KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, March 29, 2017

KEREPEK PISANG CHEESE

KEREPEK PISANG CHEESE (Banana Cheese chip) kini merupakan satu produk kerepek yang semakin popular. Ini kerana resepi ini memang boleh kita di Malaysia jumpa terutama semasa hari perayaan utama dan ada dipasaran. Buah Pisang (Musa spp) merupakan tanaman penting di kawasan negara yang beriklim tropika dan sub-tropika yang sesuai ditanam dengan pelbagai jenis pisang untuk dimakan segar atau diproses menjadi produk hiliran lain. Kebanyakan buah pisang adalah untuk di makan segar dan sebahagian lagi memang sesuai untuk dibuat kuih termasuk dijadikan Kerepek Pisang. Teknologi Prosesan Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda cara nak buat kerepek pisang cheese yang semakin popular dikalangan pengguna. Pada penulis blog membuat sendiri kerepek pisang amat mudah dan boleh memberikan hasi pulangan yang memang lumayan terutama pada musim perayaan. Penelitian penulis di beberapa negeri mendapati harga kerepek pisang tandok sekilo mampu mencecah RM12.00 - RM18.00 sekilogram pada raya puasa yang lalu. Bagaimana pun harga ini akan terus meningkat dimasa akan datang kerana permintaannya semakin tinggi. Kini dengan teknologi membuat kerepek semakin moden dan terdapat pelbagai perasa seperti Kerepek Pisang Sira Manis, Kerekep Pisang Sira Pedas Manis dan Kerepek Pisang perasa asli maka telah ujud Kerepek Pisang Perasa Cheese. Rencana subuh ini saya akan kongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana membuat kerepek pisang cheese untuk tatapan pembaca.


Teknologi makanan yang terlibat dalam membuat kerepek pisang ini bermula daripada aspek iaitu dari pemilihan jenis pisang yang sesuai untuk buat kerepek. Tidak semua pisang sesuai untuk buat kerepek pisang kerana rasanya akan menjadi tidak sedap. Jenis pisang yang paling sesuai untuk buat kerepek adalah pisang tandok namun bekalan kurang dan harga agak mahal. Ini kerana sifat pisang tandok itu sendiri berbuah dak de la banyak untuk setandan. Selain pisang tandok, pisang abu atau nipah dan pisang nangka serta pisang buluh juga biasa dibuat kerepek. Dari itu untuk membuat kerepek pisang ini, pisang yang matang dipilih kerana berdasarkan teknologi makanan pisang yang masak tak sesuai buat kerepek kerana pisang masak lembik dan juga kandungan gula tinggi jika digoreng,gula akan ianya akan menghitamkan pisang kerana dah jadi karamel. Cara nak buat kerepek pisang ini amat mudah dan bahan lain yang diperlukan adalah kualiti, minyak masak, sedikit garam, dapur, pemotong pisang atau slicer atau nak mudah pemarut atau dikenali juga sagat. Teknik atau teknologi makanan untuk buat kerepek pisang adalah dimana minyak masak dimasukkan kedalam kuali. Ia kemudian dipanaskan hingga benar-benar panas. Kemudian biji pisang matang dibuang kulit dan terus disagat atau di 'slice' nipis kedalam kuali dan digoreng hingga warna kekuningan. Pisang yang telah siap digorengkan ditoskan kemudian disejukkan. Jika nak masin pada rasa pisang maka boleh gaul dengan sedikit garam dan dibungkuskan dalam plastik untuk makan sendiri ataupun untuk dijual.

Membuat kerepek pisang cheese mudah sahaja berdasarkan kepada proses asas pembuatan kerepek pisang diatas. Apa yang berbeza adalah apabila kerepek pisang tersebut siap digoreng dan diangkat masa ianya panas dengan segera akan digaulkan dengan serbuk cheese dan digaul rata. Bahan serbuk cheese ada dijual dalam paket yang mudah didapati daripada pembekal tempatan atau pesanan melalui lamanweb (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun untuk perasa kerepek pisang asli hanya taburkan serbuk cheese kepada kerepek pisang yang siap digoreng. Bagaimana pun atas kreativiti pengusaha dan juga atas permintaan pelanggan maka serbuk cheese ini dicampur dengan serbuk cili dan garam serta bahan lain untuk menjadikan kerepek pisang cheese ini mempunyai rasa lemak cheese, rasa pedas cili dan juga maisn garam. Kerepek pisang cheese yang siap digaul boleh dimakan terus atau pun dimasukkan dalam bungkusan plastik untuk dijual kepada pelanggan. Pada penulis yang pernah membeli dan makan kerepek pisang cheese ini memang cukup suka dengan makanan ringan ini.  Semuga pembaca semua dapat buat sendiri atau beli kerepek pisag cheese untuk dinikmati. Wasallam!!!...
KEREPEK PISANG CHEESE... APA DIA...
KEREPEK PISANG BIASA...CHEESE ADA...
LEIH ENAK... JIKA BUAT SENDIRI SAJA...
SUDAH MERASA...BERITAHU RAKAN ANDA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Jualan Agrobazaar,
Plaza Tol Air Kerah, 
Melaka, Malaysia.
(27 Jamadilakhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...