Support My Blog

Showing posts with label JENIS-JENIS MEE POPULAR DI MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label JENIS-JENIS MEE POPULAR DI MALAYSIA. Show all posts

Saturday, February 3, 2024

JENIS-JENIS MEE POPULAR DI MALAYSIA (Part 1)

MI atau MEE atau MIE
(Noodles) adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung bijirin tidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Penulis blog paling suka makan Mee Bandung, Mee Goreng, Mee Hailam, Rojak Mee, Mee Laksa, Mee Tiow Goreng, Mee Jawa, Mee Kenduri, Mee Bihun Goreng dan banyak lagi. Di Malaysia ada banyak jenis mee yang di sediakan dan amat mudah di beli dai pasar, pasaraya, pasar malam, pasar tani, penjaja sayur di jalanan serta banyak di pasaraya juga. Tidak ketinggalan kini semua orang boleh mendapatkan bekalan mee terus di hantar kerumah dibeli secara on-line sahaja. Dilaporkan ada berpuluh jenis mee popular dan beratus jenama mee di Malaysia dari yang dihasilkan oleh usahawan tempatan atau ada mee kering (atau mee segera yang diimport). Hebatnya dimana makanan berasaskan mee ini boleh ianya 
dihidangkan kering, berkual atau banyak kaedah lain menyediakannya. Baik di kongsikan info mengenai sejarah mee iaitu hasil dari peninggalan dari arkeologi dimana kisah mee tertua yang masih terselamat ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, Barat laut China pada Oktober 2005. Ia dilaporkan memang dibuat daripada jenis-jenis sekoi ekor musang dan Proso serta diuli dalam bentuk menyerupai mee tarik yang wujud sehingga hari ini.Dilaporkan ujud zaman dinasti Han Timur sekitar 25 - 220 Masihi dimana mee dibuat dari tepung gandum dimana kini mee sudah menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman sekarang. Apa makanan mee ini didakwa telah diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan di zaman Dinasti Ming pada abad ke-14. Mee ini diperbuat dari banyak bahan asas berlainan antaranya dari tepung gandum, telur, beras, kanji kentang, beras, ubi keledek dan juga bahan asas lain. Bagaimana pun 'Mee Kuning' adalah jenis mee paling popular di kalangan rakyat Malaysia dimana ia boleh di masak dengan berpuloh jenis hidangan. Berlainan dengan mee kering yang jug amenjadi bahan bawaan rakyat Malaysia semasa pergi keluar negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Artikel pada tengahari Sabtu Januari 2025 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis mee yang popular di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 


Selalunya banyak jenis hidangan dari beberapa jenis mee yang di masan sendiri atau di komersialkan di Malaysia. Bagi jenis mee kuning (dibuat dari tepung gandum) dimana ia boleh dimasak sama ada dalam bentuk mee kering (Mee goreng) atau berair (mee sup) atau pun berkuah (Mee Jawa atau Mee Bandung). Sebut sahaja makanan mee di Malaysia ada banyak premis atau jenama mee yang di viralkan oleh netien. Ramai juga youtubers tempatan lokal dan antarabangsa yang membuat content mengenai makanan mee ini sehingga ada yang menarik minat lebih ramai pelanggan untuk ujirasa sama ada peminat mee tampatan atau pun antarabangsa. Paling klasik dimana ada ramai youtubers antarabangsa yang buat content mengenai 'Mee Goreng Mamak', 'Mee Bandung Muar', 'Mee Udang' dan banyak lagi. Ini belum lagi kuliner seperti Mee Tiow Goreng atau Mee Tiow Goreng Kerang, Char Kue Tiow, Bihun Goreng, Laksa Penang, Maggi Mee Goreng Udang, Laksa Hohor dan banyak lagi. Pendek kata pada penulis blog makanan berasaskan mee ini memang ramai peminatnya daripada golongan muda sehingga golongan tua, rakyat tempatan dan pelancong luar negara dan melintasi pelbagai kaum di Malaysia. Bagaimana pun a
dakah pembaca blog semua tahu akan memang ada terdapat pelbagai aneka jenis mee yang tersedia di Malaysia yang perlu di ketahui dan di jadikan bahan rujukkan.  Memang ada pelbagai jenis, versi dan kegunaan yang berlainan jenis-jenis mee di Malaysia yang semuanya adalah berbeza bentuk, warna, dan juga cara penyediaannya. Apa pun di Malaysia beberapa jenis mee boleh ianya diibaratkan sebagai versi makana jenis spaghetti dalam konteks makanan Barat kerana terdapat pelbagai jenis yang sesuai dengan hidangan tertentu mengikut cara masakan dan juga nama resepi itu sendiri. Apa pun bab seterusnya penulis blog akan paparkan dan menerokai akan beberapa jenis mee yang popular di Malaysia dan juga cara penyediaan yang dilakukan.


(1) MEE KUNING


Mee yang pertama dan sangat popular di kalangan rakyat Malaysia ialah mee kuning. 
Mee Kuning merupakan satu produk makanan yang menjadi pilihan ramai sebagai makanan. Mee kuning selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi GMP (Good Manufacturing Process) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Antara hidangan yang popular yang menggunakan mee kuning ialah mee goreng mamak, mee goreng dan juga mee bandung. Tekstur mee kuning yang lembut serta berlemak dimana ia berwarna kuning atau kuning cerah akan selalu menyebabkan ia sangat sesuai dimakan dengan kuah mee bandung yang penuh dengan perisa. Selain itu, mee kuning juga sering dinikmati bersama kuah mee rebus. Kuah mee rebus yang kaya dengan perisa pasti akan meningkatkan selera anda. Saya ada menulis artikel memproses mee kuning dengan pautan berikut (Sila klik disini). Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat dimakan) dan di uli menggunakan Mesin Penguli Tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk 'çonveyer' untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan dijaga kualiti. Bahan-bahan membuat mee kuning terdiri daripada 4 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 1 biji telur, Sedikit garam dan juga sedikit pewarna kuning. Bahan-bahan ini perli diproses dengan mencampurkan Air, garam dan pewarna dikacau sebati. kemudian dipecahkan telur ke dalam tepung. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh yang dinamakan sebagai Doh mee kuning (Sila lihat foto diatas). Seterusnya dibulatkan menjadi beberapa bahagian kecil dan susun dengan baik. Ada juga yang membentuk doh dengan bentuk memanjang. Kemudian doh tersebut perlu dileperkan doh dengan menggunakan tangan. Bagi proses membuat mee kuning ia kemudian digelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing). Doh ini perlu dibuat hingga selesai menjadi mee menggunakan mesin gelek pula no.5 atau mesin No.6. Kemudian sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang selama 3 - 4minit. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak. Mee yang segar ini boleh terus dimakan atau dijual kepada pemborong dan peruncit.


(2) MEE HOON (Bihun)

Jenis mee yang kedua paling popular di Malaysia adalah MEE HOON (Bahasa Cina) atau ringkasnya di sebut 'Bihun' sahaja. Penulis blog paling suka makan bihun goreng yang selalu dibuat untuk sarapan pagi dengan pelbagai cara masakan. Ada disediakan resepi bihun tradisional dengan menggunakan cili merah (cili boh) atau ada resepi di namakan Bihun Goreng Johor (berwarna putih). Sila baca artikel tulisan saya dalam blog ini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Produk  Mee Hoon atau 
VERMICELLI RICE atau dalam bahasa kita disebut sebagai Mehoon atau Bihun merupakan sejenis mee kering yang dibuat daripada beras da mudah dibeli. Mi ini yang banyak dijual dipasaran dengan pelbagai jenama dan berbeza harga merupakan bahan asas makanan yang penting dikalangan masyarakat Asia Tenggara. Ia lazimnya dibungkus dalam bungkusan plastik yang kedap udara dengan bungkusan kecil atau bungkusan besar. Vermicelli Rice juga mempunyai pelbagai nama gelaran lain seperti Mee Beras (Rice noodle), Benang Beras (Rice Sticks) atau paling terkenal sebagai Bee Hoon. Bagaimana pun ada sesetengah orang keliru dengan nama cellophane noodles atau pool noodles dengan pelbagai jenis mee lain seperti mee laksa dan sebagainya. Selain daripada menggunakan bahan asas beras sebagai vermicelli rice terdapat juga mee ini yang dibuat daripada kacang hijau atau mungbeans. Masakkan yang berasaskan bihun ini di Asia Tenggara adalah satu menu yang dimakan ramai. Cara makannya pula berbeza-beza sama ada ianya dihidangkan sebagai bihun goreng, bihun sop, bihun pek atau dimakan sebagai salad sahaja. Dalam mencari maklumt mengeni bihun dilaporkan di Guilin, China terdaapat sejenis vermicelli rice dimakan setiap kali sarapan pagi sebagai makanan ruji mereka. Dalam peraturan permakanan yang terdapat di Taiwan pula mereka telah mengkelaskan makanan ini dimana kandungan tepong beras dalalam Bihun mesti melebihi 50% dalam mi tersebut dan jika ia kurang tidak boleh dilabel sebagai bihun. Bihun merupakan salah satu jenis mee yang memang menjadi pilihan penduduk Malaysia. Bihun ada yang gelarnya sebagai “mee kurus” sebab ukuran saiz dan teksturnya yang kecil dan ia mudah dimakan. Antara hidangan yang boleh disediakan dengan bihun ialah bihun goreng, bihun sup atau bihun kari. Ia termasuk dalam jenis mee yang agak kurang mengenyangkan berbanding makan nasi. Ada kalangan peminat yang akan makan sebanyak 2 pinggan mee ini untuk merasa kenyang. Selain itu bahan mee hoon ini juga digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan 'Laksa Sarawak' yang ikonik di Sarawak. Tekstur halus mee hoon memberikan rasa yang lazat dalam hidangan laksa Sarawak dan hanya masukkan kuahnya sahaja untuk memberikan kenikmatan yang sempurna. Di Malaysia makanan bihun Sup adalah hidangan ala Melayu yang diminati ramai dicampur dengan sup lembu berempah atau daging ayam. Paling hebat dan lazat bila dimasukkan sambal kicap cili api kedalamnya.  Dalam pada itu kuliner Bihun Kari dicampur dengan kuah kari ditambah dengan kerang, daging ayam dan kentang selalu di jadikan barang dagangan. Bihun soto pula adalah hidangan yang menggunakan kuah ayam pedas dan ada yang berwarna kuning dengan rempah soto. Mi Hokkien juga dijual di seluruh Malaysia sangat beragam yang berbeza mengikut lokaliti dan resepi. Di restoren Ala-Thai pula dijua makanan Bihun Tom Yam dicampur dengan perisa tom yam. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERMACAM JENIS...MEE DI MALAYSIA...
MEE KUNING, BIHUN...POPULAR DIA...
PELBAGAI RESEPI... NIKMATI SAHAJA...
MEMANG HEBAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1445H).

Friday, February 2, 2024

JENIS-JENIS MEE POPULAR DI MALAYSIA (Part 3)

MI atau MEE atau MIE
(Noodles) adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung bijirin tidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Penulis blog paling suka makan Mee Bandung, Mee Goreng, Mee Hailam, Rojak Mee, Mee Laksa, Mee Tiow Goreng, Mee Jawa, Mee Kenduri, Mee Bihun Goreng dan banyak lagi. Di Malaysia ada banyak jenis mee yang di sediakan dan amat mudah di beli dai pasar, pasaraya, pasar malam, pasar tani, penjaja sayur di jalanan serta banyak di pasaraya juga. Tidak ketinggalan kini semua orang boleh mendapatkan bekalan mee terus di hantar kerumah dibeli secara on-line sahaja. Dilaporkan ada berpuluh jenis mee popular dan beratus jenama mee basah di Malaysia dari yang dihasilkan oleh pihak usahawan tempatan atau ada mee kering (atau mee segera yang diimport). Hebatnya dimana makanan berasaskan mee ini boleh ianya dihidangkan kering, berkuah atau banyak kaedah lain menyediakannya. Baik di kongsikan info menarik mengenai sejarah mee iaitu hasil dari peninggalan dari arkeologi dimana kisah mee tertua yang masih terselamat ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, Barat laut China pada Oktober 2005. Ia dilaporkan memang dibuat daripada jenis-jenis sekoi ekor musang dan Proso serta diuli dalam bentuk menyerupai mee tarik yang wujud sehingga hari ini. Dilaporkan ujud zaman dinasti Han Timur sekitar 25 - 220 Masihi dimana mee dibuat dari tepung gandum dimana kini mee sudah menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman sekarang. Apa makanan mee ini didakwa telah diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan di zaman Dinasti Ming pada abad ke-14. Mee ini diperbuat dari banyak bahan asas berlainan antaranya dari tepung gandum, telur, beras, kanji kentang, beras, ubi keledek dan juga bahan asas lain. Bagaimana pun 'Mee Kuning' adalah jenis mee paling popular di kalangan rakyat Malaysia dimana ia boleh di masak dengan berpuloh jenis hidangan. Berlainan dengan mee kering yang jug amenjadi bahan bawaan rakyat Malaysia semasa pergi keluar negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Artikel pada tengahari Sabtu Januari 2025 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis mee yang popular di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(6) MEE LAKSA

Mee Laksa asasnya adalah jenis mee yang diperbuat daripada tepung beras atau tepung gandum bergantung kepada proses yang khusus. Penulis blog paling suka makan Laksa Johor, Laksa Penang dan Laksa Sarawak. 
Laksa pula adalah makanan berasaskan mee yang pada suatu masa dahulu ia adalah terkenal di kalangan masyarakat Cina Peranakan di Melaka. Kini makanan dari mee laksa adalah juadah yang sudah popular di kalangan rakyat Malaysia dan diangkat sebagai makanan tradisi terutamanya Laksa Penang dan Laksa Johor. Laksa diperbuat daripada tepung beras atau tepung gandum bergantung kepada tempat asal usul laksa tersebut. Misalnya apa yang penulis blog faham ada nama Laksa Kedah (beras), Laksa Johor (spaghetti) dan Laksa Sarawak (Bihun). Laksa juga dibahagi kepada tiga jenis iaitu laksa berasaskan santan (coconut-based) dan juga laksa berasaskan asam (tamarind-based), ataupun kedua-duanya sekali. Laksa boleh ditemui di rantau Nusantara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Selatan Thailand. Disebabkan oleh budaya dan sumber yang berlainan maka kelainan resepi dan bahan mee laksa adalah sebenarnya ia menjadi semakin unik kepada sesuatu tempat. Pada penulis blog dimana.   hidangan laksa melibatkan mee (biasanya mee beras) yang disajikan dalam kuah yang kaya dan berempah. Kuah laksa  biasanya dibuat dengan campuran santan, rempah-rempah seperti serai, lengkuas, kunyit, dan cabai, serta bahan-bahan lain seperti ikan. Tekstur dan rasa laksa dapat bervariasi bergantung pada jenis laksa yang disajikan. Secara umum dimana kuah laksa memiliki cita rasa pedas, masam, dan sedap. Mee dalam laksa dapat memiliki tekstur yang kenyal atau lembut, tergantung pada jenis mee yang digunakan dan cara penyajiannya. Dengan variasi yang beragam, laksa menjadi salah satu hidangan yang kaya akan cita rasa dan tekstur, mencerminkan keanekaragaman kuliner di kawasan Asia Tenggara. Saya ada menulis mengenai nama sejenis Laksa Seekoq yang popular di Langkaei dimana ia boleh di akses dengan pautan berikut (Sila klik disini). Laksa ini memang enak dimakan terutama di pulau peranginann di tepi laut.


(7) SUHUN (Soon)


Mungkin ramai kalangan pembaca blog ini yang kurang kenal dengan Mee Suhun atau selalu dipanggil sebagai 'Soon' sahaja. Apa pun memang ada kelainan diantara mee suhun dengan bihun iaitu suhun selalu ia berbentuk panjang seperti mee hoon akan tetapi dilihat dimana warnanya adalah agak cerah (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog tekstur suhun ini memang kenyal dan ia menjadikannya sangat unik jika dibandingkan dengan jenis mee yang lain. Apa pun dilihat dimana mee suhun bukanlah sejenis mee yang menjadi bahan utama dalam makanan jenis mee sepertii yang lain sebaliknya ia lebih kerap digunakan sebagai bahan sampingan seperti dalam sayuran, lontong sayur dan somtam. Kehadiran suhun didalam makanan ini akan menambahkan lagi keenakan kuliner tersebut. Saya ada menulis mengenai penggunaan mee suhun dalam blog ini yang boleh di akses dengan pautan yang berikut (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik Disini). SAMBAL GORENG JAWA mungkin ramai kalangan rakyat Malaysia terutama dari orang Jawa yang mengenali dan tahu memasaknya. Penulis blog memang sangat suka makan sambal goreng jawa ini yang disediakan dan dimakan terutama semasa suam panas dari kuali kerana memang sudah terbiasa semasa dahulu tinggal dikampong di Muar, Johor untuk menikmatinya dalam majlis kenduri. Terdapat banyak resepi sambal goreng jawa ini bergantung kepada lokaliti, modal dan citarasa masyarakat jawa tempatan. Bagaimana pun bahan asas dan cara memasaknya hampir sama kecuali beberapa bahan dan ramuan yang digunakan. Saya ada menulis mengenai sambal goreng jawa ini beberapa tahun dahulu yang boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila klik disini). Bergantung kepada bahan-bahan yang selalu digunakan lazimnya terdapat banyak resepi dan jenis sambal goreng jawa ini iaitu bergantung kepada kreativiti dan juga citarasa. Sambal goreng jawa ini boleh dimakan begitu sahaja atau pun lazimnya dimakan dengan nasi putih atau bersama dengan lauk pauk yang lain. Apa yang unik mengenai resepi makanan ini adalah dimana bagi masyarakat jawa sebenarnya makanan ini adalah bukanlah dihidangkan ikut suka-suka hati sebaliknya ia akan dihidangkan untuk majlis keramaian seperti kenduri Baca Yasin malam Jumaat, Kenduri Tahlil, Ruahan dan Jamuan Hari Raya. Makanan ini kini telah dikomersilkan dimana ia merupakan salah satu komponen pada Makanan NASI AMBENG yang juga popular dikalangan orang Johor. Walau pun apabila dikomersilkan Nasi Ambeng disebut sebagai Nasi Ambeng tetapi ianya adalah serupa.


(8)  MEE LAKSAM

LAKSAM
adalah makanan yang di perbuat daripada mee laksam. Pada penulis blog yang memang suka makan laksam terutama ketika sarapan padi di pantai timur memang menyeronokkan. Lazimnya makanan l
aksam (dikenali sebagai Laksei di Kelantan dan Laksang di Terengganu) merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan yang diperbuat daripada tepung beras dan ia boleh dimakan bersama kuah (Sila lihat foto disebelah). Cara membuat mee laksam mudah dibuat jika seseorang itu berpengetahuan membuatnya dan sesuai di makan sebaik sahaja ia disiapkan. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak dan di kukus didalam pengukus sehingga masak (agak lembut). Kemudian apabila mengeras sedikit maka langkah selanjutnya adalah ia akan digulung menjadi panjang dimana ia sudah sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang selalinya apa yang penulis blog lihat ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam dan mudah dimakan juga. Selalunya mengikut cara membuatnya dimana makanan laksam juga boleh dimakan bersama kuah lemak kuning bersama daging. Apa pun mee laksam adalah salah satu hidangan yang sangat unik kerana ia sejenis mee yang tidak digunakan dalam hidangan makanan lain dan hanya terdapat pada laksam yang penuh dengan santan. Keunikan laksam ini perlu ditekan agar menjadikan tekstur mee yang mirip dengan tepung beras pasti akan memberikan rasa kenyang kepada sesiapa yang memakannya dan memang enak. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERMACAM JENIS...MEE DI MALAYSIA...
MEE KUNING, BIHUN...POPULAR DIA...
PELBAGAI RESEPI... NIKMATI SAHAJA...
MEMANG HEBAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1445H).

Thursday, February 1, 2024

JENIS-JENIS MEE POPULAR DI MALAYSIA (Part 2)

MI atau MEE atau MIE
(Noodles) adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung bijirin tidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Penulis blog paling suka makan Mee Bandung, Mee Goreng, Mee Hailam, Rojak Mee, Mee Laksa, Mee Tiow Goreng, Mee Jawa, Mee Kenduri, Mee Bihun Goreng dan banyak lagi. Di Malaysia ada banyak jenis mee yang di sediakan dan amat mudah di beli dai pasar, pasaraya, pasar malam, pasar tani, penjaja sayur di jalanan serta banyak di pasaraya juga. Tidak ketinggalan kini semua orang boleh mendapatkan bekalan mee terus di hantar kerumah dibeli secara on-line sahaja. Dilaporkan ada berpuluh jenis mee popular dan beratus jenama mee di Malaysia dari yang dihasilkan oleh usahawan tempatan atau ada mee kering (atau mee segera yang diimport). Hebatnya dimana makanan berasaskan mee ini boleh ianya dihidangkan kering, berkual atau banyak kaedah lain menyediakannya. Baik di kongsikan info mengenai sejarah mee iaitu hasil dari peninggalan dari arkeologi dimana kisah mee tertua yang masih terselamat ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, Barat laut China pada Oktober 2005. Ia dilaporkan memang dibuat daripada jenis-jenis sekoi ekor musang dan Proso serta diuli dalam bentuk menyerupai mee tarik yang wujud sehingga hari ini.Dilaporkan ujud zaman dinasti Han Timur sekitar 25 - 220 Masihi dimana mee dibuat dari tepung gandum dimana kini mee sudah menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman sekarang. Apa makanan mee ini didakwa telah diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan di zaman Dinasti Ming pada abad ke-14. Mee ini diperbuat dari banyak bahan asas berlainan antaranya dari tepung gandum, telur, beras, kanji kentang, beras, ubi keledek dan juga bahan asas lain. Bagaimana pun 'Mee Kuning' adalah jenis mee paling popular di kalangan rakyat Malaysia dimana ia boleh di masak dengan berpuloh jenis hidangan. Berlainan dengan mee kering yang jug amenjadi bahan bawaan rakyat Malaysia semasa pergi keluar negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Artikel pada tengahari Sabtu Januari 2025 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis mee yang popular di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(3) KUE TIOW

Mee Kue Tiow (Perkataan dalam bahasa Mandarin atau Shahe fen atau he fen) adalah sejenis mee buatan kaum Cina yang berwarna putih, nipis berbentuk lebar dan ia diperbuat daripada beras (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog yang memang suka makan pelbagai resepi berasaskan kepada mee kue tiow memang sering membuatnya di rumah atau menikmatinya di kedai makan. Apa pun tanpa kewujudan kuey teow maka resepi seperti  Kuetiau Goreng, Kuetiow Sup, Kuetiow Tomyam, Char Kuetiow dan sebagainya tidak dapat di sediakan. Paling ramai masyarakat suka mengenai mee kuetiow ini adalah resepi Kuetiau goreng boleh dianggap serupa dengan laksa beras, namun ia lebih ringan dan sedikit berminyak. Salah satu hidangan yang kerap disediakan dengan menggunakan jenis mee ini ialah Kuetiau Goreng Kerang (Sila lihat foto paling atas). Saya sudah ada menulis mengenai apakah dia kuetiow goreng kerang dan semua ciri kehebatannya dalam blog ini (Sila Klik Disini).  Makanan Kue Tiow Goreng Kerang pula merupakan sejenis makanan yang didakwa paling enak di jual di beberapa negeri di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Penulis blog juga maklum dimana populariti Kue Tiow Goreng Penang bersama Laksa Penang juga sudah mendapat kedudukan nama tersendiri sebagai satu resepi makanan yang dikenali di Asia Tenggara. 
Penulis blog ada beberapa kali menjamu selera kue tiow goreng ini dimasak dengan arang kayu seperti yang viral di Pekan Kuala Pilah. Umumnya untuk memasak kue tiow goreng kerang perlukan bahan-bahan seperti 1 peket koey teow, daun kucai yang mesti dicuci dan dipotong 1 inci panjang, penting ada semangkuk kecil taugeh dibuang akarnya, udang saiz sederhana atau udang sesuai mengikut suka banyak mana. Bahan lain yang mesti ada seperti 1 mangkuk kecil isi kerang (kerang direbus dahulu dan diambil isinya), 1 sudu makan sos tiram, 2 sudu makan kicap pekat, 3 sudu makan kicap cair, 2 sudu makan cili kering kisar serta 3 sudu makan sos cili. Dalam pada itu disediakan juga 4 ulas bawang putih yang diketuk dan dicincang halus, 2 biji telur serta sedikit minyak masak. Cara-cara memasaknya dengan memanaskan sedikit minyak dan dimasukkan telur yang telah dipukul rata. Adunan ini dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble) dan dikeetepikan. Seterusnya dimasukkan lagi sedikit minyak untuk menumis bawang putih hingga wangi. Kemudian dimasukkan cili kisar dan dikacau hingga pecah minyak serta dimasukkan semua sos dan kicap.  Kemudian dimasukkan udang dan isi kerang lalu dikacau rata hingga udang masak. Akhirnya dimasukkan koey teow, kucai dan taugeh dan dikacau rata sebelum kemudian dimasukkan telur hancur dan sentiasa dikacau rata. Bila semuanya sudah mesra maka bolehlah ditutup api dan ia sedia dihidangkan. Bagaimana pun selalunya ada yang menggoreng telur secara berasingan kerana ada yang tidak mahu koey teow goreng jadi terlalu kering dana sesuai ditabur cili jeruk, sos atau bahan hiasan lain.


(4) MEE KERING - YEE MEE

Mi jenis Yee Mee adalah dalam bentuk mee kering di Malaysia dimana ia paling sering di kaitkan dengan cara penyediaan mee berkuah atau 'Sizzling'. Penulis blog ada sesekali memakan hidangan mee yee mee yang di sediakan secara sizzling di beberapa pasaraya terkemuka yang ada di Malaysia. Peminat yee mee yang menggemari sesuatu yang ranggup pasti akan mengemari Yee Mee. Yee Mee yang datang dalam bungkusan lut sinar ini merupakan salah satu mee yang ranggup dan anda boleh makan begitu sahaja  walau pun ada yang dakwa dimana rasanya tidak sesedap jika dimasak secara berkuah (Sila lihat foto disebelah). Semasa kering dilihat dimana tekstur yee mee yang ranggup ini biasanya dibuat dengan hidangan yang berkuah seperti 'Claypot Yee Mee' yang digabungkan dengan cendawan chiitake, daging ayam, telur ayam dan sebagainya dengan kuah berwarna hitam. Tekstur serta kuah yee mee claypot yang selalunya mempunyai imbangan anatara masin dan manis ini pasti membuat anda makannya berulangkali. Penulis blog konsikan resepi Masakan Tee Mee Hotplate yang boleh dibuat dirumah sendiri. Bahan di perlukan adalaj 
8 ulas bawang putih dihiris, 2 inci halia yang di hiris, 10 tangkai cili kering di potong 3, Isi ayam secukupnya dipotong, 4 sudu makan sos tiram, 3 sudu makan kicap cair, 3 sudu makan kicap masin/manis, 1 sudu makan lada hitam kisar, 2 kiub ayam Knorr tanpa MSG, Bahan cendawan shitake dipotong, 2 sudu makan tepung jagung yang perlu dibancuh dengan 1/2 gelas air, 1 sudu makan minyak bijan, Yee mee yang dicelur separuh masak, sedikit sawi yang di celur, telur ayam, gula dan garam secukup rasa serta 6 cawan air. cara memasaknya dengan memanaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam dan digreng dimana kemudian dimasukkan 6 cawan air atau lebihdiikuti sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap masin/manis, lada hitam dan kiub ayam. Seterusnya masukkan cendawan shiitake (kalau beli yang kering kena rendam dulu). Biar hingga cendawan lembut.
Tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Jumlahnya ikut kepekatan yang anda suka. Akhir sekali boleh masukkan minyak bijan, gula dan garam secukup rasa. Kemudian di sendukkan kuah yang sudah siap ke dalam kuali kecik hotplate. Masuk segenggam yee mee dan dibiarkan sehingga lembut. Kemudian dipecahkan telur ayam dan masukkan sawi dan sedia untuk dinikmati.


(5) MEE SANGGUL

Mee Sanggul atau pada orang Johor di namakan sebagai 'Mee Siput' ini adalah ia merupakan sejenis mee yang unik bentuknya kerana ia mempunyai bentuk seperti 'Sanggul'.  Apa pun jika diteliti dimana mee ini 
bentuknya yang seakan bersanggul adalah menyerupai rambut atau gelung. Mee ini boleh ditemui dalam pelbagai saiz dan tekstur akan tetapi ciri utamanya adalah adanya paksi atau gelung pada mee tersebut dan dijual sebagai mee yang kering. Keunikan bentuk mee sanggul menjadikannya berbeza daripada mee biasa dan ia boleh disimpan lama dimasak jika perlu. Apa pun lazimnya dimana mee sanggul sesuai dimasak dengan pelbagai jenis hidangan dimana kuliner sesuai terutamanya hidangan yang berkuah. Kekuatan tekstur mee yang mampu menyerap kuah dengan baik menjadikannya pilihan yang baik untuk hidangan seperti sup, mee rebus, laksa, atau mee hailam. Kelebihan menyerap rasa kuah membuat mee sanggul memberikan pengalaman menikmati makanan yang lebih memuaskan. Pada penulis blog yang suka makan 'mee kenduri' yang gunakan bahan utama mee sanggul memang amat suka memakannya. Biasanya selain daripada hidangan berkuah, mee sanggul juga boleh digunakan dalam hidangan sebagai mee goreng atau dicampur dengan sos untuk mencipta pelbagai jenis hidangan yang menarik. Keunikan bentuknya juga membuatnya menjadi pilihan menarik untuk hidangan yang ingin menonjolkan elemen visual. Ada yang masuh tidak tahun pasal mee sanggul?. Asasnya ia sama seperti mee kuning cuma bezanya ia sudah kering, lebih kenyal dan tahan lama. Bagi memasaknya maka perlu direbus mee sanggul di dalam air mendidih selama 3 hingga 5 minit di dalam air mendidih. Apabila lembut ia diangkat dan ditoskan air sehingga kering. Apa pun resepi adalah disediakan mengikut citarasa sendiri sama ada dimakan bersama sup ataupun ia sesuai digoreng. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERMACAM JENIS...MEE DI MALAYSIA...
MEE KUNING, BIHUN...POPULAR DIA...
PELBAGAI RESEPI... NIKMATI SAHAJA...
MEMANG HEBAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...