Support My Blog

Monday, July 7, 2014

MANGGA TELUR

MANGGA TELUR (Mangifera indica L) atau Mempelam Telur atau di Utara ia dipangga 'Pelam Teloq' merupakan satu daripada varieti mangga tempatan yang popular dikalangan petani kerana ia mudah tumbuh dan tahan penyakit. Mangga Telor mendapat nama daripada bentuk dan saiz kecil daripada mangga lain dengan seperti bentuk telur Ayam yang agak membulat bujur. Dikalangan ahli pertanian dan petani, mangga ini merupakan jenis mangga yang tahan lasak dan tidak pernah mengecewakan kerana ia cepat berbuah dan sering menghasilkan buah yang banyak apabila tiba musimnya. Mangga Telur dikatakan sejenis varieti tempatan yang mudah tumbuh dikawasan tanah rendah dengan mendapat cahaya matahari yang banyak. Kajian penulis mendapati tidak ada dinyatakan keluasan spesifik tanaman mangga telur yang direkodkan di Malaysia kerana data statistik Jabatan Pertanian hanya menyatakan keluasan pokok mangga seluas 9,400 hektar dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 24,500 metrik tan setahun. Varieti mangga yang paling popular ditanam masa kini adalah Varieti Chokanan (MA224) dan juga Mangga Harumanis (MA128) serta beberapa varieti lain seperti Sala, King dan sebagainya. Mangga Telur hampir tidak dinyatakan keluasannya dalam laporan tersebut tetapi berdasarkan pengalaman penulis yang terlibat dengan pertanian lebih 34 tahun menganggarkan sekitar 100- 150 hektar CHE. Artikel subuh ini selepas bersahur, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai mangga telor yang sering dibunakan untuk buat jeruk dan bijinya disemai untuk dijadikan pokok penanti bagi cantuman varieti mangga komersil lain.

Pokok Mangga Telur mempunyai bentuk pokok yang sama dengan jenis mangga yang lain dari segi marfologinya (Sila lihat foto sebelah). Pokok ini mampu tumbuh tinggi melabihi 20 meter tetapi lazimnya pokok mangga telur yang ditanam di batas sawah padi atau disekeliling rumah dikawasan kampong akan dibuat cantasan agar ketinggiannya sekitar 8 - 10 kaki sahaja. Ini bertujuan untuk memudahkan aktiviti pengurusan tanaman dan kerja mengutip hasil. Mangga telur mudah tumbuh dimana-mana jenis tanah asalkan ia dari jenis tanah subur yang mempunyai sumber air dan ada sistem saliran baik. Pokok mangga paun selain daripada mudah ditanam dengan biji benih (daripada biji buah mangga matang terpilih) juga boleh ditanam daripada anakbenih cantuman. Semasa memilih buah untuk dijadikan biji benih, pastikan dilihat kapasiti berbuah yang sangat tinggi, tahan penyakit dan cepat berbuah. Gunakan biji yang diambil dari buah mangga telur yang telah masak (atau gugur) dan keluarkan bijinya untuk disemai dalam polibeg. Apabila anakbenih cukup ukur dan saiz, maka ia boleh ditanam di kebun dengan jarak tanaman 4m x 5 m (atau mengikut kesesuaian kawasan). 

Pokok mangga telur perlu dibuat pembajaan daripada pertingkat awal penanaman sehingga peringkat untuk berbunga dan berbuah. Pada peringkat vegetatif perlu diberikan baja NPK 15:15:!5 dengan kadar sepokok yang disyorkan mengikut umur dan saiz pokok. Berikan juga baja kapor dan baja organan untuk mendapatkan sumber makanan mencukupi. Seterusnya pada umur 3-4 tahun boleh diberikan baja NPK 12:12:17:2:TE bagi penghasilan bunga dan buah. Cantasan pokok mangga telur sama sahaja dengan pokok mangga varieti lain iaitu dimulakan dengan aktiviti cntasan pembentukkan dan seterusnya dengan cantasan penyelenggaraan. Sebaiknya cantasan dilakukan dengan mengikut pakej amalan tanaman mangga yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian. Cantasan yang baik membolehkan pokok mangga telur mempunyai ketinggian sederhana dan bentuk pokok yang seimbang. 

Pokok mangga telur perlu dilihat selalu akan serangan oleh penyakit dan perosak. Antara jenis serangga perosak seperti Ulat makan daun, ulat pengorek batang, kumbang cockchafer dan Lalat Buah. Buah mangga telur memang amat masam dan serangan oleh serangga perosak hanya akan berlaku apabila mangga telur hampir masak dan buah mangga ranum yang berguguran. Penyakit mangga telur sama dengan jenis mangga tempatan yang lain dan boleh dilakukan semburan racun kimia apabila perlu. mangga telur akan menghasilkan buah dalam jambak dengan banyak setiap tangkai sehingga berbelas biji jika pokok subur dan cuaca mengizinkan. Buahnya yang mempunyai kulir berwarna hijau berbentuk bulat telur ini adalah masam kalau hendak dimakan mentah. Oleh itu kebanyakan buah mangga telur akan dipetik untuk dijadikan jeruk mangga muda. Buah setengah matang (empulur bijinya masih lembut) akan dipetik dan dikumpulkan. Semantara itu biji buah mangga telur yang dicambahkan merupakan bahan asas pokok penanti (rootstock) bagi aktiviti menghasilkan cantuman pokok mangga varieti lain. Kajian saintis pertanian mendapati pokok penanti dari mangga telur adalah amat sesuai (compatible) dengan semua jenis varieti mangga untuk dibuat cantuman.

Bagaimana pun penulis lebih berminat menyatakan kepentingan buah mangga telur untuk dijadikan jeruk mangga yang amat popular di Pulau Pinang. Pembuat jeruk mangga tradisi di Pulau Pinang dan Kedah lazimnya akan membuat 'kontrak farming' atau pajakan pokok mangga telur pada petani yang ada banyak pokok. Mangga ini akan dikumpulkan dan dihantar kekilang membuat jeruk dengan kuantiti yang banyak. Buah ini akan dibasuh dan direndam dalam air khas sebelum diproses menjadi buah jeruk mangga yang enak rasanya. Buah ini sama ada dipotong dua, potong kepada saiz kecil-kecil akan di proses dan dipekkan dan dijual dipasar Chowsrasta atau dipasar malam atau dipasaraya sebagai produk kebangaan Pulau Pinang. Sebut sahaja Jeruk Pak Ali tentunya semua yang minat jeruk mangga telur akan membelinya jika berkunjung di negeri tersebut. Semuga anda mendapat info berguna pada kali ini . Wasallam!.
Jeruk mangga telor yang enak di Pulau Pinang.
PELAM TELOR... ADUH MASAMNYA...
DIBUAT JERUK... RAMAI SUKANYA...
BIJI CAMBAH... ROOTSTOCK JADINYA...
WALAU MASAM... MENJADI DUITNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Pulau Gadong,
Jalan Pokok Mangga (Bersebelahan),
Melaka, Malaysia.
(17 Ramadan 1435) 

Sunday, July 6, 2014

BETIK - VARIETI SEKAKI

BETIK SEKAKI (Carica papaya) merupakan sejenis varieti betik yang paling popular di Malaysia. Terdapat beberapa varieti lain tanaman betik di negara kita seperti Betik Eksotika, Betik Subang, Betik Solo, Betik Piola dan beberapa lagi. Buah Betik juga dipanggil sebagai Papaya, Gandul dan pelbagai nama lain diseluruh dunia. Pada tahun 2013 dianggarkan seluas 3,125 hektar tanaman betik di usahakan di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 49,500 mt (Laporan statistik Jabatan Pertanian 2013). Antara kawasan utama tanaman betik sekaki ini adalah di Negeri Pahang (Daerah Rompin seluas 688 ha), Negeri Kedah (Daerah Padang Terap - 395 ha) dan Daerah Muar, Johor (182 ha) pada tahun 2013. Dengan jarak penanaman betik disyorkan pada 1.8 meter x 2.7 meter (Eksotika dan Subang memberikan sebanyak 2,000 pokok sehektar. Anggaran hasil betik sekaki adalah antara paling tinggi yang melebihi 8 mt/ha (Tahun ke 2 dan Ke 3) dan 32 mt/ha (pada tahun ke 4-5). Betik Sekaki (dikenali juga sebagai Betik Hong Kong) merupakan sejenis betik yang sangat popular ditanam oleh petani komersial. Nama Betik Sekaki diberi atas alasan panjang betik sehingga mencapai 1 kaki dan pasaran utamanya adalah Negara Hong Kong. Ada yang mengatakan disebut sekaki kerana pokok yang rendah dan mampu berbuah sekaki dari aras tanah. Penanaman betik sekaki bermula tahun 1990-1991 di Batang Padang Perak dan terus merebak keseluroh negara. Artikel subuh ini saya menulis sekali lagi "Anim Agro Technology" mengenai tanaman betik sekaki untuk bacaan dan rujukan anda semua.


Pokok Betik Sekaki mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang cergas serta mampu mengeluarkan hasil yang konsisten dan tinggi hasilnya. Ruas pokok adalah pendek dan buah akan mula terbentuk pada ketinggian 45 - 60 cm. Pokok betik sekaki ini tegap dan mampu untuk memberikan hasil lumayan jika amalan agronomi dan GAP (Good Agriculture Practices) diikuti terutaman mempunyai sistem pengairan dan pembajaan sempurna. Bunga betik sekaki keluar seawal 3-4 bulan selepas ditanam di ladang. Peratusan bunga yang mandul (Steril) adalah sederhana (Kajian mendapati lingkungan 21% sahaja pada tahun pertama. Biasanya terdapat 3 jenis bunga pada pokok betik sekaki iaitu Bunga Jantan, Bunga Betina dan Bunga Hemaprodit dengan nisbah 4:1 (4 hemaprodit:1 betina). Pokok Hemaprodit mengeluarkan kedua2 bunga jantan dan bunga Hemaprodit dari jenis Tangkai Pendek dan Jenis Tangkai Panjang. Buah Betik Sekaki berbeza antara Buah Betina dan Buah Hemaprodit berpandukan kepada bentuk buah. Buah Betina di kenali kerana bentuk bulat dan gemuk serta mempunyai isi yang agak nipis sementara Buah Hemaprodit berbentuk panjang daripada pangkal buah ke hujungnya. Betik sekaki juga mengeluarkan tiga jenis bunga, hanya pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina akan dikekalkan dan manakala pokok yang lain akan dibuang. Bagi memperolehi seratus peratus pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina, setiap lubang akan ditanam dengan tiga pokok betik dan kerja-kerja membuang pokok-pokok bukan dua jantina akan dibuat setelah pokok mengeluarkan bunga. Pokok betik sekaki akan mengeluarkan bunga pada bulan ke empat, berbuah dan boleh dipetik pada bulan ke lapan. Proses pengeluaran buah adalah secara berterusan tanpa mengikut musim.Pokok perlu ditanam semula setelah pokok menjadi terlalu tinggi dan kerja-kerja memetik menjadi sukar.Pada kebiasaannya pokok akan ditebang pada tahun ketiga untuk proses penanaman semula.


Kulit Buah Betik Sekaki adlah licin dan bebas dari bintik-bintik atau lebam jika dijaga dengan baik. Buah muda berwarna hijau dan akan kekuningan apabila masak (Indek kematangan 5). isi buah berwarna oren kemerahan dan agak pudar sedikit berhampiran dengan lapisan kulit buah. Petani di pagoh mendapati purata berat buah lingkungan 1.5 - 2.4 kg sebiji. Paling sesuai dimakan buah betik sekaki ini bila telah cukup manis adalah pada index 6 iaitu masak ranum. Kajian mendapati kandungan gula pada tahap 11-12 % Brix (Sangat manis). potensi penghasilan betik sekaki antara 100-150 mt/ha. Betik Sekaki memerlukan tanah yang subur dan mengadungi saliran yang baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah gembur yang kaya dengan bahan organan. Betik sesuai ditanam diatas tanah yang rata hingga beralun. Ia tidak tahan keadaan air bergenang, walaupun dalam jangkamasa yang pendek. Dianggarkan seekar tanah boleh ditanam sehingga 500 pokok betik. Pembentukan buah betik sekaki adalah sangat sensitif dengan faktor alam sekitar seperti hujan , kemarau dan status kesuburan pokok. Buah betik ini lazimnnya mengambil masa 20 minggu daripada kecil untuk masak. Betik ini juga pada keseluruhannya kurang 10% buku buah berbuah menyangga lebih dari satu biji buah. Biasanya ladang betik sentiasa dijaga bersih daripada rumpai bagi mengelakkan pembesaran pokok terbantut. Ketika pokok masih kecil, kawalan rumpai dibuat dengan mencabut atau mencangkul disekeliling pangkal pokok. Setelah pokok mencapai ketinggian 5 kaki, kawalan rumpai boleh dibuat dengan cara menyembur racun.


Pokok betik memerlukan air semasa pokok masih muda dan juga semasa kemarau yang berpanjangan . Ketiadaan air untuk satu jangkamasa yang panjang boleh menyebabkan pokok terbantut, bunya gugur dan akibatnya hasil akan menjadi susut. Pokok-pokok muda perlu disiram 2-3 kali seminggu dan pokok-pokok yang telah matang disiram seminggu sekali. Pengairan secara titis dan semburan adalah yang paling sesuai untuk tanaman betik. Kajian penulis di Pagoh, Muar, Johor mendapati pengeluaran hasil tahun kedua mencecah 12 mt/ha dimana keadaan buah mudah untuk dipasarkan. Buah yang matang di petik pada indek 3 atau 4 bergantung kepada lokasi pasaran sama ada Export ke Hong Kong atau negara lain. Buah yang di kutip perlu di masukkan kedalam bakul sebelum di buat grading di pusat-pusat pengumpulan kepunyaan syarikat-syarikat pengekspot. Dalam lawatan saya ke Ladang Ming Plantation di Bekoh Segamat yang menanam seluas 220 hektar betik sekaki mendapati penjadualan mengutip hasil dijalankan dengan terancang. Penggunaan baja organik (tahi ayam proses) selaind daripada pembajaan buah (NPK 12:12:17:2 TE) dan sistem pengairan memberikan hasil yang lumayan. kajian juga mendapati kadar serangan PSRV dan Papaya Dieback di Kebun agak terkawal kerana pengusaha menjalankan Amalan ladang baik Malaysia (GAP). Wasallam!.

Mencuba kasut Belanda di Keukenhoff... Amsterdam
BETIK SEKAKI... POPULARNYA...
MUDAH DITANAM...DIMANA-MANA...
JUALAN TEMPATAN...EKSPOT JUGA...
SEDAP DIMAKAN...AMAT MANISNYA...
 

By
M Anem

Senior Agronomist,
Ladang Betik Mr Tan,
Batu 26, Liang Batu, 
Lenga, Muar,
Johor, 
Malaysia.
(4 Ramadan 1435H)

Saturday, July 5, 2014

KELAPA SAWIT - PEMBAJAAN (Part 4)

PEMBAJAAN KELAPA SAWIT merupakan satu aktiviti yang penting dijalankan demi mempastikan tanaman tersebut mampu hidup subur dan menghasilkan buah berkualiti. Tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) juga merupakan tanaman utama di Malaysia dan beberapa negara jiran lain untuk menghasilkan minyak masak dan pelbagai produk yang berasaskan kelapa sawit lain. Tanaman kelapa sawit mampu menghasilkan buah sebanyak 2.5 metrik tan sehektar pada waktu puncak atau lebih lagi jika diuruskan dengan baik melalui sistem pembajaan dan kawalan musuh dan penyakit dengan baik. Apalah maknanya jika hasil buah kepala sawit hanya dicapai kurang satu tan sehektar akibat tidak dibuat pembajaan dengan baik. Serangan musuh seperti tikus juga perlu dikawal dengan baik kerana keujudan tikus yang banyak diladang akan memakan dan merosakan buah-buah masak sehingga merugikan. Kadang-kadang berlaku pembaziran semasa membaja apabila baja yang baru ditabur dibawah pokok telah dihanyutkan oleh air hujan sebaik sahaja selesai proses pembajaan. Ini memang amat merugikan dimana kos harga baja kini bukan murah seperti dahulu. Kerugian 'surface run-off' baja yang baru ditabur ini dimana pokok tidak akan dapat bekalan baja sewajarnya. Pokok kelapa sawit adalah responsif terhadap aplikasi baja yang digunakan sama ada ianya baja kimia baik (Fast release fertilizer) atau baja biasa (slow release fertilizer) atau juga aplikasi baja organik yang semakin popular masakini. Pembajaan merupakan komponen kos penanaman yang paling tinggi (50-60%) dalam sesuatu operasi ladang kelapa sawit. Banyak ladang yang telah berjaya meningkatkan hasil melalui kualiti pembajaan yang baik. Artikel subuh ini saya menulis lagi Part 4 daripada 4 siri artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan membaja kelapa sawit untuk bahan bacaan dan rujukan anda..


Diantara 5 faktor yang boleh menyebabkan kehilangan nutrien perlu diberikan perhatian semasa membaja. Persediaan Awal Ladang yang tidak betul menyebabkan kehilangan unsur baja dalam tanah. Lazimnya akan berlaku hakisan di ladang secara meluas kerana tiada penutup bumi dimana ia akan menyebabkan kehilangan banyak tanah atas (topsoil) semasa peringkat penyediaan kawasan sebelum menanam. Bagi tanah bercerus lazimnya akan dipotong menjadi teres yang membuang bahagian topsoil. Pembajaan amat penting bagi tanah yang hilang bahagian topsoil. Faktur kedua adalah akibat proses Pemeruwapan (volatilisation) yang berlaku pada baja yang ditabur. Ini sering berlaku pada baja yang mudah peluhwap iaitu berlaku pada baja berunsur N seperti Urea. Kejadian ini boleh dikurangkan melalui aplikasi baja berunsur N (urea) pada bulan dimana persekitaran adalah dalam keadaan lembap. Adalah disyorkan agar baja N yang ditabur ditutup dengan tanah atau bahan penutup baja yang sesuai diladang selepas menabur (raking in). Ada yang sengaja membubuh baja N dalam lubang yang digali pada permukaan tanah. Seterusnya dengan aplikasi baja N yang dipecahkan kepada beberapa kali penaburan mengikut pusingan.


Kehilangan baja juga berlaku melalui Proses Larut Resap (leaching). Proses ini kerap berlaku pada kawasan tanah berpasir dan menerima hujan tinggi. Unsur N, K dan Mg adalah nutrien utama yang boleh hilang melalui larut resap. Kehilangan baja melalui larut resap boleh dikurangkan secara kita buat aplikasi sesuatu jenis baja dipecahkan kepada beberapa pusingan membaja. Jadualkan masa membaja kepada beberapa kali dengan kadar sedikit dimana ia mengurangkan larutrepap. Sebaiknya menabur rata baja kelapa sawit pada kawasan akar aktif tanaman untuk dapat meningkatkan kadar serapan. Cuba mengelakkan pembajaan pada bulan-bulan yang hujan tinggi iaitu hujan melebihi dari 250 mm per bulan atau bilangan hari hujan melebihi 15 hari per bulan. Penggunaan bahan seperti sungkupan iaitu tandan kosong boleh meningkatkan kandungan organik tanah. Kajian mendapati bagi meninggikan pH tanah berasid kita lakukan dengan melalui pengapuran untuk meningkatkan kadar pertukaran kation (CEC) dalam tanah. Kadar kapor yang digunakan bergantung kepada tahap keasidan dan kapor GML boleh ditabur mengikut jadual sekurang-kurang 6 bulan sekali. Memang kapor amat penting dalam proses meningkatkan tahap kesuburan tanah.


Faktur ke 4 yang menghilangkan nutrien dalam tanah adalah akibat Hakisan Tanah (Soil eroison). Isu ini melibatkan kehilangan tanah atas dan zat nutrien yang terkandung bersamanya. Kehilangan nutrien melalui hakisan dan air larian permukaan boleh dikurangkan secara melakukan aplikasi membaja dengan dibahagikan kepada beberapa pusingan. Sebaiknya kekalkan penutup bumi yang baik dalam ladang daripada peringkat awal penanaman (Sila lihat foto sebelah). Penggunaan tandan kosong ataupun pelepah yang dicantas sebagai sungkupan diantara barisan kelapa sawit juga berkesan untuk kawal hakisan. Pembinaan teres dan tapak tanaman yang baik pada kawasan berbukit juga berfungsi dalam mengurangkan kadar hakisan tanag dan kehilangan baja. Penggunaan ban (soil bund) ataupun 'silt pit' untuk memperlahan dan memerangkap aliran air pada kawasan teres. Apa juga pun semua amalan agronomi ladang dilakukan mengikut amalan pertanian baik. Akhir sekali kehilangan baja dalam ladang kelapa sawit berlaku akibat masaalah Zat Nutrien Diikat Oleh Tanah (Fixation).  Sebagai contoh baja unsur Nitrogen (N) diikat oleh tumbuhan kekacang ataupun mikrob untuk proses pereputan bahan organik. Unsur Posforus (P) diikat oleh tanah yang kaya dengan unsur Fe dan Al. Proses pengikatan ini boleh dan akan dikurangkan apabila bahan organik telah terurai sepenuhnya dan unsur N dibebaskan secara mineralisasi. Aplikasi baja fosforus (P) secara jalur (band application), di atas pelepah ataupun di luar bulatan pokok iaitu kawasan akar aktif untuk mengurangkan sentuhan baja dengan tanah. Sebaiknya jalankan proses pengapuran pada tanah pH rendah. Sungkupan permukaan tanah dengan pelepah yang dicantas ataupun tandan kosong. 


Peningkatan penghasilan Buah Tandan Sawit (BTS) lazimnya sangat bergantung kepada beberapa faktor seperti tanah, pembajaan, cuaca (hujan, suhu, cahaya), amalan agronomi dan tahap pengurusan ladang. Oleh kerana baja merupakan antara komponen kos yang tinggi dalam operasi perladangan sawit maka diosyorkan agar kualiti baja dan keberkesanan pembajaan janganlah dipandang ringan oleh pekebun kecil atau pun pihak pengurusan estet kelapa sawit. Harga baja kelapa sawit terus meningkat saban tahun akibat kenaikan harga bahan asas baja iaitu petrolium semanjak tahun 2008. Baja kimia merupakan pilihan terbaik untuk digunakan disamping baja-baja organik yang ada dijual dipasaran. Pada saya diantara faktor-faktor yang mampu untuk mempengaruhi keberkesanan pembajaan adalah seperti Kaedah membaja, Masa penaburan, Kadar pembajaan, Persaingan rumpai, Bilangan jumlah pokok yang dibaja dan juga kesan daripada serangan perosak dan penyakit. Pengurusan ladang sawit yang baik mampu memberikan pulangan tinggi jika hasil BTS banyak dengan kualiti BTS yang baik serta harga pasaran sawit yang baik. Pembajaan kelapa sawit sering dijadikan isu utama oleh penanam kelapa sawit diseluruh nusantara. Wasallam!.
MEMBAJA SAWIT... ADA JADUALNYA....
WAKTU HUJAN..CUBA ELAKANNYA...
BAJA BAIK... CEPAT KESANNYA...
HASIL TINGGI... BAIK KUALITINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
BAndar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(19 Syaaban 1435H).

Friday, July 4, 2014

KELAPA SAWIT - PEMBAJAAN (Part 3)

PEMBAJAAN KELAPA SAWIT merupakan satu aktiviti yang penting dijalankan demi mempastikan tanaman tersebut mampu hidup subur dan menghasilkan buah berkualiti. Tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) juga merupakan tanaman utama di Malaysia dan beberapa negara jiran lain untuk menghasilkan minyak masak dan pelbagai produk yang berasaskan kelapa sawit lain. Tanaman kelapa sawit mampu menghasilkan buah sebanyak 2.5 metrik tan sehektar pada waktu puncak atau lebih lagi jika diuruskan dengan baik melalui sistem pembajaan dan kawalan musuh dan penyakit dengan baik. Apalah maknanya jika hasil buah kepala sawit hanya dicapai kurang satu tan sehektar akibat tidak dibuat pembajaan dengan baik. Serangan musuh seperti tikus juga perlu dikawal dengan baik kerana keujudan tikus yang banyak diladang akan memakan dan merosakan buah-buah masak sehingga merugikan. Kadang-kadang berlaku pembaziran semasa membaja apabila baja yang baru ditabur dibawah pokok telah dihanyutkan oleh air hujan sebaik sahaja selesai proses pembajaan. Ini memang amat merugikan dimana kos harga baja kini bukan murah seperti dahulu. Kerugian 'surface run-off' baja yang baru ditabur ini dimana pokok tidak akan dapat bekalan baja sewajarnya. Pokok kelapa sawit adalah responsif terhadap aplikasi baja yang akan digunakan sama ada ianya baja kimia baik (Fast release fertilizer) atau baja biasa (slow release fertilizer) atau juga aplikasi baja organik yang semakin popular masakini. Pembajaan merupakan komponen kos penanaman yang paling tinggi (50-60%) dalam sesuatu operasi ladang kelapa sawit. Banyak ladang yang telah berjaya meningkatkan hasil melalui kualiti pembajaan yang baik. Artikel subuh ini saya menulis lagi Part 3 daripada 4 siri artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan membaja kelapa sawit untuk bahan bacaan dan rujukan anda.


Part ke 3 ini saya terus membincangkan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pengambilan nutrien oleh pokok kelapa sawit. Pertama sekali adalah Faktur Kaedah Penaburan Baja yang sesuai diamalkan. Ketepatan pengamalan cara menabur secara manual iaitu samada di bulatan atau diantara barisan pelepah. Elakkan menabur pada pangkal pokok kerana bahagian akar kelapa sawit yang aktif terletak dihujung kanopi daun (Sila lihat foto disebelah). Terdapat juga beberapa pekebun yang menggali lubang dihujung kanopi daun dan menanam baja dalam lubang tersebut dimana ia membolehkan daripada kejadian larian air permukaan jika hujan lebat. Faktur kedua dalam pembajaan kelapa sawit dalam menilai kesan pembajaan adalah Masa Penaburan atau pun Cuaca ketika menabur. Elakkan aplikasi baja pada musim panas berpanjangan atau musim hujan. Musim panas yang panjang menyebabkan tanah kering dan akan berlaku kurang pengambilan baja yang ditabur pada tanah kerana kekurangan bendalir dalam pokok. Kadar penyerapan baja kurang jika tanah disekelilingnya menjadi kering. Begitu juga jika hujan lebat berpanjangan makan baja yang ditabur pada pokok kelapa sawit akan 'hilang' dibawa arus air kedalam parit atau berlaku larutrespan yang tinggi.


Faktur ketiga boleh mempengaruhi keberkesanan pembajaan adalah faktor Kekerapan Penaburan Baja diladang. Ia lazimnya akan bergantung kepada topografi ladang, jenis tanah, jumlah hujan tahunan dan jenis baja. Sebaiknya pembajaan yang kerap adalah lebih cekap berbanding dengan jadual pembajaan yang jarang-jarang tetapi sebaliknya ia melibatkan masa dan kos upah membaja yang lebih tinggi. Keempat adalah faktur Kadar Baja yang digunakan untuk kelapa sawit setiap kali pembajaan dibuat. Kadar pembajaan sebaiknya mengikut kadar atau syor seperti ditulis pada label atau ia mesti disesuaikan iaitu bergantung kepada umur pokok dan potensi hasil sesuatu kawasan. Lokasi pembajaan atau Tempat Perletakan Baja memberikan kesan kepada faktur pembajaan. Bergantung kepada umur pokok dan topografi iaitu baja ditabur samada di bulatan, lorong pelepah atau teres seperti dibincangkan lebih awal. Akhir sekali yang keenam adalah menganai faktor Kualiti Baja yang digunakan. Baja yang tidak berkualiti mempunyai kadar nutrien yang lebih rendah daripada yang sepatutnya dan jika tidak diambil perhatian menyebabkan pokok tidak mendapat zat nutrien yang cukup dan kerugian pada pihak ladang. Dua komponen yang perlu diberi perhatian iaitu komposisi nutrien dalam baja dan peratusan kelembapan pada baja. Oleh itu setiap jenis baja yang diterima perlu disampel untuk analisa kedua-dua komponen berkenaan sebelum baja tersebut diaplikasi ke ladang.


Peningkatan penghasilan Buah Tandan Sawit (BTS) lazimnya sangat bergantung kepada beberapa faktor seperti tanah, pembajaan, cuaca (hujan, suhu, cahaya), amalan agronomi dan tahap pengurusan ladang. Oleh kerana baja merupakan antara komponen kos yang tinggi dalam operasi perladangan sawit maka diosyorkan agar kualiti baja dan keberkesanan pembajaan janganlah dipandang ringan oleh pekebun kecil atau pun pihak pengurusan estet kelapa sawit. Harga baja kelapa sawit terus meningkat saban tahun akibat kenaikan harga bahan asas baja iaitu petrolium semanjak tahun 2008. Baja kimia merupakan pilihan terbaik untuk digunakan disamping baja-baja organik yang ada dijual dipasaran. Pada saya diantara faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembajaan adalah seperti Kaedah membaja, Masa sesuai untuk penaburan, Kadar pembajaan, Persaingan rumpai, Bilangan jumlah pokok yang dibaja dan juga kesan daripada serangan perosak dan penyakit. Pengurusan ladang sawit yang baik mampu memberikan pulangan tinggi jika hasil BTS banyak dengan kualiti BTS yang baik serta harga pasaran sawit yang baik. Pembajaan kelapa sawit sering dijadikan isu utama oleh penanam kelapa sawit diseluruh nusantara. Bersambung pada Artikel Part 4. Wasallam!.
MEMBAJA SAWIT... ADA JADUALNYA....
WAKTU HUJAN..CUBA ELAKANNYA...
BAJA BAIK... CEPAT KESANNYA...
HASIL TINGGI... BAIK KUALITINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
BAndar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(19 Syaaban 1435H)

Thursday, July 3, 2014

KELAPA SAWIT - PEMBAJAAN (Part 2)

PEMBAJAAN KELAPA SAWIT merupakan satu aktiviti yang penting dijalankan demi mempastikan tanaman tersebut mampu hidup subur dan menghasilkan buah berkualiti. Tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) juga merupakan tanaman utama di Malaysia dan beberapa negara jiran lain untuk menghasilkan minyak masak dan pelbagai produk yang berasaskan kelapa sawit lain. Tanaman kelapa sawit mampu menghasilkan buah sebanyak 2.5 metrik tan sehektar pada waktu puncak atau lebih lagi jika diuruskan dengan baik melalui sistem pembajaan dan kawalan musuh dan penyakit dengan baik. Apalah maknanya jika hasil buah kepala sawit hanya dicapai kurang satu tan sehektar akibat tidak dibuat pembajaan dengan baik. Serangan musuh seperti tikus juga perlu dikawal dengan baik kerana keujudan tikus yang banyak diladang akan memakan dan merosakan buah-buah masak sehingga merugikan. Kadang-kadang berlaku pembaziran semasa membaja apabila baja yang baru ditabur dibawah pokok telah dihanyutkan oleh air hujan sebaik sahaja selesai proses pembajaan. Ini memang amat merugikan dimana kos harga baja kini bukan murah seperti dahulu. Kerugian 'surface run-off' baja yang baru ditabur ini dimana pokok tidak akan dapat bekalan baja sewajarnya. Pokok kelapa sawit adalah responsif terhadap aplikasi baja yang digunakan sama ada ianya baja kimia baik (Fast release fertilizer) atau baja biasa (slow release fertilizer) atau juga aplikasi baja organik yang semakin popular masakini. Pembajaan merupakan komponen kos penanaman yang paling tinggi (50-60%) dalam sesuatu operasi ladang kelapa sawit. Banyak ladang yang telah berjaya meningkatkan hasil melalui kualiti pembajaan yang baik. Artikel subuh ini saya menulis lagi Part 2 daripada 4 siri artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan membaja kelapa sawit untuk bahan bacaan dan rujukan anda.


Sebaiknya pengurus ladang kelapa sawit dan juga pekebun kecil mengetahui keperluan zat nutrien pada pokok kelapa sawit sebelum membeli baja. Lazimnya daripada bahan kajian mendapati jenis Nutrien Utama dan Nutrien Mikro yang diperlukan sepanjang kehidupan pokok kelapa sawit. Lima jenis nutrien utama untuk kelapa sawit adalah N, P, K, Mg dan Ca. Bagi Nitrogen (N) ia amat penting dalam pembentukan klorofil, protin dan beberapa enzim dalam tumbuhan. Nitrojen (N) ini juga memberi kesan terhadap luas permukaan daun, warna daun dan kadar penghasilan daun. Kesan kekurangan N amat nyata pada pokok sawit muda yang ditanam pada kawasan berprofil cetek, berpasir ataupun tanah yang tidak bersaliran baik. Selalunya sumber baja untuk N contohnya ammonium sulfat (21%N), urea (46%N), dan ammonium nitrate (34%N). Kedua pula adalah nutrien bernama Fosforus (P) dimana kekurangan P boleh menyebabkan pertumbuhan palma terbantut, pelepah pendek, ukurlilit batang dan saiz tandan kecil. Bagaimanapun, kandungan P secara berlebihan dalam palma boleh menindas pengambilan kuprum (Cu) dan zink (Zn). Selalunya sumber baja fosforus contohnya CIRP (35% P2O5), TSP (46% P2O5) dan Gafsa (29% P2O5).


Ketiga sumber utama baja kelapa sawit adalah umsur Kalium (K). Laporan mendapati kandungan K yang mencukupi boleh meningkatkan ketahanan pokok sawit terhadap serangan penyakit dan terutama pada musim kemarau serta boleh meningkatkan bilangan dan saiz tandan. Kekurangan K pada palma kerap berlaku pada jenia tanah berpasir dan gambut. Tanda-tanda kekurangan K adalah bintik-bintik oren (orange spotting) pada daun dan dalam keadaan teruk hujung daun menjadi kering. Kandungan K yang berlebihan dalam palma boleh menjejaskan kandungan minyak dalam tandan sawit, merendahkan kandungan boron (B) dan magnesium (Mg) dalam palma. Sumber K adalah seperti MOP (60% K2O) dan abu tandan (bunch ash) (30-40% K2O). Keempat penting sebagai sumber utama adalah Magnesium (Mg) iaitu elemen utama dalam klorofil dan sangat penting untuk kecekapan fotosintesis.Selain itu ia juga berperanan untuk metabolisma fosfat, respirasi tumbuhan dan pengaktifan enzim. Kekurangan Mg kerap berlaku pada tanah berpasir dan sangat berasid. Daun pada pelepah tua yang terdedah pada matahari akan menjadi kuning/oren bermula pada tepi lai daun. Dalam keadaan teruk hujung dan keseluruhan pelepah bawah akan berwarna kuning/oren dan menjadi kering. Kandungan K dan Ca yang tinggi dalam tanah boleh menjejaskan pengambilan Mg oleh palma. Sumber Mg adalah seperti Kieserite (27% MgO) dan GML (18-20% MgO). Unsur kelima utama adalah Kalsium (Ca) walaupun keperluan Ca tidak begitu ketara pada tanaman sawit. Keperluan Ca oleh pokok sawit dapat dipenuhi secara tidak langsung dengan pemberian baja fosfat (RP) dan kapur (GML) kerana kedua-duanya mengandungi Ca. Hanya diperlukan pada tanah berasid dan gambut untuk mengurangkan keasidan tanah dan seterusnya meningkat penyerapan nutrien lain seperti N, P dan unsur mikro oleh palma. Sumber: GML (18 – 20% MgO).


Bagi Mikro Nutrien untuk tanaman kelapa sawit disenaraikan sebanyak 3 jenis yang penting iaitu Boron, Kuprum dan Zink. Unsur Boron (B) lazimnya apabila berlaku dimana kekurangan boron menyebabkan rupabentuk daun tidak normal seperti daun bercangkuk (hooked leaf), daun kerinting (crinkled leaf), daun pelepah kecil, daun berbentuk tulang ikan (fish-bone leaf) dan cacat hujung daun (blind leaf). Keperluan B pada palma meningkat apabila pendebungaan sawit bertambah baik dengan bantuan agen-agen yang melakukan proses pendebungaan seperti kumbang jenis Elaeidobius kamerunicus. Kekurangan B juga berkaitan dengan kandungan N, K dan Ca yang tinggi dan tidak seimbang pada pokok sawit. Sumber B: Pelbagai sumber sodium borate seperti HGFB (46-48% B2O3). Kedua adalah unsur mikro dinamakan sebagai Kuprum (Cu) dimana kekurangan Cu berlaku pada pokok sawit yang ditanam pada tanah gambut atau sangat berpasir. Gejala yang teruk menyebabkan pucuk/daun pelepah muda menjadi pendek, kuning dan akhirnya kering. Juga dikenali sebagai 'mid-crown chlorosis'. Sumber Cu adalah seperti kuprum sulfat.  Akhir sekali unsur mikro ketiga adalah bahan Zink (Zn) dimana bila berlaku kekurangan Zn kerap berlaku pada tanah gambut dan boleh menjejaskan pembentukan vegetatif dan reproduktif palma. Daun pelepah bahagian bawah kekuningan dan dikenali sebagai 'peat yellow'. Sumber Zn adalah seperti zink sulfat. Apa pun kita perlu menjalankan analisa keperluan baja pada pokok kelapa sawit sebelum membeli baja. Bersambung pada artikel sama Part 3. Wasallam!
MEMBAJA SAWIT... ADA JADUALNYA....
WAKTU HUJAN..CUBA ELAKANNYA...
BAJA BAIK... CEPAT KESANNYA...
HASIL TINGGI... BAIK KUALITINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
BAndar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(19 Syaaban 1435H)

Wednesday, July 2, 2014

KELAPA SAWIT - PEMBAJAAN (Part 1)

PEMBAJAAN KELAPA SAWIT merupakan satu aktiviti yang penting dijalankan demi mempastikan tanaman tersebut mampu hidup subur dan menghasilkan buah banyak dan berkualiti. Tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang merupakan tanaman utama di Malaysia dan beberapa negara jiran lain untuk menghasilkan minyak masak dan pelbagai produk berasaskan kelapa sawit lain. Tanaman kelapa sawit mempu menghasilkan buah sebanyak 2.5 metrik tan sehektar pada waktu puncak atau lebih lagi jika diuruskan dengan baik melalui sistem pembajaan dan kawalan musuh dan penyakit dengan baik. Apalah maknanya jika hasil buah kepala sawit hanya dicapai kurang dari satu tan sehektar akibat tidak dibuat pembajaan dengan baik. Serangan musuh seperti tikus juga perlu dikawal dengan baik kerana keujudan tikus yang banyak diladang akan memakan dan merosakan buah-buah masak sehingga merugikan. Kadang-kadang berlaku pembaziran semasa membaja apabila baja yang baru ditabur dibawah pokok telah dihanyutkan oleh air hujan sebaik sahaja selesai proses pembajaan. Ini memang amat merugikan dimana kos harga baja kini bukan murah seperti dahulu. Kerugian 'surface run-off' baja yang baru ditabur ini merugikan dimana pokok tidak akan dapat bekalan baja sewajarnya. Pokok kelapa sawit adalah responsif terhadap aplikasi baja yang digunakan sama ada ianya baja kimia baik (Fast release fertilizer) atau baja   biasa (slow release fertilizer) atau juga aplikasi baja organik yang semakin popular masakini. Pembajaan merupakan satu dari komponen kos penanaman yang paling tinggi (50-60%) dalam sesuatu operasi ladang kelapa sawit. Banyak ladang besar dan pekebun kecil yang telah berjaya meningkatkan hasil melalui kualiti pembajaan yang baik. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan membaja kelapa sawit Part 1 dari 4 siri untuk bahan bacaan dan rujukan anda.

Aktiviti membaja diladang kelapa sawit dilakukan dengan jadual yang sesuai mengikut keperluan pokok mengikut umur pokok, jenis tanah dan keadaan cuaca dipersekitaran. Pada pemerhatian penulis dibanyak ladang besar (estet) dan pekebun kecil mendapati amalan membaja pokok kelapa sawit di negara kita diamalkan mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat cara dimana beberapa ladang-ladang yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk jenis baja yang difikirkan terbaik. Pengurus ladang membuat analisa tanah dan daun dan mengubahsuai kadar baja yang ditabur untuk meningkatkan kesan pembajaan yang optima. Bagaimana pun ada juga beberapa ladang dimana kaedah baik ini tidak memanfaatkan sebaiknya yang disebabkan kelalaian dan penyeliaan yang tidak sempurna atau menyeluruh di ladang. Terdapat pekerja ladang yang tidak jujur akan membuang baja dalam parit atau longkang jika tiada kawalan sempurna. Akibatnya pokok sawit tidak mendapat makanan sewajarnya untuk menghasilkan tandan buah yang berkualiti (Buah yang besar,berat dan kandungan CPO yang baik). Dalam banyak jenis tanah, kadar baja yang digunakan berbeza diantara tanah gambut, tanah mineral dan juga tanah berpasir atau tanah lempong (Sila baca kadar penggunaan baja mengikut jenis tanah - Sila klik disini). Baja yang dibeli sebaiknya digunakan dengan baik kepada tanaman kelapa sawit untuk meningkatkan hasil dan pendapatan.

Terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan ketika membaja tanman kelapa sawit di negara kita. Pertama sekali adalah kaedah penaburan baja dengan tidak betul. Terdapat kes dimana baja tidak ditabur rata tetapi bertompok-tompok dalam bulatan pokok. Ini belum lagi baja yang dicuri atau dijual kepada pihak lain berkepentingan (Sila lihat foto sebelah) seperti apa yang berlaku pada beberapa Rancangan Tanah FELDA di Muar dahulu. Pihak berkuasa FELDA pernah membuat operasi mengesan penjualan baja bantuan FELDA yang sepatutnya untuk ditabur kepada pokok sawit sebaliknya baja-baja tersebut dijual kepada pihak lain sebaik sahaja dibekalkan kepada peneroka. Kes ini pernah dirujuk kepada pihak polis dalam membenteras kejadian ini dan kesian pokok kelapa sawit tidak dapat makanan mencukupi untuk pokok itu mengeluarkan hasil. Bagaimana pun setelah dibuat beberapa tangkapan didapati kes ini selesai. Kes seperti ini lebih kepada isu sosial dan bukan kepada isu teknikal pembajaan pokok kelapa sawit. Berkemungkinan peneroka tidak dapat menilai kepentingan pembajaan terhadap pokok sawit atau ada faktur tekanan mengenai keperluan duit cepat hasil jualan baja tersebut. Kes seperti ini mungkin menjadikan produktiviti sawit kawasan tidak berbaja menjadi rendah.

Pembajan kelapa sawit yang tidak betul boleh menyebabkan kerosakan pada akar tanaman dan mengundang kepada sebab kehilangan baja melalui air larian pada permukaan dan juga disebabkan oleh proses larut resap. Masa pembajaan tidak betul iaitu dilakukan pada musim kering atau pun pada musim hujan membolehkan perkara ini berlaku.
Saya dapati iaitu kadar baja tidak mencukupi terutama pada kawasan tanaman muda dan yang berpotensi untuk berhasil tinggi akibat daripada penyeliaan yang tidak sempurna (Sila lihat foto sebelah). Masaalah lain dalam pembajaan kelapa sawit adalah kerana berlaku ketidakseimbangan baja yang ditabur iaitu jenis baja ditabur tidak mengikut keperluan pokok. Oleh itu dipihak estet besar lazimnya mereka menjalankan analisa daun dan DRIS untuk mempastikan unsur nutrien apa yang kurang dan perlu diberikan melalui sistem pembajaan. Keadaan tanah mungkin perlukan unsur-unsur nitrien Mikro lain yang kurang selain daripada unsur NPK yang utama. Saya dapati berlaku keadaan dimana salah tempat perletakan baja. Kesuburan pokok diatasi secara mudah iaitu dengan cara kita dapat meningkatkan kadar baja berbanding dengan untuk memperbaiki sifat fizikal atau saliran tanah terlebih dahulu.
Pelepah pokok sawit yang belum matang kerap kali dicantas secara berlebihan menyebabkan baja yang ditabur banyak tertumpu untuk pembentukan vegetatif pokok berbanding untuk pembentukan bahagian reproduktif seperti bunga dan tandan buah. Bersambung pada Pembajaan Kelapa Sawit (Part 2). Wasallam!.
MEMBAJA SAWIT... AMAT PERLUNYA....
BAJA DITABUR....IKUT JADUALNYA...
ELAK MUSIM HUJAN...LARI BAJANYA...
HASIL TINGGI... PEKEBUN GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(19 Syaaban 1435H)

Tuesday, July 1, 2014

CENDAWAN - JENIS POPULAR (Part 3)

CENDAWAN (Mushroom) merupakan sejenis tumbuhan organ pensporaan kulat yang boleh dimakan dimana ia lazimnya mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi dan kini ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan. Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung. Cendawan mempunyai banyak khasiat kesihatan dan ia kini mempunyai nilai yang amat tinggi dipasaran terutama beberapa spesis tertentu yang memang bernilai tinggi. Kini negara China merupakan pelopor dan pengeluar cendawan dunia dengan 65% daripada sejumlah 25 juta metrik tan cendawan dihasilkan diseluruh dunia. Lain-lain negara yang banyak menghasilkan cendawan segar adalah seperti EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Terdapat beribu-ribu jenis cendawan diseluruh dunia dimana negara China sahaja mempunyai sebanyak 981 jenis cendawan dimakan segar, 93 jenis cendawan domestik, 50 jenis cendawan komersil dan sebanyak 35 adalah cendawan liar atau untuk pasaran ekspot. Malaysia juga banyak jenis cendawan yang masih ujud dalam hutam dan berbelas lagi boleh ditanam untuk tujuan komersil. Artikel malam jumaat ini saya paparkan beberapa jenis cendawan di Malaysia untuk dikenali oleh anda pembaca blog "Anim Agro Technology" hasil dari menghadiri Hari Cendawan Kebangsaan 2014 dari 24-26 Jun 2014 di Hotel Premiere, Kelang Selangor.

Dibawah ditunjukkan gambar mengenai beberapa jenis cendawan yang berpotensi untuk ditanam di Malaysia hasil kajian dan pengalaman semua pihak dalam industri cendawan:-


(10) Nama Biasa     : Jeli Hitam
Nama Saintifik : Auricularia spp
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat rasmi
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2


(11) Nama Biasa : GANODERMA
Nama Saintifik : Ganoderma spp
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat disediakan
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2


(12) Nama Biasa : TIRAM PUTIH
Nama Saintifik : Pleurotus florida
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat mengenai nutrisi
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2


(13) Nama Biasa : CENDAWAN ABALONE
Nama Saintifik : Pleurotus cystidiosus
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat nutrisi
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2

Jenis cendawan diatas boleh diusahakan oleh mereka yang betul-betul 'Gila' dengan cendawan. Ramai usahawan cendawan tempatan yang 'gulong tikar' setelah menceburi industri ini kerana risiko yang amat tinggi dan ramai juga yang berjaya dalam industri cendawan melebihi 25 tahun. Kepada usahawan baru yang belum kenal tabiat cendawan sebaiknya dapatkan info dari pihak yang mahir atau pakar atau bekerja diladang cendawan dahulu. Artikel ini diharap memberikan sedikit pengenalan mengenai cendawan tempatan yang dikira popular di negara kita. Semuga ia berinformasi... Wasallam!.

CENDAWAN...BANYAK JENISNYA...
HANYA 12... POTENSI MENANAMYA...
ADA YANG SUSAH...MANA BENIHNYA...
DAPAT KENAL... AWAL MEMINATINYA...

By,
M Anerm,
Senior Agronomist,
Room 201, Hotel Premiere,
Bandar Bukit Tinggi,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(27 Syaaban 1435H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...