Support My Blog

Sunday, January 5, 2020

TEKNOLOGI ATASI PADI ANGIN

PADI ANGIN bermaksud jenis-jenis padi (Oryza sativa) yang dikategorikan sebagai rumpai dimana ianya mempunyai sifat bijinya mudah terlerai daripada tangkai. Kejadian dan juga wujudnya banyak jenis padi angin dalam sawah padi adalah merupakan satu masalah kepada pesawah kerana ianya menjejaskan dan mengurangkan hasil padi. Ramai pesawah tidak dapat membezakan pokok padi angin dengan pokok padi biasa semasa peringkat awal penanaman sehinggalah padi masak. Tangkai padi nampak biasa sahaja tetapi apabila digengam atau dituai menggunakan jentera maka biji-biji padi pada tangkai mudah gugur dan jatuh ketanah.  Padi Angin boleh dikenali dari segi marfologinya setelah tanaman padi kita terbit tangkainya (Tangkai biji padi). Ketinggian pokok padi angin lazimnya lebih tinggi daripada pokok padi biasa dalam sawah. Bagaimana pun banyak juga padi angin yang sama tinggi dengan pokok padi biasa atau ada yang lebih rendah daripada varieti padi ditanam. Dalam pada itu masalah padi angin dilihat mencengkam petani kerana ia menjejaskan hasil pendapatan mereka sekali gus merugikan industri padi negara. Padi angin adalah sejenis padi yang mudah relai dan akan gugur ke tanah sebelum sempat dituai hingga menyebabkan kehilangan hasil tanaman itu. Dilaporkan ia mula dikesan di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor pada 1988. Melalui tinjauan musim padi 2/2016 oleh Jabatan Pertanian (DOA), sebanyak 1,088 lokasi sawah membabitkan 6,435 hektar di Selangor, Perlis, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang, dikesan ditumbuhi padi angin. Bagaimanapun, kejadian padi angin di lokasi terbabit pada tahap teruk yang berbeza. Daripada keseluruhan kawasan yang ditinjau, 700 hektar mengalami tahap kejadian yang teruk antara 41 hingga 50 peratus mengakibatkan kerugian hasil kepada petani. Sehubungan itu, Koperasi Pengurusan Berpusat Padi Parit Lima Timur (KPBPLT), Sungai Besar, Selangor dengan kerjasama syarikat BASF (Malaysia) Sdn Bhd melaksanakan teknologi dikenali sebagai Sistem Pengeluaran Clearfield (SPC). Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan teknologi kawalan padi angin berdasarkan amalan sebenar untuk dijadilan bahan rujukan anda semua.

Program ini turut mendapat sokongan teknikal dan khidmat nasihat daripada DOA dan IADA Barat Laut Selangor sepanjang tempoh satu musim penanaman padi. Inovasi SPC ini bagi mengawal masalah padi angin dan membendung penyalahgunaan benih serta racun makhluk perosak tidak berdaftar. Pengurus Kanan Asia Pasifik BASF George Varghese berkata, SPC adalah sistem yang terdiri daripada empat bahagian menggabungkan biji benih padi teraku yang toleran racun herba dengan racun herba berkualiti tinggi dari BASF. Beliau berkata, surfaktan untuk membantu racun herba melekat pada tanah walaupun dalam keadaan basah dan panduan penggunaan pengawasan terperinci yang menggariskan langkah yang sepatutnya diambil untuk penanaman padi Clearfield berjaya. Hasil yang diperoleh dari siri petak demonstrasi di sebuah ladang contoh menunjukkan SPC adalah jalan penyelesaian yang sangat efektif untuk mengawal padi angin, walaupun petak sawah di sekitarnya mengalami infestasi (serangan perosak). Petak demonstrasi menunjukkan bahawa mengikut panduan penggunaan pengawasan sistem yang lengkap, SPC adalah jauh lebih berkesan berbanding amalan semasa yang biasa. Petani yang mengikut panduan penggunaan lengkap dapat mencapai hasil tuaian padi tujuh hingga lapan tan metrik sehektar,” katanya sempena Hari Ladang Kawalan Padi Angin di Sungai Besar, Selangor. Menurutnya, hasil demonstrasi itu menunjukkan SPC adalah satu-satunya cara terbukti untuk mengawal serangan padi angin yang menjadi masalah di beberapa kawasan.

Dalam pada itu BASF dan rakan niaga yang sudah membuat pelaburan yang besar dalam teknologi ini supaya petani mempunyai peralatan efektif untuk tujuan memerangi padi angin. Ada enam petak sawah untuk demonstrasi disemai pada April lalu apabila empat lot dikerjakan mengikut panduan penggunaan ditetapkan DOA, IADA dan BASF merangkumi penyediaan tanah secara komprehensif serta jadual penggunaan racun herba yang ketat. Sementara dua lot lagi digunakan sebagai kawalan dan dikerjakan mengikut amalan yang menjadi kebiasaan petani. Perbezaan antara dua set petak sawah itu boleh dilihat dengan jelas walaupun bagi yang tiada pengalaman. Petak sawah yang mengikut panduan penggunaan ditetapkan tidak menunjukkan sebarang serangan padi angin, walaupun kedua-dua petak sawah kawalan dan kawasan sekitarnya menunjukkan serangan yang teruk. Hasil tuaian petak sawah yang menghadapi serangan adalah 40 hingga 75 peratus lebih rendah disebabkan padi angin. Demonstrasi ini menekankan langkah yang diberikan dalam panduan penggunaan penanaman Clearfield termasuk penyediaan tanah yang sewajarnya. Sebelum mula menyemai dan mematuhi aturan masa penggunaan racun herba yang betul, adalah penting untuk mendapatkan keputusan terbaik. Petak promosi ini bertujuan menekankan pematuhan SPC bagi pengawalan padi angin dalam pengurusan tanaman padi. Sistem ini dibangunkan pada tahun 2010 untuk pengawalan padi angin yang berjaya menggabungkan varieti padi MR220 CL2 dengan kaedah pengurusan SPC menggunakan racun ‘On duty’ (imidazolinone) mengikut kaedah ditetapkan. SPC menetapkan semburan racun dilakukan pada umur padi tiga hari lepas tanam (HLT). Selepas semburan racun ini, air perlu dimasukkan ke dalam sawah pada lima HLT.

Sementara itu di Perlis Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian Mohd Nasir ada berkata antara punca berlakunya padi angin adalah tanaman yang tidak mengikut jadual dan petani gagal mengikut arahan seperti dalam soal penggunaan benih, baja, bahan kimia serta kaedah penjagaan. Sebenarnya sudah ada dua teknologi berkesan dalam mengawal padi angin ini iaitu dengan melakukan proses tanaman menggunakan jentera dan menggunakan benih padi jenis ‘clearfield’ kepada pemberita pada program Hari Ladang Kawalan Padi Angin Untuk Peningkatan Hasil di Bintong, dekat sini, hari ini.  Menurutnya,​ harga benih padi clearfield berserta racun rumpai ialah kira-kira RM85 seguni dan sehektar sawah memerlukan kira-kira tujuh guni benih. Jika menggunakan benih padi biasa, harganya memang jauh lebih murah namun ia tidak termasuk racun selain risiko menghadapi masalah padi angin lebih tinggi. Golongan petani boleh ke Jabatan Pertanian untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang i cara mengawal masalah padi angin yang menjejas dan mengurangkan hasil padi. Padi angin bermaksud jenis-jenis padi yang dikategorikan sebagai rumpai dan ia antara lain mempunyai sifat bijinya mudah terlerai daripada tangkai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMA PADI ANGIN.. MACAM MANA...
HILANGAN HASIL...80% KESANNYA...
BOLEH DIKAWAL... TEKNOLOGI ADA...
BACA ARTIKEL... DITERANGKAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 810, Grand Allora Hotel,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia
(5 JamadilAwal 1441H).

Saturday, January 4, 2020

BUAH KERANJI _ KENALI DIA

BUAH KERANJI (Dialium indum) merupakan sejenis buah dari keluarga Fabaceae yang jarang dikenali oleh orang ramai masa kini keran ia semakin sukar dijumpai. Buah ini juga ada yang memanggilnya sebagai Buah Kuran atau dalam bahasa Inggeris dipanggil 'Tamarind plum'. Penulis blog ada menjumpai buah ini ketika ke Kota Bharu Kelantan dan melawat Pusat Pertanian Ulu Paka, Terengganu dahulu. Walau pun begitu kepada penduduk asli mereka kenal buah keranji ini kerana ada tumbuh didalam hutan. Dalam pada itu buah ini merupakan buah hutan yang banyak ditemui juga terutamanya hutan di Sabah dan Sarawak dan di daerah Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Sekali pandang mungkin ramai akan menyangka ia adalah buah anggur (grape) berdasarkan kepada bentuknya dan warnanya. Kepada anda yang ingin melihatnya selalu ada dipamerkan didalam gerai pameran MAHA atau HPPNK dalam bahagian buah-buahan Nadir. Bagaimana pun penulis blog mendapati dinegara jiran Indonesia, buah ini cukup popular dimana biasanya ia dijadikan sebagai rempah bertujuan bagi menimbulkan rasa masam bagi sesuatu hidangan. Manakala di negara Arab pula dilaporkan dimana mereka telah lama mengamalkan memakannya sebanyak tiga biji sehari kerana dipercayai khasiat yang terkandung dalam buah ini mampu menurunkan kolestrol. Ia juga dilaporkan baik juga untuk sistem penghadaman daging yang dimakan. Buahnya boleh dimakan begitu sahaja kepada mereka yang minat dengan rasanya yang unik. Artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" dan sambil menonton TV ASTRO iaitu pertandingan peringkat separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2019 saya menulis mengenai buah keranji sebagai satu bahan rujukkan anda semua.


Mengenali pokok dan buah keranji mudah kepada penduduk kampung yang mempunyai dan menanam pokok ini. Kalau ditanam dikawasan rumah maka pokoknya boleh dikawal ketinggiannya akan tetapi didalam hutan ia mampu tumbuh sehingga ketinggian 50 meter (150 kaki). Ia tumbuh menegak dengan banyak cabang dan didakwa d=sebagai pokok balak yang berkualiti. Dalam pada itu dilihat dimana buah Keranji mempunyai ukuran diameter kira-kira 2 cm sahaja dan mempunyai warna kulit kehitaman yang mana ia rapuh apabila matang. Isinya pada penulis blog memang unik warnanya iaitu berwarna berwarna oren dan biasanya akan menghasilkan kombinasi rasa masam dan manis (Penulis blog suka makan beberapa biji sahaja). Apa pun perlu difahami dimana untuk makan buah ini biasanya anda hanya perlu memicit kulitnya sahaja sebelum dikemam dalam mulut. Ia mempunyai kaedah sama dengan cara makan seperti makan gula-gula. Didakwa diantara kelebihan  atau keistimewaan buah ini ialah buahnya agak tahan lama sekaligus mengurangkan risiko rugi kerana ia tidak mudah jadi busuk. Ada kalangan penduduk kampung yang akan mengambil buah keranji dan diawetkan kerana biasanya jika diawet maka ia mampu bertahan sehingga dua tahun. Walau pun dalam jangkamasa itu buahnya sudah kering tetapi ia masih boleh dijadikan bahan masakkan.


Tinjauan di beberapa lokasi di Kelantan dan Terangganu serta di Pasar Satok Kuching didapati buah ini dijual dengan harga berbeza-beza mengikut musim, saiz, varieti dan sebagainya. Ada yang menjual dijual dengan harga RM10 bagi setiap 100 gram. Bagaimana pun di Sarawak ada varieti Keranji Lubuk Antu yang dikual sekitar RM20.00/kilogram (Sila anda lihat foto disebelah). Pada penulis blog memang tidak hairan kalau harga pasaran bagi buah ini agak tinggi kerana kesukaran yang terpaksa dilalui oleh pencari buah amat susah dan berisiko tinggi. Mereka terpaksa memanjat pokok keranji ini dengan pokok setinggi 50 meter ekoran kebanyakan pokok Keranji yang mengeluarkan buah berada pada ketinggian antara 30 -  50 meter dalam hutan. Memang sukar pemanjat pokok dengan saiz pokok besar dan buahnya hanya berada dihujung dahan dan ranting pula. Apabila masak maka sukar juga untuk melihat buahnya untuk dikutip. Sebab sukar dan uniknya buah keranji biasanya penjual akan meletakkan harga yang berpatutan untuk pasaran buah keranji ini. Apa pun kepada pembaca blog yang ingin ujirasa memang bayar sahaja harga dan tidak perlu beli banyak pun. Bila berjumpa sahaja sebaiknya jangan dilepaskan peluang untuk dapat rasa sendiri buah Keranji yang unik ini.


Pada orang ramai meraka kata buah keranji adalah tidak begitu popular. Ada pantun menggunakan perkataan buah keranji yang sentiasa disebut atau dipantunkan. Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan engkau makan, suruh mengaji engkau tidak mahu’. Kepada mereka yang belum pernh ujirasa sebenarnya rasa buah ini masam-masam manis dan senang untuk dimakan iaitu dengan hanya memicit kulitnya sahaja sebelum dikemam seperti makan gula-gula. Dilihat dimana buah keranji mempunyai ukuran diameter kira-kira 2 cm dimana ia mempunyai warna kulit hitam yang rapuh. Terdapat juga jenis buah keranji yang kulitnya lebih tebal sedikit dan kelihatan sedikit seperti kulit baldu. Sebenarnya agak sukar untuk membezakan buah kuran dengan keranji kecuali individu yang memang arif dengan buah hutan itu. Bagaimana pun dalam temubual kepada seorang pemetik buah hutan yang berpengalaman lebih 30 tahun iaitu En Mat Piah berumur 57 tahun dari Maran, Pahang menyatakan pada kebiasaannya buah berkenaan lebih senang disebut buah keranji. Penulis blog yang bertugas sebagai Pengarah Pertanian Pahang sempat membuat tinjauan kepada pokok buah keranji di daerah ini. Menuruy Mad Pisah lagi kepada penduduk tempatan mereka sudah ariff dengan buah keranji walau pun sebenar ia buah kuran. Dia beritahu dimana sebenarnya kalau diamati, kulit buah kuran hitam dan nipis, isinya oren cerah dan gebu seperti baldu manakala bijinya coklat pekat dan rasanya masam-masam manis. Penulis berkunjung di Kampung Mentenang, Lubuk Paku, Maran, Pahang masa itu. Kulit buah keranji pula hitam pekat dan tebal dimana isinya juga oren pekat yang hampir kepada warna merah manakala isinya masih ada rasa masam dan manis tetapi tidak segebu buah kuran.


Dalam membuat beberapa rujukan lain didapati dimana pokok keranji dan kuran di hutan negara ini kebanyakannya berusia mencecah 60 tahun dan paling muda lima tahun. Kebanyakan orang kini sinonim dengan keranji walaupun hakikatnya buah yang dilihat adalah kuran. Pada kebiasaannya hanya segelintir penduduk kampung tahu membezakan antara kuran dengan keranji. Biasanya saiz buah kuran lebih kecil berbanding keranji. Pokok kuran akan berbuah selepas berusia 16 tahun dan mampu menghasilkan buah sehingga 100 gantang atau lebih jika pokoknya mengalami tahap tumbesaran yang sempurna walaupun di dalam hutan manakala pokok kecil antara lima hingga enam gantang pada satu-satu musim. Biasanya pokok ini berbuah selepas musim buah-buahan (duku, langsat, dokong, manggis, rambutan dan durian) berakhir. Buah keranji ini ada dijual bersama dengan buah kuran di kampung ini sejak lebih 30 tahun lalu. Bagaimana pun menuurut Mat Piah lagi kini dia lebih banyak mengupah Orang Asli mencari buah kuran kerana faktor umur dan kesihatan. Remaja Orang Asli memang pakar memanjat pokok, malah mereka tidak gementar mencantas di hujung dahan. Cara memetik dengan memangkas atau mencantas dahan yang berbuah lebat yang mana ia memerlukan kesabaran, kecekalan dan kemahiran kerana sedikit kelalaian boleh menyebabkan nyawa melayang.


Teknik memetik buah keranji dimana para pemetik tidak membawa peralatan moden kecuali parang kerana perlu mengangkut guni atau bakul buah untuk dibawa pulang.  Kerja memanjat pokok bukan senang kerana perlu berhati-hati. Mereka tidak guna tangga dan sebaliknya memanjat menggunakan tali yang ‘dipancing’ sebelum dibelit atau diikat pada pokok tumpang yang digelar ‘sanggit’ (Sila lihat foto disebelah). Dalam kampung tersebut dilihat ada penduduk kampung yang menanam pokok keranji ini  bersebelahan pokok petai atau getah bagi memudahkan untuk memanjat dan mencantas dahan yang berbuah l Dakwanya lagi walau pun nampak senang,kerja memanjat pokok kuran perlu dilakukan dengan berhati-hati bimbang terpijak dahan rapuh, selain memastikan dahan tidak tersangkut atau terjatuh di kawasan yang jauh kerana kedudukan muka buminya tidak rata. Apa yang penting dimana semua perkara diambil kira termasuk jika ada rakan yang menunggu untuk mengutip dahan yang dicantas juga perlu berhati-hati bagi mengelak ditimpa dahan atau parang dibawa pemanjat jatuh tanpa sengaja. Buah kuran yang sudah direlai dijemur terlebih dahulu sebelum diasingkan ke dalam bakul simpanan. Buah ini perlu dijemur agar tahan sehingga tiga tahun. Ia tidak akan lembik atau busuk jika disimpan dengan betul. Kulitnya akan menjadi lebih keras dan isinya mung­kin sedikit nipis. Untuk pasaran tempatan, buah ini dijual antara RM5 hingga RM10 sebungkus. Buah ini lebih diminati orang dewasa atau warga emas berbanding remaja atau kanak-kanak. Selain dimakan begitu saja, buah ini boleh dijadikan kudapan iaitu isinya disira dengan gula terlebih dahulu. Walaupun rumit, hasilnya agak lumayan. Ada keperluan bantuan ahli keluarga dari kerja merincih dan melerai sama ada di kebun atau di hutan sehingga buah kuran sampai ke tangan peraih dan pembeli. Kepada para pengunjung pasar pagi di Marandan tidak pernah melihat buah keranji boleh beli. Jika anda ingin merasainya walaupun ada yang tidak dapat menikmatinya jika terkena buah masam. Beliau pernah pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Pertanian, FAMA untuk menambah pengetahuan berkaitan pemasaran dan peningkatan hasil tani. Semuga anda semua pembaca anim agro technology mendapat info berguna mengenai buah keranji dan usahawan buah kuran kali ini. Wasallam!!...
BUAH KERANJI... JARANGNYA DI JUMPA...
BUAH KURAN... DIDAKWA SAMA CIRINYA...
RASANYA MASAM MANIS... ENAK JUGA...
BACA ARTIKEL... PUAS HATI MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1441H).
Bersamaan 4 Januari 2020.

Friday, January 3, 2020

KAPOR MAKAN - APA GUNANYA

KAPUR MAKAN (Kalsium Karbonat) atau juga sering dikenali sebagai Kapur Sirih merujuk kepada kapur yang digunakan dalam penyediaan makanan seperti kuih-muih, termasuk untuk makan sirih. Penulis blog dapati dimana  kapur makan biasanya digunakan sebagai bahan pelikat bagi mengentalkan kuih seperti kuih Kasui dan sebagainya. Selain itu ia juga mampu menambah rasa rapuh pada rasa makanan atau pun kuih tersebut. Kapur makan merupakan satu bentuk kalsium karbonat yang juga membentuk tulang rangka manusia dimana lazimnya penggunaannya didalam membuat kuih-muih adalah baik kerana ia boleh membantu membentuk tulang yang kukuh. Sebaliknya pengambilan kapur ini yang terlalu banyak boleh mendorong kepada pembentukan batu karang dalam buah pinggang. Ini yang perlu dikawal penggunaan kapor makan didalam setiap makanan yang memerlukannya. Kapur Makan adalah bahan yang tidak ada bau, berwarna putih dengan formula kimianya sebagai CaCo3. Selain daripada kapur makan ini digunakan didalam penyedapkan makanan ia jug asering digunakan untuk merawat sakit gigi. Campuran air kapor bersama dengan limau nipis dapat membantu memulihkan penyakit gout dan mengecutkan rahim serta membuang angin dalam badan bagi ibu0ibu selepas bersalin. Di Malaysia amat mudah untuk mendapatkan kapor makan atau kapor sirih kerana ia memang mudah diperolehi dikedai runcit diseluruh negara dengan ahrga murah. Pengeluaran kapor makan ini diusahakan oleh usahawan tempatan sebab bekalan kapor dinegara kita mudah diperolehi. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis mengenai kapor makan atau kapor sireh untuk bahan rujukkan semua.

Kapur Makan yang juag dikenali sebagai Kalsium Karbonat adalah bahan tambahan makanan dimana ia baik apabila jumlah kalsiumdidalam badan tidak mencukupi. Kaslim adalah bahan atau zat yang diperlukan seseorang untuk pertumbuuhan tulang, gigi, sistem saraf dan juga jantung. Ia juga ada digunakan untuk bahan anti asid didalam melegakan masaalah gastrik pada ulu hati serta senak perut atau pun sakit perut. Sering juga doktor dari klinik dan hospital akan memberikan cecair berwarna putih untuk masaalah gastrik. Didalam Islam Kapur atau Kafur ada disebut didalam beberapa surah dan hadis kerana dinyatakan sifatnya yang sejuk dan dapat menyegarkan jenazah dan melambatkan proses penyejukkan. Bau kapor yang harum juga mampu menghilangkan bau jenazah yang sedang mengalami proses pereputan terutama dengan penggunaan kapor barus. Di Malaysia mungkin sudah tidak asing lagi dengan kapur sirih. Serbuk atau cairan berwarna putih keabu-abuan ini sudah dikenali sejak dulu sebagai sejenis ubat semulajadi untuk mengatasi berbagai masalah kesihatan. Didakwa ia mampu memutihkan ketiak seseorang, memperkuat gigi, menghilangkan bau badan sehingga boleh dijadikan campuran ke dalam bahan masakan.  

Dalam pada itu kapur makan atau kapur sirih atau Kalsium hidrokside merupakan bahan yang dibuat melalui campuran kalsium oksida dengan air. Hasil daripada pencampuran dua bahan tersebut akan menghasilkan serbuk putih atau bahan seperti kristal yang tidak berbau dan bersifat alkali kuat. Cara guna ada banyak. Antaranya bagi mengatasi masaalah luka di sapu minyak kapur pada luka tersebut. Jika kapur ingin digunakan untuk merawat selsema boleh dikisar kapur tersebut dan titikan daun bersama bunga kebahagian hidung. Bagi menghilangkan uban pada rambut pula disyorkan agar menyapu kapur kepada bahagian kepala. Bagi memecahkan bisul pula boleh lumurkan kapur pada bahagian bisul berulang kali sehingga bisulnya pecah sendiri (ia mujarab kerana kapur adalah bersifat panas). Untuk sakit gigi berlubang disyorkan agar memasukkan sedikit kapur kedalam rongga sakit gigi yang berlubang tersbut sebelum berjumpa doktor gigi di klinik. Bagi menghentikan darh pula boleh disapukan kapur ditempat luka buat seketika akan berhenti. Dalam pada itu jika darh keluar dari hidung maka sumbat kapur bersama daun sirih kedalam lubang hidung yang sedang berdarah. Mencairkan air mani dilakukan dengan memakan kapur bersama air. Menyapu kapur kepada bahagian yang gatal mampu menghilangkan rasa gatal. Dalam pada itu kapur sangat berkesan mencucui perut lembu sehingga bersih. Kulit lembu dikeringkan untuk dijadikan gendang rebana dan juga kompang setelah ia melalui proses kapur dahulu.

Bagi anda hendak tahu bagaimana kuih Kaswi ini dibuat dipaparkan resepi Kuih Kaswi Paling Sedap. Bahan bahan iaitu terdiri dari 2 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung ubi, 2 keping gula Melaka sebaiknya guna 2 1/4 keping saiz yang sederhana, 1 cawan gula pasir (boleh tambah 1 sudu besar), 7 cawan air serta 1 sudu kecil kapur yang dibancuh dengan sedikit air. Bahan lain adalah kelapa parut muda dengan sedikit garam. Cara menyediakan kuih kaswi dengan memasak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam. Kemudian dimasukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.  Akhir sekali boleh dimasukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung. Seterusnya dipanaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam. Sebaiknya sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih. Kemudian setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Semuga anda dapat info berguna mengenai kegunaan kapur makan dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
KAPUR MAKAN... KAPUR SIRAH SAMA...
WARNA PUTIH... DALAM POT JUALNYA...
HARGA MURAH.. ADA KHASIATNYA...
PERSISA MAKANAN... JAGA GUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Room 201, AB Inn Hotel,
Jalan Lapangan Terbang,
Senai Airport,
Senai, Johor,
Malaysia.
(3 JamadilAwal 1441H).

KAPOR MAKAN - APA GUNANYA

KAPUR MAKAN (Kalsium Karbonat) atau juga sering dikenali sebagai Kapur Sirih merujuk kepada kapur yang digunakan dalam penyediaan makanan seperti kuih-muih, termasuk untuk makan sirih. Penulis blog dapati dimana  kapur makan biasanya digunakan sebagai bahan pelikat bagi mengentalkan kuih seperti kuih Kasui dan sebagainya. Selain itu ia juga mampu menambah rasa rapuh pada rasa makanan atau pun kuih tersebut. Kapur makan merupakan satu bentuk kalsium karbonat yang juga membentuk tulang rangka manusia dimana lazimnya penggunaannya didalam membuat kuih-muih adalah baik kerana ia boleh membantu membentuk tulang yang kukuh. Sebaliknya pengambilan kapur ini yang terlalu banyak boleh mendorong kepada pembentukan batu karang dalam buah pinggang. Ini yang perlu dikawal penggunaan kapor makan didalam setiap makanan yang memerlukannya. Kapur Makan adalah bahan yang tidak ada bau, berwarna putih dengan formula kimianya sebagai CaCo3. Selain daripada kapur makan ini digunakan didalam penyedapkan makanan ia jug asering digunakan untuk merawat sakit gigi. Campuran air kapor bersama dengan limau nipis dapat membantu memulihkan penyakit gout dan mengecutkan rahim serta membuang angin dalam badan bagi ibu0ibu selepas bersalin. Di Malaysia amat mudah untuk mendapatkan kapor makan atau kapor sirih kerana ia memang mudah diperolehi dikedai runcit diseluruh negara dengan ahrga murah. Pengeluaran kapor makan ini diusahakan oleh usahawan tempatan sebab bekalan kapor dinegara kita mudah diperolehi. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis mengenai kapor makan atau kapor sireh untuk bahan rujukkan semua.

Kapur Makan yang juag dikenali sebagai Kalsium Karbonat adalah bahan tambahan makanan dimana ia baik apabila jumlah kalsiumdidalam badan tidak mencukupi. Kaslim adalah bahan atau zat yang diperlukan seseorang untuk pertumbuuhan tulang, gigi, sistem saraf dan juga jantung. Ia juga ada digunakan untuk bahan anti asid didalam melegakan masaalah gastrik pada ulu hati serta senak perut atau pun sakit perut. Sering juga doktor dari klinik dan hospital akan memberikan cecair berwarna putih untuk masaalah gastrik. Didalam Islam Kapur atau Kafur ada disebut didalam beberapa surah dan hadis kerana dinyatakan sifatnya yang sejuk dan dapat menyegarkan jenazah dan melambatkan proses penyejukkan. Bau kapor yang harum juga mampu menghilangkan bau jenazah yang sedang mengalami proses pereputan terutama dengan penggunaan kapor barus. Di Malaysia mungkin sudah tidak asing lagi dengan kapur sirih. Serbuk atau cairan berwarna putih keabu-abuan ini sudah dikenali sejak dulu sebagai sejenis ubat semulajadi untuk mengatasi berbagai masalah kesihatan. Didakwa ia mampu memutihkan ketiak seseorang, memperkuat gigi, menghilangkan bau badan sehingga boleh dijadikan campuran ke dalam bahan masakan.  

Dalam pada itu kapur makan atau kapur sirih atau Kalsium hidrokside merupakan bahan yang dibuat melalui campuran kalsium oksida dengan air. Hasil daripada pencampuran dua bahan tersebut akan menghasilkan serbuk putih atau bahan seperti kristal yang tidak berbau dan bersifat alkali kuat. Cara guna ada banyak. Antaranya bagi mengatasi masaalah luka di sapu minyak kapur pada luka tersebut. Jika kapur ingin digunakan untuk merawat selsema boleh dikisar kapur tersebut dan titikan daun bersama bunga kebahagian hidung. Bagi menghilangkan uban pada rambut pula disyorkan agar menyapu kapur kepada bahagian kepala. Bagi memecahkan bisul pula boleh lumurkan kapur pada bahagian bisul berulang kali sehingga bisulnya pecah sendiri (ia mujarab kerana kapur adalah bersifat panas). Untuk sakit gigi berlubang disyorkan agar memasukkan sedikit kapur kedalam rongga sakit gigi yang berlubang tersbut sebelum berjumpa doktor gigi di klinik. Bagi menghentikan darh pula boleh disapukan kapur ditempat luka buat seketika akan berhenti. Dalam pada itu jika darh keluar dari hidung maka sumbat kapur bersama daun sirih kedalam lubang hidung yang sedang berdarah. Mencairkan air mani dilakukan dengan memakan kapur bersama air. Menyapu kapur kepada bahagian yang gatal mampu menghilangkan rasa gatal. Dalam pada itu kapur sangat berkesan mencucui perut lembu sehingga bersih. Kulit lembu dikeringkan untuk dijadikan gendang rebana dan juga kompang setelah ia melalui proses kapur dahulu.

Bagi anda hendak tahu bagaimana kuih Kaswi ini dibuat dipaparkan resepi Kuih Kaswi Paling Sedap. Bahan bahan iaitu terdiri dari 2 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung ubi, 2 keping gula Melaka sebaiknya guna 2 1/4 keping saiz yang sederhana, 1 cawan gula pasir (boleh tambah 1 sudu besar), 7 cawan air serta 1 sudu kecil kapur yang dibancuh dengan sedikit air. Bahan lain adalah kelapa parut muda dengan sedikit garam. Cara menyediakan kuih kaswi dengan memasak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam. Kemudian dimasukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.  Akhir sekali boleh dimasukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung. Seterusnya dipanaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam. Sebaiknya sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih. Kemudian setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Semuga anda dapat info berguna mengenai kegunaan kapur makan dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
KAPUR MAKAN... KAPUR SIRAH SAMA...
WARNA PUTIH... DALAM POT JUALNYA...
HARGA MURAH.. ADA KHASIATNYA...
PERSISA MAKANAN... JAGA GUNANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Room 201, AB Inn Hotel,
Jalan Lapangan Terbang,
Senai Airport,
Senai, Johor,
Malaysia.
(3 JamadilAwal 1441H).

Thursday, January 2, 2020

FAKTA TENTANG UNTA

UNTA (Camelus spp) merupakan sejenis haiwan yang tinggal dikawasan padang pasir yang panas dan kering. Haiwan ini dipanggil sebagai Unta (Melayu), Camel (Inggeris), Jamal, Ibil (Arab) iaitu haiwan daripada keluarga Camelidae. Terdapat dua jenis unta iaitu berdasarkan kepada struktur bonggol dibelakangnya sama ada unta ini mempunyai satu bonggol (Camelus dromedarius) atau unta dua bonggol (Camelus bactrianus) yang unik bentuknya (Sila lihat foto paling bawah sekali). Unta bonggol tunggal lazimnya berada di benua Afrika Utara dan Asia Barat sementara unta berbonggol kembar selalunya berada di utara dan timur Asia Tengah. Kedua-dua jenis unta ini memang berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun. Istilah unta juga digunakan secara umum untuk merujuk kepada mana-mana satu daripada enam haiwan yang seakan-akan unta dalam famili Camelidae. Haiwan yang ada didalam kumpulan unta adalah seperti Llama, Alpaka, Guanako dan Vikuna. Unta berbonggol kembar selalunya akan mempunyai dua lapis bulu iaitu selapis bulu halus yang hangat di dalam dan selapis lagi adalah bulu yang panjang dan kasar di luar. Haiwan ini akan menggugurkan kedua-dua lapis bulunya dalam gumpalan yang biasanya dikumpul. Struktur bulunya serupa dengan sakhlat kashmir. Bulu halus yang panjangnya biasa antara satu hingga tiga inci (2-8 cm) dipintal menjadi 'yan' untuk kerja kaitan. Unta menghasilkan 2 kilogram bulu setahun. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapa fakta tentang unta untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Dalam pada itu manusia telah lama mereka menjinakkan unta dan menternak unta sebagai haiwan dagangan semenjak lama. Ada rekod yang menyatakan manusia sudah membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu untuk kedua-dua jenis unta yang disebutkan diatas (C. dromedarius dan C.  bactrianus). Dan kini masih diternak untuk susunya yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu untuk dagingnya dan sebagai haiwan tenaga untuk pengangkutan. Jangka hayat purata seekor unta adalah 40 - 50 tahun. Unta adalah besar dimana seekor unta dewasa semasa berdiri setinggi 1.85 m diukur pada paras bahu dan 2.15 m diukur pada puncak bonggolnya. Unta boleh berlari sehingga 65 km sejam atau sekitar 40 batu sejam iaitu satu larian pada jarak dekat dan ia mampu untuk mengekalkan kelajuan sehingga 40 km/jam. Unta jenis dua bonggol lebih besar dengan berat badan mampu mencecah sehingga 300 - 1,000 kg dengan membawa barang dagangan dizaman dulu. Biasanya jenis unta dromedaris jantan mempunyai organ unik di kerongkongannya (Dulla) iatu satu pundi kembung besar yang menjulur keluar dari mulutnya apabila dalam keadaan mengawan. Ia digunakan semasa unta ini menunjukkan dominasi dan menarik unta betina. Ia menyerupai lidah merah jambu panjang, membengkak tergantung keluar dari tepi mulutnya. Pasangan Unta mengawan dengan kedua-dua unta jantan dan betina duduk di atas tanah iaitu dengan unta jantan memanjat dari belakang. Haiwan unta (Camelids) juga adalah adalah satu-satunya yang mengawan dalam keadaan duduk.


Semasa kecil dulu difahamkan dimana unta simpan air dibonggolnya. Akan tetapi sebenarnya unta tidak menyimpan air dalam bonggol mereka secara langsung seperti yang pernah lazimnya dipercayai. Bonggol sebenarnya merupakan takungan tisu lemak pada badan yang tertumpu pada bonggol. Ini adalah untuk meminimakan kesan tebatan yang berlaku sekiranya lemak tersebar pada seluruh badan unta dan untuk membantu unta terus hidup dalam iklim panas. Apabila tisu ini dimetabolismakan maka apa yang jadi ia akan menghasilkan lebih daripada satu gram air untuk *setiap gram lemak yang diproses. Metabolisma lemak ini berlaku sambil dapat melepaskan tenaga dimana proses ini akan turut menyebabkan air terpeluwap dari paru-paru semasa pernafasan (kerana oksigen diperlukan untuk proses metabolik). Ini membolehkan berlaku secara keseluruhannya iaitu terdapat penurunan bersih bagi air. Bulu unta yang tebal merupakan satu dari pelbagai adaptasi yang membantunya di kawasaan di gurun. Unta mempunyai siri penyesuaian fisiologi yang membolehkan mereka untuk bertahan jangka masa yang lama tanpa apa-apa sumber air luar. Unta tidak sama dengan jenis haiwan mamalia lain dimana sel darah merah mereka berbentuk bujur dan bukannya berbentuk bulat. Ini memudahkan aliran sel-sel darah merah semasa dehidrasi (kekeringan) dan menjadikan mereka lebih hebat untuk menahan variasi tinggi osmosis tanpa pecah apabila minum air yang banyak: seekor 600 kg. Kajian menunjukkan dimana unta boleh minum sehingga 200 Liter air dalam masa selama hanya tiga minit sahaja. 


Haiwan Unta juga memang mampu menahan perubahan pada suhu badan dan pemgambilan air yang akan membunuh kebanyakan haiwan lain. Suhu mereka adalah di antara 34 °C (93 °F) semasa subuh dan meningkat dengan sekata pada 40 °C (104 °F) menjelang matahari terbit pagi, sebelum mereka menyejuk pada waktu malam sekali lagi. Unta mamu untuk mengekalkan suhu otak dalam had tertentu adalah penting bagi haiwan. Dalam perkara ini biasanya untuk memlakukannya unta mempunyai organ dikenali sebagai 'rete mirabile' iaitu sebuah jalinan kompleks arteri dan pembuluh (vein) yang terletak sangat hampir antara satu sama lain yang menggunakan aliran darah yang berlawanan untuk menyejukkan darah yang mengalir ke otak. Memang haiwan unta jarang berpeluh walaupun suhu ambien mencapai kepanasan sehingga 49 °C (120 °F). Difahamkan mana-mana peluh yang terbentuk akan ianya menyejat pada tahap kulit dan bukannya pada permukaan kot mereka. Ini menyebabkan haba pengewapan datang dari haba badan dan bukannya daripada haba ambien. Unta juga dapat menahan kehilangan 25% daripada berat badan mereka melalui peluh dimana bagi kebanyakan mamalia lain hanya boleh menahan kira-kira 12-14% dehidrasi sebelum kegagalan jantung akibat daripada gangguan peredaran darah. Apabila unta menghembukan nafas keluar, wap air terperangkap dalam lubang hidung dan diserap semula ke dalam badan sebagai satu cara untuk menyimpan air. Unta memakan rumput hijau boleh menelan kelembapan yang mencukupi dalam keadaan yang serdahana untuk unta mengekalkan keadaan kelembapan tubuh mereka tanpa perlu minum.


Dalam pada itu dilihat dimana mulut unta mempunyai lapisan keras tebal yang membolehkan mereka untuk mengunyah tumbuhan berduri padang pasir. Bulu mata yang panjang dan rambut telinga yang dilihat bersama-sama dengan lubang hidung yang boleh ditutup akan membentuk halangan terhadap pasir. Jika pasir lekat pada mata mereka lazimnya unta boleh menyapunya dengan menggunakan kelopak mata ketiga telus. Gaya unta berjalan dan kaki melebar juga akan membantu mereka bergerak tanpa tenggelam ke dalam pasir. Buah pinggang dan usus unta sangat berkesan dalam cara menyerap air. Air kencing unta keluar seperti sirap tebal dimana najis unta begitu kering sehinggakan ia tidak perlu dikeringkan apabila orang kaum Badwi menggunakannya sebagai bahan bakar. Sistem imunisasi unta berbeza berbanding mamalia-mamalia lain dimana biasanya ia mempunyai antibodi yang kuat yang telah terbentuk sejak 50 juta tahun lalu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Artikel asal dirujuk juga kepada wikipedia dan beberapa buku lain. Wasallam!..
 HAIWAN PADANG PASIR... ITU UNTA...
HAIWAN PENGANGKUTAN.. DIGUNA... 
SEJAK JUTA TAHUN... IA TERCIPTA...
MEMBACA ARTIK... BERHJUMPA FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(2 JamadilAwal 1441H).

Wednesday, January 1, 2020

IKAN DALAM ISLAM - APA DIA

IKAN (Fish) merupakan sejenis haiwan yang ada disebut didalam AlQuran didalam Al-Quran dan menjadi sumber makanan diseluruh dunia. Ikan merupakan haiwan hidup yang mempunyai tulang belakang serta ia hidup didalam air.  Surah Al-Nahl ayat 16:14 bererti " Dialah tuhan yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan daging yang lembut (ikan) daripadanya; dapat mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai; dan engkau melihat kapal-kapal belayar padanya, supaya (melalui nikmat ini) kamu dapat mencari limpah kurnia-Nya dan bersyukur.". Terdapar berbagai jenis ikan yang hidup didalam air sama ada perairan air masin dilaut mahupun air tawar. Sehingga kini pun jumlah sebenar jenis ikan belum lagi muktamad tetapi dijangkakan memang melebihi 20,000 jenis. Bagaimana pun bukan semua jenis ikan boleh dimakan manusia kerana hanya sebahagian kecil sahaja yang sesuai. Dalam Islam dinyatakan dimana hanya sekitar 2% sahaja daripaka spesis ikan boleh dimakan dan selamat dimakan manusia. Jangan keliru dengan pemahaman tentang ikan yang biasa anda lihat kerana ia juga termasuk haiwan seperti ketam, udang, kerang, sortong, lokan, metimun laut (gamat) dan sebagainya.  Walau pun Rasullullah saw tinggal dikawasan padang pasir yang jauh daripada sumber air laut namun kandungan al-quran melalpui sempadannya. Terdapat beberapa ayat yang berkaitan dengan hidupan laut seperti didalam Surah Al-Nahl, Surah al-Madiah, Surah Al-A'raf dan juga Surah Al-Kahf. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Ikan dan Islam berdasarkan kepada buku rujukkan 'Indahnya Permakanan dan Perubatan Islam' iaitu sebuah buku yang dihadiahkan oleh PLP Air Hitam, Johor sempena persaraan saya untuk bahan rujukkan anda.


Dalam konteks permakanan Islam semua jenis ikan adalah halal dimakan KECUALI yang mengandungi racun atau yang boleh memudharatkan manusia. Di negara dari pengalaman penulis blog dapati antara ikan beracun yang tidak boleh dimakan adalah Ikan Buntal yang mengandungii racun terutama pada hati dan juga kulitnya (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaiana pun kini ada usaha mengkomersilkan ikan bintal ini di Sarawak yang mana ia diproses dan kini dieksport keluar negara seperti ke Jepun. Kehebatan mengenai ikan ini dimana ikan yang telah mati dan terapung diatas air laut pun masih boleh dimakan selagi ikan itu tidak busuk dan memudaratkan jika dimakan. Ia ditegaskan oleh Ibnu Abbas dengan katanya "Tidak mengapa mengambil (memakan) iakan yang terapung". Jika haiwan ternakan seperti kambing atau burung (ayam) yang disemeblih oleh orang kafir atau disembelih tanpa menyebut nama Allah swt maka haiwan itu haram dimakan. Namun begitu jika ikan itu ditangkap oleh orang kafir , maka ikan itu masih boleh dimakan. Ikan merupakan sejenis haiwan makanan dalam Islam yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Ikan memang kaya dengan sumber protin dan lemak untu membekalkan tenaga dan kesihatan kepada pemakannya.


Ikan ada sumber PROTIN yang sangat tinggi yang telah lama dimakan oleh manusia. Kandungan protin didalam isi ikan adalah tingi dimana ia berbeza-besa mengikut jenis ikan, habitat ikan itu ditangkap, permakanannya, musimnya dan juga tahap tumbesarannya (umur ikan).  Secara amnya dilaporkan isi ikan mempunyai kadar kandungan protin sekitar 11 - 24% daripada berat basahnya. Penulis blog semasa berkunjung ke Pasar Yanjung, Tawau di Sabah sangat exited melihat banyak jenis ikan laut yang segar dijual dengan harga jauh lebih murah daripada pasar di Semenanjung (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun terpegun melihat produk Lumpa Ikan yang dijual dengan harga beribu-ribu ringgit di pasar tersebut (Sila klik Disini) untuk membacanya. Protin ikan pula merupakan jenis protin yang tinggi nilai permakannya dimana ia mudah dihadam dalam sistem penghadaman manusia berbanding dengan prootin daripada daging haiwan lain. Ini disebabkan oleh ikan yang mempunyai jumlah tisu pengikat yang sedikit berbanding dengan daging lembu atau haiwan lain.  Protin ikan juga mempunyai profil asid amino yang lebih baik berbanding dengan daging lembu, khinzir, ayam dan susu.  Saintis juga ada menjumpai perkara dimana protin ikan memiliki total asid amino yang lebih baik.


Dalam pada itu isi ikan didapati memang memilikki kandungan LEMAK yang lebih rendah berbanding dengan haiwan lain. Walau pun kandungan lemak ikan rendah akan tetapi ia mempunyai kualiti lemak yang tinggi kerana lemak ikan mengandungi bahan asid lemak iaitu jenis Omega -3. Asid lemak didalam omega3 mendominasi lemak didalam ikan iaitu kadar berlipat kali ganda daripada didalam daging haiwan lain seperti lembu, khinzir dan juga ayam. Asid Lemak omega 3 didakwa mampu untuk proses perkembangan otak, kesihatan mata dan juga kesihatan jantung serta penyakit menahun (penyakit yang lama). Antara jenis asir omega 3 didalam ikan dikenali dengan nama iaitu Eiscosapantaeinoic Acid (EPA) yang penting didalam pencegahan penyakit jantung. Dilaporkan EPA ini memilikki fungsi uuntuk menghalang pembentukkan tromboxane. Tromboxane merupakan substrat yang menyebabkan berlakunya penggunpalan darah. Dalam pada itu bahan Docoshexanoic Acid (DHA) pula merupakan asid lemak omega 3 yang banyak dikaitkan dengan tingkat kecerdasan seseorang yang mengambilnya. Didalam otak manusia memang dilaporkan dimana terdapat sistem saraf yang berperanan untuk menerima maklumat dan ia diteruskan atau dihubungkan kesaraf yang lain. 


Dalam Ikan jug banyak kandungan bahan MINERAL seperti zat Kalsium (Ca), Besi (Fe), Zink (Zn) dan Selenium (Se). Sebanyak 99% daripada kalsium didalam tubuh manusia terdapat dalam tulang dan gigimanakala bakinya berada didalam darah dan cairan badan. Kehilangan kalsium didalam badan akan berlaku seiring dengan peningkatan usia seseorang. Amatlah penting bagi setiap orang untuk mendapatkan densiti tulang dengan mengambil kalsium. Sumber utama kalsium adalah susu dan produk tenusu. Tulang ikan yang berukuran kecil (halus) boleh menjadi alternatif kerana ia juga memiliki bioavailabiliti yang tinggi. Disyorkan agar makan isi dan tulang ikan (yang diproses) didalam meningkatkan kalsium dalam badan. Ikan mengandungi zat besi jenis heme yang lebih mudah untuk diserap. Walau pun kandungan zat besi dalam daging ikan rendah dibanding dengan daging lembu tetapi ia mudah diserap. Ikan juga mengandungi banyak VITAMIN seperti vitamin A yang membantu peglihatan, kekebalan tubuhbadan dan juga perkembangan janin dan bahan antioksidan. Kandungan vitamin A dalam ikan adalah lebih tinggi daripada daging haiwan lain. Terdapat juga vitamin D dalam ikan yang penting untuk proses pembentukkan tulang. Minyak hati ikan memang banyak kandungan vitamin D yang kini sudah dikomersilkan. Semuga anda semua mendapat info berguna dari tulisan artikel dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
DIDALAM AIR... HIDUPANNYA ADA IKAN...
BERBAGAI JENIS... IA UNTUK DIMAKAN...
BERKHASIAT....LEMAK DAN PROTIN...
DALAM ISLAM...MEMANG ADA SEBUTAN...

By,
MA\ Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 JamadilAwal 1441H).
Selamat Tahun Baru 2020!....

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...