Support My Blog

Thursday, July 4, 2024

KUNDUR - STANDARD PIAWAIAN DI MALAYSIA

BUAH KUNDUR
(Benincasa hispida syn Cerifera savi) adalah sejenis buah yang di hasilkan oleh tanaman kundur iaitu sejenis tumbuhan menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara tetapi kini telah di tanam di seluruh dunia. Tumbuhan ini sama dengan timun, tembikai dan keluarga cucurbit yang lain adalah dalam keluarga sayuran cuma kundur mengeluarkan buah paling besar diantara keluarga cucurbit. Banyak nama kundur diberikan mengikut lokaliti seperti Wax Gourd, Ash Gourd, Winter Melon, Fuzzy melon, green pumpkin, white gourd, Hairy melon (English), To'gan (Jepun), donggua (China), tak, Faeng, mafaeng (Thai), Courge a la cire ; courge cireuse (Perancis), Kondol, tabiyan (Filipina), Kundo ; kundur, bligo (Indonesia) dan banyak lagi. Tanaman ini kini banyak diusahakan di Asia Selatan dan Asia Barat. Tanaman kundur di Malaysia bukan menjadi tanaman yang popular kerana ia kurangnya jumlah permintaan buah segar dipasaran domestik. Kebanyakan petani yang masih lagi menanam kundur secara komersil ini merupakan orang yang sama sahaja dan amat sukar mencari petani baru yang menanam kundur kecuali sebagai tanaman hobi sahaja. Antara sebab petani tidak suka menanam kundur adalah kerana tidak ada jaminan pasaran dimana buah kundur mahu dijual. Pasaran buah kundur adalah terhad dan mereka yang ada perjanjian 'Ladang Kontrak' dimana ia mungkin tidak menghadapi masaalah. Beberapa negeri yang ada menanam kundur ini termasuk di Johor, Pahang, Perak dan Kelantan. Apa pun dilaporkan k
awasan pengeluaran utama kundur ialah Negeri Johor (386 ha), Pahang (275 ha) dan Perak (188 ha). Negeri lain yang ada juga menanam kundur ialah seperti Sabah, Kelantan dan Selangor dengan keluasan kurang 70 hektar. Kebanyakkan tanaman kundur dibuat secara tanaman kontan atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah atau kelapa sawit dan hanya untuk pengeluaran segar sahaja. Penulis blog juga masih percaya dan mendapati varieti kundur tidak ada dalam sistem pendaftaran Varieti Tanaman (National variety listing) kerana belum ada yang membuat pendaftaran secara rasmi. Sila baca beberapa artikel tulisan saya dengan antaranya pautan (Sila Klik Disini). Artikel pada subuh  ini dalam blog "Anim Agro Technology"  saya suka menulis mengenai standard atau piawaian hasil tanaman kundur di Malaysia berdasarkan kepada bahan dan maklumat daripada FAMA untuk dijadikan panduan kepada semua bakal petani dan pembeli kundur semua.


Buah kundur akan di tuai mengikut peringkat kematangan dan tujuan pemasaran. Bagi petani yang menanam kundur keliling rumah dan hendak petik muda untuk dibuat sayur boleh petik kundur seminggu selepas proses anthesis. Buah yang matang akan dituan 100-160 hari selepas menanam diladang. Buah yang matang dikenali dengan warna hijau dan keputihan berdebu seperti berlilin dan tangkai buah kundur akan di potong dengan pisau tajam. Buah perlu di bersihkan dari kekotoran seperti tanah, lumpur dan sebagainya kemudian digredkan mengikut saiz dan kualiti sebelum dijual. Buah kundur merupakan buah yang mudah rosak jika tidak dikendalikan 'post harvest handling' dengan baik. Ia akan busuk sebelum dijual apabila buah ini dicampakkan dengan kasar dimana buah boleh pecah. Kajian saya mendapati berat setiap biji buah kundur antara 1 - 15 kg bergantung kepada penjagaan tanaman. Anggaran hasil tanaman kkundur secara komersil sebanyak 20 -50 mt/ha. Buah muda tidak tahan lama tetapi buah matang tahan hingga beberapa minggu kerana lapisan lilin membantu menghalang serangan organisma perosak dan dijaga dengan cara baik. Kajian penulis di Mersing, Johor dahulu juga mendapati kos pengeluaran untuk sehektar penanaman kundur sebanyak 
RM 9,140 sehektar dimana ia mampu menghasilkan sebanyak 45,000 kg buah kundur segar yang dijual dengan harga 
RM 0.30 sekilogram. Analisa kewangan menunjukkan jumlah pendapatan kasar sebanyak RM 13,500 sehektar. Anggaran untuk pendapatan bersih sebanyak RM 4,350 sehektar. Analisa penulis mendapati Kos setiap bagi kg kundur ialah sebanyak RM 0.20 sekilogram dan keuntungan setiap ringgit dilaburkan sebanyak RM 1.47. Tanaman kundur di Malaysia juga merupakan sistem perladangan yang tidak meluas diusahakan kerana agak sukar untuk mencari pasaran tetap. Kajjian saya mendapati hanya terdapat kurang dari 10 pengusaha kundur komersial yang aktif menanam kundur di Malaysia iaitu di sekitar Johor (Daerah Kota Tinggi dan Mersing serta Kluang) dan Pahang serta beberapa lokasi di Selangor. Penanaman kundur lazimnya dilakukan oleh petani yang biasa menanamnya dan mengikut keperluan pasaran.


Penting untuk petani dan pembeli buah kundur dimana perlu ikut s
tandard yang disediakan FAMA untuk kundur Jenis Panjang dan kundur Jenis Bulat (Benincasa hispida syn. Cerifera savi) daripada famili Cucurbitaceae untuk pasaran segar. Apa pun bagi tujuan spesifikasi ini, terma-terma yang digunakan akan bermaksud 'Bersih' iaitu ia bebas daripada kotoran dan benda asing. Bagi terma 'Kecacatan; merujuk isu mempunyai tanda - tanda yang menjejaskan rupa keseluruhan antaranya adalah 'Cacat bentuk' dimana buahnya berbentuk tidak normal bagi varietinya seperti terbantut dan berlekuk. Seterunysa ujud 'Cacat rupa' jika ada tanda-tanda yang mencacatkan rupa luaran seperti karat, dan kesan parut yang tidak boleh pun ia dibersihkan, tetapi tidak menjejaskan isi buah. Istilah bagi 'Kematangan' buah kundur terdiri daripada empat (4) indeks seperti iaitu Indeks 1, Indeks 2, Indejks 3 dan Indeks 4. Bagi buah dari Indeks 1 (Belum matang) dimana dilihat pada permukaan kulit berwarna hijau muda dan berbulu halus. Biji belum terbentuk sepenuhnya, lembut dan berwarna putih jernih dimana isinya masih padat. Bagi Indeks 2 (Matang) dimana ia mempunyai permukaan kulit berwarna hijau, bulu halus mulai gugur dan diliputi debu/lilin putih di sekeliling tangkai.Biji mulai terbentuk, mulai keras dan berwarna putih. Agak berongga di bahagian berbiji dengan isi padat. Bagi tahap seterusnya iaitu Indeks 3 (Matang) dimana ia selalu mempunyai permukaan kulit berwarna hijau, tiada bulu halus dan sebahagian besar diliputi debu/lilin putih. Biji telah terbentuk dengan sempurna dan berwarna keperangan. Berongga di bahagian berbiji dengan isinya yang padat. Akhir sekali adalah Indeks 4 Terlebih Matang) dimnana pada keseluruhan permukaan kulit berwarna hijau dan diliputi debu putih sepenuhnya. Ia mempunyai biji keras dan berwarna perang dimana dilihat rongga semakin jelas di bahagian berbiji dan ketika ini isinya mulai kurang padat. Petani perlu tahu akan tahap indeks kematangan bagi menentukan buah yang akan di tuai mengikuti standard atau piawaian untuk pasaran sama ada pasaran domestik atau eksport atau untuk tujuan buah kundur yang di proses.


Salah satu faktur standard buah kundur yang perlu di ketahui adalah istilah 'Kematangan seragam' dimana setiap konsainan menuai buah akan dianggap seragam apabila mempunyai satu indeks sahaja atau gabungan beberapa indeks kematangan seperti antara indeks 2 dan 3 sahaja dalam satu pembungkusan. Kerja ini dilakukan di ladang atau di pusat pengumpulan hasil sebelum di bungkus dan dihantar kepasaran. Penting juga di ketahui akan ciri 'Kerosakan Buah Kundur' semasa membuat penggredan. Taktif 'Rosak' dikaitkan dengan isu sebarang kecederaan disebabkan oleh perosak dan penyakit atau berlaku disebabkan kesan mekanikal dan/atau fisiologi yang menjejaskan kualiti dan jangkahayat pasaran. Jika berlaku situasi kecederaan yang disebabkan oleh perosak seperti kesan gigitan serangga, lubang, busuk, reput dan berkulat maka ia pelru diperiksa dengan teliti. Kecederaan mekanikal boleh berlaku  semasa pengendalian semasa menuai atau selepas menuai seperti tangkai tercabut, luka, pecah, lebam atau calar. Kecederaan fisiologi disebabkan oleh keadaan seperti kekurangan nutrien, perubahan cuaca dan suhu yang ketara. Contoh kerosakan buah kundur yang mungkin boleh berlaku adalah seperti kejadian buah merekah, kecederaan dingin dan nyahwarna. Kecacatan seperti cacat bentuk, membengkok, buah berkarat kulitnya, buah pecah, buah yang berlubang, tangkai yang tercabut dan sebagainya perlu diasingkan daripada buah yang berkualiti. Pastikan semua buah kundur di tuai dalam keadaan ;Buah Segar' dimana selalu pastikan seakan ia adalah buah k
undur seperti hasil yang baru dituai (dari segi kulit dan tekstur). Bagi tujuan pengkelasan saiz dimana ia di bahagikan kepada buah Saiz Sangat Besar (XL), Buah Besar (L), Buah Sedang (M) dan buah Kecil (S). Bagi kundur, saiz ditentukan oleh berat dalam unit (kg) bagi Kundur Panjang XL lebih 9 kg sebiji, L antara 6 - 9 kg sebiji, M antara 3 - 6 kh sebiji dan S kurang dari 3 khg sebiji. Bagi jenis Kundur Bulat pula di tentukan kelasnya dimana ukuran Saiz XL beratnya lebih 4.5 kg sebiji, Saiz L beratnya 3.0 - 4.5 kg sebiji, Saiz M beratnya 1.5 - 3.0 kg sebiji dan saiz S beratnya adalah kurang dari 1.5 kg sebiji.


Standard buah kundur selalu memerlukan ciri minima untuk dipasarkan dimana ia termasuh buah kundur yang masih segar,
bersih dan bebas daripada kecederaan oleh perosak atau penyakit. Buah kundur ini hendaklah agak bebas daripada kecederaan mekanikal, fisiologi dan kecacatan termasuk cacat berlubang (Sila lihat foto disebelah). Buah kundur hendaklah mencapai peringkat pembentukan yang sempurna mengikut ciri-ciri varieti dan kawasan di mana ia ditanam. Ia juga sebaiknya mempunyai varieti yang sama dalam satu bungkusan dan hendaklah bertangkai tidak melebihi 3cm. Apa pun buah yang telah mencapai peringkat kematangan yang dikehendaki oleh pasaran sesuai di petik. Pengkelasan gred buah kundur di bahagikan kepada 3 kategori iaitu Gred Premium, Gred 1 dan Gred 2. Bagi Gred Premium Kundur dimana buahnya hendaklah daripada varieti yang sama, bebas daripada kerosakan dan/atau kecacatan, buah ini mempunyai kematangan yang seragam. Ia juga mestilah memempunyai saiz yang seragam dimana boleh dikekalkan segar kualiti dan persembahan dalam pembungkusan. Apa pyn bagi gred ini tahap kerosakan hendaklah tidak melebihi 3% dengan kadar maksimum 5% mengikut bilangan atau berat yang tidak mencapai keperluan Gred Premium tetapi memenuhi keperluan Gred 1. Bagi Buah Kundur Gred 1 pula ia hendaklah daripada varieti yang sama, agak bebas daripada kerosakan dan atau kecacatan. Kesan kerosakan ini hendaklah tidak melebihi 5% daripada jumlah keseluruhan permukaan kulit serta ia mempunyai kematangan yang seragam. Gred 1 ini dipilih dimana ia mempunyai saiz yang seragam dan boleh dikekalkan kualiti dan persembahan dalam pembungkusan. Kerosakan hendaklah tidak melebihi 5% dengan tahap maksimum 10% mengikut bilangan atau berat yang tidak mencapai keperluan Gred 1 tetapi memenuhi Gred 2. Bahi Buah Kundur Gred 2 pula ia hendaklah daripada varieti yang sama dimana hampir bebas daripada kerosakan dan/atau kecacatan. Kesan kerosakan ini hendaklah tidak melebihi 10% daripada keseluruhan permukaan kulit serta buahnya mempunyai kematangan yang seragam. Ia masih juga mempunyai saiz yang seragam dimana boleh ia dapat  dikekalkan kualiti dan persembahan dalam pembungkusan; dan perlu menepati keperluan minimum sebagaimana ditetapkan akan tetapi tidak termasuk bagi Gred Premium dan Gred 1. Kerosakan hendaklah tidak melebihi 10% dangan tahap maksimum 15% mengikut bilangan atau berat yang tidak mencapai keperluan Gred atau keperluan minimum.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUAH KUNDUR... DI TANAM DI MALAYSIA...
TANAMAN KONTAN...TIDAK LUAS JUGA...
TUJUAN PASARAN...STANDARD DISEDIA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT INFONYA JUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Zukhijjah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...