Support My Blog

Thursday, August 5, 2021

CAPUNG (PEPATUNG) YANG HEBAT

CAPUNG
atau PEPATUNG atau DRAGONFLY merupakan sejenis serangga yang termasuk kedalam kelompok serangga Odonata yang unik dan hebat. Serangga ini sebenarnya sudah hidup sejak zaman purba dan beberapa kali mengalami proses evolusi dimana penulis blog mengenalinya semenjak kecil dikamppong dahulu. Ramai kalangan penduduk desa dan pekebun yang menjumpai capung dewasa hampir disetiap tempat ketika panas matahari dari pagi sehingga petang khususnya di kawasan tropika. Mudah untuk mengenali marfologi badan dan bahagian-bahagian capung ini yang ada berbagai bentuk, saiz, warna, kaki dan ekornya yang unik. Apa yang dilihat pepatung atau capung atau sibur-sibur ini tubuhnya terbahagi kepada Kepala, Badan (Thorax) dan Kaki serta Ekor. Pada saya walau pun capung ini dilihat lucu dan memiliki warna tubuh sangat cantik tetapi dalam habitatnta ia sebenarnya merupakan sejenis predator ganas memakan mangsanya. Serangga Karnivor ini memiliki rahang tajam dan juga mempunyai kelebihan daya penglihatan yang luas hingga 360 darjah keliling. Capung mampu terbang dengan sangat cepat dan mampu bergerak kehadapan, kekiri, kekanan, kebawah, keatas dan paling unik ia boleh bergeraak ke arah belakang juga. Serangga seperti helikopter ini sebenarnya boleh menghalang dan menangkap mangsanya dengan cekap ketika terbang berada diudara. Serangga hebat ini selain dari menjadi pemangsa yang ganas, ia juga merupakan penerbang yang hebat. Capung dapat terbang ke segala arah walau pun lazimnya ia paling senang terbang kesamping. Kemampuan ini tentunya berpunca dari kekuatan oleh otot-otot pada sayap capung yang kuat, bahkan mereka mampu mengubah arah terbang dalam hitungan beberapa saat sahaja. Artikel pada pagi Rabu ini sambil menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 (sebenarnya sukan pada Julai - Ogos 2021) saya menulis dalam blog "Anin Agro Technology" mengenai kehebatan serangga Capung atau Pepatung sebagai bahan rujukkan anda semua.

Kitaran Hudup capung atau pepatung ini sebenarnya memakan jangkamasa yang sangat lama iaitu selama tujuh tahun (7) dimana waktu paling lama dihabiskan pada tahap nimfa (Sila anda lihat foto disebelah). Kehidupan capung ini ada 3 peringkat iaitu peringkat Telur, Nimfa dan Dewasa. Biasanya capung jantan yang siap mengawan akan menguasai suatu kawasan habitatnya dan hebatnya capung jantan memiliki warna tubuh yang sangat 'contrast' dan menjolok mata bertujuan untuk menarik perhatian capung betina. Warna yang kuat dan ketara bagi capung jantan ini membolehkan ia mengawan dengan capung betina. Berbeza dengan serangga lain seperti kupu-kupu dan nyamuk, capung memiliki proses metamorfosis tidak sempurna. Perkara ini disebabkan kerana kitaran hidup capung tidak melalui masa pupa atau pun fasa kepompong. Peringkat Telur merupakan fasa hidup capung yang pertama dimana setelah capung betina mengawan dengan capung jantan maka ia akan mencari tempat khusus untuk meletakan telur-telur mereka. Kebiasaannya tempat yang disukai oleh capung untuk bertelur adalah diatas bahagian permukaan daun yang dekat dengan air. Selain permukaan daun mereka juga akan memilih kawasan yang bersih bebas dari pencemaran. Induk capung betina lazimnya mampu mengeluarkan sekitar 1,000 biji telur. Telur capung ini setelah diletakkan dilokasi selamat akan menetas setelah umurnya 1 - 3 minggu. Lazimnya dilihat dimana telur capung ada yang berbentuk panjang dan bulat. Pada bahagian hujung telurnya terdapat lubang yang berfungsi untuk memasukan sperma dari capung jantan.

Peringkat Nimfa
Capung merupakan fasa kedua dalam kitaran hidupnya.  Nimfa atau 'instar nimfa' merupakan peringkat setelah telur capung menetas kemudian menjadi larva. Dalam proses ini lazimnya larva capung hidup di dalam air dan bernafas menggunakan insang internal (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun larva capung tetap dapat bernafas di daratan selama berjam-jam lamanya. Pada peringkat ini larva capung hidup sebagai haiwan jenis karnivor yang ganas dimana mereka memangsa haiwan lain dalam habitatnya seperti berudu, anak ikan dan sesama nimfanya nya untuk bertahan hidup. Kajian mendapati dimana sebelum larva ini menjadi capung dewasa, larva tersebut akan mengalami beberapa kali proses pergantian kulit sebanyak 8-12 kali. Bergantung kepada spesis capung dimana jumlah salin kulit ini berlainan jumlahnya akan tetapi saintis mendapati kitaran hidup diperingkat nimfa ini berlangsung selam 4 tahun lamanya. jangkamasa lama ini menjadikan jangkahayat capung memang lama terutama peringkat nimfa. Pembaca blog mungkin tidak menyadari akan kehadiran nimfa ini didalam air kecuali membuat pemerhatian sendiri secara saintifik. Ini kerana saiznya halus dan hanya dijumpai dihabitat yang mereka diami sahaja.

Peringkat Capung Dewasa
merupakan peringkat yang mana manusia dapat melihat akan kehebatan serangga ini. Capung Dewasa merupakan puncak fasa kehidupan capung apabila akhirnya larva bertukar dengan proses pergantian kulit terakhir dan munculnya sepasang sayap. Pada proses ini capung akan berusaha untuk melepaskan diri dari kulit nimfa dan ianya kemudian akan dapat terbang keluar dari permukaan air dengan merangkak melalui bantuan dahan dan daun-daun untuk keluar kedaratan. Pada peringkat ini biasanya capung muda meskipun sudah memiliki sayap namun tubuhnya masih lemah dan belum terbentuk anggota sempurna dan warna tubuhnya masih belum merata. Biasanya dapat dilihat hanya bahagian anggota dalam kepala capung muda sahaja. Dalam beberapa waktu kemuidan badan dan anggota capung mulai sempurna dan tidak lembik serta mula mengeras semuanya. Apabila semyanya sesuai barulah capung menjadi dewasa dan boleh terbang bebas diudara. Dilaporkan dimana capung dewasa dapat hidup dengan jangkahayat maksima selama empat bulan lamanya bergantung kepada spesis. Capung Jarum pada penulis blog merupakan spesis yang sangat menarik dengan bentuknya yag halus dan warna menarik selain daripada cara pergerakannya yang hebat dan unik (Sila lihat foto disebelah). Capung dewasa sebelum akhir hayatnya sama ada capung jantan atau capung betina akan mengawan untuk kitaran hidup seterusnya. Capung dewasa adalah paling penting dalam kitaran hidupnya. Capung tidak merugikan bagi manusia kerana ia sejenis serangga yang berfaedah dan ada menggelarkannya sebagai 'Doktor Udara'. Capung juga merupakan salah serangga predator memangsa serannga kecil yang terbang lain dihabitatnya seperti nyamuk, helopeltis, hama, fruitfly dan sebagainya sebagai makanannya. Dalam kebun pertanian kehadiran capung mengurangkan populasi serangga perosak. Keberadaan capung sangat penting untuk menjaga keseimbangan ekosistem. Bagaimana pun penulis blog dapati populasi capung semakin sedikit kerana capung tidak mampu bertahan hidup pada lingkungan yang sudah banyak tercemar seperti penggunaan pelbagai racun kimia, pencemaran udara, pencemaran air untuk bertelur atau nimfa hidup dan sebagainya. Kajian mengenai menggunakan capung sebagai serangga yang mekan nyamuk aedes telah dilakukan dikawasan pinggir bandar dilaporkan berkesan mengurangkan kes-kes serangan penyakit denggi berdarah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!...
NAMA CAPUNG... PEPATUNG SAMA....
HEBATNYA ... JANGKA-HAYAT LAMA...
3 FASA HUDUP... TELUR KE DEWASA...
SERANGGA BEGUNA... DOKTOR UDARA...

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...