Support My Blog

Tuesday, November 30, 2021

MINUMAN JUS BATANG PISANG

JUS DARI BATANG PISANG?
. Pasti bunyinya agak pelik bagi sesiapa yang kali pertama mendengarnya. Pokok pisang terdiri daripada beberapa komponen semasa pertumbuhannya dimana komponen ini mempunyai fungsi yang berlainan. Komponen pertama adalah akar pokok pisang yang terdiri daripada akar serabut yang berada didalam tanah. Fungsinya adalah untuk mempastikan pokok pisang berdiri teguh diatas permukaan tanah dimana akar memegang kuat sehingga pokok tidak tumbang. Akar juga berfungsi sebagai organ yang menyerap nutrien dan air untuk proses fotosintesis pada daunnya. Komponen kedua adalah batang pisang yang merupakan jenis pseudostem dimana mengandungi banyak air didalamnya. Batang pisang pula mengandungi bahagian tengah yang dipanggil 'empulur' yang selalu dimakan didalam penyediaan gulai batang pisang dengan daging. Kulit luar batang pisang ada yang diproses menjadi kerepik kulit batang pisang. Daun pisang pula berada dibahagian atas pokok dengan berwarna hijau yang menjalankan proses fotosintesis setelah mendapat nutrien, air, cahaya matahari dan oksijen. Daun pisang meluas digunakan sebagai pembungkus makanan seperti nasi lemak, pembungkus kuih mueh dan sebagainya. Jantung Pisang (banana flower) pula memang enak dimakan sebagai ulaman dan bunganya yang boleh dikeringkan untuk ramuan sayuran. Buah pisang merupakan hasil terpenting pada pokok pisang sama ada untuk dimakan segar atau diproses menjadi makanan lain. Kegunaan buah pisang yang berkhasiat memang telah diketahui kerana ia mengandungi banyak tenaga dan mineral serta vitamin sehinggakan para ahli sukan akan makan buah pisang semasa perlawanan berlangsung. Bagaimana pun artikel kali ini agak berlainan kerana akan diketengahkan 'jus batang pisang' yang jarang didapati dalam mana-mana penulisan di Malaysia. Artikel petang Isnin ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kepentingan jus batang pisang dan manafaatnya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Penulis blog agak lama juga untuk berfikir bagaimana untuk mencari kaedah terbaik dalam mendapatkan jus dari batang pisang sebelum menulis artikel ini. Pokok pisang mempunyai batang yang lembut dan didalamnya menang ada banyak air. Bagaimana pun air tersebut agak sukar untuk dikumpulkan secara semulajadi atau tulen jika menebuk batangnya begitu sahaja. Oleh itu perlu ada cara menyediakan jus batang pisang secara lebih praktikal. Rupa-rupanya dalam beberpa jurnal dan laporan kajian ada beberapa kaedah mendapatkan jus batang pisang. Penulis blog mendapati antara kaedah paling mudah dan praktikan menyediakan jus batang pisang adalah dengan mengambil batang pisang segar dan dipotong mengikut kesesuaian sebelumdirendam di
dalam air selama satu jam untuk melembutkannya. Keratan batang pisang tersebut kemudian dihancurkan sehingga lumat dengan cara mengisarnya didalam mesin pengisar (blender). Kisar sehingga halus dan kemudian ia perlu ditapis airnya dengan menggunakan saringan atau penapis yang sangat halus. Tadah titisan jus batang pisang didalam bekas atau gelas dimana akan dilihat cecair yang berwarna pucat agak kekuningan atau kelam didalam gelas. Warna jus ini biasanya bergantung kepada varieti batang pisang digunakan dan juga jika berlaku proses oksidasi akibat ianya agak lama terdedah diudara. Pastikan cecair jus ini dipisahkan dari seratnya semasa menyaring. Cara mudah meminumnya adalah dengan menambah perahan limau nipis dan tambah sedikit gula serta garam makan untuk menambah citarasanya diminum secara tradisional. Ia boleh dimium terus begitu sahaja atau ada yang suka memasukkan kedala peti sejuk didinginkan untuk rasa lebih lazat. Bagaimana pun terdaat banyak resepi disediakan didalam menjadikan jus batang pisang sebagai air minuman menarik diujirasa. Antaranya jus batang pisang dicampur mentega, susu, coklat, perisa buah-buahan dan banyak lagi kombinasi. 

Diberitakan dimana batang pokok pisang juga boleh ianya digunakan sebagai ramuan ubat semulajadi untuk merawat atau mencegah beberapa penyakit berbahaya seperti penyakit batu dalam buah pinggang (ginjal), mengawal tekanan darah, mengubati masaalah gastrik dan dilaporkan mampu untuk penurunan berat badan. Terdapat produk komersil jus batang pisang di keluarkan di India yang dibungkus didalam tetrapack sama seperti minuman kesihatan lain (Sila lihat foto di sebelah). Penulis blog sehingga kini masih belum lagi menjumpai produk seumpamanya dipasaran runcit di Malaysia. Jus batang pisang ini dilaporkan mampu melakukan detoksifikasi (detox) dan pencernaan serta membantu untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Ia juga adalah sejanis cecair asli yang sangat efektif untuk membersihkan sistem pencernaan yang selalunya menyebabkan punca penyakit. Apa yang penting juga dilaporkan ju ini akan membantu melancarkan proses buang air besar kerana ada bahan serat yang  mana ia baik untuk usus manusia. Di negara jiran dilaporkan jus batang pisang yang dicampur dengan biji buah keras atau kapulaga akan melancarkan kencing dan juga mencegah penyakit buah pinggang pengamalnya. Kegunaan lain jus ini adalah dimana ia boleh diminum dengan campuran air limau nipis dimana didakwa mencegah pembentukkan batu karang pada ginjal. Cara ini juga membantu menghilangkan rasa sakit dan ketidakselesaan yang disebabkan masaalah saluran kencing. Jus batang pisang yang mengandungi serat juga membantu melambatkan pelepasan gula dan lemak dalam sel-sel tubuh manusia. Ia seterusnya didakwa kan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan kandungan kalorinya juga tidak akan membuat berat badan menjadi obesiti. Dilaporkan juga dimana jus batang pisang akan membantu mengawal kolesterol dan tekanan darah. Ini kerana ia kaya dengan vitamin B6 dan zat besi (Fe) yang dapat meningkatkan jumlah hemglobin dalam darah. Selain itu juga didakwa minuman ini juga yang kaya dengan Kalium (K) adalah amat berkesan mengawal kolesterol dan tekanan darah tinggi. Jus ini juga menyembuhkan masaalah gastrik kepada pengidapnya. Ia akan menyeimbangkan kadar kandungan asid didalam perut pesakit dengan menghilangkan rasa pedih perut atau rasa terbakar. Jus batang pisang dilaporkan meraway anemia (kekurangan sel darah merah).

Kalangan mereka yang mengamalkan minum jus batang pisang secara rutin kerana dibeberapa negaraAsia seperti di 
India, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand memang dilaporkan batang dan bunga pisang boleh dimasak dan akan dimakan. Gulai daging batang pisang merupakan resepi yang sangat popular dibeberapa negeri utara Semenanjung Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Batang pokok pisang hasil kajian makmal dilaporkan mengandungi banyak nutrisi seperti tanin, gula, vitamin A, vitamin B, vitamin C, saponin, kalium, serotonin, hidrokitiptamin dan neropinefrin. Beberapa laporan menyatakan di USA jus ini dijual dengan harga mahal. Dari laporan tersebut dinyatakan jus batang pisang pernah dijual di Hornbill Asian Market, USA pada harga USD5.95 (RM25.20) sekilogram yang mana harga tersebut hampir menyamai denga sekilo daging lembu segar. Kalangan pengguna di USA dilaporkan memang sudah mempercayai dari dulu jika batang pisang boleh dijadikan sebagai ubat ramuan yang mampu untuk merawat pelbagai penyakit berbahaya hingga boleh dijadikan minuman atau makanan yang lazat. Mereka tahu dengan dakwaan jus batang pisang mampu mengeluarkan racun atau toksin yang ada pada tubuh dan juga mampu untuk membersihkan sistem pencernaan. Jus ini juga disahkan memang boleh membantu memlancarkan buang air besar kesan kandungan bahan serat baik untuk usus manusia. Ada kemungkinan jika ada pengusaha tempatan yang membaca artikel ini untuk menjadikan bisnes membuat jus batang pisang sebagai satu sumber pendapatan baru di Malaysia. Batang pisang memang banyak tredapat di Malaysia dan lazimnya tidak digunakan secara optima. Pihak tertentu seperti MARDI dan Universiti boleh melakukan penyelidikan mengenai bagaimana untuk mendapatkan jua batang pisang secara komersil, menentukan varieti pisang terbaik, umur pokok pisang dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pemnava blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BATANG PISANG... DIBUANG SAHAJA...
DI PERAH JUSNYA... ADA KHASIATNYA...
DICAMPUR PERISA... ENAK RASANYA...
PENYEMBUH PENYAKIT... KENA CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Rabiulakhir 1443H).

Monday, November 29, 2021

CACING HELICOBACTER DALAM PISANG - VIRAL!!!

CACING HELICOBAKTER
dalam pisang telah menjadi satu berita viral di Malaysia dan sebahagian dunia pada beberapa media yang mana ia dilaporkan pada 10 November 2021 setelah ada paparan video mengenainya didalam internet. Bagaimana pun dari Putrajaya Jabatan Pertanian Malaysia telah menegaskan klip video yang tular berkaitan penemuan cacing 'Helikopter' atau 'Helicobacter' adalah tidak benar dan mengandungi maklumat diragui. Ketua Pengarah Pertanian iaitu Datuk Zahimi Hassan juga berkata Helicobacter adalah sejenis bakteria dan bukan daripada kumpulan serangga atau ulat serangga seperti ditularkan didalam video tersebut. Jabatan Pertanian juga dakwa dimana pihaknya tiada menerima aduan atau laporan berkenaan serangan bakteria yang berlaku kepada tanaman pisang di negara ini. Beliau sarankan agar pengguna jangan bimbang atau ragu-ragu kerana Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Pertanian dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan sentiasa memastikan hasil dan produk pertanian dari sumber dalam dan luar negara selamat untuk dimakan. Dinyatakan dimana kini semuanya bebas daripada perosak dan penyakit yang mendatangkan kemudaratan kepada pengguna serta alam sekitar melalui satu kenyataan media. Berdasarkan kenyataan Abu Dhabi Agriculture and Food Safety Authority (ADAFSA) melalui Twitter pada 1 November 2021 di mana ada video yang tular didapati berasal daripada sumber tidak sahih. Dila[orkan dimana isu tersebut juga adalah di luar kebiasaan bagi cacing melengkapkan kitaran hidupnya dalam pisang sehingga menjadi saiz yang ditunjukkan dalam video berkenaan. Bila penulis blog tonton video tersebut di youtube dengan membuat pautan pada 
https://www.youtube.com/watch?v=8yolzAhVR1g memang jelas penerangan yang diberikan. Dijelaskan dimana spesis cacing Helicobacter polyri merupakan patogen yang tidak pun ia mengancam didalam perut manusia. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa laporan viral mengenai isu cacing helicobacter didalam buah pisang dari Somalia yang di eksport ke Iran dan mengegarkan industri pisang dunia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dalam salah satu laporan portal berita thequint.com/news bertajuk '
Poisonous Bananas Imported From Somalia? No, Viral Video Is Misleading' memang menarik dirujuk. Berikut adalah laporan berita tersebut (dalam bahasa Inggeris) tulisan asal dari portal berita tersebut untuk dikongsikan. 'A video showing a person dissecting a banana and showing worms coming out of the fruit has gone viral on social media with a claim that they were recently imported from Somalia. The claim goes on to say that the worm is called helicobacter and it can cause brain death 12 hours after its consumption. However, we found that the claim is fabricated. India does not import bananas from Somalia and is, in fact, one of the largest producers of the fruit in the world. Secondly, helicobacter is not a worm but a bacteria which is not visible to naked eye. The message going viral with the video states, "Recently, 500 tons of bananas from Somalia arrived in the markets, which contain a worm called Helicobacter that releases poisonous bananas in the stomach, which then shows the following symptoms (diarrhoea, vomiting, nausea, headache) and after 12 hours the person will die from brain death. Please refrain from buying and eating bananas these days, or if you do buy, be sure to open them inside. Watch the video." We found the same claim being shared by several users on Twitter and Facebook, archives of some can be found in the youtube'. Memang pembaca blog ini akan faham apa yang diperkatakan dalam berita ini. Video tersebut mudah saha diakses dari youtube.

Portal berita utusan.com.my dengan berita bertajuk 'Tiada aduan kes cacing helikopter dalam pisang' juga menarik dikongsikan sama. Berita dari Putrajaya menyatakan dimana Jabatan Pertanian Malaysia menafikan keras rakaman video yang tular menerusi media sosial mengenai isu kewujudan cacing jenis helikopter atau helicobacter dalam pisang. Malah menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zahimi Hassan, maklumat yang dipaparkan dalam hantaran ditularkan itu juga tidak benar dengan informasi didapati tidak sahih selain ianya diragui.  “Sehingga kini, tiada aduan dan laporan mengenai kes serangan helicobacter pada tanaman pisang di Malaysia yang diterima oleh pihak jabatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.  Beliau turut menjelaskan bahawa helicobacter merupakan sejenis bakteria dan bukan dari kumpulan serangga atau ulat seperti dilaporkan dalam video berdurasi satu minit 29 saat itu. Apa pun berdasarkan rekod luar negara, rakaman yang tular itu juga didapati berasal dari sumber tidak sahih kerana adalah tidak normal untuk cacing menyempurnakan kitaran hidup dalam pisang. Ia turut diakui Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan dan Pertanian Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu menerusi ciapan di akaun sosial rasmi Twitter agensi itu pada 1 November 2021 lalu. “Justeru memang agak luar kebiasaan bagi seekor cacing mampu untuk ianya dapat melengkapkan satu pusingan hidup dalam buah pisang sehingga saiz ditunjukkan melalui video itu,” jelas Zahimi.  Sehubungan itu beliau menasihatkan para pengguna di negara ini supaya tidak perlu berasa takut atau ragu-ragu terhadap hasil produk pertanian dari sumber dalam serta luar negara. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui jabatan berkenaan dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan sentiasa memastikan hasil tani di pasaran domestik kekal selamat. Produk yang dijual di seluruh negara turut dijamin boleh dimakan dan bebas daripada makhluk perosak atau penyakit mendatangkan kemudaratan kepada pengguna serta alam sekitar.  Berdasarkan rekod jabatan itu pada sepanjang tahun 2020 lalu, Malaysia mengeluarkan 325,447 tan metrik pisang dengan nilai RM579,295,000 daripada kawasan berkeluasan 26,000 hektar. Pisang dipercayai tumbuh wujud lebih 10,000 tahun dahulu di rantau Asia Tenggara sebelum tanaman ini tersebar ke seluruh dunia khususnya negara yang beriklim tropika dan lembab. Buah yang penuh dengan pelbagai khasiat semula jadi itu ketika ini dianggarkan berjumlah 153 juta tan metrik dikeluarkan setiap tahun dengan India dan China menguasai pasaran.

Industri pisang merupakan salah satu industri buah-buahan tropika yang amat penting dalam dunia perindustrian sektor pertanian. FAO melaporkan dimana kira-kira 15% pengeluaran pisang global menuju ke eksport akan memasukkin siste perdagangan antarabangsa untuk penggunaan di negara-negara barat dan eropah ke USA. Beberapa negara menjadikan buah pisang sebagai komoditi eksport penting antaranya dimana jumlah pengeluaran pisang dunia lebih dari 150 juta tan yang mana  dipimpin oleh India dan China dengan jumlah gabungan (hanya untuk pisang) sebanyak 28% daripada jumlah untuk pengeluaran global. Pengeluar utama lain adalah Filipina, Ecuador, Indonesia dan Brazil yang bersama-sama untuk menyumbang 20% ​​daripada jumlah pisang dan pisang dunia. Bagaimana pun seperti yang dilaporkan pada tahun 2020 dimana jumlah eksport dunia adalah 14.155 juta mt dimana negara pengeksport pisang terbesar adalah Equador (3.99 juta mt) dengan menguasai 28% jumlah pasaran eksport. Ini diikuti dari negara Fiipina dengan sebanyak 3.95 juta metrik tan pisang dengan jenama Dole dan Del Monte yang banyak ada ditanam di wilayah Mindanao. Penulis blog sempat ke ladang mereka pada tahun 2019 dulu. Bagaimana pun pasaran eksport pisang segar dari Filipina pada tahun 2020 adalah Jepun (USD764 juta), China (USD623 juta), Korea Selatan (USD225) dan Arab Saudi (USD76.5 juta). Di negara kita Malaysia dilaporkan dimana pada tahun 2020 seluas 26,274 hektar tanaman pisang ditanam dan menghasilkan sebanyak 370,060 metrik tan buah pisang untuk pasaran domestik dan hanya peratus kecil dieksport terutama ke Singapura, Burnei dan beberapa negara lain (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2020). Negeri Johor merupakan negeri paling luas (7,612 ha) menanam pisang diikuti dengan Sabah (3,720 ha) dan Pahang (2,541 ha). Bagaimana pun sebahagian besar daripada pisang tersebut adalah jenis pisang segar dan selebihnya pisang goreng. Isu viral cacing helicobakter didalam buah pisang dilihat tidak menjejaskan penanam pisang di Malaysia. Kemyataan Jabatan Pertanian Malaysia mengenai video viral ini dipuji demi kelangsungan industri pisang negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
VIDEO VIRAL... GEMPARKAN DUNIA...
CACING DALAM PISANG... KATANYA...
DISANGKAL  PAKAR... PALSU CERITA...
KEPADA SEMUA... PASTIKAN FAKTA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rabiulakhir 1443H).

Sunday, November 28, 2021

JERUSALEM ARTICHOKE - KENALI DIA?

JERUSALEM ARTICHOKE
(Helianthus tuberosus) adalah 
merupakan sejenis tumbuhan yang juga dipanggil sebagai sunroot, sunchoke, topinambur, wild sunflower atau earth apple adalah spesies bunga matahari berasal dari tengah benua Amerika Utara. Ia dilaporkan ada ditanam secara meluas di seluruh zon iklim sederhana untuk bertujuan bagi mendapatkan umbinya yang digunakan sebagai sayur (Sila lihat foto diatas). Rakyat dan petani di Malaysia ramai yang belum pernah mekihat tumbuhan ini ditanam secara komersil dimana akan tetapi ia mungkin ada ditanam di pusat-pusat penyelidikan. Dalam habitat semulajadi tumbuhan ini yang lasak dikategorikan sebagai rumpai. Penulis blog sempat melihat bagaimana penanaman untuk kajian lanjut dibuat oleh pihak Felda baru-baru ini. Dilaporkan dimana tumbuhan  Helianthus atau bunga matahari ialah genus tumbuhan yang terdiri daripada lebih kurang 70 spesis dalam keluarga iaitu Asteraceae yang asalnya dari Amerika Utara kecuali ada tiga spesis dari Amerika Selatan. Nama lazim biasa yang selelu dijadikan tumbuhan arnamental sebagai "bunga matahari" jdan popular adalah Helianthus annuus. Saya ada menulis mengenai bunga matahari dalam blog ini dan untuk pautan (Sila klik disini). Walau pun namanya macam nama sebuah bandari di Bandar Jerusalem akan tetapi ia bukan berasal dari negara tersebut. Botani tumbuhan ini jenis herba saka tumbuh setinggi 1.5 - 3.0 meter dengan mempunyai daun yang akan tumbuh setentang di bahagian atas batang tetapi berselang seli di bawah; Daunnya mempunyai tekstur kasar dan berbulu. Daun yang lebih besar pada batang bawah adalah ovoid-akut lebar dan boleh mencapai 30 cm panjang. Daun yang lebih tinggi pada batang lebih kecil dan lebih sempit. Pokok ini mengeluarkan bunga dibahagian hujung pokok terkumpul berjambak banyak berwarna kuning dengan ukuran diameter 5 -10 cm dengan selalunya ada 10 - 20 kuntum anak bunga segugus. Dilaporkan dimana antara kegunaan dari tumbuhan ini adalah dijadikan sebagai sumber makanan kesihatan (health food). Bahagian umbi pokok boleh dimasak secara digoreng, dipanggang atau dijadikan inti pai dengan cara sama seperti kentang tetapi umbi nya lebih boleh dimakan mentah termasuk dalam salad. Umbinya juga didakwa boleh dimasak dalam menjadi pai atau dijerukkan. Apa pun dilaporkan umbi pokok ini menyimpan karbohidratnya sebagai inulin yang tidak kanji seperti yang biasa ada pada tumbuhan-tumbuhan lain. Tumbuhan ini merupakan sumber penting inulin yang digunakan sebagai bahan serabut dalam industri makanan. Artikel malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan untuk pembaca mengenali tumbuah Jerusalem Artichoke sebagai tumbuhan potensi untuk dimajukan di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam pada itu merujuk kepada beberapa jurnal dilaporkan 
Jerusalem Artichoke merupakan sejenis tumbuhan yang istimewa kerana ia hanya boleh didapati di Amerika Syarikat. Jerusalem Artichoke adalah akar sejenis 'Bunga Daisy' yang berasal dari kawasan timur Amerika Utara akan tetapi hanya boleh dapat di Canada, North Dakota, Florida dan Texas. ‘Jerusalem Artichoke’ ini tidak ada kaitan dengan Jerusalem dan bukan sejenis artichoke tetapi ia adalah sejenis daripada bunga Daisy. Menariknya ialah ia adalah dari spesis bunga matahari dan boleh dimakan mentah atau dimasak. Walau pun ia sekali pandang nampak macam rizom halia cuma saiznya kecil sedikit dimana ia kaya dengan serat dan tinggi kandungan dua jenis mineral iaitu kalium (K) dan magnesium (Mg) serta mengandungi sumber terbaik inulin. Inulin adalah sejenis kanji yang membantu memastikan kandungan gula dalam darah stabil. Makanan yang kaya ini dengan bahan Inulin bermanfaat untuk individu yang mana  mempunyai penyakit kencing manis. Dilaporkan bagi tujuan penghasilan produk makanan kesihatam tanaman Jerusalem Artichoke mesti dihasilkan secara organik dimana ia dijaga mengikut amalan organik tanpa menggunakan bahan kimia. Cara penanaman bahan adalah seperti kaedah penanaman ubi yang mana pokoknya akan tumbuh keatas. Jerusalem artichoke tumbuh dengan baik di tanah pH yang neutral dengan tekstur tanah gembur. Tumbuhan ini memerlukan banyak sinaran matahari untuk tumbuh dengan baik. Umbinya mempunyai rasa dan tekstur yang sama seperti kentang tetapi mengandungi kebaikan kesihatan yang lebih banyak jika ia hendak dibanding kentang. Jerusalem Artichoke juga didakwa adalah sebagai makanan sihat kerana kaya dengan inulin. Bahan ini juga mengandungi protein serta tidak mengandungi kandungan minyak dan kandungan kanji yang rendah. Banyak laporan media ada menyatakan dimana Jerusalem Artichoke sangat digalakkan untuk dimakan oleh individu yang menghidapi penyakit diabetis tahap 2 disebabkan ada bahan kandungan fruktosa yang terdapat dalamnya yang boleh diterima oleh badan. Antara resepi makanan sihat pumbi ini adalah dengan memanggangnya sahaja. Dilaporkan walaupun umbi ini mempunyai sedikit rasa manis kerana mengandungi fructosa namun ianya tidak akan memberikan kesan kepada pesakit diabetes. 

Tumbuhan ini memang dilihat senang t
umbuh di Malaysia hasil pemerhatian yang saya lihat diperingkat kajian lagi. Ia mudah tumbuh dalam banyak jenis tanah dan kurang masaalah gangguan penyakit dan perosak. Penanaman dengan kaedah biji perlukan masa selama 2 tahun untuk berhasil. bagaimana pun penanaman menggunakan benih dari umbisi yang mempunyai tunas yang juga boleh dibelah menjadi beberapa anakbenih yang bertunas. Teknik ini kini dilaporkan boleh mengutip hasil dalam masa 3 bulan selepas ditanam. Dilihat dimana penanaman ubi ini mampu tumbuh dalam keadaan iklim dan tanah yang kurang subur  dengan sedikit nutrien dengan perlu penjagaan minima. Bagaimana pun aspek seperti kesuburan tanah, pengairan, pembajaan dan pendebungaan menjadi faktur penentu produktiviti umbi yang dihasilkan. Pastikan kawasan tanaman mempunyai saliran baik dan mengelakan berlaku kejadian air bertakung kerana umbisi akan menjadi busuk jika terendam. Pengairan air terutama dimusim kemarau mampu membantu didalam pengeluaran bunga dan peningkatan produktiviti umbi yang maksima. Walau pun tanaman  Artichoke Jerusalem berfungsi dengan baik di iklim sederhana kajian mendapati dimana ia baik dikawasan tropika dan mengeluarkan umbisinya. Dinegara temperate dimana walaupun suhu bahagian luarannya ditutup dengan salji tetapi umbinya akan dapat bertahan suhu yang sangat rendah hingga -15º Celsius. Sebelum menanam disyorkan menyembur racun pracambah diatas batas tanaman. Pembarian baja organik dan baja kimia mampu meningkatkan produktiviti. Pastikan jarak tanaman yang sesuai dan mendapat cahaya matahari yang maksima kerana jika tumbuhan ini tidak mempunyai cukup ruang, maka berbunga tidak akan produktif. Tumbuhan ini mencapai tahap ketinggian hingga 2 meter pada tahap pokok matang dengan mempunyai jenis batangnya keras, daunnya berbentuk bujur dan bergigi. Hasil umbinya lazimnya akan berwarna putih, ungu, atau merah dengan panjangnya antara 7 - 10 cm dan ukuran lebar 3 - 5 cm. Apabila matang ia akan menghasilkan bunga yang cantik dengan warna kuning yang sangat jelas iaitu dalam bentuk sejambak yang seakan-akan bunga matahari (sulflower atau bunga aster yang popular). Di negara temperate lazimnya akan berlaku pada musim gugur. Ia merupakan jenis rumpai yang mampu membiak dengan cepat di kawasan belukar dan disyorkan hanya menenam dikawasan kecik untuk mudah mengawalnya. Tumbuhan ini dilaporkan mempunyai sifat diuretik, afrodisiak dan sebagai tonik yang hebat dan digunakan dalam rawatan diabetes dan rheumatik.

Beberapa laporan kajian nutrisi yang dijalankan mendapati dimana produk umbisi Jerusalem artichoke ini memang mempunyai kandungan kalori rendah. Dilaporkan dimana bagi setiap 100 gram yang dimakan terdapat sekitar 30 kcal akan tetapi sesiapa yang memakannya akan mempunyai rasa kesan sangat mengenyangkan kerana kandungan serat yang tinggi. Kandungan serat berkali-kali lebih tinggi daripada ubi kentangkerana umbi artichoke ada 12.1 gm sedangan didalam kentang hanya mengandungi 2.1 g bagi setiap 100 gram. Artichoke Jerusalem mengandungi serat inulin iaitu unsur yang tidak dapat dicerna oleh organisma manusia. Inulin mempunyai kesan positif pada pencernaan akan tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti perut kembung atau cirit-birit. Umbinya juga diaporkan mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan Niasin. serta mengandungi mineral zat besi (Fe), kalium (K) dan kalsium (Ca) yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kentang. Dilaproan didlan ujiras dimana rasa ubi jerusalem artichoke ini adalah sedikit manis hingga manis dan ianya seakan untuk mengingatkan makanan chestnut. Umbinya juga dilaporkan sesui untuk dimakan mentah tidak seperti kentang. Bagaimana umbi yang dipanggang dan dibubuh sedikit perisa memang paling enak dimkn semasa suam panas (Sila lihat foto disebelah)
Rasa manis umbi ini yang diuji adalah lebih kuat dengan ubi Jerusalem artichoke masak atau panggang. Umbi mentah rangup dan mempunyai rasa sedikit bersahaja. Makanan ini dilaporkan sesuai untuk dimakan akan tetapi dilaporkan ia boleh menyebabkan masalah pencernaan pada orang yang sensitif. Untuk mengelakkan perubahan warna ubi yang dikupas mentah maka ia boleh dimasukkan ke dalam air lemon dimana bahagian kulitnya lebih senang ditanggalkan ketika dikisar. Waktu memasak di dalam ketuhar secara keseluruhan adalah umbi sekitar 30 - 45 minit atau juga boleh di rebus dalam air kira-kira 10 minit (potong kiub dalam sedikit air). Umbi ini ada yang menggoreng dalam hidangan iaitu bekkeping-keping selam 5 - 7 minit. Produk ini juga sesuai untuk digabungkan dengan baik dengan ramuan herba seperti pasli, tarragon, marjoram atau pudina. Rempah-rempah lain seperto buah pala, mustard dan lobak merah memang ianya menggariskan rasanya yang sedap. Apa pun ringkasnya cara menyediakan makanan dari jerusalmu artichoke ini termasuk penggunaan jerusalem artichoke yang diparut atau parut dalam salad (mentah), juga boleh dimasukkan hirisn didalam sup, Dalam sup atau sos dan ada kalanya ia digunakan sbagai pengganti makanan sebagai sejenis hidangan keluarga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

JERUSALEM ARTICHOKE.. APA BENDA...
POKOK BERASAL... AMERIKA UTARA....
SUBUR DIKAJI TANAM.. DI MALAYSIA...
BANYAK KHASIAT..SENANG TANAMNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
FCAV Guest House,
Ladang Felda Chuping,
Chuping, Perlis,
Malaysia. 
(20 Rabiulakhir 1443H).

Friday, November 26, 2021

BATANG PISANG - INFO KEGUNAANNYA (Part 2)

BATANG PISANG (Musa spp) merupakan diantara bahagian komponen pokok pisang yang selalu ditebang semasa menuai dan kemudian dibiarkan begitu sahaja di kebun. Penulis blog yang banyak membuat tinjauan dikebun pisang mendapati batang pisang yang mana mengandungi banyak air memang lambat proses mereput dan tidak boleh dibakar macam batang pokok kayu. Tidak seperti buah pisang dan daun pisang yang selalu diambil sebagai hasil dari pokok pisang, batang pisang sering dicincang dan dibiarkan dikebun. Buah pisang yang di tuai dengan tandannya akan di pilih apabila telah cukup matang untuk dimakan atau dijual. Biasanya daun pisang digunalan sebagai pembalut atau pelapik makanan yang menambah aroma keenakkan makanan tersebut. Makanan masi lemak diantara yang sering menggunakan daun pisang untuk menambah keenakannya. Makanan seperti ikan bakar memang lebih enak jika dibalut dengan daun pisang didalam foil aluminium. Beberapa jenis kuih tradisional juga dibalut dengan daun pisang seperti kuih koci, pais ikan, naga sari, pulut panggang, kuih talam dan sebagainya. Sebenarnya batang pisang banyak guna antaranya untuk dijadikan makanan ternakan, di buat kerepek, media untuk tanaman keliling rumah, bahan untuk mencuci pinggan mangkuk dan juga bahan sungkupan pelembab tanah. Kepada mereka yang tinggal dibandar atau dikampung yang berminat dengan aktiviti menanam sayur keliling rumah boleh menggunakan batang pisang sebagai media tanaman. Batang pisang yang lembab dan lambat mereput dimana ini membolehkan ia dibuat lubang dan ditanam dengan sayuran berbatang lembut seperti sawi, kailan, kangkung, bayam dan seumpamanya. Tanaman jenis berkayu tidak sesuai kerana tekstur batang pisang yang rapuh. Makanan ternakan dari batang pisang merupakan satu amalan dikalangan penternak ruminan dengan memotong kecil-kecil. Batang pisang ini didakwa apabila dimakan akan memperbaiki sistem pencernaan dan menurunkan haba badan haiwan ternakan. Ada kalangan penternak akan menambah dengan bahan lain yang berkhasiat kedalam makanan batang pisang ini. Artikel pada subuh ini dalam kedinginan pagi saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kegunaan dan khasiat batang pisang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Kegunaan batang pisang yang dilaporkan memberikan manfaat untuk kesihatan agak jarang dilaporkan. Bagaimana pun kini hasil berita viral dimana harga batang pisang telah meninggi dipasaran di negara jiran Indonesia apabila ia dilaporkan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Media Tempo.com menyatakan dimana batang pisang disebut di dunia kesihatan sebagai sumber antioksidan dan antidiabetik. Berikutan dari info tersebut dimana sudah ada usahawan mengumpul dan membeli batang pisang yang kemudiannya diproses menjadi produk kesihatan. Laporan itu mendakwa dimana batang pisang memang amat kaya serat (fiber) dimana ia didakwa mampu merawat masaalah batu ginjal. Dalam pada itu ada laporan dimana air pati dalam batang pisang menyerupai pati tepung sagu dan tepung tapioka dimana ini membolehkan kandungan zat yang cukup tinggi memungkinkan batang pisang dijadikan sebagai alternatif bahan makanan dengan diproses menjadi tepung yang kaya karbohidrat. Dalam kajian yang dilakukan oleh mahasiswa Universiti Muhammadiyah Surakarta yang berjudul “Mbogsang - Inovasi Mie Gedebog Pisang Kaya Serat dan Pencegah Batu dalam Ginjal” dimana batang pisang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan asas dalam pembuatan mee yang dinamakan sebagai 'Mibogsang'. Khasiatnya didalam membantuproses penyembuhan luka akibat luka terbakar dimana ekstrak batang pisang mengandungi tanin, saponin dan bahan flavonoid yang mempunyai peranan tersendiri dalam proses penyembuhan luka. Saponin memiliki aktiviti antiseptik yang membantu dalam proses penyembuhan luka. Flavonoid dari kumpulan bahan flavonol, flavon dan isoflavon didakwa memang mempunyai aktiviti antiinflamasi. Bahan Tanin pula merupakan zat polifenol dari golongan flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan kuat dan juga anti-inflamasi.  . Batang pisang boleh dijadikan sebagai adsorbent untuk menyerap logam manganese dalam air. Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan kadar kepekatan adsorbent pada nilai 0.5% pada waktu kontak rawatan selama 30, 60, 90 dan 120 minit secara berturut-turut mampu dalam menurunkan kadar logam manganese sekitar 2.1703; 2.5923; 3.1207 dan 3.5201 mg/L. Bagaimana pun kajian ini telah dijadikan bahan rujukan berguna dari batang pisang.


Dalam portal berita utusan.com.my melaporkan dimana 'Kertas dinding batang pisang jadi tarikan' dimana berita dari Johor Bahru ini menjadikan seorang usahawan produk eko-pertanian dari Kampung Sinaran Baru, Skudai, Johor Bahru telah berjaya menghasilkan inovasi kertas dinding daripada batang pisang. Dilaporkan apa yang lebih membanggakan dimana produk kertas dinding batang pisang ilham dan ciptaan pemilik Nature Renascent dikenali Asna Nabiha Aziz dimana dia telah berjaya menembusi pasaran di Amerika Syarikat (AS), Korea dan Jepun. Dia bersama pekerjanya melakukan sendiri proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) mencipta kertas dinding daripada batang pisang selepas mendapat inspirasi daripada lawatan eko pelancongan di sekitar negara ASEAN (Sila lihat foto disebelah). Dia mula menghasilkan kertas dinding daripada batang pisang menerusi R&D sendiri sebelum menemui kaedah terbaik bagi memastikan kertas dinding batang pisang ini bukan sahaja tahan lama malah berkualiti dan cantik. Selepas beberapa kali percubaan kini sudah berjaya menghasilkan kertas dinding batang pisang sejak malah sudah ditempah dan dibeli pelanggan dari AS, Korea dan Jepun. Aktiviti membuat dan menyiapkan tempahan pelanggan dijalankan selain bersedia untuk mereka memperkenalkan koleksi sulung kertas dinding batang pisang inovasi kami buat pertama kali kepada umum di Festival Kraf Johor. Asna menerusi Nature Renascent telah memulakan perniagaan menghasilkan produk eko-pertanian daripada bahan buangan dan sisa pertanian terbuang termasuk daun nanas, daun buluh dan terbaru batang pisang sejak 10 tahun lalu. Antara produk dikeluarkan termasuklah kertas nanas, benang dan fabrik daun nanas, kertas batang pisang, kotak tisu dan hantaran daripada batang pisang selain koleksi pelbagai jenis beg daripada fabrik nanas dan batang pisang dengan jenama Palmsy. Pproduk eko pertanian koleksi ‘Palmsy’ keluarannya berjaya memenangi Anugerah Produk Cemerlang di sebuah festival dan pameran produk peringkat antarabangsa di Korea Selatan. Dia bercadang untuk  memperluaskan pasaran produk eko-pertaniannya ke AS dengan bekerjasama dengan agensi pendanaan awam selepas menerima jemputan rakan sekutunya di sana, yang mahu memasarkan produknya secara komersial dan meluas.Dia juga akan membuka sebuah kilang tempahan khas di Johor Bahru bagi membolehkan pelanggan menempah produk eko pertanian yang dimahukan mereka bagi tujuan dipasarkan semula atau tempahan secara pukal daripada agensi atau orang ramai berminat.  Syarikatnya akan mengeluarkan pewarna semula jadi dihasilkan daripada bunga dan tumbuhan selain akan bekerjasama dengan seorang pereka fesyen terkenal di ibu negara bagi tujuan untuk menghasilkan koleksi pakaian daripada fabrik nanas.

Tanaman pisang merupakan tanaman buah tropika yang paling popular ditanam pada banyak negara. Pembaca blog mungkin apabila mendengar pokok pisang akan pasti yang ada terfikir makan bahagian buah pisang sahaja. Bagaimana pun sebenarnya selain buahnya, pisang sendiri memiliki beragam bahagian yang ternyata bermanfaat untuk kehidupan manusia. Antara bahagian tersebut adalah seperti daun pisang, jantung pisang dan juga batang pokok pisang. Artikel ini telah paparkan mengenai kehebatan batang pisang tetapi bab ini akan menjelaskan kehebatan batang pisang yang sangat rendah akan glikemik indeks untuk kesihatan. Didakwa dimana makanan ini baik untuk diambil bagi kumpulan mereka yang menderita diabetes karena tidak akan menyebabkan peningkatan atau lonjakan gula dalam darah yang tinggi. Ini kerana kandungan kalium (K) dan vitamin lainnya di dalam batang pisang didakwa mampu mengubati penyakit jangkitan saluran buah pinggang berikutan dakwaan ia mencegah gejalanya. Mungkin tidak ramai berani mencuba atau tertarik untuk membuat jus dari batang pisang. Sebaiknya pembaca jangan mengerutkan kening dahulu sebab jus dari batang pisang didakwa membantu membersihkan darah dalam badan. Didakwa diaman apabila mengambil jus batang pisang pada pagi hari didakwa keasidan dalam perung menurun. Dilaporkan selain jus ini mampu menurunkan tahap keasdian atau keasaman dalam perut ia juga amat baik untuk meningkatkan pergerakan usus. Batang pisang memang mempunyai kandungan serat tinggi dimana sesiapa yang meminum jus yang terbuat dari bahan ini bermanfaat untuk membuat perut selalu terasa kenyang dimana faktur ini yang baik menurunkan berat badan seseorang. Kepada sesiapa juga pembaca blog yang belum mencuba minuam ini boleh mencubanya. Artikel ini ditulis didalm dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anima gro technology kali ini. Wasallam!!!.
BATANG PISANG... DI BUANG SAHAJA...
KALAU DI PROSES... BANYAK GUNA...
MAKANAN ENAK... GULAI KAWAHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TAHUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Medan Indah ,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1443H).
Posted from:
Felda Chuping,
Chuping, Perlis.

Thursday, November 25, 2021

BATANG PISANG - INFO KEGUNAANNYA (Part 1)

BATANG PISANG (Musa spp) merupakan diantara komponen pokok pisang yang selalunya ditebang untuk menuai dan ianya kemudian dibiarkan begitu sahaja di kebun. Penulis blog yang banyak membuat tinjauan dikebun pisang mendapati batang pisang yang mana mengandungi banyak air iNi memang lambat proses mereput dan tidak boleh dibakar macam batang pokok kayu. Tidak seperti buah pisang dan daun pisang yang selalu diambil sebagai hasil dari pokok pisang, batang pisang sering dicincang dan dibiarkan dikebun. Buah pisang yang di tuai dengan tandannya akan di pilih apabila telah cukup matang untuk dimakan atau dijual. Biasanya daun pisang digunalan sebagai pembalut atau pelapik makanan yang menambah aroma keenakkan makanan tersebut. Makanan masi lemak diantara yang sering menggunakan daun pisang untuk menambah keenakannya. Makanan seperti ikan bakar memang lebih enak jika dibalut dengan daun pisang didalam foil aluminium. Beberapa jenis kuih tradisional juga dibalut dengan daun pisang seperti kuih koci, pais ikan, naga sari, pulut panggang, kuih talam dan sebagainya. Sebenarnya batang pisang banyak guna antaranya untuk dijadikan makanan ternakan, di buat kerepek, media untuk tanaman keliling rumah, bahan untuk mencuci pinggan mangkuk dan juga bahan sungkupan pelembab tanah. Kepeda mereka yang tinggal dibandar atau dikampung yang berminat dengan aktiviti menanam sayur keliling rumah boleh menggunakan batang pisang sebagai media tanaman (Sila lihat foto diatas). Batang pisang yang lembab dan lambat mereput untuk ianya membolehkan dibuat lubang dan ditanam dengan sayuran berbatang lembut seperti sawi, kailan, kangkung, bayam dan seumpamanya. Tanaman jenis berkayu tidak sesuai kerana tekstur batang pisang yang rapuh. Makanan ternakan dari batang pisang merupakan satu amalan dikalangan penternak ruminan dengan mencicahnya (Sila lihat foto paling bawah). Batang pisang ini didakwa apabila dimakan akan memperbaiki sistem pencernaan dan menurunkan haba badan haiwan ternakan. Ada kalangan penternak akan menambah dengan bahan lain yang berkhasiat kedalam makanan batang pisang ini.  Artikel subuh ini dalam kedinginan pagi saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kegunaan dan khasiat batang pisang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Penulis blog teruja bagaimana bahagian batang dan bonggol (perdu) batang pisang boleh dijadikan makanan ringan iaitu kerepek. Penulis juga belum pernah menjumpai makanan seperti ini di Malaysia akan tetapi menjumpainya di Indonesia dan Fipina didalam kunjungan kenegara tersebut. Memang tidak pernah terfikir bagaimana batang pisang yang selslu dibuang begitu sahaja rupanya mempunyai potensi dijadiken makanan kerepik. Bagi membuat kerepek batang pisang yag rangup dan berjaring prosesnya mudah sahaja berbanding dengan membuat kerepek dari bonggol batang pisang. Cara membuat dengan mengambil batang pisang dan dipotong kulitnya dan buang kulit luarnya kerana ia pahit kemudian dicuci bersih. Potong empat segi atau lonjong dibahagian tengahnya sahaja seakan berjaring. Ia kemudian direndam didalam air untuk membersihkannya dan kemudian dicelup dengan tepung beras dicampur dengan ramuan sesuai (boleh gunakan tepung ADABI iaitu perisa untuk ayam goreng juga). Kalau hendak rasa pedas boleh ditambah dengan serbuk cili. Tepong yang meleka paa hhirisan baang pisnag berjaring ini kemudian boleh dimasukkan kedalam kuali yang berisi minyak panas atau dapur deep fry sehingga garing. Abgkat dan toskan sebelum dihidangkan. Bagi kekepek bonggol pisang pula ia perlu disediakan dengan bonggol pisang raja atau pisang nipah. Bonggol atau perdu ini dibasuh dan dipotong bersegi sebelum dihiris nipis-nipis. Hirisan ini kemudian di rendam semalaman dalam air bersih untuk menghilangkan rasa pahitnya. Kemudian ia ditoskan dan di celup didalam adunan tepung beras bersama ramuan sesuai (sesusikan ramuan rampah kegemaran - macam membuat rempeyek). Setelah dicelup tepung boleh digoreng dengan minyak panas dan dtoskan apabila garing. Kerepek ini enak dimakan semasa suampanas dengan keenakannya tersendiri.

Di beberapa premis terutama di restoren utara makanan dikenali sebagai 'Gulai Kawah Batang Pisang' merupakan hidangan khusus yang semakin diminati ramai pelanggan. Penulis blog yag juga minat dengan makana gulai kawah batang pisang ini tidak melepaskan peluang  mendapatkannya apabila berkunjung kerestoren yang menjualnya. Melihat foto sajian disebelah ini saja sudah terliur dimana apatah lagi ketika menikmatinya memang boleh membuat nafsu makan bertambah. Kini penangan gulai kawah batang pisang yang amat popular dalam kalangan masyarakat kawasan pedalaman Negeri Kedah terutama di daerah Sik dan Baling. Gulai batang pisang juga dikatakan hidangan wajib yang selalu disajikan setiap kali majlis kenduri kahwin.  Biarpun mendapat sambutan hangat akan tetapi masakan ini susah ditemui di restoran atau kedai makan mungkin kerana penyediaannya yang sedikit rumit. Memang tidak mudah mencari bahan utamanya iaitu batang pisang berikutan tidak semua jenis pisang sesuai dibuat gulai. Lazimnya batang pisang yang digunakan adalah umbut atau empulur iaitu bahagian tengah yang berwarna putih. Bekalan batang pisang segar perlu digunakan dimana dilaporkan masakkan gulai  akan menjadi lebih sedap jika menggunakan batang pisang abu yang mempunyai rasa lemak manis atau pisang hutan yang mempunyai aroma tersendiri. Biasanga bagi menambah kelazatannya maka ia dicampu dengan dagung lembu. Gulai batang pisang dimasak dengan rempah khas menjadi enak dimana kini masih ramai menganggap batang pisang ada khasiat tersendiri iaitu baik untuk penghadaman dimana ia  juga mampu menyingkirkan asid penyakit gout.

Menarik fakta dari portal berita Harian Metro bertajuk 'Batang pisang pengekal warna' dimana dilaporkan Dr Nazlina yang mengetuai penyelidikan mencipta mordan daripada batang pisang yang berfungsi sebagai pengekal serta penggalak pewarna asli dipaparkan (Sila lihat foto disebelah). Biasanya pewarna sintetik penyumbang utama dalam industri tekstil. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini industri itu kembali mengetengahkan pewarna dari sumber asli. Pewarna asli bukan saja dapat menjamin kelestarian alam sekitar, malah turut mengatasi isu pencemaran bahan kimia yang dihasilkan daripada pewarna tiruan. Ini berikutan proses pewarnaan sintetik dalam industri tekstil banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana ada pelbagai logam dan bahan kimia digunakan. Ia berbeza dengan pewarna asli yang lebih selamat digunakan, mesra alam dan dapat mempertingkat nilai estetika dalam produk tekstil. Didakwa ada pelbagai sumber alam yang boleh dijadikan pewarna asli, antaranya tumbuh-tumbuhan, herba serta galian dengan komponen pigmen warna istimewa. Apa pun kebiasaannya, ketika proses penghasilan pewarna asli untuk penggunaan fabrik, bahan pengekal warna atau mordan turut dicampur pada masa yang sama. Penggunaan mordan bertujuan ‘menaikkan’ warna selain menjadikan warna itu tahan lama. Menyedari kepentingan ini, penyelidik daripada Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Nazlina Shaari bersama pelajar sarjana fakulti itu mencipta mordan daripada batang pisang atau nama saintifiknya Musa paradisiaca. Sepanjang kajian dijalankan hanya bahan buangan digunakan bagi menghasilkan pigmen warna alam untuk fabrik. Pigmen warna diekstrak daripada daripada pokok, antaranya senduduk, sepang, ketapang dan mangga. Bahan untuk proses mengekalkan warna pula daripada sumber sisa buangan batang pisang yang berfungsi sebagai mordan dalam formula berkenaan. Hasil kajian mengenal pasti batang pisang berpotensi dijadikan mordan untuk mengekalkan warna apabila diaplikasi ke atas kain kapas dan sutera. Apa yang lebih membanggakan dimana proses pencampuran kedua-dua bahan yang 100 peratus daripada sumber alam itu sesuai dan selamat digunakan, selain dapat menghasilkan pelbagai tona warna. Dengan kepelbagaian tona warna dikaji dan diperoleh dengan mengawal suhu dan tahap alkali di dalam setiap larutan pewarna. Keputusan menunjukkan semua pewarna semula jadi dengan kombinasi mordan daripada batang pisang menyerlahkan kombinasi warna ke atas fabrik sutera dan kapas. Keseluruhan rantaian kaedah melalui pengumpulan, pemprosesan dan pencelupan dijalankan dengan melihat faktor ekologi supaya ia selamat. Proses ini juga diharap dapat memberi impak lebih mesra alam terhadap alam sekitar, pengurangan penggunaan bahan kimia serta dapat menjana pendapatan pengusaha tekstil tempatan. Penyelidikan yang mengambil masa setahun itu menelan kos RM5,000 dan dalam proses untuk dipatenkan. Dia bercadang untuk dapat mengkomersialkan produk berkenaan yang dijangka dapat dipasarkan tahun ini juga. Artikel ini ditulis didaalm dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anima gro technology kali ini. Wasallam!!!.
BATANG PISANG... DI BUANG SAHAJA...
KALAU DI PROSES... BANYAK GUNA...
MAKANAN ENAK... GULAI KAWAHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TAHUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Medan Indah ,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1443H).
Posted from,
Ladang Felda Chuping,
Perlis.
Malaysia.

Wednesday, November 24, 2021

ANJING DAN PERTANIAN

ANJING
(Dogs) adalah sejenis haiwan mamalia yang sering berkait dengan sektor pertanian terutamanya untuk membantu menjaga ternakan dan menjaga kebun. Anjing didakwa telah mengalami 'domestication' daripada haiwan serigala sejak 15,000 tahun yang lalu dan ada laporan menyatakan ia bahkan mungkin ada semenjak 100,000 tahun yang lalu diketahui akan keberadaannya berdasarkan bukti genetik berupa penemuan fosil dan analisa DNA. Proses domestikasi anjing adalah belum begitu lama berbanding kewujudannya. Anjing telah membiak kepada beratus-ratus jenis dengan terdapat banyak variasi. Perbezaan pada anjing juga sangat besar julatnya daripada warna bulu, bentuk badan, bentuk gigi dan taring, jenis makanannya, ciri-ciri kegarangan, sifat kemanjaan, habitat keberadaan (sejuk dan panas) dan sebagainya. Apa pun jangka hayat biasa anjing berbeza-beza antara baka akan tetapi untuk kebanyakannya berjulat dari 10 tahun hingga 13 tahun. Bagi anjing yang dari jenis baka dengan jangka hayat terpendek ialah seperti Anjing Dogue Bordeoux iaitu hanya sepanjang purata 5.2 tahun sahaja tetapi bagi sesetengah baka seperti Baka Bulterier Kecil (jenis anjing pemburu darah) pula dari Ireland mampu hidup selama 6 - 7tahin. Dalam Islam dinyatakan dimana anjing ini adalah sejenis binatang yang boleh dijinakkan dan ia mempunyai gigi taring yang tajam. Hukum asal dalam Islam berkenaan anjing ialah Najis Mughallazoh (najis berat) yang wajib disucikan dengan 1 kali air bercampur tanah dan 6 kali air bersih atau mutlak iaitu apabila bersentuhan dengannya samada dalam keadaan kering atau basah. Setengah pendapat menetapkan hanya bersentuhan dalam keadaan basah sahaja. Dalam media dilaporkan diman asejak kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis berat (Najis mughalazzoh) iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih. Menurut sumber dilamanweb ada juga dinyatakan kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Kajian sains moden ada jawapannya. Dilaporkan dimana sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata mereka yang mana sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Dilapornan di negara Norway sebanyak 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah. Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu Mammary Tumor Virus (MMTV). Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia yang telah juga menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing. Artikel pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis mengenai kaitan anjing dan sektor pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dilaporkan dalam beberapa kenyataan dimana a
njing merupakan penjaga (guard dog) haiwan ternakan lazimnya adalah sejenis anjing pastoral dibiakbakakan untuk tujuan asalnya menjadi kepada perlindungan ternakan daripada pemangsa. Kategori anjing penjaga haiwan ternakan selalunya akan tinggal bersama dengan kumpulan haiwan yang diternak untuk dilindungi olehnya sebagai anggota pengawal disepanjang masa kawanan dibeberapa negara maju yang menternak jadi industri penting (Sila lihat foto disebelah). Kebolehannya untuk menjaga kawanannya kebanyakannya kenalurian, kerana anjing ini terikat dengan kawanan itu sejak umur muda. Tidak seperti anjing gembala lebih kecil yang kerap yang mengawal pergerakan haiwan ternakan, anjing penjaga haiwan ternakan bergaul bersama haiwan ternakan, menjaganya daripada penceroboh dalam kawanan itu. Apa pun kehadiran anjing pengawal ternakan biasanya cukup handal untuk menghalau pemangsa (predator) dengan cara intimidasi suara, salakan anjing dan mempaparkan tingkah laku sangat garang. Anjing jenis ini mungkin akan menyerang atau melawan pemangsa untuk melindungi kawanan kambing bebiri atau lembu dan sekiranya tidak boleh menghalau pemangsa. Anjing penjaga haiwan ternakan mungkin giat berjaga akan pemangsa dalam kawasan atau wilayah yang  terlindung untuk menangkap dan menghapuskan pemangsa. Antara pemangsa ternakan seperti haiwan liar cayote yang membunuh bebiri sebagai makanannya.

Bagaimana pun bukan mudah untuk melatih anjing penjaga ternakan sehingga ketahap profesional. sejal awal lagi aning ini akan 
dibesarkan di kandang berdekatan dengan kambing biri-biri dan sering tinggal dengan beberapa anak kambing bebiri sebaik sahaja mereka diceraikan susu dari induknya. Penyesesuaian ini perlu dilakukan untuk anjing gembala ini dilatih untuk mengelakkan kambing biri-biri atau naluri mereka untuk mengejar dapat menimbulkan bahaya. Mengejar adalah aktiviti berbahaya bagi bebiri dan anjing dimana ada kes anjing yang mengejar bebiri ini boleh dibunuh oleh anjing penjaga ternakan jika tidak dikenali. Di kawasan-kawasan tertentu di dunia terdapat anjing yang mengejar biri-biri bahkan akan ditembak oleh para peternak kerana ancaman yang berlaku. Di banyak negara juga dilaporkan memang gembala boleh membunuh anjing  jika dia mengejar biri-biri. Antara kidah menarik dimana ada  kelas latihan yang terdapat di Britain dan di beberapa tempat di USA khusus untuk melatih anjing penjaga ternakan. Apa yang dilakukan dalam melatih anjing dimana asas latihan adalah 'ketaatan asas. Anjing ini diajarkan cara kaedah kawalan dorongan yang lain supaya dia digunakan untuk mematuhi hembala dalam semua situasi. Salah satu cara melatih juga mengarahkan anjing untuk berbaring dikawanan bebiri yang berkumpul. Latihan kepada anjing ini dengan mengepung sambil menyalak seakan memberi arahan kepada kawanan bebiri lalu dikawasan yang dibenarkan oleh gebala dan semua kawanan ini tidak berpecah. Selalunya apabila anjing telah menjalani latihan berkali-kali akhirnya ia boleh diberi kelonggaran dan membiarkan dia berjalan berdekatan kawanan bebiri. Arahan oleh gembala yang difahami anjing pengawal ternakan memainkan peranan penting didalam aktiviti mengawal gerombolam bebiri atau ternakan lain.

Akhbar Harian Metro melaporkan berita bertajuk '
Jasamu anjing tetap di kenang' dakwa Zalina yang memelihara anjing gi dusun durian di Kampung Lingai, Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu. Dakwanya anjing peliharaannya itu pernah menyelamatkanny daripada dia diserang beruk dan justeru jasa semua anjing ini sangat besar kepadanya dan keluarga. Menurut dakwaan Ismail Tawang (71 tahun) juga pemilik dusun durian ntatakan bukan sahaja beruk akan tetapi banyak haiwan yang sebelum ini mengancam keselamatan dia dan isteri semasa mereka berada di dusun itu (Sila lihat foto disebelah). Apa pun diberitahu dimana kumpulan anjing berkenaan terlebih dahulu menyerang haiwan terbabit dan ini sekali gus menyelamatkan mereka daripada serangan haiwan buas. Dakwanya antara kebaikan membela anjing di dusun kerana haiwan ini akan memastikan keselamatan tuannya sepanjang berada di dusun. Ada kala harta benda termasuk hasil tanaman seperti durian juga terjaga daripada dicuri atau dimakan haiwan perosak seperti babi dan beruk. Dia juga masih ingat detik cemas ketika diterkam beruk bertaring di dalam dusun dan mujurlah anjingnya terlebih dahulu menyerang beruk itu sehingga berlaku pergelutan yang menyebabkan beruk itu akhirnya mati digigit. Mereka kagum dengan sifat semula jadi anjing yang setia, menyayangi tuan serta tidak pernah ingkar arahan. Dia sudah tidak kisah tanggapan orang sekeliling kerana mereka menjaga haiwan itu mengikut garis panduan yang ditetapkan agama. Terdapat lapan ekor anjing yang dibela dan dilatihnya sejak kecil, diberi nama Lily, Mimi, Kurus, Merah, Panjang, Beja, Kancil dan Bobo. Kalau sebelum ini dia dakwa durian mereka sering dicuri pada waktu malam sehingga tidak ada berpeluang untuk menikmatinya. Jika satu pokok mempunyai 100 biji didakwa hanya 20 biji yang mereka berjaya kutip dan selebihnya dicuri atau dimakan babi. Mereka pernah kerugian lebih RM100,000 apabila durian pada gred dan pelbagai peralatan kebun termasuk mesin air, gergaji rantai dan baja dicuri orang. Kini selepas membela lapan ekor anjing maka masalah kecurian tidak berlaku lagi. Mereka memelihara anjing bukan untuk dibelai seperti kucing akan tetapi sebagai pengawal di dusun durian dan ladang kelapa sawit seluas 12 hektar. Semua anjing itu manja dengannya tetapi ia tidak bermakna haiwan itu perlu dipeluk dan dibelai. Mereka cukup sekadar memberi makan dan merawatnya apabila ia sakit atau tercedera. Sementara itu, Imam Masjid Tengku Tengah Zaharah iaitu Ahmad Ridhwan Radzi berkata dimana kegiatan memelihara anjing bagi tujuan menjaga harta benda termasuk dusun buah-buahan tidak dilarang dalam Islam dan ianya dibolehkan kerana bersebab. Bagaimanapun sebaiknya pemilik anjing itu perlu mengikuti adab tertentu seperti tidak terlalu terbuka bermain atau menyentuh anjing tanpa tujuan supaya ia tidak mengundang fitnah di kalangan masyarakat. Memng ada batas pergaulan dengan haiwan itu juga perlu dihadkan dan bersebab dimana tidak dibolehkan pemilik dengan sengaja membelai haiwan itu seperti kucing kerana ia najis berat, melainkan untuk tujuan tertentu seperti memberi rawatan kepada anjing yang tercedera. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
HAIWAN ANJING... BANTU GEMBALA...
MENGAWAL BEBIRI... LEMBU PUN ADA...
PERLU DILATIH.. AGAR LEBIH SETIA...
MENJAGA DEBUN DURIAN.. DI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Safar 1443H).

Tuesday, November 23, 2021

BUAH MANGGIS - ADA CERITA

BUAH MANGGIS
(Garcinia mangostana) merupakan sejenis buah tempatan yang kini semakin diminati ramai walau pun buah bermusim ini hanya ada sekitar bulan Jun sehingga Ogos sahaja setiap tahun di Malaysia. Manggis adalah salah satu jenis buah tropika yang didakwa mengandungi banyak antioksidan sehingga sesuai dimakan secara rutin untuk menjaga kesihatan. Ada banyak manfaat buah manggis yang boleh diperolehi apabila memakannya. Ia dilaporkan boleh mencegah jangkitan penyakit, meningkatkan tahap ketahanan tubuh dan lain sebagainya. Buah manggis yang mana ia juga memang banyak antioksidan juga juga memiliki ciri-ciri anti-inflamasi, antivirus, antibakteria dan antitumor sehingga boleh mencegah berbagai jenis jangkitan penyakit. Buah manggis juga mengandungi salah satu unsur iaitu Polyfenol dikenali sebagai Xanthone. Xanthone berperanan sebagai antioksidan yang didakwa mampu untuk mencegah jangkitan TBC dan Malaria. Buah manggis juga boleh digunakan sebagai rawatan terapeutik untuk masaalah seperti gangguan mental. Ada laporan dimana kandungan antioksidan, antiinflamasi, neuro- protective dan antiapoptotic sesuai untuk merawat tambahan penyakit skizofrenia dan bipolar. Ia juga mengandungi vitamin dan mineral penting. Xanthone dalam buah manggis juga berfungsi untuk mencegah pertumbuhan tumor sehingga berpotensi melawan sel kanser. Meski pun begitu pembaca tidak boleh makan manggis secara sembarangan sebab buah manggis akan menjadikan kesan kepada gula dalam darah dan penrawatan kanser yang sedang dijalani. Artikel malam Rabu ini sambil menonton Perlawanan Piala Malaysia 2021 antara JDT dengan Kelantan di unifi TM saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" beberapa cerita mengenai buah manggis untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Menarik cerita bagaimana '20 tan seminggu' dalam akhbar Harian Metro dimana di Raub, Pahang pengeluaran manggis di luar musim kali ini memberi peluang terbaik kepada seorang lagi pemborong buah-buahan untuk beliau memasarkannya ke negara jiran Thailand secara besar-besaran. Usaha julung kali diadakan itu mendatangkan hasil kepada Ahmad Mustafa (39 tahun) apabila lebih 100 tan dieksport secara terus kepada pembekal di negara gajah putih itu sejak tiga bulan lalu. Dia dakwa dimana kini permintaan menggalakkan selain tawaran harga tinggi mendorongnya terbabit dengan aktiviti pasaran manggis ke Thailand sebagai percubaan pertamanya pada musim buah-buahan kali ini. Setiap minggu dia mampu bagi menghantar lebih 20 tan manggis ke negara jiran tersebut menggunakan jalan darat selepas melalui beberapa proses. Dia yang mendapat bekalan manggis daripada pekebun kecil di daerah Lipis dan Bentong telah menjadikan sebuah rumah milik penduduk Kampung Sega Lama untuk dijadikan pusat pengumpulan buah manggis. Dia menggunakan seramai 36 pekerja terdiri daripada golongan muda untuk melakukan kerja memetik buah, penggredan, membungkus serta mengisi dalam bakul sebelum menaiki lori. Hanya buah manggis yang terpilih dengan tahap 50 - 70 peratus masak saja dipetik. Ini juga bertujuan bagi menjaga kualiti buah apabila sampai kepada pemborong atau penerima di Thailand. Dia yang sudah berpengalaman lebih lima tahun sebagai pemborong buah-buahan di Kampung Damak, Jerantut. Buah manggis yang mencapai 90 peratus masak hanya untuk pasaran tempatan saja kerana manggis masak hanya mampu tahan tiga hingga lima hari. Dia yang mendapat sokongan rakan kongsinya Mahmud Che Mamat nyatakan kualiti manggis di Pahang Barat terutama di Raub dan Bentong mendorong dia untuk mencuba menembusi pasaran antarabangsa walaupun Thailand adalah negara pertanian yang lebih maju daripada Malaysia. Dia menjual manggis dengan harga borong antara RM3 hingga RM5 sekilogram (kg) kepada seorang pemborong negara jiran Thailand yang menerima semua buah yang selalu dibekalkan (Sila lihat foto disebelah). Pengeluaran manggis luar musim yang jarang berlaku di negeri Pahang akan berakhir hingga bulan September atau Oktober. Permintaan terhadap manggis begitu menggalakkan walaupun di luar musim dan berlaku penurunan permintaan buah pada Tahun Baru Cina kali ini tetapi ia akan kembali pulih tidak lama lagi. 

Cerita menarik dalam masa pandemik covid19 di Pulau Pinang menarik untk dikongsikan. Berita berjudul "
Promosi jual buah, gantung saja pada badan" agak unik kisahnya. Seorang peniaga  buah dikenali sebagai Ahmad Izan Latip menggunakan kreativiti tersendiri untuk mempromosikan jualan buah tempatan bermusim di gerai jualannya di hadapan Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang (Sila lihat foto disebelah).  Cara ini menarik perhatian ramai apabila dia mempamerkan kreativiti tersendiri dengan menggantung dan mengikat hasil jualannya pada badan. Biarpun kelihatan pelik akan tetapi usahanya itu bukan sahaja mencuri tumpuan malah turut mencuit hati pengguna jalan raya di hadapan Masjid Daerah Barat Daya. Isterinya yang juga peniaga buah, Siti Zubaidah Mat, 29 berkata, idea kreatif suaminya itu bertujuan untuk mempromosikan produk buah-buahan bermusim selain hasil pertanian yang sukar ditemukan di tempat lain. Kini ada lebih 10 pilihan buah tempatan seperti dokong; jentik; setoi; tampoi; rambai dan pulasan kini dipasarkan di gerai tepi jalan yang  diusahakan mereka sejak lima tahun lalu. Kebanyakan buah-buahan yang sukar dicari ini diperoleh di dalam hutan di Jeniang dan Baling, Kedah serta di sekitar daerah ini (Balik Pulau). Walau pun pada mulanya tindakan suami mendapat kecaman segelintir orang awam berikutan buah yang digantung pada badan dikatakan tidak sesuai dengan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Buah yang digantung itu hanyalah sekadar hiasan dan tidak akan dijual semula. Pelanggan ke sini berpeluang menikmati buah-buahan segar yang dipasarkan secara lambak. Kreativiti suaminya itu juga adalah sekadar menarik perhatian kepada pelanggan sekali gus pelanggan akan dapat mengenali buah-buahan tempatan. Usaha itu berbaloi apabila hasil jualan mereka mendapat sambutan dan menjadi pilihan ramai. Kira-kira 25 bakul buah manggis dengan anggaran 400 kilogram habis dijual dalam tempoh dua hari. Jualan buah memang tiada masalah biarpun ketika pandemik Covid -19. Cuma kira-kira 80 peratus pelanggan kini memilih buah pada harga murah iaitu sekitar RM10 bagi tiga hingga lima kilogram buah.

Berita mengenai 'Tragedi cari buah di kebun manggis rakan' memang berkait dengan artikel kali ini. Laporan oleh portal berita Harian Metro mengenai mangsa ditemui meninggal dunia di atas pokok manggis diuruskan oleh pasukan bomba menjadi kisah menarik (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia di atas pokok manggis di Kampung Jawa, Padang Gajah, Taiping adalah pegawai kesihatan yang ke kebun bersama seorang rakannya. Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, SUPT Razlam Ab Hamid berkata dimana mangsa, Iahasan Mohd Majudin (59 tahun) bersama rakannya datang ke kebun itu untuk mencari buah-buahan. Mangsa dan rakannya yang juga pemilik kebun dikatakan berpecah untuk mencari buah dengan mangsa mencari di sekitar rumah kosong di kebun itu manakala rakannya ke kawasan kaki bukit yang jaraknya kira-kira satu kilometer dari mangsa. Pada jam 11 pagi, rakan mangsa kembali dan mendapati mangsa tiada dilokasi serta mencarinya sekitar kebun sebelum terkejut sebaik menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tersangkut di celah dahan pokok manggis setinggi kira-kira tiga meter.  Selepas beberapa panggilan tidak disahut maka rakan mangsa memeriksa keadaannya dan mengesyaki mangsa sudah meninggal dunia dan segera memaklumkan kejadian kepada polis dan bomba. Mayat mangsa diturunkan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis dan kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. Mangsa berkerja sebagai pegawai kesihatan di Taiping dan tinggal di Taman Seri Kinta Fasa 1, Taiping. Hasil siasatan awal tiada unsur jenayah dikesan dan menunggu hasil bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa. Semuga artikel ini memberi info berguna mengenai cerita manggis oleh media tempatan kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BUAH MANGGIS... BUAH TROPIKA...
BANYAK KHASIAT... IANYA DIDAKWA...
KINI DIEKSPORT... KELUAR NEGARA...
ATAS POKOK.. ADA YANG DI CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rabiulakhir 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...