Support My Blog

Saturday, July 25, 2026

RAMBUTAN - APA PERLU TAHU?

BUAH RAMBUTAN
(Nephellium lappaceum)
ialah sejenis buah tropika dari keluarga Sapindaceae yang berbulu sama ada warna merah atau kuning dan rasanya manis atau masam serta ia berjus. Apa pun nama buah ini memang ia berasal dari Bahasa Melayu iaitu 'Rambut' atau 'hair' kerana kulit luarnya dipenuhi oleh bulu-bulu lembut sekan rambut manusia. Bagi penulis blog dimana rambutan merupakan sejenis buah-buahan tropika yang ditanam untuk menghasilkan buah yang selalunya ia dimakan segar. Luas tanaman rambutan di Malaysia kini seluas 12,777 hektar dengan anggaran hasil pengeluaran sekitar 58,192 metrik tan iaitu bertambah keluasa sekitar 100 hektar dari tahun 2024 (Sumber: Booklet statistik tanaman Sub-sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2026). Keluasan tanaman rambutan dilaporkan pada 1980'an adalah mencecah lebih 40,000 hektar. Pokok rambutan selalunya ditanam di kawasan keliling rumah dimana ia dahulu di bantu penanaman oleh Jabtaan Pertanian Malaysia di bawah Program Agriculture Input Diversification (AID) dimana benih ditanam di kawasan kebun dan keliling rumah. Kini petani tidak banyak yang menanam rambutan secara 'monokrop' kerana ujud faktur pulangan yang rendah akibat permintaan buah rambutan serta pengeluaran yang bermusim yang hampir serentak dengan jumlah yang banyak. Rambutan adalah sejenis buah tropika bermusim yang mana ia berbuah daripada bulan Julai hingga September setiap tahun dan ia bergantung kepada lokaliti dan varieti. Di Malaysia terdapat banyak jenis rambutan yang ditanam diantaranya seperti Rambutan Anak Sekolah (R196), Rambutan Mas Gading (R156), Rambutan Deli Baling, Rambutan Gula Batu dan beberapa varieti lagi. Walau pun pokok rambutan di negara kita banyak hasilnya setiap tahun tetapi ada kalanya ia tidak dituai kerana harga jualan yang murah. Bagaimana pun di negara jiran Thailand pula pokok rambutan dijaga dan dituai seterusnya dieksport ke Malaysia setiap tahun sejak sekian lama. Buah rambutan kurang mendapat sambutan dikalangan golongan muda menjadikan ia kurang potensi pasaran. Bagi penulis blog yang sudah ada 19 tahun menulis blog dan di baca oleh hampir 40 juta pembaca ada sekitar 25 artikel mengenai rambutan. Bagaimana pun semasa off-season harga runcit rambutan mampu mencecah RM12.00 sekilogram. Menganali buah rambutan ia berbulu pada kulitnya yang berwarna hijau ketika muda dan berubah menjadi merah terang atau kuning apabila masak. Isi buahnya ia berwarna putih jernih atau kekuningan, berasa manis dan mempunyai dua jenis iaitu isi lekang (mudah tanggal dari biji) atau isi melekat. Apa pun asal-usulnya ia berasal dari rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.  Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa perlu tahu tentang rambutan untuk dijadikan bahan rujukkan kepada pembaca blog semua.


Secara umumnya, jenis pokok rambutan kahwin atau pokok rambutan klon boleh mengeluarkan buah pada umur 3 tahun lebih selepas ditanam. Bagi tujuan untuk mengalakkan pengeluaran buah rambutan yang banyak dan lebat sebaiknya kerja penyelenggaraan perlu dilakukan seperti memangkas, membaja, kawalan penyakit dan perosak dengan  cara mengikut pakej amalan agronomi tanaman rambutan. Tempoh kematangan buah rambutan adalah diantara 100 -130 hari iaitu 3-4 bulan dari bunga kembang (anthesis) sehingga buah masak. Pokok rambutan mudah dibiakkan dengan menggunakan biji dan digalakkan kaedah cantuman matatunas. Pemilihan matataunas yang subur, matang dan pokok penanti rambutan berkualiti yang berkualiti membolehkan kadar peratus cantuman yang berjaya adalah tinggi. Kaedah pembiakan ini memerlukan dua komponen yang utama iaitu pokok penanti dan matatunas dari pokok baka yang terpilih (Sila lihat foto disebelah). Cantuman matatunas yang berjaya akan di letakkan di dalam rumah naungan sementara. Anak pokok rambutan perlu diselenggara dengan baik dan teratur supaya pokok cepat membesar. Apabila anak pokok mencapai umur 5 bulan selepas dicantum, ia boleh ditanam dikebun atau ladang. Setakat ini varieti buah rambutan yang popular di Malaysia ialah R99 (Gula Batu), R156 (Muar Gading), R162 (Oh Heok), R191 (Anak Sekolah) dan Rambutan SeedlessPenulis blog dapati di Malaysia ada 3 varieti rambutan popular termasuklah Anak Sekolah, Muar Gading dan Deli Baling. Pertama adalah Jenis Anak Sekolah (R191) dimana iainya  manis, tebal dan sangat mudah tanggal daripada biji (lekang). Apa pun rambutan anak sekolah adalah varieti buah rambutan yang sangat popular serta ia dikenali dengan isi yang manis, saiz buah yang sederhana serta kulit berwarna merah dengan rambut hijau. Nama ini berasal daripada cerita zaman dulu kerana pokok asalnya tumbuh di kawasan sekolah atau buahnya sering dijual kepada murid-murid sekolah sewaktu pulang. Ciri-Ciri dari segi rupa ia berkulit merah terang manakala bahagian rambutnya kekal hijau. Isinya tebal, mudah tanggal dari biji (lekat) dan sangat manis dimanaia berasal dari benih luar (seperti dari Thailand dengan nama Rong Rien) dan mudah ditanam di kawasan tropika termasuk di Malaysia. Kedua yang popular Jenis Muar Gading (R156) tang kulitnya berwarna kekuningan atau jingga terang dengan isi yang manis. Rambutan Mas Gading ialah varieti buah rambutan tempatan yang terkenal dengan warna kulit kuning keemasan apabila masak, isi yang manis pekat serta mudah lekang daripada biji.  Buahnya berwarna kuning cerah atau keemasan yang berbeza daripada rambutan merah biasa. Isi buahnya tebal, pejal, manis dan sedikit rangup. Pokok jenis ini akan mula berbuah sekitar 2 hingga 2.5 tahun selepas ditanam melalui kaedah cantuman mata tunas. Ketiga adalah Jenis Deli Baling (R193) sejenis buah rambutan bersaiz besar dengan isi tebal, berjus, dan kulit merah gelap Isi buah rambutan Deli Baling adalah berwarna Krim yang pejal dan mempunyai ketebalan sederhana (Lihat foto dikiri). Permukaan luar isi sederhana licin dan merupakan sejenis varieti rambutan yang SANGAT MANIS dengan bacaan kemanisan sebanyak 24 % (Brix meter). Kajian juga mendapati kandungan asid adalah sangat rendah dan buah varieti ini juga kurang berair. Paling istimewa tentang buahnya adalah kerana ia sejenis buah rambutan yang LEKANG atau di kampong saya dipanggil sebagai Buah LONGKAH. Apabila dimakan isinya mudah terpisah daripada bijinya. Kadar kelekatan testa pada biji buah adalah pada tahap 'sederhana melekat'. Saya dulu memang suka makan rambutan jenis ini tetapi sekarang dah kurang kerana susah nak dapat yang free lagi. Selalunya setiap buah rambutan mempunyai perbezaan dari segi bentuk buah, rasa isi, ketebalan isi, warna kulit buah, bentuk daun dan pokok. Penanaman pokok rambutan di Malaysia aktif dalam tahun 1970-1980'an melalui program AIDS dan SGBB Jabatan Pertanian Malaysia. Program ini memberikan bantuan anak benih pokok rambutan berkualiti dan input baja dimana ia menggantikan secara signifikan pokok rambutan lama yang masam.


Antara beberapa tips penjagaan tanamn rambutan adadlah dalam menentukan sistem pengairan, kawalan rumpai, pemangkasan, pembajaan, kawalan perosak dn penyakit, memetik hasil dan aktiviti lepas tuai. Pengairan bagi tanaman rambutan adalah penting dimana untuk tujuan mempastikan pokok rambutan hidup bail ia perlu ditanam pada musim hujan supaya mendapat bekalan air yang secukupnya. Pokok rambutan memang memerlukan sekurang-kurangnya 18 liter air sehari terutama di peringkat awal penanaman. Oleh sebab itu, pokok rambutan perlu di siram 2 kali sehari iaitu awal pagi dan lewat petang. Pemasangan sistem pengairan titis amat digalakkan dalam penanaman rambutan komersil. Aktiviti kedua terpenting adalah amalan pemangkasan pokok rambutan yang perlu dibentuk dari awal pertumbuhan dengan membiarkan 3 hingga 4 dahan utama manakala dahan yang meninggi dipotong. Tunas yang tumbuh pada dahan utama perlu dipangkas rapat pada permukaan dahan. Ranting yang melempai ke bawah dan tidak produktif perlu dipangkas. Bagi pokok rambutan yang telah mencapai umur matang tetapi tidak berbuah dicadangkan supaya bahagian dahan dan ranting yang tidak diperlukan perlulah dipangkas untuk membantu pokok berbunga serta berbuah. Banyak pokok rambutan dikeliling rumah kurang diberi baja. Proses pembajaan baja tumbesaran iaitu NPK Hijau 15:15:15 hanya perlu diberikan kepada pokok mengikut kadar tertentu pada peringkat umur 1 tahun hingga 3 tahun dengan kekerapan 4 kali setahun. Manakala baja buah iaitu NPK Biru 12;12:17:2 pula, ianya perlu di tabur di keliling kanopi pokok pada peringkat umur 4 tahun dan keatas dengan kekerapan 3 kali setahun. Selepas habis musim buah sebaiknya baja organik dan baja buah perlu di tabur untuk mengantikan baja yang telah hilang. Pokok rambutan juga kadangkala diserang perosak dan penyakit. Kawalan penyakit dan perosak seperti serangga yang menyerang pokok rambutan dikenalpasti terdiri dari ulat buah, kumbang pemakan daun, ulat lipat pucuk perlu dikawal dengan menggunakan racun serangga yang sesuai. Penyakit yang menyerang pokok rambutan seperti kulapuk berdebu, kulapuk hitam. penyakit kanker rambutan dan penyakit bntik alga perlu dikawal dengan menggunakan racun kulat yang sesuai dan kerja penyelenggaraan yang teratur. Kerja penyelenggaraan yang teratur perlu dilakukan supaya anak pokok subur, tidak berpenyakit dan cepat membesar. 


Pembaca blog ini perlu tahu akan khasiat buah rambutan termasuk melancarkan pencernaan, meningkatkan daya tahan tubuh, dan menjaga kesihatan jantung. Buah tropika ini kaya dengan air, vitamin, dan mineral penting untuk tubuh. Ciri kebaikan aspek Kesihatan Buah Rambutan dilaporkan bagus untuk sistem pencernaan sihat sebab bahan serat di dalamnya membantu melawaskan pembuangan. Buah rambutan juga didakwa akan menguatkan imuniti sebab kndungan vitamin C tinggi melawan jangkitan kuman. Ia juga dilaporkan mampu untuk Mengawal tekanan darah sebab kandungan zat mineral kalium (K) menyehatkan salur darah. Ia juga memang Memberikan Tenaga dimana zat karbohidrat semula jadi menyegarkan badan dengan cepat. Bagaimana pun masih ada ancaman makan buah rambutan secara berlebihan termasuk gangguan pencernaan, lonjakan gula darah dan keracunan biji. Buah rambutan memang mengandungi gula tinggi yang boleh menaikkan paras gula dalam darah dengan cepat, berbahaya bagi pesakit kencing manis. Ia mengancam isu masalah perut sebab bila memakan terlalu banyak isinya menyebabkan perut akan jadi kembung, angin atau cirit-birit kerana serat dan gula.Jika memakan buah rambutan terlalu masak dimana bahan gula boleh berubah menjadi alkohol yang kemudian ia akan menaikkan kolesterol. Perlu tahu jika ada ancaman dari Biji Rambutan yang mana ia mengandungi tanin, saponin dan alkaloid narkotik yang pahit serta beracun jika dimakan mentah. Ada kala ancaman risiko tercekik apabila bentuk buah rambutan yang bulat bujur ini boleh menyebabkan anak kecil tercekik jika tidak dibuang biji atau dipantau. Ada orang yang akan kena radang tekak sebab bulu atau getah kulit rambutan boleh membuatkan tekak gatal atau batuk dimana ia bukan kerana buahnya. Ada beberapa mitos popular tentang buah rambutan termasuklah anggapan bahawa ia menyebabkan batuk, sembelit dan tidak boleh dimakan oleh ibu hamil. Mitos-mitos ini tidak sepenuhnya benar dari sudut sains kesihatan. Ada fakta sisebalik Mitos BUah Rambutan pertama Mitos Buah Adalah Punca Batuk sebab memakan rambutan tidak secara langsung menyebabkan batuk. Rasa gatal atau batuk selepas makan rambutan biasanya berlaku kerana berlaku kerengsaan pada tekak akibat bulu kulit buah, sisa getah atau sensitiviti individu terhadap kandungan gula yang tinggi. Kedua ada Mitos Wanita Mengadung di Larang Makan BUah Rambutan dimana ia sekali tidak boleh makan rambutan adalah salah. Faktanya buah ini selamat dan membekalkan tenaga asalkan ia dibasuh bersih dan tidak rosak atau terlalu lembik. Ketiga ada Mitos Punca Sembelit sebab faktanya makan buah rambutan tidak menyebabkan sembelit. Masalah penghadaman ini lazimnya berlaku akibat kurang minum air putih dan kurang mengambil sumber serat harian yang lain. 
Semuga tulisan ini memberi maklumat sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
BUAH RAMBUTAN... RAMAI KENALNYA...
KULIT BERBULU...MERAH & KUNING ADA...
HARGA MURAH... SEMAKIN BERHARGA....
BANYAK KHASIAT... MASIH RAMAI SUKANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...