Support My Blog

Saturday, July 31, 2021

ULAT GONGGOK - KISAH MENARIK

ULAT GONGOK
(Narceus spp) atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai Millipedes merupakan sejenis serangga berkaki banyak. Mungkin tidak ramai tahu bahawa ulat gonggok ini adalah serangga yang berfaedah dan bukan dari jenis serangga perosak. Ulat Gonggok atau juga dikenali sebagai ulat geluntur, sepah bulan atau mentibang juga merupakan sejenis artropod dengan badan berbentuk silinder yang panjang. Badan gonggok mempunyai rangka luar (exo-skeleton) dan terbahagi kepada antara 20 hingga 100 segmen yang bersambung-sambung. Setiap segmen mempunyai dua pasang kaki (kecuali segmen pertama selepas kepala yang tiada kaki langsung dan beberapa segmen selepasnya yang mempunyai hanya sepasang kaki. Terdapat kira-kira 12,000 jenis spesies gonggok dalam kira-kira 140 famili dimana kita mudah menjumpainya dikawasan kebun dan persekitaran rumah dikampong. Penulis blog membuat beberapa rujukkan mengenai kitaran hidup ulat gongok ini. Lazimnya riwayat hidup Ulat Gonggok dalam jangkamasa 5 tahun kalau ia mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Ulat ini akan membiak dengan bertelur dimana jumlah telur dikeluarakan sekali bertelur adalah sebanyak 200 - 300 biji. Apa yang unik dimana ulat gonnggok mempunyai banyak kaki iaitu sebanyak 400 kaki. Memang ulat ini tidak merbahaya kepada manusia kecuali mereka yang allergi dan geli melihatnya. Unik juga kerana ulat ini adalah dalam kategori Anthropod iaitu sama dengan anak ketam (bukan serangga). Ia menduduki dan suka tinggal di tempat yang lembap untuk membuat sarang. Sebagai agen pereputan makanannya adalah daun-daun dan dahan-dahan reput diatas tanah. Ia biasanya hanya akan masuk kedalam rumah untuk mencari prlindungan atau cari tempat berteduh semasa hujan. Artikel pagi khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai ulat gonggok seperti dilaporkan oleh beberapa media tempatan untuk bahan rujukkan anda.

Akhbar BH melaporkan satu berita 'Serangan ulat gonggok resahkan warga Kuala Tebengau di Alor Setar' sesuai dikongsikan dengan pambaca blog. Kemunculan ribuan ulat gonggok sejak seminggu lalu di Kampung Kuala Tebengau telah mencetus rasa tidak selesa penduduk lebih-lebih lagi selepas jumlah serangga itu dikatakan semakin bertambah. Malah kenduri kahwin dianjurkan penduduk juga sedikit terganggu apabila lebih 1,000 tetamu yang hadir seakan-akan tidak selesa dengan kehadiran ulat gonggok terbabit yang merayap di merata tempat. Mat Ali Zainol ketika ditemui mengakui meredah risiko unik apabila dia terpaksa meneruskan majlis perkahwinan anaknya walaupun menyedari kehadiran ulat gonggok terbabit yang semakin banyak bakal mengundang rasa kurang selesa tetamu. Dia tidak tahu datang dari mana datang ulat gonggok ini, namun ia mula muncul sejak kira-kira seminggu lalu dimana apabila terpaksa memandangkan hari ini kenduri dan sejak semalam lagi dia menyembur racun serangga di sekitar kawasan rumah untuk mengurangkan kehadiran ulat itu namun tidak berkesan. Dia juga juga turut hubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar untuk bantu musnahkan ulat dan ia awalnya berkesan, namun hari ini jumlahnya kembali bertambah. Kira-kira 32 rumah penduduk berhampiran turut diserang ulat gonggok berkenaan namun kawasan rumahnya paling banyak. Bagi seorang penduduk lain iaitu Ku Othman Ku Jiwa mendakwa dia yang mengalami alahan kulit turut mengalami gatal-gatal di perut akibat terkena serangga berkenaan menyebabkan dia kini kerap menggaru sehingga telah menyebabkan bengkak kecil dan luka. Dia sudah mendapat rawatan di sebuah klinik di sini dan dimaklumkan mengalami alahan kulit dan diberi ubat sapu untuk merawat bahagian gatal. Dia kena semasa duduk di tepi pantai tiga hari lalu dan ketika itu dia tidak perasan ada banyak ulat di kawasan pokok api-api di kawasan itu. Kini penduduk kampong bimbang dengan kehadiran serangga ini malah terpaksa memasang kelambu untuk mengelak rasa tidak selesa dan esoknya boleh nampak ulat gonggok ini penuh atas kelambu. Pegawai APM Kota Setar dakwa pihaknya menerima panggilan jam 9.40 pagi berhubung kehadiran ulat itu dan tiga anggotanya telah menebang ranting kayu dan pokok yang dipenuhi serangga itu sebelum memusnahkannya. Setakat hari ini APM belum menerima maklumat baharu berhubung kehadiran ulat yang makin bertambah, apa pun APM akan ambil tindakan segera sekiranya ada maklumat baharu diterima. Serangga daripada spesis ulat gonggok belang itu dipercayai datang dari kawasan pokok api-api di kawasan tepi laut, namun mula memenuhi kawasan kediaman sejak seminggu lalu.

Akhbar My Metro dan BH juga melaporkan bagaimana 'Serangan ulat gonggok menyerang penduduk' di kawasan Pantai Butterworth, Pulau Pinang. Dilaporkan dimana spesis ulat gonggok hitam kuning yang ‘berkeliaran’ di tepi dinding dan longkang sekitar Flat Pantai Bersih, Butterworth. Ribuan ulat gonggok yang berbelang hitam kuning ‘menyerang’ Flat Pantai Bersih, di sini, sejak dua minggu lalu hingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk di kawasan flat yang berkenaan. Kemunculan serangga berkenan turut membuatkan penduduk hairan kerana tidak pernah melihat begitu banyak ulat gonggok seperti itu sejak mendiami kawasan yang terbabit. Ulat gonggok itu dipercayai spesies sama yang dikatakan ‘menyerang’ Kampung Kuala Tebengau, Alor Star, Kedah. Menurut kenyataan penduduk bernama Rajabi Abdul Rahman dakwa dia tidak pernah melihat begitu banyak ulat gonggok hitam sejak mendiami flat berkenaan dan tertanya-tanya dari mana serangga itu datang. Ulat itu biasanya membuat sarang di pokok tertentu tetapi di sekitar flat hanya terdapat beberapa pokok mambu yang dikatakan tidak digemari serangga berkenaan. Walaupun kawasan sekitar Flat Pantai Bersih di sini telah disembur racun serangga dua minggu lalu, ulat gonggok muncul kembali, malah dilihat jumlahnya dikatakan luar biasa terutama ketika pads awal pagi. Serangga berkenaan dikatakan merayap atas jalan sekitar jam 7 pagi kerana cuaca sejuk, tetapi ‘menghilangkan’ diri ketika waktu tengah hari. Penduduk menyifatkan ia sesuatu yang luar biasa kerana tidak pernah melihat begitu banyak ulat gonggok sejak mendiami flat berkenaan 12 tahun lalu. Kini ratusan ulat gonggok merayap atas jalan ketika awal pagi akan tetapi berlindung di tempat sejuk ketika waktu tengah hari. Ulat berkenaan sensitif cuaca panas dan bersembunyi di bawah daun atau bawah kereta ketika tengah hari. Dua minggu lalu MPSP sudah menyembur racun, tetapi ia kembali semula dipercayai keluar dari kawasan semak berhampiran. Longkang sekitar flat turut menghalang serangga berkenaan memasuki rumah dan cuma beberapa ekor yang dapat masuk ke rumah di tingkat bawah. Walau pun ada banyak ulat yang mati selepas kena racun, tetapi lagi banyak muncul seolah-olah sudah biasa (mangli) dengan racun. Jabatan Pertanian laporkan serangga berkenaan banyak hidup di kawasan semak yang banyak kayu reput dan ia dilapor turut berperanan dalam proses menggemburkan tanah. Jumlah serangga berkenaan terlalu banyak jika habitatnya sesuai untuk pembiakan selain mampu bertelur 50 hingga 200 biji sekali dan menetas hanya dalam tempoh seminggu atau dua minggu.

Sebuah portal berita tunashijau.id dari negara jiran menulis begaimana cara berkesan mengawal kehadairan ulat gonggok atau Ulat Kaki Seribu. Ulat gonggok atau di Indonesia dipanggil sebagai '
keluwing' adalah salah satu serangga kebun yang mana kehadirannya adalah cukup meresahkan. Ramai orang merasa takut atau geli ketika bertemu dengan haiwan kaki seribu sebab bentuk fisikal dari haiwan ini menyerupai lipan. Penulis blog percaya haiwan ini tidak memiliki racun yang berbahaya bahkan cenderung pemalu jika disentuh akan bergulung sebagai tanda perlindungan diri. Kalangan umum tahun meskipun tidak berbahaya, namun perlu adanya tindakan yang tepat untuk cara membasmi serannga ulat gonggok ini agar tidak sering menganggu. Jika ada populasi banyak perlu ada teknik betul memusnahkannya. Ulat ini lazimnya ada banyak telur dan larva yang sudah siap untuk kembali menyerbu kawasan kebun. Bahkan pada beberapa ketika dimana ulat gonggok dewasa akan masuk ke dalam rumah. Cara pertama dalam memusnahkan ulat gonggok ada menggunakan racun Furadan. Walau pun ada yang berpendapat bahawa cara penggunaan furadan tidak dianjurkan ia boleh merosakkan kesuburan tanah akan tetapi penggunaan furadan yang tepat sesuai dos dan peraturan cara meletakkan racun tersebut  adalah praktikal. Taburkan sedikit furadan di tempat-tempat berada ulat gonggok biasa bersembunyi diantaranya seperti di balik batu, pada daun kering dan juga pada pasu tanaman. Tunggu seketika dimana ulat gonggok akan mati dengan sendirinya.

Cara lain mengurangkan ulat gonggok yang ke 2 adalah dengan memb
erikan akses sinaran panas dan cahaya matahari kepada kawasan kebun atau laluan atau rumah yang sering didatangi oleh serangga tersebut. Matahari terik akan dapat mengurangkan kelempapan pada habitat asal dan ulat gonggok tidak suka dengan panas matahari berbanding jika semak berumput (Sila lihat foto disebelah). Untuk kawasan didalam rumah pula adalah disyorkan agar selalu sering membuka jendela rumah atau memberi lubang angin yang cukup agar sinar matahari dapat masuk ke dalam rumah yang mana ulat gonggok akan beredar. Didalam kebun pula sebaiknya kawasan dibersihkan dari tanaman yang terlalu tinggi atau rimbun, agar sinar matahari boleh menembusinya. Digalakan dimana dengan cara in ia dapat mengurangkan akan kelembapan dan akan terbebas dari kehadiran ulat ini. Cara ke 3 menghalau ulat gonggok didalam rumah adalah dengan membersihklan lantai dengan menggunakan kimia pencuci lantai. Ulat dan serangga ini memang tidak suka akan bau asid atau cuka masam yang disapukan kelantai dan tidak mahu datang lagi. Cara ke 4 pula sama dengan cara menghalau serangga semut iaitu dengan meletakkan racun serangga atau Kapur Semut di tempat strategik. Kapur Semut ini boleh digariskan dilantai atau dinding dimana laluan ukat gonggok sering kelihatan. Cara lain adalah dengan melingkari lubang sembunyi ulat gnggok diman cara ini membuatkan ulat tersebut tidak akan dapat keluar daripada sarangnya. Kaedah menghalau ulat gonggok yang ke 5 adalah dengan cara mengutipnya secara langsung kerana serangga ulat gonggok ini relatifnya bergerak dengan perlahan. Ini membolehkan ia mudah dibunuh (dengan banyak cara fizikal) atau menghalaunya tetapi kalau jumlahnya terlalu banyak macam kes di atas memang tidak praktikal. Ada juga yang tidak sampai hati hendak membunhu ulat gonggok kerana ada rasa kesian kerana kelihatan 'comel' dan ia adalah serangga yang dapat membantu dalam  proses pengkomposan dan pereputan bahan organik.

Perenggan akhir kali ini akan mengisahkan bagaimana ulat gonggok ini memberikan kesan negatif kepada proses kehidupan manusia. Wala
u pun ulat gonggok tidak mengigit dan tidak beracun dan juga ia jarang menimbulkan kerosakan parah terhadap tanaman di kebun akan tetapi kehadirannya akan menimbulkan kesan negatif dan perasaan tidak selesa manusia dengannya. Apa lagi kalau ulat gonggok ini sudah beranak pinak dan menjadi gangguan dikawasan kebun dan rumah dimana ia mengundang untuk perlu menghapuskannya atau menghalaunya. Dalam beberapa pembacaan dilaporkan dimana kehadiran ulat gonggok dalam kebun didakwa ia memang boleh merosakan akar tanamanSebenarnya kehadiran ulat ini dikebun tidaklah sepenuhnya merugikan dimana ia dilaporkan juga berperanan seperti cacing tanah. Ia membantu untuk proses menguraikan daun dan sampah di dalam tanah sehingga didakwa sebagai menyuburkan tanah di kebun. Bagaimana pun jika populasinya sudah banyak dan sangat berkebihan serta jika berlaku kekurangan sumber makanan dihabitatnya maka ini juga membolehkan ulat gonggok akan juga menjadi serangga pemakan akar tanaman yang masih muda dimana perlu menghalalkan agar ulat ini dibasmi. Kehadiran Ulat Gonggok didakwa juga mengundang kehadiran LIPAN. Ini kerana didalam rantaian makanan semulajadi dimana jika ada banyak ulat gonggok dikebun atau dalam rumah akan mengundang lipan untuk datang untuk memangsanya (makanan lipan). Lipan pula merupakan serangga amat berbisa yang mengancam manusia.  Ulat gonggok jika ada dalam rumah memang merbahaya kerana ulat yang bersaiz kecil ini akan juga berkemungkinan boleh sahaja masuk ke dalam telinga manusia ketika tidur. Haiwan ini akan mengeluarkan semacam lendir yang boleh membuat beberapa orang menjadi alergi dan gatal-gatal. Dari pada menghadapi risiko yang tidak menyenangkan tersebut sebaiknya adalah lebih baik untuk segera mengambil langkah memusnahkan serangga ini. Ulat gonggok juga dilaporkan boleh menyebabkan berlaku pembengkakan permukaan kulit.  Ia berlaku kepada mereka yang ada allergi apabila ulat gonggok ini mengeluarkan lendirnya pada bahagian kulit manusia. Kesannya adalah kulit akan menjadi radang dan gatal-gatal sehingga membawa kesan membengkak yang mana boleh menyebabkan mangsa menjadi demam. Sebaiknya elakkan daripada terlibat dengan seebarang serangga yang mendatangi di rumah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
ULAT GONGGOK... BANYAK KAKINYA...
DIDALAM KEBUN... ADA FAEDAHNYA...
POPULASI BANYAK... MUSNAHKANNYA...
ADA KEBAIKAN... ADA ANCAMANNYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Zulhijjah 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...