Penulis blog dapati ada terdapat pelbagai jenis daun sireh (sirih) yang popular di rantau ini. Antara jenis yang paling utama dan sering ditanam atau ia ada digunakan merangkumi beberpa jenis dan unikna di Malaysia ia seakan digelar mengikut kaum dan warna daunnya dan ia bukan secara saintifik. Ia terdiri dari Jenis Sireh Melayu *atau di panggil Sireh Kampong), Jenis Sireh Merah, Jenis Sireh Cina, Jenis Sireh Kuning, Jenis Sireh Keling dan beberapa lagi. Pertama adalah Jenis Sireh Melayu atau Sireh Kampung dinana jenis ini ia adalah spesies paling biasa yang digunakan di Malaysia bertujuan untuk mengunyah (bersama pinang) dan perubatan tradisional. Daunnya berwarna hijau pekat dan mempunyai rasa yang agak pedas (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana jenis sireh kampung (atau kadangkala dipanggil sireh Melayu) ialah tumbuhan herba memanjat daripada keluarga Piperaceae yang mempunyai daun berwarna hijau pekat, berurat dan berasa pedas apabila dimakan. Ia sering dibezakan daripada jenis lain, seperti sireh India yang daunnya lebih cerah dan kurang pedas, serta daun kaduk yang tidak berangin.Apa pun selain menjadi bahan utama dalam adat meminang dan menginang dimana jenis sireh kampung sangat popular dalam perubatan tradisional kerana ia kaya dengan bahan antiseptik dan anti-kulat. Kedua ada Jenis Sireh Merah dimana dilihat yang daunnya seakan mempunyai corak warna kemerah-merahan dan berasal dari nama bitani Piper crocatum. Jenis ini ia sangat kaya dengan antioksidan dan popular sebagai sejenis herba untuk menjaga kesihatan jantung. Sirih merah didakwa ia adalah tanaman herba tumbuh menjalar (merambat) yang berasal dari keluarga yang sama dengan sirih biasa. Melihat akan daunnya yang berbentuk hati berwarna hijau tua dengan corak keperakan di bahagian atas dan warna merah terang pada bawahnya. Dilaporkan dimana selain dijadikan tanaman hiasan, ia ada digunakan secara tradisional dalam rawatan dan perubatan herba. Ia didakwa kaya dengan sebatian bioaktif seperti flavonoid dan tanin yang memiliki sifat antioksidan, antiseptik dan antibakteria. Daun ini sering direbus untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti membersihkan kawasan intim, mempercepatkan penyembuhan luka, dan membantu merawat keradangan.
Ketiga ada Jenis Sireh Cina dimana jenis ini ia lebih dikenali sebagai ketumpang air atau sirih air. Herba ini tumbuh renek, mempunyai batang berair, dan sering digunakan untuk merawat penyakit seperti gout dan masaalah keradangan. Sirih Cina atau nama saintifiknya Peperomia pellucida yang juga dikenali sebagai pokok 'Ketumpang air' adalah tumbuhan herba herba yang tumbuh meliar di kawasan lembap dan teduh. Jenis ini ia memang kaya dengan bahan antioksidan dan tumbuhan ini sering dijadikan ulam atau ia boleh dimakan mentah untuk membantu merawat keradangan kulit, meredakan sakit sendi dan menurunkan tekanan darah. Antara ciri ciri-ciri fizikal yang sangat unik dimana bentuk pada daunnya adalah berbentuk hati atau seperti daun terup dan berwarna hijau terang. Batangnya adalah lembut, berair (jernih) dan mudah dipatahkan. Mempunyai habitat untuk tumbuh di kawasan lembap seperti tepi longkang, pasu bunga, atau tanah yang redup. Keempat ada Jenis Sireh Kuning yang mana dilihat yang daunnya berwarna kuning keemasan dan merupakan salah satu jenis yang popular dalam amalan tradisi di rantau Asia Tenggara. Dalam kes lain dilaporkan dimana Jenis Sireh kuning (atau sirih India) adalah sejenis tumbuhan menjalar dari keluarga Piperaceae yang mempunyai daun berwarna kuning keemasan. Daun ini sering digunakan dalam perubatan tradisional kerana kaya dengan khasiat antiseptik. Selain nilai perubatannya dimana dilaporkan yang tumbuhan ini juga popular sebagai pokok hiasan landskap. Terdapat beberapa fakta penting mengenai sirih kuning dan peranannya dimana ia di gunakan secara tradisional iaitu didalam budaya Melayu, daun sirih jenis ini secara amnya merupakan elemen penting dalam adat istiadat (seperti merisik dan perkahwinan) yang dimakan bersama pinang dan kapur. Sirih kuning khususnya sering digunakan juga untuk tujuan kesihatan sebab ia kaya dan berkhasiat dimana daun sirih ini ia terkenal dengan sifat antibakteria dan antiseptik dan sering digunakan secara tradisional untuk merawat masalah mulut, gusi, dan masalah kulit. Mengenali jenis ini ia mempunyai ciri daunnya berbentuk hati dan mempunyai warna kuning atau hijau kekuningan yang unik yang berbeza daripada sirih Melayu biasa yang berwarna hijau gelap. Kelima ada Jenis Sireh Keling dimana cirinya ia berdaun lebih kecil atau tirus dimna ia juga sering digunakan dalam upacara adat dan juga dalam kaedah rawatan perubatan tradisional. Apa pun dilaporkan dimana Jenis Sirih Keling merujuk kepada sejenis tumbuhan sirih (dari keluarga Piper betle) yang mempunyai urat atau tangkai daun yang berwarna hijau kemerahan dan berbentuk sedikit tirus dan mudah di tanam.
Pokok Sireh adalah sejenis tumbuhan menjalar atau 'merambat' yang melilit kayu penyokong atau pagar rumah atau pokok kayu dengan ketinggian maksima 15 meter. Batangnya berwarna coklat kehijauan mampu melilit pokok semenjak peringkat pucuk. Daun Sireh berwarna hijau gelap berkilat dengan bentuk hati (Heart) sama seperti daun kadok. Ukuran daun sireh lazimnya sekitar 5 cm lebar dan 7 cm panjang dengan bentuk yang tirus dan tajam dihujungnya. Daun ini mengeluarkan bau yang sedap apabila diramas-ramas dengan tangan. Bunga sireh jenis majmuk dengan kelopak yang berwarna seperti putih kekuningan berukuran 1.5-3.0 cm panjang dengan mempunyai 2 filamen bunga jantan. Buah sireh berbentuk bulat dengan warna hijau pudar. Banyak jenis tanah yang sesuai untuk penanaman sireh dan tanah yang mempunyai saliran yang baik, agak lembap dan mempunyai banyak bahan organik disyorkan. Penanaman sireh mudah dilakukan iaitu dengan cara menggunakan KERATAN BATANG sebagai benih dimana batang sireh yang mempunyai lebih dari 3 - 4 mata pada ruas (nodes) sesuai duntuk ditanam. Sediakan tiang kayu kayu penyokong sepanjang 7-8 kaki dan tanam sedalam 1.5-2.0 kaki dalam tanah dangan jarak 1.0-1.5 meter. Jarak antara barisan adalah 1.5 - 2.0 meter. Benih keratan sebanyak 2-3 keratan ditanam dipangkal tiang sedalam 1-2 matatunas. Bubuh baja organik pada pangkal tiang sebelum menanam. Siram keratan sehingga tumbuh. Pokok sireh perlu dilatih menjalar pada tiang atau pancang pada peringkat awal penanaman. Pokok soreh dilaporkan ia sangat sensitif dan mudah diserang masalah kulat akibat persekitaran yang terlalu lembap. Antara masalah yang biasa berlaku termasuklah ancaman serangan Penyakit Reput Akar atau Penyakit Reput Pangkal (Foot rot) berpunca dari serngan petogen kulat yang mana ia adalah jenis penyakit sireh yang paling merosakkan yang menyebabkan daun menjadi layu, bertukar warna dan pokok mati dengan cepat. Kedua ada ancaman Penyakit Reput Daun (Leaf rot) yang serang bahagian daun sireh dengan tanda serangan dilihat ada tompok perang gelap muncul pada daun dan menjadi lembik serta reput. Dalam pada itu antara jenis serangga perosak yang boleh menyerang pokok sireh adalah Jenis Kutu Daun atau Aphids dan jenis serangga mealybugs dimana ia menyerang serta akan merosakkan pokok dan membantutkan pertumbuhan pokok sireh. Lazimnya dengan cara penjgaan yang baik pokok sireh yang berumur lebih 4 - 6 bulan dengan ketinggian 0.5-1.0 meter boleh mula dipetik daunnya secara berperingkat-peringkat. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.