DAUN SIREH (Piper betle) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga Piperaceae yang tumbuh dan natif dari negara kita. Daun Sireh merupakan sejenis daun tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melayu di negara kita dalam adat istiadat perkahwinan, perubatan tradisional dan juga sebagai daun pelbagai guna membantu meningkatkan kesihatan manusia. Daun Sireh juga adalah merupakan satu komponen penting dalam aktiviti makan daun sireh bersama buah pinang, gambir serta kapor oleh nenek moyang kita dulu. Masyarakat India pula lama telah menggunakan daun sireh dalam banyak acara-acara berkait keagamaannya di Malaysia. Nama beberapa jenis daun sireh adalah seperti Jenis Sireh Tempatan, Sireh Jawa, Sireh Belanda, Sireh Hitam dan Sireh Cengkih. Pokok sireh dipercayai berasal dari Malaysia walau pun terdapat juga di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan saya lihat banyak di Myanmar. Sireh juga dipanggil Ikmo (Filipina), Trau (Vietnam), Pu (Laos), Paan (Hindu) dan Plu' (Thailand). Penanaman sireh mudah dilakukan dikawasan rumah secara kecil-kecilan atau ditanam dalam kebun secara komersil. Penulis merujuk kepada statistik perangkaan tanaman Jabatan Pertanian Malaysia dimna ia tidak menunjukkan keluasan tanaman sireh tetapi telah menganggarkan ia sekitar 150 CHE (crop hectrage equivalent) pada tahun 2025. Apa pun pokok sireh (atau sirih) adalah sejenis pokok menjalar dari keluarga Piperaceae (keluarga lada) yang popular dalam perubatan dan budaya tradisional Melayu. Daunnya berbentuk hati, kaya dengan minyak pati, dan terkenal dengan khasiat antibakteria, anti-radang, serta digunakan sebagai bahan mandian atau minuman herba. Secara tradisinya, daun sirih sangat sinonim dengan amalan memakan sirih (dikunyah bersama pinang dan kapur), dijadikan hantaran perkahwinan, dan bahan untuk adat istiadat. Selain itu dilaporkan daun ini juga sangat terkenal dengan pelbagai petua kesihatan antaranya ia menjaga kebersihan mulut, merawat masalah kulit, mengatasi isu seperti keputihan dan boleh melegakan batuk dan selesema. Penulis blog analisa harga daun sireh di pasaran Malaysia biasanya ia bergantung pada kuantiti yang dibeli. Bagi jenis daun sireh segar untuk 100 helai berharga antara RM4.50 hingga RM12.00. Apa pun jika daun sireh ini ia dibeli secara runcit dimana ia boleh didapati sekitar RM0.20 - RM1.00 sehelai dimana bagi pek 100 helai (Ikat/Pek) ia dijual sekitar harga RM4.50 - RM12.00 dan bagi harga runcir sehelai di jual sekitar RM0.20 - RM1.00. Dalam pada itu ada dijual produk Serbuk Daun Sireh yang dijuak sekitar RM13.00 - RM15.00 bagi pek 100 gram serbuk sireh dan kalau hendak menanam ada anakbenih sireh yang di jual sekitar RM6.00 - RM19.00 sepokok di nurseri. Artikel kali ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting daun sireh untuk bahan rujukkan pembaca semua.
Bagi penulis blog dimana memetik daun sirih penting untuk pastikan ia mengikuti ciri kesesuaian sama ada untuk ianya digunakan sendiri atau untuk jualan. Perlu di nyatakan petua penting memetik daun sireh dimana kaedah dan cara paling menariknya secara berperingkat bahagian ke arah bawah bagi tujuan mengelakkan batang utama rosak. Sebaiknya memilih daun yang sihat, tidak terlalu tua dan petik beserta tangkainya jika mahu ia tahan lebih segar. Amalkan untuk mengelakkan untuk memetik terlalu banyak pada satu masa untuk menjaga kesihatan pokok agar daun mencukupi untuk terus melakukan fotosintesis dan subur. Kesan 'over harvesting' perlu di elakkan terutama jika jumlah pokok sedikit yang di tanm. Penulis blog paparkan panduan ringkas cara memetik serta memilih daun sirih yang betul dan paling penting semasa memetik ikuti 'Arah Tarikan' dimana memegang dahan dan tarik daun ke arah bawah untuk memutuskannya dengan kemas. Jangan petik ke atas kerana ia boleh mencederakan atau merobek batang pokok sireh sedia ada. Sebaiknya menggunakan Alat Gunting (sebaga pilihan) dimana jika dahan pokok sirih agak keras, gunakan gunting bersih untuk memotong tangkai daun bagi memastikan potongan lebih kemas. Ciri-ciri daun sireh yang sesuai dipetik adalah merujuk kepada kegunaan sama ada untuk Pemakanan (dimakan) atau Untuk Perubatan dimana memilih daun yang berada di kedudukan pertengahan (tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua). Dari segi warna pula dimana jenis daun berwarna hijau segar serta sihat selalu ia mempunyai khasiat dan minyak pati yang lebih tinggi. Kumpul dan susu daun yang di petik dalam bekas yang besih dan tidak merosakannya semasa di bawa. Beberapa cara dan petua penjagaan dan penyimpanan daun sireh juga penting. Daun sireh segar yang baru di petik perlu dibersihkan dari sebarang kekotoran di bawah air mengalir bagi membuang sisa habuk atau kotoran yang ada. Cara penyimpanan adalah dengan jika tidak digunakan terus sebaiknya ia di simpan daun di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam bahagian chiller peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.

Dalam dunia perubatan ada dikatakan yang daun sirih (Piper betle) kaya dengan sebatian bahan antiseptik dan bahan antibakteria sesuai di gunakan untuk rawatan penyakit tertentu. Dalam dunia perubatan tradisional dimana daun sireh ini ia digunakan sebagai penawar semula jadi untuk merawat luka kecil, melegakan masalah pernafasan seperti batuk, mengurangkan keputihan dan kegatalan kulit, serta menjaga kesihatan mulut dan gigi. Bagaimana pun ada beberapa cara atau cara penggunaan yang lazim di ikuti kaedahnya. Pertama Kaedah Untuk Minuman Daun Sireh dimana ia perlu di rebus beberapa helai daun sirih dengan dua cawan air sehingga mendidih dan minum airnya sebagai miunuman biasa. Minuman daun sirih adalah air rebusan yang dibuat daripada daun pokok sirih dimana ia sering kali diamalkan sebagai minuman herba tradisional untuk kesihatan yang kaya dengan sifat antibakteria dan juga antiseptik semula jadi. Kedua Kaedah Untuk Sapuan dimana daun sireh erlu ditumbuk sehingga lumat dan tampal pada bahagian kulit yang bermasalah. Apa pun cara sediaan sapuan daun sireh adalah produk herba atau tradisional yang dihasilkan daripada ekstrak daun sirih dan ia biasanya digunakan juga sebagai sebagai ubat sapu untuk melegakan pelbagai masalah kesihatan luaran seperti gatal-gatal kulit, ruam dan luka kecil. Didakwa khasiat utama bagi sediaan Sapuan Daun Sirih berfungsi sebagai antibakteria dan antifungus dimana ia akan membantu melawan jangkitan kulit dan mengurangkan pertumbuhan bakteria. Ia akan melegakan keradangan dan juga mengurangkan rasa gatal, bengkak dan sakit ringan pada badan serta sapuan ini akan merawat luka serta kan mmbantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mampu untuk mengelakkan jangkitan. Ketiga ada kaedah rawatan daun sireh dengan Kaedah Untuk Cucian yang mana ia menggunakan air rebusan daun sirih (yang telah suam) untuk mencuci bahagian luaran tubuh. Apa pun selalunya cara sedia cucian daun sireh dengan penyediaan air rebusan daun sirih yang digunakan untuk membersihkan atau merawat bahagian tertentu badan. Ia merupakan petua tradisional yang sangat popular dalam masyarakat Melayu terutamanya untuk penjagaan kebersihan alat sulit wanita (kawasan intim) dan merawat luka selepas bersalin. Antara beberapa manfaat utama penyediaan ini termasuklah ia sesuai untuk mencuci bahagian intim wanita dan ini akan membantu mengurangkan masalah keputihan, menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, dan melegakan kegatalan. Sifat seperti antiseptik dan antibakteria semula jadi daun sirih sangat berkesan untuk tujuan ini. Bagi rawatan selepas bersalin ia sesuai digunakan untuk mencuci bahagian luka jahitan bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Seterunya adalah bagi tujuan kebersihan wajah dimana air rebusan ini juga sering digunakan untuk mencuci muka bagi merawat masalah jerawat. Bidang perubatan herba di Malaysia menurut sejarah menganggap sirih adalah tumbuhan asli di negara kita dan saya dapati antara jenis-jenis sirih tempatan ialah Sirih Melayu, Sirih cina, Sirih india, Sirih Jawa dan juga Sirih Indonesia. Masyarakat Cina mengenali sirih sebagai herba untuk memanaskan badan. Dikalangan masyarakat India pula lebih mengaitkannya dengan penjagaan mulut dan rambut. Namun begitu bagi masyarakat Melayu yang lebih lama dengan sejarah sirih tahu akan kepelbagaian kegunaannya iaitu samada bagi tujuan perubatan, kecantikkan dan kebudayaan. Kini dengan adanya perkembangan teknologi-bio daun sireh telah diproses dan boleh dimasukkan dalam bekas untuk dipasarkan sebagai produk kesihatan atau kosmetik. BioSirih Cosmetics contohnya adalah sebuah syarikat 100% status milik bumiputra yang komited untuk mengeluarkan dan memasarkan produk-produk kosmetik dan kesihatan yang didapati bermutu tinggi dan berkesan dengan menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal serta selamat digunakan. Tumpuan-tumpuan syarikat ini antaranya ialah produk-produk yang berasaskan pengunaan herba-herba tempatan terutamanya pati minyak daun sirih melambangkan ketulenan kosmetik sejak zaman berzaman. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.