Kehidupan di bandar besar dilaporkan semakin ramai orang yang mengalami tekanan hidup (stres) apa lagi akibat pandemik covid-19 yang memang memeningkan kepala semua pihak. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan semenjak Mac 2020 kini berterusan dan ramai orang terkurung dirumah sahaja dalam situasi 'Lockdown' berbulan-bulan apabila kes baru covid-19 melebihi paras 12,000 kes positif harian pada Jun- Julai 2020. Kadar kematian mencpat 7,450 orang setakat aartikel ini ditulis membimbangkan semua dan orangramai digalakkan bekerja di rumah dan kurang bersemuka. Mereka yang ada hobi pertanian dan tanaman landskap bagaimana pun masih boleh membeli pokok hiasan untuk letak dalam rumah atau ditanam dihalaman rumah. memang disyorkan agar tidak membeli pokok plastik akan tetapi pokok asli hidup kerana sebenarnya ada pokok yang betul-betul sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen. Bgaimana pun walau pun namanya tumbuhan hiasan akan tetapi pokok-pokok ini bukanlah setakat hendak membuat rumah anda nampak cantik. Ia boleh beri banyak manfaat lain termasuklah potensi untuk mengurangkan kemurungan, membantu peredaran udara dalam rumah, membantu memori dan kesihatan mental Mengurangkan kesan cuaca panas. Sekarang ini dilaporkan diman ada kalangn para pemaju-pemaju perumahan di Malaysia sudah mula memberi perhatian kepada ‘sick building syndrome’ iaitu di mana pencemaran udara dalam bangunan boleh membuatkan penghuni dan pekerja senang dapat penyakit. Pembaca boleh mencari dan membaca artikel berkaitan tentang bangunan hijau. Jadi, kalau anda nak mula buat “apartmen hijau” anda sendiri, di sini kami senaraikan pokok hiasan rumah yang anda boleh beli untuk letak dalam atau luar rumah. Kalau ada pembaca perlukan halaman rumah ataupun balkoni untuk pokok-pokok ini sudah cukup setakat cari pokok hiasansudah siap dan letakkan dilokasi dimana pokok dapat cahaya matahari dan amalkan siram dengan air secukupnya.
Pada penulis blog da beberapa jenis pokok hiasan yang sesuai ditanam disekeliling rumah di Malaysia sama ada di desa atau pun di bandar. Kalau kediaman rumah pembaca blog kelihatan menjemikan (boring) atau tidak kelihatan menyerlah maka pembaca blog boleh mencuba menanam pokok bunga hiasan depan rumah untuk menceriakan suasana. Terdapat beberapa jenis pokok bunga yang sesuai ditanam dalam iklim Malaysia yang panas. Bergantung kepada lokasi, kos, chaya matahari, ilmu kemahiran untuk menanam dan menjaga pokok hiasan dan juga konsep, pemilihan beberapa pokok bunga akan memberikan kesan terbaik. Berikut merupakan 5 pokok bunga hiasan yang paling kerap dan sesuai ditanam disekeliling rumah:
(1) Pokok Bunga Kertas (Bougainvillea)
Pokok bunga kertas (Bougainvillea spp) merupakan salah satu tanaman hiasan yang paling lazim ditanam di halaman rumah di Malaysia. Terdapat ada 28 genus dan 250 spesis bunga kertas yang telah pun di kenalpasti di Malaysia dimana warna yang paling biasa adalah bunga kertas berwarna merah, maroon, kuning, ungu, putih dan campuran kesemua warna dalm satu pohon (Sila lihat foto disebelah). Pada oenulis blog yang memilik beberapa pasu bunga kertas yang sentiasa berbunga ini mendapati dimana pokok bunga kertas mempunyai bbatang yang keras dan daun yang lebat tetapi bunga yang menarik. Pokok ini selalunya mempunyai duri dan bercabang dimana ia perlukan cagaya matahari banyak yang cerah untuk berbunga dan subur. Ia juga elakkan dari persekitaran yang lembap. Pokok bunga kertas akan mengugurkan bunganya pada musim hujan dan kurang menarik.

2) Bunga Raya (Hibiscus)
Pokok Bunga Raya (Hibiscus rosa sinensis) merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia yang banyak ditanam sebagai tanaman hiasan dihalaman rumah, ditepi jalan, di kompleks pejabat, di taman bunga dan banyak premis lain. Pada penulis blog yang telah menanam beberapa spesis bunga raya mendapati diantara bunga raya yang popular adalah yang berwarna merah, merah jambu, putih atau jingga (Sila lihat foto disebelah) memang cantik apabila mekar. Pokok bunga raya mudah ditanam dengan keratan batang sama ada ditanam diatas tanah atau pun didalam pasu yang bersaiz agak besar. Ia boleh tumbuh agak tinggi (2-3m) dan amat tahan lasak dalam banyak keadaan dan kurang diserang perosak dan penyakit. Daunnya yang berwarna hijau dengan banyak dahan membolehkan pokok bunga raya amat digemari ramai untuk sessi berfoto ditaman-taman. Kini dengan teknologi biakbaka yang baru terdapat banyak kombinasi warna bunga raya yang dilihat dalam sekuntum bunga menjadikan nilai pokok bunga raya meningat tinggi dipasaran.
3) Bunga Siantan (Ixora)
Pokok Bunga Siantan atau dipanggil sebagi Bunga Ixora (Ixora spp) merupakan sejenis pokok bunga yang sering ditanam dihalaman rumah. Walau pun tanaman hiasan ini kurang popular dibanding dengan bunga kertas dan bunga raya akan tetapi ia mudah ditanam, tahan lama dan tahan lasak selain daripada bunganya tidak berbau. Terdapat berpuluh-pulh warna bunga siantan dikenalpasti tetapi yang paling dominan ditanam adalah warna merah. Warna lain seperti jingga, ungu, putih krim, oren, kuning dan 'mixed colour' yang manarik. Daunnya berwarna hijau gelap dengan mempunyai batang jeras dan banyak cabang. Biasanya ia mempunyai gugusan bunga kecil antara 2-9cm didalam jambak. Ia boleh tumbuh sampai saiz sederhana dimana tumbuhan ini amat sesuai sebagai tanaman pagaran atau untuk memisah sempadan diantara rumah atau jalanraya.
4) Bunga Lily
Bunga Lily (Lilium spp) merupakan sejenis pokok bunga bukan asal Malaysia sebaliknya dari negara teoerate seperti di Eropah, China dan sebagainya. Bunga ini dilaporkan mempunyai ciri keharuman unik dan kelopak besar. Penanaman bunga lily hanya dilakukan oleh mereka yang cukup mahir menjaganya kerana ia perlu kerap disiram air dan sebaiknya diletakkan di tempat yang menerima indirect sunlight untuk pertumbuhan terbaik. Bunga Lily juga tumbuh hampir di seluruh Eropah dimana mereka jadi biasa kepada penduduk bahagian utara benua Amerika dan Asia. Ia menghiasi taman-taman dan plot-plot negara Rusia. Haruman lembutnya disukai bukan sahaja oleh wanita akan tetapi juga oleh lelaki. Dilaporkan ada banyak puisi dan lagu-lagu yang disusun mengenainya. Lily milik keluarga “Lily” yang menyerupai dengan saudara terdekatnya adalah tulip, bawang dan hazel.
5) Bunga Allamanda Kuning
Bunga Alamanda Kuning (Alamanda carthartica) atau juga dipanggil sebagai Bunga Loceng merupakan pokok yang dipercayai berasal daripada Brazil. Pokok yang boleh tumbuh subur dikawasan yang tanahnya lembab dengan ada sinaran terik matahari ini dilaporkan mampu digunakan untuk mengubati penyakit Malaria. Ia memang mudah ditanam dengan penjagaan yang minima dan boleh berbunga berwarna kuning yang menarik sepanjang tahun di Malaysia. Pokok ini senang tumbuh dengan air dan cahaya matahari yang mencukupi. Bagaimana pun penulis blog ingatkan agar waspada kerana getah pokok bunga ni yang berwarna putih adalah beracun dan sebaiknya perlu pakai gloves bila membuat pemangkasan. Ada banyak lagi jenis pokok bunga yang sesuai ditanam di halaman rumah seperti bunga tahi ayam, lavender, pokok bunga kapas, bunga kosmos, orkid, dan pelbagai lagi. Artikel ini dibahagikan kepada 3 segmen (tiga) iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembava blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MUDAH DITANAM... PERLU DIJAGA...
DIHALAMAN RUMAH... DIDALAM JUGA...
BACA ARTIKEL... DITERIMA INFONYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(13 Zulhijjah 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.