Support My Blog

Sunday, July 12, 2026

TAWAS - APA DIA? (Part 1)

TAWAS
ialah sejenis garam mineral semula jadi dimana ia dikenali secara saintifik sebagai Kalium Aluminium Sulfat yang sering digunakan sebagai deodoran semula jadi atau sevagau agen penjernih air dan juga sebagai agen perubatan tradisional. Tawas selalunya ia berbentuk hablur seperti batu jernih dan sangat popular kerana berupaya menghapuskan bakteria punca bau badan dengan berkesan (Sila lihat foto diatas). Kalangan masyarakat umum mngkin pernah sesekali mendengar akan 'tawas' dimana antara manfaat dan aspek kegunaannya yang paling ketara dalam seharian adalah menjadi Deodoran Semula Jadi sebab ia mampu untuk menyekat tindak balas antara bakteria dan peluh tanpa menyumbat liang pori-pori pada kulit dimana ini ia sekaligus menghilangkan bau badan. Sering juga tawas ini akan ia di gunakan untuk Merawat Ketiak dimana ia akan membantu memutihkan, menghaluskan kulit dan selalunya akan dapat merawat ketiak terutamanya aktiviti selepas bercukur. 
Daya menggumpal tawas mampu menjerap kotoran, racun dan lainnya, maka ia boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan secara membasahkan permukaannya dan disapu pada kulit celah ketiak secukupnya. Bagi penulis blog sejak kecil ada mendengar akan kehebatan tawas yang di katakan ia sebagai Penjernih Air dimana ia memang berfungsi sebagai bahan 'flokulan' untuk dapat memendapkan kotoran dalam air dan air akan menjadi sangat jernih sekali. Tawas telah dikenal sebagai flokulator yang berfungsi dalam menggumpal kotoran pada air keruh yang hendak dijernihkan ia mampu didalam mengendapkan koloid atau ampaian air kumbahan secara berkesan. Kemudian ia di gunakan sebagai Pati Perubatan Tradisional dimana selalunya tawas ini akan digunakan untuk merawat masaalah kesihatan seprti masaalah ulser mulut, membantu dalam mengecutkan jerawat dan meredakan masaalah akibat kes-kes luka kecil. Dalam beberapa rujukkan di laporkan tawas adalah kelompok garam rangkap berhidrat berupa kristal dan bersifat isomorf. Kristal tawas ini cukup mudah larut dalam air dimana tahap kelarutannya berbeza-beza tergantung pada jenis logam dan suhu. Ia salah satu sebatian yang dibuat dari molekul air dan dua jenis garam iaitu salah satunya biasanya Al2(SO4)3. Tawas kalium antara yang paling umum mempunyai rumusan sebagai K2SO4. Al2(SO4)3.24H2O. Apa pun bagi jenis tawas kalium merupakan jenis tawas yang paling penting dimana ia merupakan sebatian tidak berwarna dan mempunyai bentuk hablur oktahedral atau kubus ketika kededua kalium sulfat dan aluminium sulfat dilarutkan dan dibekukan. Larutan tawas kalium tersebut bersifat asidik. Tawas kalium sangat larut dalam air panas. Ketika kristalin tawas kalium dipanaskan terjadi pemisahan secara kimia dan sebagian garam yang terdehidrasi terlarut dalam air. Tawas adalah bahan kalis api dimana jenis tawas kalium memiliki takat lebur 900 °C. Jenis lain dari bahan tawas adalah aluminium sulfat yang mencakupi tawas natrium, tawas amonium, dan tawas perak. Tawas digunakan untuk industri pembuatan bahan tekstil yang tahan api. Tawas merupakan komponen dari foamit yang digunakan dalam alat pemadam kebakaran. Larutan yang mengandung tawas digunakan pada berbagai benda seperti kayu, kain, dan kertas untuk tujuan meningkatkan ketahanannya terhadap api. Tawas juga boleh digunakan sebagai bahan pengawet makanan. Ini terbukti, masyarakat zaman dahulu umumnya menggunakan tawas sebagai pengawet makanan sebelum tingkal atau bahan kimia lain mampu diperolehi. Aetikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai tawas sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Dilaporkan dimana tawas (atau alum) ialah sebatian garam mineral yang terdiri daripada pelbagai jenis dan ia bergantung kepada logam yang digabungkan. Kalangan orang awam lazimnya hanya tahu akan itilah 'tawas' sahaja dimana jenisnya Ia sering digunakan dalam kehidupan seharian, terutamanya untuk merawat air atau sebagai deodoran. Apa pun sebenarnya ada beberapa jenis-jenis utama tawas dan yang pertama adalah Jenis Tawas Kalium (Potassium Alum) iaitu sejenis tawas yang paling popular dan biasa digunakan. Selalunya jenis ini ia amat popular dan ia berkesan sebagai agen antibakteria semulajadi, sebagai sejenis bahan penjernih air dan sebagai sejenis bahan pencukur (styptic pencil) yang popular.  Apa pun jenis tawas kalium (dikenali sebagai potassium alum atau kalium aluminium sulfat) ialah sebatian mineral semula jadi yang tidak berwarna dan berbentuk hablur. Ia digunakan secara meluas sebagai deodoran semula jadi, agen pengecut liang (astringen), penawar untuk menghentikan pendarahan kecil, serta agen penjernih air. Dilaporkan dimana antara kegunaan utama Jenis Tawas Kalium sebagai bahan deodoran semulajadi:  yang dapat membantu membunuh bakteria penyebab bau badan dan mengecilkan pori-pori. Ia juga digunakan untuk Merawat Luka Bercukur iaiu ia akan berfungsi sebagai agen antiseptik untuk menghentikan sebarang kes pendarahan kecil dan merawat kulit selepas bercukur. Jenis ini dijadikan bahan Penjernihan Air dimana ia bertindak sebagai 'bahan koagulan' yang menggumpalkan kotoran agar mudah ditapis dan disingkirkan. Tawan ini juga ia selalu di jadikan Bahan Pengawetan Makanan yang man ia digunakan dalam industri bakeri atau jeruk (jeruk buah) untuk memberikan tekstur yang lebih rangup. Apa pun bentuk dan juga cara penggunaan tawas jenis ini ia sebagai bahan yang serbaguna ini biasanya dijual dalam dua bentuk utama iaitu sama ada Dalam Bentuk Bongkah Kristal (Batu Tawas) dimana jenis ini ia perlu dibasahkan dengan sedikit air sebelum disapu terus pada kulit (seperti di bahagian ketiak). Kedua ia di jual dalam Bentuk Serbuk Tawas (Powder) yang mana bentuk ini ia mudah dan sedia digunakan terutamanya dalam masakan, kerja pertukangan tekstil, atau dicampur dengan sedikit air untuk membuat pes ubat.  Apa pun di pasaran dilaporkan ramai pengguna akan kerap menggunakan tawas kalium sebagai alternatif semula jadi dan ada isu tentang kesan jenis tawas Kalium untuk merawat kulit yang bermasaalah dimana ramai yang mendakwa dan mendapati tawas kalium berkesan walau pun ada juga yang memberi peringatan tentang penggunaan pada kulit sensitif yang akan timbulkan sedikit masaalah kesihatan.


Jenis tawas yang kedua adalah Jenis 
Tawas Amonium (Ammonium Alum) dimana jenis tawas ini ia selalu akan digunakan secara meluas dalam industri tekstil, pembuatan porselin dan sebagai bahan aktif dalam deodoran. Apa pun jenis tawas amonium yang mana ia juga dikenali sebagai 'Ammonium alum' atau 'Aluminium amonium sulfat' adalah sebatian garam mineral yang sering digunakan sebagai agen pengecut (astringen) dan antipeluh dalam produk deodoran kristal. Selalunya selain ia dijadikan bahan deodoran, bahan ini digunakan secara meluas dalam proses Penjernihan air iaitu dengan Cara Membantu memendapkan kotoran dalam rawatan air dan juga ada ia di gunakan didalam Industri tekstil yang akan bertindak sebagai bahan kalis api untuk fabrik dan agen pewarna pakaian. APa pun didalam Industri Makanan dimana tawas jenis ini ia ada digunakan sebagai bahan pengawet dan penstabil. Ada kalangan pengguna yang menjadikan tawas jenis ini sebagai salah satu alternatif atau pilihan alternatif semula jadi dan mendapati ia sangat jimat serta berkesan untuk mengawal bau badan. Jenis tawas yang ketiga di kenali sebagai Jenis Tawas Natrium (Sodium Alum) diman jenis ini ia sering digunakan sebagai komponen serbuk penaik (baking powder) dan dalam proses rawatan air. Apa pun di laorkan jenis tawas natrium atau 'Natrium aluminium sulfat' atau ia juga dikenali sebagai 'Soda alum' adalah sejenis sebatian garam mineral yang mana ia sering digunakan sebagai agen penaik dalam serbuk penaik, bahan pengawet makanan dan juga sebagai sejenis agen penstabil dalam industri farmaseutikal. Ia berfungsi sebagai pengatur keasidan dan agen pengekal kekukuhan untuk pelbagai produk makanan. Kegunaan utama tawas jenis ini dimana ia pentin dalam Industri Pembuatan Makanan iaitu sebagai komponen penting dalam serbuk penaik (baking powder) berganda yang membantu doh dan adunan kek mengembang dengan sempurna. Ia juga dilabelkan dengan kod makanan E521 sebagai pengawal asid. Ia juga di jadikan bahan penting dala Industri Pembuatan Kertas dimana ia akan digunakan untuk menguatkan struktur kertas dan tawas ini akan meningkatkan ketahanan daya tahannya. Dalam bidang farmasi dimana tawas ini di gunakan dan bertindak sebagai bahan penstabil dan agen penyuap dalam penghasilan tablet serta larutan antiseptik. Perlu di nyatakan jika tawas jenis ini berbeza sedikit dengan Tawas kalium (kalium aluminium sulfat) yang lebih popular digunakan untuk penjernihan air atau sebagai deodoran semula jadi untuk merawat masalah bau badan pengguna.


Seterusnya ada Jenis 
Tawas Aluminium (Aluminum Sulfate) dimana jenis ini ia sering digunakan untuk merawat air kumbahan, mengawal pH tanah untuk tanaman tertentu dan sebagai bahan di jadikan untuk kalis api. Dilaporkan dimana jenis tawas aluminium (sering dipanggil alum) adalah sebatian garam galian semula jadi dimana ia biasanya dikenali sebagai 'Kalium Aluminium Sulfat' dimana didalam bentuk asalnya ia kelihatan seperti kristal putih atau lutsinar dan mudah didapati secara meluas (Sila lihat foto disebelah).
Dilaporkan dimana bahan pelbagai guna ini digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian dan industri terutama dalam Industri Deodoran Semula jadi sebab ia akan bertindak sebagai agen antibakteria untuk menyerap dan meneutralkan bau badan tanpa menyumbat liang peluh. Kes Bau Badan akan terjadi apabila peluh bercampur dengan bakteria semula jadi pada kulit. Peluh itu sendiri sebenarnya cecair yang tidak berbau akan tetapi apabila bakteria mengurai protein dan lemak yang ada didalam peluh tersebut maka kemudian ia menghasilkan asid yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan Punca Badan Berbau ada beberapa faktor utama yang menyebabkan bau badan lebih kuat termasuk disebabkan oleh Kelenjar Apokrin iaitu sejenis kelenjar di kawasan ketiak dan pangkal peha merembeskan peluh yang pekat dan kaya dengan protein. Ada juga isu pengambilan makanan seperti bawang putih, kari dan kafein boleh merangsang lebih banyak peluh dan mengubah bau badan. Faktur ketiga ia berpunca dari Tekanan atau Emosi dimana peluh yang keluar ketika stres lebih mudah berbau berbanding dengan peluh dalam keadaan yang biasa dan tenang. Tawas jenis ini ia digunakan untuk tujuan Merawat Luka Kecil dimana caranya ia disapu dalam bentuk pensel hemostatik (styptic pencil) untuk dapat menghentikan pendarahan kecil akibat bercukur. Selain itu tawas ini ia di gunakan untuk Penjernihan Air sebab ia akan bertindak sebagai agen pemendakan (koagulan) yang mampu mengumpulkan kotoran dalam air supaya mudah ditapis dan dibersihkan (Sila lihat foto paling bawah sekali). Selain itu dilaporkan ia penting dalam Kegunaan Dapur dimana ia berfungsi sebagai bahan pengawet, agen perapan (supaya sayur atau buah kekal rangup) dan komponen dalam serbuk penaik (baking powder). Dalam industri perumahan dimana bahan ini selalu ia digunakan sebagai bahan kalis api untuk kertas dan kain, serta agen pewarna tekstil. Bagi penulis blog dimana dengan tahu akan perbezaan fungsi setiap tawas dapat membantu untuk memilih sama ada untuk kegunaan kosmetik, masakan atau penyelenggaraan rumah. Artikel ini ditulis didalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
NAMANYA TAWAS ...BIASA DENGARNYA...
BANYAK DI GUNA... JERNIHKAN AIR JUA...
BANYAK KHASIAT...CARINYA DIMANA...
BACA ARTIKEL...DAH DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 Muharam 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...