Support My Blog

Saturday, February 3, 2024

JENIS-JENIS MEE POPULAR DI MALAYSIA (Part 1)

MI atau MEE atau MIE
(Noodles) adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung bijirin tidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Penulis blog paling suka makan Mee Bandung, Mee Goreng, Mee Hailam, Rojak Mee, Mee Laksa, Mee Tiow Goreng, Mee Jawa, Mee Kenduri, Mee Bihun Goreng dan banyak lagi. Di Malaysia ada banyak jenis mee yang di sediakan dan amat mudah di beli dai pasar, pasaraya, pasar malam, pasar tani, penjaja sayur di jalanan serta banyak di pasaraya juga. Tidak ketinggalan kini semua orang boleh mendapatkan bekalan mee terus di hantar kerumah dibeli secara on-line sahaja. Dilaporkan ada berpuluh jenis mee popular dan beratus jenama mee di Malaysia dari yang dihasilkan oleh usahawan tempatan atau ada mee kering (atau mee segera yang diimport). Hebatnya dimana makanan berasaskan mee ini boleh ianya 
dihidangkan kering, berkual atau banyak kaedah lain menyediakannya. Baik di kongsikan info mengenai sejarah mee iaitu hasil dari peninggalan dari arkeologi dimana kisah mee tertua yang masih terselamat ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, Barat laut China pada Oktober 2005. Ia dilaporkan memang dibuat daripada jenis-jenis sekoi ekor musang dan Proso serta diuli dalam bentuk menyerupai mee tarik yang wujud sehingga hari ini.Dilaporkan ujud zaman dinasti Han Timur sekitar 25 - 220 Masihi dimana mee dibuat dari tepung gandum dimana kini mee sudah menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman sekarang. Apa makanan mee ini didakwa telah diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan di zaman Dinasti Ming pada abad ke-14. Mee ini diperbuat dari banyak bahan asas berlainan antaranya dari tepung gandum, telur, beras, kanji kentang, beras, ubi keledek dan juga bahan asas lain. Bagaimana pun 'Mee Kuning' adalah jenis mee paling popular di kalangan rakyat Malaysia dimana ia boleh di masak dengan berpuloh jenis hidangan. Berlainan dengan mee kering yang jug amenjadi bahan bawaan rakyat Malaysia semasa pergi keluar negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Artikel pada tengahari Sabtu Januari 2025 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis mee yang popular di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 


Selalunya banyak jenis hidangan dari beberapa jenis mee yang di masan sendiri atau di komersialkan di Malaysia. Bagi jenis mee kuning (dibuat dari tepung gandum) dimana ia boleh dimasak sama ada dalam bentuk mee kering (Mee goreng) atau berair (mee sup) atau pun berkuah (Mee Jawa atau Mee Bandung). Sebut sahaja makanan mee di Malaysia ada banyak premis atau jenama mee yang di viralkan oleh netien. Ramai juga youtubers tempatan lokal dan antarabangsa yang membuat content mengenai makanan mee ini sehingga ada yang menarik minat lebih ramai pelanggan untuk ujirasa sama ada peminat mee tampatan atau pun antarabangsa. Paling klasik dimana ada ramai youtubers antarabangsa yang buat content mengenai 'Mee Goreng Mamak', 'Mee Bandung Muar', 'Mee Udang' dan banyak lagi. Ini belum lagi kuliner seperti Mee Tiow Goreng atau Mee Tiow Goreng Kerang, Char Kue Tiow, Bihun Goreng, Laksa Penang, Maggi Mee Goreng Udang, Laksa Hohor dan banyak lagi. Pendek kata pada penulis blog makanan berasaskan mee ini memang ramai peminatnya daripada golongan muda sehingga golongan tua, rakyat tempatan dan pelancong luar negara dan melintasi pelbagai kaum di Malaysia. Bagaimana pun a
dakah pembaca blog semua tahu akan memang ada terdapat pelbagai aneka jenis mee yang tersedia di Malaysia yang perlu di ketahui dan di jadikan bahan rujukkan.  Memang ada pelbagai jenis, versi dan kegunaan yang berlainan jenis-jenis mee di Malaysia yang semuanya adalah berbeza bentuk, warna, dan juga cara penyediaannya. Apa pun di Malaysia beberapa jenis mee boleh ianya diibaratkan sebagai versi makana jenis spaghetti dalam konteks makanan Barat kerana terdapat pelbagai jenis yang sesuai dengan hidangan tertentu mengikut cara masakan dan juga nama resepi itu sendiri. Apa pun bab seterusnya penulis blog akan paparkan dan menerokai akan beberapa jenis mee yang popular di Malaysia dan juga cara penyediaan yang dilakukan.


(1) MEE KUNING


Mee yang pertama dan sangat popular di kalangan rakyat Malaysia ialah mee kuning. 
Mee Kuning merupakan satu produk makanan yang menjadi pilihan ramai sebagai makanan. Mee kuning selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi GMP (Good Manufacturing Process) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Antara hidangan yang popular yang menggunakan mee kuning ialah mee goreng mamak, mee goreng dan juga mee bandung. Tekstur mee kuning yang lembut serta berlemak dimana ia berwarna kuning atau kuning cerah akan selalu menyebabkan ia sangat sesuai dimakan dengan kuah mee bandung yang penuh dengan perisa. Selain itu, mee kuning juga sering dinikmati bersama kuah mee rebus. Kuah mee rebus yang kaya dengan perisa pasti akan meningkatkan selera anda. Saya ada menulis artikel memproses mee kuning dengan pautan berikut (Sila klik disini)Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat dimakan) dan di uli menggunakan Mesin Penguli Tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk 'çonveyer' untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan dijaga kualiti. Bahan-bahan membuat mee kuning terdiri daripada 4 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 1 biji telur, Sedikit garam dan juga sedikit pewarna kuning. Bahan-bahan ini perli diproses dengan mencampurkan Air, garam dan pewarna dikacau sebati. kemudian dipecahkan telur ke dalam tepung. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh yang dinamakan sebagai Doh mee kuning (Sila lihat foto diatas). Seterusnya dibulatkan menjadi beberapa bahagian kecil dan susun dengan baik. Ada juga yang membentuk doh dengan bentuk memanjang. Kemudian doh tersebut perlu dileperkan doh dengan menggunakan tangan. Bagi proses membuat mee kuning ia kemudian digelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing). Doh ini perlu dibuat hingga selesai menjadi mee menggunakan mesin gelek pula no.5 atau mesin No.6. Kemudian sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang selama 3 - 4minit. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak. Mee yang segar ini boleh terus dimakan atau dijual kepada pemborong dan peruncit.


(2) MEE HOON (Bihun)

Jenis mee yang kedua paling popular di Malaysia adalah MEE HOON (Bahasa Cina) atau ringkasnya di sebut 'Bihun' sahaja. Penulis blog paling suka makan bihun goreng yang selalu dibuat untuk sarapan pagi dengan pelbagai cara masakan. Ada disediakan resepi bihun tradisional dengan menggunakan cili merah (cili boh) atau ada resepi di namakan Bihun Goreng Johor (berwarna putih). Sila baca artikel tulisan saya dalam blog ini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Produk  Mee Hoon atau 
VERMICELLI RICE atau dalam bahasa kita disebut sebagai Mehoon atau Bihun merupakan sejenis mee kering yang dibuat daripada beras da mudah dibeli. Mi ini yang banyak dijual dipasaran dengan pelbagai jenama dan berbeza harga merupakan bahan asas makanan yang penting dikalangan masyarakat Asia Tenggara. Ia lazimnya dibungkus dalam bungkusan plastik yang kedap udara dengan bungkusan kecil atau bungkusan besar. Vermicelli Rice juga mempunyai pelbagai nama gelaran lain seperti Mee Beras (Rice noodle), Benang Beras (Rice Sticks) atau paling terkenal sebagai Bee Hoon. Bagaimana pun ada sesetengah orang keliru dengan nama cellophane noodles atau pool noodles dengan pelbagai jenis mee lain seperti mee laksa dan sebagainya. Selain daripada menggunakan bahan asas beras sebagai vermicelli rice terdapat juga mee ini yang dibuat daripada kacang hijau atau mungbeans. Masakkan yang berasaskan bihun ini di Asia Tenggara adalah satu menu yang dimakan ramai. Cara makannya pula berbeza-beza sama ada ianya dihidangkan sebagai bihun goreng, bihun sop, bihun pek atau dimakan sebagai salad sahaja. Dalam mencari maklumt mengeni bihun dilaporkan di Guilin, China terdaapat sejenis vermicelli rice dimakan setiap kali sarapan pagi sebagai makanan ruji mereka. Dalam peraturan permakanan yang terdapat di Taiwan pula mereka telah mengkelaskan makanan ini dimana kandungan tepong beras dalalam Bihun mesti melebihi 50% dalam mi tersebut dan jika ia kurang tidak boleh dilabel sebagai bihun. Bihun merupakan salah satu jenis mee yang memang menjadi pilihan penduduk Malaysia. Bihun ada yang gelarnya sebagai “mee kurus” sebab ukuran saiz dan teksturnya yang kecil dan ia mudah dimakan. Antara hidangan yang boleh disediakan dengan bihun ialah bihun goreng, bihun sup atau bihun kari. Ia termasuk dalam jenis mee yang agak kurang mengenyangkan berbanding makan nasi. Ada kalangan peminat yang akan makan sebanyak 2 pinggan mee ini untuk merasa kenyang. Selain itu bahan mee hoon ini juga digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan 'Laksa Sarawak' yang ikonik di Sarawak. Tekstur halus mee hoon memberikan rasa yang lazat dalam hidangan laksa Sarawak dan hanya masukkan kuahnya sahaja untuk memberikan kenikmatan yang sempurna. Di Malaysia makanan bihun Sup adalah hidangan ala Melayu yang diminati ramai dicampur dengan sup lembu berempah atau daging ayam. Paling hebat dan lazat bila dimasukkan sambal kicap cili api kedalamnya.  Dalam pada itu kuliner Bihun Kari dicampur dengan kuah kari ditambah dengan kerang, daging ayam dan kentang selalu di jadikan barang dagangan. Bihun soto pula adalah hidangan yang menggunakan kuah ayam pedas dan ada yang berwarna kuning dengan rempah soto. Mi Hokkien juga dijual di seluruh Malaysia sangat beragam yang berbeza mengikut lokaliti dan resepi. Di restoren Ala-Thai pula dijua makanan Bihun Tom Yam dicampur dengan perisa tom yam. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERMACAM JENIS...MEE DI MALAYSIA...
MEE KUNING, BIHUN...POPULAR DIA...
PELBAGAI RESEPI... NIKMATI SAHAJA...
MEMANG HEBAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...