CHEMPEDAK CH 28 (Artocarpus chempeden L) adalah salah satu varieti chempedak yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia. Chempedak merupakan satu jenis buah tropika dari keluarga Moraceae yang ditanam di negara kita sebagai salah satu tanaman campuran atau tanaman monokrop untuk pengunaan makan segar. Terdapat sebanyak 35 varieti chempedak yang telah didaftarkan di Malaysia oleh Jabatan Pertanian dimana hanya 3 varieti sahaja di syorkan ditanam secara komersil iaitu CH 28, CH 30 dan CH 33. Seluas 11,156 hektar tanaman chemdedak di laporkan oleh Jabatan Pertanian pada 2011 dengan cuma 7,928 hektar mengeluarkan hasil sebanyak 56,831 mt. Anggaran nilai hasil chempedak adalah sebanyak RM 130.25 juta dimana purata penghasilan chempedak di Malaysia adalah sebanyak 7,100 kg sehektar. Daerah Kuching, Sarawk dilaporkan mempunyai kawasan tanaman chempedak paling luas di Malaysia iaitu 366 hektar) diikuti dengan Daerah Selama, Perak (250 ha) dan Daerah Sipitang, Sabah (245 ha). Kali ini 'Anim Agro Technology' akan mempaparkan informasi dan pencirian tanaman chempedak varieti CH 28 untuk tatapan anda semua.
Kajian maklumat yang saya perolehi mendapati varieti CH28 ini didaftarkan pada 1 Jun 1978 oleh pegawai dari Jabatan Pertanian yang mana pokok ini di tanam di Stesyen Pertanian Serdang, Selangor. Bentuk buah adalah bulat panjang dengan ukuran panjang diantara 37 - 40 cm dengan lebar sekitar 13 - 15 cm. Kalau dikira nisbah ukuran panjang dengan lebar buah adalah pada nisbah 2.7:1. Kulit buah lazimnya berwarna hijau dan ada warna perang coklat pada tumpok tertentu. Pemerhatian saya mendapati tangkai buah adalah sederhana panjang skitar 3.0 - 3.5 cm pada buah hampir matang. Warna tangkai buah adalah hijau ketika muda dan akan menjadi hijau coklat apabila hampir masak. Rupa permukaan buah adalah sederhana berbonjol dangan duri yang ketara dan berbentok corong.
Ciri isi buah chempedak CH28 ini banyak ulas sekitar 88 - 92 ulas sebiji (Purata 90 biji) dengan ketebalan yang sederhana. Warna isi adalah kuning - oren (Yellow orange) dengan kod warna 21B. Apa yang saya hendak kata adalah isi buahnya sangat manis dengan tahap kemanisan sehingga 33 - 35%. Jerami chempedak CH28 adalah sederhana panjang tetapi bilangannya agak sedikit. Kalau hendak di bandingkan nisbah isi kepada ulas buah adalah tinggi iaitu sekitar 70%. Memang sangat puas hati kalau membeli chempedak CH28 kerana ulas isi adalah banyak untuk dimakan segar atau di goreng. Ulas buah padat dari pangkal buah sehingga kehujong buah dengan empulor yang sederhana saiz.
Ketika membuat ujirasa didapati macam tidak ada rasa Tanin pada isi buah tetapi ada sedikit rasa masam. Isinya banyak dan hanya sedikit ulas yang kesep dimana kebanyakkannya mempunyai biji. Saiz biji adalah bersaiz sederhana berbentuk bulat berbonjol. Biji mempunyai lapisan kulit berwarna coklat (orange grey - N167B) yang agak tebal dan ada seakan-akan jalur atau garisan berwarna gelap. Biji dari buah yang masak ranum mudah disemai untuk dijadikan pokok penanti sebelum dicantum dengan varieti chempedak yang di kehendakki. Varieti ini mampu memberikan purata potensi hasil sekitar 8 - 10 metrik tan sehektar bergantung kepada umur, jenis tanah, cara pengurusan tanaman dan sebagainya. Wasallam.
CHEMPEDAK CH 28... VARIETI DISYORKAN...
ISINYA BANYAK ...HAMPIR 90 ULAS KIRAAN...
RSAS SANGAT MANIS ... APABILA DIMAKAN...
TANAM SENDIRI... BENIH CH 28 DI PASTIKAN...
Oleh,
M Anem
Mantin, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(7 Syaaban 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.