Support My Blog

Friday, July 30, 2021

BAYAM BRAZIL - APA HEBATNYA?

BAYAM BRAZIL
(Althernanthera sissoo) adalah salah satu spesis tanaman sayuran berdaun yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae yang kini sudah ditanam dan mula diminati ramaoo dinegara kita. Sayuran ini juga dipanggil sebagai Brazillian Spincah, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu lettuce. Pada penulis blog yang pernah menanam bayam ini mendapati pokok bayam brazil merupakan tanaman yang senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit. Pokok bayam brazil juga mudah membiak dengan cepat dan hasilnya dapat dituai hanya selepas beberapa minggu sahaja selepas ditanam. Bayam brazil sering digunakan kerana terdapat pelbagai khasiat dari pokok ini. Pelbagai jenis masakan boleh diolah seperti masak lemak bayam brazil, direbus sebagai ulam ataupun dicelup tepung dan goreng. Bayam brazil adalah pokok herba renek yang berbatang lembut dan berdaun kerinting (Sila lihat foto diatas). Keratan batang merupakan bahan tanaman yang mudah dilakukan. Ini kerana cara penanaman pokok bayam brazil adalah melalui keratan batang. Keratan batang boleh diambil dari pokok yang telah matang. Ambil keratan batang yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Panjang yang sesuai ialah 5-12cm. Setelah dipotong, buang sedikit daun di pangkal kerana bahagian ini akan ditanam didalam tanah. Artikel ptang Khamis ini sambil menonton TV Astro perlawanan Sukan Olimpok Tokyo 2020 perlawanan badminton saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan sayur bayam brazil untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Mereka yang ada hobi menanam sayur memang akan suka apabila terjumpa tanaman bayam brazi kerana ia mudah ditanam dan senang dijaga. Dengan cara menggunakan keratan batang bayam brazil boleh di tanam sama ada di dalam pasu, botol plastik, bahan-bahan recycle, ataupun terus ditanah (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog aktiviti ini boleh mengikut kreativiti masing-masing kerana pokok bayam brazil merupakan sejenis pokok tanaman yang bukan sahaja tanaman untuk makanan tetapi juga cantik untuk tanaman landskap. Pokok bayam brazil boleh juga direndam dahulu di dalam air iaitu satu proses “propagation” iaitu proses pengeluaran akar di dalam air. Namun pembaca boleh juga di tanam terus ke dalam tanah. Tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah tanah yang kaya dengan bahan organik. Pastikan juga pokok bayam brazil tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus pada awal penanaman, boleh diletakkan di bawah pelindung. Sekitar 4-7 hari akan mula nampak bayam brazil mula mengeluarkan pucuk dan daun baharu. Itu tanda bayam brazil tumbuh dengan baik. Tanaman bayam brazil ini memeng hebat kerana bayam brazil juga mampu tumbuh segar di dalam polibeg atau didalam apa juga kaedah penanaman.  Bayam brazil yang ditanam menggunakan bahan recycle yang ada dirumah.

Menjaga, pembajaan dan penyiraman bayam brazil penting dilakukan bagi menjamin pertumbuhan baik dan hasil berkualiti. Pokok tanaman bayan ini lebih disyorkan atau digalakkan untuk dibaja menggunakan bahan organik seperti baja tahi ayam atau bahan kompos. Pokok bayam brazil boleh dibaja sebulan 2 kali dengan baja tahi ayam. Sukatan yang sesuai ialah 2 sudu teh atau lebih mengikut saiz dan umur pokok. Pembajaan yang baik akan menyuburkan pokok dan memberi nutrien yang cukup. Siraman dua kali sehari membantu untuk bayam ini tumbuh subur. Pokok bayam brazil memerlukan tanah yang sentiasa lembab. Elakkan air yang bertakung kerana hal ini boleh merosakkan akar. Cukup sekadar tanah menjadi lembab. Pokok bayam brazil jarang diserang perosak atau penyakit selain dari siput babi dan belalang. Hal ini kerana daunnya yang lembut dan crispy menarik perosak ini untuk menyerang daun bayam. Untuk mengelakkan serangan perosak, racun organik boleh digunakan. Racun organik boleh dibuat dengan menggunakan bahan dapur seperti bawang putih, halia dan sedikit sabun basuh. Cara-cara untuk semua pembaca membuat racun organik boleh dilihat di google dan mengikut step yang ditunjukkan. Ada juga yang berkongsi mengelakkan serangan serangan perosak menggunakan semburan air bunga cengkih. Penggunaan racun organik juga amat digalakkan kerana penggunaan racun kimia bukan sahaja merbahaya kepada tubuh badan, malah berbahaya kepada alam sekitar.

Jika tanaman bayam brazil ini dijaga baik maka kerja-kerja pengutipan hasil boleh dilakukan selepas beberapa minggu sahaja setelah ditanam mengikut keadaan pokok. Apabila pokok bayam brazil mula tinggi melebihi 20 cm maka eloklah ianya dipangkas pokok dengan mengekalkan dalam 10-15 cm tinggi sahaja agar pokok nampak kemas dan tersusun. Pokok yang telah rimbun boleh diambil daunnya bersama batang untuk dijadikan bahan masakan. Sebaiknya pucuk ang hendak dituai ini dipotong dengan menggunakan pisau dan sebaiknya menggunakan gunting agar tidak mencederakan pokok induk (Sila lihat foto disebelah). Selain dari diambil untuk dimasak maka ia boleh juga diambil keratan batang baru dan digunakan sebagai anakbenih bagi tujuan menanam semula dilokasi lain. Setelah hasil dituai perlu di pastikan pembajaan dilakukan semula supaya pokok boleh tumbuh dan rimbun semula setelah beberapa minggu. Pada penulis blog dimana pokok bayam brazil bukan sahaja mudah ditanam, malah hasilnya boleh dimakan beberapa kali apabila dijaga dengan baik. Bayam Brazil merupakan spesis tumbuhan yang cepat membesar dan mudah dijaga. Ia mempunyai daun yang boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan lembut ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daunnya pula sekitar 2.0 - 3.5 cm lebar. Menanam sendiri Bayam Brazil ini amat mudah dilakukan dirumah untuk tujuan kegunaan sendiri atau kalau lebih lebih sedekahkan kepada sanak saudara atau jiran.

Banyak dokumentasi mengenai kehebatan khasiat bayam brazil untuk kesihatan. Apa pun s
elain dapat dijadikan hidangan yang lazat dilaporkan bayam brazil sangat berkhasiatdan ia dapat melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan. Selain itu juga ada spesis tumbuhan sayuran yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan ia dapat membantu kepada sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung. Berbeza dengan bayam yang lain, bayam Brazil mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan secara mentah seperti salad. Masyarakat Brazil gemar mengambil sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain itu juga ia sesuai juga untuk ditumis, direbus atau dikukus (Sila lihat foto disebelah).Bayam Brazil kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada kesihatan iaitu Vitamin A, Vitamin C, Vitamin K, Asid folil, Zat besi, Kalsium iaitu sebagai satu mineral penting bagi kesihatan tulang dan juga memberi signal kepada sistem saraf, jantung dan otot. Selain vitamin dan mineral, bayam brazil juga mempunyai beberapa komponen penting seperti Lutein dan Zeaxanthin, Kempferol (mampu untuk mengurangkan risiko kanser), Nitrates (Penting untuk mengawal tekanan darah dan kesihatan jantung),  Quercetin (bahan sebagai antioksidan yang mengurangkan jangkitan dan keradangan). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!..
BAYAM BRAZIL... SENANG TANAMNYA....
MUDAH DIJAGA ... CEPAT MENUAINYA....
PELBAGAI RESEPI... BOLEH DICUBA...
BANYAK KHASIAT... DISENARAIKAN JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Zulhijjah 1442H).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...