TAWAS - APA DIA? (Part 2)
TAWAS ialah sejenis garam mineral semula jadi dimana ia dikenali secara saintifik sebagai Kalium Aluminium Sulfat yang sering digunakan sebagai deodoran semula jadi atau sevagau agen penjernih air dan juga sebagai agen perubatan tradisional. Tawas selalunya ia berbentuk hablur seperti batu jernih dan sangat popular kerana berupaya menghapuskan bakteria punca bau badan dengan berkesan (Sila lihat foto diatas). Kalangan masyarakat umum mngkin pernah sesekali mendengar akan 'tawas' dimana antara manfaat dan aspek kegunaannya yang paling ketara dalam seharian adalah menjadi Deodoran Semula Jadi sebab ia mampu untuk menyekat tindak balas antara bakteria dan peluh tanpa menyumbat liang pori-pori pada kulit dimana ini ia sekaligus menghilangkan bau badan. Sering juga tawas ini akan ia di gunakan untuk Merawat Ketiak dimana ia akan membantu memutihkan, menghaluskan kulit dan selalunya akan dapat merawat ketiak terutamanya aktiviti selepas bercukur. Daya menggumpal tawas mampu menjerap kotoran, racun dan lainnya, maka ia boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan secara membasahkan permukaannya dan disapu pada kulit celah ketiak secukupnya. Bagi penulis blog sejak kecil ada mendengar akan kehebatan tawas yang di katakan ia sebagai Penjernih Air dimana ia memang berfungsi sebagai bahan 'flokulan' untuk dapat memendapkan kotoran dalam air dan air akan menjadi sangat jernih sekali. Tawas telah dikenal sebagai flokulator yang berfungsi dalam menggumpal kotoran pada air keruh yang hendak dijernihkan ia mampu didalam mengendapkan koloid atau ampaian air kumbahan secara berkesan. Kemudian ia di gunakan sebagai Pati Perubatan Tradisional dimana selalunya tawas ini akan digunakan untuk merawat masaalah kesihatan seprti masaalah ulser mulut, membantu dalam mengecutkan jerawat dan meredakan masaalah akibat kes-kes luka kecil. Dalam beberapa rujukkan di laporkan tawas adalah kelompok garam rangkap berhidrat berupa kristal dan bersifat isomorf. Kristal tawas ini cukup mudah larut dalam air dimana tahap kelarutannya berbeza-beza tergantung pada jenis logam dan suhu. Ia salah satu sebatian yang dibuat dari molekul air dan dua jenis garam iaitu salah satunya biasanya Al2(SO4)3. Tawas kalium antara yang paling umum mempunyai rumusan sebagai K2SO4. Al2(SO4)3 .24H2O. Apa pun bagi jenis tawas kalium merupakan jenis tawas yang paling penting dimana ia merupakan sebatian tidak berwarna dan mempunyai bentuk hablur oktahedral atau kubus ketika kededua kalium sulfat dan aluminium sulfat dilarutkan dan dibekukan. Larutan tawas kalium tersebut bersifat asidik. Tawas kalium sangat larut dalam air panas. Ketika kristalin tawas kalium dipanaskan terjadi pemisahan secara kimia dan sebagian garam yang terdehidrasi terlarut dalam air. Tawas adalah bahan kalis api dimana jenis tawas kalium memiliki takat lebur 900 °C. Jenis lain dari bahan tawas adalah aluminium sulfat yang mencakupi tawas natrium, tawas amonium, dan tawas perak. Tawas digunakan untuk industri pembuatan bahan tekstil yang tahan api. Tawas merupakan komponen dari foamit yang digunakan dalam alat pemadam kebakaran. Larutan yang mengandung tawas digunakan pada berbagai benda seperti kayu, kain, dan kertas untuk tujuan meningkatkan ketahanannya terhadap api. Tawas juga boleh digunakan sebagai bahan pengawet makanan. Ini terbukti, masyarakat zaman dahulu umumnya menggunakan tawas sebagai pengawet makanan sebelum tingkal atau bahan kimia lain mampu diperolehi. Aetikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai tawas sebagai bahan rujukkan pembaca semua.
Tawas adalah salah satu bahan kimia yang sudah lama digunakan dalam berbagai bidang daripada didalam industri sehingga keperluan seharian pengguna dan rumahtangga dimana bentuknya biasanya berupa batuan seperti kristal atau dijual dalam bentuk serbuk putih yang mudah larut dalam air. Dilaporkan dimana diseluruh dunia terutama dalam industri dimana bahan tawas banyak dimanfaatkan untuk proses penjernihan air, proses penyamakan kulit sehingga dalam industri pembuatan kertas. Sementara di rumah tangga selalunya bahan ini sering digunakan sebagai penghilang bau, campuran deodoran alami, atau bahan tambahan dalam proses memasak tertentu. Apa pun walau ia terlihat sederhana dilaporkan dimana tawas mempunyai beragam manfaat yang membuatnya tetap relevan hingga masa kini. Bagi penulis blog dimana jika dapat memahami pengertian tawas beserta ragam jenisnya adalah merupakan langkah awal untuk mengenal lebih jauh manfaat dan kegunaannya. Merujuk beberapa sumber di nyatakan jika bahan tawas atau 'Aluminium sulfat' adalah bahan kimia yang dikenal luas sebeb ia mempunyai banyak manfaat serta kegunaan. Zat ini telah dimanfaatkan sejak lama di berbagai bidang bermula dalam bidang industri yang berskala besar sehingga keperluan dalam rumah tangga. Penggunaan tawas sendiri sudah tercatat sejak berabad-abad lama dulu dimana khususnya untuk proses penjernihan air dan proses dalam aktiviti pengawetan makanan. Sehingga kini penggunaan bahan tawas tetap menjadi komponen penting yang terus menyokong banyak aktiviti harian serta ia masih menawarkan kaedah penyelesaian masaalah secara praktikal dan ekonomik untuk beragam keperkuan harian manusia seluruh dunia. Apa pun secara umumnya jenis-jenis tawas yang ada tersedia di pasaran ada didalam beberapa varian dimana masing-masing dengan fungsi dan manfaat yang berbeza. Antara yang lazim di jual di pasaran adalah Tawas Jenis Natrium dimana jenis ini ia di laporkan ada banyak dimanfaatkan di industri kertas untuk memperkuatkan ketahanan struktur serta meningkatkan daya tahannya. Dalam bidang farmasi selalunya tawas natrium digunakan sebagai bahan pembuatan tablet dan membuat larutan antiseptik. Di laporkan dimana pada setiap jenis tawas memiliki karakteristik dan keunggulan tersendiri sehingga ada yang dapat diguna dengan baik dalam banyak sektor. Kedua ada Jenis Tawas Kalium yang kerap digunakan pada proses penjernihan air dan industri tekstil berkat kemampuannya sebagai koagulan yang efektif, membantu mengendapkan partikel halus serta mempercepat proses filtrasi. Selain itu, tawas kalium juga dimanfaatkan dalam pembuatan kertas dan produk farmasi karena sifatnya yang stabil. Ketiga ada Jenis Tawas Amonium yang manan jenis ini umumnya dipakai dalam industri makanan, khususnya untuk pembuatan acar dan pengawetan bahan makanan lain sebab ia mampu mempertahankan kualiti makanan tanpa mengubah rasa. Jenis tawas ini juga sering digunakan dalam industri kosmetik dan farmasi guna menjaga kestabilan produk tersebut.
Menarik di kongsikan bahan tawas atau ia juga dikenali sebagai 'alum' iaitu sejenis mineral semula jadi yang digunakan secara meluas sebagai rawatan tradisional dan moden dimana ada di kaitkan dengan beberapa mitos atau kepercayaan. Terdapat dua pandangan utama mengenai mitos tawas dimana yang pertama adalah Mitos dalam Perubatan Tradisional dan Mistik seperti sebagai bahan 'Pengesan Gangguan' dimana dilaporkan didalam perubatan Islam tradisional atau mistik bahan tawas sering digunakan sebagai medium ikhtiar untuk mengesan sihir atau gangguan makhluk halus (seperti saka) dan masaalah lain pesakit. Di jelaskan dimana caranya bahan tawas akan dibakar dimana bentuk leburannya yang terhasil dipercayai menyerupai bentuk entiti tertentu sebagai petunjuk gangguan untuk perubatan alternatif. Bagaimana pun fakta saintifik yang bermanfaat kepada kesihatan dilaporkan memang lebih tepat berbanding degan mitos. Ini kerana di kampong dan dalam masyarajat sedia ada ia di jadikan sebgaai bahan 'Penjernih Air' apabila tawas popular sebagai bahan yang memisahkan kotoran dalam air telaga yang ia adalah berdasarkan fakta saintifik. Penulis blog kongsikan cara menjernihkan air dengan gunakan tawas iaitu pertama di hancurkan tawas (aluminium sulfat) menjadi serbuk dan larutkan sedikit ke dalam air keruh. Kemudian boleh di kacau perlahan-lahan selama beberapa minit untuk membantu proses flokulasi (proses pengumpulan kotoran). Keadaan ini dibiarkan air mendap selama 1 hingga 2 jam sehingga sisa mendapan turun ke dasar dan ia kemudian tapis air bersih di ambil daripada bahagian atas air tersebut. Langkah-langkah bagi menjernihkan air perlu gunakan kaedah atau sukatan yang betul iaitu kadar sesuai digunakan lebih kurang 1 gram hingga 2 gram serbuk tawas untuk setiap liter air keruh. Seterusya di larutkan tawas dengan membancuh serbuk tawas di dalam bekas kecil berisi air terlebih dahulu sebelum menuangkannya ke dalam tangki atau baldi besar. Perlu di kacau laju dan di tuangkan larutan tawas ke dalam air keruh dan kacau dengan pantas selama kira-kira 1 minit. Boleh juga dikacau perlahan iaitu perlahankan kadar kacauan selama 5 hingga 10 minit lagi dimana cara ini akan membantu pembentukan gumpalan kotoran yang lebih besar dan berat. Proses mendapan berlaku dengan membiarkan air yang telah dirawat tidak terusik selama 1 hingga 2 jam. Kemudian akan dapat dimelihat kotoran berkumpul dan mendap ke bahagian dasar bekas atau kolam dan boleh mengasingkan air dengan mencedok atau salurkan air jernih di bahagian atas ke dalam bekas lain. Berhati-hati agar tidak mengganggu kotoran yang mendap di bawah semasa mengambilnya. Biasanya air yang dirawat dengan tawas sesuai untuk kegunaan harian seperti mandi atau membasuh. Walau bagaimanapun, untuk air minuman adalah dinasihatkan supaya memasak air tersebut sehingga mendidih terlebih dahulu atau menapisnya dengan sistem khas untuk menjamin keselamatan pengguna. Tawas juga amat penting sebagai bahan deodoran semulajadi sebab ia dapat bertindak membasmi bakteria yang menjadi punca bau badan tanpa menutup liang peluh. Tawas juga di gunakan daman usaha merawat luka sebab ia bersifat astringen yang boleh mengecutkan liang pori dan menghentikan pendarahan kecil (seperti luka bercukur).

Menarik juga jika di lihat akan analisa harga tawas di Malaysia biasanya bermula dari RM2.50 hingga RM15.00 bergantung pada kuantiti dan bentuk sama ada serbuk, ketulan batu atau semburan. Tawas (alum) terkenal sebagai agen semula jadi untuk merawat air keruh, menghilangkan bau badan, dan sebagai antiseptik selepas bercukur. Jenis pertama iaitu Jenis Tawas Serbuk (Powder) adalah sejenis serbuk kristal garam mineral semula jadi (sering disebut potassium alum atau kalium aluminium sulfat). Ia sangat popular sebagai agen antibakteria dan antiseptik tanpa bau, dengan pelbagai kegunaan untuk kecantikan, kesihatan, dan isi rumah. Ia juga selalu digunakan utama tawas serbuk dalam kehidupan harian sebabai bahan Kecantikan dan Penjagaan Diri terutama sebagai deodoran semulajadi yang mampu bertindak dalam membunuh bakteria penyebab bau badan dan menyerap peluh tanpa menyumbat liang roma serta untuk merawat ketiak dengan membantu mencerahkan ketiak yang gelap dan merawat kulit selepas bercukur. Dalam dunia perubatan dimana ia akan menghentikan Pendarahan dimana ia selalu digunakan untuk menutup luka kecil seperti selepas bercukur atau calar serta dijadikan ubat kumu dalam membantu untuk melegakan keradangan gusi dan sakit gigi. Dalam rumah bahan ini digunakan sebagai bahan pengawet makanan seperti dalam proses buat jeruk untuk mengekalkan aspek kerangupan sayur atau buah. Di luar ia sebagai bahan penjernih air yang berfungsi sebagai bahan pemendapan untuk menjernihkan air kotor. Apa pun harga serbuk tawas jenis ini di Malaysia biasanya berkisar antara RM3 hingga RM10 bergantung kepada kuantiti dan gred sementara bagi jenis pek kecil sekitar 50g, harganya bermula dari RM3.00, manakala pek 1kg pula berharga sekitar RM8.00 hingga RM9.50. Jenis kedua iaitu Jenis Batu Tawas (atau dikenali sebagai alum dalam bahasa Inggeris) ialah sejenis sebatian garam mineral semula jadi yang berbentuk kristal lutsinar. Ia biasanya digunakan secara tradisional sebagai agen untuk antibakteria dan deodoran semula jadi, serta untuk merawat luka kecil. Kegunaan utama batu tawas ini ia termasuklah juga sebagai bahan deodoran semulajadi yang berfungsi dalam membunuh bakteria dan mengecilkan liang peluh dimana ini akan menjadikannya alternatif terbaik untuk mengawal bau badan tanpa bahan kimia berbahaya. Sifat astrigennya membantu menghentikan pendarahan kecil dengan cepat dan menutup liang pori selepas bercukur. Sama juga didala industri rawatan air, tawas digunakan sebagai bahan penggumpal untuk membersihkan air keruh. Dalam masakan ia ada digunakan dalam penyediaan jeruk untuk mengekalkan kerangupan sayur atau buah. Artikel ini ditulis didalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...NAMANYA TAWAS ...BIASA DENGARNYA...
BANYAK DI GUNA... JERNIHKAN AIR JUA...
BANYAK KHASIAT...CARINYA DIMANA...
BACA ARTIKEL...DAH DAPAT FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Muharam 1448H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.