Support My Blog

Wednesday, July 21, 2021

BAJA MPOB F3 DAN ISU PEMBAJAAN

PRODUK BAJA MPOB F3
merupakan sejenis baja untuk tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) yang dikeluarkan oleh Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNPKFSB) iaitu baja dihasilkan dengan kerjasama syarikat tersebut dengan MPOB. MNPKFSB yang terletak di Gurun, Kedah ialah anak syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang ditubuhkan pada 2004 atas usahasama NAFAS dan Petronas Fertilizer Kedah Sdn. Bhd. Penulis merujuk kepada artikel daripada MPOB dimana dinyatakan bahawa Baja MPOB F3 dirumus dan dibuat untuk tujuan didalam memastikan nutrien yang digunakan mengikut keperluan pokok sawit, menentukan nisbah nutrien dalam baja mengikut lengkok tindak balas hasil dari percubaan pembajaan sawit dan ketiga adalah untuk memastikan sumber nutrien yang digunakan bermutu dan murah. Dalam penjelasan yang diberikan juga penulis blog dapati dimana disyorkan juga akan penggunaan mineral zeolite yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pembajaan dari segi penyerapan nutrien oleh akar pokok. Anda boleh membaca artikel saya mengenai zeolite dengan pautan berikut (Sila klik disini). Segala ramuan baja ini telah diproses untuk menghasilkan butiran baja sebatian yang seragam. Baja MPOB F3 dirumus dengan kombinasi baja N-P-K-Mg-B dengan zeolite yang menjadikan baja yang lengkap dan lebih mesra alam. Baja ini mempunyai sifat spesifik yang sesuai digunakan di tanah lanar, tanah organik, tanah berpasir atau tanah pendalaman seperti tanah liat dan laterit. Baja ini membekalkan peratusan nutrien yang seimbang iaitu N-P-K (10-7-19) serta Mg (1.5) dan B (0.5) untuk pokok sawit menghasilkan BTS yang banyak. Ia juga mengandungi nutrien kalsium, silika dan lain-lain nutrien mikro untuk pertumbuhan pokok yang sihat. Baja MPOB F3 yang diadun dengan mineral zeolite dapat membantu nutrien bertahan lebih lama didalam kawasan pengakaran pokok kerana keupayaan pertukaran kation (CEC) yang berupaya mengawal pelepasan nutrien seiring dengan keperluan pokok. Dengan itu nutrien yang diperlukan dapat diserap oleh akar pokok dengan lebih cekap dan berkesan, menjadikan MPOB F3 baja yang lebih mesra alam. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan dan tulis semula akan produk baja MPOB F3 dan isu pembajaan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Sebelum pergi jauh mengenai baja MPOB F3 ini saya merujuk kepada beberapa lagi sumber laporan teknikal mengenai tanaman kelapa sawit untuk dibincangkan. Antaranya artikel yang bertajuk 'Baja sawit yang boleh naikkan hasil sawit' dimana ada petani sawit yang apabila melihat 
hasil sawit rendah maka mereka mula fikir akan apakah dia puncanya dan bagaimana terjadi. Bila menuai bukan hanya mendapat tandan buah sawit sedikit jumlahnya akan tetapi lebih menyedihkan adalah banyak tandan buah yang dituai ini ringan dan kering sahaja. Kisah penghasilan penanam sawit lebih haru lagi apabila harga tandan buah sawit rendah sehinggakan ramai yang mengeluh sebagai penanam sawit. Maka mereka berfikir dan bertanya rakan taulan atau ada yang google diinternet apakah cara untuk meningkatkan penghasilan tandan sawit yang banyak dan berat. Malahan apabila bertanya kepas rakan sesama mereka dan pergi kekedai jual baja dan alatan pertanian dan bertanya kepada penjual apakah jenis baja yang boleh naikkan hasil kebunnya. Kalau tiada info lengkap maka penjual akan mencadangkan pelbagai jenis baja sawit yang ada dikedainya daripada jenis baja kimia sebatian, baja organik, baja cecair, baja tambahan dan sebagainya. Bagaimana pun penulis blog fahan secara teknikal dimana asas kepada mendapatkan hasil sawit yang tinggi adalah bermula dari bunga dan buah yang lebat serta seimbang dan berkualiti. Secara spesifik memang pemberian baja yang tepat dan betul boleh naikkan hasil sawit adalah baja yang boleh menambahkan bunga sawit berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya baja yang mempunyai unsur K tinggi diberikan kerana unsur K dalam penting untuk  tujuan pembentukan bunga sawit seimbang jantan betina.

Penulis blog juga membaca mengenai 7 faktor kenapa ada kalangan pekebun sawit yang menggunakan baja yang sama akan tetapi memberikan hasil tandan buah yang berbeza. Biasanya kalangan pekebun kecil sawit agak kurang terdedah dengan semua produk baja dan bahan kimia lain berbanding dengan pengurus estet sawit yang menjaga ladang luas. Bagaimana pun agen produk baja selalu membuat kempen dan penerangan kepada sasaran dimana ada pelanggan akan teruja mahu mencuba baja tersebut keana diberitahu baja tersebut memang berkesan. Ada kalangan pekebun lain disekitar kampung akan bercerita akan kehebatan baja tertentu dan pekebun lain akan tutur membelinya. Bagaimana pun ada kalanya setelah membeli dan menabur baja tersebut maka hasil sawitnya sebaliknya naik tidak seperti kebanyakan pengguna baja tersebut. Lebih sakit hati apabila rakan-rakan dakwa hasil mereka naik dengan berganda-ganda berrbanding dengan tuaian sendiri. Maka terfikir kenapakah boleh jadi begitu. Penulis blog pun ingin kongsi mengenai beberapa kemungkinannya dangan pembaca. Pertama adalah perlu dilihat apakah jenis baka yang ditanam dimana ia mungkin berbeza kerana  ada sesetengah jenis baka kelapa sawit mudah mengeluarkan hasil dan ada sesetengah pula jenis susah untuk berhasil tinggi. Kedua adalah kemungkinan di kebun mempunyai jenis tanah berbeza kerana memang ada tanah sawit yang subur dan pastinya ada tanah yang kurang subur seperti tanah gambut walau pun kebunya didalam kampong yang sama. Tanah gambut sebenarnya memerlukan pengurusan sawit yang berbeza. Ketiga adalah kemungkinan lokasi kebun yang berbeza seperti kedudukan pokok sawit yang berada di kawasan tanah rata mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding tanah berbukit. Ini adalah kerana tanah berbukit mengalami hakisan baja. Keempat adalah mungkin masa atau jadual pembajaan berbeza kerana jika membaja waktu sudah hampir melawas berlainan kesannya dengan pekebun sawit lain yang membaja berterusan ketika waktu puncak. K lima adalah kemungkinan ada serangan penyakit pokok sawit dikebun yang berlaku. Jika pokok kita berpenyakit maka biasanya baja akan menumpukan proses pemulihan terlebih dahulu. Kemudian barulah menumpukan hasil yang tinggi. Keenam adalah kelainan hasil sawit kurang dengan rakan lain setelah membaja disebabkan oleh keadaan cuaca berbeza. Ada juga disesetengah kawasan mempunyai taburan hujan yang baik. Disesetengah kawasan pula mempunyai taburan hujan yang kurang. Terakhir adalah kemungkian dimana cara atau kaedah pengurusan kebun sawit yang berlainan. Kebun yang diurus secara organik mengeluarkan hasil yang lebih baik berbanding kaedah pengurusan kimia dan racun.

Beberapa media akhbar tempatan ada melaporkan mengenai produk baja MPOB F3 yang didakwa mampu 
tingkatkan pengeluaran sawit. Di Kuala Lumpur sekumpulan penyelidik di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dilapor mampu menghasilkan inovasi formulasi baja yang mengandungi nutrien seimbang dan ia sekali gus mampu meningkatkan pengeluaran hasil buah sawit. Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata baja itu adalah hasil daripada penyelidikan yang diketuai oleh Ahmad Afandi Murdi. Inovasi baja sebatian yang dikenali MPOB F3 ini adalah dalam bentuk butiran padat dan diformulasi dengan nisbah seimbang nitrogen, fosfat, kalium, magnesium dan borate yang dirumus khas untuk pokok sawit ditanam di tanah mineral. Formulasi baja MPOB F3 yangmana ia mengandungi nutrien seimbang juga sesuai untuk kelapa sawit ditanam di pelbagai jenis tanah. Pokok sawit perlu pembajaan yang sempurna termasuk kandungan nutrien seimbang untuk pengeluaran hasil yang tinggi. Walaupun keperluan nutrien adalah khusus mengikut keadaan setempat, penggunaan nisbah nutrien yang seimbang dalam baja sebatian akan memberikan input nutrien yang bersesuaian pada lokasi yang berbeza. Penggunaan baja secara sistematik akan meningkatkan pengeluaran buah tandan sawit dan menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi pengusaha ladang dan pekebun kecil. Penggunaan baja MPOB F3 dapat menjimatkan kos kerana berupaya mengurangkan kehilangan nutrien dan meningkatkan keupayaan pengambilan nutrien oleh akar pokok. Pengenalan formulasi baja seimbang ini dapat mengurangkan kesan negatif persekitaran yang berkaitan dengan kadar penggunaan baja berlebihan, penurunan kualiti tanah dan pencemaran dari logam berat. Kini bagi tujuan pengkomersialan baja MPOB F3, MPOB sudah menandatangani perjanjian dengan FGV Fertiliser Sdn Bhd. Baja ini dari apa yang penulis blog lihat pada website pengilang menyatakan dimana ia mengandungi campuran 12% Nitrogen (N), 17% Phosphorus (P) dan 19% Kalium (K) serta unsur tambahan seperti Magnesium (Mg), Boron (B) dan Zeolite dan diformulasikan oleh MPOB khusus untuk tanaman kelapa sawit di Tanah Gambut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BAJA SAWIT... MPOB F3 NAMANYA...
DIDAKWA BERKESAN... JIKA GUNA...
PENGILANG TEMPATAN... BUATNYA...
PEKEBUN MENCUBA... APA SALAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Syawal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...