi di 40 negara didunia ini berpengalaman selama lebih 18 tahun dalam mengeluarkan alatan canggih untuk pelbagai tujuan. Model lain yang ada adalah seperti Model SALINOMETER SL6000 yang banyak digunakan.


ALAT SALINOMETER...MENGESAN GARAM...
DALAM LARUTAN... DI CELUP KEDALAM ...
PELBAGAI BENTUK... KOSNYA BERBAGAI...
DAH TAHU SEDIKIT... JANGANLAH LALAI...


By,
M Anem
Pct 11. Putrajaya,
Malaysia
(13 Rejab 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...