Support My Blog

Friday, July 17, 2026

HONEW DEW - APA FAKTANYA (Part 1)

HONEY DEW
adalah sejenis buah kumpulan tembikai susu atau dalam kategori Melon. Ia adalah sejenis buah yang mempunyai kulit licin berwarna hijau atau kuning pucat dan isi di dalamnya berwarna hijau muda yang manis, berjus dan mempunnyai tekstur yang lembut. Ia sering dimakan segar sebagai pencuci mulut atau ada yang suka menjadikan perisa minuman seperti jus dan boba sebagai minuman yang berkhasiat dan berharga. Honey Dew adalah nama didalam bahasa inggeris dan digunakan secara global akan tetapi di Malaysia buah ini lebih terkenal sebagan 'Buah Tembikai Susu' dengan pelbagai jenis atau varieti dimana ia dikonersilkan dan ia merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah. Buah ini selalunya ia berwarna putih atau warna kulit lain seperti oren dan sebagainya dan isinya berikan rasa cukup manis apabila masak ranum walaupun buah ini tidak sama tahap populartinya dengan buah tembikai merah di Malaysia. Bagi penulis blog kegunaan utama buah honey dew ini memang amat kerap di jadikan hidangan buah pencuci mulur yang popular. Ia selelu ada di hidangkan di botel untuk sarapan pagi, maka tengahari malahan untuk makan malam dan majlis di hotel di Malaysia. Buah tembikai susu semakin diterima oleh orang ramai dan kini ditanam untuk memenuhi permintaan tempatan di Malaysia dengan kemungkinan yang besar untuk eksport terutakma ke Singapura dan Brunei. Buay yang berbentuk bulat ini ia berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya dengan pokoknya menjalar sama seperti tanaman tembikai. Apa pun mudahnya ada terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis buah honey dew iaitu Jenis Buah Kuning Pucat dan Jenis Buah Kuning. Buahnya berat dan banyak kandungan air dialamnya serta memberikan bau harum dan amat manis apabila masak ranum. Pennulis blog merujuk kepada k
eluasan penanaman bagi kategori tembikai di Malaysia dari Jabatan Pertanian Malaysia yang laporkan dimana secara keseluruhan (termasuk tembikai merah atau kuning, tembikai susu (honeydew dan rockmelon) yang telah direkodkan sekitar 8,000 hingga 9,000 hektar setiap tahun. Kaedah penanamannya ada dua kaedah iaitu kaedah konvensional diatas batas di tanah terbuka dan di dalam Sistem Perlindungan Hujan secara fertigasi. Khusus untuk tembikai wangi (honeydew) dimana ia kebanyakannya ditanam menggunakan kaedah fertigasi atau diusahakan secara ladang berkelompok yang berpusat pengeluarannya adalah tertumpu di negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Johor. Tinjauan penulis blig mendapati dimana kawasan penanaman ini selalu ia akan diuruskan oleh pengusaha komersial dan pekebun kecil untuk menampung permintaan pasaran tempatan dan eksport. Penulis blg membuat tinjauan akan harga purata buah honeydew (tembikai susu) di pasaran Malaysia adalah sekitar RM6.50 hingga RM15.00 sekilogram dimana ia bergantung pada gred dan sama ada ia buah tempatan atau import. Untuk sebiji penuh (anggaran berat 1 kg ke atas), harganya biasanya antara RM10 hingga RM19 sebiji. Di jual di Pasaraya Besar Tempatan seperti Jaya Grocer atau pasar borong dimana buah ini ia dijual sekitar RM9.00 hingga RM15.00 sekilogram dan memeriksa harga di platform Atas Talian (Shopee / Lazada) ia di jual sekitar RM13.99 hingga RM17.90 untuk sebiji buah bersaiz lebih kurang 2kg. Apa pun beberapa faktor penentu harga buah honey dew tempatan jauh lebih murah berbanding buah import (seperti dari Jepun yang boleh mencapai ratusan ringgit). Apa pun buah bergred tinggi (seperti Gred A atau AAA) dan yang manis (kandungan gula tinggi) dijual pada harga lebih premium. Dalam pada itu ada buah honeydew yang telah dikupas dan dipotong (biasanya dalam pek 350g) boleh didapati pada harga sekitar RM10 hingga RM12 satu pek. Artikel pada padi ini dalam "Anim Agro Technology" saya kupas fakta penting tentang buah honey dew untuk bahan rujukkan semua.


Asasnya dimana buah h
oneydew (tembikai susu) terbahagi kepada beberapa jenis utama yang dibezakan melalui warna kulit dan isi, ciri tahap kemanisan serta tekstur buahnya. 
Penulis blog dapati antara jenis-jenis utama honeydew yang popular di Malaysia adalah Jenis Honeydew Isi Hijau (Tradisional) dimana jenis ini ia mempunyai ciri kulit licin berwarna hijau pucat hingga putih kekuningan. Isinya berwarna hijau muda yang berair, manis, dan mempunyai rasa segar. Penulis blo yang banyak kali kelokasi penanaman jenis honew dew ini dapati honeydew dengan isi hijau ialah tembikai susu dengan nama saintifiknya Cucumis melo var. inodorus di kebun. Di pasaran Malaysia jenis ini ia terkenal dengan kulitnya yang licin berwarna hijau pucat atau kuning krim dan isi yang manis. Dilaporkan ada terdapat beberapa kultivar atau varietiyang popular bagi honeydew isi hijau ini iaitu Jenis  Honey Star iaitu jenis yang paling komersial dengan isi buah yang sangat manis dan mempunyai bentuk yang hampir sfera sempurna. Kedua ada Jenis Jade Delight yang dikenali dengan isi berwarna hijau zamrud yang sangat manis dan berair. Ketiga ada Jenis Dewlightful dimana mempunyai isinya lebih rangup dengan profil rasa seakan-akan madu dan timun. Keempat ada Jenis Golden Honeydew dengan ciri pada kulitnya berwarna kuning terang akan tetapi isinya tetap berwarna hijau pucat yang manis. Kesemua jenis buah honey dew dilaporkan ia kaya dengan Vitamin C, antioksidan, dan kandungan air yang tinggi (sesuai untuk hidrasi). Kedua ada Jenis Honeydew Isi Oren (Orange Honeydew) dimana pada kulitnya licin dan berwarna hijau kekuningan. Isinya berwarna oren kemerah-merahan (seakan buah cantaloupe) dengan rasanya lebih manis. Jenis honeydew yang berisikan oren dipanggil Orange-fleshed Honeydew (atau Orange Dew) dimana ia merupakan kacukan (hibrid) antara honeydew biasa dan muskmelon. Buah ini popular kerana menggabungkan kemanisan dan kerangupan honeydew dengan keharuman serta warna oren buah cantaloupe. Diantara varieti dan nama komersial untuk honeydew isi oren ini termasuklah pertama Jenis Temptation yang diberi nama sedemikian kerana isinya yang sangat manis dan berjus. Kedua ada jenis Orange Dew dan ia digemari kerana tekstur isinya yang licin serta tiada jaring pada kulit buah dan jenis varieti lain termasuk Jenis Coup d' Orange, Jenis Orange Delight, Jenis Orange Sherbet dan Jenis Orange Blossom. Kategori ketiga ada Jenis Melon Kuning (Canary Melon) dimana jenis ini ia sangat berkait rapat dengan honeydew. Kulitnya berwarna kuning terang dan isinya berwarna putih-hijau dengan rasa yang manis serta sedikit aroma bunga (Sila lihat foto disebelah). Honeydew kenis ini ia mempunyai isi berwarna kuning dipanggil Golden Melon (atau Golden Honeydew). dimana berbanding dengan jenis honeydew biasa yang isinya hijau muda  jenis Golden Melon sangat popular di Malaysia kerana isinya yang berwarna kuning emas, teksturnya lebih rangup (tidak lembik), dan tahap kemanisannya yang tinggi. Diantara varieti Golden Melon yang popular di pasaran tempatan termasuklah dari Jenis Golden Langkawi iaitu jenis yang paling terkenal dengan isi yang manis, berjus, dan tekstur yang rangup dan juga Jenis Golden Princess (ML1888) yang mempunyai kulit kuning berjaring dan isi berwarna oren atau kuning salmon yang sangat wangi serta Jenis Sun Melon iaitu jenis melon berkulit kuning cerah dengan isi oren atau kekuningan. Apa pun di Malaysia, kedua-dua jenis honeydew hijau tradisional dan melon kuning sering dijual di pasar raya tempatan dan kedai buah-buahan. Buah ini enak dimakan segar, dicampur dalam jus, atau dijadikan salad buah.  


Dilaporkan cara menanam honeydew (tembikai susu) selalunya ia memerlukan kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh dan tanah yang bersaliran baik. Ia ada di tanam secara konvensional di atas batas tanaman atau secara fertigasi dengan amalan agronomi sedikit berbeza. Pertama perlu membeli benih hibrid (semua diimport) dan ia disemai biji benih dalam peat moss dan alih ke batas atau polybag apabila tumbuh 2-3 daun. Menyemai biji benih ke dalam bekas semaian (atau peat moss) sedalam 1 cm dan diletakkan di tempat yang separa teduh. Apabila anak pokok mengeluarkan 2-3 helai daun (selepas 7-10 hari) ia sesuai dipindahkan ke dalam polybag besar atau atas batas dengan jarak 90 hingga 120 cm. Pokok honeydew memerlukan banyak air untuk hidup dimana perlukan sistem pengairan dipasang terutama apabila ia mula berbuah. Elakkan daripada membasahkan daun ketika menyiram untuk mengelakkan penyakit kulat. Bagi sistem fertigasi selaluny digunakan baja AB (seperti yang sering digunakan dalam fertigasi) untuk pembajaan konsisten, atau baja organik (kompos dan tahi ayam). Kelainan penanaman tembikai susu ini adalah aktiviti pendebungaan dan penjagaan buah dimana jika bunga tidak didebungakan oleh serangga maka petani perlu melakukan pendebungaan manual dengan memetik bunga jantan dan menyapu debunga ke bahagian tengah bunga betina (bunga yang mempunyai putik buah kecil di pangkalnya). Amalan menghadkan bilangan buah (1 hingga 2 biji sahaja sepokok) untuk memastikan buah bersaiz besar dan manis serta berkualiti mencapai gred pasaran. Penuaian honey dew selalunya di tuai buah selepas 75-90 hari selepas menanam (bergantung pada varieti) apabila kulit bertukar dari hijau kepada kuning berkrim dan bahagian pangkal buah sedikit lembut apabila ditekan. 


Dilaporkan buah honeydew (tembikai susu) adalah buah berkhasiat dan ia sangat kaya dengan air dan elektrolit yang mana ia menghidratkan badan. Ia juga padat dengan Vitamin C untuk menyokong sistem imun, serat yang melancarkan pencernaan dan kalium yang membantu mengawal tekanan darah. Kajian menyatakan dimana khasiat utama honeydew untuk kesihatan seperti ia  akan Mengekalkan Hidrasi sebab kandungan air yang tinggi membantu untuk mencegah dehidrasi, sangat bagus diambil ketika cuaca panas atau selepas bersenam. Buah ini juga baik untuk Kesihatan Kulit dimana vitamin C membantu penghasilan kolagen yang mengekalkan keanjalan dan keserian kulit. Pastinya buah ini ia akan Melancarkan Proses Penghadaman dimana bahan serat dan air membantu mengelakkan sembelit serta menyokong sistem usus yang sihat. Buah ini di laporkan ia akan Menguatkan Tulang sebab ia mengandungi nutrien seperti folat dan Vitamin K yang penting untuk kepadatan tulang. Ia Membantu Turunkan Berat sebab ia rendah kalori tetapi mengenyangkan, menjadikannya snek diet yang sangat baik. Didakwa ia juga bagus untuk Kesihatan Mata bila dilaporkan ia kaya dengan antioksidan seperti lutein dan zeaxanthin yang melindungi penglihatan. Bagaimana pun memakan 
honeydew (tembikai wangi) secara berlebihan atau jika buah tercemar boleh membawa beberapa ancaman atau  risiko kesihatan. Antara ancaman utamanya termasuk kes keracunan makanan akibat bakteria pada kulit buah, lonjakan gula dalam darah dan reaksi alahan (Sindrom Alahan Mulut) bagi sesetengah individu. Dilaporkan antara ancaman dari buah ini termasuk isu Pencemaran Bakteria dan Keracunan sebab pada kulit honeydew tumbuh berhampiran tanah dan terdedah kepada bakteria berbahaya seperti Salmonella. Memotong buah tanpa membasuh kulit luarnya dengan bersih boleh memindahkan bakteria ke isi buah, menyebabkan cirit-birit dan muntah. [Kedua ada ancaman kes Lonjakan Gula bia buah ini yang masak ranum ia mengandungi kandungan gula semula jadi yang tinggi. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan peningkatan mendadak paras gula dalam darah, yang berisiko kepada pesakit kencing manis. Ketiga ada ancaman Reaksi Alahan dimana kes ini walaupun jarang berlaku dilaporkan ia boleh menyebabkan Sindrom Alahan Mulut (OAS) dimana gejala termasuk bibir atau lidah bengkak, dan gatal-gatal di dalam mulut. Akhir sekali ancaman makan bah honey dew adalah potensi Gangguan Penghadaman sebab apabila memakan terlalu banyak honeydew dalam satu masa boleh menyebabkan perut kembung atau cirit-birit akibat kandungan airnya yang tinggi. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
BUAH HONEY DEW ...ENAK RASANYA...
IA TEMBIKAI SUSU...RAMAI SUKANYA...
BANYAK KHASIAT...ENAK BERAROMA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Muharram 1448H).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...