KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, March 7, 2017

MERUNGGAI BERKHASIAT


KACANG MURUNGGAI (Moringa olifera) adalah sejenis tumbuhan yang memiliki khasiat mengagumkan dan kini teah mula dikomersilkan di Malaysia oleh beberapa buah syarikat tempatan. Kacang Murunggai juga dikenali dengan nama 'Kelor' dikalangan penduduk tempaan asasnya adlah sebagai makanan kegemaran masyarakat India.Tumbuhan ini menga dipercayai berasal dari keluarga tumbuhan Moringaceae yang mudah ditanam dan dijaga. Masyarakat Malaysia kini menamakannya murunggai ataupun kelor dan ada ditanam dikawasan kelilig rumah sebagai pokok hiasan atau untuk dijadikan bahan makanan. Dalam banyak penulisan penulis dapati pokok moringa turut dikenali sebagai ‘pokok ajaib’ kerana khasiatnya yang mengagumkan dan memberi banyak manafaat kepada manusia. Daripada rujukkan mendapati tanaman merunggai kini luas ditanam dibeberapa negara seperti di India, Ethiopia, Filipina, Africa, Amerika Latin dan Kepulauan Pasifik. Pokok moringa komersil lazimnya mampu mencapai ketinggian sehingga 10 meter dimana ia sesuai ditanam di tanah kering serta berpasir. Walaupun tumbuhan ini didakwa mempunyai pelbagai kelebihan, khasiat moringa kurang diketahui oleh masyarakat Melayu dimana ia mungkin kerana ia bukan berasal dari negara ini. Tanaman Moringa yang digunakan dilaporkan mengandungi Vit A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosphorus, dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan. Ia berguna dalam aspek perubatan dan kesihatan bagi mengatasi masaalah lumpuh, infl amasi, demam, batuk, selsema, inflamasi salur nafas dan penyakit paru-paru. Daunnya juga berguna untuk diguna bagi menyembuhkan penyakit skurvy (Rahang gigi berdarah) , anemia (kekurangan sel darah merah) dan memulihkan sistem fungsi badan. Biarpun manfaat Moringa telah dikenali dan diguna sebagai herba traditional oleh suku-kaum asli di beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian dari Saintis Moden pada akhir abad ke sembilan belas. Kajian terkini telah mendapati Moringa juga mengandungi Cytokinin. Artikel dalam "Anim Agro Technology" malam ini saya bentangkan kehebatan khasiat tumbuhan yang dikenali dengan nama Murunggai atau Kelor untuk dijadikan bahan rujukkan.


Kompaun unik ini telah mendapat bukti saintifik dalam kajian klinikal bahawa ia dapat meningkatkan tumbesaran produk pertanian dan bila ia ditambah dalam pemakanan binatang ternakan, ia jelas akan menambah pengeluaran susu dan mencergaskan regenerasi sel badan. Dalam zaman maju sekarang, adalah lumrah untuk kita memakan berbagai pil vitamin untuk mendapat kesemua zat yang diperlukan badan, tetapi kini produk Moringa memberi anda kesemua khasiat malah lebih dari itu, pencegahan kanser dan pemulihan fungsi badan. Moringa juga diguna untuk rawatan barah dan memulihkan ketegangan emosi, kerisauan dan juga perasaan kekhuatiran. Benih dan akarnya mengandungi sumber antibiotik semulajadi yang sesuai untuk rawatan jangkitan kulit anti-inflamation, anti-spasmotic (Ledakan emosi yang tiba-tiba) dan unsur diuretic (menggiatkan pembuangan air kencing). Sifat ini membolehkan ia akan membersihkan darah dan mengeluarkan toksik dan racun metabolisma dengan lebih berkesan. Kajian juga telah menunjukkan segelas daun teh daun Moringa didapati akan membekalkan keperluan harian Vitamin A untuk seramai 10 orang. Yayasan Mata Antarabangsa yang beribupejabat di Bethesda, Maryland, USA telah keluarkan laporan dimana mereka telah menggunakan moringa untuk mencegah kes kejadian buta di kalangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A. Kejayaan ini menyebabkan daun moringga ditanam dibeberapa lokasi yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Didalam bidang perubatan pula produk daripada tumbuhan moringa telah dikenal sebagai berkesan untuk rawatan penyakit kulit, menurunkan tekanan darah pesakit, mengurangkan bengkak, menyembuh ulcer gastrik, menurunkan gula dalam darah dan melegakan sistem saraf badan. Moringa oleifera telah didakwa sebagai manakjubkan dunia perubatan kerana ia menghasilkan kompaun antibiotik yang dikenali sebagai glucosinolate 4 alpha-L-rhamnosyloxy benzyl isothiocyanate bertindak sebagai agen imuniti badan manusia (immunity agent). Berkaitan dengan perkara tersebut dalam bahasa saintifik, Moringa adalah suatu lagi keajaiban dimana ianya didakwa menguatkan tulang yang lemah, memperkayakan sel darah merah anemia dan juga ia membolehkan seorang ibu yang hidup kebuluran untuk terus membesarkan anak yang sedang kelaparan. Analisa dibuat dengan perbandingan gram dengan gram dimana produk dari moringa mempunyai empat kali kalsium dalam susu, 7 (tujuh) kali Vitamin C dalam Oren dan 3 (tiga) kali kandungan bahan potasium dalam pisang. Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan, amalan memakan tumbuhan semulajadi seperti moringa boleh memberikan segala zat yang memang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Merujuk kepada fakta penting berkenaan pokok ini yang berkhasiat ini, adalah sesuai jika dulu pokok ini kurang diketahui oleh masyarakat Melayu dimana ianya mungkin kerana ianya tidak berasal dari negara kita. Pokok ini telah dikaji dengan teliti oleh ramai saintis dari Negara Barat sama seperti keajaiban Buah Noni yang dilaporkan oleh Pertubuhan Saintis Dunia sebagai ”Trees for Life’ dan pertubuhan gereja ’Church World Service and Education Concerns for hunger’ dimana mereka telah mengambil pakai pokok ini untuk menolong rakyat negara miskin disamping menyebar agama mereka. Pokok moringga yang mudah ditanam, mudah dijaga dan cepat membesar sebaiknya diuruskan sebagai tanaman organik untuk mendapatkan kualiti produk yang baik daripada bahagian daun, buah, biji dan batangnya.

Mengikut kajian saintis dari negara barat, pokok ini adalah dikategorikan sebagai satu produk ‘food supplement’ termurah. Kalau diukur sesama berat dengan jenis bahan makanan yang lain ia dilaporkan dimana daun pokok merunggai mempunyai Khasiat vitamin A yang lebih tinggi dari lobak merah (carrot) dan ia juga mengandungi lebih banyak zat besi dari bayam. Marunggai juga lebih banyak vitamin C dari limau dan lebih banyak kalsium dari susu serta lebih banyak potassium dari buah pisang masak. Diantara khebatannya lain adalah juga mengenai kualiti proteinnya setanding dengan telur dan susu. Para saintis di barat telah mentakrifkan pokok ini sebagai pokok yang paling berguna kepada manusia dan dipanggil ‘miracle tree’ dan pokok ini dikatakan mempunyai protein yang senang di hadam dalam perut. Mengikut kajian pemakanan oleh pakar menyatakan dimana mereka yang mengamalkan memakan daun dan buah pokok ini kurang berisiko kena penyakit kanser. Walau pun testimoni ini sering digunakan dimana juga tetapi pada penulis ketulinan bahan merunggai yang ditanam dan dituai semestinya adalah disahkan sebagai produk organik. Ini kerana mungkin ada dikalangan enanam dan pemproses yang tidak pedulikan akan kualiti organik diladangnya yan sebaliknya menjejaskan kesihatan.


Produk Marunggai mempunyai kegunaan sebagai makanan iaitu daripada semua bahagian pokok ini boleh dimakan dan berguna. Bagaimana pun memang tidak digalakkan makan akarnya oleh kerana ada kandunga bahan Alkaloid dikenali sebagai Spirichin. Daun basah dari pokok merunggai ini boleh dimasak dengan pelbagai cara masakkan. Bagaimana pun daun kering boleh disimpan lama tanpa hilang khasiat. Buah marunggai muda boleh dimasak macam sayur dan bahagian bijinya boleh dimasak atau pun sesuai untuk dipanggang. Selain itu bahagian minyaknya pula yang susah rosak sangat sesuai digunakan untuk makanan sebagai ‘salad’. Bunganya boleh dimakan terus dan kalau dimasak akan juga menghasilkan khasiat. Hasilan minyak dari biji adalah tinggi dimana bijinya mempunyai kandungan 30-40% minyak. Minyaknya di kenali sebagai BEN OIL yang selalu digunakan dalam pembuatan minyak wangi dan perubatan. Minyaknya juga tidak melekat dan digunakan untuk peralatan atau jentera halus. Lazimnya biji yang telah dikisar menjadi debu sesuai utuk digunakan untuk merawat air menggantikan aluminium sulphate. (for water purification by flocculation, sedimentation, anti-biosis and reduction of Schistosome cercariae.) Di kawasan pedalaman negara Indonesia terdapat air dari kawasan tanah gambut telah dirawat mengunakan biji meruggai dimana ia didapati membolehkan air tersebut boleh digunakan. Daun marunggai sesuai dijadikan makanan ternakan dan ia juga boleh juga diproses dimana sisa biji dari merunggai selepas diambil minyaknya boleh digunakan. Bijinya akan menstabilkan tekanan darah atau hypotensive seta bagi mengawal kadar glukos dalam darah. Ia juga merawat masaalah cirit birit, bengkak dalam usus, membunuh parasit dalam perut dan merawat masaalah sengal tulang. Selain itu khasiatnya adalah merawat sakit sendi, Arthritis, Gout selain mampu untuk meningkatkan sistem ketahanan badan. Ia didakwa mampu mengawal kes kanser prostate serta kanser kulit dan sebagainya. Selain itu ia juga berfungsi sebagai Anticancer, sakit kerongkong atau bronchitis dan didakwa elakkan jangkitan saluran kencing. Ia berkhasiat untuk tujuan dalam mengurangkan kadar darah atau Enemic anti-kuman iaitu termasuk kuman 'Helibacter pylori' yang menyebabkan sakit 'ulser' dan gastrik Anti-bengkak atau anti-inflammation Hypo glycemic.  Semuga tulisan ini dapat memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
Penulis bersama Ketua Pengarah Pertanian di ladang Moringga Chemomoi, Bentong
MARUNGGAI... HEBAT KHASIATNYA...
DARI BUAH... DAUNNYA PUN SAMA...
MUDAH DITANAM...MUDAH DIJAGA...
CARI MAKLUMAT.. INGIN MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1608, Hotel Royal,
3, Jalan LArut,
Penang, Malaysia.
(1 JamadilAkhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...