BUAH DURIAN (Durio zibethinus) merupakan buah bermusim yang digelar 'raja segala buah' kerana keenakannya dan juga aromanya. Buah ini ramai peminatnya di Malaysia dan luar negara termasuk permintaan yang terus meningkat daripada negara besar seperti negara China. Bagaimana enak sekali pun buah durian semestinya ada beberapa pantang larang untuk makan buah durian ini terutama semasa mereka yang ada masaalah kesihatan. Beberapa varieti durian premium terus mendapat permintaan tinggi dikalangan pelanggan seperti dan semestinya Durian Musang King (D197) serta beberapa durian popular lain seperti Durian Black Thorn, Durian D24, Durian Tekka, Durian Merah dan beberapa lagi termasuk Durian Kampung Terbaik. Harga durian Musang King memang agak tinggi kerana kualiti isinya yang premium dengan warna keemasan, rasa lemak manis, aroma yang kuat dan boleh mengenyangkan. Kini harga durian ini dalam lingkungan RM35 - RM80 sekilogram bergantung kepada kualiti, musim pengeluaran dan lokaliti. Apabila durian ini sudah mendapat pasaran lebih besar di China maka harga durian ini terus melonjak naik sepanjang tahun. Sekarang ini penulis blog boleh katakan banyak makanan dan minuman lazat yang boleh menggoda lidah penduduk dan masyarakat. Salah satunya adalah buah durian yang memang kini boleh dibeli dimusimnya. Durian adalah buah yang sangat popular di kawasan Asia Tenggara dimana di Malaysia musim buah durian adalah diantara Jun - September sepanjang tahun. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapa pantang larang memakan buah durian semasa musim durian untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Makanan kegemaran ramai seperti durian sebaiknya dielakkan dengan makanan seperti DAGING LEMBU (Beef). Banyak jenis makanan yang disediakan dari lembu termasuk kari daging, sate daging, daging panggang dan segala macam makanan. Walau pun Malaysia masih bergantung kepada daging import akan tetapi jika ada kemampuan makan daging lembu dimusim durian tidak dapat dihalang oleh peminatnya. Bagaimana pun dilaporkan dimana daging lembu memmberikan kesan panas dalam tubuhbadan. Apabila mengambil bersama durian dan dagung lembu perkara ini akan memberi kesan negatif dimana ia akan mengakibatkan peradangan dan inflamasi dalam tubuh kita. Semua orang perlu berwaspada dalam mengambil daging lembu dan durian dimakan ini secara bersama. Jangan sesekali cuba gandingkan makanan buah durian sebagai buah pencuci mulut setelah makan daging lembu. Terdapat beberapa kes dimana ada orang dimasukkan kehispital selepas memakan durian dan daging lembu. Bernama melaporkan di Kuala Lumpur dimana Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada 7 Julai 2010 iaitu pukul 2.15 petang ini selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Serbaguna Parlimen. Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata pada mulanya Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan Ahli Parlimen yang lain. Dilaporkan tiba-tiba dia tidak selesa kemudian dia longgarkan tali leher dimana tiba-tiba terdiam dan apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas maka Ahli Parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak. Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulan dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan. Idris berkata Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang.
Seterusnya ke 6 makanan yang patut dielakkan dimakan dengan durian adalah DAGING KAMBING (Mutton). Daging kambing merupakan makanan yang digemari ramai sama ada dalam bentuk daging kambing kari, daging kambng pangang dan sate daging kambing dan sebagainya. Pada masa kini telah ramai kalangan pihak tertentu menghidangkan daging kambing termasuk hidangan kambing panggang sebagai satu hidangan di hotel, restoren malahan semasa jamuan hari raya aidilfitri dihidangkan. Ada kalangan mereka pula akan menghidangkan daging kambing pangang dan bagi pencuci mulut mereka menghidangkan buah durian ketika musimnya. Perlu diketahui dimana buah durian memiliki manfaat untuk menaikkan suhu tubuh menjadi lebih hangat dan panas. Adalah dinasihatkan agar anda tidak mengambl makanan daging kambin dan durian bersama apa lagi makan dengan kuantiti banyak (sebab percuma). Makan daging daging kambing dan durian secara bersamaan boleh memyebabkan kesan suhu panas dan dapat meningkatkan risiko peradangan pada tubuh. Selain itu dilaporkan dimana jika makan dua makanan ini secara bersamaan akan dapat meningkatkan tekanan darah dalam badan. Mereka yang ada masaalah penyakit tiga serangkai iaiitu Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi dan Kolesterol Tinggo sebaiknya lebih berhati-hati ketika dihidangkan dengan makanan buah durian dan juga daging kambing. Kalau setakat ingin 'ujirasa' boleh makan secubt sedikit sahaja dan jangan makan banyak seperti orang lain yang sihat.
Seterusnya elakkan makan durian bersama ALKOHOL. Minuman beralkohol adalah tiadk sesuai dimakan dengan durian. Kajian oleh saintis daripada Jepun dikenali sebagai Hiroshi Gemma dari University of Tsukuba mendapatii dimana ada kesan sampingan bahaya jika makan durian dengan alkohol. Temuannya menyatakan ia boleh membunuh individu apabila makan jenis oleh buah-buahan berbau menyengat seperti durian. Jenis buah menyengat cenderung mempunyai kandungan sulfur (S) tinggi dan boleh mengganggu proses melarutkan bahan alkohol. Kajian dari University of Tsukuba ini membuktikan kandungan bahan yang merbahaya iaitu bahan Aldehyde dehydrogenase sehingga 70 persen yang juga merupakan sejenis enzim yang berperanan penting bagi prosesi metabolisme tubuh. Elakkan dari amalan makan durian dengan mengambil alkohol yang boleh membunuh!. Seterusnya ke 8 adalah elakan makan durian dengan MINUMAN BERSODA atau MINUMAN BERGAS. Dilaporkan dimana minuman soda mengandung kafein yang tinggi dan soda sendiri dapat meningkatkan frekuensi degupan pada jantung dibadan. Biasanya minuman soda dan bergas mengandungi gula yang tinggi dimana ini akan memberi kesan lain kepada mereka yang minum minuman bergas dengan buah durian (Sila lihat foto disebelah). Mereka yang mengambilnya dan mempunyai masaalah kesihatan akan menghaapi potensi meningkatkan tekanan darah tinggi, jantung dan berpotensi diabetes. Buah durian mengandungi banyak vitamin B, C, zat besi, kalium, magnesium, fosfor, omega 3 dan 6 yang mana bahaya jika diambil berlebihan bersama minuman soda. Durian juga mengandungi unsur kabohiderat, zat antioksidan dan polyphenol dimana teorinya ia berguna untuk menjaga vitamin-vitamin di dalam tubuh.
Disenaraikan juga merka yang tdak digalakkan makan buah durian walau pun ada lambakkan durian dijual murah. Pertama mereka yang Gemuk atau pun mempunyai Berat Badan Berlebihan tidak digalakkan makan durian. Ini adalah kerana buah durian seperti penulis blog sudah jelaskan memang ia mengandung karbohidrat yang cukup tinggi kalau dibandingkan dengan buah lain. Karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan mereka mengalami kenaikan berat badan dan menjadi isu obesiti. Dilaporkan satu kilogram buah durian berukuran sedang biasanya mengandung sekitar 1,500 kalori. Kajian menunjukkan dimana seorang kanak-kanak berusia enam sampai 12 tahun memerlukan tenaga kalori sekitar 1,600 hingga 2,000 kalori setiap hari. Apabila makan satu kilogram buah durian sendiri bermakana dia sudah pun menghabiskan sekitar 75 -95% keperluan kalori hariannya. Ini belum campur lagi makanan sarapan pagi seperti nasi lemak atau roti canai atau mihin goreng yang diambil sebelumnya. Apabila jumlah makanan diambil tinggi dan pembakaran kalori tinggi makan ianya akan menyebabkan kegemukan atau obesiti individu. Mereka yang gula darahnya tidak terkawal adalah dinasikan mengelakkan makan durian dan manisan bergula. Para penderita diabetis terutamanya perlu berhati-hati dengan pengambilan makanan seperti durian. Lazimnya buah durian kaya dengan gula sederhana seperti glukosa, sukros dan fruktosa. Walaupun gula ini merupakan pemanis semulajadi akan tetapi gula ini tetap akan boleh meningkatkan kadar gula darah. Mereka yang ada masaalah GASTRIK (Maag dalam bahasa Indonesia) elakkan daripada memakan buah durian berlebihan. Semasa serangan gastrik jangan makan buah durian kerana kandungan gula yang tinggi yang ada pada durian lazimnya kurang bersahabat dalam perut. Kesannya dimana durian dalam perut akan menghasilkan cukup banyak gas dalam perut. Gas yang terlalu banyak dan berkumpul dalam perut akan membuat perut kita terasa sakit akibat kembung. Apa pun sentia waspada dan berhati-hati kalau hendak makan durian kerana terdapat beberapa pantang didalam amalan makan durian. Artikel ini mempunyai dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang semestinya dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ELAKKAN KOPI... SUSU PUN SAMA...
ELAKKAN TERUNG... PANAS JUGA...
ELAKKAN KETAM... BERLAWANAN DIA...
By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Rejab 1332H).
Posted from:
Taman Cendana, Air Keroh,
Taman Cendana, Air Keroh,
Melaka, Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.