KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, March 5, 2017

TANAM KOBIS TANAH RENDAH

KOBIS BULAT (Brassica oleracea L.) merupakan tanaman sayuran yang selalunya akan ditanam sama ada semusim atau dua musim terutama dikawasan tanah tinggi yang cucacanya sejuk seperti di Cameroon Highland, Pahang, Lojing, di Kelantan, Kinta Highland, di Perak dan juga Kundasang, di Sabah. Sekitar 900 hektar kobis ditanam setiap tahun di kawasan tanah tinggi di Semenanjung Malaysia dan 200 hektar di Kundasang. Pengeluaran kobis bulat tempatan dari kawasan tanah tinggi di Malaysia sekitar 80,000 - 120,000 metrik tan setahun manakala sekitar 60,000 mertik tan lagi kobis bulat adalah diimport untuk tujuan mengawal harga dan mengatasi kekurangan bekalan kobis bulat tempatan. Negara yang membekalkan kobis bulat ini adalah kebanyakkannya daripada China dan ada sedikit daripada Indonesia. Bagaimana pun tanaman kobis tanah rendah amat kurang dijalankan di Malaysia kecuali ada juga dibeberapa tempat di Kelantan (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2015). Penanaman kobis tanah rendah dan tomato tanah rendah dilaporkan pernah dijalankan sekitar tahun 1970-1980'an dibeberapa negeri seperti di Johor, Selangor dan Kelantan dengan aktif. Bagaimana pun disebabkan beberapa faktur seperti kes-kes serangan perosak dan penyakit selain daripada kekurangan varieti baru yang rintang menyebabkan tanaman ini maka ia kurang atau tidak ditanam lagi. Kobis Bulat yang diimport dari apa yang penulis blog siasat setakat ini jauh lebih murah daripada kobis tempatan yang dihasilkan dalam negara. Harga runcit kobis bulat import dipasaraya sekitar RM2.50 - RM3.00 sekilogram manakala harga kobis bulat tempatan diantara RM3.00 - RM4.50 sekilogram. Bila kita ingin mula berbincang berkaitan dengan 'Kedaulatan Makanan' maka memang wajar untuk membincangkan kemungkinan untuk menanam kobis bulat tanah rendah sebagai salah satu alternatif mengeluarkan kobis bulat tempatan. Penanaman kobis jenis Brokoli dan Flokoli memang pernah dijalankan dengan aktif dikawasan tanah rendah. Kobis Bulat adalah dalam kategori 'Sayur Bunga' dimana ia mempunyai bentuk daunnya yang bulat telur sampai lonjong dan lebar seperti kipas. Sistem perakaran tanaman kobis didapati memang agak dangkal dimana selalunya akar tunjang akan segera bercabang dan memiliki banyak akar serabut. Analisa makmal mendapati sayuran kobis mengandungi khasiat protein, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin B2 dan Niacin. Kandungan protein pada kobis bulat berwarna putih lebih rendah dibandingkan kobis bunga namun kandungan Vitamin A-nya lebih tinggi. Dibeberapa negara jiran kita seperti di Indonesia penulis dapati lazimnya kobis bulat ini dapat tumbuh dengan baik dan ditanam pada dataran tanah rendah sampai dataran tanah tinggi. Bagaimana pun di Malaysia penanaman kobis bulat di kawasan tanah tinggi sudah hampir mencapai had maksima dan kawasan baru tambahan sukar diperolehi. Memang amat wajar difikirkan bagaimana hendak menanam kobis bulat dikawasan tanah rendah yang berkualiti dan menguntungkan petani. Artikel pada malam Ahad ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai usaha menanam kobis bulat di tanah rendah untuk dijadikan bahan rujukkan. 


Kobis yang ditanam ditanah atau dataran rendah kobis merupakan salah satu tanaman sayuran yang memiliki potensi untuk petani mengusahakan kerana ia memberi peluang menghasilkan kobis bulat yang boleh dijual sebagai keperluan domestik dan tanaman gantian import. Tanaman kobis bulat ditanah rendah memerlukan varieti khusus yang ia sesuai untuk ianya mampu menghasilkan bunga kobis bulat yang berkualiti. Pertumbuhan optimum tanaman kobis amat baik pada jenis tanah yang banyak mengandung humus, gembur, berongga, pH tanah antara 6.0 -7.0.  Apa yang baik mengenai tanaman kobis bulat yang ditanam ditanah rendah atau tanah tinggi adalah kerana ia akan dapat ditanam pada sepanjang tahun dengan amalan agronomi yang lebih intensif. Apa yang penting adalah benih sesuai. Semaian biji kobis daripada varieti dipilih untuk tanah rendah dibuat dalam nurseri dalam dulang semaian (tray). Media semaian yang sesuai digunakan adalah dengan menggunakan media seperti bahan tanaman cocoapeat atau menyediakan tanah campuran iaitu tanah halus dan baja organik dengan kadar perbandingan 2 :1. Setelah biiji benih yang disemai berumur sekitar 4 minggu atau telah mempunyai sebanyak 4 - 6 helai daun maka ia sudah sedia untuk diubah kekebun. Kerja-kerja penyediaan tanah dilakukan sebelum menanam dengan membajak atau rotor sedalam sekitar 30 cm dan kemudian dibiarkan selama seminggu agar terkena sinaran matahari yang cukup. Kemudian ia sebaiknya buat batas penanaman jika ia berada dikawasan yang mudah kena airdan dibubuh baja asas organik. Penanaman kobis dilakukan dengan memmasukkan anakbenih kobis tersebut kedalam lubang tanaman se hingga diparas leher akar. Digalakkan agar jaraj tanaman yang disyorkan adalah sekitar 50cm x 50 cm. Kawasan yang ditanam agak jauh menyebabkan ruang untuk rumpai tumbuh yang akan mengganggu pertumbuhan tanaman kobis ditanah rendah.


Selepas menanam perlu dilakukan kerja-kerja menyulam pokok dimana ia memang perlu dilakukan jika terdapat anakbenih yang mati atau lambat masa pertumbuhannya. Kerja menyulam perlu dihentikan setelah anakbenih kobis ini berumur 15 hari setelah diubah keladang ( transplanting). anakbenih yang ada mestikan sihat dan mencukupi syarat untuk diubah keladang. Menyulam benih kobis dengan ambil anakbenih semaian pada umur yang sama. Pembajaan tanaman kobis dengan kadar yang disyorkan iaitu 150 kg Nitrojan sehektar atau setara dengan 334 kg Urea/Ha, Baja Posforan 104 kg TSP/Ha, Baja Kaliam dengan kadar 100 kg K/Ha setara dengan baja 182 kg KCl/Ha. Jika jarak tanam 50 x50 cm maka keperluan baja sepokok adalah seperti Urea (8 gram sepokok), TSP (3 gm sepokok) dan baja KCl (5 gm sepokok). Keperluan baja organik yang disyorkan adalah 5 - 7 mt/ha. Mada pemberian baja organok yang sesuai adalah seasa penyediaan tanah sementara pemberian baja Urea (50% sahaja), TSP dan KCL adalah 2 mingu selrpas menanam.  Pemberian baja urea kali kedia dilakukan 2 minggu setelah pembajaan pertama yang mana baja urea ini dibubuh pada alur yang mengelilingi tanaman dengan jarak 5 - 7 cm dari tanaman. Menyiram perlu juga dilakukan tiap hari atau sesuai keadaan cuaca disekeliling tanaman.Jika cuaca panas maka tanaman perlu disiram setiap pagi dan petang sementara jika hujan tanaman tidak perlu disiram. Kerja mengawal rumpai dijalankan semasa aktiviti membaja dilakukan bergantung kepada keadaan rumpai dikawasan penanaman kobis bulat. Kawalan musuh dan perosak tanaman kobis bulat tanah rendah adalah perkara yang penting untuk dibincangkan kerana ia mudah berlaku. Amalan Kawalan Perosak Bersepadu atau Intergrated Pest Management (IPM) bagi tanaman kobis bulat perlu dijalankan untuk mendapatkan penghasilan yang baik. Antara perosak yang penting seperti Ulat daun kobis, Ulat Bunga kobis, penyakit Bengkak akar, Penyakit Busuk Hitam, Penyakit Bintik Daun, Penyakit Embun tepung. Pengawalan perlu dilakukan dengan betul daripada peringkat awal penanaman terhadap perosak yang menyerang. Antara kaedah yang disyorkan adalah apabila terdapat serangan bengkak akar pada tanaman muda maka tanaman segera dicabut dan dimusnahkan. Kalau terpaksa menggunakan racun kimia sebaiknya menggunakan jenis pesticide yang mudah terurai seperti racun kimia biologi, pesticide organik atau pestiside piretroid sintetik. Penggunaan pesticide tersebut harus dilakukan dengan betul agar ia berkesan dan tidak membahayakan pengguna. 


Pada masa sekarang penanaman kobis bulat tanah rendah memang amat kurang ditanam di Malaysia bagaimana pun dinegara jiran Indonesia ianya berjaya dilakukan dengan baik. Disana tanaman kobis atau dipanggil sebagai 'kol' ditanam dengan baik walau pun ada kalanya dari laporan media ia menghasilkan kualiti kobis yang tergolong sebagai kualiti yang agak rendah. Perkara ini disebabkan diantaranya dimana tanah yang ditanam sudah tidak subur, pengurusan tanaman kurang sistematik, serangan perosak dan penyakit serta amalan agronomi tanaman yang kurang memuaskan. Penulis cuba menjelaskan bagaimana cara amalan agronomi yang sebaiknya dijalankan untuk tanaman kobis bulat tanah rendah berdasarkan kepada rencana yang dilaporkan dari Kantor Pertanian mereka hasil dari lawatan penulis disana. Ia merangkumi aktiviti persediaan sebelum menanam, Fasa Menanam, Fasa Pembentukkan Bunga dan Fasa Menuai. Bagi Fasa pertama iaitu Fase Pra Menanam, sebaiknya pilih kawasan sesuai sama ada untuk tanah tinggi dan tanah rendah walau pun diketahui tanaman kobis buoat amaat baik ditanam dikawasan tanah tinggi melebihi 800 meter dari paras laut. Tanaman kobis bulat sesuai ditanam sepanjang tahun. Kawasan yang ada cukup hujan dengan suhu 15 - 20 darjah celcius adalah paling ideal untuk pertumbuhan. Jenis tanah yang gembur, bertekstur halus dan kadar keasdan tanah Ph 6.0 - pH6.5 amat sesuai dipilih. Kawasan tanaman perlu bebas dari rumpai yang boleh menjadi perumah kepada perosak tanaman kobis. Tanaman kobis perlu dilakukan secara Tanaman Bergilir untuk elakkan serangan penyakit dan musuh tanaman. Bagi musim panas atau kemarau adalah digalakkan menggunakan banyak baja organik untuk kadar serapan air terbaik. Fasa Pembentukan Bunga (50 - 90 hari) merupakan fasa paling kritikal dalam penanaman kobis bulat. Ini kerana peringkat ini yang akan menentukan sama ada tanaman berjaya menghasilkan bunga yang boleh dimasilkan berkualiti. Serangan perosak seperti Ulat Makan Daun Kobis (Plutella xylostella) serta ulat Bunga Kobis (C. binotalis) perlu dikawal dengan serius. Ia sering beraku dalam musim panas dan musim kemarau. Biasanya kobis akan dituai dalam masa umur 81- 105 hari selepas tanam. Tanda-tanda kobis sedia untuk dituai adalah dimana dibahagian tepi bunga kobis dibahagian atasdilihat telah melengkung ke luar serta berwarna agak ungu dimana bunga ini telah padat. Semasa memetik bunga kobis bulat sebaiknya meninggalkan dua helai daun hijau membuat perlindungan bunag tersebut semasa kendalian lepas tuai. Selepas dituai sebaiknya dikendalikan dengan baik agar daun bunga kobis tidak cedera atau luka kerana ia boleh menyebabkan serangan penyakit Busuk Lembut (Erwinia carotovora) atau serangan oleh jenis Penyakit Busuk Hitam (Xanthomonas camprestris) dan sebaiknya daun-daun kobis yang terkena serangan ini mesti dibuang. Potensi dalam penanaman kobis bulat tanah rendah di negara ini masih perlu dilakukan kajian lanjut menggunakan benih sesuai, amalan agronomi terbaik dan sokongan teknikal yang kukuh. Diharap penulisan rencana ini memberi info kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAM KOBIS... DITANAH RENDAH DICUBA...
AGAK SUKAR DIJAGA..CARA BAGAIMANA...
BANYAK ANCAMAN... PEROSAK YANG ADA...
HASIL KELUAR...KUALITI KOBIS DIPERIKSA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1608, Hotel Royal,
3, Jalan Larut, Georgetown,
Pulau Pinang, 
Malaysia.
(2 JAMADILAKHIR 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...