Support My Blog

Friday, June 8, 2012

PERANGKAP SERANGGA

PERANGKAP SERANGGA (Insect trap) merupakan satu kaedah yang digunakan untuk memerangkap serangga di kawasan tanaman seperti di dusun, di kawasan kebun sayur dan kawasan tanaman makanan lain seperi sawah Padi (Oryza sativa). Terdapat beberapa jenis perangkap yang boleh digunakan bagi memerangkap serangga bergantung kepada tujuan, jenis serangga , lokasi kebun dan kaedah digunakan. Antara tujuan pemasangan perangkap serangga adalah untuk memantau populasi kehadiran serangga perosak dalam kebun dan kadang-kadang digunakan sebagai satu alat untuk mengawal dan mengurangkan populasi serangga perosak. Saya banyak pengalaman membuat pemerhatian dalam pemasangan perangkap serangga terutama perangkap menggunakan lampu UV (Ultra Violet) di kawasan dusun Durian (Durio zibethinus)  dan berjaya membuat satu Inovasi Pemasangan Lampu Limpah (Spotlight) dikawasan kebun sayur. Artikel petang Jumaat ini saya menulis mengenai Perangkap Serangga dan kepentingannya dalam bidang pertanian sambil bercuti selama 2 hari di Melaka untuk bacaan anda semua.


Perangkap Serangga Lampu (Insect Light Trap) merupakan satu teknik yang paling popular digunakan dalam kawasan dusun durian dan buah-buahan lain. Lampu biasa atau Lampu Ultra Violet (UV light) akan menarik serangga jika dihidupkan terutama pada waktu malam. Beberapa spesis serangga mudah tertarik dengan lampu terang dan akan terbang berkerumun dikeliling lampu terutama diwaktu malam. Serangga Perosak jenis kupou-kupu (moths) dan beberapa jenis Kumbang memang akan datang apabila lampu dihidupkan pada malam hari kerana sikap semulajadinya. Lazimnya terdapat haiwan predator seperti Cicak dan lain-lain jenis yang akan tunggu dikawasan lampu dan makan serangga dengan kuantiti yang banyak. Kaedah lain untuk memusnahkan serangga yang datang adalah dengan menyediakan lubang atau bekas khas yang akan mengumpulkan segala serangga yang datang. Serangga yang masuk dalam bekas khas ini akan mati. Paling mudah saya dapati kita letakkan bekas seperti besen plastik arau tong drum dibelah dua dan diisikan dengan air. Lebih prakrikal lagi jika dalam air  kita curahnya minyak injin kereta terpakai (Minyak Selinder). Serangga yang jatuk kedalam bekas akan mati kelemasan dan melekat pada minyak selinder tersebut.


Kumpulan saya pernah mencipta 2 inovasi iaitu Inovasi Set Perangkap UV Light dikawasan dusun menggunakan bateri motor, alat timer , Besen dan sangat praktikal. Alat ini menang Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 1999 (AIPA) dan kini telah banyak dikomersilkan. Inovasi kedua adalah menggunakan Lampu Limpah (Spot Light) di kawasan tanaman sayuran komersil dimana Spot Light yang digunakan dari jam 7.00 malam hingga 6.00 pagi mampu menarik banyak serangga dalam kebun yang di perangkap dalam tong drum yang diisi dengan air dan minyak. Kaedah ini memang mudah, praktika dan juga mudah kita melihat kesannya. Bagaimana pun terdapat kelemahan teknik ini dimana akan terdapat juga serangga berfaedah lain (Pest predator) yang akan datang dan mati bersama. Kajian selanjutnya perlu dibuat dengan penelitian terhadap kesesuaian dan jenis lampu yang patut digunakan.


Penggunaan Pelekat Kuning dan Pelekat Biru (Yellow and Blue Sticker) merupakan satu cara yang digunakan untuk menarik serangga di kawasan kebun. Pelekat Kuning asalnya digunakan untuk mengkaji populasi serangga dalam satu kawasan. Pelakat ini mempunyai lapisan plastik yang dibubuh pelekat (sticker) dan serangga yang terbang melihat warna terang tersebut akan melekat dan ada yang mati. Begitu juga denga stiker biru yang menarik spesis serangga berbeza. Pemasangan pelekat ini di kawasan kebun sayur seperti kebun cili (Capsicum annum) dan sebagainya membantu kita mengetahui populasi perosak sebelum membuat semburan dengan racun serangga. Walau pun ada yang cuba gunakan pelekat sebagai teknik untuk mengurangkan populasi serangga perosak tetapi kaedah ini masih kurang praktikal.


PERANGKAP SERANGGA ... ALAT BERGUNA...
POPULASI SERANGGA... DIPANTAU SENTIASA...
PERANGKAP INI... BANYAK JENIS CARANYA . . .
AMBIL YANG SESUAI... TENTUKAN TUJUANNYA...


By,
M Anem
Jalan Istana, Air Keroh,
Melaka, Malaysia.
(18 Rejab 1433H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...