Support My Blog

Saturday, April 30, 2022

MASAKAN LEMAK PEDAS SALAI - FAKTA DI MEDIA

MASAKAN LEMAK PEDAS SALAI
merupakan salah satu jenis kuliner yang sangat popular di Malaysia. Makanan ini yang asalnya popular di kalangan masyarakat di Negeri Sembilan itu kini sudah boleh didapati dibanyak restoren di Malaysia. Ia menggunakan beberapa bahan asas untuk disalai sama ada ikan atau daging yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi malahan teknik penyediaan makanan tersebut dilakukan sejak prasejarah. Tujuan kita menyalai daging atau ikan ini adalah untuk mengawet makanan yang kaya protein ini daripada ia cepat rosak atau untuk tujuan penyimpanan dalam masa yang lama. Penulis blog dapati terdapat dua mekanisma untuk pengawetan cara ini iaitu dengan cara penyahhidratan dan sifat-sifat antibakteria asap yang diserap. Pada zaman sekarang, rasa makanan salai yang dipertingkat menjadikannya hidangan dalam kebanyakan budaya. Kita tahu di Negeri Sembilan dengan masyarakat Minang merupakan satu-satunya kelompok yang sangat suka akan masak lemak cili api (Masak Lomak). Masakan mereka menggunakan bahan utama daripada daging yang di salai seperti ikan, ayam, itek dan daging lembu sebelum dimasak lomak yang pedas tersebut. Kini produk tersebut telah pun dikomersilkan oleh penduduk tempatan terutama di Bandar Kuala Pilah dimana anda boleh lihat terdapat banyak gerai ditepi jalan yang menjual produk daging salai. Kerajaan Negeri Sembilan sering mempromosikan produk daging salai ini dengan terancang sehingga manjadi ikon makanan satu Malaysia yang semakin diminati oleh masyarakat Malaysia.  Artikel malam Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan lemak pedas salai yang dipetik daripada beberapa media tempatan untuk dikongsikan dengan pembaca semua. 

Dalam portalberita bminggu@bh.com yang bertajuk '
Salai masak 'lomak' memikat selera' wajar dikongsikan. Kesedapan makanan ini didakwa sehingga ianya mennjilat jari ketika BH membuat review makanan ini di Restoran Sey Salai Masak Lomak yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Keharuman bau salai masih melekat pada jari meskipun perut sudah mula lapar kembali. Rasanya pedas disulami rasa masam daging salai sungguh mengasyikkan. Mengetengahkan masakan tradisional Negeri Sembilan sebagai menu utama pengusaha dikenali Muhammad Fadhli dakwa uniknya di restorennya semua sajian dimasak lemak bersama makanan yang sudah disalai. Nama sajian unik pasti menarik minat penggemar makanan terutamanya makanan lauk minang mencuba menikmati hidangan di sini. Penggemar masak lemak wajib datang dan cuba sendiri masakan di sini kerana rasa kepedasan dan kelikatan kuah lemak memang resipi asli Negeri Sembilan. Apa yang unik mengenai menu di sini semuanya disalai secara tradisional. Mereka kini hanya menggunakan kayu api dan tempurung untuk mengekalkan aroma asap salai pada makanan. Tugas menyalai mengambil masa sekitar empat hingga lima jam, kami memulakan tugas seawal 6 pagi untuk menyediakan setiap lauk yang disalai. Sajian disini menjadi bertambah lazat dengan menggunakan buah mangga muda sebagai elemen menambah rasa masam dalam sajian. Sayuran lain yang turut dicampur termasuk nangka muda dimana pada setiap menu mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. Contoh itik salai dimasak dengan nangka dan daging ini dimasak bersama mangga muda. Jadi setiap rasa masak lemak berbeza setiap satunya. Mereka juga dilaporkan menyediakan kuah berasingan untuk setiap bahan. Kuah masak lemak untuk daging perlu ada rasa dagingnya dan begitu juga bahan lain. Penyediaan makanan bermusim antaranya siput sedut, ikan masin kurau dan cendawan kukur. Walaupun makanan ini susah didapati, kami tetap memenuhi permintaan pelanggan. Beliau juga cuba mengubah resipi itu dan melakukan percubaan dengan menggabungkan makanan dan buah untuk menyedapkan masakan. Antara menu yang menarik ialah nasi bajet iaitu dengan harga RM5 satu set dan pelanggan boleh menikmati nasi putih, ayam cincang, kuah masak lemak dan sambal belacan.

Portal berita hmetro.com pula paparkan kisah bertajuk 'Masak lemak cili api eksotik' di Alor Gajah yang dilaporkan mendapat kunjungan pelanggan tempatan. Hidangan telur sotong dan ikan serta siput sedut masak lemak cili api yang dicampur keladi sudah cukup untuk menjadikan gerai Mohd Farhan Azwan Mohd Azlan di Masjid Tanah di Melaka sentiasa ramai dikunjungi pelanggan. Setiap petang, gerai Mohd Farhan Azwan (29 tahun) yang terletak di bazar Ramadan Masjid Tanah itu tidak pernah lekang daripada pelanggan terutama mereka yang menggemari masakan Negeri Sembilan. Apa pun dengan mengadunkan siput sedut, telur sotong dan telur ikan, dia mahu pelanggan menikmati keenakan ketiga-tiga jenis makanan berkenaan dalam satu hidangan. Dia yang sudah berniaga selama 22 tahun di bazar itu berkata, tidak ramai pelanggan tahu keenakan ketiga-tiga menu terbabit kerana kurangnya peniaga mampu menyediakan masak lemak cili api. Dia menggunakan resipi nenek moyang yang mahir dalam masakan cili api untuk membuktikan kepada pelanggan telur sotong, telur ikan dan siput sedut dimana ia sememangnya cukup enak untuk dinikmati. Sayur keladi bukan setakat menjadi pelengkap masakan, malah menambah kelazatan dimana dia dan abangnya yang juga dibantu lima anak saudara untuk melayani pelanggan yang hadir ke gerai mereka untuk mendapatkan pelbagai juadah. Kini selain ketiga-tiga jenis masakan itu, mereka juga menyediakan 43 jenis masakan lain, termasuk rendang daging daun maman. Daun maman rasanya masam akan tetapi ia menambah kelazatan rendang daging dan digemari mereka yang sudah berusia. Dia belum bercadang untuk menambah menu juadah kerana yang sedia ada sudah memenuhi tuntutan selera pengunjung.


Akbar sama juga laporkan kisah 'Tujuh hingga 10 jam 'perasap' produk salai' wajar dijadikan kisah menarik. Berita dari Port Dickson, Negeri Sembilan yang sudah terkenal dengan sejenis makanan tradisinya iaitu menu 'masak lemak cili api' yang pasti menjadi pilihan ramai pengunjung luar ke negeri beradat ini. Apa pun kebanyakan pengunjung akan bertanya lokasi mendapatkan makanan tradisi ini terutama untuk produk salai seperti ayam, itik, ikan keli, puyuh dan daging salai. Menurut pengusaha produk salai dikenali Mohd Syafiq Akmal Samsudin (28 tahun) idea mengusahakan produk salai tercetus ketika tinggal bersama keluarga angkat di Seri Menanti, Kuala Pilah. Ketika itu ada pelawat dari Kedah berminat dengan daging salai yang dijual di tepi jalan di Kuala Pilah dan mereka bertanya, adakah produk ini sempat dibawa balik ke negeri mereka kerana ia tidak dibungkus dengan plastik kedap udara (vacum bag). Dari situ timbul idea untuk mengusahakan produk berasaskan salai secara komersial dan tahan lama serta boleh dibawa balik untuk dirasai dari penggemar seluruh Malaysia, itu sudah memadai. Dia yang bersama beberapa rakannya berkongsi modal mengusahakan produk berasaskan salai untuk pasaran di dalam negara. Dakwanya produk salai Alam Warisan kini dalam usaha mengukuhkan lagi jenama dan mempelbagaikan produk selepas menembusi pasaran beberapa negeri antaranya Melaka, Johor Baharu, Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. Diberitahu dimana buat masa ini terdapat empat produk salai dihasilkan iaitu daging salai, itik salai, ayam kampung salai dan daging salai serunding. Produk paling mendapat permintaan ialah daging salai apabila 4,000 bungkus terjual setiap bulan dan sentiasa meningkat setiap bulan. Mereka kini dalam proses mengeluarkan produk baru iaitu ikan keli dan puyuh salai kerana ada permintaan daripada pelanggan, namun masih dalam peringkat percubaan yang premisnya terletak di Bandar Springhill, PD. Semua produk keluarannya boleh didapati di stokis dan 40 ejen berdaftar yang terdapat di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Produk salai keluaran syarikatnya 100 peratus diusahakan Bumiputera dan dihasilkan dengan pembakaran asap 100 peratus dengan cara menggunakan kayu pokok rambutan selama tujuh sehingga 10 jam. Walaupun mereka menggunakan mesin 'smoker daddy's backyard', tapi ia masih tidak lari daripada konsep tradisi dan penggunaan kayu api sangat diberi perhatian bagi mendapatkan aroma yang wangi serta bau asap tidak terlalu kuat. Produk salai kami tidak mengandungi perisa atau pewarna tambahan melainkan hanya diletakkan garam dan kunyit iaitu antara kaedah perapan untuk membuatkan produk lebih tahan lama dan wangi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MASAKAN SALAI... PEDAS RASANYA...
WARNA KUNING... DIMAKAN ENAKNYA...
DAGING ITEK... IKAN SALAI PUN ADA...
MAKANAN TRADISI...RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1443H).

Friday, April 29, 2022

ROJAK BUAH DAN FAKTA DI MEDIA

ROJAK BUAH
atau ROJAK PETIS atau COLEK merupakan sejenis makanan makanan tradisi di Malaysia dan juga negara jiran termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei DS. Penulis blog memang suka makan rojak buah sama ada yang dibuat sendiri atau pun di beli daripada banyak gerai yang bersih. Cara membuat rojak buah atau rojak petis adalah amat mudah sekali kerana ianya ia menggunakan bahan tempatan dan murah tetapi segar serta mudah didapati. Bahan untuk membuatnya juga murah harganya. Kita boleh sediakan sendiri dirumah dan ia boleh disesuaikan dengan citarasa yang dikehendakki. Bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan 1-2 org terdiri daripada buah Nenas (Ananas cosmosus), buah Mangga (Mangifera indica), Sengkuang (Pachyrizus erosus), Timun (Cucumis sativus), Kangkong (Impomea reptans), Taugeh (Vigna radiata), Epal Hijau - Optional (Malus domestica) dan Kacang Tanah (Arachis hypogea) serta bahan lain yan sesuai. Apa pun yang paling utama dalam rojak petis adalah PETIS. Petis adalah adunan khas yang diperbuat daripada udang, kicap, cili dan bahan lainnya. Ada yang menulisnya sebagai ''Otak Udang'' untuk bahan ini. Bergantung kepada musim buah-buahan dan kreavititi, buah seperti Jambu Air (Euginia aquea), Jambu Batu (Psidium guava) dan Buah Kedondong (Spondalis dulcis) juga sesuai dijadikan bahan untuk rojak petis. Semua bahan buah-buahan dipotong mengikut saiz dan ukuran yang sesuai, Kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar dan sayur kangkong serta taugeh perlu dicelur dahulu. Bahan lain yang tidak boleh ditinggalkan tentunya Tempe (Glycine max) dan Tauhu (Glycine max) yang telah digoreng dan dihiris nipis-nipis. Seterusnya kita perlu menyediakan bahan-bahan seperti Petis (2 sudu besar), Gula Pasir (1½-2 sudu besar), Gula Melaka atau Gula Hitam (1 sudu besar), cili kisar mengikut kepedasan masing², sedikit belacan yg dibakar, sedikit air asam pekat dan garam jika perlu. Pastikan kita menyediakan besen kaca datau mangkuk kaca yang sesuai saiznya dan senduk kayu atau senduk plastik yang sesuai untuk aktiviti menggaul. Sebaiknya semua ramuan rojak petis ini mesti digaul rata dan boleh dihidangkan apabila siap. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info fakta temtang rojak buah untuk bahan rujukkan semua.

Dalam portal berita hmetro.com kisah '
Rojak Nam Pla Wan' amat menarik dikongsikan. Kisah dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan apabila menyebut sahaja rojak buah pasti semua dapat membayangkan keenakan buah-buahan segar seperti nanas, mangga, jambu dan sengkuang yang dihiris nipis serta selalu dimakan bersama kuah atau sos. Tidak dinafikan menu ringkas ini antara makanan kegemaran rakyat Malaysia ketika bersantai di waktu petang. Bagi pengusaha muda, Anas Azizie Rosli (21 tahun) amat menyedari potensi rojak buah dimana ini membuatkan dia berusaha mempelbagaikan cara dalam penyediaannya dengan menerapkan cita rasa negara jiran, Thailand. Dia menggunakan ‘nam pla wan’ atau 'Sambal belacan Thai' sebagai kuah yang menggantikan kuah yang biasa digunakan dalam menu rojak buah tempatan. Makanan dikenali “Nan pla wan' ini adalah kuah yang biasa dimakan bersama buah-buahan di Thailand. Bagaimanapun dia juga ada membuat kelainan dengan menggunakan ia dalam menu rojak buahnya yang berniaga digerai yang berada di Laguna Merbok di sini. Dia yang juga graduan Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang mendapaat idea menggunakan bahan itu dalam menu rojak buahnya tercetus daripada bapanya iaitu Rosli Saad (50 tahun) yang menjadi pemandu van pelancong ke Thailand sejak 20 tahun lalu. Dia selepas tamat pengajian pada April 2017 seterusnya telah menjual buah potong saja yang disediakan bersama serbuk asam boi dan garam. Ayahnya yang sering berulang alik ke Thailand memberi idea kepadanya untuk mencuba menggunakan ‘nam pla wan’ yang boleh dimakan bersama buah-buahan yang dijual sehingga terhasilnya menu Rojak Songkhla. Nama 'Songkhla' yang digunakan juga daripada idea bapanya yang terpikat dengan wilayah di negara Gajah Putih itu yang kaya dengan aneka makanan. Mereka telah memperkenalkan Rojak Songkhla ini bukan kerana menu ini terdapat di Songkhla tetapi sekadar menggunakan nama wilayah itu dalam menu rojaknya yang awal lagi ingin diberi nama Rojak Buah. Keunikan ‘nam pla wan’ kerana dibuat menggunakan gula kelapa laut yang diperoleh terus dari Thailand. Gula kelapa laut adalah bahan kebiasaan yang digunakan dalam kebanyakan makanan Thailand. Nam pla wan mempunyai rasa yang berbeza dengan kuah rojak biasa kerana selain menggunakan gula kelapa laut, dia juga akan memasukkan bahan lain seperti bawang, cili padi dan juga udang kering. Apa pun kebanyakan barangan yang digunakan dalam perniagaannya adalah berasal dari Thailand seperti beberapa jenis buah-buahan yang dibeli terus dari negara itu seperti jeruk jambu dan ‘baby nanas' selain serbuk asam, serbuk cili dan juga bungkusan makanan. Kini sejak beliau menggunakan Facebook bagi mempromosikan rojaknya pada Julai 2017 maka gerai yang dibuka bermula 11 pagi sehingga 8 malam itu mula tular di media sosial itu sehingga ada pula pelanggan datang dari daerah lain ke gerainya bagi tujuan mendapatkan Rojak Songkhla. Memang tidak hairanlah anak ketiga daripada lima beradik mampu menjual melebihi 50 bungkusan setiap hari dengan harga RM6 setiap satu. Selain Rojak Songkhla, terdapat menu lain seperti pulut ayam dan pulut mangga yang turut dijual di gerai itu.

Dalam portal akhbar utusan.com kisah bertajuk 'Gerai colek buah Mansyur kembali' dari Kota Bahru Kelantan sesuai dijadikan rujukkan. Membuat colek (rojak) buah dan menjualnya di hadapan bangunan Wisma Persekutuan di Jalan Bayam, di sini merupakan satu-satunya punca pendapatan Mansyur Hamad sejak lebih 30 tahun lalu. Mamang tidak hairan jika kenapa lelaki warga emas berusia 60 tahun itu menyifatkan larangan berniaga dalam tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai satu tamparan hebat yang benar-benar membuatkannya jatuh terduduk. Dia benar-benar lega apabila kerajaan memberi kelonggaran termasuk usaha bagi membenarkan para peniaga kembali beroperasi seperti biasa sejak sebulan lalu. Perniagaannya kini juga semakin rancak walaupun masih berdepan pelbagai kekangan termasuk perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaaan. Mansyur yang tinggal di Berek 12 memberitahu dia mula berniaga colek di hadapan Wisma Persekutuan sekitar 1980-an dengan menggunakan kereta tolak kayu. Bagaimana pun lama-kelamaan, kereta tolak itu digantikan pula dengan motosikal roda tiga sebelum dia berjaya membeli sebuah van untuk dijadikan trak makanan lapan tahun lalu. Sepanjang lebih 30 tahun berniaga colek buah dimana pendapatan yang diperoleh tidaklah lumayan masih mampu dimanfaatkan bagi menyara keluarga dan membesarkan anak-anak. Sekarang anak-anak sudah dewasa dimana sudah ada kerjaya dan keluarga sendiri kecuali yang bongsu masih belajar di tingkatan enam. Selagi ada kudrat maka dia mahu terus cari rezeki dan belum terfikir untuk berhenti berniaga. Dia yang dibantu salah seorang anaknya yang berusia 31 tahun akan berniaga colek mulai pukul 8.30 pagi hingga 4 petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu serta hari cuti umum. Kini melalui perniagaannya yang berkonsepkan gerai trak makanan itu (food truck) maka Mansyur sudah mampu meraih pendapatan kira-kira RM350 hingga sekitar RM450 sehari.  Untungnya tidaklah besar mana kerana kos untuk membeli buah seperti nanas, betik, jambu, mangga, sengkuang dan kedondong pun sudah mencecah RM300 sehari. Apa pun sos pencicah pula dia buat sendiri.

Kisah mengenai 'Ibu tunggal jual colek buah sara anak' dalam harian Metro menarik juga dikongsikan. Dilaporkan dimana bermodalkan R
M300 apabila seorang ibu tunggal mengambil inisiatif menjual colek atau rojak buah bagi menampung kehidupannya sekeluarga selepas kematian suami lima tahun lalu. Bagi Mustaari Ismail (36 Tahun) menjual colek buah bagi membesarkan tiga anak berusia antara tujuh hingga 13 tahun kerana tidak mahu hidup dengan hanya meminta belas ihsan orang ramai. Dia yang perlu gigih untuk membesarkan anak apabila menunggang motosikal roda tiga dari rumahnya di Kampung Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu menuju ke Kampung Kraftangan dalam jarak kira-kira dua kilometer. Dia yang sudah berniaga sejak dua tahun lalu dan meluahkan rasa syukur kerana perniagaan colek buah itu memberi pulangan hasil yang cukup untuk menampung kehidupan seharian bersama anak selepas kematian suami.  Colek atau rojak buah yang saya hasilkan ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana rata-rata pelanggan suka dengan kuahnya yang pekat dan pedas seperti yang dijual di negara jiran, Thailand. Dia ada pelanggan tetap dari Thailand yang wajib datang ke sini dua kali seminggu untuk mereka mendapatkan kuah colek sahaja. Mungkin kerana mereka juga menjual colek buah di sana (Thailand) akan tetapi mereka menggunakan kuah yang dia hasilkan. Amat gembira kerana colek buah yang dihasilkan mendapat tempat di hati pelanggan dan seterusnya membantunya untuk mencari pendapatan bagi membesarkan tiga anak yang berasal dari Kampung Kraftangan, Kota Bharu. Dia juga memastikan buah-buahan yang dijual seperti jambu, nanas, mangga dan betik sentiasa dalam keadaan segar bagi menjaga kualiti coleknya itu. Bagi menggalas tanggungjawab yang besar kerana dia adalah sebagai ibu dan juga bapa kepada anak-anak. Mereka masih kecil dan perlukan kehidupan yang baik untuk membesar. Dia yang berniaga hari ini dengan niat untuk mendapatkan rezeki halal buat anak-anak dan menggunakan kudrat kurniaan Tuhan ini sebaiknya. Dia masih diberikan kesihatan dan kekuatan dimana digunakan sebaiknya dengan mencari rezeki halal.  Semuga artikel ini memeberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA ROJAK BUAH... 'COLEK' ITU SAMA...
BUAH DIPOTONG...CAMPUR KUAHNYA...
HARGANYA MURAH... BERKHASIAT JUGA...
BANYAK FAKTA...ADA DI DALAM MEDIA... 

By,
M Anem
Snenior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(27 Ramadan 1443H).

Thursday, April 28, 2022

TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN (Part 2)

TEKNOLOGI PEMPROSES MAKANAN
adalah satu perkara yang penting dilakukan bagi membolehkan bahan mentah diproses sehingga menjadi makanan yang sesuai dimakan manusia dalam pelbagai keadaan. Pemprosesan makanan juga merupakan set cara-cara dan teknik yang digunakan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada makanan atau menukarkan makanan kepada kepada pemakanan lain bagi manusia atau haiwan sama ada secara kecil-kecilan, sederhana atau pun berskala komersil dalam industri makanan. Pemprosesan makanan khususnya merupakan satu proses yang mengambil produk tanaman dituai atau binatang yang disembelih dimana dengan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan menghasilkan produk makanan yang menarik serta boleh dipasarkan dan selalunya hayat simpanan yang lebih lama berbanding produk segar. Pada penulis blog yang sering membuat beratus-ratus tinjauan kepada usahawan pemprosesan makanan juga mendapati dimana sumber utama manusia adalah makanan. Makanan amat penting untuk manusia kerana manusia kerana kita memerlukan tenaga, zat, dan protein untuk terus hidup. Selain itu memang manusia juga sentiasa perlu mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang. Pembaca blog perlu faham cara bagaimanakah makanan diproses dan dihasilkan agar ia kekal segar dan mampu tahan lama supaya tidak berlaku pembaziran dan kerugian. Dalam bertugas di sektor pertanian hampir 40 tahun penulis blog dapati dimana teknologi pemprosesan makanan digunakan untuk tujuan memproses dan membungkusan makanan. Pemprosesan makanan dijalankan untuk dapat menukarkan makanan mentah kedalam bentuk lain yang lebih selamat dimakan atau pun membolehkan makanan tersebut dapat disimpan lebih lama. Contoh makanan yang diproses adalah seperti makanan dalam tin, susu segar, pasteur dan ikan kering dan banyak lagi. Dalam pada itu antara tujuan bagi memproses makanan adalah bagi membunuh hidupan mikro organisma (microbes) seperti bakteria dan kulat dalam makanan supaya ia dapat mengelakkan individu daripada keracunan makanan. Ia juga menjadikan makanan dapat disimpan dan tahan lama. Ada juga yang bertujuan untuk mumudahkan pencernaan dalam badan kerana makanan telah dilembutkan dan akhir sekali bagi menjadikan makanan lebih enak, berkhasiat dan menarik untuk pengguna dan orang lebih suka menjamahnya. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting berkaitan dengan teknologi pemproses makanan (food processing) untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam aktiviti pemprosesan makanan terdapat beberapa kaedah yang sesuai digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan melalui bahan mentah yang diproses. Dalam beberapa tinjauan dan pembelajaran yang penulis blog ketahui di antara kaedah yang selalu dilakukan adalah aspek Penggunaan Teknologi Moden, Penggunaan Baka (Tanaman dan Ternakan) yang Berkualiti, Penggunaan Tanah Yang Cekap, Penggunaan Tanah dan Kawasan Yang Optimum, Pendidikan dan Bimbingan Kepada Petani dan juga aspek Penyelidikan dan Pembangunan Berterusan (R&D). Faktur penggunaan bahan mentah berkualiti yang hendak diproses sebaiknya perlu melalui satu saringan piawaian agar keseragaman produk akhir kelak akan lebih sekata. Bagaimana pun jika bahan mentah ini didatangkan daripada petani, penternak atau sesiapa juga yang berbeza sumbernya maka ia akan memberikan sedikit masaalah dan perlua ada sedikit proses pengubahsuaian semasa pemprosesan makanan dilakukan. Pengeluar bahan mentah ini perlu amalkan p
enggunaan teknologi moden dimana kini sudah ada bahan tanaman dan juga ternakan telah diubahsuai secara genetik. Amalan mereka didalam aspek penggunaan baja kimia dan pestisid juga perli diamilkira kerana sebarang perlanggaran kandungan bahan kimia (MRL) akan menyebabkan masaalah kepada kesihatan pengguna. Pengeluar sebaknya mampu untuk menggunakan alatan dan juga mesin moden untuk dapat mempercepatkan proses penanaman sehingga kepada ktiviti pemungutan hasil, penggredan dan aktiviti lepas tuai. Elakkan daripada cuba menggunakan bahan tanaman yang telah diubahsuai secara genetik (GMO).

Aspek penting didalan mempastikan p
enggunaan baka yang berkualiti sama ada untuk tanaman dan ternakan dari peringkat awal adalah aspek penting. Sebaiknya bagi memberikan kelebihan kepada pengusaha baka tersebut sebaiknya akan dapat  mengeluarkan makanan dan ternakan yang cepat terhasil. Dalam pada itu baja tersebut juga mampu untuk mngeluarkan hasil yang banyak kerana bahan mentah untuk diproses dijual dengan harga lebih rendah dipasaran daripada hasil yang dijual untuk prodeuk segar. Pastikan bahan tersebut adalah hasil tanaman atau ternakan berkualiti mengikuti ketetapan piswaian untuk ianya diproses. Elakkan daripada menggunakan bahan murah dan tidak berkualiti sehingga ianya boleh menjejaskan produk akhir apabila diproses. Baka tersebut sepatutnya mampi mengeluarkan hasil yang lebih berkualiti serta lebih tahan terhadap serangan penyakit dan perosak. Petani dan penternak juga perlu amalkan apa yang dikatakan sebagai Penggunaan Tanah Yang Cekap termasuk didalam memelihara kesuburan tanah, mencegah hakisan tanah, menjalankan sistem pasture atau terkini dudah dikatakan dapat menjalankan tanaman bercampur (Mixed Farming). Pertanian Bersepadu (Intergrated farming) dan Pertanian Organik serta Pertanian Tepat dengan aplikasi Internet Of Thing (IoT) kini sudah dijadikan satu lagi kaedah penambahbaikan amalan pertanian diperingkat pengeluaran ladang. Beberapa skim persijilan sudah diperkenalkan kepada pengeluar agar ianya memberi akses kepada produk akhir kelak. Kini produkk yang ada persijilan seperti MyGAP, My Organik, HALAL, MesTI, HACCP dan sebagainya sudah dijadikan aras penting oleh pengguna.

Bahan asas untuk pemprosesan akanan biasanya diperlkan dengan kuantiti yang banyak dan memerlukan syarat khusus sebelum ianya diproses menjadi produk berkualiti dan seragam dengan persijilan khas. Diperingkat ladang perlu ada apa yang dikatakan
Penggunaan Tanah Maksima dengan kawasan pengairan optimum. DI kebun sebaiknay dipasang dan diaadakan sistem pengairan yang berkesan. Dalam tinjuan penulis blog Ke TKPM Slim, Malim, Perak dimana penanam jambu batu menggunakan air tasek secara pengairan titis diatas tanah bekas lombong untuk menghasilkan jambuu batu yang seragam untuk produk segar dan juga produk proses (Sila lihat foto disebelah). Produk jambu kering diantara produk proses yang dihasilkan pengusaha disini. Dibeberapa tasek dan kolam sekitarnya juga ada aktiviti akuakultur dengan ternakan pelbagai spesis ikan juga untuk dijual segar serta diproses. Aspek Pendidikan dan Bimbingan kepada petani adalah satu proses berterusan. Pengeluar makanan perlu diperkenalkan dengan teknik pertanian yang terkini. Mereka juga perlu sering diperkenalkan baka yang bermutu serta terus dibantu dalam membimbing penggunaan baja dan racun serangga dengan betul seperti arahan pada label. Memang wakar untuk aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan dalam usaha menghasilkan hasil pertanian untuk penggunaan segar segar dan proses dilakukan. Ini termasuk juga kajian terhadap teknologi pertanian yang berkesan, menghasilkan baka yang bermutu tinggi, mempelbagaikan jenis makanan, mampu untuk menghasilkan baja organik dan inorganik. Kajian jug aternasuk mampu untuk mengeluarkan racun perosak yang efektif serta bagaimana cara meneroka kawasan tanah pertanian baru.

Pada masa sekarang sudah sering dibincangkan akan aspek keselamatan makanan. Antaranya bagaimana isu pengubahsuaian genetik (GMO) pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan mempengaruhi kesihatan manusia. Bagaimana pun umum mungkin pernah mendengar bagaimana didalam 
kejuruteraan genetik, gen daripada suatu organisma dimasukkan ke dalamnukleus organisma lain untuk tujuan menghasilkan ciri-ciri yang diingini. Saintin berjaya dalam memasukkan gen yang menghasilkan insektid semula jadike dalam jagung atau ubi kentang untuk membolehkan tumbuhan itumenghapuskan perosak dengan sendiri. Gen antikulat juga boleh dimasukkan kedalam pokok jagung. Apa pun makanan yang diubah secara genetik ialah makanan yang diperoleh daripada organisma yang telah dimodifikasikan gennya. Dalam isu ini ada beberapa info tentang kebaikan dan keburukan makana dari GMO. Ini kerana antara kebaikan apabila saintis telah mampu memasukkan gen daripada satu organisma ke dalam organisma lain untukmenghasilkan bahan kimia seperti zat vitamin yangsukar dihasilkan dalam keadaan biasa. Cara ini boleh ber kesan penggunaan pestisid dan baja pada tanaman dapat dikurangkan. Bagi tanaman yang mempunyai rintangan yang tinggi terhadap kemarau, penyakit dan serangga perosak juga kini dapat dihasilkan. Tanaman baru yang terhasil tidak memerlukan banyak pemprosesan di kilang dan hanya memerlukan sedikit bahan tambah makanan. Ini kerana tanaman ini mempunyai gen yang mana ia juga membolehkannya tahan lebih lama menjadikan kos pengeluaran tanaman yang lebih murah. Bagaimana pun antara keburukan GMO pula adalah apabila dilaporkan usaha memodifikasikan makanan secara genetik boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan dan alamsekitar. Bahan baru yang tidak pernah dimakan sebelumini dimasukkan ke dalam tanaman atau ternakan.Kesan bahan ini ke atas sistem keimunan badanmasih dalam kajian. Cara pemprosesan protein yang berlainan dalamtumbuhan atau haiwan mungkin akan mengubahfungsi badan kita. Ada sesetengah tanaman seperti anggur yang dimodifikasikan secara genetik, dilaporkan ia mempunyai rintangan tinggi terhadap pestisid tertentu telah didapati membiak dengan rumpai tertentu dikawasan kebun. Makanan segar dan proses yang baik perlu ada beberapa ciri iaitu ia terhasil dari bahan mentah yang asli yang tidak diproses secara melampau. Makanan yang tidak diproses secara kimia yang selalunya bersifat asid apabila memasuki dalam tubuh yang memberi kesan buruk kepada organ-oragan, tisu dan sel-sel. Makanan ini perlu bebas bahan aditif kimia atau sintetik seperti bahan pengawet, pewarna, kondisioner dan perasa yang selalunya berasid dalam tubuh.Sebaiknya makanan ini juga bebas bahan antibiotik, vaksin, hormon, steroid untukmempercepatkan pertumbuhan haiwan ternakan seperti ayam, ikan dan lembu. Semuga artikel ini boleh menambah ilmu pengetahuan semua pembaca blog ani agro kali ini. Wasallam!!!.
PEMPROSESAN MAKANAN... APA DIA...
BANYAK KAEDAH... BOLEH DIGUNA...
BAHAN MENTAH... IANYA BERBEZA...
PRODUK AKHIR... PENGGUNA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Ramadan 1443H).

Wednesday, April 27, 2022

TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN (Part 1)

TEKNOLOGI PEMPROSES MAKANAN
adalah satu perkara yang penting dilakukan bagi membolehkan bahan mentah diproses sehingga menjadi makanan yang sesuai dimakan manusia dalam pelbagai keadaan. Pemprosesan makanan juga merupakan set cara-cara dan teknik yang digunakan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada makanan atau menukarkan makanan kepada kepada pemakanan lain bagi manusia atau haiwan sama ada secara kecil-kecilan, sederhana atau pun berskala komersil dalam industri makanan. Pemprosesan makanan khususnya merupakan satu proses yang mengambil produk tanaman dituai atau binatang yang disembelih dimana dengan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan menghasilkan produk makanan yang menarik serta boleh dipasarkan dan selalunya hayat simpanan yang lebih lama berbanding produk segar. Pada penulis blog yang sering membuat beratus-ratus tinjauan kepada usahawan pemprosesan makanan juga mendapati dimana sumber utama manusia adalah makanan. Makanan amat penting untuk manusia kerana manusia kerana kita memerlukan tenaga, zat, dan protein untuk terus hidup. Selain itu memang manusia juga sentiasa perlu mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang. Pembaca blog perlu faham cara bagaimanakah makanan diproses dan dihasilkan agar ia kekal segar dan mampu tahan lama supaya tidak berlaku pembaziran dan kerugian. Dalam bertugas di sektor pertanian hampir 40 tahun penulis blog dapati dimana teknologi pemprosesan makanan digunakan untuk tujuan memproses dan membungkusan makanan. Pemprosesan makanan dijalankan untuk dapat menukarkan makanan mentah kedalam bentuk lain yang lebih selamat dimakan atau pun membolehkan makanan tersebut dapat disimpan lebih lama. Contoh makanan yang diproses adalah seperti makanan dalam tin, susu segar, pasteur dan ikan kering dan banyak lagi. Dalam pada itu antara tujuan bagi memproses makanan adalah bagi membunuh hidupan mikro organisma (microbes) seperti bakteria dan kulat dalam makanan supaya ia dapat mengelakkan individu daripada keracunan makanan. Ia juga menjadikan makanan dapat disimpan dan tahan lama. Ada juga yang bertujuan untuk mumudahkan pencernaan dalam badan kerana makanan telah dilembutkan dan akhir sekali bagi menjadikan makanan lebih enak, berkhasiat dan menarik untuk pengguna dan orang lebih suka menjamahnya. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting berkaitan dengan teknologi pemproses makanan (food processing) untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

T
erdapat banyak cara dan teknologi boleh dilakukan dalam pemprosesan makanan. Teknologi ini ada yang dibangunkan secara tradisional yang mudah sehingga kepada teknologi moden melalui proses yang mana ia menggunakan peralatan dan mesin yang canggih. Bagaimana pun secara asasnya terdapat beberapa kaedah asas didalam aktiviti dan teknologi pemprosesan makanan dan juga pembungkusan makanan yang semua pembaca blog perlu fahami. Ia adalah teknologi Pengetinan, Pempasteuran, Penyejukbekuan, Kering Beku, Penyinaran, Pendinginan, Pendehidratan dan juga termasuk teknologi Pembungkusan Vakum. Kesemua teknologi ini disesuaikan dengan bahan mentah yang digunakan, peralatan dan mesin serta produk akhir yang hendak dihasilkan. Banyak lagi jaedah-kaedah lain yang sesuai digunakan dimana ia berlainan diantara bahan asas tanaman, penternakan, perikanan dan sebagainya yang akan digunakan. Bagaimana pun produk akhir selalunya nempunyai nilai nya yang tersendiri sebeum di pasarkan kepada ramai pengguna. Kaedah Pengetinan merupakan satu kaedah lama yang masih dilakukan sehingga sekarang. Bergantung kepada bahan asas dan teknologi yang digunakan dimana selalunya makanan akan dipanaskan pada suhu 85° Celcius dan ia kemudian dimasukkan ke dalam tin atau botol yang telah pun disterilkan. Ia bagi mempastikan tidak berlaku pencemaran. Kemudian jka mengggunakan bahan tin maka makanan ini dipateri dan dipanaskan dengan stim di bawah tekanan serta pada121°C. Diantara beberapa contoh makanan yang sering dimasukkan dalam tin ialah termasik ikan sardin, buah laici, buah longan, buah nanas, buah campuran (mixed fruit), susu pekat, cocktail dan banyak lagi

Kaedah kedua adalah 
Pempasteuran yang mana ia merupakan salah satu  proses membunuh bakteria dalam bentuk cecair. Biasanga kaedah ini akan ianya menggunakan teknologi untuk mengawet susu segar dan jus buah-buahan. Memang pembaca blog mungkin sudah mengunapakai produk seperti susu segar yang telah dipanaskan sehingga 63°C selama 30 minit atau pada suhu 72°Cselama 15 saat dan seterusnya ia akan disejukkan segera. Sudha tidak asing kepada semua menggunakan prosuk proses makanan yang menggunakan teknologi Penyejukbekuan. Kaedah pembekuan tidak membunuh bakteria tetapi ia menghentikan aktiviti bakteria yang menyebabkan atau punca makanan basi. Biasanya makanan akan diletakan didalam peti sejuk atau freezer untuk disejukbekukan secara perlahan pada suhu 0°C. Bagaimana pun bagi tujuan penyejukbekuan segera (quick frewwzing) makan makanan makan bahan makanan tersebut akan disejukbekukan pada suhu kurang -18°C. Memang selalu semua orang akan menyimpan produk segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya didalam peti ais yang sejuk sehingga ia membeku dan tahan lama. Kaedah seterusnya yang sering dilakukan dikenali sebagai Kaedah  Kering Beku dimana makanan disimpan pada suhu -15°C. Dalam pada ia perlu manjadikan tekanan dikurangkan bagi menukarkan air beku kepada wap air sehingga sesuai menjadikan makanan tersebut tetap baik untuk digunakan kemudiannya. 

Kaedah yang ke lima dikenali sebagai Kaedah 
Pendinginan dimana cara pendinginan ialah proses mengeluarkan haba dari suatu bahan dan kemudian akan memindahkannya ke tempat lain. Apa pun tujuannya adalah bagi merendahkan suhu tempat atau bahan tersebut. Sebagai contohnya peranan penyimpanan dalam  peti sejuk ialah sejenis alat pendingin yang dapat menyimpan makanan pada suhu rendah. Ia juga amat sesuai kepada produk seperti jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil tenusu sahaja untuk disimpan lebih lama. Lazimnya keadaan makanan akan disimpan dalam tempat dingin pada suhu kira-kira 0°C - 5°C sepanjang masa. Kaedah seterusnya adalah Kaedah  Pendehidratan dimana ia adalah satu kaedah pemeliharaan makanan di mana, makanan dikeringkan (dehidrasi). Proses pengeringan akan dapat ia menghalang pertumbuhan bakteria, yis, dan kulat melalui penyingkiran air. Lazimnya terdapat tiga kaedah di mana air disingkirkan daripada makanan dengan cara paling tradisional  iaitu dengan menjemur makanan di bawah cahaya matahari. Pengusaha juga boleh mengeringkan makanan dengan haba yang tinggi seperti menggunakan oven atau pun kini ia boleh lakukan menvakumkan makanan sehingga kering. Kaedah seterusnya dikenali sebagai Kaedah Pembungkusan Vakum dimana cara ini udara akan dikeluarkan daripada bekas makanan. Kesannya adalah dimana makanan disimpan dalam keadaan kedap udara dan kaedah ini sangat sesuai untuk menyimpan makanan yang mudah rosak akibat berlaku proses pengoksidanan. Teknologi yang terakhir yang ke 8 adalah Kaedah  Penyinaran atau pun 'radiation' dimana ia adalah teknik pemprosesan makanan dengan mendedahkan makanan dengan sinaran radioaktif seperti sinar gamma atau sinar-X (x-ray) yang bertujuan untuk membunuh bakteria dengan serangga perosak pada makanan. Selalunya kaedah penyinaran dijalankan bagi tujuan memperlahankan proses percambahan biji benih, pertunasan sayuran berubi dan juga untuk mempercepatkan proses kematangan buah-buahan tertentu agar lebih seragam. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini boleh menambah ilmu pengetahuan semua pembaca blog ani agro kali ini. Wasallam!!!.
PEMPROSESAN MAKANAN... APA DIA...
BANYAK KAEDAH... BOLEH DIGUNA...
BAHAN MENTAH... IANYA BERBEZA...
PRODUK AKHIR... PENGGUNA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Ramadan 1443H).

Tuesday, April 26, 2022

BUAH KUNDUR DAN PRODUKNYA

TANAMAN KUNDUR
(Benincasa hispida) adalah sejenis tumbuhan menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara tetapi kini telah di tanam di seluruh dunia. Tumbuhan ini sama dengan timun, tembikai dan keluarga cucurbit yang lain adalah dalam keluarga sayuran cuma kundur mengeluarkan buah paling besar diantara keluarga cucurbit. Banyak nama kundur diberikan mengikut lokaliti seperti Wax Gourd, Ash Gourd, Winter Melon, Fuzzy melon, green pumpkin, white gourd, Hairy melon (English), To'gan (Jepun), donggua (China), tak, Faeng, mafaeng (Thai), Courge a la cire ; courge cireuse (Perancis), Kondol, tabiyan (Filipina), Kundo ; kundur, bligo (Indonesia) dan banyak lagi. Tanaman ini kini banyak diusahakan di Asia Selatan dan Asia Barat. Tanaman kundur di Malaysia bukan menjadi tanaman yang popular kerana ia kurang permintaan dipasaran domestik. Kalangan petani yang menanam kundur secara komersil ini merupakan orang yang sama sahaja dan amat sukar mencari petani baru untuk menanam kundur kecuali sebagai tanaman hobi sahaja. Antara sebab petani tidak suka menanam kundur adalah kerana tidak ada jaminan pasaran dimana buah kundur mahu dijual. Pasaran buah kundur segar adalah terhad dan mereka yang ada perjanjian 'Ladang Kontrak' mungkin tidak akan menghadapi masaalah. Penulis mendapati varieti kundur tidak ada dalam sistem pendaftaran Varieti Tanaman (National variety listing) kerana belum ada yang membuat pendaftaran secara rasmi. Bagaimana pun didalam pembelian on-line ada benih kundur ditawarkan. Artikel pada subuh pagi dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa kisah menarik mengenai produk dari buah kundur untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Di Malaysia ada minuman berasaskan buah kundur atau lebih dikenali dengan 'Yeos Winter Melon Tea' adalah yang minuman yang digemari ramai. Produk minuman didalam bungkusan kotak tetrapek ini keluaran Sykt Yeos ada gambar buah kundur dan diambil untuk menyejukkan badan. Dilaporkan dimana minuman ini juga boleh menghilangkan sakit tekak dan risiko serangan jantung. Dalam beberapa komen dinyatakan ia sesuai diambil oleh mereka yang ada demam panas dan rasanya yang kurang manis memang sesuuai diminum terutaa di negara yang panas dan lembap seperti di Malaysia. Itu yang komersil akan tetai sebenarnya pembaca boleh membuanya sendiri dengan resepi air buah kundur yang ditulis dalam rencana ini. Bahan-bahan untuk menyediakan jus buah kundur terdiri dari 1/4 atau 1/2 buah kundur segar (Sederhana besar), gula (ikut cita rasa tahap kemanisan dikehendakki) dan juga 500 ml air. Cara untuk membuatnya adalah dengan mengupas kulitn buah kundur dan seterusnnya dipotong isi buah kundur nipis-nipis sebelim ia kemudian dikisar bersama gula dan air. Sebaiknya selepas dikisar (gunakan mesin pengisar) ia kemudian dimasukkan dalam jug dan dikacau sehingga mesra. Bagi menambah keenakan jus ini ia boleh dimasuk ketul ais kiub atau disimpan dulu dalam peti sejuk. Enak diminum pada bila-bila masa untuk menikmatinya.

Produk halwa buah kundur atau buah kundur manisa atau kundur kering merupakan antara makanan snek yang dikenali dikalangan masyarakat tempatan sejak dulu. Antara perkara yang sering diperkatakan ramai dimana halwa kundur ini antara bahan sesuai digunakan untuk merawat sakit kuning kepada bayi yang baru lahir. Cara amalan terbaik untuk tujuan ini adalah dengan mengambil 
dua atau tiga ketul halwa buah kundur kemudian ia diremdam dalam air panas dan ia seterusnya diberi kepada bayi minum dalam satu atau dua sudu. Memang ada banyak produk halwa buah kundur dipasaran sama ada ia dihasilkan secara tradisional atau pun oleh syarikat terkenal dengan kualiti pembungkusan yang menarik (Sila lihat foto disebelah). Dalam pembelian on-line Shopee pun disenaraikan beberapa produk halwa kundur dengan tawaran harga diantara RM4.00 - RM5.00 dalam bungkusan 250 gram. Bagaimana pun jika kalangan pembaca ada yang hendak mebuatnya sendiri halwa kundur disertakan resepi membuatnya. Bahan-bahan yang diperlukan dadalah terdiri dari 1 biji buah kundur segar, air kapur secukupnya, 20 cm batang kayu manis, 300 gram gula pasir, limau nipis dan juga 25 kuntum bunga telang. Cara membuatnya dengan dikupas buang kulitnya buah kundur dan kemudian dicuci bersih. Isi buah kundur ini dipotong memanjang dan selalunya aian dihiris tipis dengan hirisan puding bergelombang yang bertujuan untuk menambahkan kecantikan bentuknya. Kemudian hirisan ini perlu direndam didalam air limau nipis semalaman. Kemudian ditoskan dan dibersihkan sebelum dimasukkan kedalam bekas dan dicampur dengan bahan gula pasir, kayu manis dan bunga telang. Sebaiknya menggunakan bekas membuat halwa dari bekas yang tidak terlalu cepat panas. Seterusnya ia perlu dimasak dengan api sedang dan jangan diberi air kerana secara otomatik kandungan air hirisan kundur ini akan keluar dari buah yang sudah direndam semalaman. Biarkan di atas api kecil sampai sedang dan dikacau sesekali agar merata. Semasa hirisan kundur agak kering lembut dimatikan apinya dan angkat untuk disejukkan. Langkah seterusnya adalah ia disimpan didalam peti sejuk atau terus dibungkus untuk penyimpnan sebelum dihidangkan.

Anehnya dalam beberapa media tempatan dilaporkan agar '
Tarik penjualan halwa kundur - CAP' menarik untuk dikongsikan. Dilaporkan dimana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa supaya menarik semula penjualan halwa kundur di negara ini dengan segera berikutan dikesan mengandungi 'sulfur dioksida' melebihi had. Gesaan itu dibuat susulan tindakan Singapura menarik semula halwa kundur dari Malaysia selepas ianya dikesan mengandungi sulfur dioksida melebihi had maksimum yang ditetapkan dalam Peraturan Makanan Singapura (Sila lihat foto disebelah). Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader dimana halwa kundur sering digunakan bagi membuat inti makanan tradisional Cina dan Melayu seperti kuih bulan, teh herba dan manisan pencuci mulut. Berdasarkan Jadual Keenam (Peraturan 20) Akta Makanan 1983 dimana produk halwa kundur yang dibenarkan di pasaran mengandungi 2,000 bahagian persejuta (bps) sulfur dioksida dilaporkam ada digunakan sebagai pengawet kerana ciri antimikrobnya. Sebagai bahan pengawet, ia akan mengekalkan keadaan buah dan mencegahnya daripada membusuk namun sulfur dioksida boleh mencetuskan serangan dalam kalangan penghidap asma dengan gejala seperti nafas mengeluarkan bunyi dan sukar bernafas. Paras sulfur yang berlebihan dalam makanan juga dilaporkan boleh menimbulkan tindak balas alahan dalam individu yang hipersensitif dengan gejala seperti kegatalan, sakit perut, cirit-birit dan muntah. CAP gesa selain menarik semula halwa kundur di pasaran, ujian ke atasnya perlu dijalankan bagi mengesan kandungan sulfur dioksida. Sementara itu kalangan pengguna pula dinasihati supaya tidak memakan halwa kundur sehingga pihak berkuasa dapat memastikan bahawa ia selamat dimakan. Kerajaan juga perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat mengapa isu itu tidak dikesan lebih awal oleh pihak berkuasa tempatan?. Menurut CAP lagi agak pelik isu ini sebab setiap kali apabila muncul perkara seumpamanya, pihak berkuasa dari negara lain yang akan mengetengahkannya kepada penduduk di Malaysia?. Apa ppun berdasarkan rekod, ia bukan kali pertama makanan dari Malaysia ditarik semula di negara asing. Dilaporkan pada 2019, penjualan botol air mineral ditarik semula oleh pihak berkuasa Singapura kerana didapati mengandungi patogen iaitu pseudomonas aeruginosa iaitu bakteria umum yang terdapat dalam najis, tanah, air dan sisa kumbahan. Salad 'iceberg lettuce' ditarik semula oleh pihak berkuasa Singapura pada 2018 selepas dikesan mengandungi paras racun makhluk perosak yang tinggi dalam sayuran yang diimport dari ladang Malaysia. China juga pernah menolak buah-buahan dari Cameron Highlands pada 2017 akibat kehadiran organisme ubah suai genetik (LMO). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog semua. Wasallam!!!.
BUAH KUNDUR... APA GUNANYA...
DI BUAT JUS... RAMAI MINUMNYA...
HALWA KUNDUR ...ENAK RASANYA...
DAKWA CAP... ADA KESAN BAHAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan ABkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(8 JamadilAkhir 1443H).

Monday, April 25, 2022

JENIS KELADI DI MALAYSIA - KENALI DIA (Part 2)

TANAMAN KELADI 
(Colocasia esculenta dan Xanthosoma spp.) merupakan salah satu jenis tanaman kontan jenis ubian yang kaya dengan makronutrien dan sesuai untuk dijadikan sumber makanan alternatif karbohidrat selain beras dan gandum. Penanaman keladi di Malaysia adalah seluas 320 hektar pada tahun 2021 dengan penghasilan sebanyak 3,347 metrik tan. Kawasan utaman tanaman keladi di Malaysia adalah Sarawak (353 ha dengan hasil 1,451 metrik tan) diikuti dengan Negeri Johor (147 hektar dengan hasil 1,389 metrik tan) dan Sabah (100 hektar 320 metrik tan). Kebanyakan keladi digunakan sebagai pasaran domestik sahaja (Sumber: Booklet ststistik tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia tahun 2021). Keladi biasanya sesuai untuk direbus, digoreng atau boleh juga dihidangkan sebagai makanan pencuci mulut. Pada penulis blog snek kerepek keladi merupakan makanan kegemaran sejak dahulu. Dalam kes lain dilaporkan diamana ada juga penggunaan ubi keladi yang sudah dipelbagaikan menjadi produk seperti filem yang boleh dimakan sebagai pembungkusan. Filem ini dilaporkan boleh dimakan yang berasaskan karbohidrat seperti kanji telah banyak dikaji secara intensif. Penanaman keladi di Malaysia banyak ditumpukan dikawasan tanah gambut khususnya h=gambut dalam yang terdpat di Sarawak, Johor, Sabah dan Selangor. Hasilan keladi akan dituai dan dipasarkan dalam bentuk keladi segar dan bertahan sehingga sebulam lamanya bergantung kepada beberapa faktur. Harga keladi juga kini tidak semurah dahulu kerana bila meninjau kaladi dipasaraya mencecah belasan ringgit sebiji. Penulis blog memang gemar makan keladi goreng yang dicicah dengan sambal kicap seperti artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Bagaimana pun makanan ini semakin jarang disajikan disebabkan kekurangan bekalan keladi segar dipasaran. Petani yang berminat menanam keladi boleh mendapatkan beberapa jenis atau varieti keladi untuk ditanam. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" dari tingkat 12, Hotel Thistle, Johor Bahru menghadap Selat Johor dan Singapura saya menulis mengenai beberapa jenis keladi yang mungkin ramai kurang mengenali untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam kategori tanaman singkat masa atau tanaman kontan dilaporkan dimana keladi ada bahagian dan jenis yang boleh dimakan dan ada pula yang tidak boleh dimakan. Keladi juga boleh dijadikan sumber makanan tambahan kepada makanan manusia akan tetapi ada beberapa negara yang makanan rujinya adalah keladi. Memang terdapat banyak jenis pokok keladi di dunia dan hanya beberapa spesis sahaja yang mana ia dilaporkan boleh dijadikan makanan dan tidak beracun. Ada keladi yang biasanya dimakαn ubinya sahaja dan ada yang boleh dimαkan ubi bersama batangnya. Dalam sesetengah jenis keladi pada pengetahuan penulis blog dimana bahagian batangnya boleh menyebabkan alahan dan kegatalan tetapi ubinya selamat untuk dimakan. Apa pun keupayaan untuk mengenalpasti jenis keladi yang boleh dimakan adalah agak mencabar kerana pokok keladi ini tidak banyak perbezaan antara satu sama lain. Kebolehan untuk membezakan keladi-keladi ini adalah satu kemahiran yang istimewa bagi penduduk luarbandar atau kampong sejak dahulu. Memang jika pandai ada hampir semua bahagian tumbuhan keladi dari jenis yang boleh digunakan sebagai makanan. Walau bagaimanapun dalam banyak penyataan dimana bahagian yang paling sesuai dan sering dimakan adalah umbinya. Umbi keladi mempunyai potensi sebagai sumber karbohidrat di beberapa negara dan penduduk tempatan sejak dulu. Ddapati di beberapa lokasi di Malaysia dimana keladi dimakan sebagai makanan tambahan setelah diproses menjadi berbagai hidangan. Keladi boleh dimakan seperti keladi rebus, keladi kukus, keladi goreng dan keripik keladi dan sebagainya.

(5) Keladi Musang
Keladi Musang (Xanthosoma violaceum) merupakan sejenis keladi yang dikaitkan denggan haiwan musang (civet). Keladi ini dilihat mempunyai umbisi dan akar diperdunya yang seakan 'misai musang' semasa ianya dicabut dari tanah (Sila lihat foto disebelah). Ramai kalangan pekebun dilapor yang tidak mengenali akan kewujudan keladi musang kerana ianya sukar untuk mendapatkan benihnya. Bagaimana pun keladi ini mempunyai saiz sederhana dimana kandungan karbohiderat dan amilos didalamnya agak tinggi. Di laporkan keladi musang ini juga agak sukar dijual dipasar atau pun gerai kerana ia memang langka. Biasanya keladi ini boleh di rebus atau digoreng sementara batangnya boleh dijadikan sayuran yang enak.


(6) Keladi Putih
Keladi Putih (Colocasia esculenta) merupakan sejenis keladi yang sering ditanam dan di gunakan untuk pelbagai jenis masakan. Apa yang pasti mengenai ciri keladi ini adalah kerana ia mempuyai batang yang berwarna keputihan (perdu batang) dan isi keladinya juga agak putih warnanya. 
Batang dan umbisi keladi putih paling sesuai dijadikan sayuran kerana tidak gatal. Umbisi keladi putih agak kenyal dan kurang empuk berbanding keladi cina atau keladi mawar. Ia sangat sesuai dibuat pengat kerana tidak hancur dan dijadikan keladi goreng dengan memotongnya nipis-nipis. Keseluruhan batang keladi putih boleh dijadikan sayuran kerana ianya tidak gatal.

(7) Keladi Telur 
Keladi Telur (Xanthosoma sagittifolium) merupakan salah satu jenis keladi yang selalu ditanam dikalangan penduduk kampong terutama di Johor. Selangor Sarawak, Sabah dan Perak. 
Keladi ini dipanggil sebagai 'Keladi Telur' kerana bentuknya agak bulat bujur seperti telur yang melekat pada bahagian bawah umbisi (Sila lihat foto diatas). Jenis keladi ini memang paling unik dikalangan jenis ubi keladi yang boleh dimakan (edible yam). Bergantung kepada saiz umbisi lazimya satu kilogram sekitar 6-8 biji sahaja. Buah yang segar boleh bertahan selama 2-3 minggu sebelum ianya menjadi kurang enak jika direbus akibat terlalu lama disimpan. Bagaimana pun jika disimpan didalam peti ais ia lebih tahan lama.

(8) Keladi Udang 
Keladi Udang (Colocasia esculenta) adalah sejenis keladi yang unik kerana ia diberikan nama apabila secara umum pokoknya akan tumbuh membengkok seakan seekor udang (Sila lihat foto disebelah). Buahnya juga bersaiz sederhana besar dimana batangnya berwarna hijau muda dibhagian atas dan keputihan (krim) di bahagian bawahnya. Ia mudah ditanam dan agak cepat berhasil dengan penjagaan yang baik. Keladi ini sesuai untuk direbus, di goreng dan juga dijadikan snek kerepek. Keladi udang sering dijual dipasar malam, pasar tani dan juga beberapa premis pasaraya. Penulis blog yang pernah menanam 
3 perdu keladi ini yang ditanam sudah membiak banyak kerana ia sesuai berada ditempat lembab dan berair. Ada petua dimana kalau ianya ditanam ditempat berair keladi akan jadi gatal. Keladi ini pula agak sejuk dimana kata orang tua-tua ia tidak baik untuk mereka yang mengalami sakit-sakit urat walau pun ubinya juga sering dibuat pengat.

(10) Keladi Bentan 
Keladi Bentan (Colocasia esculenta) merupakan sejenis keladi yang agak jarang dikomersilkan kerana kesukaran untuk mendapatkan anakbenihnya. Ciri keladi bentan ini umbisinya seakan sama dengan jenis keladi cina, keladi mawar dan juga beberapa jenis keladi lain. Ia di kategorikan sebagai jenis keladi yang bersaiz besar jika ditanam dikawasan tanah gambut yang subur. Keladi ini enak direbus dan digoreng mahu pun dijadikan snek kerepek yang garing. 
Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KELADI ... BANYAK JENISNYA...
TANAH GEMBUR... SESUAI LOKASINYA...
KELADI MAWAR... KELADI MAWAR JUGA...
MUDAH DITANAM... HASILNYA BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2118, Pullman Waterfront Miri Hotel,
Miri, Sarawak,
Malaysia.
(27 Syaaban 1443H).

Sunday, April 24, 2022

JENIS KELADI DI MALAYSIA - KENALI DIA (Part 1)

TANAMAN KELADI 
(Colocasia esculenta dan Xanthosoma spp.) merupakan salah satu jenis tanaman kontan jenis ubian yang kaya dengan makronutrien dan sesuai untuk dijadikan sumber makanan alternatif karbohidrat selain beras dan gandum. Penanaman keladi di Malaysia adalah seluas 320 hektar pada tahun 2021 dengan penghasilan sebanyak 3,347 metrik tan. Kawasan utaman tanaman keladi di Malaysia adalah Sarawak (353 ha dengan hasil 1,451 metrik tan) diikuti dengan Negeri Johor (147 hektar dengan hasil 1,389 metrik tan) dan Sabah (100 hektar 320 metrik tan). Kebanyakan keladi digunakan sebagai pasaran domestik sahaja (Sumber: Booklet ststistik tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia tahun 2021). Keladi biasanya sesuai untuk direbus, digoreng atau boleh juga dihidangkan sebagai makanan pencuci mulut. Pada penulis blog snek kerepek keladi merupakan makanan kegemaran sejak dahulu. Dalam kes lain dilaporkan diamana ada juga penggunaan ubi keladi yang sudah dipelbagaikan menjadi produk seperti filem yang boleh dimakan sebagai pembungkusan. Filem ini dilaporkan boleh dimakan yang berasaskan karbohidrat seperti kanji telah banyak dikaji secara intensif. Penanaman keladi di Malaysia banyak ditumpukan dikawasan tanah gambut khususnya gambut dalam yang terdpat di Sarawak, Johor, Sabah dan Selangor. Hasilan keladi akan dituai dan dipasarkan dalam bentuk keladi segar dan bertahan sehingga sebulam lamanya bergantung kepada beberapa faktur. Harga keladi juga kini tidak semurah dahulu kerana bila meninjau kaladi dipasaraya mencecah belasan ringgit sebiji. Penulis blog memang gemar makan keladi goreng yang dicicah dengan sambal kicap seperti artikel tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Bagaimana pun makanan ini semakin jarang disajikan disebabkan kekurangan bekalan keladi segar dipasaran. Petani yang berminat menanam keladi boleh mendapatkan beberapa jenis atau varieti keladi untuk ditanam. Artikel subuh ini dari tingkat 12, Hotel Thistle, Johor Bahru menghadap Selat Johor dan Singapura saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis keladi yang mungkin ramai kurang mengenali untuk dijadikan bahan rujukkan teknikal oleh semua pembaca.

Petani di Malaysia yang sering menanam keladi memilih beberapa jenis keladi yang mudah ditanam dan boleh dipasarkan. Paling popular dahulu adalah Keladi Cina dimana jenis ini sesuai untuk dimakan dimana cara memakannya memang ia boleh dipelbagaikan. Pada penulis blog paling suka adalah Goreng Keladi yang sesuai dimakan dengan cicah sambal kicap (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada ia enak dengan memberikan rasa lemak, masin, pedas selalunya makanan ini memang mengenyangkan. Varieti keladi masih lagi belum didaftarkan didalam Senarai Pendaftaran Varieti di Janatan Pertanian dari apa yang penulis blog sering melihat. Penanaman keladi selalunya dilakukan pada tanah gambut terutama gambut dalam yang luas di Sarawak, Johor, Sabah dan juga Selangor bersama dengan tanaman lain seperti ubikayu, pisang, tebu dan sayur-sayuran. 
Penanaman keladi juga dijalankan secara monokrop dan juga secara tanaman campuran dengan mana selalu bercampur bersama tanaman makanan lain. Pasaran keladi adalah untuk bekalan domestik dan juga dieksport keluar negara terutama ke Singapura.  Keladi mengandungi banyak zat mineral dan vitamin seperti Thiamin, Riboflavin, Zink, Posforus, Kalium, Manganese dan juga Zat Besi. Kandungan vitamin pula seperti Vitamin C, Niacin, B6 dan juga asid Oksalik. Keladi mempunyai sumber Kanji yang sangat tingggi. Dibeberapa negara seperti Irian Jaya, Papua New Guinea, Timor Leste dan beberapa masyarakay di Afrika menjadikan keladi sebagai makanan ruji mereka. Ini telah menjadikan tanaman keladi amat penting dinegara mereka dengan ditanam untuk sumber makanan negara. Keperluan benih keladi dalam 1 ekar sebanyak 8,000 benih keladi. Jika dibeli seunit benih ini dengan harga RM 0.30 sen (8,000 X RM 0.30 maka keperluan kos benih adalah sebanyak RM 2,400). Apa pun jika menanam keladi cina tidak menggunakan batas atau ikut keluasan tanah keperluan anak benih sebanyak 18,000 pokok. Tanaman keladi dituai apabila cukup umurnya. Harga ladang keladi mawar sekitar RM3.50 - RM4.00 sekilogram diimana ia menjadi mahal dipasaran runcit.

(1) Keladi Cina
Keladi cina (
Colocasia esculenta) adalah salah satu jenis keladi yang sangat sejak dulu dipercayai dan popular di tanam oleh petani kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Ini kerana semasa perayaan Tahun Baru Cina adalah waktu rezeki kepada pengusaha keladi cina kerana masa ini harga keladi naik mendadak sehingga RM9 hingga RM 12.50 sekilogram untuk dijadikan makanan seperti kuih tradisional mereka. Keladi ini dilaporkan memang sangat digemari oleh pengguna tempatan di Malaysia kerana faktor keenakannya dengan dan ia selalu disediakan melalui pelbagai resepi dihasilkan seperti kerepek keladi, bubur keladi, kuih keladi dan sebagainya. Mudah dibeli dipasaraya, pasar basah dan juga gerai-gerai tepi jalan yang berhampiran dengan kawasan penanaman jkeladi cina. 
Keladi mawar yang dijaga baik boleh di tuai selepas 6.5 - 7 bulan selepas ditanam. Kelewatan dalam menuai atau dituai selepas 7 bulan akan menyebabkan kualiti buah menurun dimana kejadian buah terlalu matang akan menyebabkan keladi tersebut menjadi keras.


(2) Keladi Mawar
Keladi Mawar (
Colocasia esculenta) merupakan jenis keladi yang semakin popular dikalangan petani dan pengguna. Ini kerana ia bersaiz besar, agak tahan lama selepas dipetik dan enak untuk dijadikan keladi goreng, rebus atau dibuat kerepek. Ia seakan sama dengan Keladi Cina sekali pandang cuma berlainan sedikit pokoknya. Keldi ini mampu mencapat berat 2.5 kg sebiji bergantung kepada jeis tanam dan amalan agronmi yang dilakukan di tanah gambut. Benih keladi mawar diantara jenis keladi yng gk sukar untuk mendapatkannya dengan kuantiti yang banyak. Petani yang banyak menanam keladi mawar dari apa yang penulis blog pernah membuat tinjauan adalah di Johor, Melaka dan Selangor. Kawasan tanah gambut selelunya dipilih sebagai sesuai untuk penanaman kelado mawar ini. Bagaimana pun ada kalangan petani Cina yang telah menanam keladi mawar dikawasan tanah mineral semasa tinjauan dilakukan di Pahang.

(3) Keladi Minyak
Keladi Minyak (Colocasia esculenta) juga menupakan jenis keladi yang popular ditanam dan dijual di negara kita. Keladi Minyak diberikan nama berkemungkinan ciri daunnya yang kelihatan berkiat seakan ada minyak. Apa pun m
emeandangkan sejak dulu dimana pemintaan terhadap keladi minyak adalah tinggi maka tidak hairanlah jika sekilo keladi mentah sekarang berharga sampai RM 5.00 hungga RM 8.00 sekilo dipasaran dan apabila diproses menjadi snek keripik keladi berharga sampai RM 12.00 hingga RM18.00 sekilogram. Kerepik keladi minyak diantara kerepik yang diminati kerana warna dan bentuk uratnya. Memang dilaporkan tanaman keladi minyak digemari oleh petani asalkan mampu untuk mendapatkan kuantiti benih yang banyak bagi penananam secara komersil. 
 
(4) Keladi Hitam
Keladi Hitam (Colocasia esculenta) memang berlainan diantara pokok yang menghasilkan umbisi yang boleh dimakan dengan pokok keladi hitam untuk tanaman hiasan. Perbezaan ketara pada jenis ini dimana batangnya agak berwarna kehitaman dari pangkal pokok (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog sering juga melihat keladi hitam ditanam dengan skala agak luas di Johor dan Sarawak. Daripada pemerhatian penulis blog mendapati dimana keladi hitam ini mempunyai warna batang yang sedikit gelap. Ia juga dilihat mempunyai saiz ubi yang sederhana besar dan kebiasaannya di masak bersama batangnya sekali. Biasanya bahagian batangnya juga boleh dimakan dan boleh diolah sebagai masak lemak ataupun dijadikan makanan sebagai masakan singgang batang keladi. Penulis blog suka dengan makanan ini dimana ianya memang sungguh menyelerakan. 
Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KELADI ... BANYAK JENISNYA...
TANAH GEMBUR... SESUAI LOKASINYA...
KELADI MAWAR... KELADI MAWAR JUGA...
MUDAH DITANAM... HASILNYA BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2118, Pullman Waterfront Miri Hotel,
Miri, Sarawak,
Malaysia.
(27 Syaaban 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...