Support My Blog

Sunday, August 15, 2021

TUAK - APA CERITA?

TUAK
merupakan sejenis minuman beralkohol tradisional yang popular dikalangan masyarakat asli atau "bumiputera" kawasan Nusantara di beberapa negara tropika yang lazimnya akan menjadi minuman semasa festival. Di Malaysia tuak ini popular dibeberapa negeri seperti di Srawak, Sabah dan juga di Pantai Timur Malaysia dan ianya agak popular dikalangan beberapa kaum natif di Indonesia. Tuak atau Air Tuak pada asasnya merupakan sejenis minuman yang terhasil daripada proses pemeraman bahan tertentu dimana jenis bahan tersebut adalah bergantung kepada suku kaum pribumi yang menghasilkannya. Bagi masyarakat Kelantan dan Terengganu pula agak berlainan maksudnya kerana perkataan 'tuak' itu merujuk kepada air nira iaitu minuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol. Di Malaysia terdapat tiga jenis tuak yang dihasilkan iaitu Tuak Beras, Tuak Kelapa dan Tuak Nipah.Tuak beras lazimnya diperbuat daripada beras yang disukai oleh kalangan masyarakat kaum Iban dan Dayak di Sarawak dan Kalimantan sejak zaman dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras khas iaitu beras pulut dimana beras tersebut akan direndam bersama air dalam suatu tempayan. Proses "tajau" ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "nasi tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut mereka kini juga akan juga mencampur dengan gula pasir supaya rasanya menjadi lebih manis. Memang ramai kalangan pembaca mungkin sudah tahu dimana biasanya air tuak akan selalu dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan Gawai Dayak, Gawai Hantu, Gawai Burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban dilaporkan memang terdapat juga kalangan masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan. Jenis Tuak Nipah dan Tuak atau Tuak Nira Kelapa pula merupakan sejenis minuman kaum pribumi atau kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dengan cara menyadap mayang pokok kelapa, pokok enau atau pokok nipah. Mayang ini akan sekiranya dibiarkan tua akan menjadi buah. Mayang ini akan dipotong dengan pisau dan kecerunan khas dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan terus dikumpulkan dalam bekas khas sama ada botol plastik atau secara tradisional masih menggunakan bekas buluh. Air ini dikenali sebagai 'air nira' yang boleh terus diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air nira ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa atau tuak nipah ini akan diminum selepas beberapa hari diperam. Biasanya tuak jenis ini akan dihidangkan kepada para tetamu pada hari perayaan tertentu seperti pesta atau majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa atau tuak nipah ini dibiarkan terlalu lama maka ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi 'cuka' secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing. Merujuk kepada pejabat Mufti Negeri Sembilan dalam portal lamanwebnya dinyatakan dimana a
ir tuak beralkohol dihasilkan melalui proses fermentasi (penapaian) beras maka hukum minum tuak adalah haram oleh orang Islam. Ia diqiaskan dengan hukum minum arak kerana kedua-duanya mempunyai kesan yang sama iaitu memang ia  memabukkan.  Artikel subuh Jumaat ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai tuak dan pelbagai certa berkaitan tuak dari laporan beberapa media tempatan untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Media utusanborneo.com dengan berita bertajuk '
Tuak alami inovasi, kreativiti seiring peredaran zaman' agak sesuai dirujuk. Dilaporkan dimana 'Tuak' bukan sekadar ‘minuman keras’ tradisional yang menjadi identiti masyarakat Dayak terutama kaum Iban dan Bidayuh pada musim perayaan seperti Hari Gawai akan tetapi ia juga menjadi pelengkap kepada upacara-upacara tradisional kedua-dua suku kaum itu. Upacara tradisi tidak akan ‘menjadi’ tanpa ‘tuak’ dimana sambutan Hari Gawai tidak akan lengkap tanpa ‘tuak’ atau pun semasa majlis kenduri kaum Iban mahupun Bidayuh tidak akan meriah tanpa adanya ‘tuak’. Ia cukup sinonim bagi kedua-dua suku kaum Dayak itu yang mempunyai budaya dan tradisi hampir serupa meskipun berbeza bahasa dan pakaian tradisional.  Malah ‘tuak’ ini juga turut dihasilkan oleh masyarakat Dayak lain seperti etnik-etnik dalam kaum Orang Ulu. Serba ringkas pembuatannya iaitu  ia dihasilkan daripada beras pulut, ragi dan air gula yang siap dimasak hingga mendidih, menjadikan warnanya keputihan, namun ramai yang memilih untuk memeramkannya terlebih lama sebelum menyimpannya di dalam botol untuk tujuan menjadikan warnanya lebih jernih. Namun itu gaya tradisi. Kini dilaporkan seiring dengan peredaran zaman dimana minuman tradisi dengan rasa asli yang boleh memabukkan jika diminum dengan banyak dan rasa digemari oleh kaum Iban yang sudah mulai mengalami sedikit inovasi dan kreativiti iaitu mempunyai perisa buah dan daun pandan. Tidak terhad dengan rasa asli yang terhasil dari beras pulut, jumlah ragi yang menentukan tahap alkoholnya dan kemanisan yang bergantung kepada jumlah gula, sesetengah pembuat ‘tuak’ menambah ‘perisa’ asli seperti buah pisang dan daun pandan. Ia menjadikan air ‘tuak’ tersebut dikenali sebagai ‘tuak pandan’ dan ‘tuak pisang’. Hari ini dilaporkan pilihan itu semakin bertambah dan berkembang kepada perisa lain iaitu buah nanas, barli, ubi manis yang berwarna ungu, roselle dan teh hijauBagi salah seorang pembuat ‘tuak’ dari Tembawai Tuggung, Lambir, dikenali sebagai Rosa Injan Taja berumur 43 tahun dimana niatnya mahu mempelbagai perisa tuak pada awalnya ialah sebagai minat dan mencuba kelainan, namun pada masa yang sama tetap mengekalkan ciri-ciri tradisi ‘tuak’ tersebut termasuk cara pembuatannya di rumah. Antara yang terawal dia buat ialah ‘tuak pandan.’ Ketika dia mula membuat ‘tuak’ dengan perisa pandan, ia sudah mulai popular di kalangan pembuat ‘tuak’ di rumah-rumah panjang sekitar. Daripada ‘tuak pandan’ dia mencuba kaedah membuat ‘tuak’ berperisa buah iaitu dengan menggunakan buah-buahan asli seperti pisang, buah ubi manis, nanas, barli dan sebagainya tanpa ada sebarang pengawet ataupun perisa tiruan. Tidak seperti air minuman lain dimana ‘tuak’ tidak sesuai menggunakan sebarang perisa tiruan kerana ia boleh menjejaskan rasa ‘tuak’ tersebut serta ciri-ciri aslinya yang lain. Kesemua buah yang saya guna untuk membuat ‘tuak’ dia adalah warna dan rasa aslinya sendiri yang dimasak dengan secukupnya. Dia yang ditemubual wartawan di tapak pesta ‘Gawai Dayak Bazaar’ (GDB) anjuran Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) di pekarangan tempat letak kereta Emart Riam, Miri menjelaskan akan inovasi tuak yang dihasilkan. 

P
ercubaan awal beliau untuk mengisi masa lapang dan hobinya yang sukakan makanan dan minuman tradisi bangsanya (Iban) kini ternyata berjaya, malah mendapat sambutan di kalangan rakan-rakan dan saudara. Kini diatas dorongan ahli keluarga maka dia kemudian telah membuat sedikit kajian terhadap penggunaan buah-buahan yang sesuai dengan sukatan dan tempoh pembuatan yang lebih berpatutan untuk memastikan kualiti dan rasanya tidak terjejas. Dia juga turut mempelbagai cita rasa sekali gus menjadikan hobi serta kemahirannya membuat ‘tuak’ sebagai komersil dan boleh memberi pendapatan pada beliau dan keluarga. Dia kemudian menjual ‘tuak’ ini secara serius dari tahun 2016 dan hari ini ‘tuak’ yang dia buat sudah pun mempunyai lapan perisa sambil menambah jenama ia diberinya (Sila anda lihat foto disebelah). ‘Tuak Tumpa’ adalah sempena nama mendiang datuk beliau yang banyak memberi inspirasi kepadanya. ‘Tuak Tumpa’ yang dipasarkan oleh syarikat miliknya sendiri iaitu Tumpa General Trading kini mempunyai perisa pandan, pisang, nanas, roselle, barli, buah ubi manis, teh hijau dan ‘tuak beras.’ Kesemua ‘tuak’ berperisa berkenaan turut dijual dan dipromosikan di gerainya dalam pesta tersebut.  Diantara yang paling popular di sini ialah ‘tuak roselle’ yang bukan sahaja diminati oleh masyarakat Iban sendiri malahan kalangan pelanggan dari kaum Cina juga amat menggemarinya. Kini dibotolkan dan dibungkus dengan menarik dimana ‘tuak’ jualan Rosa turut menarik perhatian ramai kerana warnanya yang berbeza dan pelbagai serta asli. Dia berterima kasih kepada penganjur GDB iaitu GADS yang sudah menyediakan platform untuk peniaga seperti saya yang mahu memperluaskan jaringan perniagaan. Melalui GDB ini dia mengakui semakin ramai orang mengenali ‘Tuak Tumpa’ dan tidak kurang yang melahirkan rasa terkejut kerana tidak menyangka minuman tradisi itu boleh mempunyai pelbagai perisa. Kebanyakan pelanggan yang datang bukan sahaja penduduk tempatan malah datang dari Sabah, Semenanjung Malaysia dan juga Negara Brunei Darussalam dan di kalangan mereka ini ‘tuak roselle,’ pandan dan ubi manis yang paling popular dan banyak dibeli mereka untuk dibawa balik ke tempat masing-masing. Selain tapak pesta seperti GDB dan yang lain dia juga turut melakukan dan mempromosikan ‘tuak’ pelbagai perisa menerusi media sosial seperti Facebook (yang menggunakan nama Tumpa General Trading) serta laman bual sosial seperti kumpulan WhatsApp. Pada masa akan datang dia merancang untuk mencuba ‘tuak’ berperisa kismis dan buah naga merah. GDB kali keempat dianjurkan di Miri yang turut menjadi platform bagi peniaga masyarakat Dayak menjual pelbagai jenis produk daripada pakaian, kraf tangan, minuman dan makanan yang mempunyai ciri-ciri masyarakat Dayak itu sendiri. Ia juga merupakan pentas untuk mereka melangkah lebih jauh dalam bidang perniagaan dan mencipta jaringan perniagaan masing-masing.

Portal berita Utusan.com dengan berita bertajuk 'Air Tuak jadi lubuk rezeki Mat Yassin' menarik dikupas.  Di Kota Bahru, Kelantan dilaporkan dimana s
etiap kali Ramadan maka Air Tuak Kelantan atau 'air nira' sentiasa dicari untuk dinikmati ketika berbuka puasa dimana ini sekali gus menjadi lubuk rezeki kepada para peniaga minuman tersebut. Diceritakan bagaimana seorang penduduk di Kampung Jaya Setia, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini mampu memperolehi pendapatan mencecah RM4,000 sepanjang sebulan menjual minuman itu (Sila lihat fotoo disebelah)Menurut Mat Yasin yang berusia 50 tahun nyatakan dimana air tuak tersebut dihasilkan dari pokok nipah yang tumbuh semula jadi di kawasan air masin di belakang rumahnya sejak 20 tahun lalu. Proses menghasilkan air tuak dari pokok nipah mengambil masa lama, setandan pokok mampu mengeluarkan sehingga satu liter air sehari. Air tuak itu dicampur sedikit kepingan kayu cengal yang dinamakan ‘laghu’ (laru) untuk mengelak ia cepat masam selain perlu sentiasa disimpan dalam peti sejuk. Dia akan menjual air tuak pada harga RM5 sebotol untuk 500 mililiter manakala satu liter dijual pada harga RM10 sebotol. Lazimnya dalam satu bulan sebelum puasa Mat Yasin sudah membuat simpanan stok air tuak untuk pelanggan yang biasanya akan datang membeli dari rumahnya. Biasanya setiap kali bulan puasa maka air tuaknya mendapat sambutan ramai pelanggan kerana rasanya yang lengkap iaitu ada rasa masin, manis dan sedikit kelat. Tugas menghasilkan air tuak turut dibantu isteri dimana dinyatakan sebelum ini air tuak Mat Yasin turut dihantar ke Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berpunca ari pandemik Covid-19 dan larangan rentas negeri maka tahun 2021 ini minuman tersebut hanya dijual di Kelantan sahaja.

Dalam Harian Metro dengan berita yang bertajuk 'Permintaan berganda air nira kelapa' juga berkait dengan tajuk bagi artikel ini. 
Dilaporkan  dengan ketibaan bulan  Ramadan memberi seribu rahmat dan rezeki tambahan buat peniaga, tidak terkecuali penjual air nira di Terengganu. Disebabkan permintaan tinggi terhadap air nira kelapa membuatkan Mohd Mat Min berumur 62 tahun daripada Kampung Baru Rhu Muda, Marang dilapor mampu menjana pendapatan lebih RM3,000 sepanjang Ramadan (Sila lihat foto disebelah)Mohd atau lebih mesra dipanggil Pok Mad berkata dimana dia menjalankan kegiatan mengambil air nira kelapa sejak 20 tahun lalu dan menerima permintaan berganda setiap kali Ramadan. Biasanya 15 hari sebelum Ramadan, peniaga di seluruh negeri termasuk Pahang dan Kelantan mula membuat tempahan untuk berniaga sepanjang Ramadan. Bagi penggemar tegar, ada datang awal ke rumah untuk membeli air nira dan disimpan sebagai bekalan berbuka puasa. Tiada masalah membeli awal kerana air nira mampu tahan sehingga setahun sekiranya diletakkan di dalam peti ais. Harga air nira tidak menentu, bergantung kepada peniaga dan biasanya ia dijual dengan harga antara RM10 - RM15 untuk 1.5 liter dan RM50 hingga RM60 (10 liter). Dakwanya memang seronok berniaga pada Ramadan kerana permintaan sentiasa ada sehinggakan ada kalanya tidak mampu memenuhi jumlah permintaan semasa.  Kadang-kadang peniaga dan penggemar air nira berebut untuk membeli sehingga saya terpaksa mengehadkan jumlah pembelian setiap pelanggan supaya semua permintaan dapat dipenuhi. Memang tidak mudah mengambil air nira kerana banyak ancaman serangga dan makhluk perosak seperti cicak dan lalat. Jika tidak cermat ketika proses mengambil air nira, cicak boleh masuk ke dalam air nira. Oleh itu, kerja ini perlu dijalankan menggunakan teknik yang betul. Bagi seorang  peniaga dikenali Mamat Abdullah Mat Puteh, 36 tahun dari Kampung Kelulut, Marang dakwa permintaan air nira yang tinggi mendorong ramai peniaga mengambil peluang untuk menjualnya pada Ramadan. Kini bagaimanapun pelanggan perlu berhati-hati supaya tidak tertipu kerana ada kalangan peniaga tidak bertanggungjawab menjual air nira dicampur dengan air. Mereka tidak mementingkan kualiti air nira tetapi kuantiti kerana ingin mendapatkan keuntungan yang lebih.  Menurutnya lagi dimana sifat air nira yang terlalu manis biarpun dicampur air membuatkan beberapa peniaga tidak bertanggungjawab terdorong berbuat demikian.

Penulis blog merujuk beberapa penulisan mencari apakah dia khasiat air tuak kelapa untuk kesihatan. Sebenarnya a
ir nira atau tuak merupakan minuman asli semulajadi yang beralkohol dihasilkan pokok kelapa (Cocos nucifera). Air tuak yang manis rasanya diambil daripada bunga pokok kelapa yang sudah bersedia dipotong dihujung mayangnya. Banyak khasiat kesihatan boleh didapati jika meminum tuak secara teratur. Air Tuak kaya dengan bahan vitamin, vitamin A, asam amino, serat, protein dan masih banyak lagi. Kandungan tersebut dipercayai berkhasiat untuk menyihatkan badan. Antara kebaikan tuak yang telah terbukti ialah seperti pertama iaitu dilaporkan memang mampu mengatasi sembelit. Penyebab utama yang menyebabkan terjadinya sembelit ialah kurangnya serat (fiber) di dalam makanan yang di ambil setiap hari. Serat sangat di perlukan oleh tubuh dan berupaya mengatasi semeblit. Sembelit dapat teratasi dengan cepat serta lancar apabila secara rutin minum air tuak kelapa ini. Kedua khasiatnya adalah didakwa ia adalah mampu menurunkan demam. Minuman ini sangat bermanfaat untuk menurunkan demam pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Demam terjadi kerana berkurangnya sistem kekebalan dalam tubuh. Apabila anda mengalami demam yang sangat tinggi anda dapat minum tuak karena ia dapat menurunkan demam yang tinggi. Ketiga adalah ia juga mampu menyihatkan tulang. Minuman ini bermanfaat untuk  menjaga kesehatan tulang. Tulang sangat memerlukan vitamin untuk menjaga kepadatannya. Seiring dengan kadar bertambahnya usia kepadatan tulang akan semakin menurun. Dengan meminum minuman ini bukan hanya mampu untuk menjaga kesihatan tubuh minuman ini juga sangat berfungsi untuk menjaga kepadatan tulang. Ke 4 adalah tuak menjana Penghasilan Susu Ibu. Minuman ini juga sangat baik apabila di amalkan oleh ibu yang sedang menyusu kerana kandungan zat yang terkandung di dalamnya berupaya untuk mencegah berlakunya perubahan atau oksidasi nutrisi yang sangat di perlukan untuk menghasilkan susu ibu. Apabila terjadi oksidasi maka produksi susu ibu akan berkurangan sehingga didakwa menyebabkan kualiti susu ibu juga akan menurun. Khasiat yang ke 5 adalah ia menyegarkan tubuh. Khasiat air nira yang sangatlah baik iaitu mampu menyegarkan tubuh. Yang dimaksud dengan menyegarkan tubuh, minuman ini sangatlah sesuai sekali apabila diminum pada siang hari selain daripada bulan Ramadhan. Bagi menambah kesegaran bolehlah anda menambahkan ketulan air batu. Ke 6 adalah tuak juga boleh menggemukkan badan. Jika sebelumnya banyak yang telah dicari oleh seseorang untuk melangsingkan badan saja. Tetapi tidak bagi orang yang kurus dan tercari-cari formula macam mana nak gemukkan badan. Air nira berkhasiat untuk ianya menambah berat badan atau menggemukkan badan. Ke 7 adalah ia mampu mengatasi sakit perut dimana biasanya faktor yang biasa menjadikan sakit perut merupakan terlambat makan atau kes salah makan ataupun juga sebab perut anda terlalu sensitif. Meskipun ia dipandang ringan akan tetapi sakit yang dirasakan tidak boleh diabaikan. Didakwa dimana air nira mempunyai khasiat yang baik untuk mengubati sakit perut. Ke 8 khasiatnya adalah air tuak akan menghangatkan badan.  Bukan hanya untuk menyegarkan tubuh sahaja didapati dari tuak atau air nira ini sebaliknya ia boleh memanaskan suhu badan. Jika anda terkena virus dilaporkan air ini juga boleh melawan virus yang telah dijangkit dalam tubuh anda. Ke 9 dimana tuak didakwa mampu mencegah osteoposis.  Osteoporosis merupakan penyakit tulang yang telah terjadi disebebkan oleh faktor usia dimana tulang memerlukan zat vitamin yang lebih untuk menjamin kepadatan tulangnya. Oleh itu boleh amalkan meminum air nira ini untuk mencegah osteoporis pada tulang. Ke 10 dimana tuak didakwa akan melancarkan sistem pencernaan. Organ pencernaan merupakan salah satu organ penting yang harus kita jaga kebaikan fungsinya untuk mencegah penyakit seperti radang usus dan lain-lainnya. Air nira memiliki khasiat untuk dapat melancarkan sistem pencernaan yang mampu menjaga kesihatan dalaman tubuh. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMANYA TUAK.... MEMABUKKAN...
TUAK BERAS... ADA TUAK KELAPA....
DIHIDANG TETAMU... MINUM SAKAN...
DIKELANTAN ... SEBENARNYA NIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...