Support My Blog

Friday, October 7, 2016

MADU KELULUT - SUPERFOOD MALAYSIA


Najib Lancar Kempen Mulakan Hari Anda Dengan Madu 

PUTRAJAYA, 18 Sept (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan kempen 'Mulakan Hari Anda Dengan Madu' bagi menggalakkan pengambilan madu tempatan setiap hari sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia. Kempen itu adalah bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai nilai-nilai nutrien dan manfaat madu dalam membantu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan diri, menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Malaysia akan mengadakan promosi secara besar-besaran supaya madu kelulut Malaysia diterima di peringkat Pertubuhan Makanan dan Pertanian sebagai 'super food' Malaysia yang pertama. "Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) kini dalam proses menggariskan satu standard bagi madu kelulut Malaysia supaya ia boleh dipasarkan lebih luas di peringkat antarabangsa sebagaimana Madu Manuka berasal dari New Zealand. "Standard yang digariskan Mardi juga akan membantu pengguna membezakan madu yang asli dan tidak asli," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen itu. Ahmad Shabery berkata bagi mempromosikan khasiat dan kebaikan madu kelulut di seluruh negara, program Kelulut Walk akan bermula pada Hari Sukan Negara iaitu 8 Okt depan. Dalam program Kelulut Walk, seorang pengguna madu kelulut Sabri Ali, 55 akan menjadi duta kelulut dengan berjalan sejauh 2,000 km merentasi 14 negeri selama 50 hari sebagai testimoni kepada khasiat kelulut untuk kesihatan dan kecergasan. Jelas Ahmad Shabery, Sabri bukan sahaja menggunakan madu kelulut sebagai makanan tetapi merawat kakinya yang melecet atau sebarang luka dengan menyapu madu kelulut. Sepanjang program Kelulut Walk berlangsung, orang ramai boleh turut sama berjalan dengan Sabri sama ada untuk jarak 10km, 5km atau 1 km, katanya lagi. Sabri ketika ditemui pemberita berkata sejak mengamalkan madu kelulut sebagai makanan kesihatan tambahan, tahap kesihatan dan kecergasannya meningkat dan beliau tidak perlu terlalu menjaga atau berpantang makan. Kelulut Walk 2016 yang telah dianjurkan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro- pelancongan Antarabangsa 2016 yang akan berlangsung dari 1 hingga 11 Dis di Serdang. - BERNAMA. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini mempaparkan laporan akhbar tempatan bagaimana madu kelulut ini ingin dijadikan makanan super food di masa akan datang.

Madu Kelulut, 'Super Food' Pertama Malaysia


LAPORAN AKHBAR 2
KUANTAN, 26 Ogos (Bernama) - Madu kelulut akan dijenamakan sebagai 'Super Food' pertama Malaysia di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata produk madu kelulut yang dihasilkan pengusaha tempatan mempunyai pelbagai khasiat seperti mempunyai empat kali ganda antioksida berbanding madu lebah lain, dan asid fenolik yang berguna kepada manusia. "Kita minta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi)melakukan kajian penyelidikan dan pembangunan supaya kita mempunyai testimoni secara saintifik dan bukti klinikal khasiat madu kelulut. "Selain itu, kita juga memerlukan sistem piawaian yang baik dalam perkara seperti pengredan, pembungkusan dan pelabelan yang standard bagi membawa nama Malaysia," katanya. Ahmad Shabery berkata demikian selepas merasmikan Road To MAHA 2016 Zon Timur di Taman Agroteknologi Mardi Cherating, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif. Beliau berkata penjenamaan madu kelulut sebagai 'Super Food' dapat memberi nilai tambah kepada harga pasaran produk itu dan diharapkan dapat menyamai produk madu premium dari Yaman yang berharga RM45 sekilogram. "Ramai telah mengusahakan madu kelulut. Malaysia antara negara paling hadapan dalam perusahaan madu kelulut dan tidak memerlukan modal yang begitu besar untuk diusahakan. "Madu kelulut juga tidak sesuai diternak di kawasan sejuk, membolehkan kita mengambil peluang membangunkan perusahaan ini ke peringkat lebih tinggi dan setakat ini, produk ini mendapat permintaan yang melebihi penawaran," katanya. Ahmad Shabery berharap pengusaha madu kelulut menyambut baik inisiatif penjenamaan madu kelulut sebagai 'Super Food' dan mempunyai kesedaran untuk bersama-sama Mardi dalam penyelidikan mereka.

Beliau berkata bagi mempromosi madu kelulut, pihaknya juga melantik seorang bekas pekerja swasta, Sabri Ali, 54, sebagai duta madu kelulut yang akan mempromosi khasiat produk itu di seluruh negara dengan berjalan kaki. Kempen itu yang dikenali sebagai 'Kelulut Walk' yang dijangka bermula pada awal Oktober ini meliputi perjalanan sejauh 2,000 kilometer (km) selama 50 hari, termasuk di Sabah dan Sarawak. Perjalanan itu merupakan kali ketiga untuk Sabri, anak jati Kemaman, selepas melakukan perjalanan sejauh 1,800km dalam tempoh 40 hari pada 2014, dan 1,600km selama 35 hari pada tahun lalu. "Sabri mengamalkan madu kelulut setiap hari sebagai makanan tambahan semasa berjalan kaki dan turut menyapu madu kelulut di bahagian kaki yang luka. Alhamdulillah luka sembuh pada keesokan hari sebelum beliau menyambung semula perjalanan," katanya. Ahmad Shabery juga berharap orang ramai khususnya pengusaha madu kelulut dapat memberi sokongan kepada Sabri dengan berjalan kaki bersamanya semasa beliau tiba di negeri mereka. - BERNAMA.
MADU KELULUT ...SUPERFOOD MALAYSIA...
KEMPEN DILANCARKAN... OLEH PM KITA...
LARIAN KELULUT... PROMOSI KHASIATNYA...
LAPORAN AKHBAR ... MELAPORKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
MARDI Cherating, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(23 Zulhijjah 1437H)
Pameran sempena Road To MAHA Zon Timur 2016.

Thursday, October 6, 2016

BETIK - TKPM PULAU MANIS

TANAMAN BETIK (Carica papaya) di TKPM Pulau Manis, Kuantan, Pahang merupakan satu aktiviti penanaman yang berjaya menjana pendapatan kepada peserta Encik Raja Idris Raja Abdullah. Beliau yang diberikan kawasan TKPM seluas 4.26 hektar kini ditanam dengan betik Sekaki dan Markisa semenjak hampir 10 tahun. Lot 3 dan Lot 4 ini merukapak kawasan tanah landai dari jenis alluvium berpasir sesuai untuk tanaman makanan dengan mempunyai bekalan air mencukupi dari beberapa buah kolam disekitarnya. Daripada luas tersebut peserta ini pernah menanam seluas 3.38 hektar dengan beberapa jenis tanaman seperti sayuran peria, petola, labu manis, labu air, terung panjang dan beberapa jenis lagi sebelum menukarnya kepada Betik dan Markisa. Sehingga Jun 2016 beliau telah menghasilkan sebanyak 37,886 mt betik dan markisa bernilai sekitar RM138,160. Pada masa ini purata tuaian buah betik adalah sebanyak 2.5 mt seminggu atau 10 mt sebulan. Tinjauan penulis mendapati kini beliau tumpukan penanaman betik sekaki kerana memberikan pendapatan lebih konsistent berbanding dengan tanaman sayuran yang harganya tidak menentu dipasaran. Betik Sekaki yang di hasilkan biasanya dijual tidak kurang daripada RM1.20 sekilogram dan semasa tinjauan dijual dengan harga ladang RM1.80 - RM2.00 sekilogram. Harga betik lazimnya agak tinggi dari bulan Januari - April dan bulan Oktober - Disember setiap tahun. Bagi markisa pula beliau dakwa lebih menguntungkan kerana harga ladang biasanya tidak kurang daripada RM4.00 sekilogram. Permintaan untuk buah markisa amat tinggi dimana ada peraih yang meminta beliau menanam dan membekalkannya dimana ia akan diperluaskan dimasa akan datang. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman betik dan amalan agronominya di TKPM Pulau Manis sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Pokok Betik Sekaki yang berbuah kini berumur 2 tahun lebih dengan beberapa lot ditanam secara berperingkat-peringkat. Peringkat muda baru beberapa bulan ditanam dengan kaedah menggunakan anak benih daripada cantuman dewasa pada pokok (Sila lihat foto disebelah). Pokok yang telah terlalu tinggi akan dipotong sekitar 1 meter dari paras tanah dan dibiarkan tunas-tunas keluar. Pemilihan pokok yang hendak dijadikan pokok induk penting dari pokok jenis Buah Hermaprodite, berbuah banyak, tahan dari serangan penyakit dan perosak serta subur. Tunas-tunas air akan ditutkan dengan kaedah dan menggunakan media cocoapeat dan diikat kuat sehingga keluar akarnya. Hanya satu tunas atau dahan sahaja akan ditinggalkan untuk menjadi pokok baru (ratoon) dan akan menghasilkan buah. Kaedah ini menurut beliau amat praktikal kerana selain daripada beliau boleh dapat hasil berterusan didapati anakbenih yang digunakan akan cepat berhasil dan mendapat pokok hermaprodite yang sama seperti pokok induknya. Beliau sudah tidak mahu lagi untuk menggunakan biji benih betik yang disemai. Ini kerana setiap lubang penanaman perlu tanam 3-4 pokok dan perlu dibuang pokok betina dan pokok jantan kemudiannya atau menbuat cantuman lain pada pokok penanti. 


Anakbenih betik tut ini yang telah berakar akan dipotong dan ditanam dikawasan penanaman baru. Semasa menanam semua bahagian daun yang ada dibuang dahulu kerana jika tidak dibuang maka anakbenih akan selalunya boleh mati. Ini kerana akar yang terdapat pada pangkal pokok sangat sedikit dan tidak mencukupi untuk digunakan oleh daun hijau yang masih segar diatasnya (Sila lihat foto disebelah). Bagi menghasilkan anakbenih cara ini perlu ada kemahiran dan perancangan khusus untuk mendapatkan anakbenih yang berkualiti. Teknik pembiakanan betik cara begini semakin menarik minat penanam betik kerana ia menjimatkan masa, kos yang murah, cepat berbuah, dapat jaminan kualiti seperti pokok induk dan sesuai untuk diamalkan. Penulis memberi nasihat kepada petani agar berhati-hati dengan teknik pembiakan cara ini kerana ada kemungkinan apabila ada serangan penyakit maka kesan serangan akan cepat membiak kerana ia daripada pokok induk yang hampir sama. Beliau pernah menanam Betik Eksotika 2 tetapi banyak masaalah dan kini tidak mahu menanamnya lagi. Antara masaalah semasa menanam betik EKsotika 2 adalah peringkat penanaman dari biji benih yang peratus percamabahan rendah, mudah diserang penyakit dan sangat sensitif dengan sanitasi dan sistem pembajaan. 


Sistem pengairan dan pembajaan juga memainkan peranan penting dalam penanaman betik. Sistem pengairan renjis (sprinkler system) disediakan untuk menjamin bekalan air kepada setiap pokok mencukupi. Tanaman betik amat sessitif dengan bekalan air yang mana kekurangan air menjejaskan proses pendebungaan dan tumbesaran buah. Baja organik tahi ayam sentiasa diberikan bersama dengan baja Kimia (NPK) serta baja Boron. Buah yang matang pada pokok tinggik dipetik menggunakan galah yang ada jaring agar buah tidak jatuh ketanah dan merosakkan kulitnya. Buah yang matang akan dikumpulkan dalam bakul dan digredkan mengikut kualiti. Buah Gred A adalah buah hermaprodit yang cukup besar dan panjang dijual dengan harga RM1.80 sekilogram dan buah Gred B dijual dengan harga RM1.20 sekilogram. Buah betik betina dan buah sub-grade akan dikumpulkan dan dijual kepada Zoo Gambang Resort, Kuantan dengan harga RM1.00 sekilogram untuk makanan haiwan di zoo tersebut. Kejadian kemarau dan suhu melampau dari bulan Januari - April 2016 akibat El-Nino menyebabkan berlaku kekurangan buah di kebun beliau. Bagaimana pun ia mula pulih apabila cuaca sudah kembali normal masa ini. Walau pun air diberikan semasa kemarau tetapi kadar pembentukkan bunga dan buah masih terjejas. Penanaman betik merupakan satu bidangusaha yang boleh memberikan keuntungan kepada petani jika tidak berlaku serangan PSRV dan Papaya Dieback. Kawasan terpencil dan penjagaan yang baik dikebun ini membolehkan ia masih boleh berhasil untuk beberapa bulan lagi. Wasallam!!.
 MENANAM BETIK... BETIK SEKAKI...
ASAL MENANAM...GUNAKAN BIJI...
CANTUMAN TUNAS...KINI MENJADI...
CEPAT BERBUAH... SEMUA BERKUALITI..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Lot 3 dan Lot 4, TKPM Pulau Manis,
Kuantan, Pahang, 
Malaysia.
(4 Muharam 1438H)

Wednesday, October 5, 2016

KOTAK MADU KELULUT - PERLU DIPERIKSA

PENTERNAKAN KELULUT (Trigona spp) kini merupakan satu industri yang semakin menarik ramai usahawan di Malaysia. Terdapat beberapa spesies kelulut yang popular diternak dikalangan ushawan iaitu Trigona itama dan Trigona thoracica. Pada masa artikel ini ditulis terdapat situasi dimana serangan perosak kelulut merupakan satu cabaran yang sedang ditangani oleh semua pihak. Serangan oleh serangga Lalat Soldadu Hitam (Hermetia ilucens) atau dikenali dengan nama Black Soldier Fly (BSF) dan serangan oleh Kumbang Pendebunga (Haptoncus luteous) baru-baru ini telah merosakkan banyak koloni kelulut di Semenanjung Malaysia. Serangan dilaporkan serius dinegeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang serta beberapa negeri lain selepas musim panas dan kemarau panjang akibat El-Nino kemudian diikuti dengan hujan semenjak bulan Mei 2016.Penulis dalam beberapa lawatan dan tinjauan ke lokasi dimana berlaku serangan oleh BSF dan Kumbang Pendebunga mendapati kesan perubahan suhu yang ekstrim merupakan diantara punca serangan berlaku. Sebagai contoh di kawasan Pahang Tengah yang tidak menerima hujan  serta suhu tinggi selama 4.5 bulan dari Januari sehingga Mei dimana ini menjadikan ia mampu menghasilkan koloni kelulut dan madu yang agak banyak. Bagaimana pun kejadian hujan berlaku pada bulan Jun menyebabkan beberapa lokasi penternakkan kelulut di Daerah Temerloh, Bentong, Kuantan dan Maran diserang BSF. Sementara itu serangan oleh kumbang pendebunga dilaporkan berlaku di Daerah Pekan dan Kuantan terutama dikawasan persekitaran pokok akasia. Penulis dalam usaha memberikan khidmat nasihat dan kepakaran teknikal juga memberitahu beberapa langkah pemeriksaan pada semua koloni kelulut mesti dilakukan sekerap mungkin. Ini kerana jika tidak dijalankan pemeriksaan rapi dan kerap akan terus menyebabkan serangan akan menjadi lebih teruk lagi. Hujan yang turun membolehkan persekitaran menjadi kondusif untuk proses pembiakan perosak tersebut. Artikel Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pentingnya dilakukan aktiviti pemeriksaan yang kerap pada koloni kelulut untuk kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan perosak dan masaalah berkaitan.


Antara faktur lain mengapa berlaku 'tarikan' untuk perosak seperti BSF dan Kumbang Pendebunga ini apabila kantung madu telah pecah (Sila lihat foto disebelah). Kantung Madu yang telah pecah ini selalunya akan menyebabkan madu meleleh dalam log atau kotak madu dan akhirnya menjadi bau masam (asidic smell) yang amat disukai oleh lalat BSF dan Kumbang Pendebunga. Perosak ini akan berusaha untuk masuk kedalam koloni kelulut melalui lubang masuk utama atau ruang lain yang ianya boleh masuk. Ia aakan bertelur san seterusnya larva kedua-dua perosak ini akan merosakkan sarang dengan makan madu, lilin, propolis, pollen dan sebagainya. Keujudan serangga BSF dan Kumbang Pendebunga ini dikawasan berdekatan akan membolehkan ia cepat menyerang koloni kelulut jika pemeriksaan jarang dilakukan. Umumnya penulis dapati keadaan persekitaran yang tidak bersih (poor sanitation) akan membolehkan ia meengundang BSF serta perosak yang lain untuk menyerang. Keujudan reban ayam kampong dimana najis bertaburan juga dilaporkan antara punca serangan BSF. Ini kerana tahi ayam adalah antara lokasi favorite bagi pembiakan BSF. Keadaan persekitaran yang lembab dan redup juga antara faktur serangan BSF dan beberapa serangga perosak lain.


Dalam pada penulis membuat tinjauan teliti, didapati keadaan log kayu kelulut yang tidak kemas dimana ada lubang atau rekahan atau rengangan membolehkan BSF, Kumbang Pendebunga dan perosak lain masuk kedalamnya.Kotak Madu lama yang rengang memudahkan serangga dewasa dan larva masuk kedalamnya (Sila anda lihat foto disebelah). Pembuatan kotak ini perlu dipastikan ia kukuh dari bahan kayu yang kuat. Pemeriksaan perlu dilakukan sentiasa jika ada rekahan sama ada ia boleh dipaku semula atau pun ditutup dengan bahan tampalan yang kuat dan kukuh. Ada sesetengah penternak kelulut yang tidak teliti akan kejadian ujudnya ruang atau lubang pada kayu log dan kotak madu jika tidak diperiksa selalu. Dalam kes lain penulis dapati ada lubang atau ruang diantara kayu log dengan bahagian bawah kotak madu. Iini membolehkan serangga perosak BSF dan perosak lain masuk dengan mudah tanpa disedari. Walau pun lazimnya koloni kelulut akan cuba menutup ruangan tersebut tetapi jika saiznya besar akan memberi ruang mencukupi untuk seranggan perosak menceroboh. Paling perlu diperiksa juga adalah jika log kayu yang digunakan sudah mula mereput. Kayu yang mereput in adalah lembut dam memudahkan pencerobohan perosak terutama jenis perosak 'decomposer' seperti BSF. Gantikan log layu yang hampir mereput dengan kayu log lain yang sesuai jika boleh dilakukan. Pemeriksaan dan penandaan umur log kayu perlu dilakukan sebagai inventori.


Kerja pemeriksaan log kelulut perlu dijalankan mengikut jadual dan kekerapan kepada semua yang ada dalam apiari. Semasa membuat pemeriksaan dan menuai madu juga juga amat penting untuk TIDAK MEMBUKA TERLALU LAMA penutup kelulut tersebut. Jika penutup itu dibuka untuk satu jangkamasa lama membolehkan perosak seperti BSF dan kumbang pendebunga dan perosak dewasa lain akan masuk tanpa disedari. Ada juga penternak yang sering menggunakan alatan yang sama untuk menyelenggara koloni kelulut. Berkemungkinan ada alatan yang digunakan membawa larva BSF dan larva kumbang pendebunga kekotak lain yang masih sihat. Penggunaan peralatan perlu dikawal agar tidak menjadi punca merebaknya serangan perosak kelulut. Keseluruhan log kelulut perlu diperiksa daripapa ia diserang perosak yang boleh lebih merugikan pengusaha. Jadualkan pemantauan setiap koloni dan rekodkan dengan sistematik setiap log kelulut dari semua aspek dari tahap pengeluaran madu, kadar kes serangan oleh perosak, kecacatan pada struktur dan juga aktiviti harian koloni kelulut. Hanya koloni yang sihat, kuat dan bilangan koloni yang kuat akan memberikan hasil madu yang banyak, berkualiti dan memberikan pendapatan lumayan. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...

PELIHARA KELULUT... PERLU DIPERIKSA...
LEBIH KERAP DIBUAT... LEBIH BERJAYA...
ADA PEROSAK... PERLU DIKAWAL SEGERA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT BANYAK IDEA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Kelulut Tanah Putih,
Pekan, Pahang,
Malaysia.
(2 Muharam 1438H)

Tuesday, October 4, 2016

KESAN KEMARAU DI TKPM LANCHANG

KESAN KEMARAU di TKPM Lanchang amat dirasai untuk tahun 2016. Ini kerana kemarau yang berlarutan semenjak 2014, 2015 dan 2016 didapati telah menjejaskan proses pertumbuhan tanaman dan juga penghasilan di TKPM tersebut menurut laporan kajian oleh pengurusan projek tersebut. TKPM LANCHANG adalah singkatan kepada Taman Kekal Pengeluaran Makanan Lanchang yang terletak di Daerah Temerloh, Pahang. TKPM ini merupakan satu projek TKPM paling luas di Malaysia dengan keluasan fizikal 3,600 hektar (10,000 ekar) yang mula dibangunkan semenjak tahun 2008. Daripada keluasan tersebut seluas 3,026 hektar telah pun dibangunkan dan kawasan seluas 2,292 hektar telah ditanam dimana sebahagian daripadanya telah mengeluarkan hasil. Kawasan yang dahulu hutan telah mula dibangunkan dengan membersihkan kawasan dan membuat infrastruktur ladang seperti jalan masuk utama, sistem pengairan, pembentung, kolam, jalan ladang, parit sempadan dan sebagainya. Projek ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan dibawah kelolaan Jabatan Pertanian dengan bertujuan untuk menyediakan kawasan tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayuran kepada negara untuk pasaran domestik, pasaran eksport dan untuk aktiviti hiliran atau tujuan pemprosesan. Beberapa tanaman yang sesuai dikenalpasti dikawasan ini seperti tanaman Buah Nangka (Artcarpus heterophyllus), Betik (Carica papaya), Kelapa Pandan (Cocos nucifera), Nenas (Ananas commosus), Belimbing Besi (Averrhoa carambola), Herba, Sayuran dan beberapa jenis tanaman selingan lain. Kini tanaman utama di TKPM Lanchang telah pun ditentukan sebagai Tanaman Nangka. Hampir 80% nangka yang ditanam adalah varieti Tekam Yellow (J33). Nagka jenis lain yang ada ditanam di TKPM Lanchang ini adalah seperti Varieti Mastura (J37) dan Nangka Subang Chap Boy (J38). TKPM Lanchang merupakan salah satu daripada 18 lokasi TKPM diseluruh Negeri Pahang dan 76 buah TKPM diseluruh Malaysia yang telah dibangunkan semenjak RMK ke 9 dan RMK Ke 10. Kini TKPM merupakan satu kawasan pengeluaran makanan yang utama di negara ini dengan pelbagai jenis produk makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan. Projek TKPM ini melibatkan ramai petani dengan sistem pertanian yang lebih terancang dan berjaya. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kajian kesan kemarau di TKPM yang terluas di Malaysia iaitu TKPM Lanchang sekadar untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua.


Daripada rekod yang diperolehi daripada Jabatan Meteorlogi Malaysia didapati terdapat 3 kali berlakunya kawasan yang agak kering di tengah-tengah Semenanjung Malaysia termasuk di TKPM Lanchang, Temerloh, Pahang. Rekod menunjukkan tempoh kemarau TKPM Lanchang secara serius berlaku pada tahun 2014 dari Bulan Januari hingga Bulan Mac (3 bulan) dan pada tahun 2015 daripada bulan Januari hingga Bulan Mac (3 bulan). Taburan hujan adalah paling minima di TKPM Lanchang (Sila lihat rajah sebelah). Bagaimana pun keadaan ini lebih teruk pada tahun 2016 iaitu dari bulan Januari hingga Bulan Mei (Tempoh selama 4.5 bulan). Selain daripada kurang hujan dikawasan TKPM Lanchang, keadaan suhu yang tinggi sehingga mencecah 38 - 39 Celcius menyebabkan kesan lebih teruk diprojek ini. Walau pun terdapat beberapa peringkat pertumbuhan tanaman tetapi pokok nangka muda yang baru ditanam dan kekurangan serius sumber air menyebabkan ada berlaku kematian tanaman tersebut. Dalan satu tinjauan yang dilakukan kepada beberapa pengusaha yang ditemuduga dinyatakan bahawa ada pengusaha menyatakan bahawa umumnya produktiviti pengeluaran buah nangka telah jatuh sekitar 35% - 50% akibat kemarau panjang. Didapati melalui pemerhatian juga terdap beberapa pokok nangka menjadi 'stress' dan ada yang mati (2%) iaitu merupakan satu jumlah yang signifikan untuk dibincangkan. Paling terjejas dikawasan pokok yang ditanam diatas kawasan berbukit dan air tidak sampai dilokasi tersebut.


Ditinjau dari beberapa lokasi didapati kadar pertumbuhan pucuk baru hampir tiada pada pokok matang dan pokok muda. Jika diteliti lagi akan didapati bahawa saiz fizikal daun adalah kecil-kecil dan bilangan daun juga adalah berkurangan daripada biasa. Malahan terdapat juga ranting dan dahan yang mempunyai daun yang mudah kering dan ia juga mudah gugur. Kekurangan air menyebabkan beberapa pokok terjejas sehingga menjadikan warna daun menjadi kekuning kuningan atau berwarna pucat dan juga berwarna hijau pudar menunjukkan simptom pokok sudah tidak segar. Didapati juga bilangan tunas air juga amat berkurangan dan ini memang ketara pada kawasan kebun yang terang dan tiada rumput dikebun tersebut. Bagaimana pun mana-mana pokok nangka yang mempunyai sistem pengairan didapati bahawa keadaan pokok adalah normal kecuali berlaku keadaan dimana bilangan tunas air juga berkurangan. Beberapa kebun yang mempunyai air mencukupi kerana ada sumber bekalan air seperti ladang nangka Gemilang Sdn Bhd didapati keadaan pokok segar 100% dan sihat. Beberapa buah kolan takungan air juga telah kering atau airnya sangat sedikit serta tidak mencukupi untuk tanaman. 


Menganalisa seterusnya akan kesan kemarau dan suhu panas di TKPM Lanchang penulis dapati bahawa bahagian bunga buah nangka amat berkurangan atau bagi sesetengah kebun hampir tiada langsung. Kesan kemarau ini juga menjadikan putik nangka dan buah kecil yang ada dan tidak kuat akan gugur ketanah. seterusnya secara umumnya juga didapati saiz buah nangka adalah kecil (purata hanya berat di antara 3kg - 12kg) berbanding dengan purata berat buah nangka normal diantara 15-20 kg sebiji. Dari sudut ini kiraan menunjukkan berat buah berkurangan (Sekitar 35%- 60%). Dalam kes lain didapati juga kesan kemarau menyebabkan ada sebahagian buah nangka yang kecil menjadi lembik apabila dipetik. Ini kerana kekurangan air melemahkan struktur buah tersebut. Secara umumnya juga didapati dimana bentuk fizikal buah nangka menjadi tidak seragam iaitu ada pelbagai rupebentuk dan seakan sebagai buah yang 'Kecut.  Didapati juga buah nangka cepat masak iaitu sekitar 1 - 2 minggu masak awal dari sepatutnya dimana banyak berlaku keadaan 'Masak Layu'. Kesan kemarau memang memberi kesan amat ketara kepada keseluruhan pertumbuhan pokok nangka dan beberapa pokok lain di TKPM Lanchang.


Meneliti lebih lanjut penulis membuat analisa kepada bahagian isi buah nangka kena kemarau. Didapati ketebalan ulas nangka berkurang atau dam kata lain isinya menjadi nipis. Warna isi walau pun berwarna masih kuning tetapi tidak menyerlah dimana seakan sedikit pucat. Apabila ulas buah nangka diuji dimakmal didapati kadar kemanisan buah bertambah iaitu ianya lebih manis dari buah yang dituai pada bulan-bulan sebelumnya. Didapati kandungan isi atau ulas buah nangka per biji buah sekitar 30% - 40%. Ini berbeza dengan buah nangka yang didalam keadaan normal iaitu sekitar 50%-60%. Tetapi ada juga kes dimana terdapat buah nangka tiada isi atau tiada ulas buah didalamnya dan hanya ada jerami sahaja. Ada juga buah nangka yang mempunyai bahagian empulur banyak. Ia menjadikan kualiti buah secara keseluruhan adalah kurang berkualiti dan menyebabkan tidak boleh dijual atau menerima harga rendah daripada RM2.50 iaitu purata harga ladang nangka sekilogram. Kesan kemarau ini amat meresahkan beberapa pengusaha yang kedudukannya berjauhan dengan sumber air dan suhu panas. 


Penulis juga menganalisa kesan kemarau dalam kesannya terhadap kos pengeluaran di TKPM Lanchang. Walau pun pada umumnya kos pengurusan ladang adalah berkurangan kerana tiada masalah rumput yang kritikal dan kurang aktiviti mengawal rumpai tetapi ia juga menyebabkan kelembapan yang kurang kondusif untuk pokok nangka. Ini kerana pertumbuhan rumput adalah terbantut atau pun tidak hidup kerana kurang air dan suhu panas. Perkara ini sebenarnya membuatkan semua kerja ladang menjadi mudah kerana tidak perlu melakukan aktiviti meracun rumpai serta membuat cantasan. Bagaimana pun perkara lain yang timbul adalah dimana tempoh bekerja pekerja ladang telah menjadi singkat kerana suhu yang tinggi. Rekos menunjukkan suhu setingga lebih dari 38 Celsius sejak jam 11.00 pagi sehingga 4.00 petang memang beberapa pekerja ladang terpaksa memberhentikan aktiviti kerana tidak tahan akan kepanasan diladang yang produktiviti menjadi rendah. Mereka digalakkan hanya membuat pembajaan yang dibuat dengan cara pemberian baja organan yang mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi. Secara umumnya juga aktiviti pengurusan penyakit dan perosak tanaman juga menjadi mudah kerana pada musim kemarau dan suhu panas didapati amat kurang serangan serangga dan penyakit. Hanya perosak seperti 'Kumbang Pengorek Batang' ada berlaku tetapi ia boleh dikawal dengan menyembur racun malathion atau cypermethrin sekali sebulan. Kejadian kes serangan kulat juga berkurangan didalam kebun musim kemarau dan panas ini. Bagaimana pun didapati serangan oleh babi hutan masih aktif disepanjang masa terutama diwaktu malam hari. Serangan perosak tanaman utama iaitu khinzir juga berkurangan dan hampir tiada. Sebenarnya salah satu elemen penting dalam penghasilan buah nangka yang berkualiti adalah pemberian air yang mencukupi. Ini kerana semua peserta projek tahu jika ada air maka pokok menjadi segar dan produktif. Kesannya jika ada air mencukupi makan buah yang terhasil lebih berkualiti , besar , berat, bentuk seragam, warna menawan, berisi tebal. Dari rujukkan Buku Asas Metamatik Jabatan Pertanian yang dirujuk menyatakan keperluan air untuk sepokok nangka sehari adalah berbeza mengikut umur pokok. Pada peringkat awal keperluan air pokok nangka sekitar 29.63 liter sepokok. Kadar ini terus meningkat kepada sebanyak 59.27 liter sepokok pada umur pertengahan dan sebanyak 88.90 liter sepokok pada peringkat pokok matang. Bagaimana pun jika dikiran dalam tempoh bulanan didapati keperluan purata air sebulan pokok nangka sebanya 2,667.07 liter sepokok. Pada penulis keperluan air di TKPM Lanchang perlu dipenuhi agar dapat memberikan penghasilan optima dengan beberapa pendekatan teknikal. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!..

TKPM LANCHANG... LUAS KAWASANNYA...
TANAMAN UTAMA.. TANAMAN NANGKA...
KEMARAU PANJANG...EL-NINO SEBABNYA...
PERLU DIRANCANG... BAGAIMANA CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Lanchang,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(2 Muharam 1438H)

Monday, October 3, 2016

PEROSAK TERNAKAN KELULUT (Part 2)

TERNAKAN KELULUT (Heterotrigona spp) merupakan satu industri dalam bidang pertanian yang berkembang pesat di Malaysia semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Kelulut atau lebih dikenali sebagai 'Stingless Bee' mampu menghasilkan madu kelulut yang mempunyai nilai permakanan dan juga nilai perubatan tinggi dimana ia telah menarik minat ramai usahawan baru terutama golongan muda. Kini Madu Kelulut telah dijadikan 'ikon' oleh kerajaan Malaysia sebagai 'SUPER FOOD MALAYSIA' sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada September 2016 di MAEPS, Serdang, Selangor. Khasiat dan kehebatan madu kelulut membolehkan ia dijadikan sebagai produk yang boleh di ketengahkan diperingkat global kelak. Walau pun kelulut secara semulajadi banyak terdapat dikawasan hutan dan belukar serta dipersekitaran kampong yang mempunyai makanan, kini ia telah disesuaikan teknologi penternakannya dengan menggunakan 'Kotak Madu' yang boleh diletakkan dibahagian atas log kayu untuk memudahkan ianya dituai madu. Teknologi ini bagaimana pun mendedahkan kotak kelulut kepada serangan perosak yang mampu menyerang keseluruhan koloni kelulut. Akviti menternak kelulut secara komesil melibatkan berpuloh log kayu, beratus malahan terdapat usahawan yang mempunyai ribuan koloni. Ianya memerlukan pengawasan dan pemantauan rapi untuk setiap log kelulut agar tidak diserang oleh persoak seterusnya boleh menyebabkan kerugian besar. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 8 jenis perosak kelulut yang perlu diketahui dan diawasai oleh penternak kelulu di Malaysia.

(5) SEMUT dan KERENGGA
Semut dan Kerengga merupakan antara mmusuh yang sering menganggu koloni kelulut. Serangga ini akan menyerang kelulut dewasa dengan menangkapnya dan menjadikan ia sebagai makanan semut dan kerengga (Sila llihat foto disebelah). Semut ini akan menyerang kelulut dewasa dan membawanya kesarang mereka untuk dijadikan makanan. Jika ada madu semut dan kerengga juga akan memasukki sarang dan mencuri madu tersebut termasuk ia akan mengambil lilin dan propolis. Kehadiran semut dan kerengga perlu dikawal dengan memusnahkan serangga tersebut disarangnya. Bagi kerengga ia juga akan menyerang kelulut secara berkumpulan terutama pada masa kekurangan makanan kerengga disekitarnya. Walau pun akan ada berlaku 'serangan' kerengga lazimnya kelulut akan cuba mempertahankannya.


(6) ANAI-ANAI (Termites)

Serangan Anai-anai pada log kelulut merupakan sati perkara yang perlu diawasi. Anai-anai akan naik daripada tanah kepada kayu log dan kotak madu dengan memakan kayu log yang sedang mereput. Tanda serangan boleh dilihat dengan adanya anai-anai dewasa yang berada diluar log atau laluan yang dibina diluar log kayu (Sila lihat foto disebelah). Serangan mudah berlaku jika log ini diletakkan terus diatas tanah dimana ada sarang anai-anai yang berhampiran. Sebaiknya loh kayu kelulut diletakkan pada tempat lebih tinggi diatas batu, tiang kayu, tiang besi dan sebagainya untuk mengurangkannya. Penggunaan racun anai-anai disarangnya boleh mengurangkan populasi anai-anai dikawasan ternakan kelulut dan jalankan sanitasi serta pemeriksaan selalu.


(7) MENGKARONG
Mengkarong (Mabuya multifasciata, Kuhl) merupakan sejenis haiwan yang menyerang koloni kelulut yang juga di panggil sebagai Sang 'Kadal Kebun' (Indonesia), East Indian Brown Mabuya, Many-lined Sun Skink atau Common Sun Skin (English) dan lain-lain nama. Ia adalah sejenis haiwan bersisik dan berkaki empat dengan kulit yang licin yang termasuk kelompok reptilia. Mengkarong adalah haiwan daripada kumpulan seperti cicak, tokek, bunglon, cicak terbang, biawak, iguana dan lain-lain. Mengkarong merupakan haiwan yang bersisik licin berkilat dengan dan hidup di atas tanah yang terdapat didalam belukar, kebun dan kadang-kadang dikawasan rumah kita. Walau pun mengkarong tidak dikategorikan haiwan merbahaya kepada manusia, tetapi kalau kita terserempak dengannya kita akan terkejut akibat geli atau takut digigit. Makanan utama bagi mengkarong adalah seperti Kelulut, Lebah Madu, Semut, Serangga Kecil, Belalang, Kumbang, Lalat, Pepatong, Rama-rama, Kupu-kupu, Nyamok, katak kecil dan sebagainya. Penulis jumpa beberapa ekor mengkarong berada diatas kotak super dan corong pintu masuk kelulut (Sila lihat foto disebelah). Uniknya walau[un mengkarong bersaiz lebih kecil daripada mangsanya tetapi ia akan tetap memakannya. Matanya yang tajam dengan lidahnya yang panjang mampu menyambar serangga sebagai makanan seperti cicak makan serangga yang terus masuk kebahagian mulutnya. Pergerakannya yang senyap dan lembut akan menyebabkan mangsa tidak sempat lari setelah diserang dan disambar masuk kemulut mengkarong yang mempunyai sejenis lendir yang melekit. Kebanyakan mengkarong tidak berbahaya bagi manusia dimana gigitannya tidak melukakan manusia hingga dapat mengalirkan darah dari luka gigitannya. Ia perlu dikawal.
(8) MANUSIA

Manusia bukan spesis serangga atau pun ulat tetapi ia juga boleh menyebabkan kerosakkan kepada industri ternakan kelulut. Masaalah utama disebabkan manusia adalah kes 'kecurian' log kelulut dalam kawasan ternakan. Lazimnya kawasan yang terpencil, jauh dari pengawasan dan waktu malam merupakan antara faktur berlaku kes ini. Sama ada mereka mencuri untuk digunakan sendiri atau dijual kepada pihak lain ianya merupakan ancaman yang serius. Harga satu koloni kelulut yang lengkap dengan kotak super antara RM500 - RM1,200 bergantung kepada species, lokaliti dan permintaan yang tinggi dipasaran. Kerja-kerja meracun rumpai dikawasan ladang kelapa sawit juga menyebabkan kelulut yang mengunjungi rumpai seperti rumput Israel akan menjejaskan populasi kelulut. Gangguan kelulut berlaku jika kurang aktiviti pemantauan dilakukan. Sebaiknya kawasan ternakan kelulut dipilih dari lokasi yang selamat dan mudah untuk diuruskan. Atikel dua part ini membincangkan secara ringkas mengenai beberapa perosak dan ancaman dalamindustri ternakan kelulut. Penulis ada juga menulis secara komprhensif untuk setiap jenis perosak kelulut dalam artikel lain. Semuga artikel ini mampu memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
MENTERNAK KELULUT...ADA CARA...
LOG KAYU... KOTAK SUPER ATASNYA...
BANYAK HASIL... PEROSAK JUGA ADA...
MEMBACA ARTIKEL...TAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Kelulut,
Pusat Pertanian Tanah Putih,
Jalan Pekan-Kuantan,
Pekan, Pahang, Malaysia.
(28 Zulhijjah 1437H)

Sunday, October 2, 2016

PEROSAK TERNAKAN KELULUT (Part 1)

TERNAKAN KELULUT (Heterotrigona spp) merupakan satu industri dalam bidang pertanian yang berkembang pesat di Malaysia semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Kelulut atau lebih dikenali sebagai 'Stingless Bee' mampu menghasilkan madu kelulut yang mempunyai nilai permakanan dan juga nilai perubatan tinggi dimana ia telah menarik minat ramai usahawan baru terutama golongan muda. Kini Madu Kelulut telah dijadikan 'ikon' oleh kerajaan Malaysia sebagai 'SUPER FOOD MALAYSIA' sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada September 2016 di MAEPS, Serdang, Selangor. Khasiat dan kehebatan madu kelulut membolehkan ia dijadikan sebagai prosuk yang boleh di ketengahkan diperingkat global kelak. Walau pun kelulut secara semulajadi banyak terdapat dikawasan hutan dan belukar serta dipersekitaran kampong yang mempunyai makanan, kini ia telah disesuaikan teknologi penternakannya dengan menggunakan 'Kotak Madu' yang boleh diletakkan dibahagian atas log kayu untuk memudahkan ianya dituai madu. Teknologi ini bagaimana pun mendedahkan kotak kelulut kepada serangan perosak yang mampu menyerang keseluruhan koloni kelulut. Akviti menternak kelulut secara komesil melibatkan berpuloh log kayu, beratus malahan terdapat usahawan yang mempunyai ribuan koloni. Ianya memerlukan pengawasan dan pemantauan rapi untuk setiap log kelulut agar tidak diserang oleh persoak seterusnya boleh menyebabkan kerugian besar. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 8 jenis perosak kelulut yang perlu diketahui dan diawasai oleh penternak kelulu di Malaysia.


(1) BLACK SOLDIER FLY (BSF)
Perosak ini merupakan antara perosak yang paling teruk menyerang koloni kelulut di Malaysia setakat ini. BSF (Hermitia illucens) adalah serangga berwarna hitam dari keluarga Stratiomydae dalam order Diptera sebenarnya adalah serangga berfaedah sebagai 'Decomposer'. Keseluruhan kitaran dari telur hingga dewasa mengambil masa lebih kurang 40-43 hari. Peringkat Telur selalunya selama 4 hari dimana ia seekor BSF matang mampu bertelur sebanyak 500- 900 biji. Ia selalu bertelur berdekatan bahan mereput atau bahan organik. Mampu untuk bertelur pada suhu melebihi 26 ° C dan pada tahap kelembapan yang tinggi (≥60%). Peringkat larva selama 13-18 hari merupakan peringkat dimana ia merosakkan sarang kelulut dengan 5 instar (Sila lihat foto disebelah). Ia juga kemudian menjadi pupa selama 17 hari dan dewasa hanya 5-8 hari dan mengawan 2 hari selepas muncul. Kerosakan oleh larva menyebabkan koloni kelulut akan musnah akhirnya dan sukar untuk diselamatkan.

(2) KuMBANG PENDEBUNGA
Kumbang Pendebunga (Haptoncus luteolus) juga dikenali dengan nama Yellow-brown sap atau Pineapple sap atau Souring Beetle dari keluarga Nitilunidae dari order Coleoptera. Kumbang halus ini keseluruhan kitaran hidup jika menyerang koloni kelulut dengan memakan polen madu dan mampu untuk bertelur di kayu sarang. Lazimnya ia akan bertelur dengan mengambil masa 2-4 hari sebelum menetas. Kemudian peringkat larva kumbang ini akan menetas dan menyerang madu dan akan mengambil masa 2 minggu untuk matang. Apabila larva kumbang ini telah matang maka ia akan mengorek ke dalam kayu sarang untuk menjadi pupa. Peringkat dewasa hidup dalam 2 minggu tanpa makanan dan boleh mencapai sehingga 2 - 5 generasi setahun (Sila lihat foto disebelah). Kumbang ini tertarik dengan bau masam pada madu lebah dan juga cuka epal. Saiz yang kecil pada kumbang dewasa ini membolehkan ia masuk kedalam koloni kelulut melalui coorong pintu masuk kelulut.


(3) LALAT FORID
Lalat Forid daripada keluarga Phoridae mempunyai 4 genus iaitu Aenigmatinae, Melopininae, Phorinae dan Sciadocerinae dari order Diptera. Lalat Forid juga selalu dipanggil sebagai 'Lalat Bongkok' kerana benti badannya yang membongkok. Ia sering mengunjungi buah-buahan yang masak berguguran diatas tanah (Sila lihat foto disebelah). Lalat ini juga mampu menyerang sarang kelulut. Lalat forid dewasa mampu bertelur sehingga 100 biji seekor pada sarang kelulut dan apabila larva menenas akan merosakkan sarang kelulut tersebut. Buat sanitasi kebun dengan baik untuk elakkan serangan lalat forid ini.


(4) KUPU-KUPU LILIN
Kupu-kupu Lilin (Achroia grisella) juga dikenali dengan nama Lesser Wax Moths adalah serangga perosak agak berlainan kerana memasukki log kelulut pada waktu malam. Kupu-kupu memang serangga yang aktif pada waktu malam berbanding dengan rama-rama (Butterfly) yang hanya aktif pada waktu siang. Kupu-kupu Lilin dewasa yang berwarna putih ini akan bertelur pada sarang kelulut (Sila lihat foto disebelah). Apabila larva menetas maka ia akan memakan lilin yang terdapat pada sarang kelulut dan menyebabkan kerosakkan.
Artikel ini bersambung pada Part 2. Wasallam!!!. 
MENTERNAK KELULUT...ADA CARA...
LOG KAYU... KOTAK SUPER ATASNYA...
BANYAK HASIL... PEROSAK JUGA ADA...
MEMBACA ARTIKEL...TAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Kelulut,
Pusat Pertanian Tanah Putih,
Jalan Pekan-Kuantan,
Pekan, Pahang, Malaysia.
(28 Zulhijjah 1437H)

Saturday, October 1, 2016

KOPITIAM - SATU INDUSTRI

KOPITIAM atau 'Kopi Tiam' adalah satu perkataan yang semakin polular masa kini dan satu industri yang hebat dimana ianya telah ujud semenjak beratus tahun dahulu di rantau Asia Tenggara. Ia merupakan kedai kopi dan sarapan tradisional yang terdapat di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia yang asalnya didominasi oleh kaum China. Pada penulis perkataan "kopitiam" merupakan gabungan diantara dua perkataan iaitu perkataan "KOPI" dari bahasa Melayu dengan perkataan bahasa Hokkien bagi "KEDAI" atau disebut sebagai "TIAM". Ini bermakna perkataan kopitiam kalau diterjemahkan adalah 'Kedai Kopi' yang sememangnya ada ditulis pada papan tanda kedai tersebut. Pada masa dulu oleh kerana ramai pengujung adalah orang tua (dewasa) sahaja dan kurang orang muda datang berkunjung. Mereka yang suka minum sambil berbual-bual setelah penat bekerja seharian dikebun lazimnya masyarakat tempatan berkumpul dikedai ini untuk berehat, berjumpa dengan rakan-rakan dan berbual panjang mengenai isu semasa. Beberapa buah kedai kopi atau kedai Kopitiam ini diujudkan dikawasan iaitu di bandar kecil yang beroperasi daripada subuh pagi sehingga lewat malam. Penulis yang berasal daripada Pekan Gersik, Muar, Johor mendapati di pekan kecil ini ada 3 buah kedai kopitiam dan satu buah Kedai Mamak. Konsep kedai mereka adalah sama diantara Kedai Kopi Tiam dengan Kedai Mamak hanya dibezakan jenis makanan dan minuman yang dihidangkan secara tradisional. Bagaimana pun kedua-dua outlet makanan yang popular di Malaysia kini telah berubah wajah dan konsep dengan lebih canggih dan moden. Kalau dahulu sesiapa yang pergi kedai kopitiam tradisional dianggap sebagai 'low class' berbanding mereka yang makan dan bersembang di Restoren, Hotel atau di Kompleks Beli Belah. Tetapi kini kedai kopitiam berada dalam kelasnya tersendiri dengan lebih menarik, moden, makanan yang beraneka jenis dan dikunjungi oleh pelbagai lapisan umur daripada orang muda kepada orang tua. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu kupasan mengenai KOPITIAM berdasarkan kepada pengalaman, pemerhatian dan juga beberapa bahan rujukkan. 


Apa yang unik didalam kedai kopitiam tradisional adalah jenis makanan dan minuman yang dihidangkan. Secara asasnya makanan yang dihidangkan adalah ROTI BAKAR dan minuman yang asasi adalah KOPI. Roti Bakar dikedai kopitiam ini dibuat daripada roti potong yang lembutt dibakar sekeping-sekeping diatas oven atau bara kayu arang dan kemudian disapu dengan perasa planta, majerin, kaya kelapa, kaya perasa lain dan sebagainya. Ia dipotong dua atau dipotong empat dan dihidangkan dalam pinggan ceramik yang cantik buatan tempatan atay buatan China (Sila lihat foto disebelah). Enak dimakan semasa suam panas, roti bakar berperisa ini memang mengenyangkan jika diambil bersama minuman. Ada dikalangan pelanggan akan menambah pesanan makan roti bakar ini jika mereka duduk dan berbincang dikedai kopitiam ini untuk jangkamasa lama. Bagaimana pun kini telah ada makanan lain dikedai kopitiam seperti mee, mee hoon goreng dan sebagainya. Dari segi minuman pula KOPI (Coffea spp) dihidangkan dalam bentuk Kopi-O (Tanpa susu) atau Kopi (Kopi dengan susu pekat), Minuman Milo, Horlicks atau minuman lain yang berasaskan teh.  Air kopi ini akan dibancuh panas didalam cawan kecil daripada ceramik yang cantik berbunga-bunga. Cawan kecil ini didapati agak lama menyimpan kepanasan kopi yang dihidangkan. Bahan kopi campuran yang digunakan untuk kedai kopitiam lazimnya dibancuh khusus oleh [engilang kopi dimana penulis telah melawat lebih daripada 25 buah kilang kopi diseluruh negara. Mereka menggunakan pelbagai formulasi untuk pembuatan kopitiam tetapi lazimnya mereka menggunakan kopi jenis robusta yang diimport dan ada yang menggunakan kopi liberica (tempatan). Formulasi kopitiam berbeza dengan kopi campuran, white coffee, kopi herba dan sebagainya. 


Berbeza dengan Kedai Kopitiam Moden yang terletak di Premis Kompleks Perniagaan dan Kedai Besar, ianya telah disesuaikan dengan konsep kehidupan moden dan terkini. Kedai ini sama taraf dengan rantaian restoren antarabangsa seperti Restoren KFC, Starbuck, Big Mac dan sebagainya dari segi persembahan. Restoren yang strategik ini walau bagaimana pun selalunya akan menyediakan Menu dan senarai harga dan menawarkan harga lebih tinggi dari segi makanan dan minuman berbanding dengan kedai kopitiam tradisional. Menu yang dipaparkan mempunyai berpuloh jenis minuman dan makanan dan kadang kala ada yang sampai beratus pilihan. Jenis makanan yang dihidangkan juga termasuk makanan tradisional, makanan moden dan makanan barat. Sebut sahaja mengenai makanan panas ada dijual mee goreng, nasi goreng, mee kari, kuehtiow goreng, pelbagai jenis kuih dan sebagainya. Harga yang dotawarkan juga lebih mahal daripada kedai kopitiam tradisional dan dikenakan GST serta cukai-cukai lain. Melihat kepada suasa persekitaran selalunya ia mempunyai susunan meja dan kerusi yang mahal, ada sistem penghawa dingin, internet dan WIFI percuma dan menyediakan pekerja yang muda dan digaji tetap. Tarikan WIFI percuma ini berjaya menarik ramai gulungan muda untuk berkunjung di Kopitiam Moden dan menghabiskan masa lama. Ada juga kalangan beberapa ahli perniagaan yang suka makan dan berbincang perniagaannya di kedai kopitiam moden. Kini Kedai Kopitian menjadi satu industri yang hebat sebaris dengan rangkaian premis makanan segera antarabangsa.


Kopitiam di Malaysia memang boleh dijumpai di merata tempat di Malaysia. Istilah kopitiam di Malaysia merujuk kepada kedai kopi Cina yang lazimnya hanya menawarkan sajian Cina Malaysia. Kopitiam dalam zaman moden adalah sejenis "kopitiam baharu". Kelarisan kopitiam bergaya lama serta minat masyarakat terhadap tema nostalgia serta kenaikan dalam pendapatan telah mencetuskan kebangkitan jenis pseudo-kopitiam ini. "Kopitiam baharu" ini merupakan kedai makanan segera yang menampilkan gaya kopitiam lama dari segi hiasannya, tetapi lazimnya dibina dalam latar yang lebih moden dan bersih seperti pusat beli-belah dan bukannya rumah kedai. Bagi menawarkan pengalaman kopitiam sejati, kopitiam baharu ini kebanyakannya menawarkan perisa kopi tempatan yang tulen, roti bakar kayu arang yang disajikan bersama mentega dan kaya dan telur rebus. Ada yang menawarkan lebih kepelbagaian makanan yang mana sajian khas sarapan, makan tengahari dan makan malam disediakan. Kebanyakan jenama lain mengikuti konsep ini, maka sehingga hari ini, terdapat tidak kurang daripada 100 jenama kopitiam baharu yang beroperasi di merata negara. Perbezaan antara kopitiam di Malaysia dan Singapura. Konsep perniagaan Kopitiam semakin popular sebagai satu industri makanan setanding dengan nama-nama besar dalam rantaian makanan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!...

KEDAI KOPITIAM... IDENTITI MALAYSIA...
JENIS TRADSIONAL...MODEN PUN ADA...
SEMUA ORANG... SUDAH MENERIMA...
BACA ARTIKEL... DIKUNJUNGI SEMUA...

By,
My Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Sungai Lembing,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1437H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...