Support My Blog

Saturday, July 11, 2026

LAKSAM - MAKANAN ENAK (PART 2)

LAKSAM
adalah sejenis hidangan tradisional di Malaysia yang mana ia amat popular yang berasal dari Pantai Timur Malaysia khususnya negeri Kelantan dan Terengganu akan tetapi makanan ini sudah terdapat di semua negeri. Ia terdiri daripada dua komponen utama iaitu Mee Laksam dan juga Kuah Lemak Putih yang selalunya dimakan semasa sarapan pagi walau pun ia sering di hidangkan semasa hari-hari perayaan dan jamuan umum. Istilah makanan ini ia dinamakan sebagai 'Laksam' dan di Kelantan di gelar 'Lakse' sementara di Terengganu ula di pnggil 'Laksang' dimana ia juga merupakan sejenis makanan tradisional Melayu yang terhasil daripada gabungan ikan dan santan dipercayai ia berasal dari negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya Kelantan dan Terengganu. Hidangan ini dulu ia mencerminkan kepelbagaian kulinari masyarakat di kawasan tersebut yang kaya dengan pengaruh budaya tempatan dan penggunaan bahan-bahan segar dari hasil laut tetapi kini sudah jadi ikon Malaysia. Laksam diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah lemak putih dan ia biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila adunan tepong ii mengeras selepas di kukus maka ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk ia di potong-poting dan dihidangkan bersama kuah putih. Semasa dihidangkan ia akan dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam semasa di makan bersama kuah dan sayuran. Penulis blog memang sangat suka makan Laksam dan selalu membelinya semasa sarapan pagi dan membungkusnya untuk makan tengahari juga. Ia tahan jika di simpan didalam peti ais tetapi kalau dibiarkan diatas meja ianya akan cepat basi sebab santannya. Apa pun kuah laksam ia biasanya berwarna putih yang diperbuat dariapada bahan berasaskan ikan dan santan. Di Kelantan apa yang penulis bloh ujirasa dimana kuah laksam cenderung lebih pekat dan manis manakala di Terengganu dan negeri-negeri lain seperti di Meaka kuahnya lebih cair dan beraroma rempah yang sederhana. Laksam biasanya akan ia dihidangkan bersama ulam-ulaman segar seperti timun, kobis, taugeh dan daun kesum serta sambal belacan. Belajar fakta akan komponen utama Laksam terdiri dari Mee Laksam dimana ia dibuat daripada bancuhan tepung beras dan sedikit tepung gandum dan adunan ini dikukus nipis di atas tudung periuk dan ia kemudian digulung menjadi bentuk silinder dan dipotong kecil-kecil. Teksturnya sangat lembut dan kenyal serta berikan rasa lemak. Kedua komponenya adalah Kuah Lemak Putih dimana jenis kuah ini berwarna putih atau kelabu cair yang dimasak menggunakan isi ikan (seperti ikan kembung atau sardin) yang dikisar dan dicampur dengan santan, bawang, halia dan sedikit serbuk lada hitam. Laksam biasanya dihidangkan bersama potongan mee laksam yang digenangi kuah lemak. Ia dimakan dengan pelengkap wajib yang memberikan rasa segar dan pedas jenis ulam-ulaman seperti hirisan bunga kantan, timun, kacang panjang, tauge, dan daun kesum serta sambal belacan sebagai bahan penting penambah rasa pedas dan masam. Kajian penulis blog mendapati dimana harga laksam biasanya berbeza mengikut kawasan dan sama ada ia dijual secara hidangan seperti membeli dalam unit sebungkus atau sepinggan atau secara beli borong. DIlaporkan secara purata harga sepinggan laksam adalah sekitar RM5.00 hingga RM8.00 sahaja dimana ia bergantung kepada premis, kuantiti dan resepinya. Ada juga laksam yang di jual dalam set Keluarga (dijual dalam kilogram iaitu komponen isi laksam, kuah dan ulam) dengan harga skitar RM50.00 hingga RM65.00 yang sesuai untuk dimakan seramai  5 - 7 orang dalam keluarga. Artikel pada pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka untuk kupas mengenai makanan enak laksam untuk menjadi bahan rujukkan semua.


Ramai peminat makanan laksam ini tahu bagaimana cara makan laksam adalah dengan memotong mee gulung menjadi kepingan kecil, menyiramnya dengan kuah lemak putih dan menggaulkannya secara bersama sambal belacan serta ulam-ulaman untuk rasa yang lebih berlemak, pedas, dan menyegarkan. Apa pun cara dan panduan langkah demi langkah cara makan laksam yang betul di mulakan dengan Memotong Laksam sama ada menggunting atau potong mee laksam yang siap digulung kepada hirisan kecil (kira-kira 1 inci) di dalam pinggan atau mangkuk. Kemudian boleh Menuang Kuah dengan mencurahkan kuah laksam (kuah putih yang diperbuat daripada isi ikan dan santan) sehingga penoh atau ia menenggelami mee laksam tersebut. Seterusnya barulah Menambah Ulam-ulan serta sayiran kedalam laksam dan juga di bubuh sambal belacan. Caranya adalah dengan meletakkan hirisan ulam-ulaman seperti timun, taugeh, bunga kantan, kacang panjang dan daun kesum) di atasnya. Seterunys ia perlu d gaul Secukup Rasa dan boleh disudukan sedikit sambal belacan atau cili lumat dan gaul rata kesemua bahan sebelum menjamu selera. Penulis blog kongsikan cara u
ntuk menyimpan laksam agar tahan lama dan tidak mudah basi adan mempastikan ia disejukkan sepenuhnya sebelum digulung. Caranya adalah dengan menyapukan sedikit minyak masak pada permukaannya untuk mengelakkan ia melekat, kemudian simpan di dalam bekas kedap udara di dalam chiller (peti sejuk bahagian bawah). Cara penyimpanan yang tepay ,e,bolehkan ia boleh bertahan sehingga seminggu dalam cara mengekalkan kesegaran laksam tersebut. Pertama dengan cara proses menyjukkannya dengan menggulung mee laksam ketika ia sudah sejuk sepenuhnya. dan cara ini membantu tekstur laksam menjadi lebih kenyal, cantik dipotong, dan tahan lebih lama. Sebaiknya mengelakkan mee laksam agar tidak bertindih atau jangan tindan gulungan laksam terlalu banyak lapis bagi mengelakkan laksam di bahagian bawah menjadi pecah atau penyek. Cara terbaik untuk Penyimpanan Kuah adalah dengan mengasingkan kuah daripada laksam. Simpan kuah di dalam bahagian sejuk beku (freezer) untuk tahan lebih lama, atau di dalam chiller jika ingin dihabiskan dalam masa terdekat. Bagi jenis laksam yang sudah sedia di makan sebaiknya apabila ingin dihidangkan perlu ia keluarkan laksam dari peti ais awal dan biarkan ia pada suhu bilik dan petua penting dimana makanan laksam tidak perlu dikukus semula.


Makanan laksam yang diperbuat daripada tepung beras dan kuah ikan bersantan ia di laporkan memang ia berkhasiat sebab ia kaya dengan nutrien seimbang. Kajian mendapati dimana gabungan ramuan alaminya memberikan pelbagai kebaikan kepada kesihatan peminatnya. Ia kaya dengan Sumber Protein dan Kalsium sebab kuah laksam menggunakan isi ikan segar yang dikisar, memberikan sumber protein baik untuk otot dan kalsium untuk kesihatan tulang. Laksam juga ia 
Kaya dengan Serat dimana dengan pengambilan bersama pelbagai ulam-ulaman segar (seperti timun, tauge, kubis, dan daun kesum) membekalkan serat tinggi yang melancarkan sistem penghadaman. Apabila memakan ulaman dimana ada juga  Kebaikan Ulam-Ulaman seperti daun kesum dan bunga kantan kaya dengan antioksidan serta membantu didalam cara mengurangkan masalah kembung perut dan membantu sistem penghadaman. Lakam juga akan memberikan Sumber Tenaga dimana gulungan laksam adalah berasaskan tepung beras, yang membekalkan karbohidrat untuk beklkan sejumlah tenaga berpanjangan. bagaimana pun memakan laksam ada juga ancaman utama makan laksam berpunca daripada mee  laksam yang tidak dimasak dengan sempurna atau dibiarkan terlalu lama. Ia berisiko dicemari bakteria seperti Salmonella enterica serovar Weltevreden yang boleh menyebabkan kes keracunan makanan teruk, cirit-birit dan demam. Bagi wanita yang baru bersalin dimana dengan pengambilan laksam dan laksa juga boleh mengundang masalah alahan atau gatal-gatal pada luka jahitan (bentan) kerana kandungan mee dan kuahnya yang tinggi histamin. Sebaiknya untuk menikmati laksam dengan selamat dan mempastikan Mee Dikukus Panas dimana elakkan kuman mudah membiak jika mee tidak dimasak betul. 
Ancaman memakan laksam juga sebab ia Cepat Basi dimana kuah santan dan isi ikan laksam cepat basi. Simpan dalam peti sejuk jika tidak dimakan segera. Ada dilaporkan agar cuba untuk Mengelakkan Waktu Berpantang terutama bagi ibu bersalin disyorkan untuk tidak mengambil makanan yang mengandungi histamin tinggi bagi mengelakkan komplikasi kesihatan.


Meknikmati makanan lakzam rupanya ia boleh terjejas jika ada bahan asas yang mengancam seperti laporan di portal hmetro.com yang bertajuk 'Santan mahal: Pembuat laksam, laksa lemak, kuih di Gua Musang terkesan' wajar dikongsikan kisahnya. Dilaporkan kalangan peniaga kuih muih dan makanan di Gua Musang, Kelantan yang berniaga berasaskan santan terkesan dengan kenaikkan harga bahan mentah seperti santan kelapa/ Mereka kini terpaksa menghentikan jualan laksam dan laksa lemak, itu dilema yang terpaksa dihadapi peniaga makanan di daerah ini, apabila berhadapan dengan kenaikan harga santan segar yang kini mencecah hingga RM20 sekilogram sejak seminggu lalu. Bagi seorang pembuat Laksam dan laksa lemak, Miswati Yah (40) dakwa sejak hampir sebulan lalu dia terpaksa menghentikan pembuatan laksam dan laksa lemak kerana masalah ketiadaan santan dan harganya yang mahal. Dia dakwa sejak awal Syawal lalu santan semakin sukar untuk diperolehi dan terpaksa membeli kelapa dan memprosesnya sendiri dimana harga kelapa parut sudah mencecah sehingga RM18 sekilogram namun oleh kerana tiada pilihan untuk menyiapkan tempahan pelanggan saya terpaksa membelinya. Isu bermula apabila sejak hampir sebulan lalu dia terpaksa menghentikan pembuatan laksam dan laksa lemak untuk dijual di gerai di sekitar bandar ini kerana harga santan yang mahal dan sukar mendapatkannya di pasaran. Dia yang menjual makanan itu dengan harga RM 3.30 sebungkus ketika itu harga santan antara RM17 hingga RM18 sekilogram. Sekarang sudah mencecah RM20 sekilogram, kalau ingin teruskan perlu naikkan harga makanan itu. Dakwanya lagi  ini kerana harganya yang sudah meningkatkan dan sukar untuk mendapatkan bekalan dimana dia terpaksa menaikkan harga laksam dan laksa jualannya untuk menampung kos bahan mentah. Selalunya dia tidak menggunakan santan kotak kerana makanan jualannya tidak dapat bertahan lama dan cepat basi. Dilaporkan bagi seorang peniaga makanan iaitu Sharifah Ibrahim (45) berkata kerana harga santan yang meningkat dimana setiap kali menerima tempahan makanan untuk sambutan rumah terbuka dia akan memberi harga terlebih dahulu kepada pelanggan. Akibatnya harga makanan jualannya meningkat pada tahun ini kerana harga santan dan kelapa yang mahal dan perlu menampung kos bahan mentah yang lain. Isu ketiadaan bahan santan kelapa dia terpaksa membeli kelapa dengan harga RM5 sebiji untuk menyiapkan tempahan pelanggan dimana kini setiap kali menerima tempahan maka dia akan maklumkan kepada pelanggan harga makanan yang ditempah mereka. Bagi pelanggan lama mereka tidak kisah harga sedikit meningkat kerana sudah biasa dengan masakannya yang juga akan mengambil tempahan pelbagai makanan termasuk ketupat. Seorang lagi peniaga gerai makanan dikenali Zalina Abdul Rahman (43) dakwa sejak berlaku masalah kekurangan dan harga santan yang mahal terdapat pembuat kuih mengurangkan kuantiti makanan dan ada dalam kalangan mereka tidak lagi meletakkan makanan berasaskan santan di gerainya. Dakwanya ada ramai pembuat kuih yang terkesan dengan kenaikan harga santan dan kelapa sehingga terpaksa menghentikan pembuatan bahan makanan berasaskan santan. 
Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
MAKANAN LAKSAM ...ENAK RASANYA...
MUDAH DI BUAT...IKUTILAH RESEPINYA...
BANYAK KHASIAT...LEMAK BERAROMA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(12 Muharam 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...