Support My Blog

Monday, June 4, 2012

KOS BENIH NANGKA

NANGKA (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis tanaman yang semakin popular di Malaysia masa ini. Laporan daripada Jabatan Pertanian pada tahun 2010 menyatakan terdapat seluas sekitar 3,500 hektar tanaman nangka di Malaysia dengan penghasilan sebanyak 30,000 metrik tan setahun. Penanaman nangka lazimnya menggunkan biji benih atau anak benih cantuman dari varieti yang disyorkan. Antara beberapa varieti yang disyor di Malaysia adalah seperti J29, J30 dan J31. Beberapa varieti lain seperti Nangka Tekam Yellow (J33), Nangka Kristal, Nangka Mastura (J37) dan Nangka Hong pula popular mengikut lokaliti dan minat petani. Permintan anak benih nangka masa kini amat tinggi untuk varieti Nangka Tekam Yelow kerana ciri-ciri buah tersebut yang manis, rangup dan berpotensi besar untuk kegunaan domestik dan ekspot. Pengeluaran benih nangka dibuat oleh Jabatan Pertanian, Pihak GLC dan beberapa Syarikat Swasta yang telah dikenalpasti mempunyai kredibiliti. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kos pengeluaran anak benih nanka untuk bacaan anda semua.

Bagi pengeluaran 1,000 anak pokok nangka (mudah untuk dikira dimana kadar kejayaan lazinya sekitar 80 - 85% - diperlukan 1,200 bahan pokok penanti ) kita memerlukan sebanyak 180 kg buah nangka yang akan diambil bijinya bagi dijadikan pokok penanti. Bagi bahan untuk semaian biji buah diatas batas pasir diperlukan diperlukan sebanyak 20 kg pasir halus, 5 buah bakul plastik untuk diisi pasir, 3 meter jaring nyamuk dijadikan alas bawah bakul. Lazimnya sebanyak 1,200 polibeg untuk mendapatkan 1,000 pokok nangka kelak. Media campuran untuk dimasukkan kedalam polibeg adalah tanah campuran terdiri dari 650 kg tanah atas (top soil), 650 kg pasir, 440 tahi ayam (baja organan), Cocopeat sebanyak 65 kg. Bahan ini digaul rata dan dimasukkan kedalam setiap polibeg. Pembelian baja adalah beja NPK 15:15:15 sebanyak 24 kg untuk program pembajaan. Perlu disediakan mata tunas nangka dari pokok varieti yang dikehendakki dan anggaran kos setiap mata tunas adalah sekitar RM 0.20 satu mata tunas.  Pita Cantuman (Nascofilm) sebanyak 7 gulong diperlukan ketika kerja mencantum dijalankan. Keseluruhan kos bahan input dianggarkan sebanyak RM 2,912.00.

Kos Tenagakerja penyediaan benih Nangka bleh dibahagikan kepada beberapa aktiviti daripada kerja memproses buah untuk mengambil bijinya , mengisi media dalam polibeg, menanam biji nangka, menjaga pokok penanti, membaja , merumput dalam polibeg dan meracun rumpai. Pengalaman saya mendapati kos untuk mencantum anak pokok nangka sekitar RM 0.50 sepokok (dibayar kepada pokok yang berjaya sahaja - anggaran untuk 1,000 pokok). Kerja mengurusan pokok selepas aktiviti mencantum dijalankan sehingga benih tersebut sesuai untuk diedaran atau ditanam di ladang. Anggaran kos untuk kesemua kerja adalah sekitar RM 1,100.00. Jika di ambilkira kos pelbagai atau kos kontingensi sebanyak RM 300 maka jumlah kkos pengeluaran untuk 1,000 anak benih nangka cantum adalah sebanyak RM 4,537.00. Ini bermakna anggaran kos pengeluaran untuk setiap anak pokok nangka cantum adalah sebanyak RM 4.54 sepokok. 

Daripada pengalaman dibeberapa Pusat Pengeluaran Benih Nangka yang saya kaji, satu biji nangka masak yang berkualiti (bergantung kepada varieti dan saiz) mampu menghasilkan 20 kg biji (atau sebanyak 150 ulas). Biji ini akan disemai dalam bakul plastik berukuran 12 " x 24" yang mampu diisi dengan 250 biji nangka diatas pasir. Biarkan biji nangka bercambah dan apabila sesuai akan dialihkan kealam polibeg yang mengandungi sekitar 2 kg isian media tanaman.  Apabila anak pokok penanti sesuai untuk dicantum maka ambil mata tunas dari varieti yang dikehendakki dan buat cantuman. Pengalaman dan pemerhatian saya mendapati satu dahan mata tunas sepanjang 1 meter boleh diambil sebanyak 8 mata tunas nangka yang sesuai. Kadar kejayaan bergantung kepada kemahiran, pengurusan air, kadar serangan perosak dan penyakit serta varieti nangka. Lazimya 1 gulong pita cantuman boleh digunakan untuk 15,000 anak pokok nangka. 

Kepada mereka yang berminat untuk membuat bisnes jual anak benih nangka pastikan anda mempunyai pokok induk yang telah disahkan ketulinan varietinya dahulu. Caranya mudah iaitu dengan menghubungi Jabatan Pertanian yang berhampiran untu pengesahan kualiti pokok induk. Jabatan Pertanian juga mampu membuat pemeriksaan ketulinan anak benih nangka dengan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT). Hanya pokok induk yang tulin dan baik akan digunakan sebagai bahan cantuman. Dapatkan benih berkualiti untuk ditanam untuk menjamin pertumbuhan pokok nangka anda. Wasalam.


MENCARI BENIH....CARI BENIH NANGKA... 
BENIH YANG BAIK...KETULINAN DIJANGKA..
KOS PENGELUARAN ..RM4.50 KOS HASILNYA...
PILIH YANG BERKUALITI...HATI PUN SUKA...

By,
M Anem
Jalan Istana, Air Keroh,
Melaka,
Malaysia
(13 Rejab 1433) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...