Support My Blog

Showing posts sorted by relevance for query ROSELLE. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query ROSELLE. Sort by date Show all posts

Tuesday, December 29, 2020

TANAM ROSEL - SATU TINJAUAN

PENANAMAN ROSELLE atau ROSEL (Hibiscus sabdariffa L.) ialah tanaman yang terkenal dengan khasiatnya dimana ia dijadikan pelbagai produk yang berkait juga dengan makanan untuk kesihatan. Pada asalnya sejarah penanaman rosel ini bermula di Terengganu walau pun sebelumnya tumbuhan ini ditanam sekadar untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan sahaja (ornamental plants). Inisiatif kerajaan Terengganu untuk membangunkan beberapa lokasi tanaman rosel bagi menggantikan tanaman tembakau telah di lakukan pada penghujung tahun 1980'an. Mereka berjaya menjadikan pokok rosel daripada sejenis pokok hiasan kepada tanaman komersil dengan program khusus daripada Jabatan Pertanian. Benih varieti UMKL 1 yang dihasilkan oleh Universiti Malaya telah mendominasi penanaman rosel ini sehingga puluhan tahun. Apa pun memang pokok rosel nampaknya lebih sesuai sebagai tanaman hiasan kerana pokok ini cantik dimana bunga dan buahnya juga seakan-akan bunga ros. Apa pun kehebatan rosel adalah khasiatnya yang tinggi dengan zat  vitamin C dan ini telah menjadikannya tanaman untuk produk kesihatan. Setelah itu beberapa laporan mendakwa dimana rosel pernah dianggap sebagai “pokok emas” kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan tertentu yang bermula daripada buah, daun hinggalah ke batang pokok berkenaan dan boleh dijadikan sajian atau tujuan perubatan tradisional.  Pada penulis blog yang memperkenalkan tanaman rosel di Mersing, Johor pada tahun 1997 mendapati tumbuhan ini amat bernilai berdasarkan kepada kegunaannya serta mampu menyaingi pokok kelapa atau buluh sebagai pokok serbaguna. Tumbuhan yang tumbuh semusim ini dipercayai mampu untuk tumbuh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Ia mudah dibiakkan dari biji benih dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik. Daunya berwarna hijau tua dengan pelepah daun yang kemerah-merahan bagaikan sebuah mahkota dari segi bentuknya menjadikan buah ini dilihat sangat unik (Sila lihat foto diatas). Pokok dari keluarga Malvaceae ini adalah sama dengan pokok bunga raya dan bendi yang banyak ditanam. Artikel pada petang ini daripada Tingkat 19 Hotel Double Tree, Johor Bahru yang menghadap Selat Johor dan Singapura saya menulis artikel dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai satu tinjauan penanaman rosel di Malaysia dan beberapa laporan media mengenai industri ini.

Sebenarnya r
oselle ialah antara buah atau kalixnya yang agak popular dan sering ia dijadikan sebagai air minuman kordial. Buah yang diproses ini didakwa juga amat kaya dan berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya dalam usaha untuk penjagaan kesihatan dan mampu menjadi pencegah dari sebarang jangkitan kuman yang menyerang tubuh manusia. Sejak diperkenalkan untuk ditanam dengan komersil di Terengganu, tanaman rosel kini diusahakan petani diseluruh negara dan menjadi tanaman industri penting selain meningkatkan sumber ekonomi mereka. Meninjau sejarah rosel dimana ada juga pendapat yang menyatakan pokok roselle berasal dari India namun ada juga yang menyatakan roselle ini berasal dari Afrika Barat. Tanaman Roselle diperkenalkan di Asia Tenggara melalui Malaysia sejak lebih dari tiga abad yang lalu dimana di Malaysia dilaporkan yang tanaman roselle ini juga dikenali sebagai asam paya, asam kumbang atau asam susur oleh penduduk tempatan. Di India Barat pula ia ada disebut sebagai 'Jamaican sorrel'. Dalam laporan lain dinyatakan dimana di Afrika, biji roselle dimakan kerana dipercayai mengandungi minyak-minyak tertentu. Manakala di Sudan pula  tumbuuhan roselle diproses untuk dijadikan minuman tradisional yang dinamakan 'Karkadeh' sebagai sejenis minuman kebangsaan orang Sudan. Kajian di Malaysia dilakukan oleh sekumpulan pensyarah daripada beberapa universiti termasuk oleh Dr Hasmah dair Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mendapati dimana roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi sesuai diambil oleh manusia. Ia merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang dilapor mengandungi bahan kandungan vitamin C, mineral dan juga serat. Roselle juga hasil kajiannya memang dilapor memang mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin juga rosele mengandungi hampir 486mg kalsium iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi unsur Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta AntioksidanRamai juga saintis percaya bahawa dimana dengan pengambilan produk roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan. Selain itu ia juga mampu untuk membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh. Lanjutan itu beberapa laporan menyatakan dimana khasiat roselle mampu untuk mengubati beberapa penyakit: Antara penyakit tersebut seperti mempu mencegah penyakit kardiovaskular, mencegah kanser, demam panas/selesema, resdung (alergi) dan lelah (asma). Produk roselle juga mampu atasi masaalah stress atau sukar tidur, melancarkan peredaran darah, dapat mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang, mencegah penyakit jantung dan mengubati pening kepala atau masaalah migraine.

Memandangkan kandungan khasiatnya yang sangat tinggi, kini roselle telah diterima baik oleh masyarakat umum di Malaysia. Potensi produk berteraskan Roselle telah membuka peluang yang besar kepada masyarakat setempat untuk mengusahakan tanaman roselle secara ladang dan menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan yang lumayan. Bagaimana pun t
idak seperti tanaman lain, tanaman roselle tidak memerlukan penjagaan yang sukar kerana ia hanya perlu disiram sekali atau dua kali sehari sahaja. Cara penjagaan yang mudah ini menyebabkan ramai masyarakat termasuk golongan muda giat didalam mengusahakan tanaman herba ini. Permintaan pasaran yang sangat tinggi membolehkan tanaman ini boleh menjana pendapatan yang besar kepada pengusahanya. Produk yang berasaskan roselle kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan kini ia telah dijadikan sebagai produk makanan seperti jus, kordial, jem, halwa, pes dan sebagainya. Kalau suatu masa dahulu kira-kira lewat tahun 1980-an masyarakat di Malaysia telah menggunakan roselle sebagai salah satu herba yang berkhasiat tetapi kini hasil kajian berteusan mampu menjadikan produk jus keperingkat antarabangsa. Penulis blog pernah ke Tokyo, Jepun dimana ada syarikat tempatan mempromosikan roduk rosel dinegara tersebut dalam Program Malaysia Fair. Warna roselle yang  sangat menarik dan pigmen merahnya kaya dengan bahan antosianin telah menjadikan ia sebagai produk yang lebih sesuai dalam bentuk jus, halwa, jeruk dan sebagainya untu dipasarkan.

Dalam media tempatan dilaporkan bagaimana beberapa usahawan roselle berjaya menjadikan tanaman ini berjaya menjana pendapatan. Dilaporkan jika tanaman roselle bijak diurus maka pastinya ia akan membuahkan hasil yang lumayan. Berpegang prinsip berbudi pada tanah pasti ada hasilnya dilaporkan seorang bekas pegawai di sebuah syarikat industri burung walet ini bernekad membabitkan diri dalam perniagaan makanan dan minuman berasaskan buah roselle. Walaupun tiada pengalaman dalam bidang ini tetapi En Zamri Abu berumur 38 tahun telah pun memberanikan diri menceburi projek tanaman roselle dimana ini sekali gus mengeluarkan pelbagai produk berasaskan buah ini. Tanpa memerlukan pengurusan tanaman cerewet dan merumitkan dakwa beliau dimana pokok roselle yang juga dikenali sebagai ‘bunga merah’ selain asam paya, asam kumbang dan asam susur memang ia mudah hidup subur. Tanaman seluas 10 hektar telah bermula secara kecil-kecilan di Negeri sembilan kini memiliki kawasan bagi di beberapa tempat antaranya di Batu Kikir, Jempol; Seri Menanti, Kuala Pilah; Pekan, Pahang dan Pokok Sena, Kedah. Kesemua tanah itu disewa daripada pemilik tanah secara tahunan dimana bliau bercadang untuk menanam sehingga 20 hektar dimasa akan datang. Kini dia mampu mengeluarkan kira-kira 2 tan buah roselle seminggu. Ketika ini kilangnya berupaya mengeluarkan sekitar 15,000 botol minuman roselle pelbagai saiz sebulan dan pihaknya menyasarkan untuk dinaikkan kepada 20,000 botol dalam masa beberapa waktu lagi. Selain itu syarikat beliau akan mengeluarkan losen, serum, sabun dan pencuci wanita yang dibuat dengan kerjasama MARDI dan beberapa pihak lain.  Dakwanya lagi dimana roselle di negara kita antara terbaik di dunia dan ia mempunyai kelebihan tersendiri serta nilai pasaran yang baik. Syarikatnya turut membuka peluang kepada mana-mana individu atau syarikat yang ingin membina jenama sendiri berasaskan roselle. Dinyatakan dimana selain menjual produk roselle yang sudah diproses, beliau juga ada memberikan perkhidmatan menjual buah roselle mentah pada harga RM4.50 sekilogram dan roselle kering dengan harga RM60 sekilogram.  

Dalam laporan lain dengan b
erpegang kepada prinsip berbudi pada tanah pasti ada hasilnya menjadikan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memilih menanam roselle sebagai ‘medan tempur’ selepas menamatkan perkhidmatannya. Encik Alias Ali (46 tahun) telah memilih roselle diusahakan di Sungai Limau, Kampung Pasir Pandak di Sitiawan, Perak sejak bersara tentera. Roselle juga dikenali sebagai ‘bunga merah’ selain asam paya, asam kumbang dan asam susur itu hidup subur tanpa memerlukan pengurusan tanaman yang cerewet. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam pasukan tentera dia memilih menanam roselle atas dasar minat selain turut disokong keluarga dan saranan rakan yang menanam tanaman sama. Sehingga kini dia mempunyai 3,000 pokok roselle yang ditanam di atas tanas seluas 0.6 hektar dimana dia dakwa sepokok boleh mengeluarkan hasil mencecah lebih 2 kilogram untuk sekali dipetik. Roselle antara tanaman yang mudah diuruskan dan kurang risiko penyakit. Dakwanya ia boleh dipetik seawal usia tiga setengah bulan ke empat bulan selepas mengeluarkan putik bunga selepas dua setengah bulan ditanam. Tanaman roselle juga tidak memerlukan air yang banyak dan siraman air ketika musim kemarau sekali sehari sahaja. Tanaman yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan ini ditanam daripada jenis UMKL 1 menggunakan tanah gembur berpasir. Kini biarpun tanaman itu kaya dengan khasiat namun dia menyedari roselle masih kurang dikenali dan ada segelintir individu tidak mengetahui kegunaan dan cara memasak buah itu. Beliau buka internet dimana  dia mendapati iaitu di Malaysia ada dakwaan mampu hasilkan produk roselle terbaik di dunia dan ia mempunyai kelebihan tersendiri serta nilai pasaran yang baik. Beliau sudah merasai kelebihan buah itu apabila saya kerap dijangkiti selesema sebelum ini dan menjadikan air roselle sebagai minuman harian saya sudah tidak mengalami masalah itu. Hasil ini dijual dengan harga RM5 sekilogram manakala RM2.50 pada harga borong. Dia kini juga sudah membuat benih sendiri dengan mengeringkan biji roselle selama seminggu sebelum ditanam. Antara produk dihasilkan adalah kordial, jus, jeruk, acar, jem dan halwa.

Dalam tinjauan lain dilaporkan dimana FAMA 
mensasarkan nilai pengeluaran tanaman bunga roselle meningkat kepada 25 tan metrik setahun dari petani di Rompin, Pahang. Kinn i terdapat jumlah permintaan tinggi iaitu bukan sahaja pasaran di dalam negara malah di luar negara. Menurut FAMA walaupun terdapat banyak kawasan di negara ini yang melakukan tanaman pokok roselle namun di Daerah Rompin merupakan kawasan yang terbaik dan menghasilkan bunga roselle yang berkualiti yang mampu dieksport ke luar negara. Sebelum ini cuma sebanyak 21 tan metrik hasil tanaman roselle dihasil di mana 10 tan daripadanya adalah untuk eksport ke negara seperti Singapura, Hong Kong dan China dan Australia. Tanaman roselle dilapor mengeluarkan hasil yang baik di Rompin atas beberapa faktor seperti tanahnya yang sesuai, penggunaan jenis benih roselle yang betul dan petani tempatan yang mempunyai kemahiran betul menanam pokok tersebut. Ada beberapa petani yang mendapat maklumat untuk menanam roselle setelah melawat tanaman roselle komersil di Endau, Mersing, Johor iaitu tidak jauh dari Rompin. Jika dirancang baik maka Daerah Rompin boleh dijadikan sebagai contoh dan sebagai role model untuk petani lain di negara ini. Antara kawasan utama penanaman roselle adalah di Kampung Tebu Hitam dan Kampung Desa Murni di Rompin di atas kawasan seluas kira-kira 50 ekar yang diusahakan oleh 55 petani. Projek ini adalah usahasama diantara Jabatan Pertanian dengan Kerajaan negeri dimana kesemua peserta adalah  terdiri daripada peserta Projek Perumahan Tanah Termiskin (PPRT) yang kini menjadikan tanaman Roselle telah menjadi pendapatan utama mereka. Petni disini berjaya mencapai standard untuk menjadi buah yang boleh dieksport kerana bukan mudah untuk kita eksport di negara luar kerana banyak piawaian yang perlu diikuti. Pihak FAMA membeli hasil roselle daripada petani dengan harga ladang RM4.70 sekilogram bagi gred premium yang bertujuan untum dieksport dan harga ladang RM3.20 sekilogram bagi roselle kegunaan tempatan. Selain itu diantara produk dihasilkan bagi tanaman yang mengeluarkan hasil selepas tiga bulan itu ialah kordial, jem, teh dan kini boleh dibuat untuk kegunaan farmasi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN ROSELLE... SUDAH LAMA...
VARIET UMKL... TINGGI HASILNYA...
BERKHASIAT...MUDAH PASARANNYA...
BOLEH DITERUSKAN... OLEH SEMUA..

By,
M ANem,
Senior Agronomist, 
Room 1923, Double Tree Hotel,
Jalan Ngee Heng, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(14 JamadilAwal 1442H).

Thursday, December 20, 2018

ASAM BELANDA - STATUS SEMASA

ASAM BELANDA atau lebih biasa dipanggil sebagai Roselle (Hibiscus sabdariffa) merupakan diantara produk yang mana ia banyak dijual sempena MAHA 2018 di MAEPS Serdang, Selangor. Asam belanda ini dijual dalam bentuk jus roselle, halwa roelle dan juga produk kosmetik yang lain. Pengusaha roselle ini datang dari seluruh negara seperti dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Selangor serta Sabah dan Sarawak. Tumbuhan berbunga merah dari keluarga Malvaceae ini dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India. Kini beberapa varieti roselle seperti Varieti UMKL dan UMKL-2 telah menjadi tanaman agak penting dibeberapa negeri seperti di Johor (Kawasan Rengit dan Mersing), di Kedah (Daerah Sik), Perak (Sekitar Sungkai) dan beberapa negeri lain. Jabatan Pertanian melaporkan seluas 800 - 1,200 hektar CHE tanaman asam belanda atau rosel ditanam pada tahun 2017. Penulis juga merupakan pengasas penanaman rosel di Johor iaitu di Daerah Mersing pada tahun 1998 dimana kini aktiviti penanaman tersebut masih aktif sehingga hari ini. Pada masa artikel ini ditulis beberapa usahawan roselle telah berjaya menanam roselle dan menghasilkan produk roselle di seluruh negara. Pusat Operasi FAMA Rengit merupakan satu premis yang memproses rosell untuk sekian lama dan kini akan diperbesarkan operasinya di Kilang GMP Projek Pertanian Moden Kluang Johor. FAMA membeli kalixs roselle segar dengan harga RM2.50 sekilogram untuk diproses dipusat ini dan sebahagian lagi dieksport keluar negara. Seluas 9 ekar kawasan rosel sedang dalam peringkat penyediaan kawasan disekeliling pusat memproses roselle ini. Asam Belanda mudah ditanam dengan menggunakan biji benih daripada buah roselle yang telah matang dengan cara menyemainya dahulu atau menanam terus keladang. Ia mula berbuah seawal 3 bulan dan boleh dituai sehingga 6 bulan jika tanaman dijaga dengan baik. Anda boleh membaca banyak artikel mengenai roselle atau asam beanda ini dalam artikel tulisan saya sebelum ini dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Artikel yang ke 5,001 ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya paparkan status semasa industri roselle di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.


Dalam beberapa artikel yang saya rujuk, dinyatakan bahawa tanaman roselle ini atau asam belanda adalah amat mudah dilakukan. Dikalangan orang ramai asam belanda juga dipanggil sebagai rosel. roselle, asam susur, bunga rosel dan sebagainya. Pokok rosel yang tumbuh menegak dengan beberapa cabang ini berbinga dan berbuah pada batang dahannya (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog yang pernah terlibat secara langsung dengan penanaman asam belanda mendapati tanaman ini biasanya memberikan keuntungan kepada usahawan jika diproses sendiri. Kalau dijual kepada kilang maka kadar keuntungan adalah tidak berapa tinggi. Kempen menanam rosel dan minum jus rosel telah lebih 15 tahun dijalankan akan tetapi ia masih diperingkat status quo iaitu tidak berkembang luas dengan sendirinya. Ini kerana tidak banyak pengilang aau pembeli yang ujud dilapangan dimana menjadikan masaalah jika ada pengeluaran kalixs asam belanda ini dengan banyak. Kalixs rosel yang mudah rosak juga antara faktur potongan dilakukan oleh pengilang sewaktu tiba dikilang memproses rosel ini. Kerja untuk memetik buah rosel, membersih dan membuang bijinya (decoring) yang perlukan tenaga kerja yang ramai dan ianya dominan menyebabkan ia adalah kurang menguntungkan jika hendak dibanding  dengan komoditi lain. Pokok asam belanda boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3 - 5 meter serta mampu mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga asam belanda berwarna cerah, salut bunga atau kaliks adalah berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga asam belanda yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman asam belanda. Daun dan batang muda asam belanda boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari?. Dalam pada itu penulis blog dapat laporan dimana di Afrika biji asam belanda dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan pula tanaman asam belanda diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.


Dalam pada itu terdapat sejenis asam belanda varieti putih. Sebenarnya warna putih pada kelopak bunga asam belanda ini adalah mengikut varieti (Sila lihat foto disebelah). Pokok asam belanda adalah sejenis pokok yang mudah ditanam. Cara penanamanya dengan menggunakan biji yang kering kemudian disemai. Satu pokok boleh mengeluarkan buah yang banyak. Pokok ini jenis bercabang-cabang serta tahan lama. Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika cuaca panas ia memerlukan banyak air, dan pembajaanya adalah setengah bulan sekali. Apa yang penulis blog pernah membuat penelitian mendapati pokok yang terkena hujan lebat akan menyebabkan daunnya dan bunganya layu dan gugur. Hujan lebat berterusan pula dan menyebabkan kanjir atau tenggelam pula menyebabkan kematian pada tanaman ini. Sebaiknya pokok asam belanda ini ditanam pada cuaca panas kering dengan ada sistem pengairan yang sempurna. Mengenai kandungan khasiat asam belanda bagi setiap 100 gram kaliks asam belanda dari ujian makmal dilaporkan mengandungi protein 1.145 gram, lemak 2.61 gram, serat 12.0 gram, abu 6.90 gram, kalsium 1.263 gram, fosforus 0.2732 gram, zat besi 0.00898 gram, karotena 0.00029 gram, thiamin 0.00117 gram, riboflavin 0.00277 gram, niasin 0.003765 gram, asid askorbik (Vitamin C) 0.0067 gram. Bagaimana pun apabila dijadikan kordial roselle maka ia ditambah dengan banyak gula menyebabkan komposisinya berubah begitu juga dengan halwa roselle.


Dikalangan penduduk tempatan Asam Belanda atau roselle ataupun dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Ia juga  merupakan tumbuhan dari keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan Roselle ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Terkini ramai peniaga mula mengekstrak bunga roselle untuk dibuat jem, jus ataupun kordial dan juga ''straight drink'' dalam tin yang mudah diminum (Sila lihat foto disebelah). Dalam artikel kali ini penulis blog paparkan sebuah syarikat iaitu Arina Food Enterprise iaitu syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2009 beroperasi dengan produk roselle. Syarikat ini mengeluarkan produk berasaskan pokok roselle seperti jus roselle dan kordial roselle. Mereka juga mengeluarkan jem roselle tetapi hanya dipasarkan ketika menjelangnya musim perayaan disebabkan jem tersebut digunakan untuk tujuan membuat kuih tart. Arina Food Enterprise adalah syarikat dibawah bimbingan Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). Dalam festival MAHA  dan HPPNK biasanya mereka membuat promosi dan jualan produk asam belanda atau roselle dibanyak lokasi. Bagi memperkenalkan roselle yang agak kurang diketengahkan ada usaha untuk menyertai pelbagai ekspo dan karnival usahawan di seluruh negara. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa roselle sebenarnya amat kaya dengan vitamin C dan jus yang saya hasilkan tidak mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan. Roselle juga berupaya merendahkan tahap kolesterol, membantu mencegah kanser, melancarkan pusingan haid bagi wanita, melancarkan aliran darah serta melindungi hati dan jantung.


Dalam usaha untuk memasarkan produk roselle ke pasaran dunia pihak FAMA telah berusaha keras sejak lebih 10 tahun dengan memasarkan juga kaliks segar. Kini dirangkaian AgroBazaar FAMA diseluruh negara kita boleh mendapatkn produk kordial roselle dengan jenama seperti  ''AgroMas'' yang dipasarkan (Sila lihat foto disebelah). Ia juga merupakan salah satu produk jenama yang digemari oleh pengguna dimana jualannya dilporkan amat baik kerana ia adalah jauh lebih baik daripda produk lain sepertinya seperti produk Ribena yang diimport. Kini lebih ramai yang mula menggunakan jus dan kordial roselle sebagai barangan untuk dijadikan sebagai produk membuat ''hamper'' atau hadiah. Dari segi eksport pula produk kaliks roselle dihantar ke Korea, Jepun dan beberapa negara lain dengan harga kilang sekitar RM4.50 - RM5.00 sekilogram. Ia bagaimana pun sering dibekukan atau akan dihantar dalam suhu sejuk untuk mengekakan tahap kesegarannya. Potensi pasaran rsoselle adalah masih besar dengan strategi penanaman dan juga prmosi pemasaran yang strategik. Semuga industtri roselle negara akan terus berkembang dengan adanya beberapa produk baru seperti kordial roselle, ubat gigi roselle, kosmetik roselle dan sebagainya. Di harap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM ROSELLE... ITU ASAM BELANDA...
BIJI DISEMAI... TANAM IKUT BARISNYA...
CUKUP MASA... BERBUAH BANYAKNYA...
DIPROSES DIKILANG... ADA PASARANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(5 RabiulAkhir 1440H).

Monday, October 5, 2009

Growing Roselle



Roselle (Hibiscus sabdariffa spp) in Malvaceae family is a bush type of tree which produce flower that rich of vitamin C (Claimed 9 times more than orange). I was experience in Roselle growing project during my tenure at Mersing Agriculture Office in late 1990's. Roselle was introduced by me in Mersing as alternative crop to tobacco at that time. About 4 hectare of bris soil was selected at Endau area. The project involved 5 farmers as pilot project. This crop still exists there until today. From my study shown that China is the largest roselle producers in the world followed by Thailand. This article in "Anim Agro Technology" , I would like to share my knowledge about Roselle Growing Project conducted in Mersing District, Johore.

Roselle is a bush type of tree with maximum height of 2-3 meter without pruning. The stem diameter about 1-2 cm with red grey or Pale color and has several branching system. The leaves are green reddish color with 10-15 cm length and has a sour taste. The leaves also uses as cooking culinary due to the characteristic for 'masak asam pedas'. The Roselle fruit formed after pollination of their beautiful flower (See photo next). The fruit about 3-5cm diameter with dark red color and 4 calyx. The fruit has seeds in the center and used as source of planting material. From my observation it grows well with proper irrigation system on fertile soil.

There are three cultivar of roselle in Malaysia known as Red Roselle, Wild Red Roselle and Yellow Roselle. It was reported by Department of Agriculture Johore (DOA) for commercial growing the Red Roselle (UMKL Variety) and Red UKM Variety are recommended. In Malaysia, roselle was commercially grown in Terengganu in mid 1980's and recently in Johore (District of Mersing) in late 1990's introduced by DAO Mohd Anim at that period and mostly was grown on Bris Soil. About 246 hectare are planted from 2000 to 2008 which produce 424.7 metric ton of calyx valued for RM 1.03 million. Currently the growers shifted to better soil area (on mineral soil - with new crop management system) for higher calyx production.


Seeds from matured tree collected and dried. Select those tree with special criteria such as high yielding, stay stand with strong stems, early maturity period, even branching system and vigorous. The seed treated with fungicide before planting. Recommended planting distance was 1.5 m x 0.6 m giving a crop intensity at 7,500 trees/ ha. From my observation in Mersing, the flower start blooming after 60 days of planting. Harvesting of calyx from 80 to 105 days after planting and if harvesting interval for 7-10 days than we can achieve about 6-9 harvesting frequency.




Potential yield recorded in Johore about 14 - 18 mt per hectare. DOA demonstration plot recorded about an average of 152 flower/calyx was produced from each tree with an average 7 flower from each branch. One kilogram of calyx consists of 75 set flowers and 142 calyx weigh about 1 kg. Hence we can collect an average 1.1 kg of calyx every tree. With farm price at RM 2.80/kg calyx it means about RM 23,000 gross income per hectare with give a return of RM 3.08 / tree. The 'DECORING PROCESS' is the most tidiuos job in roselle  growing project (See photo next). It use a hollow sharp steel push to the calyx center to remove the seed.
Fresh Calyx collected from fresh flower after 'Decoring"process which a special rounded knife push onto the flower to remove the seeds. The calyx must be processed within 12 hours or keep in freezer in below zero degrees for longer storage. The calyx later processed for Drink Juice, Halwa, Jem or other product. It was claimed that other product from roselle are Health Food, Cosmetic Product, Pharmaceutical Product, Snack Food and others. Study found that the demand is about RM 792.5 million annual of finishes roselle product mostly in pharmaceutical product in 2005.


Most of Roselle produced in Malaysia are processed for making syrup or juice for healthy drinks. The other used is for Roselle tea, beverages, jam , health food and food coloring. Roselle rich of anthocyanins, protogutetic acid and many other chemical. It used as diuretic food for many years. In Malaysia the roselle syrup processed as a Agrobased product with bottled in 1 litre and tag price about RM 10.00 each. The roselle jam was popular as another product.
It is a great potential in growing roselle provided there is better technology especially in reducing labour cost in harvesting and 'decoring' activities. Any farmers interested to grow or familiar with roselle technology can approach to the nearest Department of Agriculture Extension Officers.

GROW ROSELLE....DOING WELL...
WHERE TO GET SEEDS.... ASK FRIENDS...
HOW TO PROCESS.... JUICE OR CORDIAL...DRINKS HEALTHY... THEN HAPPY...


By
M AnEm
DOA 

Muar
Johor
Malaysia

(Updated on 30 March 2013)

Saturday, April 23, 2011

GAMET (Rosel Palsu)

GAMET (Hibiscus acetosella) adalah sejenis tumbuhan yang di gelar ' Rosel Palsu' dan hampir serupa dengan Roselle Sebenar (Hibiscis sabdariffa) dari keluarga MALVACEAE yang boleh tumbuh dikawasan tropika seperti di Afrika, Amerika Selatan dan juga kawasan Asia Tenggara termasuk di Malaysia. Nama lain bagi rumbuhan ini adalah False Roselle ; Red Leaf Hibiscus ; Cranberry Hibiscus; Bronze Hibiscus (English), Fausee oseille de Guinea (Perancis) dan Gamet (Indonesia). Tumbuhan ini dipanggil 'Gamet' di Indonesia dimana pucuk dan daun muda digunakan sebagai 'sayur salad' atau ulaman yang di makan dengan nasi putih. Rasanya yang masam dan agak berlendir memerlukan beberapa bahan perasa lain yang sesuai ketika memakannya seperti garam atau bahan lain. Tumbuhan ini juga digunakan sebagai tanaman hiasan dan daunnya yang berwarna merah serta bunga yang menarik menjadikan tumbuhan ini adalah ornamental tang sesuai untuk landskap. Artikel ini saya berkongsi maklumat tumbuhan gamet ini untuk tatapan pembaca.


Tumbuhan yang dipercayai berasal dari Angola dan Zaire di Afrika ini juga terdapat tumbuh liar di Asia Tenggara. Pokok tumbuh menegak dengan bercabang sama ada jernis herba atau parennial jangka pendek dengan ketinggian 0.5-2.5 meter. Keseluruhan pokok berwarna merah gelap dengan daunnya yang susnan bersilang berukuran 0.5-10 cm panjang berbentuk lebar atau binocular-ovate dengan tepi daun yang bergigi tajam (Lihat foto sebelah). Bunga Gamet berbentuk kembang seperti bunga raya dengan 6-8 kelopak berwarna wine-red atau merah cerah berukuran 1-2 cm panjang dan ada nektar ditengahnya. Bunga ini digunakan sebagai salad di kawasan Amerika dengan rasa masam dan warna menarik jika di campur dengan jenis salad lain.


Buah Gamet adalah jenis kapsul yang berukuran 1-2.5 cm x 1-1.5 cm berbentuk 'densely tuberculate', hispid dan mengandungi biji benih yang banyak yang berwarna juga Merah Gelap. Biji tumbuhan ini berbentuk reinform atau globular berukuran 3-5 mm garispusat berwarna coklat gelap. Bunga gamet menjalankan pendebungaan sendiri (self pollination) walau pun berlaku juga pendebungaan silang (cross pollination). Kultivar paling banyak di tanam sama ada untuk kegunaan manusia atau sebagai tanaman hiasan adalah jenis ' Red Shield' yang hampir keseluruhan tumbuhan tersebut berwarna merah (Lihat foto dibawah). Terdapat juga jenis gamet liar (Hibiscus surattensis) yang tumbuh untuk dikutip sebagai sumber fiber di Afrika dan Asia Tenggara.


Penanaman Gamet lazimnya menggunakan biji benih tetapi juga boleh di biakkan dengan KERATAN. Oleh kerana belum ada usaha menanam tumbuhan ini secara komersil untuk hasil produk pertanian maka tidak ada kajian bertulis mengenai Amalan Agronomi seperti jarak tanaman, pembajaa, kawalan musuh perosak dan penyakit serta kaedah pengutipan hasil. Bagi Rosel Sebenar (Hibiscus sabdariffa) telah di komersilkan di Malaysia semanjak dulu lagi dan Jabatan Pertanian telah mempunyai Pakej Teknologi Tanaman yang lengkap. Tanaman Roselle Sebenar tersebut telah saya tanam di Daerah Mersing semenjak tahun 1998 lagi sebagai komoditi penting di daerah tersebut dan penanaman masih dijalankan sehingga kini. Penyakit yang mungkin menyerang adalah seperti serangan Kulat Reput Batang (Rhizoctonia solani) atau Kulat Sclerotium rolfsii terutama pada musiam hijan atau lembab.


Tumbuhan ini mungkin agak kurang penting pada masa kini untuk di komersilkan tidak seperti Roselle sebenar yang telah maju untuk dijadikan tanaman menghasilkan minuman dan sebagainya. Kepentingan tanaman ini hanya untuk tanaman ornamental landskap dan mungkin dalam koleksi janaplasma bagi tujuan penyelidikan pada masa akan datang. Tanaman Gamet kurang dikenali oleh kebanyakan orang yang menyangka ianya hanya untuk hiasan sahaja. Sesipa yang ingin menanam tumbuhan ini sebagai untuk sumber sayuran daun dan pucuk atau sebagai tanaman ornamental atau tanaman hiasan boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam laman web dan bertanya. Semuga tumbuhan ini akan di kenali ramai yang baca blog ini...

JENIS ROSELLE....'GAMET' TIDAK SAMA....
POKOKNYA MERAH....CANTIK DAUNNYA....
DALAM TAMAN...TERSERLAH UJUDNYA....
DAH KENAL NI...APA LAGI NAK TANYA.....

By,
M Anem
Putrajaya
MALAYSIA
(Sabtu 23.4.11 jam 10.15 pagi)

Friday, November 21, 2014

ROSELLE - CARA TANAM

ROSELLE (Hibiscus sabdariffa) merupakan sejenis tanaman renek yang diperkenalkan di Malaysia untuk dikomersilkan di Terengganu sekitar tahun 1990'an. Tanaman ini pernah menjadi satu kejayaan besar di negeri tersebut terutama ditanam dikawasan tanah bris dimana tanaman lain kurang sesuai ditanam.  Rosel atau juga dipanggil sebagai 'asam raya' atau 'asam susur' di kalangan orang tempatan juga merupakan tumbuhan industri dalam keluarga Malvacee. Tumbuhan berbunga merah dengan dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India. Kini beberapa varieti rosel seperti Varieti UMKL dan UMKL-2 telah menjadi tanaman penting dibeberapa negeri seperti di Johor (Kawasan Rengit dan Mersing), di Kedah (Daerah Sik), Perak (Sekitar Sungkai) dan beberapa negeri lain. Jabatan Pertanian melaporkan seluas 800- 1,200 hektar CHE tanaman osel ditanam pada tahun 2012 - 2014. Penulis juga merupakan pengasas penanaman rosel di Johor iaitu di Daerah Mersing pada tahun 1998 dan aktiviti penanaman tersebut masih aktif sehingga hari ini. Pada masa artikel ini ditulis, beberapa syarikat telah berjaya menanam rosel di sekitar Batu Pahat dan Pontian untuk pasaran domestik dan Ekspot. Syarikat Aslah di Johor merupkan antara pemain industri rosel yang aktif di Johor. Kini produk roselle telah masuk TV dimana sebuah syarikat daripada Kedah iaitu Al-Faiz telah menjadi penaja rancangan Pendakwah - Dai di TV3. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cara menanam rosel sebagai satu forum rujukan penanam rosel di negara kita.

Tanaman rosel kini hanya ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Johor atas tanah gambut dan berkembang di beberapa kawasan di Kedah, Terengganu, Pahang dan Perak. Syarikat Aslah menggunakan kaedah Ladang Kontrak dengan petani disekitar Rengit, Batu Pahat, Johor dalam penanaman rosel (Sila lihat foto disebelah). Penanaman rosel lazimnya akan menghasilkan bunga atau Kaliks (Calyx) atau kelopak dari bunga rosel yang boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli. Kajian makmal mendapati kehebatan rosel ia mengandungi kandungan vitamin C (Asid askorbik) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering. Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks. Kandungan vitamin C yang amat tinggi ini menjadikan ia lebih hebat daripada buah Oren dan Ribena. Bagaimana pun buah rosel yang baru dipetik perlu diproses segera untuk mengekalkan kandungan vitamic didalamnya.

Saya memberikan banyak ceramah teknikal mengenai tanaman rosel sekitar tahun 1998 - 2000 di daerah Mersing, Johor. Penanaman rosel masa itu disasarkan dikawasan tanah bris sekitar Endau dan Sri Pantai untuk tujuan menggantikan tanaman tembakau. Sebenarnya tanaman rosel merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh tumbuh pada ketinggian 205 cm (Sila lihat foto disebelah). Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa cabang akan keluar dari batang utama. Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat. Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan bertukar ke bentuk tiga jari. Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun. Buah rosel berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang. Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.Rosel hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.

Penanaman rosel lazimnya hanya akan menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari. Rosel ditanam di atas batas berukuran 60 cm di tanah bris dan 90 cm di tanah mineral. Sistem ini akan memberikan kepadatan 7,400 pokok sehektar pada tanah mineral dan jumlah sebanyak 11,100 pokok sehektar pada tanah bris. Penanaman rosel di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2. Ini kerana tanah bris memang kurang subur dan perlukan lebih baja organik. Pengairan adalah penting dalam menanam rosel kerana ia adalah jenis tanaman yang responsif terhadap air. Sebaiknya sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 cm dani permukaan tanah. Selalunya bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina. Kawalan penyakit dan perosak dilakukan dari peringkat menyemai sehingga hampir menuai. Penyakit kulat yang penulis biasa jumpa dan menyerang rosel adalah Reput Daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan Reput Batang (Phoina spp). Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan dan sistem saliran kurang sempurna. Cara Kawalan disyorkan dengan menggunakan racun kimia seperti jenis Carbendazim pada 0.05%. Serangga perosak yang biasa menyerang Rosel adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.). Kawalannya boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl. Buah Rosel cukup matang dan sedia untuk dipungut pada 20 hingga 30 hari selepas bunga kembang.

Apa yang penting adalah petani dapat memungut hasil rosel setelah menunggu selama beberapa bulan. memungut hasil bagi rosel dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks. Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali. Kini dipasaran terdapat banyak produk jus dan kordial minuman rosel dengan harga 1 liter sekitar RM8.00 - RM15.00 bergantung kepada kualiti dan produk akhir dan lokasi jualan. Penanaman rosel merupakan satu industri yang perlu terus diberikan sokongan. Wasallam!.
TANAMAB ROSEL... DIJOHOR ADA...
DITANAM GAMBUT...SESUAI DISANA...
JUAL DOMESTIK.. DOEKSPOT JUGA...
SIAPA MINAT... HUBUNGI SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Rosel,
Rengir, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(28 Muharam 1436H)

Sunday, August 15, 2021

TUAK - APA CERITA?

TUAK
merupakan sejenis minuman beralkohol tradisional yang popular dikalangan masyarakat asli atau "bumiputera" kawasan Nusantara di beberapa negara tropika yang lazimnya akan menjadi minuman semasa festival. Di Malaysia tuak ini popular dibeberapa negeri seperti di Srawak, Sabah dan juga di Pantai Timur Malaysia dan ianya agak popular dikalangan beberapa kaum natif di Indonesia. Tuak atau Air Tuak pada asasnya merupakan sejenis minuman yang terhasil daripada proses pemeraman bahan tertentu dimana jenis bahan tersebut adalah bergantung kepada suku kaum pribumi yang menghasilkannya. Bagi masyarakat Kelantan dan Terengganu pula agak berlainan maksudnya kerana perkataan 'tuak' itu merujuk kepada air nira iaitu minuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol. Di Malaysia terdapat tiga jenis tuak yang dihasilkan iaitu Tuak Beras, Tuak Kelapa dan Tuak Nipah.Tuak beras lazimnya diperbuat daripada beras yang disukai oleh kalangan masyarakat kaum Iban dan Dayak di Sarawak dan Kalimantan sejak zaman dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras khas iaitu beras pulut dimana beras tersebut akan direndam bersama air dalam suatu tempayan. Proses "tajau" ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "nasi tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut mereka kini juga akan juga mencampur dengan gula pasir supaya rasanya menjadi lebih manis. Memang ramai kalangan pembaca mungkin sudah tahu dimana biasanya air tuak akan selalu dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan Gawai Dayak, Gawai Hantu, Gawai Burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban dilaporkan memang terdapat juga kalangan masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan. Jenis Tuak Nipah dan Tuak atau Tuak Nira Kelapa pula merupakan sejenis minuman kaum pribumi atau kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dengan cara menyadap mayang pokok kelapa, pokok enau atau pokok nipah. Mayang ini akan sekiranya dibiarkan tua akan menjadi buah. Mayang ini akan dipotong dengan pisau dan kecerunan khas dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan terus dikumpulkan dalam bekas khas sama ada botol plastik atau secara tradisional masih menggunakan bekas buluh. Air ini dikenali sebagai 'air nira' yang boleh terus diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air nira ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa atau tuak nipah ini akan diminum selepas beberapa hari diperam. Biasanya tuak jenis ini akan dihidangkan kepada para tetamu pada hari perayaan tertentu seperti pesta atau majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa atau tuak nipah ini dibiarkan terlalu lama maka ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi 'cuka' secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing. Merujuk kepada pejabat Mufti Negeri Sembilan dalam portal lamanwebnya dinyatakan dimana a
ir tuak beralkohol dihasilkan melalui proses fermentasi (penapaian) beras maka hukum minum tuak adalah haram oleh orang Islam. Ia diqiaskan dengan hukum minum arak kerana kedua-duanya mempunyai kesan yang sama iaitu memang ia  memabukkan.  Artikel subuh Jumaat ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai tuak dan pelbagai certa berkaitan tuak dari laporan beberapa media tempatan untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Media utusanborneo.com dengan berita bertajuk '
Tuak alami inovasi, kreativiti seiring peredaran zaman' agak sesuai dirujuk. Dilaporkan dimana 'Tuak' bukan sekadar ‘minuman keras’ tradisional yang menjadi identiti masyarakat Dayak terutama kaum Iban dan Bidayuh pada musim perayaan seperti Hari Gawai akan tetapi ia juga menjadi pelengkap kepada upacara-upacara tradisional kedua-dua suku kaum itu. Upacara tradisi tidak akan ‘menjadi’ tanpa ‘tuak’ dimana sambutan Hari Gawai tidak akan lengkap tanpa ‘tuak’ atau pun semasa majlis kenduri kaum Iban mahupun Bidayuh tidak akan meriah tanpa adanya ‘tuak’. Ia cukup sinonim bagi kedua-dua suku kaum Dayak itu yang mempunyai budaya dan tradisi hampir serupa meskipun berbeza bahasa dan pakaian tradisional.  Malah ‘tuak’ ini juga turut dihasilkan oleh masyarakat Dayak lain seperti etnik-etnik dalam kaum Orang Ulu. Serba ringkas pembuatannya iaitu  ia dihasilkan daripada beras pulut, ragi dan air gula yang siap dimasak hingga mendidih, menjadikan warnanya keputihan, namun ramai yang memilih untuk memeramkannya terlebih lama sebelum menyimpannya di dalam botol untuk tujuan menjadikan warnanya lebih jernih. Namun itu gaya tradisi. Kini dilaporkan seiring dengan peredaran zaman dimana minuman tradisi dengan rasa asli yang boleh memabukkan jika diminum dengan banyak dan rasa digemari oleh kaum Iban yang sudah mulai mengalami sedikit inovasi dan kreativiti iaitu mempunyai perisa buah dan daun pandan. Tidak terhad dengan rasa asli yang terhasil dari beras pulut, jumlah ragi yang menentukan tahap alkoholnya dan kemanisan yang bergantung kepada jumlah gula, sesetengah pembuat ‘tuak’ menambah ‘perisa’ asli seperti buah pisang dan daun pandan. Ia menjadikan air ‘tuak’ tersebut dikenali sebagai ‘tuak pandan’ dan ‘tuak pisang’. Hari ini dilaporkan pilihan itu semakin bertambah dan berkembang kepada perisa lain iaitu buah nanas, barli, ubi manis yang berwarna ungu, roselle dan teh hijauBagi salah seorang pembuat ‘tuak’ dari Tembawai Tuggung, Lambir, dikenali sebagai Rosa Injan Taja berumur 43 tahun dimana niatnya mahu mempelbagai perisa tuak pada awalnya ialah sebagai minat dan mencuba kelainan, namun pada masa yang sama tetap mengekalkan ciri-ciri tradisi ‘tuak’ tersebut termasuk cara pembuatannya di rumah. Antara yang terawal dia buat ialah ‘tuak pandan.’ Ketika dia mula membuat ‘tuak’ dengan perisa pandan, ia sudah mulai popular di kalangan pembuat ‘tuak’ di rumah-rumah panjang sekitar. Daripada ‘tuak pandan’ dia mencuba kaedah membuat ‘tuak’ berperisa buah iaitu dengan menggunakan buah-buahan asli seperti pisang, buah ubi manis, nanas, barli dan sebagainya tanpa ada sebarang pengawet ataupun perisa tiruan. Tidak seperti air minuman lain dimana ‘tuak’ tidak sesuai menggunakan sebarang perisa tiruan kerana ia boleh menjejaskan rasa ‘tuak’ tersebut serta ciri-ciri aslinya yang lain. Kesemua buah yang saya guna untuk membuat ‘tuak’ dia adalah warna dan rasa aslinya sendiri yang dimasak dengan secukupnya. Dia yang ditemubual wartawan di tapak pesta ‘Gawai Dayak Bazaar’ (GDB) anjuran Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) di pekarangan tempat letak kereta Emart Riam, Miri menjelaskan akan inovasi tuak yang dihasilkan. 

P
ercubaan awal beliau untuk mengisi masa lapang dan hobinya yang sukakan makanan dan minuman tradisi bangsanya (Iban) kini ternyata berjaya, malah mendapat sambutan di kalangan rakan-rakan dan saudara. Kini diatas dorongan ahli keluarga maka dia kemudian telah membuat sedikit kajian terhadap penggunaan buah-buahan yang sesuai dengan sukatan dan tempoh pembuatan yang lebih berpatutan untuk memastikan kualiti dan rasanya tidak terjejas. Dia juga turut mempelbagai cita rasa sekali gus menjadikan hobi serta kemahirannya membuat ‘tuak’ sebagai komersil dan boleh memberi pendapatan pada beliau dan keluarga. Dia kemudian menjual ‘tuak’ ini secara serius dari tahun 2016 dan hari ini ‘tuak’ yang dia buat sudah pun mempunyai lapan perisa sambil menambah jenama ia diberinya (Sila anda lihat foto disebelah). ‘Tuak Tumpa’ adalah sempena nama mendiang datuk beliau yang banyak memberi inspirasi kepadanya. ‘Tuak Tumpa’ yang dipasarkan oleh syarikat miliknya sendiri iaitu Tumpa General Trading kini mempunyai perisa pandan, pisang, nanas, roselle, barli, buah ubi manis, teh hijau dan ‘tuak beras.’ Kesemua ‘tuak’ berperisa berkenaan turut dijual dan dipromosikan di gerainya dalam pesta tersebut.  Diantara yang paling popular di sini ialah ‘tuak roselle’ yang bukan sahaja diminati oleh masyarakat Iban sendiri malahan kalangan pelanggan dari kaum Cina juga amat menggemarinya. Kini dibotolkan dan dibungkus dengan menarik dimana ‘tuak’ jualan Rosa turut menarik perhatian ramai kerana warnanya yang berbeza dan pelbagai serta asli. Dia berterima kasih kepada penganjur GDB iaitu GADS yang sudah menyediakan platform untuk peniaga seperti saya yang mahu memperluaskan jaringan perniagaan. Melalui GDB ini dia mengakui semakin ramai orang mengenali ‘Tuak Tumpa’ dan tidak kurang yang melahirkan rasa terkejut kerana tidak menyangka minuman tradisi itu boleh mempunyai pelbagai perisa. Kebanyakan pelanggan yang datang bukan sahaja penduduk tempatan malah datang dari Sabah, Semenanjung Malaysia dan juga Negara Brunei Darussalam dan di kalangan mereka ini ‘tuak roselle,’ pandan dan ubi manis yang paling popular dan banyak dibeli mereka untuk dibawa balik ke tempat masing-masing. Selain tapak pesta seperti GDB dan yang lain dia juga turut melakukan dan mempromosikan ‘tuak’ pelbagai perisa menerusi media sosial seperti Facebook (yang menggunakan nama Tumpa General Trading) serta laman bual sosial seperti kumpulan WhatsApp. Pada masa akan datang dia merancang untuk mencuba ‘tuak’ berperisa kismis dan buah naga merah. GDB kali keempat dianjurkan di Miri yang turut menjadi platform bagi peniaga masyarakat Dayak menjual pelbagai jenis produk daripada pakaian, kraf tangan, minuman dan makanan yang mempunyai ciri-ciri masyarakat Dayak itu sendiri. Ia juga merupakan pentas untuk mereka melangkah lebih jauh dalam bidang perniagaan dan mencipta jaringan perniagaan masing-masing.

Portal berita Utusan.com dengan berita bertajuk 'Air Tuak jadi lubuk rezeki Mat Yassin' menarik dikupas.  Di Kota Bahru, Kelantan dilaporkan dimana s
etiap kali Ramadan maka Air Tuak Kelantan atau 'air nira' sentiasa dicari untuk dinikmati ketika berbuka puasa dimana ini sekali gus menjadi lubuk rezeki kepada para peniaga minuman tersebut. Diceritakan bagaimana seorang penduduk di Kampung Jaya Setia, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini mampu memperolehi pendapatan mencecah RM4,000 sepanjang sebulan menjual minuman itu (Sila lihat fotoo disebelah)Menurut Mat Yasin yang berusia 50 tahun nyatakan dimana air tuak tersebut dihasilkan dari pokok nipah yang tumbuh semula jadi di kawasan air masin di belakang rumahnya sejak 20 tahun lalu. Proses menghasilkan air tuak dari pokok nipah mengambil masa lama, setandan pokok mampu mengeluarkan sehingga satu liter air sehari. Air tuak itu dicampur sedikit kepingan kayu cengal yang dinamakan ‘laghu’ (laru) untuk mengelak ia cepat masam selain perlu sentiasa disimpan dalam peti sejuk. Dia akan menjual air tuak pada harga RM5 sebotol untuk 500 mililiter manakala satu liter dijual pada harga RM10 sebotol. Lazimnya dalam satu bulan sebelum puasa Mat Yasin sudah membuat simpanan stok air tuak untuk pelanggan yang biasanya akan datang membeli dari rumahnya. Biasanya setiap kali bulan puasa maka air tuaknya mendapat sambutan ramai pelanggan kerana rasanya yang lengkap iaitu ada rasa masin, manis dan sedikit kelat. Tugas menghasilkan air tuak turut dibantu isteri dimana dinyatakan sebelum ini air tuak Mat Yasin turut dihantar ke Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berpunca ari pandemik Covid-19 dan larangan rentas negeri maka tahun 2021 ini minuman tersebut hanya dijual di Kelantan sahaja.

Dalam Harian Metro dengan berita yang bertajuk 'Permintaan berganda air nira kelapa' juga berkait dengan tajuk bagi artikel ini. 
Dilaporkan  dengan ketibaan bulan  Ramadan memberi seribu rahmat dan rezeki tambahan buat peniaga, tidak terkecuali penjual air nira di Terengganu. Disebabkan permintaan tinggi terhadap air nira kelapa membuatkan Mohd Mat Min berumur 62 tahun daripada Kampung Baru Rhu Muda, Marang dilapor mampu menjana pendapatan lebih RM3,000 sepanjang Ramadan (Sila lihat foto disebelah)Mohd atau lebih mesra dipanggil Pok Mad berkata dimana dia menjalankan kegiatan mengambil air nira kelapa sejak 20 tahun lalu dan menerima permintaan berganda setiap kali Ramadan. Biasanya 15 hari sebelum Ramadan, peniaga di seluruh negeri termasuk Pahang dan Kelantan mula membuat tempahan untuk berniaga sepanjang Ramadan. Bagi penggemar tegar, ada datang awal ke rumah untuk membeli air nira dan disimpan sebagai bekalan berbuka puasa. Tiada masalah membeli awal kerana air nira mampu tahan sehingga setahun sekiranya diletakkan di dalam peti ais. Harga air nira tidak menentu, bergantung kepada peniaga dan biasanya ia dijual dengan harga antara RM10 - RM15 untuk 1.5 liter dan RM50 hingga RM60 (10 liter). Dakwanya memang seronok berniaga pada Ramadan kerana permintaan sentiasa ada sehinggakan ada kalanya tidak mampu memenuhi jumlah permintaan semasa.  Kadang-kadang peniaga dan penggemar air nira berebut untuk membeli sehingga saya terpaksa mengehadkan jumlah pembelian setiap pelanggan supaya semua permintaan dapat dipenuhi. Memang tidak mudah mengambil air nira kerana banyak ancaman serangga dan makhluk perosak seperti cicak dan lalat. Jika tidak cermat ketika proses mengambil air nira, cicak boleh masuk ke dalam air nira. Oleh itu, kerja ini perlu dijalankan menggunakan teknik yang betul. Bagi seorang  peniaga dikenali Mamat Abdullah Mat Puteh, 36 tahun dari Kampung Kelulut, Marang dakwa permintaan air nira yang tinggi mendorong ramai peniaga mengambil peluang untuk menjualnya pada Ramadan. Kini bagaimanapun pelanggan perlu berhati-hati supaya tidak tertipu kerana ada kalangan peniaga tidak bertanggungjawab menjual air nira dicampur dengan air. Mereka tidak mementingkan kualiti air nira tetapi kuantiti kerana ingin mendapatkan keuntungan yang lebih.  Menurutnya lagi dimana sifat air nira yang terlalu manis biarpun dicampur air membuatkan beberapa peniaga tidak bertanggungjawab terdorong berbuat demikian.

Penulis blog merujuk beberapa penulisan mencari apakah dia khasiat air tuak kelapa untuk kesihatan. Sebenarnya a
ir nira atau tuak merupakan minuman asli semulajadi yang beralkohol dihasilkan pokok kelapa (Cocos nucifera). Air tuak yang manis rasanya diambil daripada bunga pokok kelapa yang sudah bersedia dipotong dihujung mayangnya. Banyak khasiat kesihatan boleh didapati jika meminum tuak secara teratur. Air Tuak kaya dengan bahan vitamin, vitamin A, asam amino, serat, protein dan masih banyak lagi. Kandungan tersebut dipercayai berkhasiat untuk menyihatkan badan. Antara kebaikan tuak yang telah terbukti ialah seperti pertama iaitu dilaporkan memang mampu mengatasi sembelit. Penyebab utama yang menyebabkan terjadinya sembelit ialah kurangnya serat (fiber) di dalam makanan yang di ambil setiap hari. Serat sangat di perlukan oleh tubuh dan berupaya mengatasi semeblit. Sembelit dapat teratasi dengan cepat serta lancar apabila secara rutin minum air tuak kelapa ini. Kedua khasiatnya adalah didakwa ia adalah mampu menurunkan demam. Minuman ini sangat bermanfaat untuk menurunkan demam pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Demam terjadi kerana berkurangnya sistem kekebalan dalam tubuh. Apabila anda mengalami demam yang sangat tinggi anda dapat minum tuak karena ia dapat menurunkan demam yang tinggi. Ketiga adalah ia juga mampu menyihatkan tulang. Minuman ini bermanfaat untuk  menjaga kesehatan tulang. Tulang sangat memerlukan vitamin untuk menjaga kepadatannya. Seiring dengan kadar bertambahnya usia kepadatan tulang akan semakin menurun. Dengan meminum minuman ini bukan hanya mampu untuk menjaga kesihatan tubuh minuman ini juga sangat berfungsi untuk menjaga kepadatan tulang. Ke 4 adalah tuak menjana Penghasilan Susu Ibu. Minuman ini juga sangat baik apabila di amalkan oleh ibu yang sedang menyusu kerana kandungan zat yang terkandung di dalamnya berupaya untuk mencegah berlakunya perubahan atau oksidasi nutrisi yang sangat di perlukan untuk menghasilkan susu ibu. Apabila terjadi oksidasi maka produksi susu ibu akan berkurangan sehingga didakwa menyebabkan kualiti susu ibu juga akan menurun. Khasiat yang ke 5 adalah ia menyegarkan tubuh. Khasiat air nira yang sangatlah baik iaitu mampu menyegarkan tubuh. Yang dimaksud dengan menyegarkan tubuh, minuman ini sangatlah sesuai sekali apabila diminum pada siang hari selain daripada bulan Ramadhan. Bagi menambah kesegaran bolehlah anda menambahkan ketulan air batu. Ke 6 adalah tuak juga boleh menggemukkan badan. Jika sebelumnya banyak yang telah dicari oleh seseorang untuk melangsingkan badan saja. Tetapi tidak bagi orang yang kurus dan tercari-cari formula macam mana nak gemukkan badan. Air nira berkhasiat untuk ianya menambah berat badan atau menggemukkan badan. Ke 7 adalah ia mampu mengatasi sakit perut dimana biasanya faktor yang biasa menjadikan sakit perut merupakan terlambat makan atau kes salah makan ataupun juga sebab perut anda terlalu sensitif. Meskipun ia dipandang ringan akan tetapi sakit yang dirasakan tidak boleh diabaikan. Didakwa dimana air nira mempunyai khasiat yang baik untuk mengubati sakit perut. Ke 8 khasiatnya adalah air tuak akan menghangatkan badan.  Bukan hanya untuk menyegarkan tubuh sahaja didapati dari tuak atau air nira ini sebaliknya ia boleh memanaskan suhu badan. Jika anda terkena virus dilaporkan air ini juga boleh melawan virus yang telah dijangkit dalam tubuh anda. Ke 9 dimana tuak didakwa mampu mencegah osteoposis.  Osteoporosis merupakan penyakit tulang yang telah terjadi disebebkan oleh faktor usia dimana tulang memerlukan zat vitamin yang lebih untuk menjamin kepadatan tulangnya. Oleh itu boleh amalkan meminum air nira ini untuk mencegah osteoporis pada tulang. Ke 10 dimana tuak didakwa akan melancarkan sistem pencernaan. Organ pencernaan merupakan salah satu organ penting yang harus kita jaga kebaikan fungsinya untuk mencegah penyakit seperti radang usus dan lain-lainnya. Air nira memiliki khasiat untuk dapat melancarkan sistem pencernaan yang mampu menjaga kesihatan dalaman tubuh. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMANYA TUAK.... MEMABUKKAN...
TUAK BERAS... ADA TUAK KELAPA....
DIHIDANG TETAMU... MINUM SAKAN...
DIKELANTAN ... SEBENARNYA NIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Zulhijjah 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...