mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, August 14, 2020

COCOPEAT - APA KEHEBATANNYA

SABUT KELAPA merupakan hasil buangan daripada buah kelapa yang dikupas kulitnya dan boleh diproses menjadi pelbagai produk berguna. Secara umum sabut kelapa dapat diproses menjadi Cocopeat (nama teknikal untuk serbuk dari sabut kelapa). Kini produk cocopeat telah menjadi satu pilihan terbaik dikalangan usahawan nurseri dan petani untuk dijadikan media tanaman yang cekap dan kos efektif. Kajian menunjukkan bahawa kandungan cocopeat ini memang ternyata mengandungi beberapa unsur zat makro dan mikro yang diperlukan oleh tanaman. Unsur zat tersebut adalah Kalium (K), Posforan (P), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan beberapa lagi. Dalam membuat beberapa lapporan teknikal didalam dan luar negara, penulis mendapati bahawa kandungan unsur nutrien sabut kelapa yang paling dominan adalah unsur Kalium (K). Ini diikuti dengan unsur Posforan didalam cocopeat. Keujudan kedua-dua unsur kalium dan Posforan ini sangat diperlukan oleh tanaman terutama sewaktu tanaman kita sedang mengalami tahap peringkat pembungaan (Flowering) dan pembuahan (Fruiting). Lazimnya unsur kalium memberikan “rasa” pada buah agar lebih berkualiti dari segi kemanisannya, kelembutannya dan juga aromanya. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" penggunaan sabut kelapa untuk dijadikan cocoapeat dan beberapa kehebatan bahan produk tersebut dalam sektor pertanian.


Pemerhatian penulis dibeberapa projek yang telah menggunakan media cocoapeat ada mendapati, beberapa petani mendakwa ia telah meningkat rasa pedas kerana ujudnya unsur Kalium (K) yang banyak. Unsur Kalium ini dikaitkan dengan memberikan “rasa pedas" yang mantap dan jelas (Sila lihat foto cili padi disebelah). Kalau buat kajian lanjut mengenai perkara ini bagi buah-buahan pula, ia akan memberikan rasa manis yang agak signifikan. Beberapa kajian dilakukan saintis menunjukkan dengan tersedianya unsur ini akan memberikan “rasa” manis yang amat memuaskan. Demikian pula pendapat mengenai kekuatan rasa pahit seperti pada Peria yang mana “rasa” pahitnya akan semakin ternyata apabila ujud kandungan Kalium yang mencukupi dalam media tanaman. Seterusnya bagi padi, unsur kalium ini akan memberikan “rasa” yang bernas kepada biji padi dimana isi padi akan semakin padat dan apa yang menarik lagi adalah “rasa” nasi akan lebih enak. Akhirnya produk cocoapeat yang banyak unsur Kalium ini akan mengukuhkan akar tanaman sehingga tidak mudah rebah apabila membesar dan ditiup angin.


Penggunaan cocopeat sebagai media tanam telah menjadi satu 'trend' terkini yang mudah, praktikal, efektif dan mesra alam sekitar. Cocoapeat mudah dibeli di kedai-kedai pertanian dalam bungkusan berbagai saiz dengan harga yang berbeza-beza. Ada yang menjual dalam paket atau bungkusan kecil untuk kegunaan dirumah untuk digunakan oleh mereka terlibat dengan pertanian hobi sahaja sekitar 1 - 2 liter sebungkus. Kebanyakannya dijual dalam bungkusan besar untuk usahawan nurseri, pertanian komersil dan sebagainya. Paling sering adalah penggunaan bahan media cocoapeat sebagai media untuk semaian dalam dulang semaian (Seeding tray). Ada jenis cocopeat yang telah diperkayakan dengan nutrien makanan lain sebagai media tanaman. Jenis ini lazimnya dijual dengan harga lebih tinggi dimana media jenis ini mampu membekalkan unsur makanan kepada anakbenih untuk jangkamasa yang lebih lama. Penggunaan media seperti ini amat signifikan oleh petani yang menanam sayuran dengan menggunakan benih hibrid impot yang mahal. Antara jenis tanaman yang menggunakan media cocopeat dan herga benih tinggi seperti tanaman cili, jagung manis, melon, timun Jepun, Salad, Tomato, Capsicum, Cili Bengala, Kobis dan sebagainya.


Dalam membincangkan mengenai kehebatan dan kelebihan cocapeat, kita perlu melihat akan asas dan kaedah ia disediakan. Kebanyakkan kilang-kilang cocopeat merupakan kilang yang memproses produk berasaskan tanaman kelapa yang telah lama beroperasi. Secara saintifik memang tidak dapat dinafikan cocoapeat berkemampuan dengan mudah menyerap dan menyimpan air. Kadar kemampuannya adalah luar biasa dimana ia memang dapat menyerap air dengan kadar sebanyak 6 kali dari asalnya. Ini bermakna jika ada 1 kg cocoapeat bererti ia akan dapat menyerap 6 kali isipadunya apabila menyerap air. Ada kajian dinegara jiran dimana mereka menaburkan bahan cocoapeat ditanah sawah padi pada musim kemarau dimana ini sangat membantu proses penyimpanan air. Cocopeat juga memiliki rongga (pori-pori) yang baik buat media tanam. Rongga ini memang mempunyai kelebihan untuk pengudaraan dan pengedaran udara semakin lancar. Bila ujud oksigen yang banyak di dalam tanah dan baja organik banyak maka kehidupan tumbuhan akan dinamik dan subur. Lazimnya akan terdapat banyak mikrob, cacing tanah dan sebagainya yang baik buat akar tanaman. Percayakah anda bahawa cocoapeat juga boleh dikatakan sebagai pengganti baja?. Petani yang tidak memiliki baja KCl maka salah satu penyelesaian mudah adalah dengan rendam sabut kelapa sekitar 1-2 bulan. Kemudian setelah 1 -2 bulan maka air rendaman sabut kelapa boleh dimasukan ke dalam sawah padi. Alangkah baiknya bila kita buat MOL dari sabut kelapa jika kita mempunyai bahan cocopeat buatan sendiri dimana ia adalah lebih baik. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!.

SABUT KELAPA...PELBAGAI GUNA...
COCOAPEAT... ADA KEHEBATANNYA...
SUMBER NUTRIEN... ZAT K TINGGINYA...
POKOK JADI SUBUR... HATI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(14 Zulkaedah 1435H).

Posted on 14 Ogos 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...