Cerita dari Tumpat, Kelantan dimana pihak polis menggagalkan penyeludupan kambing disempadan Malaysia-Thai. Dilaporkan dimana dua lelaki melarikan diri dan meninggalkan lori di Kampung Jubakar pada awal pagi sebaik mereka menyedari kenderaan itu diekori pihak berkuasa. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, pemeriksaan dalam lori menemukan 38 kambing jantan seludup yang dianggarkan bernilai RM38,000. Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, ketika sepasukan anggotanya sedang melakukan rondaan dalam Op Benteng Covid itu, sebuah lori dikesan dipandu dalam keadaan mencurigakan. Anggota polis segera mengekori menyebabkan bertindak memecut laju dan membelok ke lorong di Kampung Jubakar. Pemandu lori itu secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya secara mengejut dan kelihatan dua lelaki melarikan diri. Pemeriksaan di dalam lori itu mendapati sebanyak 38 kambing jantan yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand. Semua kambing yang diseludup masuk menerusi pangkalan haram di Sungai Golok itu untuk pasaran sempena Aidiladha. Polis membawa balik rampasan ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut (SIla lihat foto disbelah). Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) & 36(1) Akta Binatang 1953 dimana hukuman setimpal akan dikenakan jika sabit kesalahan.
Cerita di Melaka berlainan dimana harga daging kambing dan ayam di Pasar Besar Melaka dekat sini melonjak secara tiba-tiba membuatkan peniaga kian resah apabila pelanggan enggan membeli kerana ianya disifatkan terlalu mahal berbanding harga beberapa hari sebelum ini. Tinjauan oleh Utusan Malaysia mendapati dimana harga ayam dijual pada harga RM9.20 sekilogram iaitu harga tertinggi berbanding sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dengan harga RM8.60 sekilogram. Selain harga ayam dilaporkan harga daging kambing turut melonjak antara RM2 hingga RM3 manakala harga daging lembu dianggap stabil walaupun naik sedikit. Turut mengalami kenaikan ketara ialah ikan kembong hitam mencecah RM22 sekilogram, ikan selar (RM20) dan sotong (RM40 hingga RM42). Menurut seorang peniaga iaitu Ghazali Abu Bakar (47 tahun) mendakwa dimana harga ayam naik kepada harga RM9.20 sekilogram bermula semalam dan itu adalah harga paling mahal pernah dijualnya. Dia tidak ada pilihan terpaksa jual pada harga ini. Memang rata-rata pelanggan yang datang ke pasar ini bercakap kenapa ayam mahal sangat?. Ayam datang pun harga mencecah antara RM8.60 hingga RM8.80 sekilogram. Dia bimbang jika harga ayam tidak dikawal khususnya menjelang sambutan perayaan dan kenduri. Dilaporkan dimana pembekal memberitahu dimana kenaikan itu disebabkan kos makanan ayam iaitu dedak meningkat dua kali ganda. Bagi seorang peniaga daging kambing iaitu En T. Selvakumar dakwa bahan mentah kambing itu bukan setakat mengalami kenaikan yang tinggi, malah bekalan juga tidak mencukupi sejak dua bulan lalu. Disepanjang tempoh dua bulan ini dia banyak hari untuk tidak berniaga disebabkan bekalan daging kambing tidak ada stok. Bukan saya sahaja tetapi ada empat lagi peniaga mengalami nasib yang serupa. Harga daging kambing terus melonjak sejak beberapa hari lalu dan dijangka mengalami kenaikan menjelang sambutan Aidilfitri. Harga sebelum ini bagi tulang rusuk ialah RM30 sekilogram tetapi kini naik kepada RM33, manakala daging paha yang dijual pada harga RM32 naik kepada RM36 sekilogram.
Cerita kambing dari Ipoh berlainan sedikit dimana bagi ramai penduduk di Taman Desa Pinji, Lahat di sini merasa kesal dengan tindakan seorang jiran mereka yang menternak kambing dalam kandang yang dibina berdekatan rumahnya di kawasan perumahan tersebut (Sila lihat foto disebelah). Keadaan itu menyebabkan bau busuk selain haiwan ternakannya dibiarkan berkeliaran di padang lapang berhampiran. Ramai kalangan penduduk dan pemimpin komuniti setempat pernah menegur sikap lelaki berkenaan namun tidak diendahkan, menyebabkan penduduk hanya mampu bersabar selain terpaksa menghidu bau busuk. Bagi seorang penduduk, Meor Redwan berkata dimana kandang kambing tersebut dibina sejak setahun 2019 di satu tanah lapang berdekatan parit besar bersebelahan saja padang permainan. Beberapa penduduk pernah berjumpa dengan lelaki tersebut meminta dia memindahkan ternakannya ke kawasan lain yang lebih sesuai. Namun lelaki itu tidak mengendahkan pun teguran mereka dimana jika pada hari hujan penduduk terpaksa menahan bau busuk termasuk pada waktu malam. Dianggarkan terdapat lebih 20 ekor kambing dipelihara, malah haiwan-haiwan ini berkeliaran meragut rumput di padang permainan. Perasaan marah turut diluahkan seorang penduduk lain iaitu M. Suresh, 39, yang mahu pihak penguat kuasa Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) bertindak kerana aduan telah dibuat sebelum ini. Penguat kuasa MBI pernah turun padang meninjau dan bertemu pemilik ternakan tersebut tetapi penduduk tidak tahu apa tindakan yang telah diambil. Aktiviti menternak ayam, itik di kawasan perumahan pun tidak boleh apa lagi membina kandang kambing. Sepatutnya di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan pemilik boleh dikenakan kompaun, merampas dan memusnahkan kandang haiwan ternakan. Cuba bayangkan bagaimana penduduk terpaksa menghidu bau busuk dan lalat selama berbulan kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
DAGING KAMBING... KOLESTEROL ADA...
LAPOR MEDIA... BERMACAM CERITA...
MENGEJUTKAN ... BERMUKA MANUSIA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bukut Beruang, Melaka,
Malaysia.
(4 Zulhijjah 1432H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
TAHUN 1442 HIJRAH / 2021 MASEHI
Dari saya sekeluarga.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.