Support My Blog

Showing posts with label TEKNOLOGI TANAM UBI KAYU. Show all posts
Showing posts with label TEKNOLOGI TANAM UBI KAYU. Show all posts

Sunday, June 5, 2022

TEKNOLOGI TANAM UBI KAYU (Part 4)

TANAMAN UBI KAYU
(Manihot esculenta Crantz) atau pun ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu di Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya adalah dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubi kayu adalah seluas 2,832 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 604 hektar menghasilkan 12,619 metrik tan pada tahun 2021 diikuti dengan Negeri Sarawak (754 hektar menghasilkan 8,251 mt) dan Negeri Selangor (480 hektar menghasilkan 7,395 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaedah penanaman ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dalam pada itu ada jenis perosak dari jenis serangga dan hamama boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada tanaman ubi kayu terutamanya pada musim kering dan cuaca panas, kehilangan daun-daun dan pucuk akan berlaku. Namun demikian pokok akan pulih semula tanpa penggunaan racun perosak. Ubi kayu ialah tanaman berkayu/keras dan tidak mudah dirosakkan oleh perosak. Koyakoya, hama dan tikus merupakan perosak yang biasa menyerang ubi kayu. Perosak Koya (Mealy bugs) akan menyerang tanaman ubi kayu. Serangga betina dewasa berbadan lembut bersegmen, tanpa sayap, panjangnya 2.5mm dan diselaputi filamen putih berlilin. Kitaran hidupnya dari peringkat telur hingga dewasa mengambil masa 6 minggu. Simtom kerosakan Daun dan pucuk berubah bentuk dan berwarna kuning disebabkan oleh serangan serangga ini. Ianya merembes cecair manis yang menggalakkan kulat berjelaga yang mengakibatkan kehitaman pada daun, batang dan buah. Terdapat juga Hamama (Mites) dewasa dimana ia sangat kecil yang berwarna kehijauan hingga kekuningan atau kemerahan bergantung kepada jenis spesies ( Gambar 20 ). Ianya kelihatan seperti titik yang bergerak. Semasa hujan lebat berlaku mungkin keseluruhan peringkat hidup hamama ini dilarikan oleh air hujan berkenaan. Simtom kerosakan Hamama menyerang dengan menghisap cecair pada pucuk, daun muda dan batang yang masih muda. Jika serangan teruk, daun muda akan cacat, daun tua akan layu dan gugur . pucuk juga berkemungkinan akan mati. Permukaan batang menjadi berparut. Serangan hamama ini biasanya berlaku dalam keadaan kemarau yang berpanjangan.

Perosak yang ada menyerang ubi kayu termasuk Lalat Putih (Whitefly) dimana organ kepak dan badan serangga dewasa berwarna putih dan bersaiz 0.5 - 0.8mm panjang (Sila lihat foto disebelah). Badannya dilihat berwarna seakan putih kekuning-kuningan dilitupi dengan serbuk (bedak) putih berlilin. Simptom kerosakan Serangga dewasa serta nimfa menghisap cecair dari daun dan mengeluarkan sisa buangan”madu rembesen” yang mana ia  menyebabkan pertumbuhan kulapuk hitam. Serangan lalat ini biasanya tidak menimbulkan kerosakan yang jelas tetapi jika populasinya agak tinggi pembesaran pokok akan terbantut. Dalam pada itu terdapat perosak Teritip (Scale insect) dimana serangga dewasa dan nimfa melekat serta menghisap cecair dari bahagian batang atau daun ubi kayu. Keadaan ini menyebabkan pokok kelihatan pudar dan diselaputi kulapuk hitam dimana kemudian daunnya akan menjadi kering dan layu dan akhirnya pokok ubikayu akan mati. Agak pelik kerana berlaku serangan oleh Tikus (Rat) pada umbisi yang telah matang didalam tanah. Uniknya dimana kadang-kadang tikus juga memakan dan merosakan ubi-ubi yang terkeluar dari permukaan tanah dan boleh mengorek juga. Haiwan tikus boleh diracun dengan umpan yang mengandungi warfarin dan pastikan kawasan ladang adalah sentiasa bersih untuk mengurangkan tempat tikus bersembunyi. Bagaimana pun lazimnya serangan perosak pada tanaman ubi kayu selalunya kurang menjejaskan hasil. 

Aspek penuaian (harvesting) ubi kayu merupakan kerja memerlukan kemahiran dan pengendalian lepas tuai yang baik. Pembentukan ubi mula berlaku selepas 2 bulan keratan ditanam. Tempoh matang ubi kayu bergantung kepada jenis varieti yang ditanam seperti didalam segmen dalam Part 1 dan Part 2 sebelum ini. Pada amnya ubi kayu boleh dituai hasil ubinya dari 9 - 24 bulan selepas ditanam. Perkara ini adalah bergantung kepada jenis varieti, keadaan cuaca dan juga keadaan tanah. Ada juga varieti yang boleh dituai ketika mencapai umur 6 - 7 bulan selepas ditanam. Sebelum kerja-kerja menggali ubi dilakukan pokok-pokok ubi kayu hendaklah dipotong dan tinggalkan lebih-kurang 1 kaki dari permukaan tanah untuk memudahkan kerja menggali. Alat Menuai atau fork yang mempunyai tiga mata boleh digunakan untuk kerja-kerja menggali. Kerja-kerja penuaian boleh juga dilakukan dengan menggunakan jentera akan tetapi penanaman dimana menggunakan batas hendaklah diamalkan. Teknik penuaian menggunakan jentera juga menghadapi masalah kerana ubinya kadang-kadang menjalar jauh dan juga ubi masuk jauh kedalam tanah. Walaupun kerja penuaian dapat dipercepatkan tetapi kerosakan pada ubi boleh mencapai sampai 20%.
Ubi segar yang telah dituai hanya boleh tahan dalam masa lebih-kurang 48 jam sahaja. Menurut kajian saintis dimana cara penyaduran ubi dengan ”fungicidal wax” didapati dapat memanjangkan jangka hayat penyimpanan sehingga 16 hari dan penyimpanan di tempat sejuk (0 - 2 elcius) iaitu dengan kelembapan udara relatif 85 - 90 % didakwa ia boleh juga meningkatkan hayat penyimpanan sehingga 6.5 bulan. Kerja-kerja penuaian tidak dapat dilakukan sekali gus kerana ubi segar cepat rosak. Sebaiknya kuantiti yang dituai bergantung kepada keperluan pasaran. Di kebun ubi kayu komersil yang dijaga dengan baik bagi jenis ubi pahit boleh menghasilkan ubi segar sebanyak 30 - 40 mt/ha. Untuk jenis ubi kayu manis yang boleh dimakan pula biasanya hasil ubi segar ialah kira-kira 20.0-30.0 mt/ha sahaja. Faktor utama yang akan ianya mempengaruhi penghasilan ubi ialah kesuburan tanah, jenis tanah, operasi kultura, jenis varieti yang ditanam, penjagaan pokok, penggunaan baja, umur pokok, jarak penanaman, keadaan cuaca dan kekerapan penanaman pada satu-satu kawasan.  
Artikel ini ditulis didalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
UBI KAYU... CASSAVA ATAU TAPIOCA....
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA....
DIREBUS EMPUK.. CICAH SAMBAL SAJA...
TINGGI KABOHIDERAT... ENAK RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1443H).

Saturday, June 4, 2022

TEKNOLOGI TANAM UBI KAYU (Part 3)

TANAMAN UBI KAYU
(Manihot esculenta Crantz) atau pun ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu di Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubi kayu adalah seluas 2,832 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 604 hektar menghasilkan 12,619 metrik tan pada tahun 2021 diikuti dengan Negeri Sarawak (754 hektar menghasilkan 8,251 mt) dan Negeri Selangor (480 hektar menghasilkan 7,395 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel dan kanji. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaedah penanaman ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Penyediaan bahan tanaman ubi kayu diambil dari keratan iaitu dari bahagian batang yang telah cukup matang iaitu bahagian tengah batang. Bahagian batang yang muda tidak sesuai dijadikan bahan tanaman kerana ianya mudah kering. Jika ianya diperlukan juga kerana kekurangan bahan tanaman maka hendaklah ditanam terlebih dahulu di tapak semaian untuk tujuan pengakaran. Bahagian pangkal batang perlu dielakkan kerana bahagian ini selalu diserang oleh mosaik virus. Keratan hendaklah diperolehi dari pokok-pokok yang bebas penyakit. Keratan berukuran lebih kurang 30cm perlu disediakan apabila kerja-kerja penanaman akan dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Selalunya untuk penyediaan anak benih 30cm bahagian pangkal dan hujung atau bahagian batang yang masih hijau perlulah dibuang. Dengan itu sebatang pokok ubi kayu dapat memberikan 4-5 keratan iaitu untuk pokok yang berumur 6-8 bulan selepas ditanam. Jumlah batang pokok ubi kayu yang diperlukan sebagai bahan tanaman untuk kawasan seluas satu hektar ialah lebih kurang 2,000 batang. Sementara sebanyak 9 - 10 keratan boleh diperolehi dari sebatang pokok ubi kayu yang berumur 10-12 bulan. Kerja menanam ubi kayu perlu disesuaikan dan dilakukan dengan jadual pemasaran. Perlu ingat dimana jika kawasan penanaman adalah lembab dan menakung air ianya akan menyebabkan benih keratan ubi menjadi rosak atau buruk dan sebaiknya dibuat perparitan sempurna dahulu. Keratan akan mula tumbuh lebih-kurang seminggu selepas penanaman. Kerja-kerja penggantian (menyulam) keratan yang tidak tumbuh boleh dilakukan dalam bulan yang pertama. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 1.0m X 1.0m dan jumlah keratan yang diperlukan untuk satu hektar ialah 10,000 keratan. Penanaman boleh dilakukan dengan 2 teknik iaitu Teknik Tanam Condong (Slanting) atau Teknik Tanam Baring (Horizontal). Kebanyakan petani kecil mengamalkan penanaman cara condong dimana benih keratan ditanam dengan membiarkan lebih kurang 10 cm batang di atas permukaan tanah. Kecondongan yang boleh dipraktikan ialah 40 - 45 darjah. Bagi teknik baring dimana cara ini adalah sesuai untuk kawasan yang kurang menerima hujan atau tanah yang mudah kering. Untuk tanah yang sering basah mungkin akan menyebabkan keratan mudah rosak atau buruk. Jika penanaman menggunakan jentera diamalkan adalah disyorkan teknik tanaman baeing sahaja.

Amalan agronomi yang penting dalam penanaman ubi kayu adalah pembajaan dan kawalan penyakit dan perosak. Memang semua pembaca haru tahu dimana tanaman u
bi kayu memerlukan makanan yang banyak. Oleh itu baja yang sewajarnya perlu diberikan dimana selalunya penggunaan baja lengkap atau Baja Sebatian (12:12:17:2 ) dengan kadar 450kg - 700kg/ha boleh digunakan. Pembajaan secara tabur ubi kayu tidak begitu digalakan kerana ini akan memudahkan rumput rumpai mengambil nutrien berkenaan. Pembajaan juga boleh petani dilakukan semasa penanaman dan pembajaan kali ke-2 diman aia juga boleh dilakukan pada ketika umur pokok 2 bulan selepas ditanam. Semasa kerja penyediaan tanah pada masa peringkat awal yang teratur dikatakan dapat mengawal rumput dengan baik. Pengawalan rumpai perlu dilakukan dalam masa tiga bulan yang pertama. Selepas pokok tumbuh dengan agak rimbun dan subur secara tidak langsung pertumbuhan rumput-rumpai dapat dikawal. Kawalan rumput-rumpai pada tiga bulan yang pertama ini boleh dilakukan secara manual atau dengan cara penggunaan racun herba. Pengawalan rumput secara manual ialah samaada menggunakan tajak atau cangkul. Kerja-kerja merumput menggunakan kaedah ini boleh dilakukan ketika pokok berumur 25 -30 hari selepas ditanam dan merumput kali yang kedua boleh dilakukan pada ketika umur pokok dua bulan. Penggunaan racun pra-cambah seperti Diuron (Kadar 1.6kg a.i./ha ) boleh juga digunakan untuk tujuan mengawal pertumbuhan rumput. Penyemburan ini sebaiknya sesuai dilakukan sebelum atau sejurus selepas penanaman. Jika penggunaan racun ini tidak begitu berkesan kerja merumput perlu dilakukan pada bulan yang ke-2 atau ke-3. Racun rumput pra-cambah seperti seperti jenis racun Atrazine dan Alachlor memang boleh juga digunakan.

Penanaman ubi kayu juga tidak terlepas daripada serangan penyakit dan perosak. Terdapat beberapa jenis penyakit yang penting menyerang tanaman ubi kayu dimana antara yang sering berlaku adalah serangan Penyakit Antraknos. Ianya disebabkan oleh kulat dikenali sebagai Colletotrichum gloeosporioides f.sp. manihotis. Kulat ini menyebabkan bintik-bintik dan hawar pada daun ianya juga menyebabkan kematian pada batang muda dan kanker pada batang-batang tua. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Carbendazim atau Chlorothalonil jika berlaku serangan teruk. Disamping itu juga ada penyakit “Velvet blight” yang disebabkan oleh kulat Septobasidium sp. Kulat ini mengeluarkan lapisan kelabu pada batang ubi kayu dimana sebenarnya kulat ini mempunyai hubungan simbiosis dengan teritip (Scale insects). Teritip akan menghisap tisu batang dan kulat pula tumbuh di atasnya dan mengekstrak nutrient daripada teritip, dan pada masa yang sama menjadi pelindung kepada teritip. Sekiranya jangkitan sangat teruk dari teritip dan kulat, batang akan menjadi kering dan reput. Sebagai langkah kawalan, bahagian yang dijangkiti kulat hendaklah dikikis dan pastikan ianya tidak jatuh ke tanah. Untuk kawalan teritip pula, penggunaan “White oil” (Albolinuem) adalah disyorkan. Apa pun ramai petani kecil yang mengabaikan kawalan penyakit yang terdapat pada pokok ubi kayu kerana mereka tidak menanam secara komersil dan bercampur dengan tanaman lain. 
Artikel ini ditulis didalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info yang berguna untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
UBI KAYU... CASSAVA ATAU TAPIOCA....
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA....
DIREBUS EMPUK.. CICAH SAMBAL SAJA...
TINGGI KABOHIDERAT... ENAK RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1443H).

Friday, June 3, 2022

TEKNOLOGI TANAM UBI KAYU (Part 2)

TANAMAN UBI KAYU
(Manihot esculenta Crantz) atau pun ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu di Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubi kayu adalah seluas 2,832 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 604 hektar menghasilkan 12,619 metrik tan pada tahun 2021 diikuti dengan Negeri Sarawak (754 hektar menghasilkan 8,251 mt) dan Negeri Selangor (480 hektar menghasilkan 7,395 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaedah penanaman ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Beberapa jenis ubi pahit terus ditanam di Malaysia kerana lazimnya jenis 
ini ditanam untuk pengeluaran kanji dan juga untuk dijadikan makanan ternakan. Varieti jenis pahit pada kebiasaanya mempunyai tangkai daun berwarna kuning atau hijau. Diantara varietivarieti jenis pahit ialah Black Twig, Perintis, MM 92 dan lain-lain. Penulis blog dapati dimana pada kebiasaanya jenis pahit mencapai kematangan sekitar 12 - 18 bulan selepas ditanam. Namun begitu Varieti MM92 boleh mula dituai ketika umurnya mencapai 6 bulan. Varieti jenis pahit tidak mudah rosak jika penuaian lambat dilakukan. Hanya kandungan serat mungkin tinggi. Varieti-varieti yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam oleh petani ialah MM92 dimana antara ciri varieti ini adalah ia mempunyai tabiat bercabang sekali sahaja. Biasanya varieti ini mempunyai warna batang tua iaitu perang muda dengan bekas tangkai daun berwarna kemerahan. Jika dilihat pada bahagian pucuk muda ia berwarna hijau muda keperangan dengan ketinggian pokok diantara 1.5 - 3.0 meter dari paras tanah. Bentuk cuping daun adalah lebar dan obovate dengan ada 7 bilangan cuping daunnya. Dilihat dari warna daunnya adalah hijau akan tetapi varieti ini mempunyai warna gangang daun yang hampir semuanya merah. Jika diperiksa kulit pada ubi selalunya ia licin sehingga sedikit kasar dimana kulitnya berwarna perang muda dengan isinya berwarna krim (creamy white). Tanaman ubi kayu ini mempunyai jangkamasa kematangan bagi varieti MM92 adalah selama 6 - 12 bulan dimana potensi hasilnya adalah tinggi diantara 30 - 40 metrik tan sehektar. Dimakmal kajian mendapati kadar kandungan kanji adalah sebanyak 80.1% daripada berat kering. Kebanyakan varieti ini adalah ditanam untuk diproses bagi menghasilkan kanji.

Jenis ubi pahit yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian dikenali sebagai Varieti Perintis (ini varieti lama juga). Antara ciri ubi ini dimana selalunya ia akan boleh bercabang sekali sahaja. Batang ubi yang matang dilihat mempunyai warna putih kekelabuan dan uniknya mempunyai warna pucuk muda keunguan (Sila lihat foto disebelah). Mempunyai daun yang berbentuk cuping kecil panjang, obovate dengan bilangannya diantara 5 - 7 cuping. Apabila diteliti semua daunnya adalah berwarna hijau dengan warna ganggang daun selalunya berwarna hijau kemerahan. Penuaian ubi Perintis ini boleh dilakukan selepas 10 - 12 bulan ditanam. Potensi hasilnya dilaporkan diantara 30 - 40 metrik tan sehektar dengan sesuai untuk dijadikan produk kanji setelah melalui proses dikilang. Dilaporkan dimana varieti ubi ini mempunyai kulit ubi yang kasar dengan warna perang muda dan warna isinya adalah putih kekuningan. Kajian makmal mendapati kadar kandungan kanjinya adalah sebanyak 78.4% daripada berat kering. Dari sisi lain varieti ini dilaporkan semakin kurang ditanam oleh pekebun kecil kerana harga jualan adalah agak rendah berbanding dengan harga yang ditawarkan kepada jenis ubi manis. 

Keadaan suhu yang optima untuk tujuan penanaman ubi kayu ialah antara 25 - 29 Celcius dengan altitiud penanaman ialah dari 30N- 30S (kawasan tropika) dimana ianya juga tidak tahan terhadap keadaan bersalji dan mesti terhindar dari keadaan bersalji selama 300 hari. Pertumbuhan ubi kayu akan terbantut sekiranya keadaan  suhu kurang dari 10 Celcius dan hasil ubi segar akan berkurangan apabila keadaan suhu melebihi 29 Celcius. Ianya tidak sesuai ditanam di kawasan yang berada pada paras ketinggian melebihi 1,000m dari paras laut. Jika ketinggian melebihi tahap ini kesannya adalah kadar pertumbuhan pokok akan menjadi lambat dan hasil ubi segar akan berkurangan. Taburan hujan yang serata dengan kadar 100 -150 cm setahun adalah sesuai untuk pertumbuhan ubi kayu. Penulis blog dapati dimana walau bagaimana pun untuk kawasan yang menerima hujan melebihi 250 cm setahun ianya masih boleh ditanami dengan ubi kayu dengan syarat iaitu sistem peparitan hendaklah dalam keadaan baik. Bagi kawasan yang menerima hujan tahunan kurang dari 50 cm pula pastikan ada sumber air mencukupi di kawasan berkenaan. Walau pun ubi kayu selalunya tahan keadaan kemarau, namun peringkat awal pertumbuhan keratan semasa penanaman ia memang amat memerlukan air. 
Penyediaan tanah hendaklah dibuat supaya jadual penanaman dapat dilakukan pada musim hujan. Tapak tanaman hendaklah dibajak dan putar. Pastikan agar penanaman ubi kayu sebaiknya ditanam di atas batas terutamanya tanah mineral (Sila lihat foto disebelah). Adal juga kalangan petani yang menanam tanpa batas untuk tanah yang gembur seperti tanah gambut yang telah terurai. Bagaimana pun yang penting di tanah gambut adalah pastikan paras air tanahnya hendaklah dikawal 30 - 60 cm daripada permukaan tanah. Penanaman tanpa batas untuk  jenis tanah mineral dapat dilakukan namun kerja-kerja penuaian sukar dilakukan sebelum berjaya memghasilkan umbisi. Ada kalangan petani yang mana walau pun sebelum penanaman tanah telah dibajak akan tetapi apabila berlaku hujan lebat yang kerap dan panas kesannya dimana tanah menjadi padat. Disamping itu ubi mudah reput sekira tempoh kematangan ubi berlaku pada musim hujan. Penggunaan struktur batas-batas berukuran 60 cm lebar dan 20cm tinggi membolehkan proses pembesaran ubi yang cepat serta memudahkan kerja-kerja seperti memunggut hasil serta kerja pengawalan rumpai dan sebagainya. Artikel ini ditulis didalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info baru berguna untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
UBI KAYU... CASSAVA ATAU TAPIOCA....
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA....
DIREBUS EMPUK.. CICAH SAMBAL SAJA...
TINGGI KABOHIDERAT... ENAK RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...