Support My Blog

Monday, July 1, 2024

POKOK RESAM DAN FAKTA MENARIK

POKOK RESAM
(Dicranopteris linearis) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan rumpai dari keluarga Gleicheniaceae dn ia adalah tumbuhan invasif yang banyak tumbuh di negara kita. Tumbuhan ini hidup subur terutama dikawasan yang lembab dengan sedikit naungan bersama-sama dengan rumpai lain yang cepat membiak. Bagaimana pun resam ini amat gemar dengan kawasan tanah ditepi jalan yang dipotong dan mendapat sinaran matahari banyak. bagi penulis blog yang memang sudah kenal akan tumbuhan resam kerana memang banyak terdapat di kampong terutama dikawasan tepi parit sepanjang kebun getah dan kelapa sawit sepanjang jalan kekebun. Resam tumbuh secara berkumpulan atau ianya memanjat kepada tumbuhan lain untuk persaingan dalam mendapatkan cahaya matahari dan ruang. Resam merupakan jenis tumbuhan pakis yang telah ujud lama dari zaman dahulu. Marfologi tumbuhan resam mempunyai RIZOM yang mana akan mengeluarkan batangnya pada ruas yang akan naik keatas. Pokok Resam adalah kategori Pakis (Fern) yang primitif dan mempunyai daun bersilang berwarna hijau dalam satu pelepah (Frond). Lihat foto sebelah dimana setiap pelepah mempunyai daun hijau berbentuk bujur depanjang 3 - 7 cm panjang dimana panjang pelepah diantara 10 - 20 cm bergantung kepada umur pokok dan habitat. Beberapa rujukkan menyatakan ada pokok resam yang setinggi sehingga 7 meter (20 kaki) dengan tumbuh menumpang kepada pokok lain. Kemampuan batang dan daun resam yang bersilang dan padat menyebabkan ia mampu menghalang pertumbuhan pokok lain dikawasan dimana ia tumbuh dalam keadaan yang sangat padat. Lebih dahsyat lagi apabila kita tidak dapat melalui kawasan kelompok dimana terdapat pokok resam yang padat. Pokok ini mampu tumbuh dilokasi yang ada cahaya matahari di kawasan hutan atau belukar di negara kita. Kalau kawasan resam ini dikawasan tanah gambut pula, saya juga takut untuk melaluinya kerana mungkin ada haiwan bayaka seperti ular dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis mengenai tumbuhan pokok resam dalam ''Anim Agro Technology'' yang mempunyai beberapa fakta manarik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Pada penulis bog dimana a
pa yang 'kurang menarik' dan fakta mengenai rumput jenis resam adalah kerana ia tidak boleh dimakan untuk dijadikan sayuran atau ulam seperti jenis Pokok Paku Pakis yang lain. Bayangkan kalau pucuk dan daun resam itu sedap jika boleh ia dimakan memang puaslah orang Malaysia dapat makan kerana ia mudah tumbuh dan banyak boleh didapati disekeliling kawasan lapang. Struktur dan tekstur daun dan batangnya yang agak keras mengeluarkan bau atau 'aroma' tidak enak apabila di ramas dimana ujud bau kuat dimana ramai yang tidak mahu untuk memakannya. Bagaimana pun pucuk resam yang berbentuk bulat melentur adalah lembut dan cantik bentuknya seakan pucuk pakis gajah yang enak dimakan. Mungkin akan ada kajian khusus mengenai apakah dia dan bagaimana untuk menggunakan pucuk resam untuk dijadikan makanan berkhasiat dalam bentuk proses dan sebagainya. Pucuk rumput resam akan berkembang dan menghasilkan daun baru terutama semasa musim hujan. Kaedah untuk menghapuskan resam adalah dengan cara menebas pokok tersebut atau pun kemudian ia disembur demham jenis racun rumpai sistemik dan kemudian dibakar dan dibajak tanah jika kita hendak majukan kawasan yang ada rimbuhan resam tersebut dengan aktiviti pertanian. Saki baki pokok resam perlu dibakar untuk menghapuskan spora-spora dan rizom sehingga tanah boleh digunakan untuk bercucuk tanam setelah ia menjadi gembur. Bagaimana pun selalunya kaedah kawalan pokok resam perlu dijalankan secara berterusan didalam menjadikan yang di kawasan kebun akan bebas dari pokok resam yang merupakan tumbuhan yang invasif serta sukar dikawal jika ia sudah merebak luas. Cara mengawal resam perlu dilakukan kerana ia bersaing dengan tanaman sayuran dan buah-buahan dalam mengguna ruang, makanan dan juga menjadi perumah kepada serangga perosak dan patogen. Sifat pokok resam seakan menyamai lalang dimana apabila ia sudah 'established' disuatu kawasan perlukan ilmu dan cara yang tepat untuk proses mengawalnya. 


Penulis blog merujuk kepada kompas.com dengan fakta bertajuk 'Kopiah dari resam, produk asal Bangka' yang menarik dikongsikan. Menarik dimana u
saha atau pun kerajinan topi atau kopiah resam Ermi Belit di Desa Belit, Kecamatan Kelapa, Bangka Barat, Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia yang telah berjalan selama 20 tahun. Usaha ini mampu bertahan walau pun ada isu pamdemik Covid-19 do sini apabila ramai kalangan usahawan lokal lebih konsisten dan sabar dalam usaha mnereka menghasilkan bahan dari resam ini. Kemudian melalui kegiatan promosi di media sosial dan berbagai usaha pameran kini dilaporkan produk dari resam dengan nama 'Ermi Belit' sduah pun semakin terkenal luas oleh masyarakatliar. Produk jenama 'Ermi Belit' iddakwa ia berasal dari nama 'Ermi' sebagai pengusaha dan 'Belit' yang merujuk pada Desa Belit dimana usaha ini dimulakan. Produk ini yang dilihat halus dan kasarnya adalah ia  bergantung kepada bagaimana bahan asas membuat tpi ini dan ketelitin pengusha menganyam produk tersebut (Sila anda lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana produk anyman topi atau pun ia juga di panggil sebagai 'kopiah resam' selalunya akan ia menggunakan bahan asas utama dari tanaman pokok resam. Tanaman resam ini merupakan jenis tumbuhan paku pakis liar yang biasanya tumbuh di belukar atau tei hutan ataupun ada dikawan lembah kawasan perbukitan. Ciri tanaman ini dimana ia mempunyai jenis daun yang menirus dan berjajar dengan dua dengan batang atau tangkai kecil yang bercabangan. Apa pun diteliti dimana batang resam yang digunakan untuk bahan asas dimana batang yang sudah tua berwarna cokelt ataupun cokelt kehitaman. Serat bahagian dalam batang lembut dan ia juga mudah untuk dilenturkan sehingga mudah dibentuk semasa mengamyam menjadi kopiah atau topi. Pengusaha produk ini akan menjalankan aktiviti mereka dengan saling berkolaborasi diantara kalangan kaki membuay anyaman dan mereka yang terlibat dengan aktiviti pemasaran atau jualan.  Apa pun nilai dan kualiti kopiah yang dihasilkan mestikan sangat kemas mengikut piawaian yang di kawal. Dilaporkan di kalwngan Kpulauan Riau khususnya dikalangan masyarakat Melayu Bangka sendiri sudah pun mereka mengenali kopiah resam sebagai budaya asli yang merupakan sebahagian pakaian khas semasa ada majlsi rasmi adat istiadat Melayu.  Pembuatan kopiah resam selalunya dimulakan dengan proses pengambilan tanaman resam dari hutan dan kemudian dipisahkan serat resam dari batangnya dengan diserut sesuai keperluan dari serat halus maupun serat kasar. Pengusaha hanya perlu masa selama tiga hari untuk merendam serat resam di dalam air. Kemudian ia mesti dikeringkan dan ia akan dihaluskan menggunakan alat penarik dari tutup tin susu. Proses penganyaman baru boleh ia dimulakan setelah proses-proses persiapan bahan menganyam ini selesai. Ermi Belit dilaporkna masih kekal bertahan hingga zaman ini oleh masyarakat lokal sebagai produk kebangaan mereka. Apa pun dilaporkan dimana di Kepulauan Bangka Belitung sendiri dimana usaha kerajinan kraf dari resam banyak dilakukan oleh kalanga masyarakat Bangka. Kerajinan dari pokok resam umumnya dilakukan dalam skala kecil-kecilan rumah tangga. Ada dakwaan dimana produk kopiah resam dari Pulau bangka ini didakwa paling halus kualitinya. Terdapay banyak saiz dan ukuran topi atau kopiah resam yang sesuai dijadikan pakaian bikepala bila-bila masa sahaja. Penulis blog baru sekali dapat melihat bagaimana kopian resam ini semasa mereka ada mempuat kunjung  hurmat ke Johor Bahru dalam program mesyuarat kerjasama BIMP-EAGA lama dahulu. 


Di Malaysia pula akhbar tempatan hmetro.com laporkan fakta dimana '
'Sentuhan emas dari kayu resam" sesua dikongsikan. Menurut kenyataan oleh Ketua Jabatan Kaligrafi Yayasan Restu, Mohd Zulfikri yang melakukan kerja penulisan khat di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam dimana pokok kayu resam yang tumbuh meliar dalam hutan di negara ini adalah kalam utama untuk penulisan kaligrafi ayat al-Quran. Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Jabatan Kaligrafi Yayasan Restu trsebut yang juga penulis al-Quran di yayasan berkenaan sejak 19 tahun lalu. Dilaporkan diantara k kelebihan kayu resam ini adalah ia mampu memberikan 'sentuhan emas' yang menghasilkan tulisan khat al-Quran sangat cantik, halus dan unik. Setiap kayu ini dipotong sepanjang 15 sentimeter (cm) untuk dijadikan pensel khat, dengan bahagian hujungnya dibentukkan mata pena khat (mata serong). Apa pun kayu akan dicelup dengan dakwat hitam akrilik yang diimport dari Jerman untuk menulis setiap perkataan khat di atas kertas muqahar (kertas khas untuk tulisan khat). Bagi peringkat pertama, lakaran akan dibuat bagi menghasilkan al-Quran. DIlaporkan juga kertas muqahar adalah kertas tradisi yang digunakan sejak zaman Uthmaniah dimana walaupun kini ramai penulis menggunakan pen khat besi akan tetapi di Yayasan Restu masih mengekalkan kaedah penulisan tradisional iaitu tulisan tangan menggunakan kayu pokok resam kerana hasil penulisannya sangat baik.   Sebatang pensil khat pokok kayu resam ini boleh bertahan hingga ratusan tahun. Satu lagi kelebihan pensil khat pokok kayu resam ini ialah, ia boleh menulis khat di atas batu atau cengkerang siput. Dilaporkan dimana setakat ini dia sudah menulis lima naskah al-Quran mushaf Malaysia. Setiap naskah al-Quran mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk disiapkan sepenuhnya, termasuk membuat zukhuf (hiasan). Seorang jurukhat boleh menyiapkan dua hingga tiga muka surat al-Quran sehari. Ini adalah masa standard yang ditetapkan. Kerja-kerja penulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dilakukan secara terlalu laju atau perlahan kerana ia boleh menjejaskan ketelitian hasilnya. Bagaimana pun apa yang lebih istimewanya di Malaysia dimana semua kerja-kerja penulisan khat ayat al-Quran dilakukan beramai-ramai (lima orang) yang mengetengahkan konsep kerjasama dan berjemaah. Ini berbeza di negara Arab apabila hanya seorang jurukhat yang menulis senaskah al-Quran. Di yayasan ini sudah ada lima penulis al-Quran tetap dan dibantu penuntut Restu International College yang mengikuti pengajian seni khat dan kaligrafi serta dilatih sebagai pelapis. Dilaporkan meskipun sudah 19 tahun dalam bidang berkenaan, dia masih meneroka ilmu seni khat dan kaligrafi kerana ianya sangat meluas. Ia satu ilmu yang sangat menarik dan masyarakat tidak seharusnya melepaskan peluang menguasainya. Dia dakwa sudah mempunyai hasrat mahu menyebarkan ilmu ini dengan cara mengajar kepada masyarakat terutama generasi muda dimana Malaysia perlu mempunyai ramai pelapis agar kesenian ini kekal terpelihara. Semuga artikel i\ni memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK RESAM... APA GUNANYA...
TU,BUH MELIAR.. DI BIAR SAHAJA...
DI ANYAM VANTIK.. KOPIAH JADINYA...
TULISAN QURAN... MENARIK JUGA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 Zulhijjah 1445H).
Posted from
Room 445, Le Grande Resort,
Senai, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...