Support My Blog

Saturday, July 27, 2024

PERTANIAN ORGANIK DAN FAKTA DI MEDIA (PT2)

PERTANIAN ORGANIK (Organic Farming) pada penulis blog merupakan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik dimana ia menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Sistem ini dilihat menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang iaitu dengan mengambil kira keadaan persekitaran atau wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa sumber organik yang boleh dengan amalan agronomi melalui kaedah mekanikal dan biologikal diman akonsepnya adalah ia dilihat bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik (bahan kimia) bertujuan untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem pertanian organik. Lazimya ada dua jenis tujuan jangka masa iaitu jangka masa panjang (long term) dan jangka masa pendek (short term) untuk memajukan pertanian. Apa pun dilihat melalui kaedah holistik semula jadi dimana lazimnya pertanian organik mnyatukan kepelbagaian bio liar (wild), kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah serta membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO). Kesannya adalah ini bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia akan tetapi penulis blog percaya ia juga menambahbaik flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik akhirnya akan menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan cara pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio. Pada penulis blog percaya dimana beberapa prinsip untuk pertanian organik ada dibincangkan di peringkat antarabangsa melalui Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) dimana mereka telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi sebuah pertanian organik. Prinsip tersebut termasuk dalam penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang berkualiti serta mencukupi melalui cara kerja yang serasi. Ini mengambilkira aspek kitaran semulajadi dan sistem hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam penghasilan organik dan sistem penghasilan. Isu pencemaran pertanian yang disebabkan kesan negatif seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional sudah semakin ia menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Isu-isu seperti 'Eutrophication' dimana tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat boleh berlaku akibat dari ledakan alga kemudian ia akan membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Untuk bahan organik apa yang diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar. Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. Kempen seperti 'Mencegah lebih baik dari mengubati’ perlu dikukuhkan melalui beberapa dasar kerajaan terhadap pertanian dimna ia perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pengguna melalui pendekatan pertanian organik. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta pertanian orgnik seperti dilaporkan dalam beberapa media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Menrik satu laporan analisa oleh ahli akademik 
Dr Nur Bahiah iaitu berkaitan 'Dilema sambutan Pertanian Organik di Malaysia' untuk di kongsikan dan tulis semula. Isu dimana aktiviti pertanian organik bukan lagi isu baharu di Malaysia akan tetapi penulis blog pun dapati ia kurang sambutan terhadapnya dan memang agak suram. Pertanian organik bukan lagi isu baharu di Malaysia, tetapi sambutan terhadapnya agak suram sejak akhir ini. Ianya pernah hangat diutarakan bermula pada sekitar tahun 2001 dimana masa itu ada peruntukan khas telah pun disediakan oleh pihak kerajaan khusus kepada petani organik pada Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005). Namun begitu mungkin disebabkan tiada kesinambungan terhadap inisiatif ini maka pertanian organik kelihatan menjadi semakin hambar pada setiap tahun. Hanya petani yang betul-betul berminat sahaja yang meneruskan pertanian organik. Malahan, di dalam Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 (DAN) juga, isu organik ini tidak diberi penekanan, sebaliknya fokus diberikan kepada pensijilan MyGAP. Penulis blog yang bentangkan kertas utama pada webminar di UITM pada 25 April 2024 laporkan dimana sudah ada sebanyak 357 buah ladang berstatus sijil MyOrganik dengan keluasan 2,223 hektar pada tahun 2023. Ironinya dimana tahap kesedaran masyarakat terhadap produk organik semakin meningkat setiap tahun. Jika dahulu dilaporkan yang produk organik adalah sinonim untuk pesakit kanser sahaja kini kesedaran pengguna terhadap faktor pemakanan serta gaya hidup sihat semakin menjadi perhatian. Penulis blog pun setuju situasi dimana kesedaran ini secara tidak langsung telah mendorong pengguna bertukar pola pemakanan mereka, dengan beralih kepada sumber makanan yang berkualiti dan sihat seperti sayuran dan buah-buahan organik. Kalangan pengguna juga semakin sedar akan keburukan hasil pertanian yang dicemari atau dihasilkan dengan menggunakan racun dan baja kimia atau sintetik yang berlebihan. Selalunya produk pertanian organik atau bebas baja dan racun kimia semakin mendapat tempat atau pun permintaan dari penggemar organik serta pengguna setempat. Dalam pada itu usaha kerajaan bagi mempromosikan produk dan pertanian pertanian organik melalui akredetasi pensijilan sejak tahun 2003 sehingga kini (melalui persijilan MyOrganik) turut disambut baik oleh petani dan pengusaha ladang. Ada ramai kalangan petani yang di bert latihan sanggup bertukar dari pertanian konvensional kepada pertanian yang bebas bahan kimia. Ini turut membuatkan fenomena kewujudan restoran makanan organik dan pengilang produk berasaskan sumber makanan organik meningkat mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kini penulis blog pun faham dimana produk pertanian organik juga mendapat tempat di kalangan pengusaha dan peruncit dengan wujudnya kedai-kedai khas mahupun seksyen khas organik yang boleh didapati di pasaraya besar seperti Aeon Big dan Giant Big. Apa yang lebih menarik dimana sudah banyak premis atau pun kedai khas organik juga semakin banyak dibangunkan terutama di Lembah Kelang. Kini penjualan produk organik secara online juga kelihatan semakin bertambah. Dalam pada itu dilihat walaupun permintaan dari pengguna semakin meningkat namun harga produk organik masih kekal tinggi berbanding konvensional. Masalah yang sering timbul sehingga kini adalah perbezaan harga produk organik yang boleh mencecah sehingga tiga kali ganda berbanding konvensional. 


Penulis blog dapati mungkin produktiviti pertanian organik adalah agak rendah berbanding dengan produk tanaman konvensional secara umumnya. 
Ini juga  mungkin disebabkan oleh kurangnya pengeluaran produk organik dari dalam negara kerana ramai petani yang lebih fokus kepada pengeluaran secara konvensional dimana hasilnya lebih cepat dan banyak. Apap pun scara tidak langsung isu ini akan menyebabkan ada pengeluar dan pengusaha mengambil kesempatan dengan memalsukan logo sijil organik semata-mata untuk tujuan mendapatkan harga premium. Isu pemantauan dari segi pensijilan juga sering dipersoalkan sehinggakan banyak produk organik disalahguna oleh pengusaha bukan organik. Kini kadar permintaan yang semakin meningkat dari pengguna juga menyebabkan ia tidak dapat dipenuhi diperingkat nasional dimana isu ini boleh ia menyebabkan Malaysia terpaksa mengimport produk organik dari luar negara seperti Australia dan New Zealand. Isu ini sekaligus menyumbang kepada peningkatan harga produk organik dan kesannya dimana hanya golongan pengguna yang berkemampuan lebih cenderung untuk mendapatkan produk organik berbanding masyarakat marhein. bagi atasi isu ini penulis blog setuju cadangan dimana salah satu cara yang mungkin boleh diambilkira adalah dengan meningkatkan pengeluaran organik diperingkat nasional. Apabila jumlah pengeluaran memenuhi atau melebihi permintaan maka lazimnya secara tidak langsung harga barangan dapat dikawal. Ini mungkin boleh diaplikasi kepada produk organik dimana kerajaan boleh menggalakkan petani untuk beralih kepada pertanian organik. Aspek kesedaran dari pihak petani haruslah ditingkatkan agar mereka sedar akan bahaya penggunaan racun yang diguna berlebihan terhadap kesihatan tubuh badan, tidak kira samada kepada petani itu sendiri mahupun kepada keluarga dan masyarakat. Pihak kerajaan mungkin boleh mengembalikan insentif yang telah disediakan sebelum ini kepada petani yang baharu atau yang akan mengusahakan organik agar kelangsungan industri organik ini dapat diteruskan. Pemberian insentif ini mampu mengurangkan kos pengeluaran pengusaha dan seterusnya mengurangkan harga produk organik di pasaran. Kerajaan juga harus memainkan peranan dengan mempergiatkan pemantauan terhadap produk yang telah diakreditasikan. Aktiviti pemantuan perlu ia dijalankan pada kawalan harga dan produk pertanian yang menggunakan logo MyOrganik. Kawalan berterusan di buat pada segenap peringkat (ladang dan pasaran) agar ini dapat menghilangkan keraguan orang ramai terhadap produk hasil pertanian organik bagi mengelak eksploitasi dan isu seperti penyalahgunaan logo. Pendekatan lain yang boleh dijalankan bagi tujuan mengurangkan impak harga produk organik ke atas pengguna adalah pengguna itu sendiri cuba untuk bercucuk tanam. Memang ada terdapat banyak inisiatif yang dijalankan oleh komuniti dalam agenda mendidik pengguna untuk dapat menghasilkan tanaman makanan sendiri mahupun usaha bagi penghasilan baja dan racun organik sendiri. Ia adalah salah satu langkah bijak yang patut diambil oleh setiap pengguna bagi memastikan makanan yang diambil adalah dijamin bebas racun dan berkualiti. KAlangan masyarakat dimaba sealunya apa yang dimakan dapat mencerminkan kesihatan seseorang. Adalah penting menjaga kesihatan haruslah bermula dari sumber yang dimakan. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan individu, malahan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat, cergas dan bebas penyakit. Pertanian organik perlu di war-warkan sepanjang masa.


Menarik laporan bernama.com dimana dilaporkan '
Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia' yang di nyatakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu Mohamad Sabu. Dilaporkan tidak sampai 1% (satu peratus) pekebun atau penternak berskala besar di negara ini yang mengamalkan pertanian organik semasa persidangan di Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri laporkan dimana kini pihak kementeriannya bersama pihak swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan kini mengambil pendekatan agresif dalam mempromosikan amalan pertanian organik kepada pemain industri tempatan. Apa pun ketika ini di beri penekanan pertanaian organik melalui dua teras iaitu yang pertama memperluaskan promosi di peringkat domestik bagi produk premium istimewa seperti hasil organik dan makanan berkhasiat bagi menyokong perkembangan pengeluaran produk seumpamanya di pasaran. Pendekatan kedua adalah dengan meningkatkan penerimagunaan pensijilan standard makanan dalam kalangan pengeluar makan termasuk myGAP (Malaysia Good Agricultural Practices) dan myOrganic, dengan setiap bahan organik perlu mendapat kelulusan dua badan ini. Kini persijilan myGAP bertanggungjawab untuk memberi kelulusan kepada sesuatu produk sebelum boleh diiktiraf dan dipasarkan sebagai organik. Semasa kelulusan myGAP di peringkat kebun petugas akan memantau barangan di pasaran dan orang ramai boleh bawa kepada kita untuk mereka periksa kesahihan produk organik itu. Walau pun kini masih kurang aktiviti pertanian organi iaitu hanya 1% sahaja amalan pertanian organik di negara kita namun dari segi produknya di pasaran begitu banyak pihak dakwa adalah organik. Pengguna perlu di tunjukajar bagaimana cara untuk pengguna mengenal pasti ketulenan sesuatu produk organik yang terdapat di pasaran. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ORGANIK... PERKARA LAMA...
KONSEP DI GUNA... RAMAI PETANI LUPA...
TIDAK GUNAKAN... BANYAK BAHAN KIMIA...
HASILNYA DIJAMIN... KESIHATAN DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia,
(7 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...