Support My Blog

Tuesday, June 7, 2022

BUNGA BAKUNG - FAKTA MENARIK

BUNGA BAKUNG (Bunga Lily) adalah tumbuhan daripada keluarga Liliaceae yang lazimnya tumbuh di sebagian besar Eropah dan juga disebahagian besar Asia sehingga di Jepun, Selatan India, di China dan kebanyakan negara-negara di Asia Tenggara. Apa pun nama tanaman hiasan ini popular sebagai 'Bunnga Lily' atau Lili sahaja dan ia diminati ramai kerana kecantikan bunga dan kegunaannya. Ini kerana tanaman hiasan ini boleh dikomersilkan atau ditanam secara suka-suka dikawsan keliling rumah. Dalam pada itu tumbuhan ini secara asalnya timbuh liar dikawasan habitat hutan, kawasan di pegunungan, habitat padang rumput, serta ada beberapa spesis yang mampu hidup dikawasan tanah berpaya. Bunga bakung lebih sesuai untuk hidup dengan baik didalam habitat dengan tanah yang mempunyai keadaan jenis tanah yang kadar keasidan tanah seimbang. 
Apa pun pokok bunga bakung adalah tumbuhan renek dengan ketinggian pokok antara 60 -180 cm. Bunga bakung biasanya memiliki tangkai yang kukuh dimana didapati kebanyakan spesis bunga ini mempunyai bahagian umbi atau 'bulb' dibawahnya (dalam tanah). Di laporkan dimana ada beberapa jenis bunga bakung yang tumbuh di Amerika Utara yang umbisinya boleh tumbuh seakan menjadi rizom atau mempunyai ruas. Rizom ini adalah biasanya akan terbentuk daripada batang tumbuhan yang tumbuhnya menjalar di bawah permukaan tanah dan dapat menghasilkan tunas dan akar baru dari ruas-ruasnya. Biasanya bunga bakung yang besar memiliki tiga daun bunga dengan aroma wangi yang khas. Dilaporkan ada banyak warna bunga bakung daripada yang berwarna putih, kuning, jingga, merah muda, merah, ungu, warna tembaga, hingga hampir hitam dan uniknya ada juga yang bercorak bintik-bintik. Penulis blog pernah menanam bunga bakung ini semasa tinggal di kuarters di Segamat dan Mersing dahulu. Artikel pada tengahari Khamis 19 Ramadan 1443H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta tanaman bunga bakung untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog dan anda semua.

Di laporkan aktiviti menanam bunga bakung boleh menjadi alternatif untuk mencantikkan keindahan kawasan tempat tinggal di rumah atau di taman-taman bunga. Bunga bakung biasanya boleh ditanam dengan menggunakan benih daripada umbinya (bulb) walau pun ada kalangan pakar menanamnya dengan menggunakan biji. Bunga bakung akan terpengaruh kadar pertumbuhannya setelah mendapat jumlah besar sinar matahari yang diperlukan. Dilaporkan dimana kebanyakkan jenis bunga bakung tumbuh dengan baik pada kawasan tanah liat dan berrongga dan banyak organik dengan ada sistem saliran yang baik. Di Malaysia memang pasti dimana teknik penanaman bunga bakung ada dilakukan dibeberapa lokasi terutama dikawasan tanah tinggi yang mempunyai cuaca dingin dan juga disekeliling rumah sebagai tanaman hiasan menarik. Asas menanam bunga bakung sama dengan cara menanam tumbuhan ornamental lain dimana salah satu syarat agar tanaman ini boleh tumbuh dengan baik bermula daripada penyediaan tanah, penyediaan benih berkualiti, amalan agronomi serta pemilihan lokasi yang sesuai. Bunga bakung juga sering dijadikan sebagai Bunga Keratan (cut flower) dan dijadikan sebagai 'bunga jambangan' atau Bunga Buket (bucket flowers) yang digunakan dalam beberapa majlis termasuk majlis perkahwinan dan sebagainya. Bergantung kepada keunikan dan kreativiti serta kombinasi bunga yang digunakan kini 'bucket flowers' ini boleh dibeli secara on-line dengan harga diantara RM60 - RM80 satu unit. Pembaca blog ini boleh google sahaja di Lazada dan Shopee dimana ada tawaran bunga ini ada diiklankan. Memang pasaran bunga ini agak baik di negara kita.

Menanam bunga bakung boleh dilakukan oleh sesiapa yang minat menanamnya. Perkara pertama adalah kerja penyediaan kawasan sama ada ingin menanam diatas tanah atau tanam didalam pasu sahaja. Seterusnya adalah mendapatkan benih tanaman terdiri daripada bulb dari pokok bajubg yang telah matang atau senang sahaja membelinya secara on-line sahaja. Kalau sudah ada pokok induk untuk dihadikan benih pelu memilih hanya pokok yang sihat, cukup matang dan dari varieti terbaik digunakan. Sebaiknya sebelum ditanam umbi bunga bakung direndam di dalam air selama 24 jam. Tujuan merendam ini adalag untuk membolehkan tunas dari dalam umbi cepat tumbuh. Agar proses pertumbuhan berjalan dengan cepat maka sebaiknya umbi disemai terlebih dahulu. Setelah umbi ini keluar tunas dan tumbuh dengan baik baru sesuai untuk dipindahkan ke media tanam berupa polybag atau diatas tanah. Setelah bulb tersebut yang disemai sudah mulai tumbuh tunas maka ia sudah boleh ditanam. Media tanaman bunga bakung boleh menggunakan tanah campuran pada kadar 1:1:1 (tanah, organik dan pasir). Masa sesuai memindahkan benih dari tempat tapak semaian ke dalam pasu mesti dilakukan dengan berhati-hati agar tidak merosakkan tunas dan benih. Amalan terbaik menanam adalah pada waktu pagi atau petang dimana sinar matahari tidak terlalu terik. Lakukan penyiraman secara rutin pada pagi dan petang agar tanaman bunga bakung tidak layu. Penyiraman perlu dikawal kuantiti air dan jejerapannya kerana jika terlalu bayak air akan menyebabkan umbi tanaman menjadi busuk. Tanaman bunga bakung sebenarnya tidak memerlukan perawatan yang istimewa. Cukup mencabut segala rumpai yang ada dan memerikan baja asas NPK dan baja organik secara berkala.

Beberapa fakta mengenai bunga bakung 
adalah unik sebab ia mempunyai umbi. Umbi ini boleh berkembang menjadi rizom atau rimpang. Rizom ini adalah modifikasi dari batang tumbuhan yang tumbuhnya selalu menjalar di bawah permukaan tanah dimana menghasilkan tunas dan akar baru dari ruas-ruasnya. Dari umbi maka bunga bakung dapat tumbuh secara mudah untuk dibiakkan. Selalunya bakung putih kerap dimaksudkan sebagai lambang kesucian, kemurnian, ketulusan, kemuliaan, pengabdian sekaligus lambang persahabatan sejati. Ada juga dikalangan pihak yang menggunakan bunga bakung dijadikan 'hand bucket' bagi pengantin wanita. Dalam pada itu sering dilaporkan bunga bakung juga punya sifat anti-mikrob yang dari bahagian bunga yang di ekstrak. Bahan ini didakwa untuk rawatan sebarang jangkitan atau pencegahan infeksi. Dalam pada itu dilaporkan ekstrak bunga bakung juga boleh ianya  digunakan sebagai aktioksidan sama ada dari bahagian umbi, daun atau pun bahagian bunga. Bahagian umbi dari bunga bakung dilaporkan juga ia mengandungi banyak bahan Steroidal glycoalcaloid dan Furostanol saponin yang mana ia merupakan 
komponen yang berfungsi sebagai anti kulat (anti fungi). Ada kajian dimana kandungan terdapat anti-inflamasi pada bahagian daun bunga bakung yang mampu meredakan panas dalam serta merawat sakit tekak. Kajian lain melaporkan dimana bunga bakung kuga mampu mengatasi masaalah dkenali sebagai 'Insomnia' atau gangguan susah tidur sebagai bahan terapi yang berkesan. Petua dengan mengambil bunga bakung secara rutin didakwa mampu untuk meningkatkan daya tahan tubuh seseorang (Immune). Akan tetapi tentunya harus tetap melakukan gaya hidup sihat dengan selalu berolahraga. Tidak kurang juga khasiat dimana bunga bakung mampu merawat masaalah sakit mata serta mata berair. Caranya dengan mengambul daun dan bunga abakung dan direbus bersama air bersih. Setelah sejuk maka dititiskan kemata yang bermasaalah sekitar 3 titis. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA BAKUNG... BUNGA LILY SAMA...
MUDAH DITANAM... MESTI DIJAGA...
PUTIH POPULAR... BANYAK WARNA...
ADA KHASIAT... BACA PETUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia. 
(21 Ramadan 1443H).

Monday, June 6, 2022

TERNAKAN AYAM DAN TEKNOLOGINYA

INDUSTRI TERNAKAN AYAM DI MALAYSIA
merupakan satu jenis industri ternakan yang berskala besar di negara kita dan juga banyak negara lain di dunia. Haiwan berkaki dua yang dipanggil sebagai Ayam (Birds) juga merupakan jenis daging yang di makan oleh semua bangsa di dunia dan semua kaum di Malaysia dalam pelbagai bentuk di,ama antara jenama ayam paling terkenal adalah Makanan Ayam Goreng Kentucky (Kentucky Fried Chicken) yang di pasarkan keseluruh dunia sebagai satu produk Fast Food. Kini ada banyak lagi restoren makanan berasaskan ayam muncul diseluruh dunia. Siapa yang tidak menyukai ayam goreng KFC dimana dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang-orang tua pun suka akan ayam goreng resepi KFC. Dari manakah bekalan ayam yang di goreng di KFC ini di perolehi sepanjang masa?. Sebenarnya negara kita adalah sangat kedepan dalam teknologi penternakan ayam daging dimana sehingga mampu membekal keperluan domestik dan juga sebahgian untuk di ekspot ke negara jiran. Penternakan ayam juga menyebabkan kita menjadii 'net importer' bahan makanan ayam iaitu jagung dan kacang soya yang menyebabkan jumlah impot makanan negara amat tinggi berpuluh-puluh billion ringgit setahun. Kebanyakan makanan ayam adalah rumusan daripada jagung dan kacang soya serta bijirin lain yang dihasilkan oleh beberapa kilang makanan ternakan utama seperti Gold Coin, Cargill, Seng Heng Chan dan beberapa lagi. Penternakan ayam meliputi pelbagai kategori iaitu untuk AYAM PEDAGING, AYAM PENELUR, AYAM KAMPONG, AYAM PEMBIAK BAKA, ITEK dan juga termasuk ternakan BURONG PUYOH. Industri Ayam merupakan industri yang besar dijalankan di Malaysia dengan sebanyak 260,826,321 ekor di ternak pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut sebanyak 171,980,685 ekor adalah dari jenis Ayam Pedaging, sebanyak 62,162,143 ekor adalah Ayam Telur, sebanyak 15,473,432 ekor adalah Ayam Pembiakbaka dan sebanyak 11,210,061ekor adalah Ayam Kampong. Sementara itu terdapat sebanyak 9,780,573 ekor ternakan itek dilapor di Malaysia pada tahun 2019 (Sumber: Perangkaan Ternakan di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Verterinar 2020). Penggunaan daging ayam tempatan adalah sebanyak 1,5 juta metrik tan setahun dimana daging ayam merupakan jenis daging putih yang banyak diambil oleh rakyat Malaysia seharian. Ramai akan jumpa daging ayam ini dihidangkan di restoran sema sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sehingga makan lewat malam (supper). Ia dimasak menjadi sate ayam, kari ayam, ayam percik, ayam golek, ayam goreng, ayam ungkep, ayam kicap, ayam goreng Uncle John dan banyak resepi lagi ianya dihidangkan. Kenaikan harga ayam daging di Malaysia terkini menarik dan menjadi topik pperbincangan hangat apabila harga mencecah lebih RM12.00 sekilogram akibat kos makanan yang tinggi. 
Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan membincangkan beberapa maklumat mengenai teknologi dan kisah ternakan ayam untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 

Penulis blog 
mendapati dimana masa ini didalam dunia yang serba moden dimana kebanyakkan peralatan dalam industri pertanian dan penternakan semakin moden teknologinya. Perkara ini dilihat semakin tinggi teknologi maka semakin tinggi nilainya kepada sesebuah industri dan juga masyarakat. Sebagai contoh adalah aspek paling besar dalam dunia penternakan di Malaysia iaitu industri penternakan ayam. Ada yang pembaca blog ini sendiri mungkin pernah melihat betapa modenya cara penternakan ayam itu sendiri dari pelbagai aspek. Bermula dari aspek sistem perumahan sehinggalah aspek perubatan dimana ia semuanya telah dimodenkan teknologinya. Dengan bermulanya perubahan ini maka dapat melihat betapa majunya teknologi moden tersebut sekarang. Antara penggunaan teknologi moden dalam penternakan ayam ialah Sistem Reban Ayam Tertutup. kalau dahulu mungkin ramai selalu melihat reban ayam terbuka tetapi kini setelah dimodenkan masyarakat mengubahnya menjadi reban ayam tertutup untuk elakan ancaman lalat, bau busuk dan sebagainya. Reban ini lebih selamat berbanding reban ayam tradisional dan terbuka sedia ada. Pengudaraan dalam reban cara ini boleh dikawal dengan kipas dan pendingin hawa. Kawalan halaju angin yang boleh disesuaikan untuk berbagai peringkat umur ayam. Ia dapat membantu pengudaraan dan membekalkan oksigen segar yang cukup untuk setiap ekor ayam. Dengan adanya pengudaraan yang bagus, ayam yang diternak dapat hidup dengan baik dan segar. Dalam pada itu kini isu pemakanan juga telah dimodenkan untuk tumbesaran ayam yang berkualiti. Pemakanan ayam yang terkini ialah dedak probiotik. Dedak probiotik ini bukan sahaja untuk tumbesaran ayam tetapi bagus untuk kualiti telur dan anak ayam. Ayam yang diberi makan dedak probiotik ini akan lebih sihat dan cepat membesar. Dedak probiotik ini menggunakan pati ikan sebagai sumber protein dan bebas daripada bahan terlarang selaian penggunaan probiotik bacillus. Makanan dedak probiotik ini diformulasikan dalam bentuk pallet kering. Pemakanan ayam yang sihat dapat menjamin kesihatan ayam yang lebih berkualiti. Walau pun bahan asas makanan ini kebanyakannya adalah terdiri dari jagung bijirin, kacang soya dan bahan tambahan laian diimport akan tetapi kecekapan kilang yang mmengeluarkan makanan terus menyokong industri ini di Malaysia. Sejak awal tahun 2022 sehingga 1 Julai 2022 Kerajaan Malaysia telah memberikan subsidi harga makanan ternakan ayam bagi menjamin kestabilan harga runcit daging ayam dipasaran tempatan.

Menyentuh mengenai 
peralatan untuk penternakan ayam dimana ia juga sudah dipermodenkan. Apa yang penulis blog lihat dimana diantara beberapa peralatan penternakan ayam ialah kipas penyejuk (cooling fan). Alat peyejuk ini digunakan untuk membenarkan udara segar dan sejuk masuk ke dalam reban ayam untuk tujuan mengekalkan kelembapan dan suhu di dalam reban. Kipas penyejuk jugaselalunya akan dapat mengeluarkan haba panas dari reban yang dihasilkan oleh ayam. Selain itu juga ia berfungsi untuk mengurangkan kelembapan yang berlebihan dan menghalang pengumpulan gas ammonia dan karbon dioksida dari dalam reban ayam. Ketiadaan kipas penyejuk kesannya adalah sistem tidak dapat membengkalkan udara yang segar kepada ayam di dalam reban tertutup. Pada masa ini dimana teknologi dari segi perubatan ternakan ayam sudah tinggi perubahannya. Apa pun jika dilihat sebagai contoh penyelidikan dari Universiti Putra Malaysia yang menghasilkan vaksin bagi penyakit Gumboro (Bursal Disease Vaccine). Gumboro ialah penyakit yang mengakibatkan kematian ayam yang tinggi dan hilang daya tahan. Selain dari Malaysia dilaporkan dimana dinegara dari Myanmar dan Vietnam juga menggunakan vaksin ini untuk mencegah penyakit berjangkit. Penggunaan vaksin ini hanya perlu dimasukkan ke dalam air minuman ayam atau melalui suntikan di bahagian leher ayam. Setiap satu botol vaksin menghasilkan 1,000 dos dimana kini dengan adanya vaksin yang terbaik ini maka penternak dapat mencegah pelbagai penyakit pada ayam. terkini sudah banyak pengusaha yang sudah melakukan Sistem Penternakan Ayam Automatik sepenohnya. Teknologi ini sudah memudahkan bagaimana kaedah untuk aplikasi ini memberi makan, air minum dan seterusnya akan membersihkan reban ayam iaitu secara automatik. Dilaporkan ada dua cara penggunaannya iaitu pertama dengan LCD dan menggunakan rangkaian Android. Siatem akan dapat mengatur masa yang sesuai dengan keperluan sistem penternakan dimana ia sesuai untuk industri penternak ayam kecil dan sederhana. Apa pun apabila sudah ada teknologi moden bagi penternakan ayam hasilnya ia akan dapat memudahkan lagi penternak dalam penjagaan ayam. Teknologi yang semakin canggih ditambah lagi dengan kemodenan sistem yang semakin pesat dapat memudahkan penternak ayam mmempastikan bekalan ayam berkualiti, mencukupi dan sesuai dengan kehendak pasaran. Malaysia seharusnya berdiri sama tinggi dengan negara yang kini semakin maju dalam dunia pertanian dan juga penternakan bagi mempastikan kedaulatan makanan negara terjamin.

Penulis blog merujuk kepada satu lagi laporan dari UPM yang bertajuk '
Reban ayam tertutup canggih dan lengkap dengan sistem kawalan suhu' berkaitan dengan teknologi ternakan ayam untuk dikongsikan infonya. Pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang kini memiliki reban ayam tertutup serba canggih yang dilengkapi sistem kawalan suhu dan kelembapan serta sangkar tiga tingkat, yang boleh menampung kira-kira 7,500 ayam pedaging. Kini dengan integrasi ternakan yang menggabungkan teknologi moden dalam infrastruktur, ayam boleh mencapai berat 2.4 kg dalam masa antara 32 dan 35 hari, berbanding antara 38 dan 42 hari sekiranya ternakan dilakukan secara terbuka. Dilaporkan selain membekalkan ayam pedaging, reban ayam tertutup ini juga akan membolehkan penyelidik dan pelajar menjalani pelbagai penyelidikan yang berkaitan. Reban ayam tertutup berukuran 62 x 12 meter yang membabitkan kos pembinaan RM750,000 ini, mempunyai empat penapis udara dan enam kipas besar bagi pengawalan aliran udara, suhu dan bau, serta penutup atau jaring (netting) bagi menghalang kemasukan lalat ke dalam reban. Menurut dakwaan oleh  Ketua Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian UPM, Prof. Dr Loh Teck Chwen dimana dia beritahu kawalan suhu dan kawalan kelembapan adalah penting bagi proses pembesaran ayam. Sistem kawalan suhu digerakkan secara separa-automatik, manakala ayam dimasukkan atau dikeluarkan daripada sangkar tiga tingkat itu menggunakan ‘roller’ yang bertindak menolak ayam-ayam berkenaan. Reban ayam ini mempunyai keistimewaan iaitu jika suhu di dalam reban berubah kepada tinggi, kipas itu akan berfungsi secara automatik dan menyedut udara masuk ke dalam reban melalui ‘cooling pad’ yang mempunyai aliran air, dan ini akan menyejukkan udara yang melaluinya. Dengan ini maka suhu persekitaran di dalam reban akan menurun. Jika suhu dikawal antara 24 dan 28oCelsius dan dengan kelembapan yang selesa, ayam akan mencapai berat 2.4 kg dalam masa antara 32 dan 35 hari. Apa pun diberitahu dimana semakin sejuk suhu maka akan semakin elok untuk pembesaran ayam.  Makanan ayam pula disalurkan ke sangkar tiga tingkat itu menggunakan saluran ‘piping’ dari silo yang terletak di satu bahagian di penghujung reban ayam itu. Kini bau yang dikawal juga dapat menghindarkan kehadiran lalat dan lapisan jaring yang dipasang di kipas besar tersebut akan menghalang kemungkinan kemasukan lalat. Najis ayam itu pula katanya, akan dijadikan baja kompos bagi oleh Unit Organik, Fakulti Pertanian bagi mendatangkan pulangan kerana ia adalah ibarat ‘emas hitam.’ Idea pembinaan bangunan reban ayam tertutup itu pembinaannya dibiayai Malayan Flour Mills (MFM) Berhad, manakala fasiliti reban itu disediakan oleh AGCO GSI (M) Sdn Bhd. MFM juga sudah menaja tiga pelajar Sains Haiwan UPM yang melanjutkan pengajian di Arkansas University, Amerika Syarikat bermula tahun lalu.  

Dalam portal berita hmetro.com pula dipaparkan artikel bertajuk '
Industri penternakan ayam berkisar kepada permainan volume' yang agak menarik dikongsikan. Penternak dan peladang ayam daging yang menyertai sistem integrasi ladang kontrak tidak terjejas dengan sebarang perubahan harga jualan ternakan itu di pasaran. Menurut Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor Idrus Zainal Abidin berkata, peserta sistem itu hanya perlu menyediakan lokasi sesuai dan reban selesa kerana ayam pedaging dipelihara secara intensif di dalam reban sepanjang masa. Katanya, input lain seperti perolehan anak atau baka, makanan, vaksin dan doktor veterinar akan disediakan sesebuah syarikat besar yang dikenali sebagai integrator. Kini ada sejumlah integrator di negara ini dan lima daripadanya syarikat tersenarai awam. Integrator memberi kami anak ayam, makanan ayam, vaksin, jika ada masalah penyakit ayam pun doktornya akan datang ke ladang ternakan. Apabila sudah matang untuk tuaian, misalnya sudah cukup masa 34 hari pihak integrator itu akan mengambil semula ayam berkenaan. Sebagai contoh di ladang saya, mengikut kontrak pihak integrator akan ambil semula ayam dan bayar pada harga RM4.90 sekilogram yang kemudian akan ditolak input disediakan integrator maka dapatlah dia untung RM1. Keuntungan itu juga sudah pun memadai dengan volum ayam yang diternak. Kini industri penternakan ayam daging adalah berkisarkan kepada permainan volume iaitu lagi banyak kuantiti ada akan lebih untung dapat dicapai. Masalah turun naik harga ayam tidak akan menjejaskan peserta kerana kami dibayar dengan harga di ladang yang sudah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam kontrak. Apa yang terkesan adalah integrator. Rugi kemerosotan perniagaan masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) satu hal, ditambah pula kenaikan mendadak kos input makanan jagung dan soya yang diimport seperti dari Brazil dan Argentina. Jika harga makanan ayam import meningkat sekali pun, kami tak terjejas sebab integrator yang tanggung. Sebab itu kami senyap sahaja mengenai hal ini, biarlah kerajaan berunding dengan integrator. Menurutnya, cadangan kerajaan mengimport ayam siap dari Thailand, China dan Brazil juga tidak membantu menstabilkan harga, sebaliknya mungkin lebih tinggi. Dia juga difahamkan ramai pengimport sudah tarik diri. Payah nak jual pada harga RM8, mungkin harga akan pergi hingga RM10 sebab harganya (dari negara pengeluar) sudah mahal. Ditanya sama ada bekalan ayam keluaran dalam negara mencukupi, beliau berkata, jika diikutkan realiti bekalan sedia ada di ladang memang cukup. Apa pun sebagai contoh dakwanya, terdapat 33 penternak di bawah Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor yang berupaya membekalkan antara tiga hingga empat juta ayam pada satu-satu masa. kini untuk (pasaran) dalam negeri memang mencukupi dimana satu hari diperlukan sekitar dua hingga tiga juta ayam untuk keperluan pasaran pengguna di seluruh Malaysia. Dilaporkan pada Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan harga runcit maksimum bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan, selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). Intervensi kerajaan menetapkan harga runcit bagi ayam standard berkuat kuasa esok 5 Februari hingga 5 Jun itu adalah langkah untuk menjamin kestabilan harga ayam dan harga makanan berkaitan. Semuga artikel panjang ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TERNAKAN AYAM... MAJU CARANYA...
AYAM DAGING...BANYAK JUMLAHNYA...
TEKNOLOGI MODEN... KINI DILAKSANA....
MAMAKAN ASAS AYAM... SEMUA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 ZUlkaedah 1443H).

Sunday, June 5, 2022

TEKNOLOGI TANAM UBI KAYU (Part 4)

TANAMAN UBI KAYU
(Manihot esculenta Crantz) atau pun ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu di Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya adalah dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubi kayu adalah seluas 2,832 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 604 hektar menghasilkan 12,619 metrik tan pada tahun 2021 diikuti dengan Negeri Sarawak (754 hektar menghasilkan 8,251 mt) dan Negeri Selangor (480 hektar menghasilkan 7,395 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaedah penanaman ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dalam pada itu ada jenis perosak dari jenis serangga dan hamama boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada tanaman ubi kayu terutamanya pada musim kering dan cuaca panas, kehilangan daun-daun dan pucuk akan berlaku. Namun demikian pokok akan pulih semula tanpa penggunaan racun perosak. Ubi kayu ialah tanaman berkayu/keras dan tidak mudah dirosakkan oleh perosak. Koyakoya, hama dan tikus merupakan perosak yang biasa menyerang ubi kayu. Perosak Koya (Mealy bugs) akan menyerang tanaman ubi kayu. Serangga betina dewasa berbadan lembut bersegmen, tanpa sayap, panjangnya 2.5mm dan diselaputi filamen putih berlilin. Kitaran hidupnya dari peringkat telur hingga dewasa mengambil masa 6 minggu. Simtom kerosakan Daun dan pucuk berubah bentuk dan berwarna kuning disebabkan oleh serangan serangga ini. Ianya merembes cecair manis yang menggalakkan kulat berjelaga yang mengakibatkan kehitaman pada daun, batang dan buah. Terdapat juga Hamama (Mites) dewasa dimana ia sangat kecil yang berwarna kehijauan hingga kekuningan atau kemerahan bergantung kepada jenis spesies ( Gambar 20 ). Ianya kelihatan seperti titik yang bergerak. Semasa hujan lebat berlaku mungkin keseluruhan peringkat hidup hamama ini dilarikan oleh air hujan berkenaan. Simtom kerosakan Hamama menyerang dengan menghisap cecair pada pucuk, daun muda dan batang yang masih muda. Jika serangan teruk, daun muda akan cacat, daun tua akan layu dan gugur . pucuk juga berkemungkinan akan mati. Permukaan batang menjadi berparut. Serangan hamama ini biasanya berlaku dalam keadaan kemarau yang berpanjangan.

Perosak yang ada menyerang ubi kayu termasuk Lalat Putih (Whitefly) dimana organ kepak dan badan serangga dewasa berwarna putih dan bersaiz 0.5 - 0.8mm panjang (Sila lihat foto disebelah). Badannya dilihat berwarna seakan putih kekuning-kuningan dilitupi dengan serbuk (bedak) putih berlilin. Simptom kerosakan Serangga dewasa serta nimfa menghisap cecair dari daun dan mengeluarkan sisa buangan”madu rembesen” yang mana ia  menyebabkan pertumbuhan kulapuk hitam. Serangan lalat ini biasanya tidak menimbulkan kerosakan yang jelas tetapi jika populasinya agak tinggi pembesaran pokok akan terbantut. Dalam pada itu terdapat perosak Teritip (Scale insect) dimana serangga dewasa dan nimfa melekat serta menghisap cecair dari bahagian batang atau daun ubi kayu. Keadaan ini menyebabkan pokok kelihatan pudar dan diselaputi kulapuk hitam dimana kemudian daunnya akan menjadi kering dan layu dan akhirnya pokok ubikayu akan mati. Agak pelik kerana berlaku serangan oleh Tikus (Rat) pada umbisi yang telah matang didalam tanah. Uniknya dimana kadang-kadang tikus juga memakan dan merosakan ubi-ubi yang terkeluar dari permukaan tanah dan boleh mengorek juga. Haiwan tikus boleh diracun dengan umpan yang mengandungi warfarin dan pastikan kawasan ladang adalah sentiasa bersih untuk mengurangkan tempat tikus bersembunyi. Bagaimana pun lazimnya serangan perosak pada tanaman ubi kayu selalunya kurang menjejaskan hasil. 

Aspek penuaian (harvesting) ubi kayu merupakan kerja memerlukan kemahiran dan pengendalian lepas tuai yang baik. Pembentukan ubi mula berlaku selepas 2 bulan keratan ditanam. Tempoh matang ubi kayu bergantung kepada jenis varieti yang ditanam seperti didalam segmen dalam Part 1 dan Part 2 sebelum ini. Pada amnya ubi kayu boleh dituai hasil ubinya dari 9 - 24 bulan selepas ditanam. Perkara ini adalah bergantung kepada jenis varieti, keadaan cuaca dan juga keadaan tanah. Ada juga varieti yang boleh dituai ketika mencapai umur 6 - 7 bulan selepas ditanam. Sebelum kerja-kerja menggali ubi dilakukan pokok-pokok ubi kayu hendaklah dipotong dan tinggalkan lebih-kurang 1 kaki dari permukaan tanah untuk memudahkan kerja menggali. Alat Menuai atau fork yang mempunyai tiga mata boleh digunakan untuk kerja-kerja menggali. Kerja-kerja penuaian boleh juga dilakukan dengan menggunakan jentera akan tetapi penanaman dimana menggunakan batas hendaklah diamalkan. Teknik penuaian menggunakan jentera juga menghadapi masalah kerana ubinya kadang-kadang menjalar jauh dan juga ubi masuk jauh kedalam tanah. Walaupun kerja penuaian dapat dipercepatkan tetapi kerosakan pada ubi boleh mencapai sampai 20%.
Ubi segar yang telah dituai hanya boleh tahan dalam masa lebih-kurang 48 jam sahaja. Menurut kajian saintis dimana cara penyaduran ubi dengan ”fungicidal wax” didapati dapat memanjangkan jangka hayat penyimpanan sehingga 16 hari dan penyimpanan di tempat sejuk (0 - 2 elcius) iaitu dengan kelembapan udara relatif 85 - 90 % didakwa ia boleh juga meningkatkan hayat penyimpanan sehingga 6.5 bulan. Kerja-kerja penuaian tidak dapat dilakukan sekali gus kerana ubi segar cepat rosak. Sebaiknya kuantiti yang dituai bergantung kepada keperluan pasaran. Di kebun ubi kayu komersil yang dijaga dengan baik bagi jenis ubi pahit boleh menghasilkan ubi segar sebanyak 30 - 40 mt/ha. Untuk jenis ubi kayu manis yang boleh dimakan pula biasanya hasil ubi segar ialah kira-kira 20.0-30.0 mt/ha sahaja. Faktor utama yang akan ianya mempengaruhi penghasilan ubi ialah kesuburan tanah, jenis tanah, operasi kultura, jenis varieti yang ditanam, penjagaan pokok, penggunaan baja, umur pokok, jarak penanaman, keadaan cuaca dan kekerapan penanaman pada satu-satu kawasan.  
Artikel ini ditulis didalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
UBI KAYU... CASSAVA ATAU TAPIOCA....
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA....
DIREBUS EMPUK.. CICAH SAMBAL SAJA...
TINGGI KABOHIDERAT... ENAK RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1443H).

Saturday, June 4, 2022

TEKNOLOGI TANAM UBI KAYU (Part 3)

TANAMAN UBI KAYU
(Manihot esculenta Crantz) atau pun ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu di Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubi kayu adalah seluas 2,832 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 604 hektar menghasilkan 12,619 metrik tan pada tahun 2021 diikuti dengan Negeri Sarawak (754 hektar menghasilkan 8,251 mt) dan Negeri Selangor (480 hektar menghasilkan 7,395 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel dan kanji. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaedah penanaman ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Penyediaan bahan tanaman ubi kayu diambil dari keratan iaitu dari bahagian batang yang telah cukup matang iaitu bahagian tengah batang. Bahagian batang yang muda tidak sesuai dijadikan bahan tanaman kerana ianya mudah kering. Jika ianya diperlukan juga kerana kekurangan bahan tanaman maka hendaklah ditanam terlebih dahulu di tapak semaian untuk tujuan pengakaran. Bahagian pangkal batang perlu dielakkan kerana bahagian ini selalu diserang oleh mosaik virus. Keratan hendaklah diperolehi dari pokok-pokok yang bebas penyakit. Keratan berukuran lebih kurang 30cm perlu disediakan apabila kerja-kerja penanaman akan dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Selalunya untuk penyediaan anak benih 30cm bahagian pangkal dan hujung atau bahagian batang yang masih hijau perlulah dibuang. Dengan itu sebatang pokok ubi kayu dapat memberikan 4-5 keratan iaitu untuk pokok yang berumur 6-8 bulan selepas ditanam. Jumlah batang pokok ubi kayu yang diperlukan sebagai bahan tanaman untuk kawasan seluas satu hektar ialah lebih kurang 2,000 batang. Sementara sebanyak 9 - 10 keratan boleh diperolehi dari sebatang pokok ubi kayu yang berumur 10-12 bulan. Kerja menanam ubi kayu perlu disesuaikan dan dilakukan dengan jadual pemasaran. Perlu ingat dimana jika kawasan penanaman adalah lembab dan menakung air ianya akan menyebabkan benih keratan ubi menjadi rosak atau buruk dan sebaiknya dibuat perparitan sempurna dahulu. Keratan akan mula tumbuh lebih-kurang seminggu selepas penanaman. Kerja-kerja penggantian (menyulam) keratan yang tidak tumbuh boleh dilakukan dalam bulan yang pertama. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 1.0m X 1.0m dan jumlah keratan yang diperlukan untuk satu hektar ialah 10,000 keratan. Penanaman boleh dilakukan dengan 2 teknik iaitu Teknik Tanam Condong (Slanting) atau Teknik Tanam Baring (Horizontal). Kebanyakan petani kecil mengamalkan penanaman cara condong dimana benih keratan ditanam dengan membiarkan lebih kurang 10 cm batang di atas permukaan tanah. Kecondongan yang boleh dipraktikan ialah 40 - 45 darjah. Bagi teknik baring dimana cara ini adalah sesuai untuk kawasan yang kurang menerima hujan atau tanah yang mudah kering. Untuk tanah yang sering basah mungkin akan menyebabkan keratan mudah rosak atau buruk. Jika penanaman menggunakan jentera diamalkan adalah disyorkan teknik tanaman baeing sahaja.

Amalan agronomi yang penting dalam penanaman ubi kayu adalah pembajaan dan kawalan penyakit dan perosak. Memang semua pembaca haru tahu dimana tanaman u
bi kayu memerlukan makanan yang banyak. Oleh itu baja yang sewajarnya perlu diberikan dimana selalunya penggunaan baja lengkap atau Baja Sebatian (12:12:17:2 ) dengan kadar 450kg - 700kg/ha boleh digunakan. Pembajaan secara tabur ubi kayu tidak begitu digalakan kerana ini akan memudahkan rumput rumpai mengambil nutrien berkenaan. Pembajaan juga boleh petani dilakukan semasa penanaman dan pembajaan kali ke-2 diman aia juga boleh dilakukan pada ketika umur pokok 2 bulan selepas ditanam. Semasa kerja penyediaan tanah pada masa peringkat awal yang teratur dikatakan dapat mengawal rumput dengan baik. Pengawalan rumpai perlu dilakukan dalam masa tiga bulan yang pertama. Selepas pokok tumbuh dengan agak rimbun dan subur secara tidak langsung pertumbuhan rumput-rumpai dapat dikawal. Kawalan rumput-rumpai pada tiga bulan yang pertama ini boleh dilakukan secara manual atau dengan cara penggunaan racun herba. Pengawalan rumput secara manual ialah samaada menggunakan tajak atau cangkul. Kerja-kerja merumput menggunakan kaedah ini boleh dilakukan ketika pokok berumur 25 -30 hari selepas ditanam dan merumput kali yang kedua boleh dilakukan pada ketika umur pokok dua bulan. Penggunaan racun pra-cambah seperti Diuron (Kadar 1.6kg a.i./ha ) boleh juga digunakan untuk tujuan mengawal pertumbuhan rumput. Penyemburan ini sebaiknya sesuai dilakukan sebelum atau sejurus selepas penanaman. Jika penggunaan racun ini tidak begitu berkesan kerja merumput perlu dilakukan pada bulan yang ke-2 atau ke-3. Racun rumput pra-cambah seperti seperti jenis racun Atrazine dan Alachlor memang boleh juga digunakan.

Penanaman ubi kayu juga tidak terlepas daripada serangan penyakit dan perosak. Terdapat beberapa jenis penyakit yang penting menyerang tanaman ubi kayu dimana antara yang sering berlaku adalah serangan Penyakit Antraknos. Ianya disebabkan oleh kulat dikenali sebagai Colletotrichum gloeosporioides f.sp. manihotis. Kulat ini menyebabkan bintik-bintik dan hawar pada daun ianya juga menyebabkan kematian pada batang muda dan kanker pada batang-batang tua. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Carbendazim atau Chlorothalonil jika berlaku serangan teruk. Disamping itu juga ada penyakit “Velvet blight” yang disebabkan oleh kulat Septobasidium sp. Kulat ini mengeluarkan lapisan kelabu pada batang ubi kayu dimana sebenarnya kulat ini mempunyai hubungan simbiosis dengan teritip (Scale insects). Teritip akan menghisap tisu batang dan kulat pula tumbuh di atasnya dan mengekstrak nutrient daripada teritip, dan pada masa yang sama menjadi pelindung kepada teritip. Sekiranya jangkitan sangat teruk dari teritip dan kulat, batang akan menjadi kering dan reput. Sebagai langkah kawalan, bahagian yang dijangkiti kulat hendaklah dikikis dan pastikan ianya tidak jatuh ke tanah. Untuk kawalan teritip pula, penggunaan “White oil” (Albolinuem) adalah disyorkan. Apa pun ramai petani kecil yang mengabaikan kawalan penyakit yang terdapat pada pokok ubi kayu kerana mereka tidak menanam secara komersil dan bercampur dengan tanaman lain. 
Artikel ini ditulis didalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info yang berguna untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
UBI KAYU... CASSAVA ATAU TAPIOCA....
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA....
DIREBUS EMPUK.. CICAH SAMBAL SAJA...
TINGGI KABOHIDERAT... ENAK RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1443H).

Friday, June 3, 2022

TEKNOLOGI TANAM UBI KAYU (Part 2)

TANAMAN UBI KAYU
(Manihot esculenta Crantz) atau pun ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu di Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubi kayu adalah seluas 2,832 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 604 hektar menghasilkan 12,619 metrik tan pada tahun 2021 diikuti dengan Negeri Sarawak (754 hektar menghasilkan 8,251 mt) dan Negeri Selangor (480 hektar menghasilkan 7,395 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaedah penanaman ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Beberapa jenis ubi pahit terus ditanam di Malaysia kerana lazimnya jenis 
ini ditanam untuk pengeluaran kanji dan juga untuk dijadikan makanan ternakan. Varieti jenis pahit pada kebiasaanya mempunyai tangkai daun berwarna kuning atau hijau. Diantara varietivarieti jenis pahit ialah Black Twig, Perintis, MM 92 dan lain-lain. Penulis blog dapati dimana pada kebiasaanya jenis pahit mencapai kematangan sekitar 12 - 18 bulan selepas ditanam. Namun begitu Varieti MM92 boleh mula dituai ketika umurnya mencapai 6 bulan. Varieti jenis pahit tidak mudah rosak jika penuaian lambat dilakukan. Hanya kandungan serat mungkin tinggi. Varieti-varieti yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam oleh petani ialah MM92 dimana antara ciri varieti ini adalah ia mempunyai tabiat bercabang sekali sahaja. Biasanya varieti ini mempunyai warna batang tua iaitu perang muda dengan bekas tangkai daun berwarna kemerahan. Jika dilihat pada bahagian pucuk muda ia berwarna hijau muda keperangan dengan ketinggian pokok diantara 1.5 - 3.0 meter dari paras tanah. Bentuk cuping daun adalah lebar dan obovate dengan ada 7 bilangan cuping daunnya. Dilihat dari warna daunnya adalah hijau akan tetapi varieti ini mempunyai warna gangang daun yang hampir semuanya merah. Jika diperiksa kulit pada ubi selalunya ia licin sehingga sedikit kasar dimana kulitnya berwarna perang muda dengan isinya berwarna krim (creamy white). Tanaman ubi kayu ini mempunyai jangkamasa kematangan bagi varieti MM92 adalah selama 6 - 12 bulan dimana potensi hasilnya adalah tinggi diantara 30 - 40 metrik tan sehektar. Dimakmal kajian mendapati kadar kandungan kanji adalah sebanyak 80.1% daripada berat kering. Kebanyakan varieti ini adalah ditanam untuk diproses bagi menghasilkan kanji.

Jenis ubi pahit yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian dikenali sebagai Varieti Perintis (ini varieti lama juga). Antara ciri ubi ini dimana selalunya ia akan boleh bercabang sekali sahaja. Batang ubi yang matang dilihat mempunyai warna putih kekelabuan dan uniknya mempunyai warna pucuk muda keunguan (Sila lihat foto disebelah). Mempunyai daun yang berbentuk cuping kecil panjang, obovate dengan bilangannya diantara 5 - 7 cuping. Apabila diteliti semua daunnya adalah berwarna hijau dengan warna ganggang daun selalunya berwarna hijau kemerahan. Penuaian ubi Perintis ini boleh dilakukan selepas 10 - 12 bulan ditanam. Potensi hasilnya dilaporkan diantara 30 - 40 metrik tan sehektar dengan sesuai untuk dijadikan produk kanji setelah melalui proses dikilang. Dilaporkan dimana varieti ubi ini mempunyai kulit ubi yang kasar dengan warna perang muda dan warna isinya adalah putih kekuningan. Kajian makmal mendapati kadar kandungan kanjinya adalah sebanyak 78.4% daripada berat kering. Dari sisi lain varieti ini dilaporkan semakin kurang ditanam oleh pekebun kecil kerana harga jualan adalah agak rendah berbanding dengan harga yang ditawarkan kepada jenis ubi manis. 

Keadaan suhu yang optima untuk tujuan penanaman ubi kayu ialah antara 25 - 29 Celcius dengan altitiud penanaman ialah dari 30N- 30S (kawasan tropika) dimana ianya juga tidak tahan terhadap keadaan bersalji dan mesti terhindar dari keadaan bersalji selama 300 hari. Pertumbuhan ubi kayu akan terbantut sekiranya keadaan  suhu kurang dari 10 Celcius dan hasil ubi segar akan berkurangan apabila keadaan suhu melebihi 29 Celcius. Ianya tidak sesuai ditanam di kawasan yang berada pada paras ketinggian melebihi 1,000m dari paras laut. Jika ketinggian melebihi tahap ini kesannya adalah kadar pertumbuhan pokok akan menjadi lambat dan hasil ubi segar akan berkurangan. Taburan hujan yang serata dengan kadar 100 -150 cm setahun adalah sesuai untuk pertumbuhan ubi kayu. Penulis blog dapati dimana walau bagaimana pun untuk kawasan yang menerima hujan melebihi 250 cm setahun ianya masih boleh ditanami dengan ubi kayu dengan syarat iaitu sistem peparitan hendaklah dalam keadaan baik. Bagi kawasan yang menerima hujan tahunan kurang dari 50 cm pula pastikan ada sumber air mencukupi di kawasan berkenaan. Walau pun ubi kayu selalunya tahan keadaan kemarau, namun peringkat awal pertumbuhan keratan semasa penanaman ia memang amat memerlukan air. 
Penyediaan tanah hendaklah dibuat supaya jadual penanaman dapat dilakukan pada musim hujan. Tapak tanaman hendaklah dibajak dan putar. Pastikan agar penanaman ubi kayu sebaiknya ditanam di atas batas terutamanya tanah mineral (Sila lihat foto disebelah). Adal juga kalangan petani yang menanam tanpa batas untuk tanah yang gembur seperti tanah gambut yang telah terurai. Bagaimana pun yang penting di tanah gambut adalah pastikan paras air tanahnya hendaklah dikawal 30 - 60 cm daripada permukaan tanah. Penanaman tanpa batas untuk  jenis tanah mineral dapat dilakukan namun kerja-kerja penuaian sukar dilakukan sebelum berjaya memghasilkan umbisi. Ada kalangan petani yang mana walau pun sebelum penanaman tanah telah dibajak akan tetapi apabila berlaku hujan lebat yang kerap dan panas kesannya dimana tanah menjadi padat. Disamping itu ubi mudah reput sekira tempoh kematangan ubi berlaku pada musim hujan. Penggunaan struktur batas-batas berukuran 60 cm lebar dan 20cm tinggi membolehkan proses pembesaran ubi yang cepat serta memudahkan kerja-kerja seperti memunggut hasil serta kerja pengawalan rumpai dan sebagainya. Artikel ini ditulis didalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info baru berguna untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
UBI KAYU... CASSAVA ATAU TAPIOCA....
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA....
DIREBUS EMPUK.. CICAH SAMBAL SAJA...
TINGGI KABOHIDERAT... ENAK RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1443H).

Thursday, June 2, 2022

TEKNOLOGI TANAM UBI KAYU (Part 1)

TANAMAN UBI KAYU (Manihot esculenta Crantz) atau pun ia dipanggil sebagai 'cassava' atau 'tapioca' yang dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika merupakan sejenis tanaman umbisi yang popular sejak dahulu di Malaysia. Ubi kayu ini telah diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjelajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubi kayu adalah seluas 2,832 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Statistik Keluasana Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022).  Negeri Johor merupakan negeri paling luas menanam ubi kayu seluas 604 hektar menghasilkan 12,619 metrik tan pada tahun 2021 diikuti dengan Negeri Sarawak (754 hektar menghasilkan 8,251 mt) dan Negeri Selangor (480 hektar menghasilkan 7,395 mt). Kebanyakan penanaman ubi kayu dilakukan oleh pekebun kecil sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan diantara tanaman kekal lain. Bagaimana pun terkini dilaporkan ada usaha sektor swasta untuk mereka cuba menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel. Ubi kayu lazimnya ditanam untuk dijadikan sebagai makanan manusia dengan pelbagai kuliner dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi iaitu sejenis pemanis dalam industri minuman dan makanan bertin dan pengganti separa tepung gandum. Kini makanan ringan seperti kerepek ubi kayu merupakan diantara produk paling popular dikalangan pengusaha makana ringan sehinggakan mampu menemburi pasaran eksport. Pada penulis blog ubi kayu rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis merupakan diantara kuliner kegemaran semenjak dahulu dan sering memakannya dirumah juga. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kaedah penanaman ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Ramai kalangan pembaca yang mungkin tidak mengenali akan beberapa jenis atau varieti ubi kayu yang sesuai ditanam di Malaysia. Jenis-jenis ubi kayu boleh dikenali dengan ciri-ciri tertentu yang ada pada tumbuhan itu sendiri atau pada bahagian umbisinya. Umpamanya berdasarkan ciri morfologi seperti bentuk daun, saiz daun, warna tangkai daun, tinggi pokok, batang dan kulit ubi serta kandungan Asid hidrosianik. Kandungan Asid hidrosianik telah digunakan untuk tujuan mengkelaskan ubi kayu jenis manis dan jenis pahit. Menurut satu sumber yang penulis rujuk dari Gerona (1994) dimana ubi kayu jenis pahit mengandungi kandungan Asid hidrosianik diukur bermula dari 100 ppm sehingga 400 ppm berdasarkan berat ubi segar. Sementara ubi kayu jenis manis pula lazimnya akan mempunyai kandungan asid hidrosianik kurang dari 100 ppm. Kandungan Asid hidrosianik pada varieti jenis manis hanya terdapat pada bahagian kulit ubi dan pada bahagian isinya boleh dikatakan rendah. Pengkelasan varieti ubi kayu berdasarkan kandungan asid hidrosianik harus berhati-hati kerana kandungan asid hidrosianik pada varieti-varieti tertentu mungkin berbeza mengikut keadaan terdapat persekitaran ianya ditanam (Onwueme,1978 ). Bagaimana pun petani selalunya akan menanam ubi kayu yang sudah lama diusahakan disesuatu kawasan yang sudah terbukti akan penghasilannya dan pemasarannya.

Bagi ubi kayu Jenis Manis ini biasanya jenis ini akan digunakan untuk makanan dan tangkai daunya kebiasaanya dilihat berwarna merah. Diantara jenis-jenis varieti ubi kayu yang tergolong dalam jenis manis ialah Varieti Sawah, Medan, Kabu, Betawi, Pulut dan sebagainya. Pada umumnya jenis ubi kayu manis mencapai kematangan dalam jangkamasa diantara  6 -10 bulan selepas ditanam dengan penjagaan kebun yang baik. Bagaimana pun sellu dilaporkan dimana ubinya memang agak mudah rosak jika penuaian lambat dilakukan. Daripada pengalaman dan pemantauan penulis blog mendapati dimana pernah pihak Jabatan Pertanian mengesyorkan Varieti Sawah untuk ditanam oleh petani suatu ketika dahulu kerana ada potensinya. bagaimana pun kini sudah tidak ramai petani yang menanam varieti ini lagi. Varieti ini didapati memang sesuai untuk dimakan setelah direbus kerana isinya empuk  dan memberikan rasa enak berbanding dengan ubi jenis lain. Disamping itu juga ianya boleh digunakan untuk membuat kuih tradisional yang berasaskan ubi kayu. Tinggi pokok selalu diantara 1.5 - 3.5 meter dengan tempoh matang 11 - 12 bulan. Varieti ini lazimnya akan bercabang dua kali dimana ia akan mempunyai warna kulit batang tua perang keputihan (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai warna pucuk muda hijau muda keperangan dan warna ganggang daun merah. Warna kulit ubi adaah adalah perang, kulit luarnya kasar dan warna isinya adalah putih. Potensi hasil adalah diantar 20 - 30 metrik tan sehektar dengan kadar kandungan kanji sekitar 72.1% dari berat kering. Varieti ini paling sesuai untuk di makan segar. Varfieti ini penulis blog dapati masih ada ditanam dan popular dibeberapa lokasi di Johor seperti di Batu Pahat dan Muar dan ada dijual juga.

Penulis blog dapati selain itu antara varieti ubi manis lain adalah dari Varieti Ubi Putih (Sila lihat foto disebelah). Varieti ini telah disyorkan untuk tujuan membuat kerepek ubi kayu yang enak. Varieti ubi putih mempunyai batang pokok yang selalunya tidak bercabang dimana ia mempunyai warna batang tua putih keperangan. Ia mempunyai warna pucuk muda juga hijau muda dengan keseluruhan daunnya adalah berwarna hijau. Selalu mempunyai bilangan cuping daun diantara 5 - 7 dimana warna gangang daun adalah hijau muda. Kulit ubi yang matang selalunya adalah licin dan sedikit kasar dimana ia akan dilihat berwarna perang muda. Agak berlainan apabila dilihat warna isinya adalah putih kekuningan dengan sesuai dijadikan kerepek ubi. Penulis blog dapati ketinggian pokok varieti ubi puti diantara 1.5 - 3.0 meter dengan jangkamasa kematangan untuk menuai sekitar 10 - 12 bulan. Kajian mendapati dipmana potensi hasil ubi putih adalah diantara 20 - 30 metrik tan sehektar. Kajian makmal mendapati ubi putih ini mengandungi kandungan kanji paling tinggi iaitu 80.8% dari berat kering. Benih ubi putih masih boleh didapatkan daripada petani yang masih aktif menanam ubi ini atau boleh bertanya kepada Jabatan Pertanian berhampiran. Artikel ini ditulis didalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info yang berguna untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
UBI KAYU... CASSAVA ATAU TAPIOCA....
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA....
DIREBUS EMPUK.. CICAH SAMBAL SAJA...
TINGGI KABOHIDERAT... ENAK RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1443H).

Wednesday, June 1, 2022

MAKANAN DARI NANGKA MUDA

NANGKA MUDA merupakan sejenis buah tropika daripada pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus) yang boleh dimasak didalam banyak resepi. Buah nangka dari beberapa varieti nangka yang belum matang dimana isinya dan bijinya masih lembut sesuai dipetik untuk dibuat Nangka Masak Lemak, Rendang Nangka, Serunding Nangka, Kerabu Nangka, Ulam Nangka Muda, Gulai Nangka dan pelbagai menu masakan lain. Terdapat seluas 4,675 hektar tanaman nangka telah dilaporkan oleh Jabatan Pertanian ditanam pada tahun 2021 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 35,8020 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Sebahagian besar tanaman nangka ditanam di Negeri Pahang dengan keluasan sedia ada seluas 670 hektar diikuti dengan Negeri Johor seluas 550 hektar. Bekalan nangka muda segar memang tidak menjadi masaalah di negara kita dengan keluasan tanaman nangka sedia ada. Nangka ditanam sebagaii tanaman monokrop dan selingan atau dusun bercampor dikeliling kawasan rumah. Penanaman nangka memerlukan sistem pengurusan khusus agar dapat menghasilkan nangka masak yang berkualiti dengan saiz seragam dan besar, kualiti kemanisan sesuai dan harga yang stabil. Lazimnya sebanyak 10-15 biji buah nangka akan dibiarkan untuk dituai pada pokok nangka yang berumur 5-9 tahun selepas ditanam. Oleh itu penjarangan buah perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan memotong buah yang rosak, bentuk tidak seragam, diserang perosak, buah pada hujong ranting atau pun buah yang terlalu susunannya rapat . Buah yang hendak ditakai juga boleh diatur supaya sesuai digunakan untuk produk 'Nangka Muda'. Petik buah nangka muda menggunakan pisau tajam atau sabit dengan berhati-hati kerana ada getah yang akan keluar dimana getah ini akan menyebabkan baju kotor dan susah hendak dihilangkan. Artikel tengahari ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kuliner kegemaran penulis blog daripada nangka muda untuk ianya dijadikan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


(1) NANGKA MASAK LEMAK CILI PADI DAN UDANG
Pada penulis blog resepi ini antara yang sering dicari direstoren dimana ia sesuai dan memang lazim dimasak dirumah juga. Makanan yang unik ini adalah salah satu resepi tradisional yang popular dikalangan masyarakat tempatan. Bahan-bahan untuk memasak adalah terdiri dari sebiji nangka muda saiz kecil (rebus hingga 3/4 empuk dan boleh ditambahkan garam semasa rebusan), 300 gram udang, cili padi (ikut kepedasan yang disukai), 1 inci halia, 2 biji bawang besar, 5-6 ulas bawang putih, Sedikit kunyit basah (atau boleh gunakan serbuk kunyit) dimana bahan ini dikisar semuanya. Bahan lain adalah terdiri daripada 2 batang serai yang di titik, 2 keping asam keping, 1 biji kelapa segar, sekotak santan kelapa dan bahan perisa garam dan sebagainya. Cara memasak dengan menyediakan nangka yang dipotong dadu dan dibasuh bersih sebelum direbus dahulu. Kemudian dipanaskan sedikit minyak untuk menumis dan di masukkan serai kemudian terus diikuti dengan memasukkan bahan yang dah dikisar. Tumis hingga bahan tadi pecah minyak dan kemudian masukkan air lada tadi dimasak sehingga agak kering seakan menjadi seperti pes. Kemudian masukkan udang dan ia di gaulkan ayam dan bahan tumis hingga sebati. Tambah sedikit air dan masukkan asam kepingm dan masak sehingga ayam masak. Apabila udang sudah masak maka barulah boleh di masukkan santan yang diperah dari kelapa tadi. Santan dari kelapa lebihkan air untuk dapatkan kuah. Jangan risau cair kerana nanti akan tambah dengan santan kotak. Perisakan dengan garam serta bahan lain dan sedikit gula ikut selera masing-masing. Apabila santan sudah mahu mendidih maka boleh masukkan nangka dan gaul hingga sekata.  Akhir sekali baru tuangkan santan kotak dan dipastikan sentiasa dikacau agar santan tidak pecah selama 10 minit iaitu sehingga betul-betul sebati semuanya. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan dan dimakan dengan nasi putih panas.


(2) URAP NANGKA MUDA
Kuliner kegemaran penulis blog yang sangat digemari adalah termasuk Urap nangka Muda kerana ia mudah disediakan dan lazat rasanya. Membuatnya sendiri juga amat mudah asalkan ada bahan mencukupi dan tahu bagaimana untuk menyediakan makanan enak ini. Ia sesuai dimakan dengan nasi putih atau dimakan begitu sahaja selepas dihidangkan. Jika ingin memasaknya sendiri perlu ada bahan terdiri daripada  4
00 gm nangka muda, 100 gm kelapa parut putih, 3 helai daun limau purut, 1 sudu besar gula melaka, 2 sudu besar minyak masak untuk menumis, 1 keping asam keping dan juga bahan garam secukup rasa. Bagi bahan untuk dikisar halus pula terdiri daripada 5 biji cili merah, 1 sudu besar biji ketumbar, 2 inci kunyit hidup, 3 sudu besar udang kering, 5 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dan juga 2 batang serai. Cara membuatnya dengan mana nangka muda dipotong kecil dan direbus hingga lembut dan ditoskan. Seterusnya dipanaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masuk asam keping, garam dan gula melaka. Tumis lagi hingga pecah minyak dan kemudian masukkan kelapa dan daun limau purut. Kecilkan api dan gaul-gaulkan kelapa itu hingga sebati. Bab yang akhir sekali adalah memasukkan nangka muda yang telah direbus tadi dan digaul hingga rata. Tambah garam jika perlu dan ia perlu dipastikan kelapa itu tidak terlalu kering. Biar ia lembap sedikit dan boleh dihidangkan untuk dinikmati. 


(3) RENDANG NANGKA  MUDA
Kuliner yang paling disukai penulis blog adalah Rendang Nangka Muda. 
Dalam menyediakan kuliner rendang nangka muda bahan-bahan yang digunakan tidak berbeza dengan bahan masakan untuk membuat rendang ayam atau rendang daging. Pada penulis blog yang ada sedikit pengalaman dan juga ada ilmu pengetahuan berkaitan dengan resepi ini antara bahan-bahan diperlukan terdiri daripada semangkuk nangka muda yang telah dipotong dadu (saiz mengikut kesesuaian), 15 tangkai cili kering, 7 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 cm halia, 1cm lemgkuas,, 2 btg serai dimana kesemua bahan rmauan ini perlu dikisar. Bahan lain diperlukan adalah seperti semangkuk santan kelapa, Suku (1/4) sudu teh serbuk kunyit, 2 sudu makan air asamjawa, 2 sudu makan kerisik kelapa, Setengah (1/2) sudu teh serbuk lada hitam (ada yang kata ia baik untuk buang angin), garam serta gula secukup rasa, 2 sudu udang kering @ ikan bilis yang perlu ditumbuk. Bergantung kepada bahan yang disediakan dan kualiti bahan mentah yang diguna akan mempengaruhi kualiti dan citarasa rendang nangka muda yang bakal disediakan. Cara menyediakan dan memasak rendang nangka muda biasanya lebih cepat daripada memasak rendang daging. Ini kerana bahan buah nangka muda lembut dan perlu dimasak tidak sampai ''overcook'' yang kualitinya akan menurun. Pada mulanya semua nangka muda yang dipotong-potong dadu hendaklah dibasuh sehingga bersih. Kalau ada lagi kesan-kesan getah perlu dibersihkan juga. Sebaiknya menggunakan nangka muda yang masih segar dan ukan yang telah lama disimpan dalam peti sejuk. Proses seterusnya adalah merebus nangka muda dalam periok yang mengandungi air yang di campur dengan sedikit garam (Sila lihat foto disebelah). Rebus sehingga empuk dan elakkan terlalu lama sehingga buah nangka menjadi lembik dna toskan. Kemudian bahan ini diketepikan. Seterusnya perlu panaskn sesenduk minyak dan menumis bahan ramuan rendang yang telah dikisar hingga pecah minyak. Kemudian dimasukkan udang kering dalam periok dan dikacau hingga wangi. Seterusnya masukkan santan kelapa bersama serbuk kunyit. Proses seterusnya adalah memasak rendang ini sehingga pekat kuahnya dan dimasukkan kerisik kelapa bersama air asam, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali dimasukkan juga daun kunyit dan digaul rata lalu kemudian sekali dimasukkan nangka muda. Perlu digaul rata dan dimasak sehingga kering serta 'semua ramuan meresap pada potongan buah nangka muda. Padamkan api dan ia sedia untuk dihidangkan. Rendang nangka muda enak dimakan dengan nasi putih atau roti terutama diwaktu makan tegahari bersama keluarga. Semuga artikel mengenai kuliner atau makanan dari nangka muda kali ini memberi ilmu tambahan kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NANGKA MUDA... MUDAH DI JUMPA...
DI PASAR TANI... JUUGA DI PASARAYA...
BANYAK KULINER.. BOLEH UJIRASA...
BACA ARTIKEL... TERINGIN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Syawal 1443H). 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...