Support My Blog

Friday, July 3, 2026

DAUN PISANG DAN FAKTA PENTING (PART 2)

DAUN PISANG (Banana Leaf) adalah helaian daun diperolehi daripada Pokok Pisang (Musa spp.) yang saiznya lebar dan panjang, fleksibel serta cirinya adalah kalis air. Ia mempunyai pelbagai fungsi tradisional terutamanya dalam masakan nusantara dan antarabangsa serta digunakan dalam kaedah pembungkusan banyak jenis makanan dan digunakan dalam beberapa upacara seperti keagamaan serta kebudayaan terutama di negara kawasan tropika. Daun pisang memang ramai orang kenal sebab ukuran saiznya adalah lebar dan besar sehingga ukurannya ia boleh mencapai sehingga 2.0 meter panjang, berwarna hijau gelap ia mempunyai tekstur berlilin yang menjadikannya kalis air dan tidak melekat apabila digunakan untuk diletakkan makanan atau di gunakan sebagai alas mengukus makanan. Daun pisang sagat berguna didalam masakan dan menyediakan hidangan secara meluas untuk tujuan membungkus kuih-muih tradisional (seperti kueh lepat, koci, abuk-abuk dan pulut inti) serta membalut makanan untuk dibakar (seperti ikan bakar atau otak-otak) serta ia juga selalu dijadikan alas pinggan atau bekas hidangan. Rasa nasi lemak akan lebih enak apabila ia dibungks dengan daun pisang sebab aroma dan citaranya memang berbeza. Bagi penulis blog yang menanam pokok pisang di rumah memang tidak pernah membeli lagi daun pisang untuk kegunaan sendiri. Di laporkan ciri kelebihan semulajadi daun pisang tentunya adalah menghasilkan bau aromatik semula jadi daun pisang dapat meresap ke dalam makanan panas dan memberikan rasa yang lebih enak. Selain itu pastinya jeni s daun ini mesra alam kerana ia boleh terurai dengan mudah tidak seperti bungkusan plastik yang sukar mereput. Dalam beberapa budanya di laporkan daun pisang ia merupakan salah satu elemen penting dalam masyarakat Melayu di Malaysia dan tradisi hidangan masyarakat India (seperti Banana Leaf Rice) dan banyak lagi kegunaan lain di negara lain. Apa pun unik sebab daun pisang ialah daun lebar yang berasal daripada pokok pisang yang sangat sinonim dengan budaya serta pelbagai masyarakat di Malaysia kerana sifatnya yang kalis air, tahan haba ia mampu untuk serta mengeluarkan aroma wangi yang menyelerakan apabila terkena makanan panas. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa fakta penting mengenai daun pisang untuk bahan rujukkn\an semua.


Menarik merujuk fakta penting akan harga daun pisang segar yang dijual di pasaran Malaysia iaitu sekitar RM3.50 hingga RM6.00 sekilogram dimana ia bergantung kepada jenis dan lokasi serta jumah di beli. Anggaran harga semasa bagi Jenis Daun Pisang di Beli Secara Borong adalah sekitar RM4.00 - RM6.00/kg dan bagi Jenis Daun Pisang Secara Ikat atau dalam bentuk Pek (Runcit) ia dijual sekitar RM1.50 - RM4.00 setiap ikat atau pek kecil (anggaran berat 150g - 500g).  Apa pun harga ini ia mungkin sedikit berbeza jika sesiapa membeli secara pukal untuk perniagaan restoran atau tujuan dalam jenis katering. Penulis blog tidak dapat data akan jumlah dan aktiviti eksport daun pisang berbanding dengan negara jiran Indonesia dan diari Malaysia ke Singapura. Dilaporkan dimana p
eningkatan yang cukup signifikan ini membuat para pemain kecil dan kelas menengah mulai melakukan eksport daun pisang ke negara yang perlukan daun pisang. Negara pertama adalah Jepun dengan potensi eksport sebanya USD555,000 (RM2.3 juta) dan ke Australia pula mencecah kepada sebanyak USD2,400 (RM9,800) serta ke USA sebanyak USD 161 (RM666,400). Menarik sebab pokok dan daun pisang sinonim dengan ujud pelbagai cerita legenda dan mitos kalangan masyarakat di Asia Tenggara termasuklah yang ada di Malaysia. Mitos yang paling popular mengaitkan pokok pisang sebagai tempat kediaman makhluk halus seperti pontianak atau pocong dimana di dakwa mitos ini dikatakan wujud sejak dahulu lagi untuk menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak bermain jauh di kawasan kebun atau mengelakkan pencuri daripada cuba masuk kekebun pusang untuk tujuan menceroboh. Kedua ada juga mitos yang menyatakan bahawa menanam pokok pisang jika ia betul-betul di hadapan rumah akan 'membawa tuah' dan ada disesetengah budaya pula menganggapnya tidak elok kerana saiz daun yang lebar dipercayai mampu menghalang aliran tenaga positif. Apa pun dari sudut fakta dan kegunaan sebenar dimana daun pisang sangat popular di Malaysia kerana memberikan aroma yang wangi pada makanan seperti nasi lemak dan kuih-muih tradisional dimana secara saintifiknya memang daun pisang kaya dengan antioksidan (polifenol) dan dikatakan boleh meresap sedikit khasiat tersebut apabila bersentuhan dengan makanan yang panas.


Bagi penulis blog dimana d
aun pisang sering digunakan manusia untuk berbagai kegunaan sebab ukurannya yang lebar selalunya ia digunakan sebagai alas atau pembungkus makanan. Selalunya selain sebagai alas atau pembungkus makanan dimana daun pisang ternyata juga menyimpan banyak manfaat untuk kesehatan. Mungkin masih ranyak pembaca blog anim agro technology yang belum menyedari berbagai manfaat daun pisang untuk kesihatan. Dibeberapa negara di Asia Selatan dimana mereka sering memakan makanan yang dibalut dengan daun pisang dan ia dianggap menyihatkan. Apa pun asasnya dimana daun pisang juga selamat untuk digunakan kerana ia tidak mengandung bahan toksik yang boleh mengancam dan membahayakan kesihatan pengguna. Apa pun di laporkan iaitu daun pisang mempunyai banyak manfaat untuk bantu kesihatan dan kecantikkan dan dijadikan sebagai ramuan herbal serta dapat menyembuhkan penyakit seperti sakit tekak, batuk, selsema dan demam serta ada juga digunakan sebagai bahan spa tradisional yang sangat baik untuk kulit. Agak jarang di ketahui fakta jika jenis daun pisang kering memiliki unsur penting bagi kesihatan seperti bahan polifenol yang berperanan sebagai bahan antioksidan, lignin, hemiselulosa, protein dan allantoin. Dilaporkan daun pisang mengandungi bahan Antioksidan yang Tinggi sebab ia kaya bahan polifenol yang merupakan jenis antioksidan. Antioksidan diperlukan untuk melawan berbagai gangguan kesihatan yang disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh dengan melawan radikal bebas sehingga mencegah peradangan mikro yang disebabkan oleh sel-sel radikal bebas dimana peradangan tersebut dapat menyebabkan berbagai penyakit degeneratif seperti Aterosklerosis, Alzheimer, Demensia bahkan jeisn penyakit Kanser. Antioksidan yang tinggi juga diketahui dapat mencegah tanda-tanda penuaan dini seperti kulit berkedut dan kusam dimana merawatnya dengan minum teh daun pisang 1-3 kali sehari. Daun Pisang dilaporkan ia mampu Merawat Sakit Tekan dimana ia ia juga gejala dari banyak penyakit lain yang berhubungan dengan pernafasan disebabkan serangan vitus. Ada rawatan guna antibiotik yang tidak menyembuhkannya dan sakit ini sangat mengganggu bika pesakit merasa sukar untuk menelan makanan atau minuman. Caranya dengan minum air rebusan daun pisang minima sehari sekali dan ini didakwa akan mengurangkan sakit tekak secara bertahap. Ada fakta menyatakan daun pisang mampu Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh sebab ia mengandungi bahan allantoin, zat yang dikenal dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mempercepat proses penyembuhan. Amalkan minum air rebusan daun pisang atau teh sekurang-kurangnya sehari sekali untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh dan kesannya agak kurang terkena penyakit. Seterusnya ia didakwa akan Menurunkan Demam sebab ia ada bahan antiradang dan antioksidan yang dapat membantu kurangkan isu peradangan. Simptom demam berlaku naiknya suhu badan yang beraku bila sistem kekebalan sedang melawan penyakit. Dilaporkan daun pisang sangat membantu masaalah deman ini bila ia mempunyai kesan astringen yang dapat menurunkan dan meredakan demam. Caranya dengan meminum air rebusannya beberapa kali sehari. Agak unik bila daun pisang juga akan Menyembuhkan Luka dan Keradangan Kulit sebab daun pisang telah digunakan untuk merawat iritasi dan luka secara tradisional hingga sekarang dengan cara menghancurkannya dengan umat dan di sapu daun pisang yang hancur kelokasi yang luka.   

 
Lazimnya daun pisang ia sering akan digunakan sebagai bahan pelapik atau pembungkus banyak hidangan makanan dimana untuk langkah keselamatan maka cara penggunaannya tetap perlu diperhatikan agar tidak menimbulkan risiko kesihatan. Penulis blog kongsikan fakta beberapa langkah dan tips cara selamat dalam menggunakan daun pisang. Langkah pertama dengan Memilih Daun Pisang Yang Segar dan tidak terkoyak serta sebaiknya masih berwarna hijau cerah dan boleh lentur. Elakkan dari gunakan daun pisaang yang sudah kering, kusam atau ada tanda bintik-bintik hitam sebab ia menandakan adanya patogen seperti jenis kulat dan juga mikrob yang ia mungkin merbahaya. Ia mesti di Cuci Bersih sebelum dapat digunakan dan dibilas daun pisang di bawah air mengalir untuk tujuan iaitu menghilangkan debu, tanah atau residu recun kimia seperti pestiside. Disyorkan juga untuk lakukan merendamnya beberapa minit dalam air suam yang telah diberi sedikit garam agar kotoran lebih mudah bersih. Apa pun ia boleh di lembutkan dengan 'Cara melayur diatas api kecil' atau dalam air panas beberapa saat sehingga ia lembut dan tidak koyak semasa kerja membungkus makanan. Cara ini juga ia akan membantu untuk membunuh sebahagian bakteria yang mungkin masih melekat didaun sehingga bersih. Apa pun sebaiknya menggunakan daun pisang yang Betul-betul Kering setelah diicuci dan dilayur dan ia di keringkan gunakan tisu atau kain lap bersih (Sila lihat foto disebeah). Daun yang masih basah dapat membuat makanan cepat basi akibat dari ciri kelembapan terutama jika ianya disimpan terlalu lama. Setersunya petua dimana elakkan menggunakan daun pisang yang disimpan terlalu lama sebab daun pisang segar idealnya digunakan dalam waktu 1 - 2 hari setelah dipetik jika mahu menyimpannya sebaiknya ia dibungkus dalam plastik dan simpan ditempat sejuk dalam peti aie agar ia tetap segar dan tidak cepat layu. Asasnya adalah jika sempat periksa akan kebun di mana ia jadi sumber daun pisang bagi pastikan persekitaran kebun pisang bersih dan bebas dari sebarang sisabaki racun atau akibat tdari pencemaran industri. Ini penting untuk menghindari kemungkinan daun terdedah kepada unsur toksik merbahaya seperti logam berat atau sisabaki racun. Bagi penulis blog memang suka makan Kueh Koci dan Kueh Abuk-abuk yang di balut dengan daun pisang (Sila lihat foto paling bawah sekali)
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1dan Part 2 yang disyorkan untuk ianya di baca kesemuanya. Semuga tulisan teknikal ini ia memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...  
DAUN PISANG ... MUDAH MEMCARINYA...
UKURANNYA BESAR...SAIZ LEBAR PULA...
BANYAK KEGUNAAN...IA AKAN BERAROMA...
MEMBACA ARTIKEL...MENDAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 Muharam 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...