Support My Blog

Sunday, February 25, 2024

RAHSIA TANAM BAWANG PUTIH

APAKAH DIA RAHSIA MENANAM BAWANG PUTIH
(Allium sativum) sehingga bolh dii tuai sendiri?. Pada penulis blog dimana Bawang Putih atau Garlic ini merupakan satu aktiviti yang agak mudah dilakukan sama ada ditanam dikebun biasa atau pun didalam bekas disekeliling rumah. Bawang putih merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang yang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang daun dan kucai. Bawang putih apa yang penulis blog lihat memang ada ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu sebagai ramuan masakan dan juga ada dijadikan untuk perubatan dan komestik. Bawang putih agak mudah dikenali umbisinya kerana ia berwarna putih kulitnya. Tumbuhan yang mempunyai daun yang panjang dan juga bebawang yang berada dalam tanah yang cetek mudah dihasilkan dengan teknik tanaman yang betul. Ia berbeza dengan bawang besar yang selalunya hanya mempunyai sebiji bebawang tetapi bawang putih dibentuk dari beberapa ulas bebawang yang membentuk sebiji bawang. Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan, Utara Iran, Afghanistan dan Pakistan dimana sudah dibiakbaka menjadi pelbagai jenis daripada pokok liar. Penulis blog merujuk rekod di Jabatan Pertanian Malaysia dimana tiada maklumat mengenai wujud tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia sejal lama dulu adalah seperti negara China dengan 10.5 juta metrik tan setahun (kira-kira 77% penghasilan dunia) dan ia diikuti oleh negara India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Sejak dulu memang Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih untuk kegunaan domestik. Asasnya bawang putih ialah tanaman semusim yang mempunyai ciri-ciri morfologi sama seperti sayuran Allium yang lain iaitu mempunyai bebawang, daun terubah, berakar cetek serta mempu mengeluarkan bau yang kurang enak semasa segar. Bawang putih ditanam sepanjang tahun sama ada musim bunga, musim panas, musim luruh dan juga musim sejuk. Bagi penanaman komersil dinegara pengeluar umumnya benih bawang putih yang telah dipilih dimasukkan sedalam 1 cm di dalam tanah atas batas dengan jarak tanaman 0.30 meter x 0.40 meter. Dilaporkan dimana memang tidak banyak serangan serangga perosak dan penyakit kepada tanaman bawang putih kecuali serangan oleh cacing nematod dan penyakit akar putih. Serangga perosa yang menganggu hanya seperti Kutu trip dan hamama. Kawalan menggunakan minyak putih lebih berkesan dimana sebaiknya penanaman bawang putih memerlukan baja organik yang banyak. Umumnya ada terdapat 2 jenis bawang putih yang popular di negara pengeluar utama iaitu varieti bawang putih tangkai keras dan tangkai lembut. Jenis tangkai keras sesuai ditanam pada musim sejuk manakala jenis tangkai lembut sesuai ditanam pada musim panas dan kawasan yang mana ia berhampiran dengan khatulistiwa. Bebawang bawang putih mengeluarkan bau yang kuat ketika dimasak dan memberikan rasa yang enak dalam masakan. Penuaian sering dijalankan apabila daun mulai kering dan dicabut menggunakan tangan. Tanah yang tertinggal pada akar dibuang dengan tangan dan kemudian setiap rumpun diikat untuk dijemur. Bawang putih komersial selalunya akan dibuat penggredan dengan 10 kg seikat mengikut saiz iaitu kecil, sederhana dan besar. Apa pun potensi dan anggaran hasil bawang putih ialah antara 6 - 8 metrik tan satu hektar bagi kebun komersil. Penyimpanan bawang putih sangat penting untuk memastikan bawang berada dalam keadaan rehat (dorman) untuk suatu tempoh tertentu dengan suhu lebih dari 18 °C dan di kawasan yang berkelembapan udara rendah. Dilihat dimana pada masa biasa (musim panas) bawang putih digantung di tepi atap atau rumah petani secara tradisional. Bawang putih dilaporkan memang ia tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk kerana kelembapan udara yang tinggi boleh mempercepatkan penguraian bawang putih oleh bakteria dan bawang menjadi rosak. Artikel subuh ini di Melaka dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa rahsia penanaman bawang putih untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca blog setia.


Memang agak jarang dilihat kalangan petani menanam bawang putih di Malaysia secara komersial dilakukan. Ini kerana bawang putih yang ada di jual di Malaysia dimana kebanyakannya adalah diimport. Bagaimana pun ada beberapa tips atau rahsia untuk m
enanam bawang putih  sendiri sentiasa menarik. Bawang Putih sebenarnya memberikan rasa pedas jika dimakan segar dan dalam masakan ia menambah rasa enak kepada banyak resipi dimana memang menyihatkan. Bawang putih adalah salah satu daripada beberapa tanaman yang boleh ditanam sendiri jika ada minat. Cara m
enghasilkan bawang putih segar di rumah dilakukan sebagai salah satu dari kegiatan yang boleh memuaskan dan menjimatkan belanja dapur. Apalagi jika sesiapa yang berminat ini ingin mendapatkan hasil yang cepat dengan belbagai cara termasuk kaedah yang akan di bentangkan dalam artikel ini. Apa yang penting pembaca blog sudah mempunyai pengetahuan asas bagaimana untuk menanam bawang putih dirumah dengan baik. Dilaporkan dimana dengan menanam guna cara ini dimana benih bawang putih yang sudah siap disemai dalam 2 hari sahaja sudah sedia ditanam dan diperbanyakannya umbidi dalam polybag dalam  masa14 hari sahaja. Sebaiknya dapatkan benih bawang putih daripada kedai atau mana-mana sumber belilah yang berkualiti baik. Walau pun ada yang dakwa bawang putih yang dijual kurang elok untuk dijadikan benih akan tetapi [emilihan dari pembekal yang sesuai dengan meeliiti ciri-ciri kesesuaian untuk dijadikan benih perlu dilakukan. Keperluan menanam bawang putih lain di rumah termasuk Bahan Benih, Polibeg, Tanah atau media tanaman, Bekas SemaianTray), Sumber air dan kawasan sesuai yang menerima sinaran matahari. Sediakan polibeg dengan zsaiz berukuran sedang hingga besar untuk menanam bawang putih dimana sebaiknya jenis yang tebal. Media tanaman pula boleh gunakan tanah campuran yang subur dan campuran kompos atau cocopeat untuk mengisi polibeg. Dalam pada itu dulang semaian juga perlu disediakan untuk tujuan menyemai benih bawang putih. Kenalpasti lokasi untuk menyusun polibeg tanaman bawang putih yang sesuai dimana pastika akan menerima cahaya matahari yang banyak.


Perlu dapatkan benih bawang putih yang berkualiti dan vigorous untuk kemudian ia mendapatkan pertumbuhan terbaik. Benih yang diipih perlu di pisahkan setiap umbisi sebelum menyemai di dulan semaian. Kerja awalan yang perlu dilakukan adalah dengan kerja mnemisahkan siung-siung bawang putih dari umbinya. Kemudian siung ini perlu diletakkan dalam bekas semaian (tray) dimana ia perlu disiram dengan sedikit air dan dulang semaian ini disyorkan untuk diletakkan di tempat yang terkena sinaran matahari langsung. Jika benih baik dan di pilih dengan teliti lazimnya siung-siung bawang putih tersebut akan tumbuh dengan mengeluarkan akar dan tunas dalam 2 hari. Dalam masa sama polibeg tanaman perlu disediakan dengan mengisi campuran tanah atau kompos atau cocopeat sesuai yang subur hingga setengah penuh. Sebaiknya di tambahkan baja organik yang sesuai. Pastikan ada dibuat lubang kecil di bahagian bawah dan tepi bawah tanah polibeg untuk mempastikan air akan keluar jika disiram. Buatkan lubang kecil di tengah permukaan tanag polibeg untuk tujuan menanam benih bawang putih yang sudah tumbuh akarnya. Lazimya benih bawang putih yang disemai selama 3 hari akan berakar dan ia sudah siap untuk ditanam dalam lubang yang disediakan dalam polibeg. Disyorkan agar jarak antara benih tersebut sesuai sehingga kelak tanaman bawang putih ini boleh tumbuh dengan baik. Perlu disiram dengan rutin agar kelempapan tanah dalam keadaan sesuai untuk proses pertumbuhan awal (tetapi jangan sampai terlalu banyak air). Periksa setiap polibeg agar diletakkan di lokasi sesuai dengan mendapat cukup cahaya matahari. Jika hujan pula periksa agar tidak ada benih bawang putih yang tenggelam atau terendam dalam air untuk jangkamasa lama kerana ia akan busuk. Sentia periksa jika ada tanda serangan oleh serangga perosak dan penyakit. Hasil beberapa kajian dilaporkan penuaian hail menanam bawang putih dengan cara ini boleh dibuat selepas 14 hari menanam. Mula-mula digali dengan hati-hati bawang putih ini dalam polibeg bertujuan untuk mengelakkan ia merosakkan umbi. Kemudian dibiarkan umbi bawang putih tersebut mengering sebelum digunakan.


Pada 3 Febuari 2024 akhbar Berita Harian laporkan perkara berkaitan 'Hasil bawang tempatan dijangka mula dituai 2026' yang berkaitan dengan tulisan kali ini. BH laporkan dimana usaha penanaman bawang di negara ini dijangka berupaya memenuhi keperluan 30% daripada jumlah permintaan tempatan apabila tanaman itu mengeluarkan hasil besar-besaran mulai 2026 atau 2027. Dilaporkan pada masa ini, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang sedang melakukan projek menggandakan tanaman itu. Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi berkata dimana setiap hektar tanaman bawang mampu menghasilkan sehingga 200,000 pokok dan penanamannya boleh dilakukan tiga kali setahun. Dalam cara memenuhi matlamat pengurangan import sebanyak 30% maka pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan seluas 1,447 hektar kawasan penanaman setahun. Setiap penanaman bawang mengambil masa 65 hari dimana sudah dimulakan projek upskilling tanaman ini di kawasan seluas satu hektar yang terletak di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak. Jabatan Pertanian bersama agensi lain di bawah KPKM akan melaksanakan pemantauan agronomi tanaman termasuk pembajaan, sistem pengairan, kawalan penyakit dan perosak dan kesesuaian mekanisasi ladang. Selain pemerhatian intensif dimana peluasan penanaman kawasan baharu akan dilakukan di seluruh negara dan penyampaian teknologi penanaman ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. MARDI diarah memantau rapat pertumbuhan dan pengeluaran Bawang Merah MARDI BAW-1 bagi memenuhi matlamat pengurangan import bawang (Tidak pula disebut varieti Bawang Putih pula). Data yang akan diperolehi kelak dilaporkan mampu membantu kementerian merangka pelan penanaman bawang merah tempatan secara besar-besaran. Penyelidikan yang dijalankan pada tahun lalu menghasilkan tiga jenis bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3. Kini krisis bekalan bawang yang berlaku pada 2020 akibat bencana banjir besar di India menyebabkan kenaikan harga bawang di pasaran lebih 30% daripada RM6 kepada RM8 sekilogram. Selain fasa untuk upskilling dilaporkan pada masa sama MARDI sedang menjalankan penyelidikan lanjutan bagi memastikan biji benih dihasilkan berkualiti supaya projek penanaman bawang negara ini berjaya. Malaysia mempunyai daya tarikan aspek gastronomi unik dan kepelbagaian makanan di negara ini memerlukan bawang sebagai ramuan penting masakan. Tanaman Bawang dilihat sebagai komoditi yang strategik untuk dibangunkan dan selama ini negara kita tidak menghasilkan bawang tetapi mengimport sepenuhnya dari India, Belanda dan Thailand. Pada 2022 sahaja, jumlah import bawang adalah 685,400 tan dengan nilai RM1.58 bilion. Apa pun krisis bekalan bawang pada 2020 akibat bencana banjir besar di India mengakibatkan kenaikan harga jualan bawang sebanyak tiga kali ganda. Pada tahun 2023 dilaporkan dimana India menaikkan duti eksport bawang sebanyak 40%. Pada Disember l2023 India mengumumkan sekatan eksport bawang yang berkuat kuasa sehingga 31 Mac 2024. Faktor tersebut dilaporkan di India yang menyebabkan harga bawang import ini meningkat sehingga 105%. Perlu dijalankan kajian adaptasi penanaman bawang merah bagi pengeluaran dan penghasilan tempatan melalui penghasilan tiga jenis bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3. Peranan MARDI dan Jabatan Pertanian bertanggungjawab melaksanakan inisiatif dalam penanaman bawang pada skala besar melalui kolabrasi dan usaha sama strategik bersama kerajaan negeri dan usahawan yang berpotensi di kawasan bersesuaian. Penanaman bagi bawang bergantung kepada cuaca dimana masa penuaiannya memerlukan cuaca kering untuk mengelakkan umbisi bawang rosak. Hasil penyelidikan MARDI mendapati bawang sesuai ditanam di kawasan jenis tanah bris iaitu tanah saliran (beach ridges interspersed with swales), tanah pasir dan tanah mineral. Sebagai permulaan dikenalpasti kawasan perintis bawang dilaksanakan di Kampung Ladang Bikam dalam keluasan tiga hektar. Masa ini penanaman bawang masih ia dilakukan menggunakan biji benih selain daripada umbisi. Semuga artikel ini memberi sedikit info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
BAWANG PUTIH... 'GARLIC' ITU SAMA...
DALAM MASAKKAN... BANYAK GUNA...
MALAYSIA IMPORT... BANYAK JUMLAHNYA...
PERLU DI TANAM... STRATEGI PERLU ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Rejab 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...