Langkah pertama didalam menyediakan jus nanas adalah menyediakan buah nanas yang terpilih. Sebaiknya dipilih buah nanas yang tepat dari segi jenis varietinya, tahap kematangan dan jumlah diperlukan. Ini kerana jika mengambil nanas yang masih mentah atau belum masak maka hasil jus yang dibuat kelak akan menjadi MASAM. Bagaimana pun jika memlilih buah nanas yang terlalu masak (over ripe) pula akan menghasilkan jus nanas yang terlalu manis dan memberikan rasa yang kurang enak apabila diminum. Sebaiknya pilih buah nanas yang 'ngam-ngam masak' seperti bagi nanas MD2 sekitar 140 - 145 hari selepas di buat aruhan pembungaan. Bagi Nanas Madu Kaca pula dilihat buah masak abila saiznya sudah mencapai umur optima dan mengeluarkan aroma wangi yang khusus (Sila lihat foto disebelah). Pada umumnya buah nanas yang masak akan mempunyai Bau (Aroma) manis dimana ini menjadi aspek terpenting dalam memilih nanas yang masak untuk dimakan segar atau dibuat jus nanas. Nanas yang tidak beraroma menunjukkan keadaan buah tersebut belum masak. Pasti dan elakkan dari memilih buah nanas yang beraroma terfermentasi (fermented pineapple). Meskipun ada kalangan pembaca ada yang menginginkan nanas beraroma manis akan tetapi jangan sampai nanas terlalu masak hingga aroma manisnya memiliki citarasa seperti cuka atau alkohol. Juga perlu dilihat adalah warna buah nanas dimana buah nanas sering kali merefleksikan warna kuning keemasan tetapi berlainan pula dengan varieti nanas tertentu yang masak hijau kulitnya. Pembaca perlu tahu dimana di negara kita pun ada banyak varieti nanas dianggap sudah masak ketika ia masih berwarna hijau. Elakkan dari memilih buah nanas yang telah berkulit keriput, kulitnya berwarna cokelat kemerahan, retak atau terdapat lubang, berkulat atau berdaun jambul coklat dan kering. Sebaiknya buah nanas harus keras namun cukup lembut.
Membuat jus nanas dimulakan dengan memotong batang nanas. Sebaiknya buah nanas diletakkan nanas di atas bekas yang bersih dan dipotong dengan menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Buang bahagian jambul dan tangkai nanas untuk seterusya mengupas kulitnya. Cara membuang kulit nanas ini ada bermacam cara sama ada nanas diletakkan berdiri (Sila lihat foto disebelah) atau dibaringkan diatas tempat pemotong bergantung kepada kemhiran seseorang. Ada kalanya perlu menggunakan daun yang di tengah untuk memegang nanas agar tidak bergerak ketika dipotong. Ada juga penjual jus nanas yang menyarankan memotong keseluruhan bahagian atas namun berhati-hatilah agar tidak membiarkan tangan terluka keran buah nanas boleh tergelincir. Memotong nanas boleh gunakan sarung tangan getah bagi elakkan ianya licin. Cara menpupan nanas bermula dari bahagian atas nanas dan dihiris melalui kulit luar hingga mencapai bahagian bawah. Sebaiknya dipotong dengan sedikit kemiringan ke arah luar untuk menyisakan lebih banyak buah nanas. Putar nanas searah jarum jam sebanyak 5-10 cm dan diulangi. Putar, hiris, dan ulangi sampai semua kulit telah dibuang dan hanya menyisakan mata nanas. Letakkan nanas pada bahagian sisinya dan potong bagian bawahnya secara horizontal. Cara membuang kulit nanas pentingkan kebersihan dan sanitasi dimana kulit buah nanas perlu dibuang ditempat sesuai.
Membuang Mata Nanas adalah satu perkara penting didalam menyediakan jus nanas. Mata nanas adalah struktur mata berwarna ciklat gelap yang berada pada ditengah-tengah setiap isiruas buah nanas dimana ia keras dan tajam. Mata nanas jika dimakan terus tidak hadam sbaliknya boleh menyebabkan kecederan pada tebgorok dan kurang selesa jadinya. Jika mata nanas tidak dibuang maka jus nanas uang dibuat juga mempunyai warna dan citarasa yang kurang enak. Cara membuang mata nanas ini bermacam kaedah dimana paling mudah dalah dengan memegang buah nanas secara vertikal dan pastikan kedudukan mata nanas yang teratur dalam garis diagonal. Menyingkirkan matanya saja akan meninggalkan daging buah yang paling banyak. Letakkan dan posisikan pisau tajam di sebelah kiri salah satu garis diagoanal mata nanas dan mata tunas perlu dipotong kemiringan 45 darjah di bawah matanya (Sila lihat foto disebelah). Kemudian ambil pisau dan ianya tempatkan di sebelah kanan garis diagonal yang sama. Potong dengan kemiringan 45 darjah ke arah berlawanan. Ketika memotong mata tunas ii pada buah nanas pastikan garis mata nanas akan terlepas dimana ia akan seterusnya meninggalkan sebahagian besar daging nanas yang manis pada kulit buah. Setelah buah nanas ini dibuang semu matanya maka akan kelihatan buah nanas ini mempunyai jalur lekukan yang sekata secara garisan diagonal seakan ianya membuat lekuk panjang paralel pada daging nanas. Lekuk ini akan mulai terlihat seperti spiral. Buah nanas akan dilihat sebagai ada pola spiral yang cantik dan daging nanas yang berwarna kuning muda. Langkah seterusnya adalah dengan memotong nanas menjadi empat bagian secara vertikal. Potong bagian tengah nanas dengan irisan vertikal. Buang tengahnya dimana bahagian nanas ini keras dan berserat dimana selalunya bahagian empulur ini juga tidak terlalu manis. Seterusnya adalah memotong buah nanas menjadi dadu atau bentuk sesuai. Potong dengan menghiris buah nanas menjadi bungkah dimana ini akan memudahkan proses mengisar atau menghancurkan nanas menjadi jus nantinya. Tidak masalah macam mana ukuran bungkah atau dadu yang dipotong tetapi cobalah memotong dalam ukuran 2.5 cm atau lebih kecil.
Cara membuat jus nanas segar dengan menggunakan Blender (pengisar) juga mudah dilakukan. Tuang semua potongan bungkah nanas ke dalam blender dimana bergantung kepada jenis blender mungkin tidak dapat memasukkan semua potongan sekaligus dan disesuaikan membuatnya beberapa kali. tengahnya dengan nanas. Bergantung kepada kualiti buah nanas bagi membuat jus nanas lebih manis maka ada yang perlu mnambahkan gula pasir sebanyak 2-3 sudu bergantung kepada citarasa seseorang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun jika pilihan buah nanas yang cukup matsak maka tambhan gula tidak diperlukan untuk mengekalkan keasliannya. Bagi setertngah individu pula mereka membubuh air batu (ais) kedalam blender bagi mendpatkan jus minuman yang sudah sejuk apabila diminum. Sejumlah 6 atau 8 bungkah air batu boleh dimasukkan kedalam blender dan dikisar hancur. Biasanya jika lebih banyak ais akan membuat minuman lebih kental. Bagaimana pun jika ingin minuman dingin yang tidak pekat maka cukup tuangkan jus ke dalam ais dan dinikmati. Ada yang akan menambahkan air apabila jus nanas yang dihasilkan aagak sangat kental dengan kadar sekitar ¼ atau ½ cawaan air. Menambahkan air akan sedikit melarutkan rasa jus dan ini akan membuatnya lebih lembut dan lebih tidak getir. Boleh juga agar tidak menambah air sama sekali walau pun adasedikit air di bahagian bawah blender memudahkan proses pelumatan potongan nanas. Hancurkan bungkah nanas menggunakan blender selama 1 minit kemudian dihentikan blender dan kacau menggunakan sendok. Akhirnya setelah dikacau di kisar semula blender selama satu minit sampai semuanya lembut. Seterusnya adalah menapis (saring) jus nanas) untuk asingkan serat dengan jus nanas. Untuk penyajian sebaiknya dituang jus nanas ke gelas tinggi sesuai dan dihias dengan potongan nanas. Boleh dimasukkan air batu bagi menambahkan keenakan dan kelazatan jus nanas. Bagi mereka yang ada alat 'Fruit Juicer' lebihm mudah melakukannya. Caranya dengan memasukkan potongan buah nanas ke dalam juicer buah. Pastikan juicer bersih sebelum digunakan dan selalu ikuti panduan penggunaan. Isi juicer sampai penuh atau sampai nanas habis. Membuat jus nanas dengan memasukkan potongan nanas dengan tutup juicer dan hidupkan juicer. Pastikan untuk memegang tutupnya dan berikan sedikit tekanan sampai potongan nanas melewati juicer. Sedia untuk disajikan dengan menuang jus dari juicer buah dan nikmati. Oleh karena juicer buah sangat efisien maka jus seharusnya keluar dengan sangat berkualiti tanpa serat didalamnya. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part2 dan Part 3 yang mesti dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
PILIH BUAH MASAK... ITU ASASNYA...
BUANH KULIT ,... BUANG MATANYA...
ENAK DIMINUM... BERKHASIAT PULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bulit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(5 Zulhijjah 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.