Racun Makhluk
Perosak (PESTICIDE) adalah bahan yang digunakan untuk memusnah dan mengawal serangga atau
tumbuhan perosak. Contoh racun makhluk perosak ialah racun paraquat,
organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat dan banyak lagi yang dijual untuk kegunaan petanian dan domestik. Racun makhluk perosak
berguna untuk mengawal makhluk perosak dan meningkatkan penghasilan pertanian
tetapi ia juga berbahaya kepada manusia. Di rumah sering kita gunakan racun makhluk perosak untuk menyembur serangga seperti Nyamuk, Lalat dan Lipas juga tergolong dalam jenis racun serangga kelas III atau Kelas IV. Siapa kata racun tersebut tidak erbahaya kepada kesihatan kita!.... Semua jenis racun kebanyakannya adalah mengandungi bahan yang boleh merbahayakan manusia jika tdak digunakan dengan sempurna. Artikel hari Jumaat ini saya menulis mengenai Bahaya Racun Perosak untuk tatapan anda semua.
Bagaimana keracunan boleh berlaku?
Seseorang boleh terdedah kepada
keracunan racun makhluk perosak melalui 3 cara iaitu yang pertama dengan keadaan dimana kita tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun makhluk perosak, melalui sentuhan kulit dengan racun makhluk perosak dan dengan cara terhidu racun makhluk perosak.
Siapakah mereka yang berisiko?
Mereka yang berisiko adalah orang yang terlibat dengan penggunaan racun perosak terdiri daripada Petani dan Pekerja ladang atau Pekerja Estet yang membuat semburan. Golongan ini sering menghadapi risiko terhadap kesan toksik semasa membancuh, menyembur, mencuci tong, menyimpan racun dan berjalan dikawasan yang baru disembur racun. Pengalaman saya semasa bertugas di estet Pamol di Kluang dulu melihat bagaimana pekerja ladang tidak mematuhi peraturan keselamatan menggunakan racun menyebabkan ada yang mempunyai sakit kulit. Kumpulan lain adalah mereka yang berkerja dalam kilang atau pekerja kilang racun makhluk perosak juga terdedah kepada risiko keracunan.
Gejala Terkena Racun
Mungkin ramai diantara kita yang kurang tahu akan simptom atau tanda-tanda kita terkena racun perosak. Pendedahan kepada racun makhluk perosak boleh menyebabkan kecederaan
kepada badan dan anggota serta organ badan tanpa disedari. Diantara tanda atau gejala terkena racun iaitu kesan serta-merta seperti sakit kepala, loya, berpeluh, kulit merengsa
dan malah pada tahap yang serius boleh menyababkan kes-kes kematian. Kita juga mungkin terdedah untuk kesan jangka masa panjang seperti tangan mengeletar, kelupaan, kurang
daya ingatan, kurang daya tumpuan, kekuningan mata serta keletihan. Jenis racun sistemik memang mempunyai kesan jangkapanjang yang kita tidak sedar. Awasi dan buat pemeriksaan doktor sekiranya kita menggunakan racun dan ada simptom diatas dengan segera.
Komplikasi yang paling teruk boleh terjadi akibat keracunan ini?
Rawatan Terkena Racun
Mencegah Kejadian Keracunan?
Kita boleh mencegah kejadian keracunan Racun Makhluk Perosak dengan mengambil langkah awal pencegahan. Pertama sekali pastikan anda tahu jenis racun makhluk perosak yang digunakan dengan membaca label dan Kelas Racun Tersebut. Racun Kelas 1 adalah sangat merbahaya berbanding dengan racun kelas IV dan Kelas V. Pastikan racun yang digunakan adalah racun berdaftar dengan LPRMP dan jangan gunakan 'racun haram'. Kita perlu patuhi setiap arahan pengendalian racun makhluk perosak yang dibekalkan
oleh pengeluar setiap masa yang ditulis pada label dan peraturan keselamatan. Ketika menggunakan kita perlu mengmalkan teknik pengendalian yang selamat dan betul. Labelkan bekas racun makhluk perosak dengan betul sebelum menyimpanan dan baki racun yang tidak habis digunakan. Dalam setor penyimpanan perlu disimpan racun makhluk perosak di tempat yang berkunci dan berasingan dari
barang-barang lain. Jangan pindahkan racun makhluk perosak ke dalam bekas lain; gunakan
bekas yang asal sahaja. Jangan gunakan semula bekas racun makhluk perosak yang telah kosong. Lupuskan semua bekas racun makhluk perosak yang kosong dengan menanam
dalam tanah yang sesuai atau hantar kepada pihak tertentu yang dilantik. Gunakan alat pelindung diri yang sesuai dengan cara yang betul.
Apakah amalan pengendalian yang selamat?
Apakah amalan pengendalian yang selamat?
Langkah keselamatan menggunakan racun ada di berikan oleh pegawai teknikal dan penjual racun. Paling asas adalah dimana kita perlu memakai pakaian dan peralatan pelindung diri yang sesuai untuk menjalankan aktiviti meracun. Kita perlu sentiasa menggunakan sarung tangan semasa membancuh racun makhluk
perosak. AWAS! Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan racun. Ini merupakan pantang kerana siapa tahu akan berkalu kemalangan akibat pencemaran racun terhadap makanan tersebut. Sering diingatkan agar kerja-kerja penyemburan racun makhluk perosak mestilah menurut arah angin. Ini elakkan racun terkena badan kita. Basuh bahagian badan yang terdedah SEGERA dan mandi selepas setiap kali
mengendalikan racun.
Pakaian sesuai dan selamat ketika meracun
Perkara ini sering diwar-warkan dalam banyak massmedia dan risalah keselamatan pengendalian racun perosak. Ramai petani di luar bandar yang kurang sensitif tentang perkara ini dan diambel ' enteng' sahaja. Mereka tidak pedulikan pakaian yang digunakan. Pastikan kita memekai Baju berlengan panjang dan seluar panjang, memakai Topi, Apron plastik, Kasut atau But keselamatan, Sarung tangan getah, Topeng muka dan Kacamata pelindung mata. Ramai pengguna kata pakaian ini kurang selesa kerana panas, berat dan leceh. Mana lebih penting?. Keselesaan atau risiko terkena racun?.
RISIKO RACUN.... AMAT MERBAHAYA....
RISIKO RACUN.... AMAT MERBAHAYA....
KALAU TERKENA... MENGANCAM NYAWA...
BACA LABEL... PASTIKAN CARA GUNANYA...
PERIKSA SELALU...DOKTOR PASTIKANNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
TKPM Sg Blankan, Sg Pelek,
Sepang, Selangor.
Malaysia
(25 Rejab 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.