KECUKUPAN MAKANAN (Food Security) merupakan satu perkara penting yang di bincangkan dalam banyak forum-forum antarabangsa dan tempatan. Malaysia mempunyai beberapa strategi dalam mempastikan kecukupan makanan untuk rakyatnya seramai 28.25 juta pada 2011 dengan kaedah yang disusun rapi melalui beberapa Kementerian dan Jabatan Perlaksana. Makanan utama penduduk di Malaysia adalah Nasi yang dimakan setiap hari dengan sebahagian dihasilkan didalam negara dan sebahagian lagi di impot. Keluasan penanaman padi di Malaysia sekitar 675,000 hektar setahun dan menghasilkan sebanyak 2.548 juta metrik tan padi atau sebanyak 1.642 juta metrik tan beras yang bernilai RM 1.911 billion. Bagaimana pun negara kita masih mengimpot sebanyak 570,000 metrik tan beras daripada beberapa negara jiran untuk memenuhi keperluan bahan makanan ini.
Berapa banyak kadar pengambilan makanan oleh penduduk Malaysia agaknya?. Saya telah membuat sedikit carian maklumat dan di mana pada tahun 2010 kadar perkapita penggunaan Beras sebanyak 79.5 kg seorang setahun. Maksudnya setiap orang rakyat Malaysia akan makan sebanyak purata hampir 80 kg beras setahun dan cuba kira sendiri berapa rumpun pokok padi diperlukan untuk menghasilkan 80 kg beras. Purata penghasilan beras negara sekitar 3,600 kg sehektar, maknaya senang kira satu hektar sawah padi di negara kita mampu memberi bekalan beras kepada 48 orang sahaja setahun. Mengikut teori mudah, kita makan nasi pada waktu makan tengahari dan makan malam serta kadang-kadang wada saraapan pagi (3 kali sehari). Ini amat ketara dikalangan masyarakat luar bandar dimana mereka menjalankan aktiviti yang aktif di kebun, nelayan, pekerja kilang dan sebagainya.
Kadar perkapita untuk bahan makanan lain di Malaysia adalah Sayur sebanyak 54.7 kg seorang setahun, Buah-buahan (93.0 kg/org/tahun), Daging Lembu dll (5.6 kg/ orang /tahun), Daging Ayam (35 kg/ orang/ tahun), Telur (295 bibi/ orang/ tahun - banyak betul orang Malaysia makan telur ayam!) , Ikan (45.4 kg / orang / tahun) dan Susu (47.5 liter/ orang/ tahun). Kadar kecukupan makanan di negara kita belum pernah kedengaran kes-kes KEBULURAN akibat tidak cukup bekalan makanan. Malaysia masih pada tahap SELAMAT dari segi bekalan makanan sama ada yang dihasilkan sendiri atau pun diimpot dari luar. Penghasilan bahan makanan di negara kita stabil kerana mempunyai tanah yang subur, cuaca panas sepanjang tahun, kemudahan infrastruktur yang baik, teknologi pertanian yang maju dan pengeluar hasil tanaman yang kuat kerja. Harga bahan makanan masih stabil dan terkawal walau pun terdapat kenaikan harga pada waktu-waktu tertentu disebabkan oleh beberapa faktur seperti musim tengkujuh, musim perayaan, serangan wabak penyakit dan kenaikan kos bahan input pertanian.
MAKANAN RUJI ...BERAS ANTARANYA...
NASI LEMAK.. MEMANG RAMAI SUKANYA...
HARGA MENINGKAT... APA SEBABNYA...
KOS PENGELUARAN... MUNGKIN PUNCANYA...
By,
M Anem
Ulu Chuchuh, Sg Pelek,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(24 Rejab 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.