Penulis blog dapati sekarang ini telah ada ancaman pandemik covid19 yang telah pun menyerang manusia diseluruh dunia dimana ketika artikel ini ditulis seramai 182 juta orang telah dijangkiti dengan seramai 3.95 juta orang meninggal dunia (2 Julai 2021). Di Malaysia sahaja ada seramai 758,967 orang telah dijangkiti dengan jumlah kematian adalah seramai 5,254 dengan kadar jangkitan harian melebihi 5,000 orang setiap hari walaupun dilaksanakan 'Total Lockdown 3.0' diseluruh negara. Rakyat Malaysia banyak masa duduk dirumah dengan tiada membuat banyak aktiviti dan penulis blog fikirkan mereka boleh cuba menanam kacang tanag dalam polibeg. Tanaman jangka pendek lain seperti sayuran, ulam-ulaman juga boleh dilakukan demi mengisi masa lapang dirumah. Teknologi menanam dalam polibeg ini merupakan cara yang mudah dilakukan terutama jika ada kawasan rumah atau halaman yang sesuai dengan mendapat cahaya matahari mencukupi. Jadi tidak payah kekebun kena panas dan disekat oleh pihak berkuasa kerana PKP dan sekatan jalanraya. Ada banyak jenis tanaman yang ditanam melalui media polybag dimana menanam kacang tanah merupakan sejenis tanaman legum atau kekacang yang berada dalam keluarga Fabaceace. Tanaman ini yang berasal dari Amerika Selatan atau lebih tepatnya dari Brazil yang tumbuh dalam rumpun mempunyai perdu dibahagian pangkal yang tingginya mencapai hingga 50 cm. Kacang tanah mempunyai memiliki daun kecil yang mana ia memang tersusun secara majmuk. Kacang tanah ini merupakan makanan snek yang ramai suka makan seperti kacang rebus dan pelbagai kulineri lain. Ia dimanfaatkan sebagai sumber vitamin, kalsium, zat besi, lemak tak jenuh dan protein nabati.
Memang di Malaysia sebelum ini kacang tanah lebih popular di hidangkan sebagai Kacang Rebus, Kacang Goreng, Jem Kacang Tanah serta sebagai bahan masakan pelbagai resepi makanan lain. Pertama sekali jika ingin menanam kacang tanah dirumah adalah untuk menyediakan biji benih berkualiti (seed). Benih kacang tanah sebaiknya diperolehi daripada petani yang telah menanam kacang tanah yang telah matang. Jumlah benih perlu disesuaikan dengan keperluan bilangan polibeg yang disediakan kerana satu polibeg perlu 2-3 biji sahaja. Kalau susah pun cuba dapatkan biji kacang tanah dari petani yang berikan hasil yang baik, mempunyai kebolehan tumbuh yang sihat dan tinggi hasilnya serta dari varieti unggul seperti varieti Magenta dan varieti lain yang sesuai. Pilih benih yang tidak kerekot, berkilat dan tiada kecacatan. Seterusnya benih ini perlu dicambahkan dahulu dimana benih kacang tanah perlu direndam di dalam air suam (bertujuan buang bahan kimia dan reak dormancy) iaitu selama beberapa minit untuk lebih merangsang bagi proses pengecambahan biji. Sediakan kapas diletakkan didalam bekas sesuai (bekas plastik) dimana pastikan kapas ini dalam keadaan basah. Benih kacang tanah diletakkan di atas kapas tersebut lalu masukkan sedikit air dan diletakkan di tempat yang teduh dan ada sinaran matahari. Selepas beberapa hari maka benih itu mengeluarkan tunas dan sedia untuk ditanam. Kalau hendak mudah boleh beli secara online seperti Shopee ditawarkan untuk 30 biji benih kacang tanh dengan harga RM3.92 sahaja sementara di Lazada ditawarkan untuk 50 biji benih kacang tanah berharga RM 3.40 memang murah.
Penyediaan polibeg tanaman berukuran besar (lagi besar sebenarnya lagi baik) dan kemudian diisikan dengan tanah campuran terdiri daripada tanah atas, baja organik dan cocopeat. Beberapa jenis baja asas organik boleh juga dimasukkan sebagai sumber nutrien dan masukkan kedalam polibeg kemudian perlu disusun dengan jarak 2-3 kaki diantaranya. Penanaman benih kacang tanah didalam ubang penanaman hanya perlukan 1 biji benih yang telah bercambah tadi ditengah-tengah polibeg sedalam 3 cm dan dipadatkan kemudian disiram. Bagaimana pun jika menanam terus menggunaan biji beum bertunas seperti proses diatas boleh dibubuh 2-3 biji (kemudian hanya tinggal sepokok satu polibeg sahaja). Pastikan polibeg ini mendapat cahaya matahari walau pun relatifnya agak teduh diperingkat awal penanaman. Lakukan penyiraman sehingga ia tumbuh dengan baik (Sila lihat foto disebelah). Penyulaman merupakan penggantian benih yang mati atau tidak tumbuh dengan benih yang baru. Sebaiknya dilakukannya lebih cepat menyulam iaitu ketika kelihatan anakbenih tumbu berbeza dengan yang lain (terbantut, layu, mati). Mengawal rumpai perlu dijalankan sepanjang masa dengan mencabut sebarang tumbuhan rumai didalam polibeg dengan berhati-hari agar pokok kacang tanah tidak terganggu. Boleh juga diberikan sungkupan diatas permukaan tanah dalam polibeg dengan bahan sesuai seperti rumput kering dan sesekali digemburkan pangkap pokok.
Pembajaan tanaman kacang tanah dalam polibeg boleh disesuaikan dengan cara menggunakan baja semburan (foliar fertilizer) atau baja butiran (pejal). Jika hendak mudah beli baja foliar untuk vegetatif disembbur seminggu sekali dan kemudian bila berumur sebulan disembur 2 minggu sekali. Baja butir NPK boleh diberikan dengan kadar satu beberapa biji diperingkat awal dan 1 sudu makan selepas 2 bulan ditanam. Baja organi diberikan mengikut keperluan tumbesaran kacang tanah. Pastikan sentiasa menyiram pokok dalam polibeg terutama pada musim panas sebab kekeringan kurang air akan sangat berpengaruh pada kesuburan tanaman kacang tanah dan juga hasilnya. Pastikan tanah tetap lembab dan tidak kering tetapi apabila tanaman berbunga sebaiknya penyiraman juga perlu dikurangkan atau dihindari agar tidak mengganggu proses pendebungaan. Aktviti amalan agronomi lain seperti kerja untuk membantu pokok merambat, pemangkasan dan membuang tunas yang tidak diperlukan (bejuntaian). Kawalan serangga perosak dan penyakit dilakukan sepanjang masa dimana diantara perosak tanaman kacang tanah adalah seperti Ulat Pengorek Kekacang dan Penyakit Kulat Mold yang disebabkan oleh Kulat Aspergillus flavus dimana mampu merosakkan tanaman. Kulat perlu dikawal mengunakan kaedah IPM. Perosak lain seperti Ulat Pengulung Daun, Ulat Jengkal, kumbang makan daun dan beberapa lagi dikawal dengan cara sesuai. Kumbang akan makan daun terutama pada bahagian pucuk din menyebabkan berlubang. Penyakit Layu Xanthomonas disebabkan oleh bakteria Xanthomonas solanacearum dan menyebabkan daun menjadi terkulai dan akhirnya mati. Serangan penyakit ini juga menyebabkan akar tanaman menjadi busuk. Kawalannya dilakukan dengan cara pergiliran tanaman dan juga penggunaan varietiyang unggul dan tahan. Penyakit Bintik Daun pul disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Cercospora personata dan juga Cercospora arachidicola dimana tanda serangan akan menimbulkan tanda-tanda seperti bintik-bintik pada batang dan daun dengan warna coklat dan juga hitam yang berukuran 1 hingga 5 mm. Ini kosong mungkin berlaku akibat pod diserang oleh cacing nematod dalam tanah dan perlu dikawal dengan racun nemacur. Penyakit Karat kacang tanah disebabkan cendawan iaitu Puccinia arachidis Speg dimana penyakit ini juga menyebakan kejadian bintik berwarna coklat muda atau coklat seperti karat pada daun dimana akhirnya daun akan gugur. Cara pengendaliannya dilakukan dengan mencabut secara langsung tanaman yang terserang dan kemudian ia dibakar. Kacang tanah akan matang dalam masa 120-150 hari selepas ditanam. Tanda-tanda pokok telah matang adalah apabila sebahagian daun mulai kering dan layu. Periksa dimana dipastikan pod kacang tanah telah berisi peoh dan padat dan terasa keras ketika ditekan. Warna pod kacang tanah telah berubah menjadi coklat kehitam-hitaman. Cabut perdu pokok dan asingkan pod kacang secaa manual dan dibersihkan sebelum boleh dimasak dan dimakan. Semuga artikel ini memberi info bergna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DALAM POLIBEG... BENIH DISEDIA..
DIISI MEDIA... TANAM, SIRAM DAN BAJA...
3-4 BULAN DIJAGA....BOLEH DITUAI HASILNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Zulkaedah 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.