Support My Blog

Thursday, July 2, 2026

DAUN PISANG DAN FAKTA PENTING (PART 1)

DAUN PISANG
(Banana Leaf) adalah helaian daun diperolehi daripada Pokok Pisang (Musa spp.) yang lebar, panjang, fleksibel dan cirinya adalah kalis air. Ia mempunyai pelbagai fungsi tradisional terutamanya dalam masakan nusantara dan antarabangsa serta digunakan dalam pembungkusan banyak jenis makanan dan digunakan dalam beberapa upacara seperti keagamaan serta kebudayaan di kawasan tropika. Daun pisang memang ramai orang kenal sebab ukuran saiznya adalah lebar dan besar sehingga ukurannya ia boleh mencapai sehingga 2.0 meter panjang, berwarna hijau gelap ia mempunyai tekstur berlilin yang menjadikannya kalis air dan tidak melekat apabila digunakan untuk dietakkan makanan atau di gunakan sebagai alas mengukus makanan. Daun pisang sagat berguna didalam masakan dan menyediakan hidangan secara meluas untuk membungkus kuih-muih tradisional (seperti lepat, koci, dan pulut inti), membalut makanan untuk dibakar (seperti ikan atau otak-otak) serta ia juga selalu dijadikan alas pinggan atau bekas hidangan. Rasa nasi lemak akan lebih enak apabila ia dibungks dengan daun pisang sebab aroma dan citaranya memang berbeza. Bagi penulis blog yang menanam pokok pisang di rumah memang tidak pernah membeli lagi daun pisang untuk keguaan sendiri. DIlaporkan ciri kelebihan semulajadi daun pisang tentunya adalah menghasilkan bau aromatik semula jadi daun pisang dapat meresap ke dalam makanan panas dan memberikan rasa yang lebih enak. Selain itu pastinya jeni s daun ini mesra alam kerana ia boleh terurai dengan mudah tidak seperti bungkusan plastik yang sukar mereput. Dalam beberapa budanya di laporkan daun pisang ia merupakan salah satu elemen penting dalam masyarakat Melayu di Malaysia dan tradisi hidangan masyarakat India (seperti Banana Leaf Rice) dan banyak lagi kegunaan lain di negara lain. Apa pun unik sebab daun 
pisang ialah daun lebar yang berasal daripada pokok pisang yang sangat sinonim dengan budaya serta pelbagai masyarakat di Malaysia kerana sifatnya yang kalis air, tahan haba ia mampu untuk serta mengeluarkan aroma wangi yang menyelerakan apabila terkena makanan panas. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa fakta penting mengenai daun pisang untuk bahan rujukkn\an semua.


Sebenarnya Daun Pisang memang ada  pelbagai jenis kegunaan yang di ambil dari tumbuhan pokok Pisang (Musa spp) dari keluarga Musaceae yang berkait dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Daun pisang mengandungi unsur kimia dikenali sebagai Polyphenols termasuk unsur Polyphenol oksidase yang sama dengan fungsi sebagai daun teh dan mampu mengelakkan serangan penyakit Parkinson. Ramai masyarakat terutama di kawasan tropika yang mempunyai tumbuhan pokok pisang mengenali akan pokok dan daun pisang dalam kehidupan harian mereka terutama berkaitan dengan penyediaan makanan. Pokok pisang yang subur menghasilkan daun pisang yang lebar dan sihat sesuai untuk kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional Melayu, India, Thailand, Indonesia dan juga popular di ASEAN serta negara-negara jiran lain. Penggunaan daun pisang dahulu hanya oleh masyarakat kampong tempatan diluar bandar sahaja tetapi kini telah di komersilkan dan ada dijual dipasar-pasar untuk kegunaan direstoran-restoran terkemuka di bandaraya besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang dan lain-lain lagi. Palig unik di Malaysia sudah popular dengan premis Restoren Daun Pisang yang khususnya menyediakan hidangan masakan India dimana ia menjadi ikon yang popular sebagai tempat makanan yang popular. '
Restoran nasi daun pisang' atau Vellai Ilai Saapadu (atau maknanya 'hidangan daun pisang' ) ialah kedai makan yang menyajikan hidangan tradisional masyarakat India Selatan dimana antara ciri-ciri utama kedai ini ialah mereka hidangan nasi, sayur-sayuran dan lauk-pauk dihidangkan di atas sehelai daun pisang segar dan bukannya pinggan.  Apa pun yang unik di mana cara makan nasi diletakkan bersama beberapa jenis sayuran, kemudian disiram dengan pelbagai pilihan kuah (seperti kari ikan, kari ayam, atau dhal) dan dimakan menggunakan tangan. Ada juga yang meminta jenis lauk tambahan yang terdiri dari pelbagai hidangan sampingan boleh ditambah seperti ayam goreng berempah, sotong goreng, kambing masala dan pappadum (kerepek rangup). Bagi penulis blog kreativiri dan kkonsep kedai makan daun pisang digunakan kerana ia dikatakan memberi aroma wangi semula jadi pada makanan dan kuah yang digaul dengan nasi akan membangkitkan lagi selera. Apa pun pernah di laporkan akan konsep 'Pelamin Daun Pisang' yang mana ia merupakan sejenis pelamin yang menggunakan daun pisang sebagai elemen utama hiasan latar belakang atau sebbagai backdrop pelamin (Sila lihat foto yang paling bawah sekali). Konsep ini memberikan sentuhan semula jadi, estetik dan klasik yang mana ia biasanya digandingkan dengan elemen lain seperti bidai buluh atau bunga-bunga segar untuk pelamin pertunangan atau majlis santai terutama idibeberap kaun asli di pendalaman. Keunikan dan idea konsep pelamin ini ia dibuat sebab ia memang 'Mesra Bajet' dan sesuai di buat sendiri bersama ahi keluarga sebab dilaporkan yang mudah didapati dan kosnya jauh lebih murah berbanding bunga atau panel kayu atau mengambil khidmat daripada syarikat swasta. Ia dilapaor merupakan pelamin berkonsepkan 'Tema Tropical Rustic' dengan menggabungkan daun pisang bersama hiasan lembut seperti putih atau pastel memberikan suasana yang tenang, semula jadi dan klasik. Apa pun bentuk daun pisang yang lebar biasanya disusun secara berlapis (layering) di belakang kerusi pengantin atau digantung sebagai dedaun gantung. Sentuhan Tambahan oleh mereka yang membuat pelamin sesuai dipadankan dengan elemen kayu, kerusi rotan atau lampu limpah kecil untuk menyerlahkan lagi warna hijau daun tersebut.


Daun Pisang ini paling meluas ia sering digunakan secara meluas dalam pelbagai aspek pertama adalah sebagai sejenis  Pembungkus Makanan dimana ia akan digunakan untuk membungkus makanan tradisional seperti nasi lemak, kuih koci, lepat dan pulut panggang. 
Nasi Lemak Daun Pisang ialah hidangan tradisional kegemaran rakyat Malaysia di mana nasi yang dimasak dengan santan dan daun pandan dihidangkan bersama sambal, ikan bilis, kacang tanah goreng, timun dan telur. Ia dibungkus atau dialas menggunakan daun pisang untuk memberikan aroma wangi semula jadi dan rasa yang lebih menyelerakan (Sila lihat foto disebelah). Memahami akan fakta nasi lemak ini ia disediakan dengan jenis nnasi lembut dan berlemak kerana dimasak menggunakan santan pekat dan daun pandan bagi menaikkan bau wangi. Penting ada di bubuh sambal tumis ikan bilis yang mempunyai rasa pedas dan sedikit manis serta ada uga di hidangkan dengan beberapa jenis lauk sampingan seperti ikan bilis goreng yang rangup, kacang tanah goreng, hirisan timun segar dan telur rebus atau telur goreng. Terkini dimana sudah ada pelbagai jenis lauk tambahan seperti jenis ayam goreng berempah, sambal kerang, sambal sotong, rendang daging atau paru dan sebagainya. Bungkusan Daun Pisang menjadikan nasi lemak ini akan berikan aroma semulajadi sebab haba daripada nasi panas akan mengeluarkan minyak semula jadi daripada daun pisang dan kesannya ia akan memberikan bau wangi yang unik dan menyedapkan lagi rasa nasi. Kehebatan daun pisang juga ia di laporkan akan mengekalan kelembapan seteelah ia di bungkus nasi di dalam daun pisan dengan baik dimana ia akanmenjadikannya lebih tahan segar dan tahan agak lama. Makanan lain termasuk daun pisang di jadikan pembungkus Botok-botok, Burasak, pelbagai jenis kuih mueh tradiional. Kenal akan makanan Botok-botok daun pisang iaitu sejenis hidangan tradisional popular masyarakat Jawa di Johor. Ia merujuk kepada lauk (biasanya ikan seperti tenggiri) yang diperap bersama pes rempah dan pelbagai ulam-ulaman, dibalut kemas dalam daun pisang dimana ia kemudian dikukus sehingga masak. Keunikan Botok-botok dengan ia memang ada mempunyai aroma tersendiri sebab jenis daun pisang yang dilayur dan dikukus mengeluarkan aroma wangi yang meresap ke dalam makanan. Ada beberapa jenis bahan renggunakan campuran sekurang-kurangnya 7 jenis daun ulam tradisional (seperti pucuk kaduk, mengkudu, pegaga dan raja ulam). Gabungan rasa berempah, pedas, sedikit berlemak (santan) dan aroma herba Burasak (atau buras) ialah sejenis hidangan tradisional masyarakat Bugis yang diperbuat dari beras dan santan dan ia kemudian dibalut dengan daun pisang dan direbus berjam-jam. Ia mempunyai tekstur yang padat serta rasa yang berlemak dan biasanya dimakan bersama lauk seperti asam pedas, rendang, atau serunding. Membuatnya dimana ia perlu dibentuk dan dibalut ketat menggunakan daun pisang muda (di bahagian dalam) dan daun pisang tua (di bahagian luar) sebelum diikat dimana proses memasak dengan bungkusan botok-botok ini direbus atau dikukus dalam tempoh masa yang sangat lama diantara 4 hingga 10 jam sehingga ia masak sepenuhnya dan tahan lebih lama. Apabila dibuka daripada daun pisang cara memakannya adalah dimana ia dihidang dalam bentuk kepingan dan dimakan sebagai pengganti nasi bersama hidangan lauk-pauk


Lazimnya Daun Pisang dihasilkan oleh pokok pisang yang ditanam atau tumbuh secara semulajadi dikawasan kampong dan kebun pisang. Pemerhatian penulis menunjukkan tidak semua jenis daun pisang sesuai untuk digunakan sebagai bahan pembungkus makanan atau lain-lain kegunaan. Antara beberapa jenis daun pisang yang sering digunakan adalah dari spesis Daun Pisang Nipah, Daun Pisang Berangan, Daun Pisang Mas, Daun Pisang Nangka, Daun Pisang Rastali dan beberapa jenis lagi. Daun Pisang Tanduk, Pisang Lang dan Pisang Awak jarang digunakan kerana bilangannya yang sedikit dan kualiti yang kurang sesuai. Daun Pisang dari pokok pisang untuk tanaman hiasan (Ornamental banana leaves) juga jarang digunakan untuk pembungkus bahan makanan. Bagaimana pun fakta menarik adalah dimana ada t
erdapat beberapa jenis daun pisang yang popular di Malaysia. Antara jenis yang mana ia paling terbaik dan sering digunakan untuk masakan atau untuk balutan serta hidangan. Jenis Daun Pisang Nipah atau Pisang Abu atau Pisang Kepok di laporkan di Malaysia ia adalah jenis daun yang paling digemari dan menjadi pilihan utama sebab biasanya ia mempunyai saiznya sangat lebar, tebal dan tidak mudah koyak dimana ciri ini ia amat sesuai untuk membalut nasi lemak, kuih-muih dan masakan berkuah. Kedua ada Jenis Daun Pisang Raja yang mempunyai daun yang lebar, tebal dan mengeluarkan bau wangi yang selalunya ia menyelerakan apabila terkena haba (panas) serta ia juga menjadi pilihan popular untuk alas hidangan nasi daun pisang. Ketiga adalah Jenis Daun Pisang Berangan dimana daunnya juga lebar dan selalu digunakan sebagai daun pembungkus tradisional seperti nasi lemak atau tapai. Keempat ada Jenis Daun Pisang Rastali dimana ia mempunyai daunnya lebar, berwarna hijau terang dan mempunyai tekstur yang sangat sesuai untuk membuat pelbagai jenis bungkusan makanan. Kelima ada Jenis Daun Pisang Tanduk dimana daunnya lebih panjang dan lebar yang menjadikannya pilihan ideal untuk membungkus juadah bersaiz besar seperti kuih koci atau lontong. Bagi penulis blog dimana Jenis Daun Pisang Benggala ia dikenali secara tradisional sebagai pisang yang ditanam secara khusus (terutamanya oleh masyarakat Cina) kerana daunnya yang sangat lebar dan berkualiti tinggi. Ada kalangan petani dan pengusaha yang menanam pokok pisang yang tetapi tidak khusus untuk penghasilan daun pisang.  Ia dilaporkan dan merupakan hasil sampingan daripada industri penanaman pokok pisang di seluruh dunia. Dilaporkan dimana negara pengeluar terbesar daun pisang selari dengan jumlah pengeluar buah pisang utama dunia yang didahului oleh India, China, Indonesia dan Brazil.  


Penulis blog kongsikan fakta akan 
bagaimana industri dan pengeluaran daun pisang global beroperasi dimana ia adalah salah satu komoditi yang kurang di bincangkan kesan ekonominya. Lazimnya penghasilan daun pisang ia adalah bukan menjadi sumber Utama dan Penghasilan Daun sebab petani dan estet pisang hanya tumpukan kepada pengeluaran buah pisang. Apa pun di Malaysia masih di laporkan tiada ladang khusus menanam untuk pengeluaran daun pisang sebab ia biasanya dikutip atau dituai daripada pokok pisang yang ditanam untuk penghasilan buah. Apa ada maklumat dimana ada beberapa varieti pisang yang khusus di minati daunnya seperti daun Pisang Batu yang didakwa ia lebih bernilai kerana sifat daunnya yang lebih lebar, tebal dan tidak mudah pecah atau tidak mudah koyak (Sila lihat foto disebelah). Daun pisang batu adalah daun daripada pokok Pisang Batu (Musa balbisiana) yang sangat popular sebagai pembungkus makanan tradisional dan pembungkus kuih kerana teksturnya yang lebar, lembut, tidak mudah koyak, serta mengeluarkan aroma yang membangkitkan selera. Antara ciri penting dan keistimewaan daun pisang secara umum dan kegunaannya sebab ia tahan lasak dan lembut. Ia juga memang jenis daun pisang yang kurang rapuh dan ciri ini juga menjadikannya mudah dilipat atau dibentuk tanpa mudah pecah atau koyak. Memang cirinya ia mempunyai aoma khas yang tersendiri atau bau wangi semula jadi yang menyerap ke dalam makanan panas. Memang ia jenis daun yang 'Mesra Alam' sebab ia 100% boleh dilupus dan merupakan alternatif pembungkus makanan organik yang terbaik. Sebagai petua dimana sebelum digunakan untuk membungkus nasi lemak, kuih-muih, atau membakar ikan sebaiknya daun biasanya akan dilayurkan (dilepaskan di atas api perlahan seketika) supaya daun menjadi lebih lembut dan tidak mudah pecah semasa proses membungkus. Penulis blog ada buat tinjauan di lapangan dimana kitaran hayat penting bila setiap pokok pisang boleh mengeluarkan sehingga 40 helai daun dalam satu kitaran tumbesaran. Dilaporkan dibeberap negara tropika seperti Malaysia dan Indonesia dimana daun pisang memang sering digunakan secara meluas sebagai pelapik pinggan, pembalut makanan (contoh: nasi lemak, kuih, dan tapai), dan elemen masakan. Ada rekod dimana bagi pasaran eksport berpunca dari jumlah permintaan tinggi dari negara empat musim yang mempunyai komuniti Asia mendorong industri pengeksportan daun pisang segar dari negara Asia Tenggara ke luar negara seperti Timur Tengah dan Eropah. Lurang ramai petani dan pengusaha tahu proses Pengedaran dan Eksport Daun Pisang ini sebab perlu memastikan daun pisang sampai dalam keadaan segar ke pasaran global dengan beberapa langkah dan proses. Proses perlu diamalkan oleh pengeksport yang pertama Aspek Pemilihan dimana jenis daun pisang meati dipilih secara teliti untuk memastikan ia lebar, bebas daripada koyak dan sihat. Proses kedua adalah Pembersihan dan Pembungkusan dimana daun pisang segar ini dibersihkan, dipotong mengikut saiz dan dilap sebelum dibungkus menggunakan plastik gred makanan atau divakum (hampagas). Proses ketiga adalah Proses Kawalan Suhu dimana daun pisang perlu disimpan dalam suhu yang sejuk (menggunakan beg khas) supaya kesegarannya boleh bertahan antara satu hingga dua minggu. Proses selanjytnya adalah Proses Pemeriksaan Produk Daun Pisang dimana ia adalah dari jenis tumbuhan yang tertakluk kepada Sistem pemeriksaan karantina untuk memastikan ia bebas daripada sebarang perosak atau penyakit tumbuhan terutama dalam industri tanaman pisang negara pengimport. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1dan Part 2 yang disyorkan untuk di baca keemuanya. Semuga tulisan teknikal ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 
DAUN PISANG ... MUDAH MEMCARINYA...
UKURANNYA BESAR...SAIZ LEBAR PULA...
BANYAK KEGUNAAN...IA AKAN BERAROMA...
MEMBACA ARTIKEL...MENDAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 Muharam 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...